25 November 2008

SIAPAKAH YANG LAYAK MENGURUSTADBIR MASJID?

Firmanallah yang bermaksud

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” (9:18)

Selama ini UMNO meletakkan pegawai dan AJK masjid mereka-mereka yang datang ke masjid seminggu sekali atau setahun dua kali sahaja.

Maksud Hadith “Barangsiapa yang menjadi imam sedangkan para makmum tidak menyukainya, maka sia-sialah pahala solatnya”.

Hal ini kerap berlaku dalam masyarakat di mana UMNO melantik seorang imam masjid yang tidak direstui atau disukai oleh ahli kariah masjid atas sebab-sebab tertentu seperti terdapat kecacatan dalam bacaan surah Al Fatihah, akhlak yang buruk dan sebagainya.

Keterangan Lanjut : Jemput hadir kemajlis penerangan di Dewan Dato Fadhil Nor, Markaz PAS Kawasan Bukit Naga, malam ini Selasa 25-11-2008 jam 9-00mlm.

24 November 2008

PEMBINAAN PERIBADI PEMIMPIN & AHLI DI ERA KEMENANGAN

Sewaktu menang pemimpin dan pengikut adalah merupakan orang yang bertanggung jawab untuk mempertahankan kemenangan. Telahan lagi yang bernama pemimpin menjawat jawatan Menteri besar, exco, wakil rakyat.

Kemenangan ini adalah kemenangan bersama dan wajib seluruh anggota mempertahankan kemenangan dan mengekalkan kemenangan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah SWT dalam kemampuan dan batasan yang ada.

Program tarbiah tidak tamat apabila kita sudah mencapai kemenangan, kerana ujian sewaktu menang lebih hebat daripada waktu tidak menang. Antara perkara yang perlu kita sama-sama lakukan dan titik beratkan dalam pembinaan peribadi pemimpin dan ahli ialah,

A. Muraqabah dengan Allah SWT

Semua di kalangan anggota parti mesti melakukan muraqabah dengan Allah, melalui amalan-amalan sunat, beruzlah (mengambil sedikit masa untuk tumpuan ibadah) dari kesibukan dunia untuk mendapat ketenangan dan memohon supaya Allah memberi kekuatan dalam menjalankan amanah. Inilah senjata yang paling utuh perlu diterap dalam jiwa para ahli terutama di kalangan pimpinan.

Caranya:

-Membanyakkan amalan fardiah supaya dapat membersihkan diri dan jiwa dengan membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, puasa dan amalan-amalan yang boleh menjadi nilai tambah kepada kita. Godaan syaitan dan iblis cukup kuat untuk merosakkan perjuangan ketika kita menang.

-Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Kata-kata Saidina Umar r.a bermaksud

Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dihadapan Allah SWT

B. Qudwah hasanah

Suri contoh teladan yang baik adalah senjata yang paling berkesan untuk mengajak orang kepada perjuangan dan menyakinkan apa yang kita bawa. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan daripada bahasa lidah.

Kisah seorang Yahudi bernama Zaid bin Saanah memiliki hutang pada Rasulullah s.a.w. dua atau tiga hari sebelum sampai tempoh pembayarannya, beliau dan beberapa sahabatnya bertindak dengan kasar dan caci nista untuk meminta hutang. Saidina Umar yang ada pada waktu itu hendak pancung si lelaki tersebut.

Baginda s.a.w. melarang sebaliknya menyuruh Saidina Umar menjelaskan hutang dan di tambah 20 gantang tamar. Maka yahudi itu hairan, dan bertanya kenapa? maka Saidina Umar memberi tahu sebagai ganti kepada perbuatanku yang telah menggerunkan engkau. Akhirnya Yahudi tersebut memeluk Islam dan sebahagian hartanya disedekah kepada umat Muhammad s.a.w.

Kita pernah dengar bagaimana seorang masuk Pas kerana melihat al-Marhum Ustaz Fadhil Nor sebagai Presiden Pas berbaris dengan orang ramai walaupun ada orang menjemput beliau memotong giliran.

Bagaimana orang hendak ikut kita sedangkan kita sendiri lemah yang tidak memaparkan akhlak yang tinggi. Kita tidak mahu orang menjauhi kerana tidak ada suri teladan yang baik, dengan ini mendatangkan rugi kepada jamaah. Watak ini jangan ada seperti kita mengajak orang lain berjihad sedangkan ia tidak.

Mengajak orang lain berkorban sedangkan beliau sendiri bakhil. Jika kita mahu mengajak orang lain mengutamakan orang lain maka kita perlu tunjukkan dahulu sebelum menyuruh orang lain. Mengajak anak orang, isteri orang lain untuk berjuang sedangkan keluarganya mendiamkan diri di rumah dan tidak memberi galakan kepada mereka untuk mempertahankan kemenangan.

Firman Allah SWT

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan ) kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir? (al-Baqarah: 44)

Caranya:

-Banyak mengambil iktibar daripada akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat sewaktu menang

-Banyak membaca kisah nabi-nabi SAW, para sahabat dan ulama serta pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia kerana ini akan memberi motivasi kepada jiwa kita untuk meniru mereka

Semua ini akan menghakis thiqah pengikut dan orang awam kepada kemenangan kita. Maka mereka menuduh kemenangan kita tidak mempunyai erti kepada perjuangan Islam. Bukan mustahil semangat mereka untuk bekerja kearah untuk mengekalkan kemenangan akan luntur. Kita tidak bimbang musuh benci kepada Pas, yang paling kita takut ialah apabila petugas marah dan tidak bekerja untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU akan datang.

-Banyak muhasabah diri dan merasakan kelemahan yang terlalu banyak pada diri dan berusaha untuk meningkat

-Bersedia untuk menerima teguran, kerana kelemahan sendiri agak sukar untuk melihat dengan ini kita memerlukan orang lain yang memerhatikannya.

-Kena suruh anak dan isteri kita bertungkus lumus bersama dengan perjuangan untuk memasti kemenangan dikekalkan dengan ini mendorong petugas bertambah semangat untuk bekerja seperti baginda SAW bersama menggali parit ketika berlaku peperangan Ahzab dalam bulan syawal tahun 5 hijrah. Walaupun sahabat suruh baginda berehat, namun baginda tidak mahu berbuat demikian semata-mata untuk memberi semangat kepada sahabat yang lain dalam mempertahankan kota Madinah

-Aurat anak isteri mesti dijaga, kerana ini adalah penilaian awal masyarakat kepada perjuangan kita. Memelihara aurat adalah lambang yang membezakan kita dengan perjuangan orang lain. Pakaian adalah tanggapan awal untuk orang thiqah dengan perjuangan yang kita bawa. Masyarakat akan tawar hati apabila ia melihat ketika berdegar-degar bercakap tentang Islam dan menyeru kepada perjuangan Islam, sedangkan anak isteri punya pakaian tidak melambangkan apa yang diucap.

23 November 2008

MAHATHIR BAGI TAU, TOLONG SAMPAIKAN PADA ORANG UMNO

Budaya mahukan jawatan, amalan rasuah dan politik wang menjadikan Umno tidak relevan lagi.

Menurut Tun Mahathir, seandainya Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, masalah rasuah tidak akan dapat diatasi kerana telah menjadi satu budaya dalam Umno.

Beliau turut mempersoalkan sama ada peralihan kuasa yang dicadangkan antara Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Najib mampu untuk memulihkan semula parti.

"Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang.

"Kita tidak akan dapat semula Umno yang bersih untuk mewakili kita selagi ia tidak dibendung," jelasnya sambil mengakui ia telah menjadi satu budaya dalam Umno.

Katanya, apabila ia sukar dibendung dan dikawal maka ia secara tidak langsung akan menyebabkan Umno akan menjadi parti yang tidak relevan lagi pada perjuangan orang-orang Melayu.

Tambahnya, amalan kepimpinan melalui teladan adalah contoh yang terbaik di samping usaha berterusan membanteras rasuah yang makin kronik ketika ini.

Beliau juga menyarankan agar pemimpin yang terajui parti perlu tegas dan ambil langkah serta tindakan yang tegas terhadap individu yang terlibat dengan rasuah.

Katanya lagi, seandainya ada pemimpin sendiri yang terlibat dengan rasuah, maka janganlah memilih pemimpin berkenaan sambil merujuk kepada pemilihan Umno yang akan diadakan pada tahun hadapan.

"Kita mahukan pimpinan yang tegas dan mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat. Untuk ahli, kalau pemimpin itu terlibat dengan rasuah, jangan pilih dia.

"Kita tak boleh harap pembaharuan boleh dilakukan dalam Umno dan mereka harus ingat, kalau orang tidak memberi undi mereka tidak boleh menang atau sekiranya mereka menang dalam pemilihan parti, tak semestinya mereka akan menang pilihan raya," katanya.

21 November 2008

Sekitar Munaqashah Amanat Presiden Pas Baru -baru ini

posted by : ismits ulamraja, Tmn Setia Klang

Sesi Pendaftaran







Wakil Johan Setia Ust Azmi,Wan Kasbi,Dan Sdr Zahrin

Pemuda Kawasan Hj Karim Bin Kari (memakai vest) kelihatan dibelakang setiausaha Pas Taman Johan Setia En Azli disebelahnya En Arzahari
Nor Halim Sirome,Saudara Mat Diah(bersongkok) Dan Hj Mahfuz

Rabu, 2008 November 19

Meraikan Bakal Haji & Hajah

posted by : ismits ulamraja - Tmn Setia Klang


Bertempat di hadapan gerai MPK lorong 1A Taman Johan Setia Klang , selepas isyak lebih kurang jam 9 malam telah diadakan satu majlis meraikan bakal-bakal haji dan hajjah yang akan bertolak ke Makkah pada 25hb november ini.Seramai 2 keluarga diraikan iaitu keluarga abang Awang Besar dan Isteri serta En Zaki dan isteri dengan majlis dimulakan dengan bacaan ummul kitab Al Fatihah dan doa selamat yang dipimpin oleh ustaz Azmi Selamat.Walau bagaimanapun En Zaki tidak dapat bersama-sama kerana telah mendapat rawatan di SJMC ,namun dijangka dibenar pulang dalam sehari dua ini.



Pengerusi PPTS saudara Adam Abd Karim merangkap(Ketua Cawangan Pas Tmn Johan Setia) juga telah menyampaikan cenderahati sebagai menunjukkan rasa syukur serta meraikan kedua- dua keluargabakal haji.Kami berdoa semoga mereka diberikan kesihatan yang baik,kesabaran dalam menempuh berbagai cobaan dan cabaran ketika berada di tanah suci kelak.

Kami juga mendoakan semoga mereka semua mendapat haji yang marbrur insyaallah.Tidak lupa kami juga memohon doa kehadrat ilahi mudah-mudahan kami juga akan diberi kesempatan,peluang untuk menjadi tetamu Allah ke baitullah satu hari nanti.

19 November 2008

Tarbiyah dan peranannya dalam perjuangan

PAS adalah satu-satunya parti dalam negara ini yang memperuntukkan aspek tarbiyah atau pendidikan sebagai satu disiplin penting dalam perjuangannya.



Hala tuju pentarbiyahan PAS berteraskan menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah SWT dengan menyokong dan mengangkat kalimat-kalimat perintah-Nya beragendakan "penyeruan ke arah yang makruf dan pencegahan kemungkaran". Prinsip pentarbiyahan PAS bersandarkan al-Quran dan Sunnah.

Lalu dalam PAS, aspek pentarbiyahan ini bukan hanya diwajibkan malah diuruskan secara berjemaah oleh para ulamak yang menjadi teraju qiyadah sehingga wajib dituruti dan dipatuhi oleh para jundiyyah selaku ahli-ahli yang berdisiplin, kerana itu kekuatan parti akan hanya terserlah kiranya aspek pentarbiyahan ini ditekan, dilaksana dan ilmunya dipraktikkan dalam perjuangan.

Hanya PAS sahaja selaku gerakan Islam, memperuntukkan di dalam perlembagaannya penekanan pada aspek pendidikan ini apabila fasal 14(2)(d) perlembagaan parti menyebut bahawa ahli-ahli PAS wajib:

"Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam".

Perkara tarbiyah ini akan diulang, disebut-sebut dan diperingatkan dalam setiap situasi dengan harapan agar ahli-ahli dan pimpinan PAS tidak akan lari atau tergelinciri daripada prinsip dan dasar perjuangan parti.

Almarhum Prof Zulkifli Muhammad semasa berucap di hadapan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan sejurus kemenangan PAS pada pilihan raya 1964, (dua hari kemudian beliau terkorban dalam kemalangan jalanraya) berkata:

"Jadikanlah satu kewajipan tuan-tuan mulai dari hari ini mengkaji pengajaran Islam supaya tuan-tuan memikul kewajipan tuan-tuan sebagai orang yang tahu apa yang diajarkan oleh Islam. Jangan ada seorang pun yang takbur, yang merasa dirinya sudah pandai, bahawa dirinya sudah tahu apa pengajaran Islam. Bahawa dirinya tidak perlu diajar oleh sesiapa kerana dia sudah menjadi wakil rakyat."

Demikianlah sepatutnya teguh dan kemasnya ikatan ahli-ahli PAS dalam perkara ini.

Kerana itu dalam muktamar PAS yang lalu apabila Dato' Seri Tuan Guru Presiden menyentuh dalam ucapan penggulungannya, bahawa ahli-ahli PAS perlu membina parti menjadi parti yang perkasa dan membina diri masing-masing agar menjadi ahli yang perkasa sebagaimana yang ditunjukkan oleh Islam, maka beliau sesungguhnya merujuk dan menekankan kepada aspek tarbiyah. Kerana wasilah utama bagi mencapai penyusunan tanzim yang kukuh hanyalah melalui tarbiyah harakiyah Islamiyah.

Menyedari akan pentingnya kerja menyemarakkan kembali asas kekuatan PAS ini, maka Dato' Seri Tuan Guru Presiden dan Timbalannya yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat, kini dalam rangka menjelajah seluruh negara bagi menjayakan Konvesnyen Tarbiyah peringkat negeri yang dimulakan di Pahang baru-baru ini.

Konvensyen ini adalah peluang yang terbaik buat ahli-ahli PAS untuk duduk berbincang bersama pimpinan tertinggi di samping memahamkan diri akan isu-isu semasa dan sikap serta pendirian pimpinan.

PAS kini melangkah melampaui usia setengah abad yang sudah pasti semakin mematangkan ahli-ahlinya dalam bertindak dan berfikir.

Kita bergerak dalam waqi' yang sungguh mencabar dan berubah-ubah dengan begitu pantas. Atas kesedaran itulah maka akan hanyut dan barangkali lemas sesiapa sahaja yang tidak cermat dan memilih untuk memutuskan dirinya dari jemaah walaupun sekejap atau atas apa alasan sekalipun.

PAS kini dalam zon selesa hasil pencapaian besarnya dalam PRU ke-12 baru-baru ini. Disaat sebeginilah aspek tarbiyah ini sangat penting dan perlu buat kita agar kita terus konsisten dalam perjuangan walaupun dalam keadaan mewah ini.

Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa semasa berucap di konvensyen tarbiyah peringkat negeri Pahang baru-baru ini berkata:

"Keadaan ini menuntut PAS untuk menyediakan asas tarbiyyah yang kukuh kepada ahli dan pimpinannya. Sesungguhnya tanpa berpandukan ilmu dan tarbiyah yang ampuh lagi mantap, anggota dan pimpinan PAS tidak dapat memacu dan menggerakkan PAS lebih jauh lagi untuk menghadapi mehnah (ujian) dan fitnah yang semakin mencabar.

"Penglibatan serius kita di medan poltik terbuka tidak menjadi alasan untuk kita abaikan tarbiyah. Kesibukan berpolitik bukanlah sebab untuk kita tidak menghadiri usrah di Cawangan, Kawasan, Negeri dan Pusat.

Kesibukan memegang portfolio sebagai Ahli Parlimen (MP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bukanlah lesen bahawa tarbiyah sudah tidak perlu lagi. Malah sebagai MP dan Adunlah, jamaah perlu pertingkatkan tarbiyah mereka supaya memahami dan mematuhi arahan pimpinan parti!".

Atas semangat yang samalah maka sesuai sangat kita mengingatkan diri kita akan apa yang pernah diwasiatkan oleh Almarhum Prof Zulkifli Muhammad (dalam majlis yang dipetik di atas) ketika beliau menyandang jawatan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS dan ahli parlimen Bachok:

"Rapatkanlah diri saudara-saudara kepada Quran yang diturunkan oleh Tuhan dan rapatkanlah diri saudara-saudara kepada hadis yang diberikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Jangan ada orang yang sombong, aku sudah tahu, jangan ada orang yang mengata, aku sudah luput. Kalau kita sudah luput dari mempelajari Islam, berhentilah dia dari menjadi ketua orang-orang Islam. Duduklah dia di rumahnya supaya jangan dituduh orang memakai warna-warna Islam, tetapi tidak ada mempunyai isi Islam. Biarlah kita menghadapi Tuhan kita dengan hati yang suci. Dengan mengatakan aku sentiasa berjuang untuk Engkau, dan aku lengkapkan diriku untuk demikian".

Semoga sistem tarbiyah yang kita warisi zaman berzaman ini akan terus mengukuhkan dan mengentalkan perjuangan ini sehingga mampu kita melonjakkan ia demi menjulang cita-cita Islam yang suci. Selamat berkonvensyen.

17 November 2008

Lebih 1,000 masyarakat India dirai Nik Aziz sempena Deepavali


Buat pertama kali dalam sejarah sejak lebih 18 tahun Kelantan di bawah teraju PAS apabila dapat menghimpunkan lebih 1,000 masyarakat India sempena perayaan Deepavali, di sini malam tadi.







Kehadiran mereka menyedatkan Dewan Sri Guchil yang terletak tidak jauh dari bandar Kuala Krai. Kecil besar, tua dan muda memenuhi dewan tersebut.

Mereka datang dengan kenderaan sendiri dan beberapa bas termasuk dari Gua Musang, Tanah Merah, Kota Bharu dan beberapa ladang di sekitar Kuala Krai.

Golongan warga emas ketika ditemui seronok dengan program tersebut yang julung diadakan melibatkan semua masyarakat India dari seluruh Kelantan.

Tahun lepas program seumpama itu hanya diadakan di Ladang Kerella, Tanah Merah.

Ketika Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berucap di pentas semua mata tertumpu kepadanya biar pun sebelum ini mereka sudah acap kali mendekati Menteri Besar Kelantan.Image

Mereka beberapa kali bertepuk tangan tanda sokongan dan setuju dengan apa yang diucapkan pemimpin kesayangan mereka.

Seorang pemimpin masyarakat India dari Kota Bharu, Arjuna a/l Subramanian, 62 yakin lebih ramai lagi golongan warga emas India yang ingin datang ke majlis seperti itu sekiranya diadakan lagi tahun depan.

"Biar pun saya sudah acap kali bertemu dengan Tok Guru Nik Aziz kerana tinggal di Kota Bharu, namun penduduk India yang tinggal di kawasan pedalaman cukup gembira datang ke majlis malam ini," katanya.

Hadir sama pada program bersejarah itu anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dato' Anuar Tan Abdullah, Dr Mohamed Fadzli Hassan, Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Adun Guchil, Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria, Adun Galas, Chek Hashim Sulaima dan Ketua Jajahan Kuala Krai, Adnan Hussin.

Turut hadir Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri (UPKN), Ustaz Abdul Rahman Yunus.

Image Masyarakat Cina tempatan yang terdiri daripada sebuah pertubuhan keagamaan turut kelihatan pada program tersebut.

Program berkenaan bermula jam 4 petang di mana diadakan pertandingan melukis yang dikenali sebagai kolam.

Manakala jamuan makan malam bermula jam 8.30 malam. Orang ramai menikmati hidangan nasi beriani. Program itu dianjur UPKN dengan kerjasama Pejabat Menteri Besar.

Orang ramai yang hadir turut disajikan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian oleh artis-artis Astro. Image

Golongan kanak-kanak paling seronok dengan berkejar ke sana ke mari, manakala warga emas mengeleng-geleng kepala ketika irama lagu Tamil dinyanyi artis lelaki.

Arjuna berkata, program itu diadakan di tempat yang begitu strategik kerana masyarakat India dari seluruh Kelantan dapat hadir ke program tersebut.

"Bagi yang tinggal di Gua Musang tidak perlu lagi bersusah payah datang ke Kota Bharu. Oleh itu diharap kerajaan negeri menjadikan program seumpama ini sebagai acara tahunan," ujarnya.

Pemilihan tempat program tersebut ditentukan sendiri Menteri Besar, beritahu pengarah UPKN.

Dr Fadzli berkata, program tersebut akan diadakan lebih meriah lagi tahun depan.

S'gor cadang tubuh sekolah agama teknik dan vokasional

Kerajaan Selangor bercadang untuk menubuhkan sekolah agama teknik dan vokasional, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya sekolah agama teknik dan vokasional akan ditubuhkan segera bagi menampung pelajar mendapat pendidikan agama secara formal sehingga tingkatan lima.

Menurutnya, ia berikutan terdapat banyak permohonan untuk memasuki sekolah agama sedangkan tempatnya terhad.

Abdul Khalid menegaskan demikian ketika merasmikan perjumpaan khas guru-kuru kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) negeri Selangor 2008 di Shah Alam pagi tadi. Hadir sama ialah Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu ketika bercakap dalam sidang akhbar kemudiannya, beliau berkata, kerajaan negeri akan membincangkan cadangan itu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak swasta.

Menurutnya, rangka tindakan cadangan tersebut dijangka dapat disiapkan enam bulan lagi.

Sehubungan itu Abdul Khalid berharap, kerajaan pusat dapat menyediakkan pembiayaan memandangkan program itu memberi kebaikan kepada negara secara keseluruhannya.

Elaun Kafa dinaikkan

Sementara itu, Khalid turut diminta mengulas cadangan wakil rakyat PAS Pokok Sena, Mahfuz Omar supaya kerajaan negeri Pakatan Rakyat menggunakan tambang penerbangan kelas ekonomi bagi menjimatkan wang kerajaan.

Mengulas perkara itu, menteri besar berkata kerajaan Selangor tidak ada masalah untuk berbuat demikian.

Bagaimanapun, katanya, bukan semua tambang kelas perniagaan lebih murah daripada kelas ekonomi.

"Kadang-kadang sama," kata Khalid.

Mengenai kemungkinan Selangor mengembalikan penggunaan bahasa Malaysia di di sekolah agama rakyat untuk mata pelajaran Sains dan Matemarik, beliau berkata: "Cara mengajarnya lebih penting, bukan bahasa."

Dalam ucapannya sebelum itu, beliau turut mengumumkan tambahan elaun kepada guru Kafa sebanyak RM261.70 - daripada RM738.30 kepada RM1,000.

Elaun penyelia Kafa juga dinaikkan RM338 - daripada RM1,112 kepada RM1,500.

Selain itu, kumpulan tersebut akan dilindungi Insurans Takaful mulai Januari 2009.

13 November 2008

Ahli Pas Kota Raja di jemput hadir

Nauzubillah : Dunia akhir zaman



Protest against anti-tomboy fatwa.

On Oct 23, 2008, the National Fatwa Council of Malaysia issued a fatwa saying that tomboy-ism, where a girl behaves or dresses in what is seen as a boyish manner, is forbidden by Islam.

According to the council’s chairperson, Dr Abdul Shukor Husin, this decision was made because – in their reasoning – young women who behave like men will engage in lesbian sex.

We, as rakyat Malaysia, reject these views and wish to express our solidarity and sympathy with those affected by such declarations. This letter is a statement of our principled stand as the people of this nation, regardless of religion, gender, ethnicity, or political belief.

1. My Body My Choice - This is simply another attempt to control women's bodies and how women express themselves. Each and every woman has the right to express herself freely, as does everyone else, as guaranteed under human rights standards our country is bound to fulfil.

2. Regressive and Impractical Policies - Telling a woman that she cannot wear certain types of clothing because she will look 'masculine' is an archaic notion. Furthermore, who decides what is 'masculine' or 'acceptable' in society?

3. Discriminatory Stereotypes - Do we still tell women that they have to be 'feminine', quiet, demure and modest? We may as well tell women not to vote, that their sole responsibility is to take care of the home and raise their children!

The fatwa is an example of how women continue to be subjected to discriminatory stereotypes of how they should look and behave. The state should not regulate the private lives of individuals.

By continuing to perpetuate discriminatory stereotypes, the government is not promoting, fulfilling or respecting the commitment of equality between women and men.

4. Appearance is not an indicator of sexual orientation - A person's outward appearance and his or her sexual orientation are distinct and separate. The council's views are misinformed and based on outdated stereotypes.

A woman who has short hair and 'masculine' may be a married mother of two and a feminine woman may be a lesbian.

5. Discrimination against lesbian, gay, bisexual, transgender and transsexual persons - The views expressed by the council reflect a deeper discrimination against anyone who does not conform with what is considered 'mainstream' and also anyone who does not fit into a stereotypical heterosexual relationship.

Everyone has the right to form loving relationships with the person of their choice, regardless of their sex and the sex of their partner.

This letter is signed by Katagender, Food Not Bombs as well as the following 19 individuals: Cheneille Neo Ming Yi, Dahlia Martin, Eugene Ch'ng, Lainie Yeoh, Lee Wei San, Lee Jia Hui, Leow Mei Chern, Mohd Rizman, Nurul Amani Faizal Poodien, Puan llli Farhana, Puan Azreen Madzlan, Shikeen Arif, Thilaga Sulathireh, Wan Azhar Bin Wan Ahmad Wong Chai Yi, Yusmar Mohd Yusof and Zedeck Siew.

12 November 2008

Exco S'gor ditahan, dibebas dengan jaminan polis


Nov 12, 08 3:34pm

Polis menahan exco Kerajaan Selangor, Ronnie Liu sewaktu tiba di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam tengah hari tadi.

Ronnie ditahan berhubung laporan polis yang mendakwa beliau menghalang tugas pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dalam satu operasi mencegah maksiat di sebuah hotel di Puchong tahun lalu.

Ronnie yang ahli Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandamaran ditahan oleh anggota polis di pintu masuk ke bangunan tersebut pada kira-kira jam 2 petang.

Beliau ditahan ketika dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat exco negeri.

Ronnie kemudiannya dibawa ke balai polis Puchong.

Elizabeth yang menyaksikan Ronnie ditahan berkata, Ronnie dijangka didakwa di mahkamah majlis Petaling Jaya Isnin depan.

Ronnie kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis pada jam kira-kira 3.15 petang.

10 November 2008

Gotong Royong bersama KPP Sri Muda




Pada Ahad 9.11.2008 satu gotong telah diadakan oleh Kelab Penyokong PAS Sri Muda bersama Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja berhadapan dgn Pusat Khidmat Masyarakat Sri Muda.

Gotong royong bermula jam 10pg dihadiri oleh 10 org dari LPN yg terdiri dari En Md Razif - Tmn Setia, Majid - Teluk Menegon, Bakiruddin - Teluk Menegun, Fadhil - Teluk Menegun, Sidin - Teluk Menegun, Rosman - Bkt Badak, Hj Wan Zakari - Sri Muda, Abd Mutalib - Sri Muda, Abd Rahman - Andalas, Syed Abd Malek - Andalas. Sementara KPP diketua oleg Sdr Segar dan 9 ahli yg lain.

Gotong Royong ini diadakan kerana setiap kali hujan air bertakung diatas jalan raya berhampiran menyebabkan kerosakan pada kereta, ini adalah disebabkan longkang tersumbat kerana tiada kerja-kerja maintenence dilakukan oleh kontraktor MBSA.

Sebelum itu kira-kira jam 8.00 pagi rombongan yang sama berada di Taman Bukit Naga bersempena dgn Kempen menghapuskan tempat pembiyakan nyamuk aedes yg perasmiannya dilakukan olh YB Dr Xavier.


08 November 2008

Awas Denggi Boleh Membunuh !!!!!



Itulah akibat dari gigitan nyamuk eades, sungguh bahaya.

Taman Setia telah dilebelkan sebagai kawasan MERAH oleh Jabatan Kesihatan Daerah Klang kerana sebanyak 17 kes demam denggi dari kawasan ini sahaja. Justru itu Jabatan Kesihatan dengan kerjasa Persatuan Penduduk Taman Setia, MPK dan Alam Flora telah mengadakan Majlis Gotong Royong menghapuskan tempat pembiyakan nyamus eades.

Majlis yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr Siti Mariah Mahmud telah diresmikan oleh Exco Kesihatan Kerajaan Negeri selangor YB Dr Xavier Jayakumar, Turut hadir dalam majlis itu ialah Ahli Majlis MPK En Azmizam serta Tn Hj Termizi Ismail, juga tidak ketinggalan ialah Ahli MBSA En Norhalim Sirome.

Berucap dalam majlis tersebut YB Dr Mariah menasihatkan semua penduduk agar menjaga kebersihan persekitan rumah masing-masing dan memastikan tidak ada tempat pembiyakkan nyamuk.

01 November 2008

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH


Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat Kota Raja


YB Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengarah dan Jawatankuasa penganjur majlis Perasmian Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja dan Ceramah Perdana oleh YAB TGNA malam semalam Jumaat 31-10-2008.

Majlis yang berlangsung dengan penuh gilang gemilang turut dihadiri oleh YB Tn Hj Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Dr. Halimah Ali, Exco Selangor, YB Dr. Xavier Jayakumar, Exco Selangor, YB Shuhaimi Shafie, ADUN Sri Muda, Mantan Ahli Parlimen Jeli, Tn Hj Mohd Affendi, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan Pengerusi Kelab Penyokong Pas Sri Andalas En. Letchumanan, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Sri Muda En Segar serta En Gunalan dari Kelang Jaya.

Ketibaan TGNA kira-kira jam 8.50mlm disambut oleh semua orang kenamaan diatas diringi dengan kumpulan Gendang India serta kira-kira 2,000 ribu rakyat Kota Raja termasuk kira-kira 500 orang dari Kelab Penyokong PAS, serta ketua-ketua sami di Kota Raja.

Perasmian

TGNA seterusnya merasmikan PKMKR dengan memotong Riben dan menandatangani Plag Perasmian Pejabat tersebut seterusnya menandatangani buku lawatan didalam Pejabat YB Dr Mariah, beliau seterusnya menemui semua Pengerusi KPP bagi mengucapkan terima kasih diatas sokongan mereka kepada PAS.

Sebak

Dalam ucapan alu-aluan dalam majlis tersebut YB Dr Mariah terlalu sebak kerana kedatangan dan kesanggupan TGNA hadir merasmikan Pejabat beliau kerana sehari sebelum majlis tersebut TGNA melalui PA beliau hampir membatalkan hasrat beliau utk hadir kerana nasihat Dr disebabkan kesihatan yang memerlukan beliau rehat. Beliau memberitahu selama 7 bulan pemimpin dan masyarakat India menunggu kehadiran YAB TGNA. Selain itu ucapan YB Dr Mariah terganggu lagi dan mengalir air mata beliau semasa menceritakan masaalah kemiskinan rakyat diKota Raja, seterusnya menyeru kepada semua yang bekemampuan untuk bangganding bahu bersama beliau membantu rakyat tersebut.

Ucapan TGNA

Beliau mengucapkan syabas, tahniah dan terima kasih kepada kepada penduduk non-muslim yang melebihi 53% dalam Kota Raja tetapi memberikan undi yang tertinggi kepada calun PAS hingga tercatat sejarah memperolehi undi tertinggi di Malaysia. Ini menunjukkan perubahan sikap yang ketara dan pemerintahan 18 tahun kerajaan pimpinan PAS diKelantan membuktikan kepada semua bahawa pemerintahan Islam yang adil dan beramanah. Beliau juga menceritakan bahawa dalam keadaan kesihatan beliau yang tidak baik beliau sanggup mengingkari nasihat Dr. semata-semata kerana naluri beliau begitu kuat untuk hadir dan alangkah terperanjat dan kagumnya beliau diatas sambutan masyarakat non-muslim khususnya India dan Cina yang begitu ramai.
There was an error in this gadget

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini