30 June 2010

"Saya letak jawatan PM"

Nepal's Prime Minister Madhav Kumar Nepal adjusts his spectacles as
 he participates in a Buddhist ceremony in Katmandu, Nepal, Thursday, 
May 27, 2010. The two-year term of Nepal's Constituent Assembly, which 
was elected in 2008, expires on Friday. The assembly was meant to draft a
 new constitution to help guide Nepal out of years of civil war and 
upheaval, but has achieved little due to political bickering.

PM Nepal umum letak jawatan, tamatkan konflik politik

KATHMANDU: Perdana Menteri Nepal, Madhav Kumar Nepal, mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu siaran langsung di televisyen hari ini, dengan berkata beliau mahu menamatkan konflik politik negara itu yang menemui jalan buntu.

“Saya sudah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri bagi membolehkan proses keamanan diselesaikan, satu perlembagaan baru dapat didraf dan situasi politik semasa ditamatkan,” katanya. – AFP

29 June 2010

UmNo terus dipandang racist

DAP hari ini menafikan kajian biro keahlian dan daftar pemilih pemuda UMNO bahawa pendaftaran pengundi baru adalah dalam nisbah satu Melayu dan 40 bukan Melayu.
Sebaliknya, menurut Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke di lobi parlimen, hari ini, DAP menganggapnya satu kenyataan bebaur perkauman.

"Ini adalah kenyataan palsu dan berbaur perkauman. Ia digunakan untuk menakutkan Melayu supaya merka percaya yang mereka akan kehilangan pegangan politik,” kata Loke.

Katanya, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, kebanyakan pengundi baru adalah dari Umno dan 70 peratus daripada mereka adalah bumiputera manakala selebihnya bukan bumiputera.

“Jadi mustahil terdapat lebih ramai pengundi baru bukan Melayu,” katanya.
Semalam pengerusi biro keahlian dan daftar pemuda Umno, Hishamudin Yahya yang mendedahkan nisbah itu berkata senario berkenaan seharusnya menyedarkan orang Melayu yang kuasa politik mereka boleh terhapus jika enggan terus mendaftar sebagai pengundi atau mengundi pada pilihan raya akan datang.

Ahli parlimen Rasah itu berkata beliau berpendapat pemuda Umno kini lebih terbuka dan ketuanya, Khairy Jamaluddin mempamerkan dirinya sebagai pemimpin yang progresif.
Saya dengan ini mencabar Pemuda Umno untuk membuktikan keterbukaannya dengan menyokong pendaftaran pengundi baru secara automatik. Saya juga bersedia menandatangai memorandum kerjasama bagi membuktikan kotmitmen,” katanya.

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar juga tidak bersetuju dengan kenyataan berkenaan dan mendakwa ia tidak tepat serta berbaur perkauman.

"Kenyataan itu bertujuan menakutkan orang Melayu supaya terus menyokong Umno. Saya berharap kerajaan akan memantau laporan itu kerana ia boleh menimbulkan kebencian kaum,” katanya.

Simpati Tok Guru pada ulamak yang masuk kubang UmNo

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam nada sinis, bersimpati dengan segelintir golongan ulama yang masih berminat menyertai UMNO, walaupun mereka tahu perlakuan pemimpin UMNO tidak sehaluan dengan ajaran al-Quran.

“Pimpinan UMNO pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran. Jika masih ada golongan ulama yang berminat mahu berada di dalam kubang UMNO, saya hanya mampu bersimpati,” katanya dipetik dalam blognya www.blogtokguru.com. 

Nukilan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat : Di antara perkara yang sangat-sangat menggembirakan saya ialah apabila pimpinan PAS yang tidak mempunyai latar pendidikan agama yang tinggi (termasuk yang tidak berpendidikan formal dalam bidang agama) telah menunjukkan kemampuan dalam menghurai sesuatu dalam konteks Islam dengan begitu baik. Yakin sungguh di hati kecil saya, inilah kesan daripada perjuangan PAS yang dipimpin golongan ulama’.

Hasilnya, golongan dilihat telah mampu memahami dan menghuraikan aspek kehidupan dari perspektif Islam dengan jelas. Ia merupakan hasil didikan dan tarbiyah yang diperolehi di dalam PAS. Berbeza dengan Umno yang dilihat membekukan golongan ulama’. Jika tidak, mana mungkin sesuatu yang haram seperti judi, boleh dilesenkan sebagai halal.

Saya menyentuh begini kerana ada peristiwa menarik hati saya sewaktu penggulungan perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan tempoh hari (9 Rejab 1431/22 Jun 2010). Ia adalah sidang kali ke-2 bagi tempoh penggal ketiga Dun Kelantan yang Ke- 12.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari PAS menghuraikan falsafah solat begitu tepat sekali, walaupun tidak mendapat pendidikan agama yang tinggi secara formal. Jika boleh saya nukilkan kembali bagaimana YB Haji Zulkifli Mamat (Pulai Chondong) menyebut betapa peliknya sesetengah Muslim yang sewaktu rukuk dan sujudnya menyebut tasbih meninggikan Allah SWT, tetapi di dalam masa yang sama menyokong judi dihalalkan.

Tidakkah terdetik di hati kecil mereka betapa salahnya apa yang mereka lakukan. Dahi sujud kepada Allah membisik tasbih, memuji Allah SWT dengan mengaku bahawa Allah SWT yang Maha Tinggi, tetapi di luar solat mengangkat tangan bersetuju dengan judi. Tidakkah terdetik rasa malu kepada Allah SWT?
Saya ingin menambah dalam coretan ringkas ini. Sebenarnya Kerajaan Umno/BN melesenkan judi untuk meraih pendapatan yang lebih. Dalam erti kata lain untuk mendapat kemakmuran. Sedar atau tidak, persoalan kemakmuran telah disebut jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran.
Jika saya diberi peluang berkuliah kepada pimpinan Umno, ingin sekali saya membaca ayat daripada Surah Al A’raf, ayat 96 yang bermaksud:

...Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya...

Sudikah kiranya pemimpin Umno yang beragama Islam mengambil sedetik dua masa untuk menelaah ayat ini? Jika sudi, perhatikanlah bagaimana janji Allah untuk melimpahkan segala macam berkat hanya apabila manusia beriman dan bertakwa.

Kemakmuran ialah satu keberkatan. Kemakmuran bukannlah bermakna kemewahan semata-mata. Hidup kaya raya tetapi hati susah bukan makmur namanya. Negara mendapat pendapatan yang lebih, tetapi kesan terhadap sosial dan kehidupan rakyat jelata begitu teruk. Itu bukan makmur namanya. Sedangkan kami di Kelantan percaya bahawa keberkatan itu ada kaitan erat dengan ketakwaan kepada Allah SWT, dan atas asas inilah kami memperkenalkan dasar Membangun Bersama Islam yang berteraskan prinsip Ubidiah, Masuliah dan Itqan.

Sayangnya, pimpinan Umno pada hemat saya gagal atau langsung tidak mahu memahami ayat al-Quran di atas. Barangkali, jika masih ada golongan ulama’ yang berminat mahu berada di dalam kubang Umno, saya hanya mampu untuk bersimpati.
 

Nisbah 1 : 40, Umno puncanya

KUALA LUMPUR, 29 Jun: PAS berpandangan laporan Berita Harian yang menyatakan bahawa nisbah 1 orang Melayu dan 40 bukan Melayu yang mendaftar sebagai pengundi, ini angka petunjuk kegagalan Umno sebagai tonggak kepada negara pada hari ini untuk menyuntik kesedaran politik di kalangan orang Melayu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berpendapat perkara itu terjadi kerana Umno BN yang berkuasa di negara ini  telah menjadikan generasi muda Melayu, hanyut dengan budaya hedonisme yang melampau.

Katanya, orang Melayu yang dilanda dengan budaya itu memang mereka tidak akan mempedulikan soal politik  dan apa sahaja gejala rasuah  yang berlaku dalam negara kita.

“Umno mengharap dengan dihadang program hiburan sebegini maka mereka tidak akan mengambil peduli apa yang berlaku kepada negara ini,” katanya.

Maka, katanya Umno BN akan bermaharajalela untuk memfaraid harta negara kerana rakyat Melayu ini tidak mempedulikan apa yang Umno hendak lakukan seperti kapal selam yang tidak boleh menyelam, gadai harta negara seperti Blok L dan M yang berharga RM320 bilion kepada kerajaan Brunei.

“Nampaknya strategi tempang telah makan tuan sehingga orang Melayu sedikit mendaftar sebagai pengundi kerana diulit dengan program hiburan yang semakin menjadi-jadi,” ujarnya.
Katanya, PAS berpedapat bahawa akibat longgarnya pegangan agama di kalangan orang Melayu terutama remaja, sehingga mereka tidak ada kesedaran politik untuk mendaftar.

Sejarah, jelasnya membuktikan orang Melayu sedar politik pada peringkat awal apabila golongan islah yang dipimpin oleh ulamak seperti Sheikh Tahir Jalaludin dan Syed Sheikh al-Hadi yang pulang daripada Timur Tengah meniupkan kesedaran agama dan politik.

Akhirnya, kata beliau orang Melayu ada kesedaran politik dan bangkit menentang penjajah tetapi keadaan berlaku sebaliknya apabila Umno cuba merenggangkan agama dan politik, dengan membendung  fungsi masjid  sebagai pusat ilmu untuk menerangkan Islam yang syumul.

Maka sekarang, ujarnya terimalah padahnya kerana orang Melayu sudah mati kesedaran untuk berpolitik dan tidak berminat untuk mendaftar sebagai pengundi.

PAS, menurutnya lagi melihat gagalnya orang Melayu mendaftar kerana Umno telah menanamkan budaya takut semasa di pusat pengajian tinggi lagi.

Baginya, politik ugut dan tidak bermaruah dalam pilihanraya kampus, akhirnya mereka menjadi ulat buku yang tidak berdunia dengan masyarakat serta  tidak ada kesedaran politik.
Tambahnya, mereka mengambil pendekatan untuk tidak mahu terlibat dalam politik kampus, sehingga setengah kampus terpaksa mewajibkan pelajar turun mengundi, kalau tidak mereka akan diambil tindakan seperti buang daripada asrama.

“Semua ini kesilapan Umno yang mematikan tunas kesedaran politik di kalangan mahasiswa sedangkan mereka ini adalah generasi pelapis negara, sekarang siapa yang rugi,” tanya beliau.

Justeru, katanya PAS menyeru supaya ahli yang sudah cukup umur lahir sebelum tahun 1989, diwajibkan mendaftar sebagai pengundi sementara semua jentera parti mesti menjadikan agenda daftar pemilih sebagai program yang diutamakan.

“Semua penceramah, pengkuliah, naqib memberi penekanan dalam ceramah dan kuliah mereka supaya mendaftar sebagai pengundi. Tekankan bahawa dafar mengundi adalah wajib.

“Kalau kuat bertakbir tetapi tidak daftar sebagai pengundi, kuasa Umno BN tidak akan jatuh di dalam PRU yang akan datang. Ini bererti negara akan menuju kepada kehancuran dan muflis,” katanya lagi... harakahdaily

Respon Dr Mariah terhadap tuduhan Ketua UmNo Kota Raja

Siti Mariah Mahmud Terima kasih kepada ketua umno bahagian Kota Raja kerana mengkritik saya di mesyurat bahagian umno hari ini. (Sila lihat malaysiakini versi Bahasa Malaysia). Saya tidak payah menjawab beliau. Rakyat tahu saya buat kerja atau tidak. Bila ketua umno bahagian kritik saya maka sebenarnya dia sudah rasa tercabar! He he he

baca lagi : Parlimen Kota Raja Jawab Tuduhan UMNO

Sunday at 10:49pm · ·
Mohd Zulkariman Junoh
Mohd Zulkariman Junoh
teruskan perjuangan yb, jdkn pedoman untuk meneruskan perjuangan suci ini, kami th yg mn baik / buruk....kami tetap myokong kepimpinan ulamak.....
Sunday at 10:52pm ·
Anwar Mohamad
Anwar Mohamad
Bila dr mariah gelak he he he......umno bhgian sedih hu hu hu =)
Sunday at 10:52pm ·
Mohd Zulkariman Junoh
Mohd Zulkariman Junoh
x payah nk layan org mcm tu....
Sunday at 10:53pm ·
Ewayne Rainey
Ewayne Rainey
Masalah keluarga kami kat area Sg Jati mcm mana...???
Sampai skrg xde pembelaan....
Kedai dah roboh...
Jalan dah buat cantik...
Batang idung Xavier pon x nampak...
Sunday at 10:53pm ·
Nooraini Binti Mohammad
Nooraini Binti Mohammad
orang umno hatinya busuk hingga keusus kata cekdet.apa nak herai gila talak dah lebih 50 tahun perintah tak cukup2 lagi nak baham harta rakyat.
Sunday at 10:53pm ·
Sam Sgbt
Sam Sgbt
sabor jeelah mungkin ada hikmah sebaliknya......kut-lut piliharaya akan dtg PR akan kekal terutama parti PAS....Insya-Allah
Sunday at 10:56pm ·
Mohd Zulkariman Junoh
Mohd Zulkariman Junoh
islam PASti akan menang jua...kita mesti tetap bersama perjuangan islam di mn jua kita berada baik d atas / bawah....takbirrrr...
Sunday at 10:59pm ·
Mohd Roszeli Majid
Mohd Roszeli Majid
UMNO Kota Raja sudah ROBOH.....kalau stakat duduk berborak kat dewan melayu Kg Jawa tp cerita nak bela org melayu...lupakanla..lebih baik makan mee jerrr kat gerai tu..hehehe...masa ada kuasa menyombong bangat..da tak da kuasa pandai plak kritik MP kami....YB Xavier lebih mudah jumpa berbanding dgn SEMUA pemimpin UMNO terdahulu.....
Sunday at 11:00pm ·
Mohd Zulkariman Junoh
Mohd Zulkariman Junoh
nk protes gak ikut saluran yg betul....jgn duk hemtam melulu
Sunday at 11:01pm ·
Sam Sgbt
Sam Sgbt
takbir.......
Sunday at 11:02pm ·
Mohd Zulkariman Junoh
Mohd Zulkariman Junoh
allahuakbar...
Sunday at 11:03pm ·
Sharizah Shariff
Sharizah Shariff
keep up yr good work K Mariah. Action speaks louder than words
Sunday at 11:07pm ·
Ewayne Rainey
Ewayne Rainey
Harap YB buat sesuatu kat area DUN Sri Andalas...
Dah ramai yg mengeluh ni....
Sunday at 11:07pm ·
Mohd Roszeli Majid
Mohd Roszeli Majid
Andalaz lebih harmoni tanpa UMNO....
Sunday at 11:10pm ·

28 June 2010

YB yang rela jadi lembu yang dicucuk hidung

Semenjak bulan awal tahun 2008 menuju ke tarikh 8 Mac 2008 dan serterusnya sehingga kini YB Zul kelihatan seperti melalui proses suai kenal dikancah politik. YB Zul, walau secara zahir cuma memakai satu topi (kopiah, lebih tepat) sebagai Ahli Dewan Rakyat, selaku MP Kulim Bandar Bharu, (a law-maker) sebenarnya juga adalah diakui sebagai seorang pemimpin yang memimpin dan beliau juga sebenarnya boleh juga dipimpin oleh tuan tuan pembesar parti yang mencalunkan serta menyediakan platfom untuk beliau melaksanakan pelan reformasi dan menyembuhkan penyakit kronik korupsi, kronisma dan nepotisma yang pada ketika itu dan sehingga kini masih menyerang setiap organ dalaman negara.

Lantas, selama hampir 27 bulan YB Zul menjelajah setiap pelusuk kawasan beliau demi menterjemahkan janji perkhidmatan dan melunaskan janji untuk menegakkan panji agama didewan yang mulia. YB kerap turun naik mimbar, naik turun tangga mahkamah, masuk parit menyenteng seluar, picit blackberry untuk berblog dengan sebelah tangan sambil sebelah lagi pegang stereng kereta,minum air yang di rendam kismis, hulur bantuan RM dan barangan sekadar mampu, hadiri berbagai majlis, menaiki berbagai kenderaan, Puduraya kerap juga menjadi ganti lapangan terbang tanpa landasan untuk segolongan YB bertaraf marhaen dan sengkek dan sudah tentu terpatri dihati dan minda orang awam motorsikal YB Zul sehingga ketahap ikonik.

Soal pengorbanan mungkin tak perlu catatan kerana banyak topi yang YB Zul pakai sebagai seorang anak, bapa, suami, MP, ahli parti, peguam, pendakwah, ajk itu dan ini yang sudah jelas menuntut 1001 pengorbanan.

Soalan yang terpanggil untuk ditanya ialah soalan sokongan dan dokongan yang YB Zul perlukan. Wadah, pegangan, matlamat, kaedah, kesetiaan dan perjuangan walau disangsi, disoal, diragui dan dimaki sekalipun YB Zul tetap YB Zul.

Soal tukar warna bagaikan haiwan politik dan menyanyi dengan nada baru, melontar kenyataan yang tidak terfikir akan terungkap oelh YB Zul cuma 6 bulan lalu, dan bermesra dengan golongan yang suatu ketika dahulu bertaraf kurang 'kosher' adalah persoalan rhetorik untuk pemimpin yang mempunyai agenda politik.

Apabila telah nyata bahawa sokongan dan dokongan dari parti sendiri adalah palsu dan kontang, apa dan bila sebenarnya titik permulaan atau kesudahan kareer politik YB Zul.

DAP yang difikirkan duri tajam, bisa dan amat menyakitkan mungkin tidak boleh diterima oleh YB Zul sebagai rakan kongsi. Bantal yang empuk walau dikongsi bersama tiga sahabat lakonan atau tulus mana mungkin mendatangkan mimpi yang sama. YB Zul mungkin tidak mahu lagi didodoikan dengan impian utopia kerana sifat chauvinistik DAP amat busuk.

Tetapi persepsi mengatasi realiti dan lazimnya matlamat menghalalkan cara. Lantas walau hidung dicucuk dan ditarik kesana kesini dan maruah diri dan agama dipijak dan diludah sekalipun matlamat politik tetap dijunjung dengan kefasikan paksa rela. Adakah YB Zul fikir UMNO yang menunjangi gagasan gedang 1 Malaysia sudah berubah? Apakah kaum dan golongan bangsawan pembesar (warlords) UMNO sudah bersedia untuk melepaskan amalan politik patronage?

Adakah wang, harta,pangkat dan kuasa hegemoni tidak lagi dikejar, digilai dan dimimpikan oleh UMNO setelah diberi amaran tsunami Mac 2008? YB Zul mungkin tahu realiti UMNO dulu, terkini dan selamanya. PAS juga masih dogmatik dan antara ilmuan dan agamawan belum tentu ada tindanan yang luas. PAS belum berani memanggil warna sebenar jalur jalur warna rakan kongsi, semuanya masih kelabu dan haru biru dan hijau masih mahu kelihatan suci walau titik titik hitam semakin bertompok dan mula berbau serta tercemar.

Lantas, kemana hala tuju YB Zul? Kemana sekalipun, walaupun sudah kebumi Amerika tajaan wang rakyat berslogan 1M, YB Zul belum tentu mahu bertopi helmet Mat despatch atau Mat penghantar pizza untuk ditunggangi mereka mereka yang menjual agama dan bangsa dengan harga lebih murah daripada thin crust Domino Pizza.

Mungkin ramai yang keliru, marah, benci, hairan atau tidak peduli sekalipun, YB Zul masih tetap YB Zul yang pada akhir analisa adalah seorang ahli politik yang memerlukan naluri kehaiwanan untuk berjuang. Ikhlaskanlah segala amalan, fikiran dan perbuatan kerana yang akan menilai kita nanti AMAT Mengetahui lagi Bijaksana... kerabu bersuara.

Siapa Little Napoleon dalam UmNo?

BUKIT MERTAJAM 27 Jun - Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir hari ini mendedahkan kewujudan Little Napoleon dalam parti yang sentiasa cuba melaga-lagakan pemimpin untuk kepentingan diri sendiri.

Menurutnya, golongan tersebut sering menggunakan pengaruh pucuk pimpinan tertinggi parti untuk tujuan itu.

Lebih membimbangkan, tegas beliau, perbuatan itu lebih berbahaya daripada dakyah parti-parti pembangkang kerana ia sukar dikesan dan tidak disedari pemimpin dan ahli UMNO sendiri.

"Dalam UMNO memang wujud Little Napoleon yang kerja mereka bodek pemimpin, cium tangan pemimpin di tengah jalan.

"Mereka tidak peduli masa depan UMNO, hidup untuk mereka saja dan ini lebih bahaya daripada pembangkang.

"Mereka cuba mempengaruhi pemimpin dan apabila masuk mesyuarat-mesyuarat besar, nak laga-lagakan kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam yang disempurnakan oleh Naib Presiden parti, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di sini hari ini.

27 June 2010

Buruk Kelaku UmNo Kota Raja

Dengan membuat pelbagai tuduhan tanpa bukti yang kukuh oleh Ketua UmNo Bahagian Kota Raja terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat khususnya YB Shuhaimi dan YB Dr Mariah hanya menyerlahkan kedangkalan dan kebodohan Ketua Bahagian UmNo ini.

Perwakilan yang hadir dalam mesyuarat itu jika bersetuju dengan kata-kata Kamarulzaman menunjukkan juga bahawa mereka mudah diperbodohkan oleh pimpinan mereka. Tujuan Kamarulzaman berkata demikian adalah bagi mengelak kelemahan diri dan kepimpinannya yang langsung tidak melakukan sebarang aktiviti sejak kalah dalam 8 Mac 2008 yang lalu.

UmNo Kota Raja sebenarnya telah terlalu lemah dan tidak bermaya untuk meneruskan perjuangan menentang PR di Kota Raja.

Buktinya bermula pagi ini walau pun dalam keadaan sibuk kerana terpaksa hadir dalam retrade PKR di Shah Alam YB Shuhaimi masih sempat hadir dalam program pendemokrasian rakyat bertempat di Jalan Kebun pada kira-kira jam 9.00 pagi tadi bersama hampir 30 orang sukarelawan Pakatan Rakyat Sri Muda, Parlimen Kota Raja. Sementara pada waktu yang sama YB Dr Siti Mariah hadir di Program bomba di Kota Kemuning.

Pada jam 10.00 pagi pula Dr Siti Mariah berkejar untuk menziarahi rumah kerumah di Kampung Jalan Kebun bersama muslimat PAS dan wanita PKR dalam program yang sama.

Pada jam 11.30 pagi Dr Mariah berkejar ke Taman Setia bagi menziarahi keluarga Puan Norzitah Fadhilah yang baru kematian suami di Mekah semasa mengerjakan Umrah.

Seluruh ahli UmNo Kota Raja tahu betapa kerapnya kedua-dua YB ini turun padang bagi mendengar masalah rakyat dan cuba membantu masaalah mereka. Minta Ketua UmNo bahagian yang sombong bodoh ini check dengan ahlinya sendiri selepas menang PRU 12 berapa belas kali YB telah turun padang ditempat-tempat yang sama.


Tapi Ketua Bahagian ini hanya turun sekali saja ke Taman Setia, bagi bertemu ahli UmNo seramai tak lebih 20 orang dalam pondok bilik gerakan UmNo sepanjang lebih 2 tahun selepas PRU 12 dulu. Nak jumpa rakyat langsung tak berani. Kita tak sombong tapi UmNo sendiri sebenarnya melihat bahawa setiap hari khususnya setiap Sabtu dan Ahad akan kelihatan puluhan sukarelawan lapangan akan turun kesetiap pelusuk Kota Raja bersma YB dalam program pendemokrasian rakyat Parlimen Kota Raja.

Penyelesaian tanah di Sri Nadi, apa yang selesainya. Anda boleh turun padang bertemu dengan penduduk Kampung ini jika mahu tahu perkara sebenar. UmNo silap dan tidak pernah berubah, mereka sentiasa yakin bahawa mereka punya keupayaan luar biasa untuk menipu rakyat.


Hari ini tembelang perangai buruk Ketua Bahagian UmNo telah terbukti. Ketua Bahagian ini hanya pandai memburukkan orang lain dengan harapan rakyat akan percaya dengan sikap penipunya. UmNo dulu, kini dan selamanya tidak pernah dan akan berubah sekali pun mereka kini semakin dipinggir rakyat.


Malaysiakini : Pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor "lebih banyak bercakap daripada membuat kerja" demi publisiti, dakwa Umno Kota Raja.

"Mereka kata mereka lebih hebat daripada segala-galanya. Tapi kita tahu, mereka tidak buat, hanya cakap tak serupa bikin," kata Kamaruzzaman Johari sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya dalam mesyuarat bahagian itu pagi ini.

Ucapan itu dinyatakan di hadapan 292 perwakilan dari 79 cawangan di Auditorium Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di Klang.

Dalam persidangan itu, Kamaruzzaman mendakwa ADUN Sri Muda Suhaimi Shafiei daripada PKR setelah dua tahun menjadi wakil rakyat, selain "kata-kata sedap dan janji manis" tiada projek pembangunan dijalankan di kawasan tersebut.

Kamaruzzaman mendakwa walaupun terdapat peruntukan untuk membina masjid di kawasan itu, sampai sekarang ia tidak menjadi kenyataan.

Katanya, ia berbeza dengan Umno bahagian itu yang mengambil inisiatif bertemu Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Noh Omar sehingga berjaya menyelesaikan masalah sewa rumah setinggan di Kampung Seri Nadi dengan pengurangan sebanyak 50 peratus.

'Dulu dia rajin jenguk tokong, kuil'

Parlimen Kota Raja mempunyai dua DUN iaitu Sri Muda dan Sri Andalas. Kesemua DUN dan parlimennya dikuasai oleh Pakatan.

Kamaruzzaman turut menempelak ahli parlimen kawasan itu Dr Siti Mariah Mahmud yang didakwanya "tidak menjenguk" rakyat di kawasannya.

"Kalau dahulu dia rajin menjenguk (rakyat) di tokong, kuil... Tapi bila rakyat mengadu tentang projek pembangunan, dia kata, yang ada peruntukan (hanya kerajaan) BN di peringkat persekutuan.

"Tapi sekarang Siti Mariah tak nampak batang hidung untuk menjenguk kampung-kampung, malu rasanya," katanya.

Rakyat amat mengenali Dr Mariah dan menyenanginya di Kota Raja. Gambar ini kebetulan dirakam pagi ini kira-kira jam 10.30 pagi di Jalan Kebun dalam sessi lawatan beliau dalam program pendemokrasian rakyat bertemu rakyat jelata. Kamarulzaman dan UmNO Kota Raja sebenarnya dah Panas. Anda tunjukkan kepada kami mana pimpinan UmNgok yang sanggup turun padang macam ni melainkan terhegeh-hegeh dalam musim pilihanraya.

Dalam ucapan dasarnya juga, Kamaruzzaman mendakwa kerajaan di bawah Pakatan "tidak menunjukkan kesan kejayaan dalam pentadbiran" seperti yang dilakukan oleh BN dahulu.

"Kerajaan negeri gagal membuat perubahan pentadbiran dan perancangan pembangunan.

"Sebaliknya mengungkit keputusan dan mencari kesalahan BN untuk menutup kelemahan kerajaan negeri dalam menunaikan manifesto dalam pilihan raya dahulu," katanya.

26 June 2010

Tahniah UmNo

Tahniah kepada UmNo dan ulamak muda yang diketuai oleh Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd Othman bersama 39 lagi rakan ulama muda menyertai UmNo tadi

Bukanlah sesuatu yang mengejutkan bila 40 orang yang mengaku mereka ulamak muda ini menyertai UmNo. UmNo begitu menagih kemasukkan para ulamak kedalam parti mereka untuk membuktikan kepada masyarakat Melayu Islam dan juga bukan Islam bahawa mereka adalah parti yang diterima oleh para ulamak.

Semua sedia maklum bahawa sejak dulu, kini dan selamanya para ulamak sedia ada tidak menjadi kan UmNo sebagai tunggangan bagi meneruskan kerja-kerja dakwah. Sebaliknya mereka terus bersama PAS kerana mereka memahami bahawa inilah satu-satunya parti yang digerakkan berlandaskan syiasah syaariah. Cuma adalah dua tiga kerat yang bersama UmNo bagi menjadi pang5 untuk mempertahankan UmNo .

Hari ini demo 'Tak Nak Judi Sukan' akan berlansung di ibu negara. Kehendak Rakyat ialah agar judi ini ditiadakan. Ini bukan sahaja melibatkan umat Islam, malah bukan islam juga menolaknya. Tapi kedegilan UmNo tetap didahulukan. 

Untuk mengabui mata kepada rakyat bahawa tindakan jijik UmNo ini betul mereka membariskan 40 orang ulamak muda yang menyatakan kemasukkan mereka adalah untuk membantu kerja-kerja dakwah dalam parti itu pada saat ini.

Agak anih juga kerana UmNo yang selama ini memisahkan agama dengan politik (politik suku, agama suku) telah memurtadkan aqidah mereka dengan menerima orang agama untuk duduk sebaris bersama mereka. Jika UmNo meneruskan polisi ini, ulamak-ulamak muda ini kena membetulkan kefahaman UmNo dan jika gagal kerja dakwah antum akan dikira gagal.

Kerja paling aula dan no wahid yang anda semua kena lakukan bagi membuktikan keberkesanan anda untuk melakukan kerja-kerja dakwah ialah dengan memberi tahu Perdana Menteri DS Najib dan Isterinya DS Rosmah bahawa berdosa besar kerana tidak menutup aurat.

Pengiktirafan gelaran ulamak muda yang anda terima pada hari ini adalah dari kerajaan 1Malaysia.  Pengiktirafan dari rakyat bukanlah sesuatu yang boleh dibeli yang wang ringgit. Samada rakyat ikut sama mengiktirak ke Ulamakan anda belum dapat dipastiakan lagi.... kita sama-sama tunggu.

lagi berkaitan 
  1. 'Mengapa kami sertai Umno'  (Malaysiakini)
  2. ‘PEWARIS NABI’ MASUK UMNO DAN ’ISLAM WASATI’ DALAM... (Al-Bakistani)

25 June 2010

Antara Kehendak Umno & Rakyat

Polisi yang dibawa oleh PM 1 Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan memang betul, tepat dan mantap. Dengan disekelilingi oleh penasihat bertaraf dunia Umno melakukan apa saja bagi mencari modal duit yang kononnya untuk diagihkan kepada Rakyat.

Jawapan kerajaan bahawa hasil cukai judi penting kerana boleh digunakan untuk rakyat bagi membiayai kos pendidikan (biasiswa kepada pelajar), perubatan dan kebajikan amat malang bagi seluruh rakyat di Malaysia negara tercinta ini terutama yang beragama Islam.

Amat malang lagi kepada sang penasihat agama UmNo yang gagal menjadi penasihat berlandas hukum Islam sebaliknya sesetengah mereka sebagaimana bos mereka menggunakan hukum akal bagi menjawab persoalan ini.

Para pendokong dan Pak Menteri UmNo nampaknya terlalu beriya-iya benar mahu judi sukan ini diteruskan bermula hari ini, esok dan selama-lamanya. Meraka tahu jika ia diteruskan hasilnya mat lumayan kerana ia tidak habis dalam sebulan Kejohanan Bolasepak Piala Dunia sebaliknya akan diterus dengan pelbagai kejohanan lagi termasuk merebut piala yang dipertanding diseluruh dunia seperti EPL, La Liga dan lain-lain.

Kehendak Rakyat, hari ini seluruh rakyat Malaysia melangkaui batasan politik menyatakan bahawa kepada PM 1 Malaysia yag tak faham-faham bahasa ni bahawa kami tak nak judi. MCA, Gerakan yang mewakili BN dan DAP yang mewakili PAR menolok secara total idea bodoh UmNo ini.

Jika UmNo masih degil kerana sememangnya mereka bersikap kehendak mereka MESTI didahulukan dan kehendak rakyat WAJIB diketepikan rakyat sudak tidak punya banyak pilihan lagi.

Jadi seluruh rakyat Malaysia tidak mengira kaum, agama, bangsa dan politik yang dianuti harus bangun menentang kedegilan UmNo ini. Jalanraya wajar dijadikan tempat untuk menunjukkan kebencian kita kepada aktiviti judi  tajaan UmNo ini yang nanti akan memporak perandakan institusi keluarga dan rakyat dinegara kita.

Kita turun Sabtu ni dengan memakai t-shirt bola.

Nafi 2/3 agenda lama

Meskipun Pakatan Rakyat kini diselubungi kekhuatiran bahawa sokongan Melayu semakin mengalih ke Barisan Nasional, namun tanggapan ini disangkal oleh Zaid Ibrahim, yang tetap optimis bahawa matlamat PR dalam pilihan raya umum ke-13 adalah untuk memerintah di negara ini.
 
Ketika ditanya apakah langkah seterusnya seandainya Barisan Nasional berjaya mengembalikan majoriti dua pertiganya dalam parlimen, Zaid Ibrahim (gambar kanan) terus menyifatkan matlamat "menafikan majoriti dua pertiga BN dalam parlimen" sebagai "agenda lama", malah yakin bahawa PR akan mara untuk menjadi kerajaan persekutuan di Malaysia.

"Saya tidak berfikir untuk menafikan dua pertiga BN, itu agenda lama.  Kami akan memerintah di negara ini.  Kamu orang (wartawan) tak percaya, itu masalahnya.  Kamu ingat ini tidak boleh dilakukan," tegasnya.

"Jadi, Dato, anda yakin bahawa PR akan memerintah?" tanya wartawan lagi.

"Memang! (Of course)" jawabnya dengan tangkas.  Zaid Ibrahim menambah, "Kerajaan ini sudah terdesak (desparate).  Mengapa mereka membelanjakan RM150 juta (dalam PRK)?  Kerana mereka takut!"

Beliau seterusnya melontarkan satu soalan kepada wartawan, "Apakah anda rasa kerajaan yang yakin dengan dirinya, akan membelanjakan wang sedemikian?  Ini persoalan yang harus anda tanya."

Walaupun satu soal selidik Merdeka Center baru-baru ini memperlihatkan peningkatan tahap kepuasan terhadap Perdana Menteri Najib Razak kepada 72%, namun Zaid Ibrahim tetap mendakwa bahawa BN masih tidak yakin untuk berdepan dengan rakyat.  Pembubaran DUN Perak, PRK di DUN Kota Siputeh, antara cabaran Zaid Ibrahim kepada BN, seandainya kerajaan BN mahu membuktikan keyakinan terhadap prestasi dirinya.

Kongres tahunan PKR dan Muktamar tahunan PAS yang berlangsung di Kelantan beberapa minggu yang lalu membangkitkan kekhuatiran yang sama, iaitu hakisan sokongan Melayu/Islam.  Bagaimanapun, Zaid Ibrahim tidak menyetujui pandangan sedemikian, sebagaimana yang dinyatakan dalam Kongres tahunan PKR.
 
"Kamu ada angka?  Kamu tidak mempunyai angka..." katanya kepada wartawan.  Apabila wartawan merujuk kepada keputusan PRK Hulu Selangor, calon PKR yang kecundang ini berkata, "Mestilah, apabila kamu merasuah orang dengan RM50 ribu, mestilah (orang undi kamu).  Tapi ia tidak bermakna orang Melayu meninggalkan Pakatan Rakyat."

"Peneroka FELDA, apakah kamu menganggap mereka ada hak untuk memilih?  Tak ada.  Semua dikawal.  Apabila kamu kata kami hilang sokongan Melayu, kami menang di kawasan lain, cuma kalah undi FELDA, tentera, polis.  Melayu dalam pasukan polis, tentara tak ada pilihan," jelasnya.

Beliau menyambung, "Kamu perlu bezakan apa Melayu.  Di semua kawasan lain, saya menang.  Jadi, adalah tidak benar (untuk mendakwa PR hilang sokongan Melayu)."

Ketika mengulas satu soal selidik Merdeka Center, yang mendapati hampir 60% responden Melayu bersetuju dengan sesetengah pandangan PERKASA (Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara), Zaid Ibrahim berkata, "Ia bergantung kepada apalah soalan yang ditanya.  Saya tidak tahu apakah soalan yang mereka tanya.  Apakah pendirian PERKASA yang disetujui mereka?  Mengenai apa?  Saya tidak tahu."

Beliau menambah, "Sekiranya kamu pergi dan beritahu Melayu, misalnya PERKASA kata, kamu sebagai Melayu seharusnya mendapat RM10 ribu sebulan, mestilah mereka suka PERKASA.  Bergantung kepada apa kamu tanya."

Zaid Ibrahim enggan mengalah, "Isunya macam ini.  Kamu harus lebih khusus dalam soalan kamu, apa yang dimahukan Melayu.  Apa yang Melayu mahu?  Kalau kamu mahukan sebuah negara yang mempunyai lebih sumber untuk rakyat, jadi kamu perlu hentikan segala pencurian ini.  Itu yang Melayu tidak beritahu kamu!"

Beliau menyambung, "Jadi, kalau saya tanya Melayu apakah yang kamu mahukan ini?  Semestinya mereka akan menyokong saya.  Kalau saya tanya adakah Malayu mahu gaji naik, semestinya mereka kata ya.  Itu bermakna Melayu sokong saya...Ia bergantung apa yang kamu tanya."

Apabila wawancara memasuki topik PERKASA, Zaid Ibrahim berkata, "Ia menunjukkan bahawa UMNO dan Najib tidak tahu apa yang hendak dilakukan."

Bekas ahli parlimen Kota Bahru-UMNO ini berkata, "UMNO ini (mempunyai) banyak kumpulan.  Kamu tak boleh kata UMNO adalah satu parti yang bersatu padu, semuanya dengar, tidak.  UMNO mempunyai banyak kumpulan, dan PERKASA hanyalah salah satu kumpulan dalam UMNO.  Itu saja."

Zaid Ibrahim meletakkan kayu ukur apa yang dikatakan sebagai pemimpin, "Kalau Najib adalah pemimpin, kamu (Najib) mestilah menangani masalah inilah.  Kalau kamu hanya menurut apa yang dikatakan (PERKASA), jadi kamu bukan pemimpin-lah.  Beliau takut kepada kumpulan yang kecil ini."

"Kamu lihat, pemimpin mesti memberi panduan (guide), kamu mestilah tegas.  Itulah apa yang dipanggil pemimpin.  Kalau tidak, kamu hanyalah pengikut.  Kamu lihat, kamu PM, dan kumpulan kecil ini memberi tekanan, mendakwa Melayu mahu ini dan itu.  Kamu tanyalah dia, mana?  Bagaimana?  Kamu berbincang dengan mereka."

Secara terus Zaid Ibrahim menyatakan, "Banyak orang guna nama Melayu, untuk menuntut ini dan itu.  Tapi bukan Melayu yang mahu ini dan itu, kamu sendiri yang mahu.  Kamu mahu AP, kamu mahu lebih kontrak..."  Bagaimanapun, Zaid Ibrahim kekal optimis, memandangkan semakin ramai orang Melayu yang menyedari hal ini.

Antara label yang dilontarkan terhadap Zaid Ibrahim, salah satunya berbunyi "liberal", satu istilah yang kurang disenangi dalam dunia Islam di Malaysia.  Zaid Ibrahim yang pernah menyaman kerajaan negeri PAS di Kelantan kerana undang-undang Hudud, kali ini bersikap cermat ketika menjawab soalan sama ada Malaysia negara Islam mahupun sekular mengikut undang-undang.

"Mahathir mengumumkan (negara kita adalah negara Islam) pada tahun 2001, tak ada orang ramai mengadu, mengapa?  Kerana itu Barisan (Nasional).  Kalaulah Pakatan (Rakyat) yang kata kita negara Islam, semua kata, 'oh... kami bimbang'," katanya yang kini berada dalam PR.

Pada hakikatnya, "tiada yang berubah", sebelum dan selepas pengumuman tersebut, katanya.  Zaid Ibrahim yang enggan terjerat ke dalam perangkap istilah dan label berkata, "Jangan risau apa yang dilabelkan oleh orang.  

PAS memaklumkan kami idea mereka tentang Negara Islam, iaitu keadilan dan kesaksamaan.  Ini berbeza dengan Negara Islam yang (disebut) Mahathir.  Apa yang dirisaukan?  PAS menentang penahanan tanpa perbicaraan.  PAS kata anda tak boleh menahan (sewenang-wenangnya) tanpa perbicaraan.  Itu juga (selari dengan idea) Negara Islam."

Tanpa mahu terperangkap ke dalam pertikaian label, Zaid Ibrahim sebaliknya menyarankan agar rakyat menilai sendiri apa yang berlaku dalam sistem, "Adakah sistem kehakiman kita adil?  Adakah polis kita boleh menahan sesiapa pada bila-bila sesuka hati?  Bolehkah media menjalankan tugas mereka?  Adakah kamu mempunyai satu sistem yang terbuka..."

Beliau berkata, "Rakyat perlu menilai pada sistem, daripada apakah label yang dilekatkan oleh orang lain."


*Wawancara ini dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Wong Shu Qi dari MerdekaReview, di sebuah kafe pada 14 Jun 2010.

23 June 2010

Banyaknya Duit diperhabis dengan Submarines

PKR lawmakers lambasted Home Minister Hishammuddin Hussein for refusing to answer questions raised in Parliament regarding the involvement of Prime Minister Najib Razak’s former special aide, Nasir Safar, in the still-disputed Altantuya Shaariibuu murder case. They also grilled the government on the billions of ringgit Najib lavished on two Scorpene submarines that many naval experts say are actually unsuitable for guarding Malaysia’s coastline.

“The latest official statistics show the cost of the two Scorpenes has not been fully tabulated or properly revealed to the public. In fact, the full cost of the purchases and their maintenance seems to be ever inflating. The previous estimate was RM5 billion, it is now RM6.7 billion and this does not include the maintenance fees yet,” Batu MP Tian Chua told Malaysia Chronicle.

“Yet the government refuses to acknowledge this white elephant and tells the people not to overspend. No wonder the Najib administration has cut subsidies. In the end, the ordinary folk will have to pay for equipment the Navy does not need and also for the kickbacks paid to corrupt officials.”

Based on figures supplied to Tian by Defense Minister Ahmad Zahid Hamidi, total costs excluding annual maintenance works out to 1.34 billion euros or about RM6.7 billion. This breaks down to 969 million euros for the two submarines, 219 million euros for missiles, 38 million euros for miscellaneous equipment and 114 million euros for commission paid to Perimekar. Maintenance fees were initially agreed at RM600 million for six years or RM100 million per year. However, this was later increased to RM270 million per year. 
 
Banyaknye billion tak terkira. Patutlah Malaysia nak Bankrap. We need to work hard to save Malaysia from all this nonsense. Don't just sit and watch. Think of ways and means how to contribute to PAS and Pakatan Rakyat in general.  Kalau orang panggil untuk buat kerja parti tu datang lah. Kalau tak buat kerja pun tunjuk muka pun jadi lah sebagai moral support.

Umno will emerge as the biggest Islamic party

Umno claims to be the largest Islamic party in the world. Soon, about 100 ulama, the ex-Perlis Mufti included, are expected to join Umno, which will make the party more Islamic than PAS. Below is The Star report on the matter.

(The Star) - Speculation is rife that former Perlis Mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin will be among 100 highly-educated ulama to join Umno soon. It was reported in the Umno website that the controversial mufti would join the Dataran Merdeka Umno branch on Friday. Umno sources said the ulama were keen to make their debut in politics, and they were believed to have expressed a preference to join Umno. The sources denied that Umno was trying to create an ulama faction in the party to compete with PAS’ ulama wing.
Kok nanti adalah fatwa menyatakan judi tu bukan nya haram. Khilaf ulama jer...ATAU mungkin nanti ada lak ularmak ni yang tak jumpa ayat mengharamkan judi dalam Quran.

Umno PAKSA pekerja SYABAS masuk UMNO dan bayar 2hengget!!!

INI LAH SEBABNYA UMNO TAKMO JUAL SYABAS PADA KERAJAAN SELANGOR!! Sebab SYABAS sebagai PETI UNDI SIMPANAN UMNGOK!

22 June 2010

Nasihat kepada ahli Umno


http://buletinonline.net/images/stories/berita27/IMG_6776.JPGKUALA NERUS – “Pada tahun 1980 hingga 1987, saya ahli MIC, dalam masa itu saya jadi Bendahari, Bahagian Jerantut, lepas itu saya belajar ugama,

”cuba lihat kepada orang-orang yang bukan Islam, bagaimana mereka boleh sokong Islam dan terima Islam, orang bukan Islam pun sokong, apa salahnya orang Islam sokong,

”saya nasihatkan (orang Umno) bertaubatlah, terus sokong ‘direct’ sama (kepada) Parti PAS,”kata N. Balasubramaniam, Timbalan Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, mengakhiri kata-katanya, ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Batu Enam, dekat sini, semalam.

Menurut Bala, beliau redha dan memadai duduk dalam PAS, menjadi pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), walaupun dianggap sebagai ahli kelas kedua, oleh orang-orang lain.

Katanya, beliau sendiri tidak mahu bertanding dan dipilih menjadi pemimpin PAS kerana beliau belum mempunyai ilmu Islam bagi menguruskan organisasi PAS.

Dalam ucapannya sebelum itu, Bala berkata, beliau menerima dan menyokong dasar Islam yang dibawa oleh PAS kerana tidak pernah mengamalkan diskriminasi

”Kami memang sokong parti PAS kerana PAS memerintah atas dasar Islam, kami sokong sepenuhnya, bersama mendokong dasar-dasar Islam dalam PAS,

”sampai kini PAS tak pernah (melakukan) diskriminasi (kepada) mana-mana bangsa atau ugama,”tegasnya.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 60,000 ahli-ahli DHPP yang terdiri daripada mereka yang bukan Islam.

Beliau memaklumkan, DHPP Pusat sedang menggerakkan DHPP negeri-negeri membentuk jentera-jenetra pilihanraya bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 akan datang.

Katanya, persiapan awal adalah penting bagi memastikan kemenangan PAS diperingkat Negeri dan Parlimen.

“Kami sekarang buat (menyusun) jentera-jentera pilihanraya, kerana tidak lama lagi akan
ada pilihanraya,

“ini (ia) adalah mustahak (bagi kami) melantik jentera-jentera pilihanraya supaya kita bagi mesej-mesej (maklumat) yang mana boleh (disalurkan) terus ke akar umbi,”jelasnya

Katanya, beliau memastikan supaya ahli-ahli DHPP dapat bergerak meraih sokongan dikalangan masyarakat diperingkat paling bawah.

Menurutnya, DHPP yang dirasmikan pelancarannya oleh Presiden PAS pada 24 Mei lalu, kini telah melengkapkan organisasinya sehingga ke peringkat negeri.

“Baru ni kami telah mendakan mesyuarat di peringkat Pusat, kami telah lantik semua AJK bagi negeri-negeri dan semua negeri telah ditubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS,

“tapi yang paling aktifnya ialah di negeri Pahang, Selangor Perak dan Kedah serta Johor, negeri-negeri lain, sudah ditubuhkan dan sedang diaktifkan,”jelasnya, yang berharap semua ahli-ahli dapat meningkatkan daya juang bersama-sama dengan PAS.

21 June 2010

MP bebas sokong BN yang semakin bodoh & bengap

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Bebas dari Wangsa Waju Wee Choo Keong mempersoalkan pendirian wakil rakyat Pas menentang perlesenan pertaruhan sukan oleh kerajaan Persekutuan sedangkan kerajaan Kelantan pimpinan parti itu terus membenarkan penjualan arak kepada bukan Islam.

Menurut beliau Pas sepatutnya tidak membantah perlesenan pertaruhan sukan sebagaimana ia telah mengeluarkan 40 lesen arak di Kelantan dan menggunakan hasil cukainya untuk pembangunan infrastruktur di negeri itu.

"Selagi kita melengahkan usaha membawa pertaruhan sukan ke arus perdana dan melesenkannya, kita hanya melengahkan perolehan dana yang boleh digunakan untuk pembangunan sosial dan sukan bola sepak termasuk sukan lain," katanya semasamembahaskan usul Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) di Dewan Rakyat hari ini.

"Sedang kita semua sibuk berbahas dalam Dewan yang mulia ini, negara mungkin sedang kehilangan nilai hasil yang berjuta, mungkin berbilion, ini semua hanya kerana politiking melampau dan hipokrit yang dijana oleh seorang manusia rakus demi memenuhi nafsu politik matlamat menghalalkan cara," kata Wee.

Hujah beliau kononnya Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengeluarkan fatwa bahawa hasil daripada aktiviti seperti jual beli dan peminuman arak boleh digunakan untuk pembangunan negeri Kelantan, disangkal oleh Dr Lo'Lo'Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) yang berkata Wee telah mengelirukan Dewan.

"Perkara yang dinyatakan itu bukan fatwa, dia (Wee) bercakap perkara yang dia sendiri tidak faham. Dia (Nik Abdul Aziz) tiada di sini dan tak boleh hendak mempertahankan diri," kata Lo'Lo yang disokong oleh Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam).

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee berkata, peraturan itu membolehkan seseorang Anggota Parlimen dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, tetapi dalam situasi ini, peruntukan itu tidak terpakai kerana Wee tidak faham dan tidak berniat.

20 June 2010

Dr Asri & 100 Ulamak akan sertai Umno?


Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin menjelaskan bahawa beliau belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik.

"Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini," tulis beliau dalam blognya.

Mohd Asli membuat penjelasan tersebut ekoran laporan dalam Umno Online yang menyebut Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk PhD akan menyertai Umno Jumaat depan.

Laporan itu memetik setiausaha kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusof yang menyebut bekas mufti Perlis itu dan ulama yang lain akan menyertai Umno menerusi Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Umno Online memetik Ab Rauf memberitahu demikian ketika berucap di mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang semalam.

Menulis dalam blognya, Dr Mohd Asri berkata perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan diadakan.

"Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.

"Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas," tambahnya.

Dalam laporan tersebut, Ab Rauf yang juga ketua bahagian Umno Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan Umno lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.”

Bekas menteri besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu, dilaporkan memuji usaha Umno Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai parti itu.

19 June 2010

Tiada PRK dalam masa terdekat

Persoalan bahawa mungkin kerusi Ahli Parlimen Batu yang disandangnya akan terlucut kerana beliau berhadapan dengan denda tidak kurang dari RM2,000, nyata tidak perlu disangkal lagi.

Hal ini kerana Hakim Datuk Ghazali Cha dalam penghakimannya semalam memutuskan bahawa keputusan itu dibuat untuk mengelakkan sebarang pilihan raya kecil diadakan. 

" Klarifikasi ini dari hakim perbicaraan hakim mahkamah tinggi itu penting kerana hakim mahkamah tinggi mengatakan denda tersebut telah diberikan kerana tidak ingin satu pilihan raya kecil yang baru"  ujar Pengerusi Jawatankuasa Perlembagaan, Majlis Peguam, Edmund Bon.

Ketidakpastian berhubung status Tian mendapat perhatian media setelah Mahkamah Tinggi memutuskan untuk mendenda beliau tidak kurang dari RM2,000 atas kesalahan menggigit seorang polis tiga tahun lalu.

Mahkamah Tinggi sebelum itu menolak rayuan Tian namun kemudiannya mengurangkan denda kepada RM2,000 dari RM3,000 atau dua bulan penjara. 
Namun status kerusinya masih tidak jelas memandangkan beliau telah melangsaikan denda RM2,000 itu dan tidak memohon supaya hukuman ditangguhkan.

Menjelaskan kepada Tv Selangor,  Edmond Bon berkata terdapat dua interpretasi berhubung Artikel 48, perlembagaan persekutuan - pertama ialah denda “RM2,000 atau lebih”, dan kedua ialah denda “RM2,000 atau kurang” yang akan mengakibatkan seseorang hilang kelayakan sebagai ahli parlimen. 

" Ada dua interpretasi sama ada, kalau denda itu RM2,000 sama ada diskualifikasi tersebut terpakai. Jadi ada dua interpretasi sekarang. Secara logiknya perkataan yang digunakan bukan lebih dari RM2,000 tetapi perkataan yang digunakan tidak kurang dari RM2,000, secara logiknya kalau dendanya RM2,000, maknanya MP tersebut telah kehilangan kerusinya dan satu pilihan raya kecil boleh dipanggil" .

Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah kerana mengasari seorang anggota polis, tiga tahun lalu.

Mengikut Artikel 48, perlembagaan persekutuan, seseorang ahli parlimen hilang kerusinya apabila dijatuhkan hukuman penjara tidak kurang setahun atau didenda tidak kurang RM2,000.

Semalam peguam Karpal Singh memaklumkan portal Malaysiakini bahawa Tian mungkin hilang kerusinya.

"Jika denda adalah RM2,000, dia akan hilang kerusinya jika beliau membayar denda itu" ujar Karpal. 

Sementara itu menurut Edmund, Tian perlu membayar kurang dari RM2,000 bagi membolehkan beliau kekal sebagai Ahli Parlimen Batu. 

" Kalau tidak ada pilihan raya kecil  perlu didenda RM1,999.90. Kalau RM2,000 maknanya secara logiknya, MP tersebut telah kehilangan kerusi beliau" tambah beliau lagi. 

Diuja dengan persoalan apakah keputusan yang dibuat oleh hakim adalah keputusan muktamad untuk menentukan kedudukan Tian, ini jawapan Edmond. 

" Hakim mungkin mengambil interpretasi yang tidak tepatlah. Mungkin mengatakan (demikian) walaupun dia hendak denda dikurangkan supaya tidak diadakan apa-apa pilihan raya kecil tetapi terpulang kepada speaker dewan dan SPR untuk mengambil keputusan".

18 June 2010

Status Tian Chua sebagai MP

Arr in Labuan w @tonypua 4DAP Labuan dinner/crmh @tianchua disqualified by RM2k fine but he has 14 days 2appeal under Art 48 of Constitution
06/18/2010 01:39 PM

Position pertaining 2 @tianchua’s parliamentary position is laid down in Art 48(4)(4) of Msian Constitution
06/18/2010 01:49 PM

As I read Art 48 Constitution it makes no difference whether fine paid or not, so long as appeal is exercised within 14 days RT @PuteraPedang @tonypua @tianchua TC didn’t bother to appeal. He already paid the penalty in full.
06/18/2010 03:26 PM

Whatever legal status or outcome of @tianchua’s appeal Art 48(4)(4) which grants him 14 days leeway will govern his qualification as MP RT @thomas_su @edmundbon Appeal avenue exhausted when Hct made decision. Further appeal not as of right. Whether fine paid, sentence stays.
06/18/2010 04:18 PM

Art 48(4)(4) provides dat disqualification of an MP fined “not less than RM2k” shall take effect upon expiry of 14days from sentence but this is deferred if he appeals within these 14days or initiates any other court proceedings re conviction/sentence – which then depends on final outcome
06/18/2010 04:40 PM

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini