30 March 2009

BN 4 ALL

PAS tentu tersenyum manis bila BN/Umno tanpa segan silu kerana mereka ni jenis tiada moral tanpa SEGAN SILU meniru secara terang terangan idea PAS dengan dengan memperkenal kan BN Untuk Semua sempena kempen PRK ini.

Kejayaan PAS menarik penyokong bukan Islam memilih PAS sebagai rakan seperjuangan mereka untuk melakukan tsunami pada 8 mac 2008 serta 2 kemenangan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu benar-benar menakutkan BN.

Akhirnya untuk mengelirukan pengundi (yang mereka ingat bodoh macam mereka) hari ini mereka pula menyatakan BN FOR ALL.

' Makna nya selama lebih 50 tahun mereka memerintah, selama itulah rakyat telah ditipu kerana BN/Umno sebenarnya untuk puak-puak tertentu sahaja' komen Ahli Majlis Perbandaran Klang Tn Hj Termizi Ismail bila ditanya pandangan beliau sebentar tadi.

Bantahan

Seramai 20 orang penduduk Tmn Desa Kemuning bersama MPP Zon 14 yang diketuai oleh En Naidu dan En Ridwan Wahab melakukan bantahan terhadap kerja-kerja pembinaan yang tidak mematuhi prosuder pembinaan berhampiran jalan utama keluar masuk di taman tersebut tengahari tadi.Kerja-kerja pembinaan yang dijalankan sejak seminggu yang lalu menggundang bahaya kepada penduduk taman tersebut kerana tiada kawalan keselamatan di simpang keluar masuk lori dan habuk berterbangan sehinggakan menyukarkan pandangan khususnya kenderaan kecil seperti motosikal dan basikal. Memandangkan terdapat sebuah Sek Agama KAFA di taman tersebut, penduduk terlalu bimbang khususnya kanak-kanak yang pulang dari sekolah melalui jalan tersebut.

En Tan Ah Sai (berbaju kuning belang) yang merupakan Pengarah Syarikat Perniagaan Pertama yang beralamat di kg Rantau Panjang memohon maaf terhadap penduduk apa yang berlaku dan memberi jaminan akan mengambil tindakan segera bagi mengatasi sebarang kesulitan selewat-lewatnya esok (31 Mac 2009). En Ridwan Wahab memohon tindakan segera seperti meletakkan seorang pengawal lalulintas, membersihakan jalan daripada sebarang habuk seperti sediakala dan membuat takungan air bagi membersihkan tayar lori. Sekiranya pihak pemaju gagal berbuat demikian tindakan selanjutnya akan diambil oleh pihak penduduk agar masalah ini tidak berlarutan.

Program Motivasi Kecemerlangan UPSR

Tarikh : 29 Mac 2009

Tempat : Dewan MBSA Sg Kandis

Masa : 8.30pg - 1.00 tghr

Penceramah : En Zailan Wagimin (Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling Jabatan Pendidikan Selangor)

Peserta : 50 orang

Program separuh hari ini bertujuan memberikan semangat kepada semua para pelajar khususnya mereka yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini. Kebanyakan peserta terdiri daripada para pelajar PAKSI sendiri dan pelajar sekitar kawasan kota raja (Jln Kebun, Desa Kemuning, Kg Jawa, Telok Menegon, Sg Kandis). En Zailan yang merupakan pakar motivasi yang tidak asing dalam bidang pendidikan Selangor membawa pendekatan yang agak berbeza dan motivator yang lain. Pada sesi pertama beliau cuba mengenali identiti peserta. Pada sesi kedua pula beliau cuba mencungkil kehebatan yang ada pada diri setiap peserta dengan mengadakan interaksi dua hala dengan para peserta dan menekankan kekuatan minda berbanding kekuatan fizikal. Kebanyakan peserta mula sedar dengan kehebatan masing-masing pada penghujung program. En Zailan menasihati penganjur program supaya program ini dapat dilanjutkan kepada ibubapa kerana ibubapa mempunyai kuasa untuk merubah minda anak-anak.

29 March 2009

Ribuan Penyokong & Pendokong Pakatan Rakyat berkampung di Perkarangan Padan Majlis Daerah taiping



Jangkaan awal kami bahawa penyokong BN ramai setelah melalui celah-celah himpunan penyokong biru pekat ini ternyata meleset dengan terserlahnya ribuan penyokong pakatan rakyat yang berada dimana-mana sahaja ruang yang ada di jalanan menuju ke padang majlis bandaran. Adalah dijangkakan penyokong pakatan 10 kali lebih ramai dari penyokong BN.

Nanyang Polls


Poll yang amat menarik di http://www.nanyang.com/. Online poll hanya memberikan 0.9% undi untuk Barisan Nasional. Harapnya "poll" ini akan menjadi sandaran kemenangan PAS di Parlimen Bukit Gantang. InsyaAllah undian ini memberikan gambaran sokongan pengundi cina di Bukit Gantang.



28 March 2009

Tun Mahathir macam chips more

Kejap ade kejap tak ade, macam chips more .... kejap masuk .... kena tendang keluar oleh TAR ... pas tu masuk balik ..... keluar lagi masa Pak Lah ... pas tu dengar tadi nak masuk balik. Berapa kali da Mahathir isi borang ni. Ya lah dah tak kerja lain. Keluar masuk umno pun kira kerja lah tu.

'Saya harap dengan kemasukkan Mahathir ke dalam umno kali akan menjadikan beliau lebih berani lagi menghentam umno sebagai mana yang dilakukan nya semasa Pak Lah jadi Presiden Umno dan PM yang lalu. Tiada guna kalau sekadar masuk lepas tu berdiam diri, tegur dan hentam mana-mana pemimpin yang tidak betul lebih-lebih bakal PM kita" demikian di tegaskan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Raja Tn Hj Hakim Kari semasa ditemui dalam majlis bertemu pelanggan sebentar tadi.

27 March 2009

Jangan ambil mudah kenyataan ini.

Masyarakat India kini mula menunjukkan "perubahan besar yang positif" terhadap Barisan Nasional (BN) seperti yang kelihatan di Bukit Selambau dan Bukit Gantang, dua kawasan yang akan menghadapi pilihan raya kecil pada 7 April.

Setiausaha Agung MIC Datuk Dr S. Subramaniam berkata ini berdasarkan maklum balas dan lawatannya ke kawasan India di dua kawasan itu sejak dua minggu lepas."Mereka secara perlahan tetapi hampir pasti, kembali kepada Barisan Nasional," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik operasi MIC di sini Jumaat.

Dr Subramaniam, yang juga Menteri Sumber Manusia berkata, suasana seperti itu tidak nampak sangat ketika pilihan raya umum 8 Mac, tahun lepas yang menyaksikan MIC kalah di enam daripada sembilan kerusi Parlimen dan 12 dari 19 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya.

"Kami nampak perubahan dalam sikap mereka kerana mereka tahu hanya MIC boleh membantu mereka ketika senang dan susah," katanya.

Beliau berkata di kawasan Parlimen Bukit Gantang, yang mempunyai 10 peratus pengundi India, banyak masalah, seperti kekurangan infrastruktur di sekolah Tamil, telah lama diselesaikan.

"Kami tidak hanya memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah apabila ada pilihan raya kecil, tetapi kami melakukannya sepanjang masa," katanya.

Beliau berkata MIC juga berjaya dalam mendapatkan banyak insentif dan dasar baru bagi masyarakat India, seperti kuota 7.4 peratus untuk biasiswa kerajaan dan kemasukan ke universiti awam serta perkhidmatan awam, selain penubuhan Jawatankuasa Kabinet untuk masyarakat India.

Kenyataan ini walau pun kita memahami sebagai satu popaganda dari MIC/BN tetapi sebagai petugas dan pendokong parti kita jangan terlalu mengambil mudah sehinggakan kita tidak melakukan sesuatu. Kita kena terus berusaha untk meyakinkan kaum India bahawa kenyataan ini merupakan tipu helah MIC/BN bagi memenangi kedua-dua PRK diatas.

26 March 2009

Salam Perjuangan

dikirim oleh : mohd affendi zabiri, ketua pemuda pas cawangan taman setia klang

Memang manis kata kata ketua pemuda UMNO yang baru terlantik dalam ucapan penangguhan beliau,yang berani kena bersama-sama dengan beliau untuk berani samseng sebagaimana pemuda gombak dan pemuda subang jaya .Jika ada pilihanraya kecil dimana-mana sahaja macai-macai inilah yang dibawa oleh umno untuk menjerit-jerit memaki hamun ,ala samseng menyelit-nyelit dalam kumpulan peraih undi PR untuk menjalankan provokasi mereka.

Cara untuk menangani pemuda berani UMNO ini adalah dengan mengalunkan kalimah zikir terus menerus sehingga mereka akan rasa kepanasan dan sedikit -demi sedikit beredar bila sudah kering air liur mereka menyanyikan lagu inilah barisan kita,taburlah bunga diatas pusara. Kemudian akan muncul pula dengan lenggang- lenggok berseluar ketat dan berbaju hugging puteri ,menyelit juga dalam kumpulan pemuda berani yang akan menaikkan lagi semangat pemuda berani tersebut yang akan lebih kuat menjerit -jerit untuk mendapat kan perhatian sang puteri.Tak percaya lihat dalam pilihanraya Bukit selambau dan Bukit gantang nanti.

Alunkan takbir... puak- puak ini akan terpingga-pingga terkejut dengan takbir tersebut.

Cuma saya agak berminat untuk mengetahui spesis terbaru pemuda berani berubah ini,bagaimana pula cara pergerakan mereka ,jika mereka memang spesis yang berani berubah pemuda pas kena mendekati mereka untuk menunjukkan kepada mereka perubahan yang sepatutnya ,sebab tentu gologan ini golongan yang berfikir menggunakan otak mereka bukan pak turut seperti pemuda berani dan pemuda setia kawan yang tak tahu mereka berjuang untuk apa sebenarnya.Menurut dan akan terus menjilat.

Pemuda setia kawan yang disebut -sebut oleh KJ saya rasa adalah gologan penjilat yang akan menyokong dan menjilat walaupun ketua mereka seorang perasuah ke?atau siapa pun yang menerajui mereka,mereka tetap akan setia dan menyokong atas nama kesetiaan.

Jadi pejuang-pejuang semua sedikit sebanyak sudah mengenali musuh ,dan kelas -kelas mereka jadi jangan takut dan gentar dengan mereka ini,kerana mereka semuanya nampak hebat bila berkumpul ramai-ramai tetapi dalam hati mereka ada perasan takut yang teramat sangat,yang menjadikan mereka dapat menunjuk kan sifat keberanian mereka bila mereka rasa pasukan keselamatan adalah memihak kepada mereka.

Kitalah pejuang -pejuang yang akan disembur,dibelantan ,ditembak gas ,bukan mereka,
saya berdoa tuan-tuan pemuda pas dan pakatan rakyat yang akan berjuang membantu di BKT Selambau dan BKT Gantang sentiasa dilindungi Allah dan jangan lupa basahkan bibir dengan kalimah zikir setiap masa di medan perjuangan ...Takbir

Biar syahid ataupun kemenangan....................

23 March 2009

Utusan Lumpuh, tiada berita lagi selepas ini.

Nak harap apa lagi pada umno, kebajikan pekerja sendiri tak dijaga, inikan pula nak jaga kebajikan rakyat ... pooorahhhh.

Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu Bhd bersiap sedia meneruskan hasratnya untuk berpiket di persidangan agung Umno selepas gagal dalam rundingan dengan majikan.

Pengerusi NUJ Utusan, Amran Ahmad memberitahu Malaysiakini hari ini, kesatuan akan ke balai polis Sentul petang ini untuk memohon permit berpiket, yang dijadual penghujung perhimpunan parti itu, Sabtu ini.

Keputusan untuk memohon permit ini dibuat dalam mesyuarat exco kesatuan kira-kira sejam petang ini.

Amran menambah, majikannya sengaja melengah-lengahkan rundingan berhubung perjanjian bersama (CA) untuk, antaranya, pelasaran gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu.

Rundingan CA selama tiga tahun hingga 2011 NUJ Utusan itu adalah sambungan kepada CA lama yang telah tamat pada 31 Julai tahun lepas.

NUJ Utusan mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar keluaran Utusan Melayu (M) Berhad, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.

Amran berkata selain sokongan ahli-ahlinya, wartawan-wartawan akhbar lain dijangka akan turut serta menyatakan sokongan pada perjuangan mereka dalam piket tersebut.

"Kita harap Umno tolong kita, tolong wartawan Utusan. Kita selalu tolong mereka," katanya ketika dihubungi.

Politik Indon : Golkar & PDI-P bergabung


JUSUF (kanan) dan Megawati memegang dokumen selepas mereka mengadakan pertemuan di Jakarta pada 12 Mac lalu mengenai kemungkinan Parti Golkar dan PDI-P membentuk perikatan untuk menghadapi Presiden Susilo Bambang Yudhoyono pada pilihan raya Indonesia pada tahun ini. – AFP

Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla hari ini menyuarakan kemungkinan Parti Golkar yang memerintah membentuk perikatan dengan parti pembangkang utama, Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P) pimpinan bekas Presiden, Megawati Sukarnoputri.

Jusuf, bagaimanapun mengakui perkara yang boleh menjadi halangan ialah pemimpin kedua-dua parti mempunyai cita-cita untuk menjadi Presiden negara ini.

Pemimpin parti-parti politik mengadakan perbincangan mengenai prospek membentuk perikatan menjelang pilihan raya Parlimen pada 9 April ini dan pilihan raya Presiden pada 8 Julai.

Jusuf yang merupakan Pengerusi Parti Golkar dan Megawati mengadakan pertemuan di Jakarta pada 12 Mac lalu bagi meninjau kemungkinan membentuk perikatan antara Golkar dengan PDI-P.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang mengetuai Parti Demokrat bergantung kepada sokongan Golkar pada masa ini.

Oleh sebab itu, sebarang perikatan antara Golkar dengan PDI-P akan memaksa beliau meraih sokongan parti-parti kecil berhaluan Islam pada pilihan raya tahun ini.

“Dari segi politik, segala kemungkinan boleh berlaku tetapi ini akan bergantung kepada situasi dan perjanjian yang perlu dicapai,” kata Jusuf semalam apabila ditanya pada satu wawancara mengenai peluang terbentuknya perikatan Golkar-PDI-P.

Pada bulan lepas, Jusuf yang mengumumkan kesediaannya untuk mencabar Susilo pada pilihan raya Presiden menggambarkan rundingan dengan Megawati baru-baru ini bertujuan untuk “membuka saluran komunikasi politik.”

Beliau bagaimanapun berkata, cita-cita beliau sendiri dan Megawati untuk menjadi Presiden boleh menimbulkan halangan.

“Perkara ini sukar untuk kami bangkitkan kerana kami ada rancangan untuk menjadi calon Presiden.

“Kerana itu sukar untuk salah seorang menjadi calon Naib Presiden bagi seorang lagi,” kata Jusuf yang bercakap di Makassar, ibu kota wilayah Sulawesi Selatan. – Reuters

MB beralih ke blog setelah pusat enggan lulus lesen radio

KOTA BHARU, 23 Mac (Hrkh) - Kecewa kerana Kementerian Penerangan enggan membenarkan kerajaan Kelantan mengendalikan radio sendiri menyebabkan Menteri Besar beralih kepada blog bagi menyebarkan dakwah.

"Sebelum ini kerajaan negeri pernah memohon lesen radio tetapi kerajaan pusat tak benarkan, jadi kalau ada blog saya boleh sampaikan segala-galanya kepada rakyat," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya beliau akan menggunakan sebaik mungkin kemudahan blog bagi menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Menurutnya perkembangan teknologi maklumat sekarang perlu direbut termasuk membangunkan blog sendiri sebagai tatapan umum.

"Saya akan melangkah masuk ke era siber dengan menulis dan menyampaikan maklumat serta berdakwah melalui blog. Saya akan jadi blogger jugalah," ujar beliau ketika ditemui pada satu program di sini, baru-baru ini.Image

Ditanya mengenai isi kandung blog tersebut, katanya beliau cuba sedaya upaya untuk menulis sendiri terutamanya berkaitan Islam dan akan dibantu pegawai-pegawai di Pejabat Menteri Besar.

Blog Menteri Besar akan dilancar sempena majlis pelancaran Wi-fi A�Ptus.Net sebuah agensi di bawah Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan (PKINK) bertempat di ruang legar KB Mall, Khamis ini.

Di Kelantan beberapa wakil rakyat mempunyai blog sendiri termasuk Adun Bunut Payong, Dato' Takiyuddin Hassan, Adun Kijang, Wan Ubaidah Omar, Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Adun Mengkebang, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman.

Manakala Dato' Husam Musa mempunyai laman web yang dibangunkan sejak beberapa tahun lalu. - mj

Yahaya tak ugut Khairy

Penulis politik Yahaya Ismail mendakwa beliau berunding dengan naib ketua Pemuda Umno mengenai hak cipta sebelum menerbitkan buku Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin yang kini menjadi kes polis.

Yahaya bagaimanapun menafikan cuba mengugut calon ketua Pemuda Umno itu dalam pertemuan tersebut.

yahya ismailBeliau, yang juga dikenali Pak Ya, tidak dapat mengingati tarikh dan masa pertemuan tersebut.

"Ugut tahi minyak apa? Ugut (itu) macam nak pukul, bubuh pasir dalam tangki minyak kereta dia. Tidak ada (ugutan). (Pertemuan) ini bisnes.

"Kalau (Khairy) nak beli, beli. Kalau tidak mahu beli, sudah. Saya pergi, saya tidak bercadang nak ugut beliau," katanya (foto) kepada Malaysiakini.

Menceritakan lebih lanjut beberapa perbualan dalam rundingan tersebut, penulis veteran itu berkata:

"Saya kata awak beri RM100,000 kepada saya, awak ambil hak cipta (buku tersebut). Khairy kata, 'saya beritahu esok'.

"(Sewaktu) orang dia bawa balik saya, (mereka) bertanya, 'tidak boleh berunding sedikit?'

"Saya kata, 'itu pun harga sudah kurang.' Keesokan harinya orang dia datang beri (balik) naskhah, (orang Khairy berkata:) 'Khairy tidak ada duit. Khairy tidak jadi beli'.

"Saya tidak paksa beliau beli."

tuah dan sial khairy jamaluddin yahya ismailKhairy semalam membuat laporan polis terhadap Yahaya dengan mendakwa penulis Tuah dan Sial Khairy Jamaluddin mengugut dan memfitnahnya di ibu pejabat polis daerah Brickfields, Kuala Lumpur.

"Tujuan utama saya buat report (polis) ini adalah disebabkan kandungan buku ... yang ternyata memfitnah saya. Buku ini adalah sebenarnya satu usaha secara sengaja menjatuhkan imej dan karier politik saya," Khairy dipetik berkata.

Beliau dilaporkan berkata beliau pertama kali bertemu penulis tersebut di pejabatnya (Khairy) pada 17 Februari lepas.

Mengulas aduan polis tersebut, Pak Ya berkata beliau belum menerima sebarang panggilan telefon daripada polis.

Tambahnya, jika dipanggil untuk memberikan keterangan, beliau akan hadir bersama peguam.

Selain menerbit akhbar dan menulis politik, Yahaya lebih popular sebagai penulis esei dan pengkritik sastera Melayu khususnya pada 1960-an dan 1970-an.

Calun Btg Ai dah tau, kita tunggu Bkt Gantang mlm ni

Bekas Anggota Parlimen Lubok Antu, Jawah Gerang, hari ini dinamakan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat bagi pilihan kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai pada 7 April ini.

Ketika mengumumkannya pada satu sidang akhbar di sini hari ini, Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Jawah, 55, dipilih setelah perbincangan diadakan dengan penyokong-penyokong Nicholas Bawin, 51, yang bertanding pada pilihan raya negeri yang lepas dan kalah kepada Datuk Dublin Unting Ingot daripada Barisan Nasional.

Bawin dilantik sebagai pengarah operasi PKR bagi pilihan raya kecil itu. Batang Ai dan Engkilili adalah dua kerusi negeri dalam kawasan Parlimen Lubok Antu. “Saya yakin gandingan mantap antara Bawin dan Gerang dapat menawan kerusi Batang Ai,” kata Anwar.

Kerusi itu kosong berikutan kematian Unting pada 24 Feb lepas ekoran serangan angin ahmar. Penamaan calon ialah pada Ahad ini. BN telahpun menamakan jurutera Jabatan Pertanian, Malcolm Mussen Lamoh, 49, sebagai calonnya manakala penerbit sebuah majalah Iban, Johnny chuat, 38, turut menyatakan hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Umno sudah tiada harapan ... tolak pemimpin tolak BN

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu supaya parti umno membuang mana-mana pemimpin BN yang terbukti tidak tahu memimpin dalam kadar yang segera.

“Saya sebagai seorang doktor mesti kena tahu apa penyakit yang menyerang pesakit terdahulu. Selama 50 tahun UMNO memerintah kita tiada masalah. "Apa yang menjadi masalah sekarang adalah pemimpin yang tidak tahu memimpin, baik dalam BN mahu pun dalam UMNO. Masalah inilah yang perlu diatasi:“Cara mengatasinya ialah kita buang pemimpin ini,” katanya.

Tun Mahathir bercakap pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) di Kompleks Sukan TNB di sini, semalam.

Mengulas mengenai masa depan UMNO, Tun menyifatkan parti itu masih lagi mempunyai peluang untuk mengembalikan kepercayaan rakyat sekiranya ia menolak sepenuhnya pemimpin yang terlibat dalam gejala politik wang. “Saya menjangkakan UMNO tidak ada harapan lagi dan BN akan ditolak oleh rakyat dalam Pilihan Raya U:mum ke-13, jika masih memilih pemimpin yang terlibat dalam gejala politik wang," katanya.

Kerja kita akan menjadi lebih mudah dengan pandangan ikhlas Tun Mahathir ini, ianya merupakan satu kenyataan yang berani dan berterus terang dan tidak menyembunyi sesuatu pun dibawah meja. Dengan bantuan yang diberi kita pula mesti mempromosikannya di PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Jika cukup maklumat yang diberi Insa Allah pengundi di 2 bukit dan Batang Ai akan menolak kepimpinan umno/BN bermula 7 April seterusnya Pakatan Rakyat akan mendominasi keputusan PRU 13 nanti.

22 March 2009

umno vs umno : mubahalah tak jadi

Datuk Seri Adnan Yaakob tidak akan meneruskan mubahalah dengan Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman, yang mendakwa wujud campur tangan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang itu dalam pemilihan Umno bahagian berkenaan, tahun lalu.

Adnan berkata, beliau dinasihatkan Mufti Negeri, Datuk Abdul Rahman Osman, supaya tidak meneruskan mubahalah itu kerana sebab-sebab tertentu.

Bila terkena batang hidung sendiri cepat-cepat dia orang ni nak tutup cerita, sampai mufti pun masuk campur untuk tolong Adnan Yaakob. Tapi bila dalam kes DSAI tempuh hari macam-macam mereka buat untuk malukan Anwar. Apa jenis manusia ni tak taulah. Saya nak minta lain kali mufti tak payahlah nak tolong orang macam Adnan ni, apa nak takut dengan dia ni, buat kerja betul-betul jangan jadi mufti senget sebelah. Nanti orang tak hormat marah.

"Saya difahamkan ada pihak yang akan menasihatkan Datuk Tajuddin untuk tidak meneruskan (mubahalah) dan saya anggap perkara itu selesai begitu dan Allah tahu siapa yang betul, siapa yang tidak betul dalam hal ini,"

Selesai macam mana, sampaikan nak jumpa Tajuddin pun takut dan minta orang lain nasihatkan beliau. Kalau dah betul-betul selesai jumpa dan salam tanganlah.... itu pun tak tau.

Baju Resmi Pemuda Kota Raja

Assalamualaikum w b t

AJK DPPKKR dalam mesyuarat yang lepas telah memutuskan untuk membeli baju rasmi Pemuda K Raja.

Setelah di bincangkan dalam beberapa siri perjumpaan inilah Baju Rasmi Dewan Pemuda, DPPKKR 2009 sehingga tempoh masa yang akan ditentukan kemudian.

Insya Allah semoga ia memberikan impak positif dan mendapat sambutan pemuda dari Cawangan-Cawangan PAS di Kota Raja.

Harga RM 50 bersama topi. Tempahan hanya akan di buat apabila ada yang berminat bersama wang deposit (RM 30 ) dan saiz yang dikehendaki => Kpd saya Ismail (012-3782624) atau Sdr Zulkarnain Bukit Naga, anak saudara ali rustam ( 019-3809233)

Buat masa sekarang sebanyak 35 helai telah siap untuk yang telah beri nama kepada sdr Zul Bkt Naga.

21 March 2009

Mesyuarat Agung PAS Cawangan Taman Setia kali ke 10

Taman Setia ~ PAS Cawangan Taman Setia telah selamat mengadakan Mesyuarat Agung Cawangan kali ke 10 dengan jaya nya sebentar tadi. Majlis tersebut dihadiri sebanyak 83 orang ahli dan di resmikan oleh Ybhg Tn Hj Mohd Termizi bin Ismail, Ahli Majlis Perbandaran Klang. Turut hadir ialah Sdr Narhalim bin Sirome yang merupakan PYDP Kota Raja merangkap Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam.

Mesyuarat kali ini juga merupakan pemilihan AJK bagi sessi terbaru dan seperti mana biasa Sdr Adam Abd Karim dan teman-teman AJK yang lain terus kekal memimpin cawangan ini, cuma terdapat tiga pertukaran AJK dan seorang pemeriksa kira-kira sahaja yang baru.

20 March 2009

Jadi ke PM letak jawatan 2 April

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi is expected to step down on April 2, five days after he is to quit as Umno leader at the party’s general assembly.

19 March 2009

Motivasi Keluarga Islam

Justify Full
MPP Zon 14 dan Surau Al-Muhtadin Desa Kemuning Seksyen 35 telah mengadakan program ceramah motivasi kekeluargaan Islam pada 18/3/2009 selepas solat Isyak di padang permainan Tmn Desa Kemuning.

Program ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan oleh penduduk Tmn Desa Kemuning dan sekitarnya sehingga mencecah seramai 500 orang peserta melebihi sasaran awal sekitar 200 orang.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Shuhaimi Shafie Adun Sri Muda tepat jam 9 malam.Turut hadir Pengerusi MPP Zon 14 En Pappa Raidu, Pengerusi MPP Zon 11 En Norhalim Sirom, Ketua Kampung Bukit Naga En Buang Ismail dan wakil masjid Al-BAkri Bukit Naga.

Program ini dikendalikan sepenuhnya oleh penceramah motivasi terkenal iaitu Ustaz Abdullah Khairie seorang pakar motivasi yang tidak asing dinegara kita. Dengan gaya penyampaian yang bersemangat serta bantuan tayangan video berjaya membawa pendengar tidak kering gusi dengan coleteh beliau. Disamping itu juga beliau menyelitkan juga unsur-unsur kasih sayang, ketaatan pada Allah dan ibubapa sehingga menitiskan air mata setiap peserta yang hadir. Rata-rata peserta yang hadir cukup berpuashati dengan program kali ini dan mengharapkan lebih banyak program seperti ini dianjurkan oleh semua MPP khususnya MPP Zon 14 dan pihak surau.Pihak penganjur juga turut merakamkan penghargaan kepada semua yang terlibat seperti pihak MBSA, MPP Zon 14, JKKK Bukit Naga, Pihak Masjid Al-Bakri Bukit Naga seluruh penyumbang-peyumbang yang sama-sama menjayakan program ini. Pengarah program En Riduan Wahab yang juga Pengerusi Surau Al-Muhtaddin merakam setingga ucapan terima kasih kepada semua ajk yang bertanggungjawab menjayakan program kali ini yang dibarisi oleh En Hassan, Hj Suria, En Imran dan tidak terlupa kepada wartawan SINAR yang turut membuat liputan semasa program ini dijalankan

18 March 2009

Wasiat terakhir Ali Rustam sebelum dijatuhi hukuman

dipetik, Dari kacamata Mohd Ali Rustam : 16 Mac 2009 : http://www.mohdalirustam.com/

Penjelasan Khairy Jamaluddin Abu Bakar : http://www.rembau.net.my/

Kita bertanding secara sahabat

Nasihat saya kepada diri saya dan calon-calon yang lain disemua peringkat kita umpama mengadakan pertandingan persahabatan. Jadi, kita bertanding secara sahabat, tak ada buruk-memburuk, fitnah-memfitnah.


Untuk kita meraih sokongan dari sahabat kita ialah dengan kita menunjukkan hasil kerja kita, khidmat yg kita beri pada parti dan kerajaan serta sumbangan kita kepada masyarakat.


Semua calon-calon juga boleh memikirkan dan memberi pendapat serta mengenengahkan idea yang hendak dilakukan untuk menguatkan lagi parti UMNO dan kerajaan Barisan Nasional dalam menghadapi pilihan raya umum yg ke 13 nanti.


Pendekatan begini yang saya lihat ingin diketahui oleh para perwakilan. Tak perlulah kita guna strategi seperti yg lepas lepas. Dahulu, strategi yang digunakan kalau ada pertandingan, banyak buruk-memburuk dan fitnah-memfitnah yang akhirnya merugikan parti kita yang rugi sendiri.


Pada masa sama, pembangkang seperti menangguk di air keroh iaitu mengambil kesempatan terhadap apa yang kita burukkan itu untuk menghentam kerajaan. Lama-kelamaan kekuatan kita terhakis dan ini jelas pada pilihanraya yang lepas.


Saya sekali lagi berharap kita teruskan pemilihan ini dengan dengan suasana yg aman, selesa dan tenteram seperti yang sekarang ini. Insyaallah kita semua akan terus berkerja untuk parti kita.

Penyokong Ali baling botol

Di Melaka, Para penyokong UMNO dan PR hampir bergaduh di hadapan Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) negeri di sini tengah hari tadi.

Perang mulut antara kedua-dua parti itu bermula sejak pukul 12 tengah hari apabila sekumpulan 30 penyokong PR hadir ke pejabat SPRM bagi mendesak suruhanjaya itu menyiasat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Situasi bertambah tegang apabila cabar mencabar antara penyokong PR & kira-kira 200 penyokong UMNO sehingga berlaku aksi membaling botol mineral menyebabkan laluan trafik menjadi sesak di hadapan pejabat SPRM.

Mulut celupar Ali makan tuan

Ustaz Ghani abd Rahman berkata,"Itulah wajah Ketua Menteri Melaka yang selama ini cakap dia bersih dan amanah, sebenarnya Ali tak layak bertanding kerana melakukan rasuah begitu juga yang lain-lain.

"Mulutnya terlalu celupar tak beri orang Melaka melawat Kelantan, hentam Tuan Guru Nik Aziz tetapi akhirnya segala tindakannya itu kembali kepadanya semula," kata beliau.

Ustaz Ghani turut menjelaskan rakyat Melaka khususnya supaya menolak pemimpin yang mengamalkan rasuah kerana memalukan negeri Melaka."Mintalah Ali kembali ke jalan Allah, padahal sebelum ini pada tiap-tiap malam minta orang sembahyang hajat di masjid-masjid agar beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden, yang saya bimbangkan tok imam minta dia jangan bertanding," katanya.

Selain itu, Ustaz Ghani turut mengambarkan bahawa inilah wajah sebenar pemimpin Melaka dan juga ketidakadilan yang berlaku di dalam Umno padahal Khairy juga terlibat tetapi tiada tindakan diambil."Kita juga pelik bagaimana SPRM tidak tahu tentang rasuah Ali Rustam, kata SPRM ada kredibiliti supaya berlaku adil kepada semua pihak kerana kalau kepada pembangkang mereka cepat siasat dan keluar keputusan.

"Insya-Allah kita akan adakan mesyuarat khas untuk hantar memorandum supaya Ali meletak jawatan Ketua Menteri kerana dia tak layak perintah Melaka," ujarnya.

17 March 2009

Notis Mesyuarat Agung DPPKR kali ke 6.

Sila maklum bahawa mesyuarat diatas akan diadakan pada 12hb April 2009, Jam 8.30 pagi bertempat di Dewan Dato Fadhil Nor Bukit Naga. Semua Ahli Pemuda PAS Kota Raja di Jemput Hadir. Keterangan lanjut sila hubungi Setiausaha DPPKR Sdr Ismail di Tel No : 0123782624 atau rujuk lampiran.

2 attachmentsDownload all attachments
surat mesy agong DPPKKR 09.doc
151K View as HTML Open as a Google document Download
Borang Perwakilan & Pencalonan.doc
56K View as HTML Open as a Google document Download

14 March 2009

Jangan kurangkan dividen EPF kami

(Malaysiakini) It's bad news for Employees Provident Fund (EPF) contributors - their dividend is expected to be as low as 4.5% for 2008.

Membaca lapuran ini membuatkan saya hilang selera makan dan ianya amat mengecewakan seluruh warga kerja sektor swasta, keadaan ini akan menyebabkan simpanan hari tua kami akan berkurangan dari jangkaan. Dalam kegawatan ekonomi global ini salah satu kaedah terbaik untuk kerajaan yang prihatin kepada kebajikan rakyat adalah memastikan pekerja sektor swasta ini dibantu. Dengan gaji yang kami perolehi sekitar RM1900 berapa sangatlah simpanan EPF kami.

Membaca lapuran Parlimen semalam dikhabarkan gaji Pengerusi Syabas sebanyak RM 5.1 juta setahun (kiralah sendiri berapa epf nya) kalau orang macam ni tak payah bagi dividen pun tak apa. Cuma kini saya nak tanya gaji Pengerusi, Pengarah dan Ahli Lembaga Pengarah EPF berapa pulak? Kalau gaji mereka tinggi sangat kurangkanlah supaya belanja pengurusan dapat dikurangkan. Dalam keadaan wang yang dicarum sudah berkurangan kerana pekerja sudah hilang pekerjaan apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak pengurusan untuk mengawal perbelanjaan?

Saya nak cadangkan kepada kerajaan untuk pekerja yang gaji melebihi RM8000 sebulan, bayaran dividen EPF nya hendaklah dikurangkan menjadi kurang 3%, manakala yang melebihi RM20000 sebulan bagi 1.5% dan lebih RM50,000 tak payah bagi langsung. Manakala untuk pekerja dibawah RM 8000 hingga RM 3000 dividen untuk mereka dicadangkan sebanyak 5.5% manakan dibawah RM2999 dibayak sebanyak 7%.

13 March 2009

Umno/BN minta mereka dikuburkan disini



Tanah perkuburan UMNO/BN???Apa makna nya ek???orang UMNO yang meninggal je ke yang boleh tanam kat sini??? UMNO takpe lagi macam mana dengan BN..Alamak ada logo BN kat situ la...Aku pening ni...Dalam banyak-banyak tempat aku pergi ini kali pertama aku tengok TANAH PERKUBURAN CAP UMNO/BN...!!!

Maknanya orang bukan islam yang BN pun boleh tanam kat situ kot????alamak...masalah ni!!!!

Nampak sangat UMNO/BN takde masa depan sampai Tanah Kubur pun nak dipolitikan..agaknya senang kot masa dalam kubur nanti . nak ingat..bila Tuhan tanya siapa PEMIMPIN kamu,maka berkatalah orang UMNO/BN yang ditanam disitu dengan lidah yang fasih.PAKLAH atau NAJIB la pemimpin kami...!!!

Allah hu akhbar...ceteknya pemikiran mereka sampai tempat buat semua hamba balik mengadap Allah swt pun nak dikuasai...nak meraih populariti!!! Sedarlah tiada satu pun dimuka bumi ni milik manusia,semuanya milik allah jadi tak perlu lah diletakan papan tanda semacam ini lagi...

SEDARLAH WAHAI UMNO/BN....

Lepas ni akan ada batu nesan berlogo UMNO/BN kot...hmmmm?????

MUNGKIN INI LAH TANDA BAHAWA UMNO/BN DI PERAK NI AKAN DIKEBUMIKAN....
TEMPAT DAH ADA APA LAGI RAKYAT PERAK MARI KITA BERSAMA-SAMA KEBUMIKAN UMNO/BN!!!!!

Dato Ismail Kamus

Taman Setia ~ Bermula sebelum Maghrib suasana di Surau Al Ikhwan Taman Setia sudah mula meriah dengan kehadiran ramai hadirin dan hadirat yang hadir untuk mendengar Pidato yang akan disampaikan oleh Dato Ismail Kamus.

Kehadiran Dato tepat pada masanya disambut dengan penuh gembira oleh Ahli Jawatankuasa surau dan semua jemaah yang hadir. selain penduk Taman Setia ramai juga yang datang dari Jalan Kebun, Bukit Naga, Kampung Jawa dan Banting.

Macam biasa ceramah Dato yang membuatkan pendengar tidak jemu dan kering gusi berakhir kira-kira jam 9.15 malam.

12 March 2009

Pidato Perdana


PIDATO PERDANA

DATUK HJ ISMAIL KAMUS


Tarikh : Jumaat 13.03.09 Jam : 8.00 malam. Tempat : Perkarangan Surau Al Ikhwan Taman Setia, Jalan Johan Setia, 41200, Klang. Informasi : 013-3610603. Semua di jemput Hadir

Anjuran : Surau Al Ikhwan Taman Setia Klang

10 March 2009

Anwar ... makanlah dgn siapa pun.

(Malaysiakini) ~ Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi today had lunch and a rare meeting with Opposition Leader Anwar Ibrahim at a function in Hulu Langat, Selangor.

Timbul pelbagai spekulasi bila berita ini keluar sehingga memaksa DSAI mengeluarkan kenyataan dalam blog beliau sebentar tadi. Pada saya apa masaalahnya setakat menerima jemputan penganjur dan makan bersama. Kalau ada yang rahsia perlu dibincangkan tak kan sebodoh itu mereka memilih tempat terbuka untuk berbincang.

Kesian jadi pemimpin besar ni serba tak kena jadinya. Banyak sangat orang yang suka buat spekulasi begitu begini.

Semalam baru saja sambut Maulidur Rasul .... hayati lah perjuangan Nabi dan cubalah belajar ikut sunnah Nabi. Nak jadi umat Nabi kena ikut sunnah Nabi.

09 March 2009

Hayati sejarah kehidupan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W ~ titah Agong

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini menyeru rakyat supaya menghayati sejarah kehidupan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W yang meletakkan kepentingan kesatuan dan perpaduan di kalangan manusia sebagai asas kecemerlangan dan pemangkin khaira ummah (umat yang berkualiti dan baik).

Baginda bertitah usaha untuk menyatupadukan masyarakat adalah usaha yang berterusan sejajar dan bertepatan dengan tuntuan serta cabaran pada alaf ke-21 ini. “Oleh yang demikian, segala dasar dan polisi yang dirangka ke arah menjadikan negara ini dan seluruh rakyat sebagai komuniti negara maju pada masa hadapan tidak akan tercapai jika aspek kesatuan atau perpaduan ini diambil ringan semua pihak.

“Apabila sebahagian umat manusia dijangkiti sikap tamak dan mementingkan diri serta tidak lagi mempedulikan nilai-nilai mulia dalam mengejar kepentingan duniawi, maka berlakulah pelbagai bentuk malapetaka dan kemusnahan yang menimpa hidup manusia lantaran kemurkaan Allah S.W.T,” titah baginda.

Tuanku Mizan bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Dataran Merdeka sebentar tadi.

Generasi muda DAP lebih memahami ideologi PAS

(The Star) - THE younger DAP leaders are more receptive to PAS’ Islamic ideology and the creation of an Islamic state, PAS spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat was reported as saying by Nanyang Siang Pau.

These young leaders were objective in their analysis and study of Islamic issues and hudud laws, he said in commenting on the cooperation between PAS and DAP in the Pakatan Rakyat coalition. He said they were no longer seen as obstinate in rejecting PAS’ ideology, except for one DAP leader whom he did not name.

“A single voice is not sufficient to represent the others. All the party leaders understand that hudud laws are only applied to Muslims,” Nik Aziz said, adding that despite PAS and DAP going their separate ways previously, the formation of Pakatan showed that the party’s ideology had gained recognition and was accepted by members of the coalition.

Sin Chew Daily reported that Dong Zong (the United Chinese School Committees Association of Malaysia) felt it was inappropriate to join the mass protest against the policy of using English to teach Science and Mathematics in Kuala Lumpur on Saturday. Its president Dr Yap Sin Tian said this was because Dong Zong did not receive any memorandum or draft from the protesters pertaining to the matter.

“Our stand is clear. We are appealing for the two subjects to be taught using the mother tongue,” he said, adding that it was inappropriate for them to join in the protest when they were unaware of the contents of the memorandum.

Dr Yap said Dong Zong had attended several meetings organised by the group. He added that cooperation between Dong Zong and associations of various races must be built on mutual respect, compromise and understanding.

Kemaruk ubat kuat

Lelaki Malaysia tidak sedar bahana ubat kuat

"GAGAH, besar dan perkasa. Sekali kena, mesti nak lagi." Ini bukanlah iklan bangunan mercu tanda, projek bernilai berjuta-juta ringgit atau makanan kesihatan sebaliknya kata-kata tarikan iklan ubat atau produk perangsang tenaga batin bagi lelaki.Ubat yang sebaliknya menjerat dan mengundang padah lebih besar - semakin ramai lelaki negara ini kemaruk ubat kuat, seperti diakui pakar perubatan.

Katakan saja di mana, baik di kaki lima, di muka pintu, di corong radio, televisyen, warung kopi di kampung, pasar gelap serta di internet, semuanya sudah mampu dibolosi iklan produk seperti pil, kapsul, minuman didakwa mengandungi Tongkat Ali, serbuk, minyak sapu dan krim. Iklan dari mulut ke mulut pula lazimnya membabitkan rawatan tradisional seperti urut, susuk dan memasukkan bebola besi pada kulit zakar itu atas alasan menjadikannya kuat.

Ketika kita tersenyum lebar mendengar iklan kopi yang namanya menggambarkan kejantanan, tidak ramai yang menyedari padah akibat 'penaklukan' ubat kuat yang berlambak di pasaran ini. Padah yang menunjukkan semakin ramai lelaki termasuk intelektual serta yang masih bergelar penuntut universiti sanggup berbelanja bagi memastikan kekuatan tenaga batin biarpun ada produk yang berisiko menjejaskan kesihatan, termasuk menyebabkan mereka mengalami mati pucuk atau Disfungsi Erektil (ED).

Data Kementerian Kesihatan menunjukkan rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM27 juta untuk membeli ubat perangsang seks seperti Viagra dalam tempoh Mac 2007 hingga Mac 2008.

Sekretariat Parlimen Kota Raja

08 March 2009

Malang selepas Bush, Ahmedinejed pula dibaling kasut

Pegawai Iran yang mengangkat wartawan Iraq, Muntazar al-Zaidi sebagai wira dan memuji tindakannya membaling kasut kepada bekas Presiden Amerika Syarikat, George W Bush sebagai tanda keberanian Islam kelu lidah minggu ini apabila Presiden Mahmoud Ahmadinejad pula berdepan keadaan sama.

Presiden Iran itu dibaling kasut ketika melawat bandar raya Urumiye di barat laut Iran minggu ini. Beliau menjadi sasaran ketika muncul dari bumbung kereta yang boleh dibuka sambil melambai orang ramai dalam perjalanan memberikan ucapan di sebuah stadium.

Pengawal keselamatan gagal menemui individu bertanggungjawab atas kejadian itu. Blogger pro-Ahmadinejad menyifatkan laporan itu khabar angin disebarkan pihak setia kepada keluarga diraja dan penentang revolusi.

YAB Datuk Seri Nizar mohon jumpa Sultan

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah bagi menyembahkan tiga usul, termasuk memohon pembubaran Dewan, yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok di sini Selasa lepas.

Kalau ditakdirkan Sultan memperkenankan ketiga-tiga usul tu habislah BN, sempat lagi kut untuk SPR buat pilihanraya DUN negeri Perak pada 7 April nanti.

07 March 2009

Bedilan tanpa henti dan ehsan




Aduh pedih sungguh mata ku kena bedil. Polis macam tak de rasa timbang rasa langsung, pada hal kami yang pi demo tadi tak buat apa-apa langsung pada mereka atau sesiapa pun. Kami buat kerja ni pun untuk kebaikkan semua termasuk anak-anak polis yang bedil kami tadi.

Saya terasa paling sedih dan amat marah bila polis masih membedil kami yang dalam perjalanan pulang dari perjanan ke Istana tadi. Kot ye pun tak payahlah bedil orang dah nak balik. biarlah ada timbang rasa dan siuman sikit, esok mati perlukan orang surau dan masjid juga untuk mandi jenazah, talkin dan tahlil. Janganlah sombong sangat.

Saya berada kira-kira 1 meter dibelakan Presiden PAS, A. Samad Said dan pimpinan yang lain bila tiba-tiba kami dibedil oleh Polis. Hormatlah sikit pada pimpinan, slah satu peluru tu jatuh betul-betul dekat Hj Hadi dan beliau terpaksa guna beg plastik tutup mukanya pada masa tu, Saya rasa marah betul.

Syabas Kapten (B) Syaari, Kamarulzaman dan Bob Niaz (Keselamatan PAS Pusat dari Kota Raja). Sekretariat Parlimen Kota Raja berbangga kerana antum jadi benteng terakhir mengawal presiden.

Jgn jadikan sekatan Polis halangan ke Himpunan hari ini

OK, kita orang KL dan Malaysia kena jadi org cerdik, biarkan Polis buat sekatan, Kami org KL ni perkara biasa, dah berpuluh kali kita berdemo tak kan road block polis ni jadi penghalang.

Yang tak biasa suasana ni jangan risau ini lah masa kitanya berjimat cermat, dari Selatan Johor atau dari utara Perlis atau yob Perak yang tengah kuat semangat ni. Simpan semua kenderaan anda di stesen keretapi berhampiran naik keretapi atau komuter, dari KL Sentral naik LRT dsb dan terus kedestinasi yang telah ditetapkan pihak penganjur.

Teruskan perjalanan ...... JUMPA DISANA

Amaran utk semua Blogger

video

06 March 2009

jom pakat cari gangster

6 Dicari Bantu Siasatan 339 - malaysiakini

Dibawah ni ialah gambar 6 suspek yang dicari oleh pihak PDRM bagi membantu siasatan Polis berhubung "perhimpunan haram" di hadapan Bangunan SUK Perak Darul Ridzuan.

Suspek 1.

Yang ni salah sorang dari petugas Unit Kawalan Keselamatan Pakatan Rakyat kalau tak salah aku. mamat ni antara salah sorang mangsa yang ditarik masuk kedalam kedai kopi "Kamisuka Kopitiam" dan dibelasah beramai-ramai oleh geng-geng yang dipercayai PEKIDA.

Mengikut kata saksi yang tengok kejadian (masa kejadian, aku dok minum dekat kedai mamak dekat bawah Wisma DAP), mangsa ditarik masuk dalam kedai, kemudian geng-geng PEKIDA tutup pintu kedai dan belasah dia beramai-ramai.

Lepas tu depa lepas balik budak ni. elok sangat... PEKIDA ramai-ramai belasah budak ni sorang. apa kata tukar nama dari PEKIDA kepada PUKIDA.

Suspek ke 2

Dia ni aku tak pasti melayu mamak atau India. yang aku tau, mamat ni mula buat kecoh masa Songkok Tinggi & the gang mula nak serang Dato' Seri MB.

Bila petugas Pakatan Rakyat halang Songkok Tinggi dari tembus benteng keselamatan, mamat ni yang paling kedepan sekali dok defend Songkok Tinggi.

"Jangan berani sentuh dia", "jangan berani sentuh dia" mamat ni dok ulang-ulang ayat tu sambil dok tunjuk-tunjuk penumbuk dekat sape-sape yang tolak Songkok Tinggi.

Dia ni aku tak tau SB ke PEKIDA, cuma yang aku dok perati, polis sendiri buat tak tau je atas apa-apa tindakan mamat ni.

Masa para ADUN & EXCO lepas kawalan pertama polis, mamat ni selambe je bawak masuk geng-geng dia lepas kawalan & polis buat bodoh je sedangkan kami yang ada pas media dan jugak para ADUN & EXCO disekat bersungguh-sungguh.

Aku panggil mamat ni ZZTop.

Suspek 3

Baju merah ni pun salah sorang dari geng Songkok Tinggi. yang ni pun boleh tahan samseng. masa tempat open, mamat ni diam je, tapi masa dok berasak-asak rombongan ADUN & EXCO Pakatan Rakyat dengan geng-geng Songkok Tinggi, aku tengok dia ni agak agresif jugak.

Tanya geng-geng media yang dok keliling dia & petugas Pakatan Rakyat berapa ramai makan penyiku dia ni.

Aku tak pasti masa kejadian dekat "kamisuka kopitiam" tu mamat ni ada ke tak de.

Suspek 4

Dia ni pulak masa awal-awal tak berapa menonjol. masa mula-mula Songkok Tinggi buat kecoh dok maki hamun Pakatan Rakyat, dia ni nyuruk belakang Songkok Tinggi (mentang-mentang badan Songkok Tinggi besar, dia ni pendek).

Tapi bila masuk dalam ramai-ramai, dia ni la antara yang agresif dok asak nak lepas benteng keselamatan Pakatan Rakyat.

Masa tu aku tak perati sangat dia ni sebab tumpuan lebih pada Songkok Tinggi dengan Mamat Gelap tu.

Walau macam manapun, dia ni tetap geng Songkok Tinggi dan ni antara tukang provokasi.

Suspek 5

Mamu ni cuma pandai buat muka garang je, tapi kalau Songkok Tinggi ada la. masa tengah kecoh-kecoh berasak-asak tu aku tengok mamu ni dok celah ketiak Songkok Tinggi.

Muka nampal garang, tapi time kritikal, masuk ikut celah ketiak Songkok Tinggi. ada gak dia ni macam nak masuk, tak nak masuk.

Tak de la agresif sangat dia ni. aku kategorikan dia ni dalam geng-geng "bagi cukup corum je"... aku dok tengok mamat ni berani-berani takut. kalau Songkok Tinggi ngan mamat gelap ZZTop tak de, haram la dia ni nak datang.

Dia ni ada pun tak de masalah, dia ni tak de pun tak de masalah. ala...nak bagi cukup corum...

Suspek 6

Dia ni? malas nak cerita banyak...

Baca balik dekat [sini].

Dia ni memang jahat, memalukan orang melayu Islam dan jugak membusukkan pertubuhan PEKIDA.

Ayahanda Taik Kucing..!


05 March 2009

Layakkah Zambry dapat gaji

The Perak Public Accounts Committee (PAC) inquiry today could not complete its scrutiny into the eligibility of salaries and benefits enjoyed by Menteri Besar Zambry Abd Kadir and his exco members due to the absence of some important witnesses, including Zambry.

Kes Pembunuhan Altantuya di dada Akhbar Perancis

Altantuya Murder Expose In French Paper
2009-03-05 13:36
An explosive expose of the Altantuya murder hits the street of Paris Thursday (5 March) with a two-page expose in the Liberation newspaper. An online version has just been posted on its website http://www.liberation.fr/promo...liberation in PDF format. The expose comes with four colour photographs of the main personalities involved including Baginda Razak who was charged with rabbeting the murder, has been acquitted by the High Court in Kuala Lumpur.
A translation of the expose was posted by Raja Petra Kamarudin on his immensely popular website, Malaysia Today, at 0834 hours this morning. Given the time difference, both the street as well as the online editions had not yet appeared. It is probable RPK got hold of an advance copy through his connections.
A reader of Malaysia Today posted hi ss obsevation that a blurb that came out on Wednesday (4 March) telling readers of the Libération website what's coming out in the print edition of the paper Thursday. One of the items highlighted in the blurb is this: "L’étrange affaire du meurtre d’une interprète mongole qui gêne le pouvoir en Malaisie." Translation: "The strange affair of the murder of a Mongolian interpreter which is embarrassing the authorities in Malaysia." (MySinchew)
Read: RPK Blows Altantuya's Murder Trial Apart.

04 March 2009

DAP semakin faham Islam

Oleh : AF Ust. Misbahul Munir Masduki, Setiausaha DUN Perak.

UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.

Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.

Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.

Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.

MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.

Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.

Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.

Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar. Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.

DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.

Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.

03 March 2009

Hitea Anak Perak di perantauan

Hitea Sempena Majlis Dialog anjuran Anak-Anak Perak diperantauan.Kehadiran mencecah 5 ribu peserta yang diadakan di Dewan PKPS, Seksyen 14 Shah Alam. Antara tetamu yang hadir Dato Husam Musa, Ustaz Ahmad Awang, YB Dr Lo' Lo', YB Khalid Samad dan SU Politik MB Perak yang Sah Ustaz Misbahul.

Menceritakan kronologi bagaimana Sultan memerintahkan Dato Seri Ir Nizar meletak jawatan selepas berlaku suasana politik haru biru di Perak.. Disamping itu banyak berita sebenar tidak di hebahkan kepada rakyat malahan memutar belitkan fakta bagi mengelirukan rakyat supaya membenci PR.

Para hadirin juga tidak melepaskan peluang untuk menanyakan soalan antaranya dari Desa Kemuning yang tidak mahu namanya disiarkan mengajukan persoalan adakan Dato Mufti Perak juga terlibat dalam konspirasi menjatuhkan MB Nizar. Ustaz Ahmad Awang antara lain menyatakan beliau tidak pula menghubung Dato Mufti tetapi sejak pengenalan beliau Dato Mufti sentiasa tidak tetap pendirian apabila ditekan oleh pihak tertentu.

Tetamu tidah dihampakan dengan amanat MB Nizar secara live kira-kira jam 4.45 petang antara lain menasihati ahli PAS inilah merupakan ujian dari Allah yang memohon semua penyokong bersabar sehingga mahkamah memutuskan bahawa beliau adalah MB yang sah serta mengigatkan bahawa inilah salah satu proses pentarbiyahan.

...... kiriman : muhandis, desa kemuning

Salah guna kuasa

Kiriman : ismit ulam raja, tmn setia
Salam perjuangan,

Sebagaimana semua telah maklum, sidang Dun Perak terpaksa diadakan dibawah sepohon pokok.Walaupun sedih bila mengenangkan Dewan yang mulia telah kotori tangan- tangan penguatkuasa yang sepatutnya menguatkuasakan undang undang .Hanya bertindak menguatkuasakan bukan undang undang tetapi kuasa yang telah disalah gunakan terhadap Ahli-ahli Dun Perak.

Bagaimana mungkin sebuah badan penggubal undang-undang boleh ditekan dan dihalang oleh pihak polis yang sepatutnya melindungi dewan yang mulia boleh bertindak diluar bidang kuasa dengan menghalang sidang DUN dari diadakan dalam Dewan Undangan Negeri.

Bayangkan jika pemerintah sebuah negara atau negeri tidak boleh ,menjalankan tugas nya dalam tempat yang dikhaskan untuk beliau menyempurnakan tugas tersebut.Dimana kah rakyat hendak bertemu dan mengadu nasib,?apakah bentuk undang-undang yang akan dinikmati bila undang-undang tersebut digubal dibawah pokok.Ana bimbang akan terjadi undang -undang rimba,renungkan jika kemahuan seorang yang menuntut keadilan tidak dapat keadilan yang sepatutnya malah ditekan dengan hebat apa yang akan terjadi?.Inikan pula suara majoriti rakyat yang mana Dewan DUN itu sebagai platform rakyat.Bayangkan bila platform ini tidak dapat berfungsi dengan sepatutnya ,lambat laung akan terjadi rakyat terpaksa turun dijalanan bagi mendapat keadilan .

Bolehlah rakyat atau sesiapa sahaja yang berhajat kepada pemerintah ini bertemu atau menyelesaikan tujuan masing masing dikedai -kedai kopi ataupun dibawah mana-mana pokok. Bagaimana pula imej Sultan ketika ini yang mana perlembagaan beliau berlangsung dibawah pokok,ini menandakan jika sidang DUN kerajaan negeri juga akhirnya berakhir dibawah sepohon pokok,hamba rakyat bimbang kesudahan institusi RAJA itu sendiri.

Barang siapa yang telah menggunakan polis sebagai perisai dan mengkambing hitamkan mereka yang akan mencemarkan institusi ini.Tidak boleh dipandang ringan oleh pihak istana.Tindakan tekanan ini sebenarnya memberi gambaran lebih buruk terhadap pemerintahan Ke bawah Duli Sultan Perak.Hamba patik yakin baginda tahu siapa yang memberikan tekanan terhadap baginda.

Baginda tidak dapat tidak sangat diperlukan untuk membuat keputusan yang akan meredakan kemelut ini dan mengembalikan kesucian Dewan yang mulia tersebut sebagai perlembagaan yang mewakili Tuanku Sultan sebagai Raja yang memerintah.Hamba patik rasa sudah cukuplah tuanku dihina dan diperkotak katikkan.

....anak kelahiran perak .....

02 March 2009

Diskusi Ilmu-Methodologi Dakwah


Peserta bersama YB & Penceramah
Sabtu, 28 Feb 2009

Program anjuran Lajnah Perpaduan Nasional/LPN PAS Kawasan Kota Raja tersebut telah diadakan di Pejabat Parlimen Kota Raja yang turut dihadiri seramai 20 orang peserta yang terdiri dari Ahli Dewan Harian, Jkuasa Kerja & Ahli Jkuasa LPN PAS Kawasan Kota Raja. YB Dr Siti Mariah Mahmud juga turut meluangkan masa untuk hadir bersama ke dalam majlis tersebut.

Pengisian diskusi telah dibuat oleh Ybhg Dr Yaacob Yusoff, Ahli Jkuasa Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat/Negeri Kelantan yang juga merupakan Ketua Modul ILHAM (Institut Latihan Kepimpinan dan Pengkaderan Dakwah Islamiyyah).

Antara objektif program adalah:-
1) Mencapai kefaham yang seragam (common understanding) dikalangan pimpinan dan jkuasa apabila berhadapan atau terlibat dengan program kaum non-muslim
2) Mendidik kearah memahami agama & budaya kaum Cina & India disamping mendalami ajaran Islam khususnya dalam konteks siyasah
3) Menerapkan nilai-nilai murni Islam dalam uslub/methodologi dakwah kepada kaum non-muslim
4) Mempastikan penerimaan non-muslim terhadap keadilan pemerintahan Islam seterusnya meneruskan sokongan kepada kepimpinan
Segala perkara yang dibincangkan amat berguna bagi LPN khususnya dalam ertikata mengatur gerakkerja yang berkaitan dalam program-program anjuran lajnah yang akan datang.
YB Dr Siti Mariah Mahmud dalam ucapan penangguhannya amat mengharapkan supaya diskusi-diskusi sebegini dapat diterukan dan dibuat secara konsistan bagi mencapai kefahaman yang mantap dikalangan pimpinan dalam menangani segala permasalahan masyarakat yang berbilang kaum di dalam Parlimen Kota Raja khususnya.

Sekretariat Syed



Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini