28 February 2009

Tembakan meriam air depan Pejabat Polis Brickfields

Malaysiakini melapurkan, Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.

brickfields uthayakumar hindraf 280209Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai.

Sebelum itu, kira-kira 50 orang dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis berhubung layanan terhadap Uthayakumar.

Mereka terdiri daripada lima wakil dari sembilan negeri dan lima anggota keluarga Uthayakumar.

brickfields uthayakumar hindraf 280209Mereka berkumpul hari ini sebagai membantah kerana Uthayakumar - yang menghidap kencing manis - tidak diberi rawatan perubatan sewajarnya.

Beberapa anak jari kaki kiri Uthayakumar mengalami kecederaan pada 31 Januari lalu ketika berada di Kem Tahanan Kamunting.

Pada 20 Februari lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, jika keadaan itu berterusan, 'beratus-ratus" laporan polis akan dibuat terhadap pihak berkuasa hari ini.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 marching to stationPada jam 12.15 tengahari, kira-kira 12 orang ditahan termasuk ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan penyelaras badan pemantau polis dan jawatankuasa hak asasi manusia, S Jayathas.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sing Deo juga kelihatan berada di balai polis untuk memberi sokongan kepada mereka.

Bagaimanapun, pada kira-kira jam 12.45 tengahari, orang ramai sudah beredar dan hanya tinggal polis dan para wartawan di situ..

Masaalah Kilang Haram di Kampung Jawa

KAMPUNG JAWA - Sesi perbincangan membabitkan penduduk, pihak kilang serta Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan diadakan dalam masa terdekat bagi mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu kilang yang dibina berhampiran dengan kawasan perumahan di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan ketiga-tiga pihak berkenaan bagi menyelesaikan isu yang sudah berlarutan sejak empat tahun lalu itu di mana ia menimbulkan pelbagai masalah dalam kalangan penghuni di kawasan berkenaan.

Menurutnya, perbincangan itu dilakukan bagi mencari pendekatan yang sesuai dan tidak membebankan mana-mana pihak dalam isu yang timbul itu.

“Kita perlu mendengar penjelasan daripada semua pihak dalam hal ini kerana dasar kerajaan negeri tidak akan membebankan mana-mana pihak yang terbabit.

“Saya juga akan meminta penjelasan terperinci daripada pihak majlis tentang status kilang berkenaan yang beroperasi sejak empat tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke kawasan berkenaan dan seterusnya mengadakan pertemuan dengan penduduk yang berhampiran dengan kilang terbabit.

Dr Xavier berkata, situasi yang dialami penduduk secara jelas memperlihatkan ketidaktelusan pihak terbabit terutama MPK dalam soal penguatkuasaan undang-undang sehingga kilang itu dapat beroperasi sebelum ini.

Menurutnya, beliau juga akan mendapatkan penerangan daripada jabatan yang terlibat antaranya Jabatan Bangunan, Jabatan Perancang serta Pelesenan berhubung masalah berkenaan kelak.

“Kita tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak, namun secara jelas apa yang berlaku adalah kerana sikap sambil lewa di samping kegagalan pihak terdahulu menangani masalah berkenaan yang mengakibatkan penduduk mengalami kesannya hingga kini,” katanya.

Terdahulu, Sinar Harian semalam menyiarkan masalah penduduk di sebuah taman perumahan di sini yang mengalami masalah kesihatan berhubung kewujudan sebuah kilang berhampiran yang menyebabkan pencemaran udara sejak empat tahun lalu.

Penduduk mendakwa pernah membuat aduan kepada pihak berkaitan, namun tiada tindakan.

Sebentar tadi kira-kira jam 2.00 petang saya menemui penduduk ini menemui YB Dr Siti Mariah di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja.

26 February 2009

Padanlah TGNA tak suka Berahim Ali

Buruk betul perangai Berahim Ali, tak layak langsung mewakili PAS di Pasir Mas. Pastikan orang ini tidak merasa duduk di Parlimen lagi selepas PRU 13 nanti.

Gantikan saja dengan calun yang berilmu, berakal dan bertanggung jawab ... contohnya Abg Mat Sabu, tentu selamat dunia akhirat.

Petikan dari hansard Dewan Rakyat 19/2/2009:
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hei, beruk!!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Beruk sahaja kenal dengan beruk tau!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Kamu jangan kurang ajar ya!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Beruk besar kenal dengan beruk...
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hei, anjing!
Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Kalau saya anjing, kamu pun anjing.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Kamu anjing!

Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Bagi pihak Melayu, you have no right.
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Hey, you shut up! You shut up! You shut up! Babi!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Awak ingat awak seorang saja Melayu?
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apa you bercakap macam itu?
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Beri saya laluan!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Beri saya laluan!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Kalau kamu berani!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Tak payah!
Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad [Shah Alam]: Penakut!
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: Apa penakut?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Shah Alam...
Beberapa Ahli: [Menyampuk]
Dato’ Ibrahim Ali [Pasir Mas]: [Menghempaskan songkoknya]

25 February 2009

Karpal Singh kata Pemuda Umno Celaka


Tadi saya TERTENGOK & TERDENGAR Buletin Utama TV 3 (25.02.2009 jam 8.00mlm), rasanya berjuta lagi rakyat Malaysia mendengar sama ucapan tersebut

Karpal Singh kata 'PEMUDA UMNO CELAKA' di Parlimen. pulak tu

Apa sebab dia kata macam tu .... saya tak tau pula hujung pangkalnya.

Pemuda Umno mungkin boleh tolong jawab

AMK serah anak lembu kpd SPRM

SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan hari ini menyerahkan seekor anak lembu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tanda bantahan terhadap kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bahawa badan itu mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung kesalahan salah guna kuasa.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, berkata anak lembu itu adalah sebagai simbol bantahan mereka terhadap SPRM yang dilihat bersungguh-sungguh menyiasat kes Abdul Khalid yang didakwa menyalah guna kuasa berhubung penyelenggaraan sebuah keretanya dan dalam pembelian 46 ekor lembu korban di kawasan pilihan raya yang diwakilinya.

"Dalam kes MB Selangor yang kita protes hari ini, dalam keadaan kertas siasatan masih berstatus rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), Ketua Pesuruhjaya SPRM telah membuat kenyataan mendahului mahkamah untuk memulakan pendakwaan ke atasnya," katanya kepada pemberita di luar bangunan SPRM Selangor di sini hari ini.

24 February 2009

Khir Toyo si penyibuk kalah teruk

1. Ikut keputusan undian yang dibuat oleh m.star Khir Toyo yang tengah sibuk cari publisiti ni kalah teruk. (Mukriz 77%, Khir Toyo 6% dan KJ 17%). Dengan kedudukan paling bawah ketika ini saya percaya akan lebih banyaklah cerita yang dicetuskan oleh beliau akan keluar surat khabar yang pro beliau lepas ni. Beliau akan mengasak kerajaan PR Selangor lagi selepas ini.

2. Melayu jangan mudah lupa semasa zaman beliau menjadi MB banyak aduan rasuah yang telah dikemukakan kepada BPR tetapi tiada satu pun tindakan yang diambil. Bukit Cerakah tu dah gondol di buatnya.

3. Sahabat dekat simpang 5 Sg Besar bagi tahu masa dia jadi MB bukan setakat lembu yang dia bagi tapi ayam dan telur ayam pun dia bagi. Tolong siasat mana beliau dapat duit tiap-tiap tahun bagi benda-benda ni, tak termasuk benda-benda yang lain. Gaji MB berapa?

4. Saya nyatakan sekali lagi pimpinan BN sekarang terlalu banyak main politik hingga hilang fokus untuk meningkatkan ekonomi negara yang semakin teruk. Inilah contoh kerajaan yang tidak bertanggung jawab setelah diberi amanah.

Lagi Gambar Sekitar Perlawanan Bolasepak PR Kota Raja


YB Dr Xavier bersalaman dengan pemain


Urusetia bersama Sekretariat Parlimen Kota Raja

Pasukan Remaja: Andalas FC


Sepakan penalti


Antara aksi perlawanan


Tempat ke-3


Naib Juara: Mamanis FC



Juara: Port Rangers FC


Bersama Urusetia & Pimpinan Kota Raja

23 February 2009

KPP Kota Raja anjur pertandingan bolasepak PR

Ahad 22.2.2009 ~ Kelab Penyokong PAS Kota Raja (Taman Kelang Jaya) telah menganjurkan kejohanan bola sepak kalah mati 9 sebelah. Kejohonan yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM4000 selain Piala Kejohanan dan Piala Pusingan ini berjaya menarik sejumlah 37 pasukan bertanding.

Menurut Pengarah Kejohanan En Gunalan, tujuan mengadakan kejohanan ialah untuk memupuk semangat kesukanan dikalangan para belia dikawasan Kota Raja seterusnya menunjukkan kepada masyarakat bahawa dibawah kerajaan PR, kita juga mampu malah membuat lebih baik dari apa yang dilakukan oleh BN dahulu.

Pada kejohanan ini YB Dr Mariah tidak dapat hadir kerana mesyuarat parti di Bukit Gantang, walau bagaimana pun YB Dr Xavier Jayakumar sempat meluangkan masa hadir didalam majlis ini. Bagi PAS Kota Raja pula YDP Sdr Norhalim, NYDP Tn Hj Termizi, Setiausaha Sdr Shamsul Bhaharin dan Cikgu Jaafar hadir didalam majlis ini. Majlis penyampain hadiah dilakukan oleh Cik Jaafar & Sdr Norhalim.

Seluruh AJK PAS Kawasan dan Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja serta PKR Andalas mengucap syabas dan tahniah kepada Sdr Gunalan dan Jawatankuasa Penganjur yang semua nya memakai baju PAS FOR ALL.

22 February 2009

Hi-tea perpaduan CNY 2009

Shah Alam 22.2.2009, Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Pusat telah menganjurkan majlis hi-tea perpaduan tahun baru cina 2009.

Menurut YB Dr Halimah Ali yang merupakan pengarah program objektif utama program ini adalah sebagai satu penghormatan kepada budaya Tionghua dan juga sebagai pemangkin jalinan hubungan yang positif kepada semua. PAS yang mendasari Islam diwajibkan menyanyangi semua kaum/bangsa dan warna kulit yang juga merupakan suatu tanda kebesaran Allah SWT.

Majlis yang gilang gemilang yang dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku telah diresmikan oleh Ybhg Tuan Haji Mohamad Sabu, Naib Presiden PAS.

Tazkirah dhuha di pasar tani

Pelancaran kuliah dhuha di pasar tani perkarangan stadium Shah Alam anjuran JAIS, FAMA, dan MBSA telah dimulakan pada jam 8.30 pagi tadi dengan menjemput penceramah terkenal Dato' Ismail Kamus dalam tajuk 'Konsep jual beli dalam Islam'

Tetamu yang hadir diluar jangkaan pihak penganjur, berbaju batik Ust Zaki, Timbalan Pengarah JAIS, manakala berbaju hitam gambar bawah Sdr Norhalim, Ahli Majlis MBSA merangkap YDP PAS Kota Raja.

21 February 2009

Umno memang berani

Di petik dari salah satu bloggers Umno : Salah satu Saranan pengikut tegar Umno kepada pemimpin mereka. lakukan apa saja asal kan matlamat kita tercapai.

TokMudim said...

Tindakan YB Tuan Speaker Siva mengantung kehadiran MB Zambri dan exco selama 12 -18 bulan adalah tindakan melampau dan mengandungi unsur-unsur jahat untuk menjatuhkan MB Dr Zambri. Saranan Dato Seri Najib sebagai Ketua Penghubungan Perak supaya laporan polis dibuat adalah tindakan yang sepatutnya dan disusuli dengan tindakan mahkamah.

Adalah maklum proses mahkamah akan memakan masa dimana rakyat telah mual dengan kemelut politik Perak, diharap MB Zambri dengan bijak-sana mengambil tindakan sewajarnya. MB Zambri perlu belajar dari sejarah.

Untuk melucut jawatan Tuan Speaker, MB Zambri perlu berpakat dengan Pak Lah untuk mengadap kembali Sultan Perak supaya peristiwa yang sama iaitu rampasan kuasa terhadap MB Nizar berulang kembali. Walaupun Sultan tidak mempunyai kuasa memecat MB atau Tuan Speaker, dengan kebijaksanaan MB Zambri dapat menyakin Sultan Perak agar mengeluarkan perintah Tuan Speaker meletakkan jawatan atau jawatan tersebut diisytihar kosong. Bawa sekali 28 adun BN + 3 adun bebas supaya lebih menyakin Sultan. Untuk mengelak dtuduh derhaka, Tuan Speaker terpaksa patuh.

Jika MB Zambri masih tidak mampu , langkah yang lebih drastic perlu diambil.

Hubungi pakar-pakar yang menghilang Mr Bala SB, mereka sedia membantu . Jika C4 perlu digunakan ,cari kambng-kambing hitam yang sanggup disembelih buat korban.

Jika gagal juga langkah Harakiri terpaksa diambil iaitu bubar dun walau pun fobia dengan istilah ini, MB Zambri perlu dikorbankan demi kesejahteraan Rakyat Perak.

20 February 2009

Keputusan speaker tidak boleh dicabar di mahkamah

Presiden Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan mengatakan keputusan penggantungan terhadap Dato Dr Zambery dan enam Exco berkenaan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak tidak boleh dicabar di mahkamah.

Kes Eli bermotif politik

Kes foto bogel Elizabeth bermotifkan politik - Mahathir

CAMBRIDGE: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad percaya penyebaran gambar separuh bogel Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, Elizabeth Wong bermotifkan politik.

“Di Malaysia sekarang, kita dapat lihat ramai yang mengamalkan taktik politik kotor,” katanya ketika diminta mengulas sama ada Wong merupakan mangsa parti politik tertentu.

Tambahnya, banyak perkara yang terjadi di Malaysia akhir-akhir ini ada kaitan dengan politik.

“Ini tidak bagus kerana amat mudah untuk mengambil gambar dan merosakkan reputasi seseorang individu,” katanya kepada The Star selepas memberi ceramah tentang Malaysia At The Crossroad di Unversiti Cambridge semalam.

Jelas Dr. Mahathir, keputusan sama ada Wong meletakkan jawatan atau tidak terletak kepada Parti Keadilan Rakyat walaupun ADUN berkenaan telah menawarkan diri untuk berbuat demikian.

19 February 2009

Perak Government – Now You See It, Now You Don’t

Perak Government – Now You See It, Now You Don’t .. Macam Chocholate laks..

If there’s one thing that keep us all entertained and the Perak Constitutional Crisis still in play, it’s because the Speaker, V Sivakumar, has not been bought yet by the federal government known as BN (Barisan Nasional).

And let’s hope this Sivakumar has the balls of steel and stays that way. The Perak state legislative assembly speaker V. Sivakumar has just suspended Menteri Besar Zambry Abdul Kadir and his six executive council (exco) members from attending the state legislative assembly for a period of 18 months and 12 months respectively – for contempt of the assembly.

Whoa! This drama is indeed better than making 100% profit in stock investing. Who would have thought that the Speaker post that was previously dominated by BN and “equipped” with such a power would one day fall into the hand of opposition and in turn being used to embarrass the BN instead?
From the right: Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his exco members, Dr Mah Hang Soon , Mohd Zahir Abdul Khalid , Datuk Saarani Mohamad , Datuk Ramly Zahari , Hamidah Osman and Zainol Fadzi Paharudin arriving for the special meeting with Perak state assembly speaker V. Sivakumar. -- PHOTO Courtesy of THE STAR




18 February 2009

Speaker gantung Zambry & 6 Exco

Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir digantung sertamerta dan dilarang daripada menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama 18 bulan.

Sementara enam Anggota Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri digantung selama 12 bulan daripada menghadiri sesi DUN juga berkuatkuasa hari ini.

Speaker DUN Perak V. Sivakumar mengumumkan keputusan itu selepas Zambry dan enam Exco berkenaan tampil di hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN di sini hari ini.

Kesemua tujuh Adun BN itu sebelum ini diberi notis saman supaya tampil di hadapan jawatankuasa itu berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh, bahawa majlis angkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undangundang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Sivakumar berkata setelah meneliti aduan tersebut, beliau mendapati satu kes prima facie terhadap Zambry (Adun Pangkor), Datuk Ramly Zahari (Manong), Datuk Saarani Mohamad (Kota Tampan), Hamidah Osman (Sungai Rapat), Zainol Fadzi Paharuddin (Sungai Manik), Mohd Zahir Abdul Khalid (Kamunting) dan Dr Mah Hang Soon (Chenderiang).

"Keputusan ini diambil selepas mendapati kesemua mereka gagal dan tidak memberikan sebarang penjelasan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang diadakan hari ini.

"Mereka telah gagal menawarkan sebarang penjelasan atas tindakan mereka yang menghina Dewan Undangan Negeri," kata Sivakumar dalam satu kenyataan akhbar empat perenggan di sini lewat petang ini.

Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (Pas-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).

TINGKAT EMPAT

Dr. Mahathir Mohamad 1. Terdapat kegelisahan di Tingkat Empat. Selama lima tahun lebih, Tingkat Empat kadang-kadang lebih berkuasa daripada Kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO. Mereka dapat tentukan dasar dan tindakan Kerajaan. Menteri-menteri kerap meminta pertolongan mereka dan pegawai tinggi Kerajaan merujuk kepada mereka sebelum membuat keputusan. Kontraktor melobi dengan mereka untuk mendapat kontrak dan pelabur juga mengguna khidmat mereka untuk mendapat kelulusan.

2. Dalam semua ini terdapat banyak peluang untuk memperkayakan diri.

3. Sesungguhnya tidak ada yang lebih memuaskan nafsu daripada kuasa tanpa tanggungjawab.

4. Malangnya, jika benarlah Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi letak jawatan pada bulan Mac maka segala-gala kuasa ini akan hilang. Ini adalah satu malapetaka bagi Tingkat Empat. Apakah nasib mereka selepas Mac? Apakah mereka akan berdiam diri dan membenar malapetaka ini timpa mereka dengan begitu sahaja? Tidak adakah sesuatu yang boleh dilakukan oleh mereka untuk menangkis musibah ini?

5. Seperti biasa, terdapat banyak berita angin akan perancangan mereka. Jika boleh, mereka akan halang peralihan kuasa, sekurang-kurangnya buat sekian lama.

6. Kata berita angin mereka sedang menasihat Dato Seri Abdullah supaya tidak letak jawatan apabila sahaja Dato Seri Najib Razak jadi Presiden parti. Kata mereka tidak semestinya Presiden parti jadi Perdana Menteri. Ini bukan syarat dalam perlembagaan negara. Ia hanya amalan parti tanpa peruntukan tertulis. Yang menentu segala-galanya ialah Perdana Menteri. Jikalau Perdana Menteri tidak letak jawatan itu haknya, sepertimana memilih menteri atau timbalan perdana menteri adalah haknya. Biasa terjadi yang dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri bukan Timbalan Presiden UMNO.


7. Apakah Najib akan memberontak? Tidak. Jika ia ternampak akan memberontak ada cara untuk melawannya. Jika dapat dicetuskan keadaan tertentu, seperti rusuhan atau huru-hara, ini boleh dijadikan alasan untuk Dato Seri Abdullah tidak letak jawatan. Ramai ahli UMNO dan ahli Majlis Tertinggi pasti akan sokong Dato Seri Abdullah. Mereka semua terhutang bukan sahaja budi kepadanya.


8. Mungkin ada antara ahli UMNO yang menentang kuat dan bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam parti atau dalam Parlimen. UMNO boleh ditangani melalui cara biasa. Jika terpaksa hilang berjuta pun tak mengapa kerana kuasa Tingkat Empat boleh menampung dengan punca-punca yang sudah ada. Apa gunanya wang jika kuasa untuk mendapatnya sudah hilang?


9. Jika ahli Parlimen pula bercadang untuk mengadakan undi tidak percaya dalam Parlimen, ini tidak mungkin berjaya. Sebahagian daripada ahli Parlimen BN mungkin tidak akan sokong tindakan ini. Ahli parti lawan memang hendak Dato Seri Abdullah terus jadi Perdana Menteri. Mereka telah pun menyatakan sokongan mereka. Hadi Awang, Karpal Singh dan Anwar Ibrahim telah menyatakannya secara terbuka.


10. Dengan sokongan ahli parti lawan kepada Dato Seri Abdullah, sukar bagi BN mendapat cukup bilangan untuk meluluskan undi tidak percaya.


11. Jika undi tidak percaya dalam Parlimen tidak berjaya, Abdullah akan jadi PM yang amat lemah, kerana memerlukan sokongan parti lawan untuk meluluskan sebarang undang-undang yang dibawa ke dewan rakyat.


12. Kita sudah lihat bagaimana kelemahan Kerajaan pimpinan Abdullah telah memberanikan semua pihak untuk membangkitkan berbagai kontroversi yang mengugat kestabilan Negara. Keadaan Negara akan hampir kepada tahap tidak ada Kerajaan dan tidak ada undang-undang apabila Kerajaan Abdullah menjadi lebih lemah.


13. Di masa yang sama Negara akan hadapi krisis kewangan dan ekonomi yang lebih teruk dari 1997-1998. Pentadbiran yang lemah tidak mungkin tangani kemerosotan ekonomi yang jauh lebih teruk dari 1997-98. Rakyat akan menderita kerana peningkatan pengangguran dan bankrap. Jenayah akan bertambah dan keselamatan negara akan tergugat.


14. Bagi Tingkat Empat huru-hara dalam Negara tidak mengapa asalkan mereka dapat kekal sebagai kuasa dibelakang Perdana Menteri.


15. Mungkin cerita-cerita berkenaan usaha Tingkat Empat untuk mengekalkan Abdullah sebagai Perdana Menteri selepas Najib jadi Presiden UMNO hanya rekaan orang-orang tertentu, wallahuwaalam. Demikian jugalah dengan Labu. Si-Luncai pun terjun dengan segala-galanya.

16 February 2009

Elizabeth Wong's statement


Monday, 16 February 2009 21:06
I was informed on Friday, Feb 13, 2009 by journalists from The Malay Mail that they have in their possession intimate photos of myself and that the newspaper will be publishing a story about these photographs.
I was told that some people are trying to distribute photos/ videos showing me asleep in partial nudity and also in intimate positions.
The distribution and publication of these photos/ video is a malicious attack on my personality. This constitutes a gross outrage on my modesty, a gross invasion of my privacy, and in particular the sanctity of my personal life. It is being done by unscrupulous persons to embarrass and discredit me?
I am a victim in this incident.
I have yesterday lodged a police report in relation to this matter and I will fully cooperate with the police in their investigation. I will therefore not speculate publicly about those responsible for this gross invasion of my privacy.
I have received a lot of support from my supporters, friends, colleagues and members of my constituency. I wish to thank them for their concern, support and encouragement.
My family members are standing behind me. I would like to appeal to the media to give me and my family members some breathing space in this trying time so that I can weather this huge challenge.
I will in the meantime continue to carry out my task of serving the people of Selangor faithfully.
Elizabeth WongBukit Lanjan assemblypersonExco for Tourism, Environment and Consumer Affairs

Criticizing Malaysia's Royals

Monday, 16 February 2009 22:11
(Asia Sentinel)

Kerajaan boleh mengkritik sultan tetapi tidak bagi pembangkang. Di dalam ucapan di Dewan Rakyat atau parlimen pada 14 Februari 1993, Perdana Menteri pada masa itu telah meminta agar imuniti daripada undang-undang oleh sultan-sultan ini dilucutkan. Di antara tuduhan memanda menteri pada masa itu antaranya adalah konon Rajalah yang memberi sebahagian daripada negara ini kepada British, menekan rakyat jelata , menyalahi undang sivil dan jenayah, menyalahgunakan wang dan harta kerajaan dan menekan pegawai kerajaan (sounds familiar or probably should I say..look who's talking)

Antara undang yang diperkenalkan termasuk membenarkan rakyat jelata mengkritik sultan termasuk Yang di-Pertuan Agong atau raja tapa rasa takut oleh akta sedisi (sedition act) dan boleh pulak mempersoalkan legitimasi diraja itu sendiri. Ini telah di terima dengan rasa terbuka oleh parlimen pada masa itu tanpa bantahan terhadap tindakan Dr Mahathir terhadap kesembilan monarki dinegara ini.

Sambungan..artikel ini sila lah translate sendiri..Dah malam dah..

Asia Sentinel brings this up in light of the growing controversy in Malaysia over opposition protests against the Sultan of Perak's decision to oust the Pakatan Rakyat chief minister of his state and sanction the appointment of a member of the United Malays National Organisation as the new chief minister despite the fact that a 28-28 tie remained, and that the Pakatan Rakyat had asked for a snap election to determine which coalition should rule the state.
When Karpal Singh, national chairman of the Democratic Action Party, offered to sue Sultan Raja Azlan Shah in the courts to get his decision reversed, scores of UMNO members filed complaints and led rallies against Karpal Singh for insulting the sultan. Members of the press, including Jed Yoong of the Asia Sentinel, have also been cited.
It would appear from Dr Mahathir's 1993 speech that it is perfectly legal to sue members of the royalty. It would also appear that UMNO members, particularly prime ministers, can make allegations against the country's royalty that opposition leaders and members of the press can't. We invite readers to decide for themselves.

Read more below.

http://mt.m2day.org/2008/content/view/18174/84/

15 February 2009

PRK Bukit Gantang

Assalamualaikum,

Kepada sahabat-sahabat di Parlimen Kota Raja, rasa-rasanya kita masih menyimpan bendera-bendera PRU12 dahulu. Dr Mariah pernah berpesan selepas PRU 12 yang lepas agar kita mencuci & menyimpan bendera ini kalau-kalau ada pilihanraya kecil. Nampaknya, kita terus menghadapi pilihanraya kecil yang tak sudah-sudah.

Sesiapa yang tidak keberatan, bolehlah menghantar bendera-bendera yang masih elok ke Markas PAS Bukit Naga. Silalah berhubung dengan Saudara Azmi Awang (016-3845934)sekiranya ada maklumbalas. Kenali Saudara Azmi dibawah;

Mesyuarat Agung PAS Cawangan-cawangan Kota Raja

Assalamualaikum,

Sedar tak sedar, masa yang begitu cepat berlalu. Sekarang sudah tiba masanya untuk cawangan-cawangan PAS Kawasan Kota Raja untuk bermesyuarat Agung. Nampaknya kali ini kita akan memilih pimpinan baru atau pun mengekalkan yang sedia ada. Pokok pangkalnya, sesiapa sahaja pilihan kita, moga-moga pimpinan cawangan mahupun kawasan kali ini akan terus mekar dan bertenaga dalam menjalankan gerak kerja dakwah dan parti. Cawangan-cawangan diminta mengadakan mesyuarat sebelum 8 Mac 2009. Sebarang maklum balas, silalah berhubung dengan setiausaha kawasan

Bukit Gantang, Bukit Selambau akan adili "kerajaan pimpinan perasuah"

"Dan kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan kerajaan.

Abdul Aziz Mustafa - Harakah

Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat menyesuaikan tarikh pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan tarikh orang-orang Umno berhimpun menghakiskan lagi keyakinan rakyat kepada suruhanjaya itu, kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub.

"Penetapan tarikh kedua-dua pilihan raya kecil itu menyebabkan begitu ramai pihak yang semakin yakin serta menuduh SPR memijak-mijak harga dirinya sendiri untuk menjadi alat Umno."Mereka tidak boleh dipersalahkan kerana penamaan calon kedua-dua pilihan raya ditetapkan pada 29 Mac iaitu selepas Umno berhimpun pada 24 hingga 28 Mac," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Bagaimanapun, Salahuddin mengucapkan terima kasih kepada SPR kerana mengadakan kedua-dua pilihan raya kecil itu selepas Umno berhimpun kerana tindakan SPR itu akan memberi peluang kepada rakyat berjumpa dengan apa yang disebutkan oleh bekas presiden parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "kerajaan pimpinan perasuah".

Menurut bekas Perdana Menteri, jika yang menang dalam pemilihan Umno Mac ini adalah orang yang menghulur rasuah maka parti itu akan dipimpin oleh perasuah.

"Dan kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan kerajaan.

"Saya telah berbual dengan beberapa orang yang tidak berparti dan juga yang berparti. Pendapat mereka semuanya sama - mereka tidak ingin diperintah oleh kerajaan pimpinan perasuah," kata Dr Mahathir.

Mengambilkira apa yang diperingatkan oleh Dr Mahathir itu, kata Salahuddin, PAS akan menjadikan kedua-dua pilihan raya kecil itu sebagai medan untuk rakyat mendesak para pemimpin Umno membuat pengakuan bahawa mereka tidak merasuah ahli-ahli parti itu untuk dipilih sebagai pemimpin.

"Kita akan mengajak rakyat Bukit Gantang dan Bukit Selambau menuntut mana-mana pemimpin Umno yang datang berkempen ke kedua-dua kawasan itu supaya bersumpah di mana-mana masjid di kedua-dua kawasan tersebut bahawa mereka tidak merasuahkan ahli-ahli Umno atau mana-mana pihak untuk dipilih sebagai pemimpin.

"Yang utama sekali ialah kita akan mengajak rakyat di sana menuntut Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah bahawa beliau tidak merasuah sesiapapun samada ada di dalam atau di luar Umno sehingga beliau menang tanpa bertanding sebagai presiden parti itu.

"Bukan kita yang mulakan tetapi Najib sendiri yang mengajar rakyat supaya bersumpah untuk membuktikan kebenaran apabila beliau bersumpah dalam masjid di Kampung Guar Perahu dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh dahulu bahawa beliau tidak terlibat atau mengenali wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu," kata Salahuddin.

Sumpah Najib itu dibuat berikutan keterangan seorang saksi dalam perbicaraan pembunuhan Altantuya bernama Burmaa Oyunchimeg yang memberitahu mahkamah bahawa Altantuya pernah menunjukkan gambar yang diambil di Hong Kong selepas beliau kembali dari Paris.

"Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat," katanya.

Ketika ditanya siapakah pegawai kerajaan Malaysia itu, Burmaa memberitahu: "Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda)".

Forum “Perak Coup D’etat:What Say You?”

http://votecharles.wordpress.com/2009/02/14/forum-perak-coup-detatwhat-say-you/

Kita tunggu hari rabu

Zambry, Exco Dirujuk Pada JK Hak dan Kebebasan DUN Perak

Sivakumar yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata notis saman hadir kepada Zambry, Hamidah Osman, Datuk Ramly Zahari, Dr Mah Hang Soon, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid dan Zainol Fadzi Paharudin, telah dihantar pada pagi semalam melalui Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong.

Katanya keputusan tersebut adalah ekoran surat aduan yang diterimanya daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Canning, Wong Kah Woh Khamis lalu yang meminta supaya ketujuh-tujuh Adun Barisan Nasional (BN) tersebut dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan kerana didakwa telah menghina dewan, lapor Bernama.

“Setelah bersidang, pihak jawatankuasa berpendapat terdapat asas ataupun prima facie terhadap aduan yang dibuat oleh YB Wong Kah Woh. Oleh yang demikian jawatankuasa sebulat suara membuat keputusan untuk merujuk kesemua tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Ipoh hari ini.

Katanya, jawatankuasa yang bersidang pada 12 Februari lalu, telah dihadiri oleh beliau sendiri, Husin Din (Adun Selingsing), Chan Ming Kai (Simpang Pulai), Ong Boon Piow (Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (Kepayang) dan Sum Chok Leng (Bercham) manakala wakil tunggal daripada BN iaitu Adun Temengor Datuk Hasbullah Osman tidak dapat hadir kerana mempunyai program di Gerik.

Hamidah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita, Ramly (Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air), Mah (Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam).

Laporan pada dewan

Saarani (Penerangan, PembangunaN Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan), Mohd Zahir (Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi) dan Zainol Fadzi ( Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan).

Ditanya bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap menteri besar dan exco berkenaan, Sivakumar berkata jawatankuasa berkenaan akan hanya melakukan penyiasatan dan membentangkan laporan dan saranannya kepada sidang DUN yang akan datang.

“Keputusan akan dibuat dalam dewan,” katanya.

Sivakumar enggan memperincikan aduan yang telah dikemukakan oleh Wong namun akhbar hari ini melaporkan Adun Canning itu dalam surat aduannya kepada jawatankuasa berkenaan, telah mendakwa proses pelantikan Zambry sebagai menteri besar dan barisan exconya telah mencabuli Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Memandangkan Pakatan Rakyat mempunyai enam daripada tujuh anggota jawatankuasa tersebut, maka ada kemungkinan Dr Zambry dan exco yang lain itu, didapati bersalah.

Jika Pakatan mampu mendapatkan sokongan di DUN yang mencukupi untuk menyokong keputusan jawatankuasa tersebut, maka Dr Zambry dan exconya mungkin dikenakan hukuman digantung atau malah disingkir.

Bagaimanapun, Sivakumar berkata, adalah terlalu awal untuk membuat kesimpulan seumpama itu.

Beliau juga menafikan bahawa tindakan terhadap Dr Zamry dan exconya bersifat satu ’serangan balas’

“Apa yang dilakukan adalah mengikut undang-undang dan peraturan. Saya hanya menjalankan tugasa saya,” kata beliau.

Sementara itu, dalam sidang akhbar di Wisma DAP di sini, Pengerusi DAP Perak dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham berkata Sivakumar mempunyai kuasa mengeluarkan waran tangkap terhadap menteri besar baru Perak dan enam Exco berkenaan jika mereka tidak hadir di hadapan jawatankuasa itu Rabu ini.

Beliau berkata tindakan menggantung keahlian kesemua tujuh Adun BN berkenaan merupakan antara bentuk hukuman yang boleh dicadangkan oleh jawatankuasa berkenaan.

14 February 2009

Menarik dari Nasrudin bin Hassan at Tantawi

RISALAH DAN IKTIBAR DARI HUNAIN

Saya tidak bermaksud untuk merosakkan mood rakyat umumnya dan para pejuang khasnya apabila membawa risalah dan iktibar dari Hunain buat tatapan umum . Sebaliknya apa yang saya maksudkan ialah agar kita dapat pertahankan kemenangan serta prestasi cemerlang yang telah dicapai sebelum ini dan suatu yang lebih penting daripada itu ialah untuk memastikan perjuangan kita berada di atas landasannya yang benar .

Menang atau kalah itu adalah persoalan yang kedua . Adapun perkara yang lebih utama ialah keaslian dan ketulenan manhaj perjuangan kita mesti dipertahankan . Kita mahu menang dengan kebenaran manhaj Islam yang kita perjuangkan dan kita rela kalah , asal sahaja manhaj perjuangan Islam yang benar ini tidak digadai .

Hari ini , rata - rata saya lihat mood rakyat untuk menolak BN semakin ketara dan kian jelas lagi berani . Isi hati mereka mula disuarakan walau di hadapan khalayak ramai setelah lama dibiarkan membungkam sebak di dada . Jika dulu mungkin ada rakyat malu silu dan takut segan untuk memprotes atau mengkritik kerajaan UMNO dan BN jua para pemimpinnya yang jelas melakukan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa .

Lebih hebat saya saksikan keyakinan dan kesungguhan para aktivis PAKATAN untuk menjatuhkan BARISAN terutama setelah tercetusnya tragedi penubuhan kerajaan Haram UMNO dan BN di negeri Perak .

Tentu sahaja tiada taranya iman dan jihad yang dipamerkan oleh ahli - ahli PAS dalam usaha mereka membawa Islam ke tengah masyarakat . Sekali gus memacu dan memimpin kebangkitan rakyat menolak kepimpimpinan dan kerajaan UMNO dan BN , setelah mereka gagal berfungsi sebagai sebuah kerajaan yang tunduk dan akur kepada Allah swt selama mereka diberi peluang oleh Allah swt memerintah negara dan diberi mandat oleh rakyat untuk memimpin .

Namun begitu , semangat sahaja tidak memadai . Mood juga belum cukup . Jumlah dan sokongan ramai pun belum pasti . Kemudahan dan pengaruh yang kita miliki masih tidak menjamin kemenangan . Kerana kita perlukan Allah swt .

Kita perlukan Allah swt dalam apa jua situasi . Menang atau kalah , senang atau mudah dan tenang atau resah . Allah swt penentu kemenangan dan kejayaan perjuangan kita .

Marilah kita renungkan sejenak firman Allah swt :

لقد نصركم الله في مواطن كثيرة و يوم حنين إذ أعجبتكم كثرتكم فلن تغن عنكم شيئا و ضاقت عليكم الأرض بما رحبت ثم توليتم مدبرين ثم أنزل الله سكينته على رسوله و على المؤمنين و أنزل جنودا لم تروها و عذب الذين كفروا و ذلك جزاء الكافرين

Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam banyak medan-medan perang dan jua di medan perang Hunain, Iaitu semasa kamu merasa megah Dengan sebab bilangan kamu Yang ramai; maka bilangan Yang ramai itu sekali - kali tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi Yang Luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.

Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang Yang beriman, dan Allah menurunkan tentera Yang kamu tidak melihatnya, serta ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan Yang membawa kehancuran); dan Yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang Yang kafir.

Surah at Taubah : Ayat : 25 - 26

Risalah dan Iktibar :

Risalahnya :

Peperangan di Hunain sewaktu nabi saw berhadapan dengan Bani Hawazin dan Bani Thaqif , Nabi saw memimpin 12 ribu angkatan tentera Islam . Satu jumlah yang besar dan pertama kali dalam sejarah tamadun Islam , Nabi memimpin tentera seramai itu .

Akhirnya sebahagian ummat Islam pada waktu itu mula berasa yakin untuk capai kemenangan dengan jumlah mereka yang begitu ramai . Lantas mereka mula memandang rendah pada kekuatan musuh dan memandang mudah kepada persiapan dan strategi perang .

Ringkasnya , dipermulaan perang mereka telah mendapat tentangan sengit dari musuh justeru mereka tidak bersedia secukupnya lantaran over confident telah menguasai minda mereka sewaktu mereka menapak masuk ke medan perang . Kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh musuh dan berjaya mengkucar kacirkan tentera ummat Islam diperingkat awalnya sebelum Allah swt menghantar pertolonganNya dan tentera yang tidak kelihatan untuk membantu agama dan rasulNya.

Allah swt telah tegaskan : sekali - kali kekuatan dan ramainya jumlah kamu tidak cukup malah hasil serangan musuh yang bertubi arus menyebabkan kamu merasakan dunia yang sebegini luas menjadi sempit dan kamu lari bertempiaran .

Iktibarnya :

Hari ini kedengaran sayup - sayup dan ianya cukup untuk sampai ke telinga saya bagaimana rasa congkak dan over confident kian menular dalam jiwa pejuang kita . Kita sudah menang di Permatang Pauh dan kita juga sudah menang di Kuala Terengganu maka di Bukit Gantang ni kita pejam sebelah mata pun boleh menang ! .

Kita sudah ramai penyokong . Ahli Kelab penyokong saja telah mencecah angka tidak rasminya 80 ribu . Sementara ahli kita [ PAS ] telah menghampiri satu juta . Belum kita campur lagi dengan anggota PKR dan DAP yang menyokong kita . Kita semakin kuat dan ramai . Kita mesti menang !

Hati - hati dengan emosi ini . Allah swt terlebih dahulu telah menegur para sahabat rhm dan menjadi iktibar kepada kita ummat mutaakhir ini . Betapa jumlah yang ramai saja belum mencukupi begitu jua kekuatan kita belum mampu untuk benar - benar mempertahankan kemenangan .

Apa yang kita perlu , setelah segala usaha gigih kita lakukan ialah Nusrah Allah swt . Jangan over confident sehingga kita pandang rendah pada keupayaan Najib Sparrow and The Gang dalam mencatur perkiraan politik mendepani PAKATAN dalam pilihanraya kelak .

Kesimpulannya :

kekalkan kerendahan diri dan ketinggian budi dalam meniti hari - hari perjuangan ini kelak kita tidak rugi . Pastikan kita tidak sampai menggigit jari menyaksikan segala strategi tidak menjadi .

Jangan kita lupa diri . Dekati pengundi dengan tulus hati nurani yang suci . Didik mereka sehingga mereka reti . Minimakan rasa benci sekalipun dari seteru kita yang hasad dengki . Pertahankan jati diri bersama perjuangan suci ini . Jangan sampai tergadai hanya dengan janji manis yang tidak pasti .

Yakinilah pertolongan Allah swt , namun pertolongan itu perlu dicari bukan sekadar menanti . Andai perjuangan yang kita kenderai ini dipacu seikhlas hati pula kita merintih munajat saban hari mohon diperhati , saya yakin lagi pasti , Allah mesti akan memberi .

posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi

Valentine's Day Haram

Disediakan oleh : Mohd Yaacob Yunus

Tarikh 14 Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing.

Maka pada 14 Februari, pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah.

Pasangan-pasangan ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adegan-adegan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.

Saban tahun juga para ulama mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ia seperti menuang air ke daun keladi. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Sejarah Sambutan Hari Valentine

Bila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati bahawa terdapat empat pendapat berkaitan dengannya.

- Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ia akan menambahkan kesuburan mereka.

- Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.

Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II.

Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Pengorbanan yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin.

Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit.. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.

- Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. Tanggal 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

- Pendapat keempat. Sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.

Di sini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.

Hukum sambut Valentine

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya.. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masihi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam”.

10 February 2009

Sifat orang munafik

Sudahkah orang Umno yang membuat onar dan mencela Sultan ini di buang Negeri?, seperti yang dicadangkan oleh Azlina Othman Said.

Semua orang tahu mereka tidak dibuang negeri malah mendapat habuan pula dari umno dengan melantiknya menjadi pengerusi .......... dan yang tinggal diterengganu pula dilantik menjadi exco.

Ini contoh sifat orang munafik.

Derhaka kepada Raja beliau cadangkan keluar dari bumi Malaysia.

Derhaka kepada Allah/engkar perintah Allah tidak mahu menutup aurat .... sila keluar dari bumi Allah

08 February 2009

Kenyataan Resmi YAB Dato' Seri MB Perak

BismilahirRahmanirRahim.

Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkanNya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.
Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi. Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.

Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.

Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.

Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.

Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri Besar

Berhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :

Pertama – pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Kedua – undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.

Ketiga – saya meletak jawatan secara sukarela.

Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?

Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.

Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat. Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.

Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.

Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.

Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.

Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.

Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.

Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.

Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri Perak

Saya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.
Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya.

Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

PAS Kuala Kangsar mohon sumbangn

PAS Kawasan Kuala Kangsar memohon sumbangan orang ramai bagi membiayai jaminan 9 orang sahabat seperjuangan, mangsa kezaliman polis, yang telah ditahan oleh polis semasa kejadian tunjuk perasaan di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan tempohari.

Mereka akan diikat jamin pada 8hb Februari (Ahad) jam 3.30 petang, di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar.
Berikut adalah akaun bank untuk sumbangan tersebut:

1. Parti Islam Semalaysia Kawasan Kuala Kangsar, RHB Islamic BankNombor akaun: 2-58187-000009912.

2. Bendahari PAS Kuala Kangsar Azmi Kamal, Bank IslamNombor akaun: 08040020018015

Nota : check & confirmed betul-betul sebelum enter

07 February 2009

Exco mesyuarat macam biasa

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang masih menganggap menjawat jawatan Menteri Besar, berkata barisan exco Pakatan Rakyat akan meneruskan tugas seperti biasa sehingga Mahkamah Tinggi memutuskan kedudukan kerajaan negeri itu.

Mohammad Nizar yang mempengerusikan mesyuarat khas exco di kediaman rasmi Menteri Besar Perak berkata Pakatan Rakyat menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan sama ada kerajaan negeri yang ada sekarang sah atau sebaliknya.

“Jadi kita serah sebulat-bulatnya kepada mahkamah untuk menentukan. Kalau mereka teruskan (angkat sumpah exco kerajaan negeri Barisan Nasional) sebelum mahkamah bersidang, maknanya kita akan ada dua menteri besar dan dua kerajaan.

Belum pernah ada dalam dunia begini,” katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini hari ini.

06 February 2009








Bubar DUN Perak, beri peluang rakyat memilih ... Presiden PAS

Parti Islam SeMalaysia (PAS) adalah sebuah parti yang sah berdaftar dan senantiasa mendukung prinsip rukun negara termasuklah prinsip kesetiaan kepada raja dan negara, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Kami sepenuhnya percaya bahawa kedudukan kesemua prinsip-prinsip rukunegara ini haruslah dihormati oleh seluruh warga di dalam negara kita ini untuk memastikan keharmonian dan keadilan yang menyeluruh terus terpelihara. Oleh yang demikian, PAS berpendapat bahawa suasana kekalutan yang sedang berlaku di negeri Perak Darul Ridzuan pada masa kini boleh dielakkan dari menjadi lebih buruk sekiranya prinsip asas yang merujuk kepada undang-undang negeri dan perlembagaan persekutuan dijadikan rujukan.

PAS berpandangan bahawa Menteri Besar (MB) Perak pada masa ini, iaitu Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, hanyalah boleh diturunkan dari kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ianya bersidang.

PAS yakin bahawa sekiranya permohonan MB untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri diterima, maka suasana yang tegang dan boleh menuju kepada satu krisis perlembagaan boleh dielakkan. Pembubaran Dun akan membuka ruang kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka menerusi satu pilihan raya yang menyeluruh di negeri Perak. Saya juga ingin meminta kepada seluruh rakyat di negeri Perak khususnya dan seluruh ahli dan penyokong kerajaan Pakatan Rakyat di seluruh negara secara amnya supaya bertenang dan tidak terjebak dalam perangkap provokasi yang mungkin ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu.

harakahdailyFri Feb 06, 09 4:17:21 pm MYT

05 February 2009

Menteri Besar ke 11 di umum

1. Dato Dr Zamri Abd Kadir diumum sebagai MB Perak ke 11. Beliau akan mengangkat sumpah pada hari selasa 10.02.2009.
2. Dengan itu terhakislah amalan demokrasi di bumi tercinta ini secara terang-terangan. Amalan rasuah seperti yang dinyatakan oleh Tun Mahathir menjadi realiti.
3. Kita akan teruskan perjuangan ini tidak kira waktu walau pun terpaksa menunggu sehingga PRU ke 13 nanti. Pada ketika itu 'Rakyat akan jadi Hakim Negara'
4. Istiqamah dalam Perjuangan.

Imej Umno akan jadi lebih buruk selepas ini

LOMPAT MELOMPAT
By Dr. Mahathir Mohamad on February 4, 2009 1:28 PM

1. Saya kembali ke tanahair dari Djibouti dan mendengar berkenaan Ahli Yang Berhormat UMNO Perak keluar parti dan masuk Keadilan (PKR).
2. Kemudian saya dengar pula dua orang ahli PKR hilang. Bila mereka dijumpai cerita yang didengar ialah mereka sudah keluar daripada PKR.
3. Dan banyaklah berita angin berkenaan ahli-ahli Yang Berhormat yang akan lompat dari parti ke parti.
4. Dahulu UMNO dan Barisan Nasional telah cuba sekat kejadian lompat melompat dengan mensyaratkan tiap calon tandatangan surat letak jawatan sebagai ahli Yang Berhormat tanpa tarikh. Kononnya jika setelah jadi ahli Yang Berhormat mereka ingin lompat masuk parti lain maka surat letak jawatan yang telah di tanda tangani oleh mereka akan dihantar kepada Speaker (Tuan Yang di Pertua Dewan) dan dengan itu akan terlucutlan anugerah Yang Berhormat mereka.
5. Malangnya perbuatan ini didapati tidak sah daripada segi undang-undang. Jika mereka ingin keluar daripada parti maka mereka sendiri perlu keluarkan surat yang diperbuat oleh mereka dan ditandatangani oleh mereka pada ketika itu untuk disampaikan kepada Tuan Speaker.
6. Saya percaya surat yang diperbuat oleh mereka tanpa tarikh dahulu akan ditolak oleh Tuan Speaker. Oleh itu mereka akan kekal sebagai Ahli Dewan walaupun mereka lompat ke parti lain atau mereka akan jadi ahli bebas.
7. Presiden UMNO berkata UMNO sedia untuk menerima siapa sahaja untuk menjadi ahli. Ini memanglah dasar parti. Tetapi kedua-dua ahli yang ingin keluar dari PKR ini mempunyai masalah. Mereka dituduh terlibat dengan rasuah seks.
8. Apakah UMNO begitu terdesak sehingga tidak dapat tunggu keputusan mahkamah berkenaan tuduhan terhadap mereka sebelum menerima mereka? Jika diterima sekarang dan kemudian mereka didapati tidak bersalah maka Kerajaan pimpinan UMNO (lebih kurang) akan dituduh mempengaruhi mahkamah. Benar tidak benar bukan soalnya. Pada pandangan masyarakat tuduhan ini tetap akan dipercayai. Ia akan punyai kesan dalam PRU13.
9. UMNO sudah dianggap bergelumang dengan rasuah, selalu mungkir janji, mengutamakan kroni Perdana Menteri di Terengganu. Jika kepada semua ini ditambah pula dengan penerimaan orang yang dituduh melakukan rasuah seks, imej UMNO akan jadi lebih buruk.
10. Dato Abdullah Presiden UMNO, fikir dahulu sebelum beria-ia nak terima orang yang seperti ini.

Lebih RM10,500 berjaya dikumpul

Bukit Naga ~ Pidato Intifadah Palestine yang disampaikan oleh YB Dr Hajjah Siti Mariah Mahmud, Ahli Palimen Kota Raja dan Pemidato utama Ybhg Tn Hj Mohammad Sabu, Naib Presiden PAS Pusat telah berjaya mengumpul dana untuk disumbangkan kepada mangsa Gaza sebanyak lebih RM 10.500 termasuk sekeping cek bernilai RM 3,500 yang tidak diketahui siapa penyumbangnya.

Berucap kepada majlis tersebut Mohammad Sabu mengingatkan kepada semua dermawan supaya dapat memastikan bahawa sumbangan tersebut mesti disampaikan kepada wakil Hammas di Gaza kerana mereka inilah yang amat memerlukan sumbangan.


Sementara itu Pengarah Program yang merupaka Pengarah JPrK Kota Raja merangkap Ketua Penerangan PAS Kawasan Kota Raja berharap agar semua hadirin dapat menyumbangkan sebanyak mungkin sumbangan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Palestine di Gaza. Ini ditambah lagi dengan serangan fasa kedua oleh Israel dua hari lepas menambah derita lagi rakyat Palestine. Menurut beliau rakyat Kota Raja sewajarnya mampu memberikan sumbangan memandangkan limpahan rezeki yang dinikmati oleh kita disini.

Sebelum itu hadirin disajikan dengan tayangan kekejaman Yahudi dibumi Palestine dan ramai yang menitiskan air mata melihat tayangan video tersebut, diakhir nya Ybhg M. Sabu, YB dr Siti Mariah, Timbalan Dato Bandar Shah Alam dan lain-lain kepimpinan menyaksikan Tn Hj M. Sabu membakar Bendera Amerika dan Israel sebagai menunjukkan kemarahan rakyat Malaysia di Kota Raja.

There was an error in this gadget

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini