30 September 2010

Galas, TPM menyerah kalah


Gertakan awal oleh pimpinan PAS bahawa Ku Li akan menyokong calun PAS dalam PRK di Galas benar-benar membimbangkan UBN. Bagaikan cacing kepanasan TPM mengumumkan bahawa Pengraha Jentera Pilihanraya akan disandang oleh Ku Li.
Agak menghairankan Ku Li yang hanya memegang jawatan Ahli Parlimen Gua Musang dan secara konsistan merupakan seorang yang berani bertanding jawatan Presiden Umno dalam setiap PAU kini tiba-tiba dipilih sebagai Pengarah disana. Jika pun Muhyiddin merasakan peluang semakin menipis untuk Umno menang disana beliau tidak sepatutnya mengenepikan atau mengecilkan pengaruh Mustapha Mohammad di Kelantan. Apa pun itulah hakikatnya
Keengganan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang secara tradisinya mengetuai sesebuah pilihan raya kecil peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN), menimbulkan persoalan.
Biasanya, timbalan perdana menteri jadi pengarah apabila ada pilihan raya kecil, mengapa kali ini mahu lari? Kenapa Umno lari dari norma biasa bagi PRK DUN Galas? Apakah Umno dan Muhyiddin Yassin sudah mengaku kalah sebelum bertanding?

Proof that the MACC is a component member of Barisan Nasional

The MACC was not set up to combat corruption. Just like the PDRM, SPR, AGC, and others, the MACC has proven to be just another component member of Barisan Nasional. Two years ago, Lim Soo Nee made a report that he was offered a bribe of RM5 million to jump ship. This is the MACC Early Investigation Report on the matter. The case, however, was finally marked NFA.

TAK PERCAYA..LIHAT KAT BAWAH.
sumber: 
http://malaysia-today.net/mtcolumns/34848-proof-that-the-macc-is-a-component-member-of-barisan-nasional


29 September 2010

Songkok & Kopiah

Songkok dan kopiah itu asalnya sekapal
darjat mereka tidak pernah berubah,
berdiri sama tinggi duduk sama rendah,
tetapi berbalah-cekah tak sudah-sudah.

Berungkap nasihat menyengat
songkok selalu mengingatkan.
“Jangan lembik seperti kopiah,
tapi keras macam songkok”

Penuh yakin kopiah menjawab,
“Biar lembik asalkan putih.
Jangan keras apalagi hitam.
Sudahlah hitam sucimu diragukan.
Biar tak cantik jangan tak bersih”

Sindir songkok lagi,
“Jangan hidup seperti kopiah,
sesuai untuk pelikat bersandal getah,
sudahlah selekeh nilai amat rendah.”

Kopiah merendah menjawab tajam,
“Sehina-hinaku pernah juga mandi
menjamin kekal bersih dan suci,
untuk dijunjung mukmin merata-riti.
Semulia-muliamu sepanjang hidup
pernah mandi walaupun sekali.
Kalau ada, itu gila punya kepala.”

Tambah kopiah lagi.
“Hitam songkok sehitam tahi cicak
hanya umpama sang gagak,
walaupun dimandi air emas sekalipun
mustahil hitammu bertukar putih.
Putihku jika disabun dibilas-bilas
bertambah lagi berseri putih berseri.”

Dengan lembut songkok mengakui,
“Walaupun tidak pernah mandi,
aku sering ditayamun si berus
supaya kelihatan kemas terurus.
Selainnya aku sentiasa dijaga
daripada ditempiasi sang hujan
menjamin selalu keras dan kering
walau terpaksa menyemak dinding.”

Kopiah senyum menelan alasan
kemudian meminta fatwa bagaimana
amalan tayamun ala songkok
ketika hujan mencurah-curah?

Perbalahan antara songkok (UMNO) dengan kopiah (PAS) hingga saat ini mustahil bakal selesai, kerana songkok perjuangannya nasionalis, manakala kopiah landasan perjuangannya Islam.

28 September 2010

Umno semakin rasis

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menganggap api perkauman yang ditiupkan Biro Tata Negara (BTN) semalam dengan gelaran menghina kaum Cina dan India amat menjijikkan.


Anggapan itu merujuk kepada ucapan seorang pegawai BTN yang dilaporkan memberikan gelaran rakyat berbangsa Cina dan India masing-masing sebagai 'si mata sepet' dan 'si kaki botol' dalam induksi dalaman Puteri Umno Malaysia di PWTC.

"Membuat suatu analogi yang begitu menjijikkan, itulah wajah sebenar Umno. Mereka akan jadi lebih rasis, mereka akan jadi lebih ekstrem dalam memainkan isu perkauman," ujarnya di Pejabat Agung PAS.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, insiden terbaru yang dialporkan itu seakan mengulangi tindakan rasis Datuk Nasir Safar, pegawai khas bagi Perdana Menteri pada Konvensyen 1Malaysia di Melaka.

Nasir pada 2 Februari dulu dilaporkan mencemuh rakyat berbangsa Cina sebagai  'wanita jual tubuh', manakala kaum India dihina sebagai  'pengemis' di tanah air.

"Satu lagi kesalahan berulang, tidak cukup yang dilakukan oleh Datuk Nasir Safar, seorang pegawai khas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)," ujarnya.

Baginya, slogan 1Malaysia yang dipopularkan oleh Najib, Presiden Umno merangkap Pengerusi BN sebelum ini sekadar untuk menutup wajah sebenar Umno.

27 September 2010

Takziah & PRK Galas jadi medan terbaik protes rakyat Kelantan kepada UBN.

Parlimen Kota Raja termasuk YB Dr Siti Mariah, YDP dan Dewan-Dewan merakam ucapan Takziah kepada isteri serta kaum keluarga Allahyarharham Che Hashim Sulaiman, mantan ADUN galas yang telah kembali kerahmatullah.

Menerima berita sekitar jam 5.00 petang tadi dari SMS Ustaz Wan Jii (Al-Bakistani0 bukanlah sesuatu yang amat mengejutkan. Rasanya kalau kita mengikuti perkembangan kesihatan Allahyarham kita semua amat redho dengan kepergiannya. Beliau sudah sakit berbulan lamanya dan pernah menerima rawatan hingga ke China, maknanya semua usaha telah dilakukan, apa kan daya Allah lebih manyayanginya.

Sementara itu macam biasalah, bila berlaku kekosongan disebelah kita macam tak sabar-sabar lagi SPR nak mengumumkan tarikh Pilihanraya Kecil. Kalau lambat hantar notis mahu diamuknya speaker DUN.

Tak pe lah kita sabar sahaja lah dengan perangai SPR ni. Kita juga berharap agar PRK kali ini akan menjadi pengajaran paling berguna kepada Umno Barisan Nasional, bahawa tindakan mereka dalam menguruskan royalti minyak Kelantan adalah salah dan pada PRK itu nanti Rakyat Kelantan akan memberi pengajaran terbaik buat Najib dan UBN.

Pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaiman akibat barah usus.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

"Apabila SPR terima notis rasmi, baru kita akan adakan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Galas. Pilihan raya kecil perlu diadakan kerana ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lalu.

"Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan," katanya.

Che Hashim, 46, yang dimasukkan ke Hospital Al-Islam di sini sejak dua hari lalu meninggal dunia jam 4.30 petang tadi.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim (PAS) berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Galas adalah DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

26 September 2010

Rumah Terbuka PAS Kota Raja mula diserbu

Seperti yang dijangka,


 Ni dia
 Gerai satay dari cawangan Desa Kemuning
 Konti Sekretariat Parlimen Kota Raja
 Gerai muslimat, kalau nak tau apa yang akan disediakan  sila datang
 9.00 am. Persiapan di gerai Sri Muda yg menyediakan Char Kuew Teow, mee soup, meehon soup, kuew teow soup.
  11.00am tetamu mula menyerbu Rumah Terbuka PAS Kota Raja

Jom Serang

Bermula jam 11.00 pagi ini Perkarangan Pejabat PAS Kawasan Kota Raja pasti diserang oleh semua penyokong, pendokong dan pengundi di Kota Raja.

Memandangkan bukan hanya orang PAS dan PKR serta DAP sahaja yang memenangkan PAS di Parlimen Kota Raja hingga mencapai majoriti tertinggi MP PAS yang bertanding iaitu sejumlah 20,672 undi, maka pengundi-pengundi dari Umno juga adalah dipersilakan hadir pada majlis Rumah Terbuka PAS Kawasan pada kali ini.

AJK Perlaksana yang di Ketuai oleh Tuan Pengarah Tuan Hj Termizi ismail telah membuat persipan paling rapi untuk menghadapi serangan-serangan yang bertali arus itu nanti.

Dengan bunting menu diatas yang akan digantung pada khemah-khemah yang meletakkan makanan tersebut, adalah dijangkan bahawa para tetamu tidak perlu gusar tidak dapat menikmati semua makanan yang disediakan. Dengan menggunakan kepakaran Tuan Nur Ikhsan yang berpengalaman mengendalikan majlis besar-besar sejak zaman umno (kini dah joint PAS), adalah dijangkan traffic jammed dapat dielakkan kerana pelbagai lalui alternatif telah disediakan bagi kemudahan pengunjung.

Dengan yang demikian saya mewakili YB Dr Siti Mariah, YDP dan Dewan-Dewan dalam PAS Kota Raja menjemput semua untuk hadir ke majlis ini.

Majlis sumbangan kepada Sukarelawan Lapangan untuk Pendemokrasian Negeri Selangor tempuh hari juga akan diagih oleh YB Dr Mariah kira-kira jam 12.00 tengahari nanti.

25 September 2010

Jemput Datang Ramai-Ramai

Bermula jam 10.00 pagi tadi hingga  jam 3.00 petang ini bertempat di Rumah Kebajikan nak Yatim & Miskin Al-Munirah, Johan Setia Klang, Ahli Jawatankuasa Persatuan telah mengadakan Rumah Terbuka Eidulfitri 1431H. Majlis ini adalah anjuran bersama dengan Munirah Care.

Ramai tetamu yang hadir pada majlis ini. Kehadiran mereka disambut sendiri oleh Pengerusi Persatuan, Tuan Hj Termizi Ismail serta isteri, Timbalan Pengerusi Hj Faizal Yeslam serta pengurusan Rumah tersebut yang diketui oleh Al Fadhil Ustaz Tn Mohd Zamani dan penghuni Asrama tersebut.

Turut hadir ialah Al Fadhil Ustaz Azli Musa yang merupakan Penasihat Munirah Care yang baru pulang dari Gaza baru-baru ini. Pada majlis ini beliau dipeluang memberikan Tazkirah ringkas tentang pengalaman yang dilalui semasa pergi ke Gaza bersama misi kemanusian tanpa sempadan disana. Baca seterusnya di sini

Jika Presiden NUJ diambil tindakan oleh Utusan Melaysia?

“Wartawan-wartawan di bawah naungan NUJ Malaysia merupakan wartawan profesional yang mendukung prinsip kebebasan media dan etika kewartawanan yang tinggi.

“NUJ dimaklumkan bahawa larangan untuk hadir dalam mesyuarat parti tertentu telah berkuatkuasa agak lama dan ia memberi implikasi yang buruk kepada standard kebebasan media di negara ini. Kesatuan juga berpendirian bahawa bahawa setiap wartawan sama ada dari laman berita bebas seperti Malaysiakini dan Malaysian Insider, akhbar arus perdana dan akhbar-akhbar kecil serta akhbar yang diterbitkan oleh parti-parti politik tidak harus dilarang untuk membuat liputan untuk apa acara sekali pun,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Baca seterusnya disini

Orang ini nampak hebat, Ahmad Lufti pun sokong dia (klik sini), dan ramai lagi. Kenyataan-kenyataan nya banyak keluar dalam media alternatif. seperti malaysikini dan lain-lain. Dikhabarkan beliau amat setia sebagai wartawan Utusan  Malaysia dimana sudah 15 tahun berkhidmat disana.

Malang sungguh nasibnya, jasanya tidak pernah dikenang, kenyataannya langsung tidak mendapat tempat di akhbar perdana tempat dia bekerja. Apakah yang ketua pengarang dan editor kanan Utusan Malaysia fikirkan tentang pengerusi NUJ ini dan tindakan yang bakal dikenakan. Akan adakah kenaikan pangkat untuknya selepas ini atau beliau akan terlepas dari menerima kenaikan gaji dan bonus pada tahun ini? Atau mungkin kah beliau akan ditukar department dibahagian production. Masih selamatkah disana?

Saya tidak boleh meramalkan apa yang bakal berlaku pada masa akan datang, kita doakan beliau tidak dipengapakan dan terus dapat berkhidmat dengan majikannya sekarang ... tapi sebagai persediaan mari fikir-fikirkan untuk mengujudkan satu tabung bantuan kemanusia tanpa sempadan jika sesuatu menimpa nya atau rakan -rakan wartawan lain yang senasib dengan nya.

24 September 2010

Syukur Alhamdulillah

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bercadang mahu mahu membantu PAS menjelaskan tentang keadilan sistem perundangan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

Timbalan ketuanya, N. Balasubramaniam berkata, dengan berbuat demikian, masyarakat bukan Islam akan melihat keadilan sistem perundangan Islam sekaligus boleh menerimanya.

"Sistem Islam yang adil dalam perbankan sudah diterima kerana ada penjelasan.

"Kita (DHPP) yakin kalau dengan nasihat Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang), penjelasan diberikan, mereka akan terima. " ujarnya kepada Harakahdaily.

Baginya, beberapa undang sivil yang dikanunkan seakan tidak menakutkan rakyat dari melakukan jenayah termasuk pembunuhan.

Katanya, pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh lalu dibakar menunjukkan betapa beraninya mereka yang terbabit mengenepikan perundangan yang sedia ada.

"Pembunuh tidak takut dengan undang-undang yang manusia cipta sebab tiada pengajaran yang rakyat lihat bagi mereka yang membunuh."

"(Pelaksanaan) hukum dalam Islam dibuat secara terbuka sebab Allah mahu manusia lihat, ambil pengajaran dan insaf apabila melihat bagaimana seseorang pembunuh dihukum," ujarnya.

Pun begitu, beliau menegaskan, cadangannya untuk memberi penjelasan tentang keadilan undang-undang dalam Islam tidak bermaksud mengenepikanperlembagaan dan prinsip demokrasi.

"Kita nak jelaskan tentang keadilan undang-undang Islam tetapi bukan mengetepikan perlembagaan dan kebebasan memilih.

"Undang-undang Islam kepada orang-orang Islam, tetapi orang bukan Islam tidak boleh dihalang dari mendapatkan penjelasan tentang Islam seperti seseorang bukan Islam memilih bank Islam untuk menyimpan wang mereka," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta seluruh anggota DHPP untuk membantu PAS menjelaskan tentang keadilan Islam kepada masyarakat bukan Islam.

"Oleh kerana tahun ini tidak ada pemilihan, Tuan Guru Presiden minta kita fokus untuk bantu PAS menjelaskan tentang keadilan Islam kepada bukan Islam," ujarnya.... sumber harakahdaily

23 September 2010

Ramai yg terkejut & melopong

Ahmad Lutfi Othman 

Beberapa kenyataan awal Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari cukup menarik perhatian saya. Beliau baru dipilih menggantikan Norila Daud, 17 September lalu. Saya sendiri, sebagai aktivis media yang agak kerap menimbulkan isu kebebasan bersuara di negara ini,  melihat Hata telah memulakan langkah awal dengan baik walaupun mungkin bakal menempuh kontroversi berlanjutan.

Selama ini isu kebebasan media lebih dikaitkan dengan suara wartawan alternatif sehingga wacana penting itu tidak dapat dikongsi dengan khalayak yang lebih meluas. Malah untuk menggerakkan lobi memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) - yang sebenarnya turut mengongkong semua wartawan - agak sukar untuk digemblengkan seluruh potensi warga media.

Semasa saya (mewakili Kumpulan Aktivis Media Independen) bertemu dengan bekas Naib Pengerusi Suhakam, Allahyarham Tan Sri Harum Hashim hampir sepuluh tahun dahulu, bagi membincangkan isu pengharaman majalah Detik dan Wasilah, beliau bertanyakan saya berapa ramai wartawan yang mendokong perjuangan membebaskan media.

Memang soalan itu sukar dijawab.  Saya tidak dapat menjawab bagi pihak wartawan lain kecuali sejumlah kecil warga media yang saya kenal pasti bertugas dengan akhbar alternatif.

Walau bagaimanapun saya tetap yakin bahawa teman-teman yang bertugas dengan syarikat media yang dikaitkan dengan Umno-BN pun menanggung derita yang sama, termasuk editor kanan.

Mereka mungkin tidak begitu hiraukan belenggu AMCP (sebahagiannya tidak tahu menahu pun tentang akta berkenaan) tetapi pastinya sentiasa rimas dengan kongkongan elit politik yang sentiasa menganggap akhbar yang bebas adalah seteru yang mesti dipasung.

Berbeza dengan Hata, meskipun bertugas lebih 15 tahun di Utusan Melayu, yang dianggap (tanpa syak lagi) sebuah syarikat akhbar yang menjadi alat dan perkakas kepada Umno, namun kelantangan dan keberaniannya menyinggung Ketua Pengarang Kumpulan dan para editor kanannya, boleh dianggap satu kejutan.

Beliau secara terbuka mahukan wartawan bertugas secara profesional dan bebas daripada kongkongan mana-mana pemimpin politik, baik Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, serta melaksanakan tanggungjawab untuk mempertahankan etika kewartawanan.

Khusus merujuk kes di Utusan Melayu yang menjadi sasaran kritikan ramai aktivis politik, Hata menyalahkan ketuanya sendiri, Dato' Aziz Ishak.

Beliau  menggesa agar pemimpin politik tidak terus menyalahkan akhbar itu, sebaliknya menunjukkan rungutan serta rasa tidak senang hati mereka kepada Aziz secara terus.

"NUJ Malaysia melihat adalah tidak adil untuk menyalahkan akhbar Utusan Malaysia yang di dalamnya terdapat wartawan, jurugambar dan artis grafik serta pekerja-pekerja lain yang tidak berkongsi agenda serta tidak mempunyai kuasa untuk menegur ketua pengarang dan pengarang-pengarang kanan," tambahnya dalam kenyataan sulung sebagai Presiden NUJ.

"Ketua Pengarang sebagai orang yang menentukan agenda, berita dan pelbagai pendapat untuk disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya atas kesan negatif, rungutan dan sebarang rasa tidak puas hati yang dilemparkan kepada akhbar Utusan Malaysia," tegas Hata.

Tanpa menunggu lama, pandangan awal  beliau telah dibidas oleh ahli Majlis Tertinggi PERKASA, Mohd Zahid Md Arip yang mendakwa beliau dilihat cenderung kepada pembangkang. Pandangan Zahid itu mungkin mewakili tanggapan songsang sebahagian besar pemimpin Umno yang lain. Seolah-olah isu kebebasan bersuara dan hak asasi manusia adalah milik mutlak pembangkang, dan sering dipandang dengan penuh prejudis.

"Perjuangan saya ialah untuk melihat akhbar-akhbar di negara ini terlepas dari kongkongan tuan-tuan politik baik daripada BN, Pakatan Rakyat  dan pemimpin-pemimpin politik lain. Akhbar dan media seharusnya dimiliki oleh rakyat kerana dengan itu barulah akhbar itu dapat berkhidmat kepada rakyat seperti mana yang dilakukan oleh Utusan sebelum ia dikuasai oleh parti politik sebelum tahun 1961," sanggah Hata.

Apa pun sebagai respons awal, saya mengucapkan tahniah buat Hata. Sekurang-kurangnya impian  saya selama ini  dapat dikongsi dengan lebih ramai pengamal media. Saya lebih gembira kerana ia kini datang daripada petugas akhbar yang dikuasai mutlak oleh Umno.

Biar kita sama-sama memeriahkan pentas perjuangan ini dan gema tuntutan agar segala sekatan dan peraturan "karut-marut" ke atas media di Malaysia dilaungkan secara lebih lantang dan tersusun lagi.

II.

Perjuangan membebaskan media di Malaysia,  daripada kongkongan peraturan "karut-marut" dan akta ketinggalan zaman  yang mencabuli prinsip asas demokrasi, perlu digerakkan dengan lebih sistematik dan menyeluruh.
Ia boleh tidak tertangguh lagi, sebaliknya wajar disegerakan, terutama sekali apabila menyaksikan ruang awam untuk perdebatan isu-isu rakyat melalui akhbar makin sempit.

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) yang diasaskan hampir 10 tahun lalu mendapat dorongan baru bagi melonjakkan kembali agenda mengungguli kebebasan bersuara apabila semua lidah rasmi Pakatan Rakyat bukan setakat diganggu Kementerian Dalam Negeri, malah sehingga kini, Suara Keadilan, masih belum diperbaharui permit penerbitannya.

Namun begitu, KAMI bukan sekadar responsif terhadap nasib malang akhbar alternatif, malah turut prihatin dengan kongkongan berterusan yang dihadapi pengamal media lainnya, termasuk para wartawan dan editor akhbar yang dikaitkan secara langsung dengan Umno-BN.

Bagi menyusun langkah untuk menimbulkan kesedaran awam tentang isu kebebasan media ini, KAMI telah mengadakan beberapa pertemuan dan majlis perbincangan, selain melakukan kunjungan hormat ke atas tokoh-tokoh media pada Ramadan lalu.

Banyak saranan dikemukakan peserta diskusi, antaranya, dengan mengadakan dialog bersama pimpinan dan aktivis Pakatan Rakyat sendiri.

Rupanya konflik berterusan pengamal media dengan pemerintah tidak begitu difahami, bukan sahaja oleh masyarakat awam, malah aktivis pembangkang juga agak jahil dengan kemelut yang dihadapi sejak sekian lama itu.

Ada pula yang mengambil jalan mudah dengan daleh bahawa kita mempunyai saluran lebih berkesan, yang tidak dikongkong elit penguasa, iaitu melalui media baru.

Justeru, hujah mereka, mengapa perlu kita bersusah-payah menentang akta drakonian, seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP), jika terbentang luas dunia maya, yang boleh dimanfaatkan tanpa tegahan?

Sama ada media tradisi seperti akhbar masih mempunyai pengaruh besar ataupun semakin kecil, terutama kepada kecenderungan mengundi semasa pilihan raya, ia bukan isu besar.

Bagi mewujudkan sebuah masyarakat berilmu dan bermaklumat, sebarang kongkongan, seperti yang ditimpakan oleh AMCP tidak boleh dibenarkan. Apatah lagi, akhbar masih merupakan medium utama majoriti rakyat negara ini mendapat info terkini dengan mudah dan meluas.

Dalam pertemuan KAMI dengan Prof Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, di kediamannya di Sungai Buloh, Selangor, beliau mencadangkan agar satu program sehari dianjurkan, bagi menarik perhatian masyarakat terhadap isu kebebasan media.

Beliau turut menyebut beberapa nama, dari kalangan pensyarah media, yang dilihatnya berupaya untuk menjelaskan dengan baik masalah yang dihadapi dunia persuratkhabaran.

Semasa di Suhakam, Prof Hamdan merupakan antara pesuruhjaya yang aktif memberikan respons positif terhadap tuntutan kebebasan bersuara. KAMI sendiri pernah mengadakan perbincangan dengan Suhakam, selain merakamkan beberapa aduan kes tertentu membabitkan pengharaman majalah Detik dan Wasilah.

Suhakam turut menganjurkan bengkel khas mengenai polemik kebebasan media dan rumusan yang dicapai agak memuaskan. Namun tiada langkah susulan yang bermakna daripada kerajaan.

Memang ada pandangan yang menggesa agar KAMI lebih lantang, bukan sahaja dalam menyuarakan tuntutan tetapi juga bersedia untuk mengambil tindakan  berani bagi "mengejutkan" pemerintah.

"Kempen kesedaran mungkin bermanfaat untuk menyuntik kefahaman, tetapi lebih penting adalah penggemblengan tenaga lebih besar, terutama membabitkan seluruh petugas media, untuk memberi kata dua kepada kerajaan," kata seorang bekas wartawan  dalam satu pertemuan yang dianjurkan KAMI.

Ucapan pemimpin PR di Radio & TV

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs682.snc4/62258_1509649740914_1224474527_31411479_681872_n.jpg

NC larang hadir bicara "Bini Puaka'

Kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) menggesa pihak pentadbiran universiti tersebut supaya tidak menghalang mahasiswa untuk hadir mendengar keputusan perbicaraan kes 'bini puaka' di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Sebaliknya, pengerusinya Syed Syafiq Syed Hashim berkata pihaknya bersedia menghantar seramai mungkin mahasiswa universiti itu ke mahkamah tersebut untuk memberi sokongan moral kepada tertuduh.

"Pagi tadi, kami dihubungi wakil timbalan naib canselor Bahagian Hal Ewal Pelajar (BHEP) melalui telefon, meminta kami tidak menghantar mahasiswa untuk mendengar keputusan perbicaraan (esok).

"Pro Mahasiswa UPM ingin menyatakan pendirian bahawa kami akan terus menghantar mahasiswa UPM ke Mahkamah Jalan Duta esok.

"Kami berpendapat bahawa BHEP tidak mempunyai kuasa untuk menghalang mahasiswa mendengar keputusan perbicaraan di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru agar mahasiswa supaya turun beramai-ramai untuk memberi sokongan moral kepada lima orang mahasiswa yang dituduh dalam kes tersebut.

Sementara itu, jurucakap Pro-M Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata pihaknya juga ke mahkamah esok untuk tujuan tersebut.

Ketika dihubungi Malaysiakini, sumber berkata, kira-kira 50 mahasiswa akan hadir memberi sokongan kepada tertuduh.
Bagaimanapun, sumber itu tidak pasti sama ada pihak pentadbiran UIA ada mengeluar sebarang arahan melarang mahasiswa hadir di mahkamah esok.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada terdapat kes prima facie terhadap kelima-lima mahasiswa Akademi Pengajian Islam (API) Univerisiti Malaya yang dituduh atas dakwaan cubaan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah pada 24 Jun tahun lalu.

Kelima-lima mahasiswa itu adalah Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya yang dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.

Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.

Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.

Prosiding mahkamah akan bermula jam 8.30 pagi esok.

Khalid Samad

 Menarik untuk dikongsi bersama catatan YB Khalid Samad dalam postingnya MAIS, JAIS dan Konsistensi

Jikalau ada yang masih tidak dapat 'menangkap' isu sebenar yang dibawa dalam posting saya yang bertajuk: UMNO, Kura-Kura dan Perahu, di sini saya ingin menjelaskannya. Sebenarnya kedua-dua YB BN bukanlah menjadi sasaran saya dalam isu ini. Tetapi mereka pula yang respon. Dato' Idris respon dengan meletakkan linknya ke dalam Blog saya dan Kamalanathan pula melalui responnya dalam Utusan. 

Apa yang dilakukan oleh kedua-dua YB BN adalah apa yang SEPATUTNYA dilakukan oleh seseorang YB; dimana mereka berusaha berdamping dengan masyarakat termasuk dalam memakmurkan Masjid dan Surau. Saya syorkan mereka berdua teruskan aktiviti mereka yang baik ini, kerana setahu saya tiada sebarang kesalahan yang dilakukan.

Oleh yang demikian, yang menjadi masalahnya ialah pendekatan JAIS dan MAIS yang mempunyai 'double standard' dalam soal seperti ini. Apabila kegiatan sebegini dilakukan YB dari BN, mereka diam, malahan berusaha keras membantu. Tetapi apabila ianya dilakukan oleh YB dari PR, maka berbagai bentuk tohmahan yang dilemparkan. Pada pendapat saya, perkara ini berlaku kerana mereka (JAIS dan MAIS) ingin membantu BN dalam usaha BN untuk memberikan persepsi bahawa di bawah PR, titah Sultan dilanggar dan Islam tercabar. Sedangkan itu hanya satu cerita dongeng rekaan dan apa yang dilakukan PR adalah usaha mendampingi masyarakat dan ummat Islam - sepertimana yang dilakukan BN.

Sasaran kedua saya adalah seorang ahli Parlimen yang mengeluarkan 'fatwa' bahawa penyerahan sumbangan oleh orang bukan Islam kepada Masjid dan Surau adalah satu penghinaan kerana kononnya orang Islam terpaksa 'menggemis' dengan orang bukan Islam. Sekiranya perkara ini benar dan dia konsisten tentang kenyataannya tempohari, maka sepatunya dia membidas tindakan Kamalanathan dan bukan HANYA YB Teo. Ini semua adalah bukti bahawa mereka hanya berpura-pura.

Seperkara lagi, gambar-gambar tersebut tidak diedit. Ianya boleh diperolehi di dalam link yang diberikan oleh Dato Idris sendiri, malahan banyak gambar-gambar lagi. Soal di luar atau di dalam Masjid tidak relevan bagi saya. Itu sepatutnya soalan yang diajukan kepada JAIS dan MAIS bukan saya; kerana bagi saya, selaras dengan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan, ianya tidak merupakan suatu masalah atau kesalahan.

Berkenaan publisiti untuk Kamalanathan, saya berharap beliau tidak terlalu 'kebulur' untuk publisiti murahan seperti ini. Lebih-lebih lagi beliau bukanlah pokok kepada isu yang dibincangkan dan hanya mendapat publisiti tempias sahaja. Kalau itulah yang ingin beliau banggakan, takut-takut itu sahaja yang diketahui rakyat akan peranan beliau sebagai seorang ahli Parlimen. Saya nasihatkan, sebagai seorang MP, beliau sepatutnya membina reputasinya di atas peranannya di Parlimen, membantah rang undang-undang serta dasar-dasar yang jelas membebankan rakyat seperti penarikan balik subsidi dan rang undang-undang GST, bukan publisiti 'tempias' sebegini. Tetapi kalau beliau masih terlalu mengharapkan publisiti murahan seperti ini, maka saya redha.

Akhirnya, sebagai penutup bicara, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-ngalukan lawatan Queen Elizabeth II ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 14 Oktober 1989, walaupun telah lebih sepuluh tahun yang lalu. Selamat datang ke Malaysia, Welcome to Malaysia!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

21 September 2010

Siapa Sangka

Adik Menteri Besar Kelantan, mengesahkan beliau menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari sebuah syarikat Bumiputera, I'Da World Group Sdn Bhd, bagi membantu Pas Kelantan atas sifat peribadi dan bukan mewakili parti atau Kerajaan Kelantan.

Nik Din Nik Mat berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana tiada wakil kerajaan negeri atau Exco yang tampil mewakili Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik untuk menerima replika cek itu di suatu majlis di sebuah hotel terkemuka di Kota Bharu, dua hari lalu.

"Oleh kerana tidak ada wakil kerajaan negeri dan parti yang tampil menerima cek (replika) bernilai RM4 bilion itu, maka saya naik ke pentas itu sebagai bertindak atas sifat peribadi,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka, dekat Kota Bharu hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai sebuah syarikat Bumiputera, I'Da World Group Sdn Bhd yang menimbulkan misteri dan kejutan banyak pihak kerana bermurah hati untuk menderma kepada Pas Kelantan bagi membangunkan negeri itu.

Ini termasuk Projek Super Mega Seri Tujuh (S7) yang membabitkan kawasan seluas 144,000 ekar atau 576 hektar melibatkan kos RM313.71 juta.

Nik Din berkata, beliau tidak menaruh prasangka kepada mana-mana pihak dan tampil menerima replika cek itu kerana mengenali salah seorang anggota syarikat itu yang merupakan kawan baik beliau sejak di sekolah.

Replika cek bernilai RM4 bilion itu disampaikan oleh Pengerusi Eksekutif syarikat itu, Abdul Rahman Abdul Rashid, seorang anak Kelantan yang kini menetap di luar negara. - Bernama 

..... jangan terus percaya, ini berita penglipurlaya, baca lagi link dibawah 

19 September 2010

Kerajaan yang ada mesti diubah

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli menegaskan Pakatan Rakyat (PR) khususnya PAS mempunyai keyakinan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini mesti diubah.

Tambahnya, dalam masa sama meyakinkan rakyat bahawa Putrajaya mesti diambil alih memandangkan kepada suasana yang berlaku dalam negara kini memerlukan perubahan.

Suasana dalam negara kini, katanya, perlu ditangani serius oleh pihak berkuasa terutama masalah jenayah, pendidikan dan ekonomi.

Beliau berkata demikian kepada media pada Rumah Terbuka PAS Kelantan di Dataran Stadium Sultan Mohd Ke-IV di sini, semalam.

Mengulas dakwaan disebabkan persaingan sengit parti politik selepas Pilihan Raya Umum 2008  menyumbang kepada ketidakstabilan negara termasuk hubungan kaum dan sosial masyarakat, beliau berkata kenyataan itu menggambarkan hilangnya kewibawaan pimpinan Umno Barisan Nasional yang mendominasikan negara bagi menjadikan suasana harmoni serta kawalan keselamatan yang baik.

“Apa persoalannya dengan remaja yang membuang anak, kelahiran anak luar nikah yang begitu ketara mutakhir ini, penipuan di kalangan ahli-ahli perniagaan hingga membawa kepada berlakunya pembunuhan, apa kaitannya dengan persaingan sengit parti politik?” soalnya yang juga Bendahari PAS Pusat.

Ini kerana, katanya persaingan politik adalah pada bentuk ideologi dalam mengemukakan pilihan-pilihan dan alternatif kepada rakyat.

Namun apa yang berlaku dalam negara kini, katanya menyebabkan rakyat seolah-olah berada dalam keadaan terumbang ambing, ekonomi dan masa depan pendidikan negara tidak jelas
.
Begitu juga, ujarnya dengan suasana pergaulan sosial masyarakat khususnya di kalangan remaja tidak dikawal dengan serius, sedangkan itu adalah fungsi yang mesti dilaksanakan pihak berkuasa. 

Beliau menambah, ertinya keputusan PRU 2008 itu menyebabkan Umno BN tidak mampu mentadbir dengan baik walau pun mereka menang, meski pun bukan dua pertiga di Parlimen.

Pada beliau, Umno BN mesti mengaku kegagalan mentadbir negara serta menggambarkan betapa merosotnya prestasi parti perkauman Melayu itu.

“Dakwaan itu juga sebagai permulaan kepada satu pilihan raya untuk mendapatkan mandat baru memandangkan mandat yang ada kini adalah ‘mandat kepada Pak Lah’, dan kalau itulah kemungkinannya maka dakwaan analisa persaingan sengit politik itu adalah di luar politikal,” ujarnya..... harakahdaily

17 September 2010

Masyallah, hebatnya ......

Masyallah, hebatnya Tuanku Sultan Kelantan. Tak tau nak kata, anda lihatlah sendiri begitu mulia sifat Baginda. Alhamdilillah moga baginda terus dapat menjadi payung kepada seluruh rakyat Kelantan yang menjadi jajahan takluk Baginda. Berbahagia dan bergembira serta bersyukurlah seluruh rakyat Kelantan mendapat seorang Sultan yang begitu baik seperti Tuanku.
Sumber berita, serta gambar ~ Klik sini

Malaysia Today is now back on track

Assalamualaikum,

Finally, the most controversial alternative website is up and running after severe attack by dunno who? Feel free to browse the website.

www.malaysia-today.net

16 September 2010

Aku, Lim dan Islam

By Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am
Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.  kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.  Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan. Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. 'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan. Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu? kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa? Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean? Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian? Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku. Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir. Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam? Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

15 September 2010

Rasakan 'bila senjata makan tuan'

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena  Dato Mahfus Omar, Utusan dilihat sedang digunakan oleh pihak pro Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Umno sudah terasa bagaimana peranan Utusan Malaysia mengkucar-kacirkan Umno tapi Umno lupa mereka menggunakan Utusan untuk memfitnah Pas dan Pakatan Rakyat selama ini," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan akhbar berkenaan yang banyak menyiarkan artikel menyokong dan mempertahankan Perkasa termasuk kenyataan penasihat NGO itu, Dr. Mahathir Mohamad.

"Ini satu krisis dalaman Umno dan saya tidak melihat tindakan Utusan itu sebagai kebebasan bersuara tetapi saya milihat satu agenda tersembunyi yang didalangi oleh seseorang untuk menjatuhkan Najib.

Baca seterusnya disini

13 September 2010

Sayonara Umno

Jika apa yang dikatakan oleh Mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa UMNO tidak mampu berbalah dan memisahkan diri daripada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) jika tidak mahu menanggung risiko kehilangan banyak sokongan adalah benar maka secara mudahnya bolehlah dikatakan sebagai Parti Politik, Umno sudah tidak tidak releven dan mempunya masa depan untuk meraih sokongan melalui parti yang menjadi tunjang BN ini untuk memerintah selepas PRU 13 nanti.

Dengan pelbagai cadangan termasuk oleh bekas Perdana Menteri bahawa Umno amat memerlukan seberapa banyak sokongan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) jika parti induk Barisan Nasional (BN) itu tidak mahu kehilangan sokongan akar umbi memperlihatkan bahawa Umno terlalu lemah, tidak kuat dan pengakuan bahawa mereka akan kalah mengiakan pendapat ramai bahawa Pakatan Rakyat perlu bersedia awal untuk menmgambil alih  tempat BN.

Pada Khamis lalu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, UMNO menjauhi daripada Perkasa yang lantang membuat kenyataan isu perkauman.

Dr Mahathir berkata, ahli UMNO ketika ini berpecah antara menyokong atau menjauhkan diri daripada Perkasa, sambil menjelaskan keadaan seperti itu boleh menyebabkan jurang yang lebih parah di kalangan mereka.

“Ia menyebabkan rasa serba salah di kalangan ahli UMNO sendiri. Ada yang akan kekal dan ada yang menjauhkan diri... ini akan lebih memisahkan mereka.

Jika saranan SU agong Umno ini sudah tidak diterima oleh majoriti, maka nyatalah bahawa Umno kini sudah tidak punya apa-apa lagi dan sudah kini bersedia untuk memberi laluan mudah kepada parti-parti lain yang bertanding atas dasar kekuatan sokongan kepada parti memenangi PRU akan datang .... Sayonara UmNo.

09 September 2010

Selamat Meraikan Eidulfitri

Sempena Hari Lebaran yang bakal menjelma ini kami ingin mengucapkan

"تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكم"

‘Taqabbalallahu minna waminkum’

"Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu"

Kami juga ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya ada tutur bicara atau perilaku yang telah mencalar perasaan sesiapapun. Sesungguhnya setiap manusia itu tidak maksum dari melakukan kesilapan.

Allah SWT telah berfirman:

"dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani"
(Surah An-Nuur 24:22)

Selamat Berbahagia di Aidilfitri

"Kullu 'am wa antum bikhair"

Dengan ingatan tulus ikhlas,
Sekretariat Parlimen Kota Raja
http://p111kotaraja.blogspot.com/

08 September 2010

Call 03-86888303 jika laman web digodam

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengesan peningkatan ketara dalam jumlah laman web dalam negara yang digodam bulan ini, dan sedang bekerjasama dengan pemilik laman web berkenaan untuk memulihkannya.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat SKMM, Zeti Marziana Muhamed, berkata bilangan laman web yang digodam meningkat kepada 262 kes minggu pertama bulan ini berbanding 168 kes bulan lalu.

"Ia bertujuan untuk mengurangkan risiko penggodaman sekiranya terdapat kelemahan pada ciri-ciri keselmatan laman web," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pemilik laman web juga disaran mengambil langkah yang mencukupi supaya keselamatan web mereka terjamin dan diberi perhatian sewajarnya semasa cuti perayaan.

Zeti berkata, kebanyakan laman web tidak dipantau ketika hari raya dan serangan penggodam itu meningkat sewaktu musim raya tahun lepas.

Beliau seterusnya meminta pemilik laman web supaya menghubungi SKMM di talian 03-8688 8303 sekiranya mereka mengesan sebarang kegiatan penggodaman di laman web mereka.

Katanya, pusat itu diwujudkan selaras Dasar Keselamatan Siber Kebangsaan dan 10 Objektif Dasar Kebangsaan yang termaktub di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Pusat itu bertindak dalam memberikan amaran pencegahan awal kepada semua pihak yang berkaitan dalam negara," katanya.

07 September 2010

Hishamuddin Rais: Umno 'kecutkan' minda Melayu

Artikel dari Hishamuddin Rais ini memang Klasik kerana sedari dulu lagi UMNO cuba untuk mengekang Minda rakyat khasnya orang melayu. Perkara ini didokong oleh media massa yang langsung menyempitkan tahap pemikiran orang Melayu. Alhamdullillah, orang Melayu bandar yang terdedah kepada media alternatif  terlepas dari serangan pemikiran sempit ini.
Penulis kontroversi, Hishamuddin Rais berkata minda Melayu kini telah 'dibonsaikan' (dikecut dan diubah seperti pokok bonsai) oleh agenda politik Umno dengan tujuan bagi mengekalkan budaya takut terhadap bukan Melayu.

Bekas tahanan ISA itu berkata Umno sentiasa menyemarakkan kebimbangan perkauman untuk menyakinkan rakyat bahawa parti itu pilihan terbaik bagi orang Melayu kekal di hadapan dari segi pembangunan sosial dan ekonomi di Malaysia.

"Proses 'membonsai', mengosongkan dan mengejutkan orang Melayu ini berlaku lama dahulu pada zaman British. Melayu diketuai oleh pemimpin yang malas dan mereka yang malas berfikir,” kata Hishamuddin pada forum 'Malays are muted too!' di Kuala Lumpur malam semalam.

Aktivis kontroversial itu berkata Melayu telah lama diindoktrin supaya takut kepada idea baru dan dihantui ketuanan Cina sehingga menganggap kaum itu satu ancaman terhadap kewujudan mereka.

KJ: PERKASA punca BN hilang undi

Ketika pengaruh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat menggelisahkan beberapa pemimpin Umno, Ketua Pemuda Umno pula melihatnya seolah-olah tidak akan menyinggung langsung sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

"Saya tidak menipu, saya rasa banyak ahli PERKASA sebenarnya ahli Umno. Jadi, secara impiralnya, mereka ini tidak menambahkan sokongan pada Umno.

"Itu sebabnya saya saya ambil pendirian tegas terhadap mereka. Jika ahli PERKSA, apa yang kamu boleh dapat daripada PERKASA? Tak banyak," kata Khairy (kiri) yang juga ahli parlimen Rembau.

"Mereka tidak akan sokong pembangkang kerana mereka akan berikan undi pada Umno juga. Jadi kesan politik PERKASA kepada Umno adalah minimal kerana ia tidak menambahkan undi Melayu."

Ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Khairy bagaimanapun berkata sekiranya anggota parti itu diminta memilih antara Umno dan PERKASA sebagai sebuah parti politik, keadaan mungkin berbeza.

"Di akhirnya, kesan undi bukan Melayu terhadap Umno dan BN, disebabkan PERKSA, adalah signifikan. Dalam perkiraan politik, di akhirnya, (PERKASA) menghilangkan lebih banyak undi daripada yang ditambahnya," jelasnya.

Justeru, ekoran senario ini, kenapa Umno tidak mengambil pendirian lebih tegas terhadap pertubuhan pro hak-hak bumiputera itu?

"Soalan yang bagus. Saya tidak tahu. Saya rasa patut," katanya sambil mengambil masa untuk menjawab serta ketawa kecil.

Sehubungan itu, Khairy berkata, adalah penting untuk Umno menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka berbeza sama sekali dengan PERKASA.

"Saya tahu apa PM fikir tentang mereka ini. Tetapi terpulang pada beliaulah untuk memberitahu rakyat apa yang beliau rasa," katanya yang nampak keberatan mengulas lanjut.

Ditanya sama ada Umno akan terus relevan di kalangan Melayu, Khairy terus mempertahankan bahawa parti berusian 64 tahun itu akan terus ada dalam lanskap politik Malaysia.

"Kami akan sentiasa lebih besar daripada PERKASA," katanya sambil menyamakan Umno umpama sebuah khemah yang besar.

05 September 2010

Orang umNo kata : Ezam songlap duit

Menurut sumber dalaman UmNo dari sini Wang 1 juta dikatakan buat bayar percetakan poster Anwar Ibrahim, tapi mengikut Sdr Lokman Adam, dia dapati bayaran untuk percetakan itu hanya rm110,000 ribu, jadi bakinya sebanyak rm890,000 ribu lagi kemana perginya. Mungkin Ezam Md.Noor boleh jawab.

Wang 1 juta itu diterima daripada Rahman Adnan setelah melalui saat-saat cemas yang mana wang itu dibawa masuk melalui johor dari singpore, itulah serba sedikit pendedahan yang telah dibuat oleh Sdr Lokman Adam terhadap Sdr Ezam Md.Noor.

Sdr Lokman Adam sekarang ini adalah Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, manakala Ezam Md.Noor pula adalah Senator "Boy" yang lantik oleh Perdana Menteri. Jadi apabila di belek sejarah lalu, diantara Sdr Lokman Adam dan Ezam Md.Noor, siapakah lebih jujur.

Banyak lagi cerita-cerita menarik pasal Ezam Md.Noor yang telah dicerita oleh Sdr. Lokman Adam. Sebagai seorang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia adalah perlu seluruh ahli Pemuda UMNO mendengar pendedahan yang telah dicerita oleh beliau terhadap Ezam Md.Noor.

Jika perlu, buku pendedahan yang telah dibuat oleh Sdr Lokman Adam akan saya edarkan sebagai bahan bacaan untuk menambah ilmu pengetahuan

04 September 2010

Bagaimana kontraktor cina nak buat masjid kalau tak boleh masuk?


Negara jadi kecoh seminggu dua ini, bilamana ada seorang dua YB dari DAP masuk ke dalam ruang solat masjid dan surau di Selangor; seolah-olah itulah tragedi hitam dalam sejarah masjid di Malaysia. Macamlah perkara ni baru kali pertama berlaku, sedangkan semua orang tahu dah bertahun pimpinan MCA dan Gerakan yang bukan Islam memasuki masjid, tak jadi kecoh pun. Bahkan ada di kalangan mereka masuk untuk kempen dalam PRU pun sebelum ni..

Cuma sepatah kata kawan saya: “Cina MCA atau Gerakan tu tak apa, sebab dia orang dah tak berapa Cina, bukan macam DAP, itu ‘piau’ Cina punya”. Saya tak tahu mana yang ori mana yang dah celup, tapi bila tengok dua-dua tu Cina belaka. Isu sebenarnya bukanlah kerana dia Cina, tapi dia tu Cina yang duduk di Selangor dan P.Pinang. Kalau Cina Johor ke, Pahang ke, rasanya taklah kecoh sangat.
Lebih malang ada yang keluar ‘fatwa’ melarang Cina kafir masuk ke masjid, takut ianya mencemar nama baik masjid. Tapi bila bagi projek buat masjid, berapa ramai kontraktor Cina diambil untuk buat masjid? Bukan apa, kata tokei Cina itu: “Ini kita buat itu rumah Allah ho, jangan tipu-tipu, mesti baik punya, nanti ada ‘ong’ punya!”.

Dia pun tahu buat masjid tak boleh tipu, kena buat betul-betul, tapi bila bagi kepada kontraktor Melayu (sebut UMNO) buat masjid, lihatlah berapa banyak masjid yang terbengkalai, mengaut untung ‘atas angin’ bilamana tender dijual kepada kontraktor Cina. Bahkan yang memasang karpet masjid tu pun berapa banyak kontraktor Cina yang buat? Masa tu masuk masjid tak apa, sebab belum dirasmikan lagi. Yang dah rasmi pun kalau nak baiki ‘mic’ bagi power punya, berapa ramai Cina yang dapat projek? Ini tak apa pulak. Sebabnya hanyalah yang dapat tu Cina MCA, tak apa. Jangan Cina DAP je…

Nasib mereka ni macam ‘bulldózer’, yang diguna untuk tolak tanah, ratakan tanah nak buat lebuhraya, tapi bila dah siap, dia tak dibenarkan lalu atas lebuhraya tu. Kalau nak jalan jugak, dia kena naik lori. Jadi kalau DAP nak masuk masjid jugak, dia kena ‘naik’ atas BN rasanya baru ok……kalau dah jadi begitu, hari ni juga dia dah boleh masuk masjid.

03 September 2010

DAP & UmNo terus Agresif

DAP Selangor akan menghantar pasukan sukarelawannya di seluruh negeri bagi memastikan setiap individu yang mencapai umur 21 tahun didaftarkan sebagai pengundi.

Setiausaha Negerinya, Lau Weng San berkata, langkah itu penting sebagai sebahagian daripada persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Katanya, strategi berkenaan berjaya menarik ramai pemilih baru terutamanya pengundi muda di kawasan yang tidak mempunyai cawangan DAP.

“Selain menghantar sukarelawan ke kawasan yang tidak mempunyai cawangan DAP, kita juga telah membuka kaunter pendaftaran di kawasan tumpuan seperti pasar malam dan sebagainya.

“Usaha menarik dan mendaftar pemilih baru ini sebenarnya dijalankan secara berterusan, ia dilakukan sejak sebelum pilihan raya umum yang lalu lagi,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Weng San berkata, pada masa sama pihaknya mengakui masih ramai pengundi muda di negeri ini yang belum mendaftar sebagai pemilih baru.

Justeru katanya, pihaknya akan melipat gandakan usaha bagi menarik golongan terbabit sebagai ahli DAP.

“Kita dapati kesedaran mendaftar sebagai pemilih masih kurang di kalangan orang muda di negeri ini.

“Justeru, kita akan menggunakan peluang yang ada untuk menarik dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih baru,” katanya.

Terdahulu, berdasarkan perangkaan dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelmarin, DAP mendaftar seramai 9,106 pengundi sepanjang Julai lalu manakala UMNO pula 7,230 orang.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya telah menubuhkan sebuah sekretariat khusus bagi menarik pemilih baru.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, sekretariat berkenaan bekerja sepenuh masa bagi meningkatkan bilangan orang Melayu yang mendaftar sebagai ahli UMNO.


“Untuk menarik lebih ramai pemilih baru, kita telah tubuhkan sebuah sekretariat bagi mendaftarkan individu berumur 21 tahun sebagai pengundi.


“Mereka yang menganggotai sekretariat ini akan bekerja sepenuh masa bagi membantu meningkatkan bilangan orang Melayu mendaftar sebagai pengundi kita,” katanya

01 September 2010

Daftar Pemilih : Ada yang tak kena dengan SPR, PAS & PKR

Tidak pasti apa yang telah berlaku, tetapi cukup kecewa dengan prestasi PAS dan PKR berdasarkan lapuran oleh  Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said ini.

Apa sudah jadi? Mengapa turun begitu mendadak berbanding bulan Jun. Tiada mala petaka yang besar atau ribut taufan yang melanda negara sehingga menyebabkan pemimpin dan petugas parti tidak boleh turun padang melaksanakan tugas sepenting ini. Tapi inilah hakikatnya. Ada yang kena ni. Sekretariat Pakatan rakyat kena duduk bincang balik dan berguru dengan DAP cara perlaksanaan yang berkesan. Apa yang susah sangat pendaftaran tertinggi dibuat oleh DAP (rakan kita) bukan nya UmNo (musuh kita). Tentu mereka ada formula terbaik yang patut kita contohi.

Nak tanya pula pada Datuk Zainal Abidin, jumlah yang diberi ini adalah jumlah pendaftaran yang dibuat oleh PPS Parti politik, mana pula jumlah yang dibuat oleh SPR? Tak kan kerja SPR  tunggu di pejabat dan terima borang 'A' dari PPS dan key-in dalam system sahaja. Bagi tahulah apa nak sorok-sorok atau SPR memang tak buat kerja hingga malu nak hebahkan jumlah pendaftaran yang dibuat.

Jika ini keadaannya dan SPR hanya mengharap kepada PPS untuk buat kerja, kami cadangkan (jangan pulak melenting) kecilkan petugas operasi untuk menjimatkan perbelanjaan dan duit tersebut boleh digunakan untuk memberi insentif kepada PPS dari sekarang RM1.00 satu borang pendaftaran baru kepada RM5.00 atau RM7.00. Jika ini dapat dilaksanakan sudah tentu setiap PPS akan berusaha lebih keras lagi. Ini lebih baik daripada membazirkan ribuan ringgit kepada pegawai SPR yang tidak kreatif untuk menjalankan tugas mereka dan membazirkan duit rakyat.... UPP Kota Raja

harakahdaily - DAP dan Umno terus mendahului PAS dalam mendaftar pemilih baru apabila masing-masing mendaftar  9,106 dan 7,230 bulan Julai lalu berbanding dengan PAS hanya PAS (3,961) manakala PKR (1,749).

Kedudukan ini menjadikan DAP dan Umno  masing-masing mendaftar 38 dan 30 peratus dari jumlah keseluruhan pemilih baru yang didaftarkan Julai lalu. Jumlah yang didaftarkan oleh penolong pendaftar dari parti-parti politik Julai lalu adalah seramai 23,911 pengundi

Menurut The Malaysian Insider, jumlah itu tidak sampai separuh daripada 48,655 orang yang didaftarkan pada bulan Jun.

Pada Jun, DAP mendaftarkan 20,862 orang ataupun 42.8 peratus manakala Umno pula 10,675 orang iaitu 21.5 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Panel Pendaftaran dan Penyediaan Daftar Pemilih SPR Datuk Zainal Abidin Mat Said mengakui ada penurunan prestasi parti politik mendaftar pengundi baru pada Julai lalu.

“Sebab, faktor penurunan kami tidak dapat pastikan. Tetapi DAP masih di depan,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata, dari segi peratusan pendaftaran pengundi baru Umno nampaknya ‘semakin agresif’ pada bulan Julai berbanding bulan Jun.

“Pada Jun, peratusan pengundi baru yang didaftarkan oleh penolong pendaftar DAP adalah sebanyak 42 peratus berbanding 21 peratus di pihak penolong pendaftar dari Umno. Pada bulan Julai, DAP merekodkan 38 peratus manakala Umno pula 30 peratus,” katanya lagi.

Penolong pendaftar dibayar RM1 bagi setiap permohonan baru dikemukakan kepada SPR.

Terdapat 2,378 penolong pendaftar yang dilantik mewakili parti-parti politik di seluruh negara.

Sepanjang Julai lalu PAS menghimpunkan 3,961 pengundi baru berbanding 12,228 pengundi baru sebulan sebelum itu.

Mengikut pecahan yang dikeluarkan SPR, pada Julai lalu, Umno mendaftar 7,230 pengundi baru, MCA (455), MIC (18), Gerakan (83), DAP (9,106), PAS (3,961), PKR (1,749), PPP (98), PBS (225), SAPP (20), LDP (68), PBB (303), SUPP (490), SPDP (93), dan PRS (12). Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, DAP telah mendaftarkan 55,321 pengundi berbanding Umno 54,872.

MCA pula mendaftarkan 2,917 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu, MIC (1,109), Gerakan (476), PAS (36,618), PKR (13,098), PPP (empat), PBS (686), SAPP (218), Upko (241), LDP (37), PBB (649), SUPP (972), SPDP (435), PRS (191) dan SNAP (enam).

Dalam pada itu, Zainal Abidin berkata, SPR telah mewartakan daftar pemilih tambahan suku kedua 2010 membabitkan pemilih yang terdiri daripada seramai 164,812 permohonan pemilih baru dan 27,149 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi.

Pada masa yang sama kata beliau, SPR telah mengeluarkan sebanyak 58,303 nama daripada rekod pemilih berdaftar atau sebab-sebab seperti meninggal dunia dan dilucut hak warganegara.

Daftar pemilih suku kedua itu telah diwartakan hari ini.

Sehubungan itu kata beliau, dengan pengesahan daftar tambahan suku kedua ini negara mempunyai seramai 11,381,193 pemilih yang sah berbanding 11,247,225 sebelum ini.

Daripada seramai 11.4 juta itu, 4,344,101 orang merupakan pengundi berusia 40 tahun dan ke bawah manakala 7,037,092 lagi berusia 41 tahun dan ke atas.

“Dengan proses ini, SPR telah dapat mengurangkan bilangan mereka yang mendaftar daripada 4.3 juta kepada 4.2 juta,” katanya.

Secara perbandingan kata beliau, SPR menerima 191,970 permohonan baru sepanjang suku kedua 2010 melibatkan April dan Jun lalu berbanding 157,327 pada suku pertama.

“Secara purata kami menerima 170,000 permohonan bagi setiap suku tahun ini setakat ini berbanding 85,000 permohonan setiap suku sepanjang tahun lalu.

“Pada tahun pilihan raya umum 2008 (yang berlangsung bulan Mac), SPR hanya menerima secara purata 50,000 berbanding purata 300,000 setiap suku pada tahun 2007,” katanya.

Oleh itu beliau menjangkakan purata permohonan baru yang diterima akan meningkat selepas ini mengambil kira pilihan raya umum dan negeri Sarawak.

Manusia lupa daratan

Mat Kopiah ni memang jenis tidak mengenang jasa pengundi-pengundi yang memenangkannya dalam  PRU 12  yang lalu.  Dialah diantara beberapa  kawannya yang paling takut jika Piliharaya Umum ke 13 dijalankan seawal tahun depan.

Mat Kopiah ni sudah mencongak bahawa peluang beliau untuk jadi YB jika bertanding ditempat yang sama atau bertanding dimana-mana bahagian pun pasti ditolak oleh orang Melayu (Islam) atau orang Cina, India dan lain (Kafir). Jadi berbaki peluang yang ada inilah beliau akan bercakaplah dengan penuh kesombongannya.

Pada PRU12 di Parlimen Kulim Bandar Baru, mengikut statistik pecahan kaum ialah Melayu (Islam) 69.4%, Cina + India + lain-lain (Kafir) 30.6%.

Menulis dalam blognya beliau yang memuji pandangan ulama muda masuk Umno Fathul Bari Mat Jahaya;

"Agak ironis seorang ilmuan saperti Ustadz Fathul Bari tidak dibenarkan memasuki surau dan masjid untuk bertazkirah, tetapi kafir harbi yang menentang Islam bukan sahaja boleh masuk tempat utama solat, malah dibenar bertazkirah sambil memijak tempat sujud umat Islam yang tanpa segan malu menhulur tangan menagih angpau dan bantuan dari tangan kafir harbi ini." Baca semua di sini.

Di Malaysia ni agak-agak orang bukan Islam ni kategori kafir zimmi atau kafir harbi? Tak pa lah tapi dalam pru yang lalu Zul Noordin menang di Kulim Bandar Baharu agak-agak undi kafir zimmi atau kafir harbi?

Adakah semua undi Melayu yang menangkan Zul?Kalau bukan tentu kafir harbi yang bagi 'angpow' kepada Zul untuk menang di parlimen Kulim Bandar Baharu.

Nak tanya jugak antara orang kafir harbi dan orang munafik mana lagi teruk?

Baca juga kerja fitnah Umno di sini.

UMNO JUARA FITNAH

(Harakahdaily) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) kesal kerana Umno terus memainkan intrumen fitnah bagi memburukkan Imej PAS dan Pakatan Rakyat, walaupun masih berada dalam bulan Ramadhan.
Pemangku ketuanya, Herman Samsudeen berkata, tindakan cybertrooper Umno yang menggunakan nama "PAS Beruk" mencipta dan menyebarkan gambar super impose yang kononnya Lim Guan Eng sedang menyembelih lembu korban untuk umat Islam dengan tagline "Sanggupkah kita lihat jika jadi begini? Dalil apa lagi nak halalkan perbuatan DAP??" adalah keterlaluan dan sengaja mencetus sentimen agama.“DPPWP kesal kesal budaya fitnah terus membiak dalam Umno walaupun dalam bulan Ramadhan ini. Begitu jauh mereka tersasar dari hidayah Allah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Baginya, demi kepentingan politik mereka, gambar sedemikian dicipta, walhal gambar sebenar adalah menunjukan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sedang menyembelih lembu korban untuk rakyat. Katanya, gambar berkenaan sengaja direka dengan harapan rakyat melihat bahawa kerjasama PAS dan DAP kononnya merosakan Islam. “Hal sebegini sudah berakar umbi dalam Umno sehingga diwarisi oleh anak-anak muda hingusan yang baru bersama Umno,” katanya. Sebelum ini, media Umno-Utusan Malaysia memutar belitkan fakta dengan menyebarkan kepada rakyat yang ahli parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching beri 'tazkirah' dalam surau di mana ucapan aluan sengaja ditukar kepada 'tazkirah' bagi mencetuskan polemik awam.

Dua hari lepas, Tan Sri Zainuddin Maidin yang juga mantan Ketua Penerangan Umno pula menyebarkan fitnahnya dengan mengatakan PAS mahu rampas harta Cina semasa peristiwa 13 Mei dan PAS kononnya turut menyokong tindakan Indonesia menyerang Malaysia semasa konfrontasi.
....Dah memang tu Kerja puak-puak UMNO. Mereka memang tidak boleh hidup tanpa Rasuah, Fitnah dan sebagainya. Segala perangai Keji tu memang lah perangai UMNO. 

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini