29 April 2009

Majlis Apresiasi Hari Ibu

Tempat: Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Shah Alam

Tarikh: 10hb Mei 2009 (Ahad) Masa: 2.00-5.00 petang

Dirasmikan oleh: Y.A.Bhg Puan Sri Datin Salbiah bt Tunut

Pakaian: Tradisional dan Sopan

Anjuran bersama Pekawanis (Pertubuhan Kebajikan Amal Wanita Selangor) dan Wanita Kota Raja

Info sila hubungi: Pn. Jamiah: 019-352 7322 & Pn.Rosnah: 013-253 5385

27 April 2009

Beza Pemilihan Agung Umno (PAU) dgn Muktamar PAS

KETERBUKAAN Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam menghadapi Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 55 yang dijadualkan berlangsung awal Jun depan di Shah Alam, amat dialu-alukan banyak pihak.

Ustaz Abdul Hadi secara terus terang membuka ruang seluas-luasnya kepada sebarang pertandingan dalam PAS. Beliau menawarkan diri untuk bertanding dan sedia dicabar. Malah dengan rasa rendah hati beliau mengatakan, jika sekalipun beliau tewas, beliau akan tetap istiqamah dalam PAS.

Sebagai sebuah parti Islam yang menjunjung prinsip-prinsip Islam dalam perlembagaannya, sikap yang ditunjukkan Ustaz Abdul Hadi ini membuktikan bahawa, PAS parti yang mengamalkan sistem pemilihan secara demokratik, jauh lebih baik daripada Umno. Media arus perdana cuba memalit dan memesongkan persepsi rakyat, bahawa wujudnya perpecahan yang serius, wujudnya kelompok-kelompok dan usaha jatuh menjatuh pemimpin tertentu.

Hakikatnya apa yang dipaparkan hanyalah khayalan media akibat kerosakan teruk yang berlaku dalam Umno, mahu dijangkitkan pula kepada PAS. Dalam persoalan pemilihan pucuk pimpinan, PAS tidak akan menjadi seperti Umno dan Umno tidak mungkin akan menjadi setulus PAS. Sesiapa yang mahu bertanding dalam PAS tidak boleh lari daripada prinsip-prinsip Islam.

Dalam PAS tidak diperlukan kuota untuk melayakkan seseorang itu bertanding mana-mana jawatan yang diminatinya. Pemimpin PAS tidak perlu turun ke kawasan-kawasan untuk melobi mendapatkan pencalonan. Calon-calon yang bertanding juga tidak perlu pergi berkempen sama ada secara individu atau secara berkelompok untuk menemui perwakilan di seluruh negara. Calon pemimpin dalam PAS tidak perlu membuat cabutan nombor untuk senarai nama dalam kertas undi. Mereka tidak perlu mencetak kad nama, membuat poster atau kain pemidang.Calon tidak boleh lobi melobi, tidak boleh memburuk-burukkan calon lawan dan sama sekali tidak perlu menggunakan wang untuk berkempen.

Politik wang tidak boleh wujud dalam PAS kerana ianya bercanggah dengan Islam. Jika terdapat mana-mana pemimpin yang terkena dengan jangkitan Umno, mengamalkan politik wang, nescaya awal-awal lagi dia akan ditolak ahli-ahli PAS. Dalam erti kata lain, ahli-ahli PAS, perwakilan PAS ke Muktamar tidak boleh disogok sama ada dengan wang, jawatan, tender atau sebagainya.

Ketulusan inilah sebenarnya yang membezakan antara PAS dengan Umno. Jurang perbezaan ini amat besar sebenarnya. Pengamalan sistem yang berlandaskan Islam inilah sebenarnya, yang menjadi tunjang kekuatan PAS.

Jikapun berlaku pertandingan merebut jawatan tertinggi dalam PAS, jikapun pemimpin tertinggi PAS tewas dalam pertandingan, nescaya parti tidak akan pecah. Amalan dalam PAS cukup jelas. PAS tidak menolak hasrat atau menghalang sesiapa sahaja yang layak untuk bertanding. Mereka yang bertanding bukannya hendak menonjolkan diri atau kepentingan peribadi.

Calon-calon berhak menawarkan diri dan mengemukakan hujah secara rasional, apakah manfaat yang akan diperolehi PAS, jika perwakilan memilihnya sebagai pemimpin.

Seperti amanat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada perwakilan Muktamar PAS, "pilihlah pemimpin yang berkualiti dan mereka yang menawarkan diri untuk bertanding harus tahu, mereka sebenarnya ada kualiti untuk dipilih sebagai pemimpin."

Justeru, walaupun PAS akan menghadapi pertandingan dan pemilihan dalam Muktamarnya ke 55 ini, apapun keputusan, sesiapa sahaja yang dipilih sebagai pemimpin, PAS tidak akan berpecah, PAS akan tetap utuh dan terus mendapat kepercayaan rakyat.

PAS sama sekali tidak akan menjadi seperti Umno!

25 April 2009

Hulurkan bantuan kepada Hamba Allah nie.

Ini kaedah terbaru orang mencari jodoh, ramai yang simpati hinggakan tersebar dalam email seluruh negara. Saya tak pasti samaada pada saat ini Sdr Yunus sudah bertemu jodoh atau belum, tuan puan boleh check sendiri melalui talifon nya.

La ni negeri Kedah memang pelik sikit, terbaru Najib pilih orang seberang laut nun Sabah jadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kedah. Cantik lah tu .... pas ni tak ada isu orang luar dan orang tempatan dalam pilihanraya. Dah pengerusinya pun orang Sabah. Ada kawan bagi tau bukan saya kata, depakata ' macam la org Kedah nie tak dak teluq'

Cuma saya minta janda-janda yang berminat dan kalau ada ramai nak cuba rekomenkan si Yunus ni dengan anda, cubalah berhati-hati sikit .... check betul-betul .... entahlah lain macam aje kaedah yang digunakan. Cuma kalau si Yunus ni menyokong PAS carikan jodohnya dengan Umno piowwwwww. Kut-kut dia boleh dakwahkan.

NISA INDOOR GAMES 2009







MALAM KEROHANIAN..

Qiamulail Dipimpin Oleh :
USTAZ. IMRAN UST.NASOHA
(Imam Masjid Darul Ehsan Subang Jaya)
Tarikh : 1 hb Mei 2009 Jam : 3.30 pagi

Kuliah Subuh Disampaikan oleh :
USTAZ ABD.GHANI ABD.RAHMAN
Tarikh : 1 hb Mei 2009 Jam : 6.45 pagi.

Tempat Program Diadakan :
MASJID DATO' DAGANG KAMPUNG JAWA
JALAN KOTA RAJA KLANG SELANGOR D.E
Datanglah bersama keluarga dan jemputlah sahabat sahabat
serta jiran tetangga untuk menghadirinya.


kota raja......

Masih ada org PAS buat kerja bodoh

oleh Nik Abduh Nik Abd Aziz

Salam Kamunting,

Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.

Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.

Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.

Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.

Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.

Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.

Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.

Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?

Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!

Nik Abduh Bin Abd Aziz ialah exco pemuda PAS Pusat

Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ringkaskan kerana tempuh bulan madu anda semua dalam mengecapi semua kejayaan kurniaan Allah pada ketika ini telah berakhir.

Semua Ketua Cawangan dan barisan Jawatankuasa harus bangun dari lamunan bahawa kita akan menang mudah dalam PRU akan datang. Buangkan sikap tersebut dan terus berusaha. Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha, Usaha yang dilakukan sambil lewa tidak mendatangkan sebarang kejayaan. Anda menentukan masa depan anak cucu dan pimpinan negara akan datang. BUAT LAH KERJA.

Rang Daftar Pemilih Tambahan suku ke pertama bagi tahun 2009 sudah dipamerkan mulai 22 - 28 April 2009. Gerakerja Semakan, Tuntutan dan Bantahan perlu dilakukan dalam tempoh pameran tersebut (7 hari).

Sila download fail Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama mengikut DUN:

i) DUN N49 Sri Andalas
ii)DUN N50 Sri Muda

Sila ambil perhatian untuk DUN Sri Andalas kerana ada pertambahan Daerah Mengundi/DM yang dinamakan sebagai:-

1) 111/49/17 JALAN RAYA TIMUR
2) 111/49/18 TAMAN KLANG JAYA 2
3) 111/49/19 SENTOSA DATO ABDUL HAMID 2

Manakala untuk DUN Sri Muda DM adalah kekal sebanyak 17 bermula dengan 111/50/1 SHAH ALAM S27 berakhir dengan 111/50/17 HAJI HUSIN JALAN KEBUN.

JPrK/MTD/UPU sila buat tindakan lanjut berpandukan lampiran Gerak Kerja & Prosedur

Tuntutan/Bantahan seperti yang dilampirkan.

N49 DUN Sri Andalas.pdf
3081K View Download
N50 DUN Sri Muda.pdf
3079K View Download
GERAK KERJA SEMAKAN SUKU 1-09 JPN.pdf
16K View Download
PROCEDUR MEMBUAT TUNTUTAN & BANTAHAN[1].pdf
21K View Download

24 April 2009

Pemimpin Rasuah masih dapat kepercayaan Najib

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam adalah antara yang dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.

Mohd. Ali yang dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini kerana terlibat dengan rasuah dan politik wang, turut dikekalkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.

Perlantikan ini menunjukkan dengan jelas bahawa tidak mungkin Umno dapat dibersihkan dari orang-orang yang terlibat dengan rasuah dan politik wang dari memegang tampuk pemerintahan mereka. Rasuah dan politik wang yang telah berakar umbi didalam umno memang agak mustahil untuk dikikis dan dibersihkan. Umno mungkin kehilangan satu demi satu dan kemudian semua pemimpin mereka jika diambil kira bahawa mereka yang didapati bersalah dalam politik wang disingkir atau tidak diambil memegang jawatan.

Sebagai rakyat, kita harus sedar bahawa kesalahan pemimpin seperti ini tidak harus dimaafkan dan mereka harus disingkirkan oleh rakyat jika pemimpin mereka tidak mahu menyingkirkan mereka. Masanya akan tiba bila rakyat menjadi hakim untuk menghukum pemimpin seperti ini.

23 April 2009

Umno umpama 'hidung tak mancung ............'

Pemimpin Umno terutama Zambry ni masih tak faham-faham bahawa PAS tak ingin untuk bekerjasama dengan mereka. Kenyataan tegas DS Nizar Jamaluddin menolak sebarang bentuk kerjasama lebih-lebih lagi dalam membentuk kerajaan Perak dengan Umno sepatutnya mudah sangat difahami. Tindakan zalim mereka (Umno) merompak kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri ini tidak mudah untuk dilupai oleh PAS.

Penolakan pengundi secara total terhadap Umno/BN diBukit Gantang dalam piliharaya kecil baru-baru ini menunjukkan bahawa parti ini perlu melakukan sesuatu jika ingin terus bertapak di Negeri Perak. Akhirnya mereka seboleh mungkin ingin bekerjasama dengan PAS, walau pun kadang-kadang dilihat semacam 'hidung tak mancung pipi tersorong-sorong'.

Bagi PAS pula jika menerima ajakan Umno ini akan meletakkan parti dikedudukan paling sukar kerana semua sedia maklum bahawa rakyat memang sudah menolak parti ini. Justru apa yang perlu dilakukan oleh PAS ialah meneruskan momentum rakyat agar terus menyokong perjuangan kita, kerana lambat laun kita amat yakin dengan usaha yang berterusan dan dengan pertolongan Allah kita akan memerintah kembali negeri Perak apabila Umno/BN sudah tidak mampu berbuat apa-apa lagi bila PRU 13 tiba nanti.

Berikut adalah berita yang menunjukan keinginan yang amat sangat Umno bekerjasama dengan PAS.

UMNO sedia bekerjasama dengan Pas dan parti-parti pembangkang lain dalam usaha mewujudkan kestabilan politik di negeri ini, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir.

Bagaimanapun, katanya, keinginan untuk bekerjasama itu perlu datang daripada kedua-dua belah pihak dan bukannya UMNO sahaja.

''Kita sentiasa terbuka untuk menjalinkan kerjasama bukan sahaja dengan Pas, malah dengan semua pihak bagi mengekalkan kestabilan politik di negeri ini.

''Namun demikian, kita tidak boleh bertepuk sebelah tangan sahaja, kena dua-dua belah," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mahukan para pemimpin yang mewakili kumpulan parti politik berbeza mencari titik pertemuan dan kaedah kerjasama antara mereka demi kepentingan negara dan rakyat.

Bagaimanapun, seruan tersebut ditolak oleh Pas yang tetap berkeras mahu Sultan Perak, Sultan Azlan Shah supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembubaran DUN merupakan jalan penyelesaian terbaik ke arah mencapai kestabilan politik di negeri ini.

Beliau berkata, mengikut amalan demokrasi raja berperlembagaan, Sultan perlu mengembalikan hak kepada rakyat untuk membuat penentuan menerusi pembubaran DUN dan pilihan raya negeri.

20 April 2009

Tiada pembaziran, PRK menguntungkan

Ingin saya nyatakan bahawa hanya kepada orang tidak faham sahaja yang akan menyatakan menyertai pilihanraya kecil merupakan pembaziran. Ada banyak pembaziran disana sini yang lebih banyak dari wang yang digunakan untuk mengadakan PRK.

M~star dalam lapuran terdahulu telah men 'detail' kan jumlah perbelanjaan yang telah dikeluarkan dalam PRK sebelum ini. Dari jumlah tersebut penggunaan wang paling banyak ialah bagi menjaga keselamatan. Oleh kerana pihak risikan polis menyatakan jumlah polis yang ramai dan segala keperlukan diperlukan untuk mengawal keselamatan patut dibawa kesetiap PRK, maka kita patut akur. Lagi pun sepanjang PRK tersebut semua kita berada dalam keadaan selamat walau pun ada ketika nya kita marah pada pihak polis, itu biasalah.

Adakah wang yang digunakan untuk keselamatan tersebut dianggap membazir, sedangkan ianya telah dipersetujui oleh Menteri Dalam Negeri dan menteri kabinet yang lain?

Tetapi jika wang yang banyak digunakan untuk membeli undi, itu memang membazir. Projek 'mee segera' juga patut diteruskan kerana inilah peluang terbaik penduduk setempat menikmati limpahan kekayaan negara.

Meneruskan polisi dan tradisi Umno/BN dalam menghadapi pilihanraya selama 50 tahun yang lalu hendaklah diteruskan supaya rakyat dapat wang dan insfratuktur yang baik. Janganlah kendekut sangat. Lagi pun Pak Menteri kata foundation ekonomi kita masih kukuh.

Cuma saya pesan pada rakyat, anda mesti jadi pengundi yang bijak. Anda telah melakukannya dengan baik dalam 3 PRK yang lalu. Lakukan seterusnya dalam setiap PRK yang akan datang jika ada dan seterusnya dalam PRU 13 nanti.

SPR kena buat 'Road Block' halang penyokong

Pakatan Rakyat menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mahu mengehadkan parti-parti politik daripada membawa penyokong yang terlalu ramai pada hari penamaan calon dan hari pengundian.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dihubungi nyata tidak bersetuju dengan cadangan tersebut serta menyifatkan langkah mengehadkan kehadiran jumlah penyokong calon-calon yang bertanding adalah tidak praktikal.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, syor sedemikian adalah sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan kerana sesebuah parti politik yang terlibat juga sukar untuk menyekat kahadiran ahli dan penyokong mereka.

"Bagi pihak PAS kami tidak nampak langkah yang disyorkan itu adalah sesuatu yang praktikal.

"Susah bagi kita nak mengawal kehadiran orang awam pada hari penamaan calon ataupun hari pengundian," katanya.

Jumaat lalu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, mesyuarat Rabu ini turut akan mencari penyelesaian bagi mengelakkan kehadiran ramai penyokong di pusat pengundian hingga menyukarkan pihak polis untuk mengawal keselamatan orang ramai.

Tambah Kamaruddin, SPR tidak boleh menghalang orang ramai untuk berkumpul di tempat awam manakala faktor keselamatan kawasan penamaan calon ataupun pusat-pusat mengundi sememangnya di bawah tanggungjawab pihak polis.

"Kita tak boleh halang orang masuk ke bandar atau ke kawasan sekitar tempat penamaan calon mahupun tempat mengundi.

"Lagipun kalau SPR fikirkan soal keselamatan seperti kebiasaannya pihak polis akan mengawal di sekitar tempat-tempat berkenaan.

"Kehadiran penyokong hanya berkumpul di luar kawasan berkenaan... jadi apa masalahnya di situ?" katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali berkata, mengehadkan kehadiran jumlah penyokong seperti yang disyorkan SPR nyata tidak wajar dilaksanakan.

"Kami (PKR) tidak bersetuju dengan saranan sedemikian, cadangan ini memang sukar untuk dilaksanakan," katanya.

Bagaimanapun jelas, beliau perkara tersebut terpulang kepada SPR untuk mempertimbangkannya.

"Terpulang kepada mereka nak buat macam mana, kalau mereka mampu nak kawal kehadiran penyokong, mereka buatlah.

"Tapi kami sebagai parti politik memang tidak berupaya untuk sekat kehadiran penyokong," katanya.

19 April 2009

Keputusan Mesyuarat Agong PAS Kota Raja

Berikut adalah senarai penuh pemilihan dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kota Raja yang berakhir sebentar tadi.

Pencalunan untuk jawatan Presiden PAS : YB Tuan Guru Dato Seri Hj Hadi Awang, Timbalan Presiden : Datuk Paduka Hussam Musa, Naib Presiden : DS Mohammad Nizar Jamaluddin, Ybhg Tuan Hj Mohamad Sabu dan YB Salehuddin Ayob.

Bagi Peringkat Kawasan pula, YDP : Jaafar bin Samsuddin, TYDP : Norhalim Sirome, NYDP : Tn Hj Termizi Ismail, Ketua Urusan Ulamak : Ustaz Shukur.

Senarai penuh AJK akan dimaklumkan selepas mesyuarat AJK Kawasan yang akan diadakan nanti. Tahniah kepada semua pemenang dan ambillah tanggung jawab yang telah diamanahkan manakala yang tidak berpeluang untuk memikul tanggung jawab ini teruskan perjuangan kerana dalam parti kita tiada siapa yang kalah dan yang menang kerana pemenang sebenarnya adalah Islam.

18 April 2009

Bagus Umno/BN tak bertanding di Penanti

Saya seperti mana Ketua Wanita Umno Dato Sahrizat Jalil menyokong penuh kalau DS Najib berpendirian tidak akan masuk gelanggang dalam PRK Penanti nanti. Sebagai PM baru kerajaan Malaysia, tindakan beliau memang satu tindakan yang patut dipuji dan diberi perhatian. Buat apa nak membazir (masa dan wang ringgit jika hasilnya tiada)

Mengikut perkiraan semasa jika Umno/BN masuk gelanggang pada ketika ini mereka bolehlah dianggap menempah maut. Ada banyak faktor yang tidak menyebelahi mereka pada ketika ini, antaranya.

1. Umno/BN tewas semua PRK di semenanjung selepas pilihanraya umum ke 12 yang lalu, mereka hanya menang ditempat paling mundur di Serawak.

2. Di keliling kelalang Umno masih ramai yang demam tak kebah-kebah kerana tidak terpilih atau tersingkir dalam kabinet baru DS Najib.

3. Perasaan kecewa dan sakit hati masih terpendam dikalangan pimpinan yang menang tetapi tidak dipilih sebagai pemimpin negara.

4. Umno sedang melancarkan upacara pulih semangat dikalangan ahli dan pimpinan mereka.

4. Kami (Umno) dah letih, berilah peluang rehat dulu.

5. Ada lagi ke? ............

BERITA-BERITA LAIN YANG BERKAITAN

1. Penanti: BN mungkin tidak tanding Pakatan menang mudah?

PETALING JAYA: Buat julung kali dalam sejarah pilihan raya negara ini, Barisan Nasional (BN) sudah mula mengkaji langkah untuk menolak 'tawaran' bertanding pilihan raya kecil.

Lazimnya, BN akan menang tanpa bertanding kerusi pada hari penamaan calon pilihan raya umum, malah tidak pernah melepaskan peluang mencuba nasib pada pilihan raya kecil yang diadakan dari semasa ke semasa.

Kali ini suasana agak berlainan.

Penanti salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh yang disandang oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak membayangkan BN berkemungkinan tidak akan meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen BN.

Jika ia menjadi kemungkinan apakah Pakatan Rakyat, yang akan menurunkan calon PKR, akan menang mudah tanpa bertanding?

Ataupun pertandingan tetap diadakan jika ada calon Bebas pula yang turun gelanggang.

Najib, yang juga Pengerusi BN berkata, BN perlu melihat terlebih dahulu sama ada pilihan raya kecil itu menguntungkan rakyat atau sebaliknya.

"Tak tahu lagi (sertai atau tidak) kita tengok dulu tapi saya tak ketepikan apa juga kemungkinan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Meraikan Perdana Menteri peringkat Parlimen Pekan di Kuantan hari ini sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada 3 April lalu.

Sehubungan itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tertinggi (MT) Umno dan bertemu dengan presiden-presiden parti komponen BN bagi membincangkan perkara itu.

"Saya akan bawa perkara ini kepada mesyuarat MT akan datang, kalau tak sempat saya akan bawa kepada Biro Politik, dan juga bincang dengan presiden-presiden parti komponen BN," kata beliau dipetik Bernama.

Banyak pihak mengesyorkan agar BN tidak meletakkan calon bersaing di Penanti atas beberapa alasan.

Ini termasuklah bagi mengelakkan pembaziran wang dan masa. Sejak pilihan raya umum Mac 2008, negara telah menyaksikan lima pilihan raya kecil termasuk penggunaan wang lebih RM30 juta oleh Suruhanjaya Pilihan Raya dan polis untuk mengendali dan memastikan kelancaran pilihan raya kecil.

Malah syor yang sama pernah diutarakan ketika kerusi Permatang Pauh dikosongkan bagi membolehkan Anwar bertanding Ogos lalu.

Ketika itu syor agar Umno dan BN tidak meletakkan calon diutarakan oleh Pengerusi Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa.

Kali ini, Najib berkata, BN akan sepakat berhubung pilihan raya kecil itu.

"Sebab kita perlu kuat kata sepakat, dalam hal ini jelas sekali ini satu mainan politik mereka (pembangkang), dengan tujuan mereka itu kita dapat mengesannya.

"Ini bukan sebab peruntukan Perlembagaan Negara, kalau disebabkan perlembagaan negara, kita tetap hormati," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu diadakan.

Najib menekankan bahawa pilihan raya kecil itu sepatutnya hanya diadakan apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini bagi menentukan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti di Pulau Pinang ekroan keputusan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan kelmarin.

"Peletakan jawatan ini merupakan keputusan politik dan boleh disifatkan sebagai mainan politik untuk tujuan tertentu. Jadi rakyat pada umumnya tidak suka pilihan raya kecil yang sengaja diadakan," kata Najib.

Malah semalam, Najib juga berkata, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan selain daripada kematian, sebab-sebab lain yang membolehkan pilihan raya kecil diadakan ialah jika seseorang ADUN dan Ahli Parlimen itu diisytiharkan bankrap atau tidak berupaya untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya kerana faktor-faktor tertentu.

Bagaimanapun, beliau berkata meletak jawatan adalah bertentangan dengan konsep demokrasi berparlimen.

2. Shahrizat: "Cukuplah helah pembangkang", sokong tidak tanding di Penanti

PETALING JAYA: Wanita Barisan Nasional (BN) berharap semua parti komponen akan menyokong cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun hari ini berhubung kemungkinan BN tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pihaknya sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil itu tetapi tidak bersetuju dengan helah yang cuba dilakukan pembangkang berhubung peletakan jawatan secara sengaja oleh ADUN kawasan itu, Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kami Wanita UMNO bersiap sedia tetapi kami tidak bersetuju proses demokrasi negara ini disalahgunakan dan diperlekehkan sehingga rakyat menjadi magsa oleh kerenah individu dan kegagalan pembangkang menyelesaikan masalah dalaman parti mereka.

"Cukuplah dengan helah pembangkang," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Najib hari ini berkata, BN berkemungkinan tidak akan meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil DUN Penanti jika mendapat konsensus semua parti komponen BN.

Semalam, Mohd Najib juga berkata, terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang sebenarnya tidak perlu diadakan dan menekankan ia sepatutnya hanya diadakan apabila seseorang wakil rakyat itu meninggal dunia.

3. 'PKR kekal, memudahkan'

KUANTAN 18 April - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik sekiranya Barisan Nasional (BN) enggan bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.

Katanya, tindakan tersebut bukan saja membolehkan PKR terus kekal di kerusi DUN itu malah ia memudahkan parti berkenaan meneruskan kerja-kerja mereka di kawasan tersebut.

"Saya sambut baik sekiranya hasrat BN tidak mahu letak calon pada pilihan raya kecil DUN Penanti.

"Tindakan tersebut akan membolehkan kita (PKR) kekal dengan kerusi itu dan kita juga tidak perlu berkempen," katanya selepas merasmikan Pejabat Perhubungan PKR Pahang di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bahawa BN sedang mengkaji sama ada mahu menyertai pilihan raya kecil DUN Penanti atau sebaliknya.

17 April 2009

Skuad Pakatan Kota Raja team building

Skuad Pakatan Kota Raja yang ditubuhkan kira-kira sebulan yang lalu sedang bergerak aktif merekrut Muslimat PAS dan Sri Kandi Wanita PKR menjadi ahli dalam Skuad ini. Idea menubuhan Skuad ini datangnya dari Ahli Parlimen Kota Raja YB Dr Siti Mariah Mahmud yang mahukan seluruh jentera Muslimat dan Wanita Kota Raja disatukan supaya menjadi lebih kuat dan teratur.

Alhamdulillah setakat ini pelbagai program khas untuk ahli Skuad dan penduduk setempat telah diadakan, diantaranya menganjurkan Senamrobik di Taman Rakyat Sri Andalas, Senamrobik dalam dewan MBSA jalan kebun pada hujung minggu dan lain-lain aktiviti lagi.

Esok 18.4.2009 (Sabtu) jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Klang Skuad Pakatan Rakyat Kota Raja akan menganjurkan 'Team Building' khusus untuk ahli Skuad dan bukan ahli. Semua Muslimat dan Wanita berhampiran dijemput hadir. Keterangan lanjut hubungi Puan Rosnah Abd Wahab DMPKR di talian 013-2535385 atau Pn Venny 016-6234830.

16 April 2009

Kejutan dari YB Siti Zailah

Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd. Yusoff (gambar bersama YB Dr Siti Mariah di Parlimen) mencipta sejarah Pas Kelantan apabila menjadi wanita pertama dicalonkan untuk bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Rantau Panjang pada pemilihan peringkat kawasan 18 April ini.

Siti Zailah, berkata, beliau telah mendapat pencalonan yang mencukupi untuk bertanding jawatan itu selain jawatan naib ketua dan ahli jawatankuasa.Menurutnya, pencalonan yang diterima dari peringkat cawangan amat dihargainya kerana ia adalah suara dari akar umbi parti namun beliau masih belum membuat keputusan.

"Pencalonan paling banyak saya terima adalah untuk jawatan naib. Saya akan terima salah satu cadangan untuk bertanding Sabtu ini kerana tidak adil jika saya menolak harapan mereka," katanya.

Siti Zailah kini adalah Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Pusat dan Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan. Bagi peringkat kawasan Rantau Panjang, beliau adalah ahli jawatankuasa yang dilantik.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, beliau mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Afandi Yusof dan calon Bebas, Isma Arifath Hassanuddin dengan memperoleh 19,344 undi.

Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata

Saya siarkan dibawah ini surat terbuka yang dihantar melalalui blog saya oleh Sdr Azmizam Zamanhuri (gambar @ layari http://amkkotaraja.blogspot.com/), Ketua Angkatan Muda Keadilan Kota Raja buat tatapan tuan dan saf kepimpinan Pemuda yang lain.

Assalamualaikum dan Salam Reformasi

Saya mewakili sahabat-sahabat di dalam Angkatan Muda keADILan Kota Raja mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Zainal Said yang telah diberi kepercayaan dan dipilih oleh akar umbi untuk memegang amanah sebagai Ketua Pemuda PAS Kota Raja yang baru bersama-sama dengan saf kepimpinan yang baru. Semoga saudara Zainal dapat memikul tanggungjawab ini dengan baik.

InsyaALLAH saya akan mengaturkan pertemuan dengan Pemuda PAS Kota Raja bagi membincangkan kerjasama yang boleh dibentuk untuk kita anak-anak muda mengahadapi cabaran-cabaran yang bakal mendatang semasa era pemerintahan Najib Altantuya. Bak kata Che'gu Bard "Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata"... jadi banyaklah yang kita nak kena laksanakan sebelum PRU-13 ini tiba.

InsyaALLAH KOTA RAJA masih lagi kepunyaan PAKATAN RAKYAT pada masa akan datang.

HANCUR! HANCUR! HANCUR BN dan UMNO

REFORMASI
REFORMASI
REFORMASI

TAKBIR
TAKBIR
TAKBIR

April 16, 2009 3:32 PM

15 April 2009

Amaran Rais kepada penulis blog

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini meminta penulis blog menghentikan penulisan mengenai perkara palsu dan menyentuh peribadi.

Beliau berkata mereka yang menulis laporan palsu akan dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Menyatakan perkara palsu dan perkara menyentuh peribadi harus dihentikan oleh para penulis tersebut (penulis di internet dan blog).

"Jika mereka mengkritik kerajaan, itu hak mereka tapi jika berita mereka palsu maka kita akan mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi (dan Multimedia)," katanya kepada pemberita selepas melawat dan mendengar taklimat Jabatan Penerangan di Wisma Sime Darby di sini.

Beliau berkata perkara itu adalah antara yang dibincangkan pada mesyuarat pertama jemaah Menteri hari ini, selepas pembentukan Kabinet baru oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis lepas.

14 April 2009

NP : DS Nizar mula dapat pencalunan

Setiausaha akhbar Presiden gagal mempertahankan jawatannya sebagai yang dipertua yang disandang selama dua penggal di Kelana Jaya. Beliau gagal mempertahankan jawatan tersebut yang dipegangnya sejak 2005 – sebagai kawasan parlimen yang baru – di tangan timbalannya Izham Hashim yang juga merupakan Ahli Majlis MBSA

"Kalah menang adat pertandingan, mungkin akar umbi mahu pemimpin (yang) lebih baik daripada saya, bekerja lebih kuat daripada saya," kata Roslan ketika ditanya.

Roslan, yang juga ketua penerangan PAS Selangor, tewas 10 undi di tangan jurutera itu.

Kelana Jaya mencalonkan Datuk Husam Musa sebagai timbalan presiden, manakala Mohamad Sabu, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan Taib Azamudden sebagai naib presiden.

Mesyuarat kawasan-kawasan PAS yang bermula 9 Mac lalu, akan berakhir hujung minggu ini. Manakala mesyuarat ketiga-tiga dewan - Pemuda, Muslimat dan Ulama - di peringkat negeri akan berlangsung antara 20 April hingga 10 Mei.

Pemilihan barisan pemimpin atasan parti di muktamar ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam antara 3 hingga 7 Jun 2009. Ia dijadual disertai lebih 1,000 perwakilan dari 175 kawasan PAS di seluruh negara. Pemilihan dan persidangan Pemuda, Muslimat dan Ulama dijadual berlangsung sehari pada 4 Jun.

13 April 2009

Jangan alpa & leka serta 'leteran Najib'

MALAM Sabtu lalu, kira-kira 2,000 orang yang hadir pada majlis kesyukuran di Sri Satria, Putrajaya menumpukan sepenuh perhatian kepada amanat Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ucapannya santai tetapi penuh dengan pengajaran yang perlu dinilai oleh peringkat kepimpinan UMNO dari cawangan, bahagian hinggalah Majlis Tertinggi (MT). Beliau mahu UMNO mengubah cara metodologi politiknya.

Banyak 'leteran' yang diluahkan Najib dalam amanatnya itu. Daripada keperluan untuk berani berubah dari luaran sehinggalah teguran terhadap ahli UMNO yang kurang serius menggerakkan peranan memperkuatkan parti.

''(Malah) pernah saya lihat sesuatu kursus (mengukuhkan parti) itu sudah bertukar seminar. Dan ada seminar bertaraf 'lima bintang' bertukar kepada 'tiga bintang' sahaja, belum habis kursus 'sudah belah (pergi)'.

Sememangnya tepat dan 'terpukul' amanat Najib itu yang diungkapkannya pada majlis tersebut. Ahli UMNO dan orang UMNO pada pengamatan beliau kepada mereka yang hadir adalah berbeza. Istilah ahli UMNO hanya sekadar menjadi ahli tetapi sebaliknya yang tepat adalah orang UMNO yakni mereka yang menunjukkan semangat perjuangan luar biasa seperti mana ketara penampilan itu sekitar 1940-an dan 1950-an. Atas sebab itu, tegas Najib, cara orang UMNO mesti diubah mengikut persekitaran baru. Mereka mesti berani mendepani taktik agresif dan daya juang parti lawan. Pada setiap kali pilihan raya kecil, kerja perlu berganda dan bersungguh.

Dan jika diambil kira dalam beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini, jentera BN masih ketinggalan. Bandingan boleh dibuat misalnya berdasarkan kata-kata slogan yang terpampang hasil kreativiti pembangkang dan BN. Sedangkan dalam dunia yang serba canggih, pelbagai risalah, papan iklan, sepanduk serta karikatur yang lebih menarik dan mampu meruntun hari pengundi sebenarnya boleh dilakukan.

Mungkin petugas BN tidak kurang tenaga pakarnya. Namun elemen imbuhan menjadi keutamaan justeru hasil kerja yang sekadar siap semata-mata tidak ada pengisian roh, rasa komitmen yang tinggi dalam menjadikan bahan kempen itu lebih menarik, inovatif dan berdaya saing. Barangkali UMNO dan BN harus menggabungkan formula 5M iaitu money (wang), media, machinery (jentera), manpower (tenaga manusia) dan manipulation (manipulasi) semaksimum mungkin dengan 5M kontemporari yakni Mengenali, Mencari, Mendekati, Menjelas dan Merayu Undi.

Demikian juga dengan agensi risikan, kaedah, metodologi, sumber penilaian dan analisis harus lebih terkini. Penggunaan kuantum nisbah 50:50 dan 80:20 sudah agak ketinggalan zaman. Indikator seperti trend, simptom, kecenderungan, tingkah laku pengundi, senario semasa, sentimen dan faktor sejarah harus diambil kira dalam membuat analisis holistik bagi membolehkan tahap objektiviti ramalan mencapai peringkat tertinggi.

Dan jika ini dapat dilakukan, tidak mustahil dalam siri pilihan raya kecil akan datang, nasib lebih berpihak kepada BN.

Dan juga, jika amalan turun padang menemui rakyat yang dipraktikkan oleh Najib pada hari kedua menjawat Perdana Menteri di tiga tempat sekitar ibu negara, disusuli kemunculan timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanya khabar dan masalah peniaga di Pekan Rabu, Kedah Sabtu lalu, tidak mustahil BN mampu merencanakan penyelesaian masalah rakyat lebih cepat dalam tempoh dua tahun ini - sebelum memantapkannya dua tahun kemudian.

Inilah yang dihasratkan oleh Najib di Sri Satria kelmarin - betapa keberanian para pemimpin UMNO dituntut untuk mengubah cara metodologi politik. Matlamatnya hanya untuk memastikan parti terus relevan dan dikasihi rakyat.

12 April 2009

Muktamar DPPKR selesai & mendapat Ketua Baru (Lawyer)

Salam Perjuangan ..... From Nurafendi Zabiri Ketua Pemuda PAS Taman Setia

Dengan ini telah selamat sudah dengan lancar Muktamar Pemuda Pas Kawasan Kota Raja dengan saf -saf kepimpinan baru. Tahniah dari Jawatan Kuasa Pemuda Pas Taman Setia kepada.

Ketua Pemuda : Saudara Zainal Said

Timb Ketua Pemuda: Saudara Imran Satiman

Naib Ketua Pemuda: Saudara Mahmud Bin Mastam

Dan tahniah juga kepada semua AJk yang telah dilantik

Kami berharap saf kepimpinan yang baru ini dapat menyahut dan mendepani cabaran dan merealisasikan Idealisma Perjuangan.Seperti mana nasihat Ahli Parlimen Kita YB Dr Mariah Mahmud jangan kita pandang ringan gerak kerja parti lawan kita dan saya petik kata -kata beliau

" Dibawah kepimpinan DS Najib sebagai PM terdapat sudah pasti akan diperkenalkan beberapa polisi baru untuk meraih sokongan pengundi pada masa akan akan datang. Saya mahu semua pemuda dan muslimat tidak berdiam diri dan berpeluk tubuh sahaja dengan menganggap polisi tersebut tidak akan berjaya."

Selamatlah pemuda melangkah dengan izin Allah...Takbir

Selamat Bermuktamar

Assalamualaikum wbth.

Tn Hj Hakim Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja & Puan Rosnah Wahab Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Raja, saf kepimpinan Pemuda/Muslimat serta ahli-ahli Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Kota Raja yang dihormati sekelian.

Alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana pada pagi ini Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Kota Raja akan bermuktamar di Kota Kemuning (DPPKR) dan di Bukit Naga (DMPKR).

Adalah diharapkan agar muktamar kali ini selain memilih Jawatankuasa kerja penggal terbaru, ianya juga amat penting kerana pimpinan inilah yang akan menerajui bagi memacu kejayaan pada PRU ke 13 nanti. Oleh yang demikian besarlah harapan saya saudara saudari yang dipilih nanti merupakan orang yang benar-benar komitted dalam perjuangan dan dapat membimbing cawangan-cawangan PAS diseluruh Kota Raja supaya dapat bekerja secara bersepadu kearah menjadikan PAS Kawasan Kota Raja menjadi antara yang paling dinamik didalam pengurusan Partinya.

Mengikut perangkaan PRK Bukit Gantang baru-baru ini peratusan undi Melayu telah kurang sebanyak 4% iaitu dari 47% semasa PRU yang lalu kepada 43%. Walau pun majoriti pengundi di Kawasan kita merupakan undi non muslim tetapi trend ini harus di In-vestige hingga keperingkat root cause supaya kita dapat melakukan sesuatu sebelum terlambat.

Dibawah kepimpinan DS Najib sebagai PM terdapat sudah pasti akan diperkenalkan beberapa polisi baru untuk meraih sokongan pengundi pada masa akan akan datang. Saya mahu semua pemuda dan muslimat tidak berdiam diri dan berpeluk tubuh sahaja dengan menganggap polisi tersebut tidak akan berjaya.

Akhirnya saya berharap agar semua pimpinan dan saf kepimpinan Pemuda & Muslimat Kawasan mesti berkerja keras bagi memastikan kesinambungan kemenangan kita di Kota Raja dalam PRU ke 13 nanti.

Selamat bermuktamar.

11 April 2009

Liverpool menang 4 - 0

Seperti yang dinanti-nantikan oleh semua peminat Liverpool dan seperti yang dijangkakan akhirnya Liverpool berjaya mengalahkan Blackburn Rover dengan jaringan 4 - 0 dimana dua gol dijaringkan oleh Fernado Torres, satu oleh Ngog dan satu lagi oleg Agger.

Kita mengharapkan Sunderland dapat menjinakkan MU walau pun pada separuh masa pertama MU sedang mengatasi Sunderland 1 - 0. Permainan agak seimbang dimana Sunderland mempunyai banyak peluang yang disia-siakan pada separuh masa pertama tadi.

Moga separuh masa kedua memberi kemenangan kepada Sunderland atau sekurang-kurangnya seri supaya Liverpool punya peluang yang cerah untuk menjadi juara EPL musim 2008 - 2009 ini nanti.

Selamat menonton ...

Liverpool boleh menang ke malam ni.

Liverpool mampu melenyapkan kekecewaan kalah kepada Chelsea pada perlawanan Liga Juara-Juara dengan menundukkan Blackburn Rovers hari ini untuk meneruskan tekanan kepada pendahulu Liga Perdana England.

Kurang dari 72 jam selepas dimalukan 1-3 pada suku akhir pertama di Anfield, Rafael Benitez terdesak untuk pemain-pemainnya kembali ke saingan domestik apabila menjadi tuan rumah ke atas pasukan yang bergelut, Blackburn di Anfield.

Liverpool yang akan memulakan perlawanan pada kedudukan satu mata di belakang Manchester United, akan naik di tangga teratas liga sebelum United beraksi di Sunderland dalam satu lagi perlawanan lewat hari ini.

Pemain tengah skuad Reds, Lucas mengakui Liverpool tertekan selepas kalah tempoh hari untuk memburu tiga gol di Stamford Bridge pada perlawanan kedua Selasa ini. Namun, pemain Brazil itu yang menggantikan Javier Mascherano yang digantung ketika perlawanan dengan Chelsea, yakin kemenangan ke atas Blackburn akan menjulang kembali semangat pemain menjelang perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara.

''Tidak perlu memikirkan lagi mengenai perlawanan ini sebaliknya kami harus memberi fokus perlawanan dengan Blackburn. ''Diharapkan kami tidak melakukan kesilapan yang sama kerana kami masih mempunyai peluang untuk mencabar kejuaraan.

''Kami memang kecewa tetapi kami perlu melupakannya kerana kami mempunyai perlawanan penting Sabtu ini, kemudian perlawanan suku akhir kedua. ''Kami tidak boleh terlalu memperkatakan tentang Liga Juara-Juara kerana kami ada perlawanan penting dengan Blackburn,'' kata Lucas.

Semangat pemain-pemain Liverpool tidak dibantu dengan berita ketua pasukan berinspirasi Steven Gerrard bergelut untuk kembali beraksi. Pemain tengah England itu yang menjalani pembedahan akibat kecederaan pangkal paha Ogos lalu, kembali dihantui kecederaan yang hampir sama ketika perlawanan dengan Chelsea Rabu lalu. Tahap kecederaan tidak dapat disahkan lagi tetapi jika kecederaan Gerrard bertambah buruk, ia akan memberi kesan untuk baki perlawanan musim ini kerana perbezaan mata yang kecil Liverpool untuk menghambat United.

''Steven tidak cergas seratus peratus - anda boleh lihat sendiri. ''Begitu juga Fernando Torres, anda boleh lihat mereka agak keletihan, tidak cergas sebelum biasa,'' kata Benitez, yang mengalu-alukan Mascherano daripada penggantungan.

Di atas kertas, Liverpool sepatutnya mampu mengetepikan Blackburn tanpa banyak masalah.Blackburn mengharungi musim ini dengan bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran dan tiba di Merseyside dengan catatan tanpa kemenangan liga di Anfield sejak 1993.

Pengurus Blackburn, Sam Allardyce berada di Anfield Rabu lalu menyaksikan sendiri pertahanan lemah Liverpool yang menjadi pemusnah kepada Chelsea. Dia yakin pemain-pemainnya boleh mengambil kesempatan daripada beberapa kelemahan yang disaksikan di Anfield. ''Saya menyaksikan perlawanan tersebut, aksi pasukan paling menyerlah ketika ini.''Kami berharap dapat menggugat sedikit keyakinan mereka. Maruah mereka tercalar, namun mereka hanya satu mata di belakang Manchester United,'' katanya.

Mencari jawapan kenapa masih PAS kalah dikawasan Melayu

Pada kebiasaan sebelum ini, sekiranya berlaku peningkatan keluar mengundi dalam satu-satu pilihanraya, PAS akan kalah, tetapi keadaan ‘terbalik’ berlaku pada pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang (PRKBG), 7 April, Selasa lalu.

Peningkatan sebanyak 2.5% keluar mengundi, daripada 72.6% pada pilihanraya umum ke 12 (PRU12) Mac lalu kepada 75.1% pada PRKBG sebaliknya memberikan kemenangan kepada PAS.

Dalam pada itu, PAS harus mengambil perhatian dengan berkurangnya undi Melayu yang berlaku dalam PRKBG berbanding apa yang diperolehi pada PRU 12.

Sebarang proses ‘post-mortem’ menilai prestasi PRKBG, PAS wajib mencari jawapan mengapa hanya 43% sahaja undi Melayu yang diperolehi, berbanding 57% yang diraih oleh UMNO/BN.

Mengapakah pada PRU 12 lalu PAS berjaya menarik undi Melayu sebanyak 47%, dan dalam masa hanya setahun, apakah yang menyebabkan undi Melayu merosot sebanyak 4%.

Kontra kepada keadaan tersebut, undi Cina meningkat sebanyak 11% daripada 64% pada tahun lalu kepada 75% pada PRKBG.

Demikian adalah antara fakta awal PRKBG yang dibentangkan oleh Pengarah Opreasi PRKBG, Tuan Haji Asmuni Awi dalam sidang medianya di Markaz Air Kuning, semalam.

Antara butiran lain yang didedahkan oleh Hj Asmuni adalah, PAS menerima peningkatan undi yang lebih banyak daripada UMNO/BN.

Pertambahan tiga kali ganda berbanding UMNO/BN, PAS mendapat peningkatan sokongan sebanyak 1,845, manakala UMNO/BN meningkat sebanyak 600 undi.

PRKBG juga merumuskan prestasi PAS adalah baik dalam daerah mengundi yang mempunyai pengundi bercampur berbanding BN yang mempunyai prestasi lebih baik di kawasan penduduk Melayu lebih 70%.

Hj Asmuni, yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak PAS berkata pengundi Melayu di kampung-kampung luar bandar lebih memihak kepada UMNO/BN.

Menurutnya peningkatan sokongan dari kaum Cina membuktikan PAS memberi layanan yang adil kepada semua bangsa dan agama.


"Rakyat telah melihat bukti dalam masa 10 bulan pemerintahan Pakatan Rakyat di negeri Perak, kaum Cina tidak lagi curiga dan takut kepada PAS sekarang,”katanya

Keputusan PRK Bukit Gantang juga menunjukkan, PAS diterima baik di kawasan majoriti Cina di DUN Kuala Sepetang dan kawasan bercampur DUN Changkat Jering dan DUN Terong.

Dalam PRU12, DUN Changkat Jring dan Kuala Sepetang di menangi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala DUN Terong dikuasai oleh UMNO/BN.

Dalam DUN Kuala Sepetang, PAS memenangi 6 daripada 13 UPU berbanding hanya 5 tahun lalu.

Dalam DUN Terong, PAS hanya menang 5 daripada 14 UPU, menurun sebanyak 2 UPU berbanding 7 yang dimenangi pada tahun lalu.

Manakala dalam DUN Changkat Jering, PAS menang 7 UPU daripada 11, turun satu daripada 8 UPU yang dimenanginya pada tahun lalu.

Menurut Hj Asmuni, ia adalah disebabkan oleh faktor calon, Ismail Saffian merupakan anak tempatan.

Daripada 2000 pengundi luar, katanya, 700 telah pulang dan mengundi PAS.

Asmuni, juga sependapat dengan ahli parlimen Bukit Gantang, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamluddin yang menegaskan semalam, keputusan PRKBG adalah satu referendum rakyat Perak terhadap tindakan rampasan kuasa yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang baru, Dato; Seri Najib Razak.

10 April 2009

Kabinet lesu, lama & gagal

catatan nurafendi zabiri, PAS Caw Taman Setia, Kaw. Kota Raja

Lesu , lama dan gagal,itulah yang boleh saya simpulkan bila melihat kabinet baru PM ke 6.
Dasarnya masih ditahap lama mengambil kenyataan Senator Datuk Raja Nong Chik bila ditemu bual oleh wartawan yang mengatakan,menjadi agenda beliau untuk menawan kembali wilayah persekutuan serta menarik semula sokongan rakyat kepada BN. Kabinet baru ini bukan ada hasrat untuk memahami denyut nadi rakyat secara ikhlas ,tetapi mempunyai agenda berpolitik.

Lesu
Tiada muka baru yang benar-benar mempunyai satu track rekod kejayaan memimpin kementerian mereka yang pernah terlantik sebelum ini.

Lama
Sirih pulang ke gagang ,atau memang tiada pilihan lain untuk meletakkan muka baru dalam Kementerian Wanita Keluarga dan Masyarakat Shahrizat dikembalikan begitu juga Kementerian Penerangan Komunikasi dan kebudayaan Rais Yatim dikembalikan ,nama kementerian mungkin ada kelainan tapi tak ubah macam kementerian muzium yang lama sahaja.

Gagal
Lihat sahaja Kementerian pelajaran yang telah gagal menepati aspirasi dan denyut nadi rakyat dibawah Hishamuddin dahulu , mangkuk-mangkuk yang ditinggalkan oleh Hishamuddin terpaksa dicuci pula oleh Timbalan perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin.Isu PPSMI yang dibuta tulikan sehingga hari ini belum selesai.

Itulah dasar utamanya mengambil kira kenyataan Nong Chik yang mengatakan agenda menawan kembali wilayah persekutuan dan mungkin negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat umumnya untuk menarik sokongan kepada BN.Cukuplah bagi mereka ini untuk berpolitik buatlah kerja dan buktikan kabinet ini memahami denyut nadi rakyat,walaupun Najib mengatakan bahawa cara pemerintahan "The Government Knows Best" adalah cara lama dan perlu kepada pembaharuan.

Lebih menjelaskan kepada kita dengan beliau mengembalikan muka lama seperti Rais Yatim,Shahrizat adalah seumpama bisul lama membarah kembali.Ketandusan pemimpin baru.Kepimpinan muda yang gagal seperti Hishamuddin gagal diKementerian Pelajaran dan akan mencelarukan lagi Kementerian Dalam Negeri terpaksa kerja-kerja beliau disudahkan oleh Muhyiddin.Ternyata lain dibibir Najib lain pula tindakan beliau.Najib masih lagi merasakan beliau dan kerajaan ini knows best for the rakyat walaupun mengatakan tidak akan mengunakan cara lama tersebut.

Hilang punca dan hilang pedoman untuk menerajui dan menyusun kabinet kerajaan baru beliau ini.Malaysia berada dalam keadaan amat bahaya jika kabinet Najib ini merupakan kabinet R&D ,atas sebab setiap 6 bulan secara peribadi beliau akan memantau dan merungkai apa juga halangan yang dihadapi Kementerian beliau.Nampak nya beliau tak ada kerja lain selain hovering menteri-menteri kabinet beliau.

Kalau ini beliau terpaksa amalkan, sah this kabinet is a R&D kabinet.

Sukan PASTI Saidatina Aishah

PASTI Saidatina Aishah sekali lagi mengadakan sukan PASTI kali ke-10 pada 5 April 2009 (Ahad). Sukan PASTI merupakan program utama setiap tahun dalam kalendar PASTI. Tahun ini PASTI telah menjemput Ustaz Hasbullah selaku perasmi yang merupakan Pengarah PASTI Negeri Selangor. Antara amanat penting yang ditekankan ialah Institusi Pendidikan Awal khususnya pendidikan PASTI telah mendapat tempat dalam masyarakat malahan Negeri Selangor telah menduduki tempat pertama dari segi jumlah pelajar teramai di peringkat kebangsaan.

PASTI bukan saja ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik, tetapi yang paling penting dapat membentuk jiwa anak-anak mengenal Allah sebagai Tuhan sekalian alam. Program yang bermula seawal jam 8 pagi dimeriahkan dengan kehadiran ibubapa yang begitu semangat ingin melihat telatah anak mereka dalam menjalankan aktiviti sukan.

Program kali ini telah mendapat pelbagai sumbangan daripada individu tertentu khusunya ibu bapa pelajar dengan berjaya menumbangkan seekor lembu hasil akikah daripada penjaga.Tidak ketinggalan juga aktiviti sukan untuk tetamu yang hadir seperti tarik tali, menimbang bola takraw, meniup belon dan sukaneka yang lain. Program berkahir tepat jam 12.30 tengahari. Rata-rata penjaga berpuashati dengan sukan tahun ini khususnya banyak hadiah cabutan bertuah disediakan oleh pihak penganjur.

08 April 2009

Apakah kabinet Najib nanti Bersih

Salam perjuangan,

Ramai yang memberi pendapat dari kalangan penghujah-penghujah forum media pro kerajaan,mahu melihat kabinet baru PM ke6 itu nanti adalah kabinet yang bersih serta memahami denyutan nadi rakyat dan mewakili semua peringkat kaum.Pada satu peringkat dalam hujah mereka,seolah-olah mereka benar-benar faham aspirasi rakyat dan mahu berubah.

Maka berbagai hujah dan pendapat yang enak-enak tetapi berhati-hati untuk tidak terpalit atau menyentuh kredibiliti PM sendiri.Dalam barisan kabinet itu nanti kepalanya sendiri sudah tidak mencerminkan kredibiliti kabinet bagaimana barisan kabinet itu kelak akan terjelma dengan menteri-menteri yang memahami denyut nadi rakyat.

Umum sudah tahu Najib bermasalah dengan segala isu dan kes yang mengembari PM ke6 ini.Tapi penghujah-penghujah dan penjilat-penjilat tersebut masih dengan bodoh sombongnya membicarakan orang yang akan dipilih oleh PM kelak mestilah begitu dan begini yang baik-baik.Bukan saiz kabinet yang menjadi masalah utama besar atau kecil kabinet itu nanti tetapi penyelarasan kementerian dibawah kabinet tersebut.Serta kebersihannya.

Penyelesaian untuk menangani pertindihan kementerian dengan kementerian sepatutnya dibuat begitu dan begini .Amboi jika dilihat dari hujah mereka ini nampak profesionalnya.

Tapi umumnya mereka ini masih lagi buta dan tuli dengan aspirasi dan denyut nadi rakyat minda kelas pertama yang telah memberi mesej ,isyarat ,melalui demontrasi, terjemahan undi terbaru di dua bukit .Mereka nak faham denyut nadi rakyat yang mana satu.

Kalau masih belum sedar dan faham dan takut nak menyatakan kebenaran,serta masih lagi mendengar hujah profesor -profesor minda kelas ketiga yang takut menyatakan kebenaran dan teguran kepada presiden UMNO, Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia.

Nah ketahuilah bahawa Najib itulah sebenarnya yang tidak sepatutnya ada dalam kabinet tersebut.

04 April 2009

Zahid Hamidi 'talking nonsense'

Go-Go girls: Zahid 'talking nonsense'
Apr 4, 09 10:11AM

‘If he doesn't know much about the Chinese culture, then please shut up. I am a Chinese and I got very upset reading his statement. He is talking nonsense.’

On BN's sexy girls fish for votes

Johsua Mah: I think Ahmad Zahid's statement is a misrepresentation of Chinese culture.

I am absolutely upset by such an extremely unwise statement. His statement sounds as if the Chinese are a low-class race who only love to drink and watch performances by sexy, beautiful girls.

I have to say that his statement is absolutely disgusting and demeaning to the Chinese culture. If he doesn't know much about the Chinese culture, then please shut up.

I am a Chinese and I got very upset reading his statement. He is talking nonsense.To the MCA, please don't portray the Chinese as low-class citizens of Malaysia whose culture is drinking, eating and watching sexy, beautiful girls performing.

Please be responsible for what you have done. I 100 percent believe that many Chinese who read Zahid’s statement are as upset as me.

Zahid and MCA, please be professional and mature.

Insulted: I felt so ashamed and insulted when Ahmad Zahid Hamidi said that it is the culture of Chinese to have sexy girls dancing on the stage.

It clearly shows that he knows nothing about Chinese culture.If Zahid Hamidi enjoys watching sexy girls dancing, please just say so.

Do not say that it is the Chinese culture. It is a new Western culture in case Zahid Hamidi doesn't know.

Sritharan Palanisamy:
The person(s) who were responsible for staging the act of these Go-Go girls dance have really bad taste and have underestimated the priorities of the locals.

Furthermore, they have not only insulted not only the constituents’ intelligence but also their dignity.

Due to this blunder, the organisers not only lost the cost involved to organise this show but also are bound to lose a significant number of votes in protest of this Go-Go girls show.

Whether a particular event is part of a community’s culture or not, it should first be assessed as to its relevance to the main agenda.

Just because you think a Go-Go girls show is part of the Chinese community’s culture, will you have the same show at a Chinese primary school’s prize-giving ceremony?

I Love USJ: It is really funny to hear Ahmad Zahid Hamidi make such comment that the event he attended is a budaya Cina.

Does he really know budaya Cina in Malaysia? Please do not associate the Chinese culture with sexy dancing girls.

From the dresses and the songs they sang, there is not a single thing that is associated with Chinese culture. I hope that MCA leaders will help to educate Ahmad Zahid Hamidi on what is real Chinese culture.

Please. Please do not make fun of Chinese culture just to win votes. I really do not want other Chinese around the world to look down on Chinese Malaysians thinking that sexy dancing girls are their ‘culture’ in Malaysia.

Please set the record right and respect the Chinese culture.

Rumah Misteri bernilai hampir RM10 juta



Rumah ini yang lambat siap telah menjadi misteri.....!!! Terletak di Sek. 7, di Jalan Firoz 4, Shah Alam, Selangor..... yang tersergam indah telah menjadi persoalan orang ramai kerana 'signboard'nya telah hilang....!!!



Menurut orang ramai....... rumah ini yang ditaksirkan hampir RM10 Juta adalah kepunyaan seorang CEO GLC SELANGOR yang telah pun diberi cuti.....!!!!

Mungkin Tan Sri Khalid atau MBSA boleh beri jawapan samada rumah ini akan menjadi MISTERI selama-lamanya.....!!!!

kiriman email oleh azmel zefery, kotaraja

03 April 2009

PM tarik balik penggantungan Harakah & Suara Keadilan

PM sebentar tadi mengumumkan bahawa arahan panggantungan kedua-dua akhbar diatas ditarik balik serta merta sempena perlantikannya sebangai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 hari ini.

Bagi saya ianya tentulah mengembirakan kita semua tetapi dalam masa yang sama kena berhati hati dengan tindak tanduknya beliau selepas ini. Kedua-dua anak bujang saya pula sepakat menyatakan bahawa ini taktik biasa beliau untuk menang dalam PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.

02 April 2009

Amanat pimpinan sebelum bertolak ke BG

PAS Cawangan Taman Setia telah menganjurkan satu majlis khas bagi meraikan petugas-petugas Parti yang akan ke Bukit Gantang sebentar tadi bagi melakukan tugas memenangkan Datuk Seri Ir Nizar dalam PRK tersebut.

Sebelum pemergian seramai kira-kira 30 orang petugas termasuk muslimat kesana bermula esok hingga hari pengundian satu majlis khas bagi mendengar amanat pimpinan telah diadakan di perkarangan Pusat Komuniti Taman Setia. YB Tn Hj Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam telah dijemput memberikan amanat serta petua-petua menjalankan tugas disana nanti. Oleh kerana Kota Raja akan bertugas di kawasan Terong, YB Khalid memberitahu bahawa kawasan ini merupakan satu-satunya DUN yang BN menang dalam PRU 12 yang lalu dan mereka benar-benar ingin memastikan DUN ini dapat dipertahankan. Justru tugas yang amat berat menanti petugas-petugas kita disana kelak.

Disamping itu para petugas juga dinasihatkan supaya mendekati orang-orang umno diTerong tidak kira dimana mereka berada dan dimestikan sembahyang berjemaah bersama-sama orang-orang kampung.

Sejumlah hampir RM2000 dapat dikumpulkan hasil sumbangan ahli dan penduduk Taman Setia untuk dibawa oleh petugas dan digunakan untuk membantu kemenangan calun PAS disana nanti. Terima kasih dan Tahniah kepada Ketua Cawangan Taman Setia Sdr Adam Abd Karim diatas kejayaan majlis ini.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Sdr Norhalim Sirome YDP Pas Kota Raja.

Wow !!! steady lah Zahid Hamidi

Kehadiran Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan agama, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian di majlis makan malam perpaduan di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampungan nelayan di DUN Kuala Sepetang, Bukit Gantang 1 April malam tadi benar-benar mengejutkan.

(Gambar atas: Zahid sedang mencatat sesuatu dengan penyanyi seksi di belakangnya. Gambar Malaysiakini)

Yang dibimbangi kalau-kalau beliau sendiri terlibat dalam menganjurkan majlis sebegitu. Ini kerana majlis tersebut diserikan dengan konsert tiga gadis manis berimej seksi selepas Zahid dan Ismail selesai menyampai ucapan meminta hadirin menyokong BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang 7 April ini.

Tiga artis Cina berseluar pendek biru dan singlet biru itu, menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu Zahid sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut.

Majlis makan malam perpaduan itu dihadiri oleh kira -kira 1,500 orang. Sebelum beredar, para wartawan menemui Zahid untuk meminta penjelasan berhubung ucapannya sebelum itu.

Yang paling mengejutkan lagi apabila Zahid berkata, "ia harus dihormati kerana ia sebahagian daripada budaya Cina." Untuk melihat video tentang berita ini, sila ke laman berikut:

Naik taraf dewan Dato Fadhil Nor

PAS Kota Raja sedang menaik taraf Dewan Dato Fadhil Nor yang juga merupakan Markaz PAS Kawasan Kota Raja di Bukit Naga iaitu dengan menaiktaraf lantai yang sedia ada ke lantai marmar. Dengan itu setiap tapak berukuran 1' x 1' berharga RM5.00. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang bolehlah berurusan terus dengan Tn Hj Maskor (016-2761712) atau En Azmi Jusoh, Pegawai Khas Parlimen Kota Raja ... YB Dr Siti Mariah Mahmud (012-6850494)

BN tak tahu jawab serangan PR

Calon BN Ismail Saffian kelihatan berada dalam keadaan sukar berdepan lawannya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - jika maklum balas jentera Umno dan MCA ini tepat.

Pada hari keempat berkempen di parlimen Bukit Gantang, seorang pemimpin kanan MCA kecewa calon itu bersama pekerja kempen BN tidak setanding petugas Pakatan Rakyat.

Dalam lawatannya ke kampung baru Cina di Simpang dekat Taiping semalam, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata BN tidak membawa banyak bahan kempen ketika bertemu pengundi.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209BN juga tidak menjawab serangan pembangkang secara bertulis terhadap kerajaan BN Perak dan kerajaan persekutuan.

"Dalam hubungan ini, kumpulan Pakatan Rakyat buat kerja dengan lebih baik, setidak-tidaknya bahan kempen mereka, yang ditujukan untuk mengkritik kedua-dua kerajaan negeri dan persekutuan," kata Dr Chua di blognya petang ini.

"Namun begitu, BN tidak berbuat secukupnya untuk menangkis banyak tohmahan (Pakatan) ini dalam bentuk tulisan. Lama-kelamaan, sebahagian tuduhan ini akan kelihatan benar."

Beliau mencadangkan BN meningkatkan mutu bahan kempennya.

"Kita jangan lupa Pakatan selepas kemenangannya (tahun lalu) berada dalam keadaan penuh bersemangat. Ia mempunyai anggota yang lebih beriltizam dan banyak sumber bagi menggerakan perang kempen ini," coret Dr Chua lagi.

"Daripada kain rentang, bendera parti, baju T dan lencana, jelas sekali hari ini Pakatan telah memiliki sumber-sumber setanding BN.

"Di Bukit Gantang, BN sedang bergelut dengan tugas berat (untuk menang)."

Sementara ADUN Umno Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohamed Radzi pula menyifatkan calon BN itu menghadapi cabaran besar meyakinkan pengundi Melayu di Trong, satu daripada tiga DUN bawah Bukit Gantang.

"Sudah tentu kita (BN) ada kawasan hitam kita, macam di kawasan Trong, yang pengundi Melayunya yang kelabu-hitam," katanya ketika ditemui
Malaysiakini sewaktu berkempen hari ini di Taman Paloh bawah DUN Changkat Jering.

"Juga kawasan Kuala Sepetang apabila pengundi bukan Melayu tidak begitu bersama-sama kami. Tetapi kita lihat gerakan daripada MCA, Gerakan sendiri cukup memberi kita harapan untuk mendapat sokongan pengundi bukan Melayu."

bukit gantang adun tualang sekah nolee ashilin mohd radzi 010409 02[Penandaan warna ini dibuat oleh parti-parti politik untuk menentukan aras sokongan yang diterima berdasarkan culaan undi semasa. "Putih" bermakna menyokong kepada sesebuah parti, "hitam" (pihak lawan) dan "kelabu" (tidak pasti atau 50-50).]

DUN Trong dikuasai wakil rakyat BN, Datuk Rosli Husin, yang juga ketua bahagian Bukit Gantang.

Nolee Ashilin waktu itu bersama kira-kira 20 ahli Puteri Umno mengambil pendekatan berbasikal dari rumah ke rumah untuk membawa imej lebih mesra pengundi.

Katanya, petugas BN itu menyebarkan risalah perkembangan politik Perak supaya para pengundi memahami krisis antara BN dengan Pakatan yang berlarutan sejak Februari.

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini