31 December 2010

Teo Nie Ching, Pak Lah & Kak Rosmah

Ini lah gambar terkini yang menjadi paling dipertikaikan oleh Umno dan kuncu-kuncunya.

Mereka kata amoi ni terlalu seksi ketika berada diperkarangan Masjid ketika melakukan senamrobic bersama jemaah masjid tersebut.

Komen pertama hadir dari AF Pengerusi Ikim Pak Lah Badawi,

"Tolong beri perhatian kepada perkara sensitif yang menimbulkan keadaan tidak baik. Ambil berat sedikit dengan apa yang nak dilakukan," kata Pak Lah kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah di Kepala Batas hari ini. Abdullah, yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim).

Baguslah Pengerusi Ikim bagi nasihat. Eh eh  mahu ke orang dengar nasihat darinya sebab perangai dia pun miang semacam je,
Yang ni siapa yg nak keluarkan nasihat (ualamak muda umno) sebab peluang dah depan mata Pak Lah, mana nak tolak

Uh baju anak dia lebih hebat dari Teo Nie Ching, tak pe ye

Sebenarnya hasil tarbiyyah UMNO.. sudah jadi kacau takrif aurat. Membujur lalu melintang patah. Sudah bertukar Islam hadhari dan badwi. Inilah jasa Umno-BN kepada Islam semenjak dulu, kini dan begitulah selamanya... Dah pemimpin kencing berdiri.. apa-lagi rakyat pun kencing berlarilah

Kak Rosmah isteri PM 1Malaysia pula memang boleh dijadikan contoh tauladan, ketatnya pakiana beliau macam sarung nangka jugak? Mana ulama muda? Mana penasihat IKIM? Mana penasihat agama Umno? Tak nak nasihatkan kakak kita ni ke.

Ini pula komen Teo Nie Ching .... baca jangan tak baca.

Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato' NIk Abdul Nik Mat menjelaskan Islam membolehkan sebarang aktiviti di kawasan masjid selagi mana ianya tidak bercanggah dengan syariat Islam, dan ianya tidak terhad hanya kepada umat Islam sahaja.

Beliau turut menegaskan, pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, orang-orang kafir tidak pun dilarang untuk memasuki masjid kerana fungsi masjid itu adalah sebagai pusat segala kegiatan termasuk politik.

Ketika mengulas isu senamrobik Ahli Parliman Serdang, Teo Nie Ching, beliau menjelaskan menjadi kewajipan kepada kita sebagai umat Islam untuk menjelaskan peraturan dan kaedah dari segi Islam bagi sesiapa yang mengunjungi masjid agar kesucian masjid sebagai rumah Allah tetap terpelihara.


Sementara itu, Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu
kenyataannya mengalu-alukan penglibatan YB Teo di dalam program kemasyarakatan tersebut. Beliau turut menasihatkan agar cara pemakaian perlulah sopan dan peka dengan sensitiviti umat Islam khususnya.


"Jangan menyukarkan keadaan sehingga tertutup hati orang yang mahu mengunjung dan mendekati diri dengan masjid lantaran itu adalah peluang keemasan untuk pihak masjid berdakwah. Bukan senang nak dapat peluang orang nak datang ke masjid dalam keadaan dunia hari ini ramai pula yang mahu menjauhkan diri dari masjid," katanya lagi.

30 December 2010

Khusrin: Jangan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong

Warna warni Politik Malaysia 2010

Berikut ialah kronologi peristiwa politik tanah air sepanjang tahun 2010.

JANUARI:

1 - Bekas Menteri Penerangan dan bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia pada usia 71 tahun.

FEBRUARI:


1 - Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim mengumumkan keputusan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi anggota Bebas.

2 - Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin keluar PKR untuk sertai Umno.

MAC:

1 - Anggota Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng mengumumkan keputusan keluar daripada PKR dan menjadi anggota Bebas.

3 - Anggota Parlimen Bagan Serai Mohsin Fadzli Samsuri keluar PKR dan menjadi anggota Bebas.

6 - PKR pecat anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin.

28 - Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menang jawatan presiden MCA menewaskan bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting dan penyandang Datuk Seri Ong Tee Keat dengan majoriti 68 undi pada pemilihan MCA.

APRIL:

25 - Calon Barisan Nasional P Kamalanathan menewaskan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.

MEI:

14 - Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong isytihar keluar daripada PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

16 - Calon DAP Wong Ho Leng menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu dengan majoriti 398 undi.

JUN:

11 - PAS benarkan calon bukan Islam bertanding menggunakan simbol parti itu semasa pilihan raya tetapi dengan syarat terima dasar dan perjuangan parti itu.

JULAI:

22 - MIC terima Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk T Murugiah, yang dipecat daripada Parti Progresif Penduduk (PPP), menjadi anggota MIC.

OGOS:

1 - DAP pecat ahli Majlis Perbandaran Klang Tee Boon Hock kerana dakwaan menyalahgunakan kepala surat seorang anggota exco Selangor.

SEPTEMBER:

1 - Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Peter Pang En Yin keluar daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) dan menawar untuk melepaskan jawatan kerajaan kerana tidak setuju pendirian parti menentang kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau masih memegang semua jawatan kerajaan.

OKTOBER:

23 - Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu perhimpunan agung Umno bahawa beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang ke seluruh negara tahun depan untuk bertemu anggota Umno dan rakyat.

4 - Calon BN Abdul Aziz Yusoff mengalahkan calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dengan majoriti 1,190 undi dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas.

4 - Calon BN Datin Linda Tsen menang pilihan raya kecil kerusi Parlimen Batu Sapi di Sabah mengalahkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR Ansari Abdullah dengan majoriti 6,359 undi.

19 - Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan hasrat untuk keluar daripada PKR ekoran hilang kepercayaan dengan perjuangan parti itu.

20 - BN setuju pinda perlembagaannya untuk memperkenalkan keanggotaan bersekutu dan keanggotaan bergabung secara terus.

24 - Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Tun Dr Lim Chong Eu meninggal dunia pada usia 91 tahun.

28 - Anggota Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dipilih sebagai Timbalan Presiden PKR.

28 - Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok dipilih Pengerusi DAP Selangor.

DISEMBER:

1 - Umno tangguh pemilihan parti 2011 selama 18 bulan.

6 - Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu berundur selepas 31 tahun memimpin parti itu dan menyerahkan jawatan kepada timbalannya Datuk G.Palanivel.

13 - MCA tangguh pemilihan parti yang dijadualkan pada 2011, dipercayai mengikut langkah Umno.

15 - DAP turut tangguh pemilihan parti sehingga Ogos 201.2

15 - Zaid Ibrahim menjadi Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), ditukar menjadi Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA).

16 - Empat wakil rakyat pembangkang -- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh, S.Sivarasa dan Azmin Ali -- digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat selama enam bulan kerana memberi keterangan tidak benar di dewan/ menghina dewan.

17 - Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang Datuk Sulaiman Taha meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur, akibat kencing manis.

27 - Umno Pulau Pinang, Kedah, Terengganu diketuai pengerusi perhubungan yang baru daripada kalangan pemimpin negeri.

29 December 2010

Wak Jalan Kebun

Renonglah wajahnya dalam-dalam dan bayangkan jika ini orang tua anda

Wajah ini paling tidak disukai dan dibenci oleh rakyat yang mengundi pada PRU 12 yang lalu dan memilih Pakatan Rakyat memerintah Kerajaan Negeri Selangor.

Wak Jalan Kebun ni bakal punya supir sendiri, waduh waduh.

Tahniah : Penantian 14 tahun berakhir : Malaysia Juara 2010

Tahun 2010 merupakan tahun penamat yang paling mengembirakan seluruh rakyat Malaysia diatas kejayaan pasukan negara merangkul Piala Suzuki dengan menumpaskan Indonesia dengan aggregate 4-2, walau pun tewas 1-2 sebentar tadi.

Mengalahkan Indonesia di Stadium Bung Karno merupakan saat paling manis buat skuad negara.

Kepercayaan FAM mengetengahkan skuad dari pemain muda merupakan satu kejaayan yang patut dicontohi.

Rajagopal memberikan impak maksimum kepada pasukan bolasepak Malaysia, Tahniah dari Parlimen Kota Raja.

Update Suzuki Cup : tinggal 3 minit, Malaysia ketinggalan

Kedudukan semasa Indonesia 2, Malaysia 1.

Para Pemain Malayisa perlu fokus kerana aggregate Malaysia masih mendahului dengan 4-2.

Update Suzuki Cup : Minit 71

Akhirnya Indonesia berjaya juga menjaringkan GOL pada minit 71 menjadikan kedudukan 1 - 1 atau pun aggregate Malaysia 4, Indonesia 1

Minit 55 : Malaysia 4, Indonesia 0

Shafiee Salleh terus menggegar Jaring Gol Indonesia  dengan counter attact menjadikan kedudukan 1 (Malaysia), 0 (Indonesia) atau pun aggregate 4 - 0.

Kedudukan ini menghampirkan Malaysia untuk menjadi juara Piala Suzuki setelah 14 tahun kempunan sebelum ini. Apa berakhirnya tahun baru 2010 membawa sinar baru pada bolasepak Negara?

Kita tunggu hingga wisel penamat kira-kira 32 minit dari sekarang.

Kirim salam pada Bloggers UMN*O*

Ciri-ciri utama yang ada pada mereka dan banyak lagi, anda tafsirlah sendiri

1. Mereka-reka cerita bohong.

2. Tak takut dosa

3. Tak cerdik dan tak ada class

4. Suka buat fitnah

5. Mudah dihidu pembohongan mereka oleh team Bloggers Pakatan Rakyat

6. Kirim salam sama itu Bloggers UmNGOK, lain kali jadilah bloggers yang cerdik sikit, jangan sampai kawan kita kata ..... baca seterusnya di http://wfauzdin.blogspot.com/bangangnya-kau-papa-gomo

7. Kini bising isu Bapak Menteri di rogol pula?. Sorry! Menteri Merogol Amah. Nanti habis macam tu aje. Sebab… bapak punya kepala bapak menteri pun pelbagai isu VCD dah terdedah dan terlondeh. Tapi buat bodoo je.... baca seterusnya di sini

8.  Nak pendedahan lagi .... ish ish ish  bloggers UmNGOK tak tau ke pasal VCD, ni cerita semua ada bukti, jangan main-main, tak de orang boleh saman ooooo.


8.1. Datuk Chua Soi Lek bergema ditanah-air, beliau mengambil pendekatan berundur dari arena politik buat sementara dan kini beliau kembali sebagai orang no 1 MCA. Nampaknya skandal seks mungkin satu kebiasaan bagi masyarakat cina. Tak salah dan bukan permasalahan moral bagi bloggers UmNGOK.

8.2. Seperti iklan produk susu carnation.. ingat bunga, ingat carnation. Sebab itu kalau ingatkan VCD (isu & cerita skandal seks) ni, pasti kita ingat Rahim Tambi Chik (1985). Pernah heboh isu bekas Ketua menteri Melaka ni. Meskipun beliau berundur dari jawatan Ketua Menteri, tapi Ianya tidak menjejaskan maruah dan politik beliau. Hingga kini beliau masih lagi aktif dan memegang jawatan. Ye lah.. anak didik kesayangan Dr Mahathir. Beliau bebas, yang masuk penjara adalah Lim Guan Eng.

8.3. Tak cukup jantan hak tino pong sama, Senator Norhayati Onn Selangor, Naib Ketua Wanita UMNO Selangor dulu… macam nak rak. Tapi habis macam tu aje. Sebab itu dalam UMNO ni, mereka cukup gerun kalau bercakap tentang keadilan kehakiman, hukum Hudud dan sebagainya. Kerana mereka tahu yang ramai akan kena nanti adalah pimpinan UMNO. Jangan bercakap isu moral dalam Umno-BN

8.4. Kalau nak sebut cerita, filem dan VCD ni banyak le dalam UMNO. Cuma bagi mereka pandai makan, pandai simpan. Akhirat belakang kira. Tanggung masing-masing. Pandai buat, pandailah tanggung. Itulah sifir mereka. Sehingga ada pemimpin UMNO yang rapat-rapat dan baik-baik memesan… jangan biarkan isteri dan anak perempuan saudara masuk wanita dan puteri UMNO. Habisle nanti.. nak-nak yang dahi licin ciket. Kena kenduri le jawabnya!

9. Banyaknya tugas Ulama Muda UMNO dalam kerja mencuci satu tong tahi. Jangan lupa pakai baju keselamatan dan spek gogle tu.. kang terpercik kena mata kang!

Keliru

TAMAN SENTOSA- Keadaannya sejak beberapa tahun lalu menimbulkan pelbagai pertanyaan namun tiada siapa yang berani mempertikaikan tindakan pihak berkenaan.

Sebuah pengadang yang dibina di atas jalan utama dan beberapa pagar yang didakwa sebagai langkah keselamatan bukan sahaja menyusahkan penduduk malah boleh mendatangkan risiko kepada mereka jika terjadi sesuatu perkara.

Seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Man berkata, dia hairan kerana halangan yang didirikan di Lorong Bendahara 47 D itu tidak pernah ‘diusik’ pihak berkuasa sedangkan ia merupakan laluan utama di situ.

“Saya tidak boleh bayangkan jika berlaku kebakaran atau kecemasan di kawasan ini, bagaimana pihak keselamatan mahu datang ke sini dengan segera.

“Malah pembinaannya tidak pernah mendapat persetujuan penduduk dan ia didirikan tanpa memikirkan kepentingan orang lain,” katanya.

Man berkata, individu berkenaan dipercayai membina pengadang di jalan itu untuk kegunaan sendiri dan dipercayai bagi mengelakkan jalan di situ digunakan pengguna lain atas faktor keselesaan.

Menurutnya, individu itu juga dikatakan tidak mahu bunyi bising kenderaan dan membina pengadang bagi tujuan itu.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Shafie berkata, dia tidak tahu apakah tujuan sebenar individu berkenaan membuat pengadang kerana belum ada kejadian itu di tempat lain.

Menurutnya, tindakan seperti itu bukan sahaja mementingkan diri sendiri malah bakal mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat jika berlaku sesuatu kejadian antaranya kebakaran.

“Kita bukan meminta sesuatu yang buruk cuma bayangkan jika perkara itu berlaku di sini, tidakkah ia menyusahkan orang lain,” katanya.


Perlu kebenaran MPK

AHLI Majlis Perbandaran Klang (MPK) Azmi Jusoh berkata, beliau agak terkejut apabila dimaklumkan tentang kewujudan pengadang dan pagar keselamatan yang wujud di kawasan itu.

Beliau yang dihubungi Sinar Harian bergegas ke lokasi dan menjelaskan akan meminta jabatan yang berkenaan bertindak segera ke atas pengadang yang dibina itu.

Menurutnya, sebarang pembinaan di kawasan majlis memerlukan kebenaran dan tidak boleh dilakukan sesuka hati.

“Kewujudannya menimbulkan pertanyaan kerana ia dibina di atas jalan utama terutama penduduk yang datang dari kawasan perniagaan di hadapan.

“Selain itu, pengadang keselamatan yang didirikan juga tidak berfungsi dan hanya menimbulkan risiko kepada penduduk jika berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini,” katanya.

Azmi berkata, beliau akan membawa perkara itu kepada jabatan yang terlibat untuk tindakan selanjutnya selain mengadakan perbincangan dengan persatuan penduduk di situ.

Menurutnya, perbincangan itu perlu disegerakan kerana terdapat tiga pagar keselamatan lain yang terdapat di situ dan hanya satu sahaja berfungsi serta menyusahkan penduduk dan orang luar yang pertama kali datang ke situ.

28 December 2010

Ngapa tak bincang dulu?

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah pun memperkenankan pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru pada 10 Disember lalu sekali gus menolak dakwaan Kerajaan Negeri bahawa pelantikan itu belum muktamad.


Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani turut mengesahkan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ada menghantar tiga calon nama bagi mengisi kekosongan itu, tetapi sudah terlewat.

Beliau berkata, baginda menerima syor supaya Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu dinaikkan pangkat ke jawatan berkenaan menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang tamat perkhidmatan sebelum ini.

"Tuanku memperkenankan pelantikan berkenaan pada 10 Disember lalu.

"Memang MB ada hantar tiga calon, tapi dah terlambat," katanya di sini, Selasa.

Beliau mengulas kontroversi pelantikan Mohammed Khusrin ke jawatan berkenaan yang dikatakan belum muktamad.

Sebaliknya, pelantikan berkenaan diperkenankan oleh Sultan Sharafuddin sebelum pengumuman dibuat oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan, Isnin.

Isu pelantikan berkenaan sekali lagi mencetuskan pertembungan antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri apabila Abdul Khalid juga mempunyai calon-calon tersendiri untuk menjawat jawatan tersebut.

Sebelum ini, menurut kenyataan sekretariat akhbar terbabit, Abdul Khalid dijangka menghadap baginda pada Rabu bagi mendapat perkenan tiga nama yang telah dicadangkan untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Sementara pelantikan Mohammed Khusrin tidak pernah dimaklumkan kepada Abdul Khalid.

Sehubungan itu, beliau telah menghantar surat kepada baginda bagi memaklumkan bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Malah kenyataan itu menjelaskan, Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan.

Menteri Haprak

"Melalui surat inilah, Migrant Care telah menyiasat laporan ini dengan menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Migrant Care adalah Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia. Baca seterusnya di sini dan di sini.

Perlaksanaan Gaji minimum sektor swasta

PETALING JAYA, 28 Dis — Dilihat sebagai isyarat arah aliran menjelang pilihan raya umum ke-13, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu kerajaan melaksanakan dasar gaji minimum dilaksanakan secepat yang mungkin.

“Seberapa segera. Ya, keyakinan saya tinggi (akan dilaksanakan sebelum pilihan raya umum),” kata Syed Shahir Syed Mohamud pada sidang media selepas berucap merasmikan persidangan tiga tahun sekali MTUC di Rumah Peladang di sini hari ini.

“Kami akan menyokong mana-mana parti yang menghormati hak-hak pekerja,” kata beliau sambil menambah, walaupun ramai ahli MTUC berlainan parti tetapi dalam isu pekerja “kami bersatu.”

MTUC dilihat akan meletakkan ia sebagai salah satu perkara yang akan dituntut pihaknya pada pilihan raya umum ke-13.

Isu gaji minimum menjadi isu diperjuangkan MTUC sejak enam dekad yang lalu.

Baru-baru ini kerajaan sudah menyatakan keputusan mahu mewujudkan dasar gaji minimum dan kemungkinan dilaksanakan Jun depan.

MTUC mempunyai 500,000 ahli dengan 260 kesatuan gabungan.

Gaji minimum dijangaka akan memanfaatkan tiga juta pekerja secara langsung.

Pada 19 Oktober lalu, Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata, Kabinet telah memberi kelulusan melaksanakan polisi gaji minimum menerusi Majlis Konsultasi Gaji Negara.

Sehubungan itu, beliau berkata kementeriannya akan menggubal akta baru untuk membolehkan majlis tersebut ditubuhkan bagi penetapan kadar dan mekanisme gaji minimum.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2011 mengumumkan penubuhan majlis itu, yang akan menjadi platform utama penentuan gaji di negara ini.

Syed Shahir yang bertanding mempertahankan jawatannya berkata, sebagaimana masa-masa lalu MTUC akan menyediakan memorandum tuntutan untuk perhatian parti-parti politik menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Sesiapa yang terpilih nanti diharap akan mengadakan pertemuan Majlis Am untuk membincangkan pendirian MTUC dan dibawa untuk perhatian parti-parti politik yang bertanding.

“Di negara-negara lain, apabila ada pilihan raya parti-parti politik yang bertanding akan mengajak kesatuan sekerja untuk bertanya mengenai tuntutan pekerja,” kata beliau.

Syed Shahir juga berkata, sekiranya pilihan raya umum diadakan awal, MTUC boleh memanggil mesyuarat khas Majlis Am bagi tujuan membincangkan isu-isu yang hendak dituntut.

Hari ini, selain dasar gaji minimum, beliau juga menyertakan isu melanjutkan usia persaraan pekerja sekerja swasta, cuti bersalin 90 hari, dana pemberhentian pekerja dan pindaan undang-undang perburuhan antaranya Akta Perhubungan Perusahaan dan Akta Kerja yang tidak merugikan kaum pekerja.

MTUC pernah mengemukakan tuntutan pekerja ketika pilihan raya umum 2004 dan 2008.

Sementara itu, dalam ucapannya, Syed Shahir yang menerajui MTUC sejak 2004 berkata, kongres itu mahu gaji minimum RM900 dan elaun kos sara hidup RM300 dijadikan sebagai asas gaji minimum.

“Ia adalah satu pendapatan yang munasabah pada masa kini bagi seseorang pekerja untuk memenuhi tuntutan kehidupan manusiawi sebagai seorang pekerja di negara ini.

“Beberapa siri kempen dan forum gaji minimum yang dianjurkan MTUC melalui media elektronik dan media alternatif telah mendapat respons yang baik daripada pelbagai pihak serta memberi impak besar ke arah merealisasikan harapan semua pekerja di Malaysia terhadap gaji minimum.

“Sehubungan itu, baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan draf undang-undang gaji minimum dalam usaha melaksanakan gaji minimum di pelbagai sektor pekerjaan dalam negara,” katanya lagi.

Katanya, pada masa yang sama MTUC tidak boleh merasa selesa dan alpa serta perlu terus mengambil langkah-langkah lain dengan memberi perhatian serius dalam usaha menjadikan MTUC terus relevan.

“Penubuhan Tabung Penamatan Pekerajaan, menjalankan program latihan, menghapuskan sistem pekerjaan kontrak dan ‘out sourcing’, mengurangkan penggantungan terhadap tenaga kerja asing, usaha meningkatkan kemahiran bagi mencapai pendapatan tinggi adalah merupakan di antara usaha tersebut,” katanya lagi...MI

27 December 2010

Persekutuan kacau Pentadbiran Selangor

Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin berkata perlantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri masih belum muktamad.

Sebelum ini menurut laporan Bernama,Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan Mohd Khusrin, 54, menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember.

Justeru menurut Faekah yang dihubungi TV Selangor berkata Kerajaan Negeri turut kesal dengan pengumuman tersebut disebabkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak dimaklumkan berhubung perlantikan tersebut.

“Perlantikan Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri belum muktamad.

“Kita tidak dimaklumkan hasrat atau niat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ataupun KSN untuk meletak Khusrin…kita tidak tahu dan tidak di’consult’, dipanggil bicara dan dimaklum.

“Kerajaan Negeri telah menghantar surat kepada Tuanku untuk menyatakan kekesalan kita di mana Menteri Besar tidak dimaklumkan.

“Kita juga telah mendapat perkenan Tuanku untuk mengadap hari Rabu ini. Saya percaya mungkin untuk membincangkan perkara tersebut.

“Belum muktamad kerana kita mempunyai nama lain dan kita telah melakukan proses pemilihan yang telus dengan menubuhkan jawatankuasa pemilihan,” ujar Faekah.

Kerajaan Negeri juga katanya turut mengusulkan nama lain bagi jawatan tersebut dan telah melalui proses pemilihan calon yang telus melalui jawatankuasa pemilihan yang ditubuhkan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad tidak menolak kemungkinan perlantikkan tersebut berbaur politik di mana Khusrin dilihat pendekatan memihak dan kecenderungannya kepada Umno-Barisan Nasional.

“Tindakan dia melalui pengalaman saya dengan dia, saya rasa jelas beliau bertindak mengikut kepentingan Umno dan dia mempunyai hubungan yang jauh lebih rapat dengan pimpinan Umno di peringkat negeri dan Pusat yang saya sendiri saksikan

“Semasa tauliah saya ditarik pun, saya rasa yakin ianya adalah atas permintaan Nawawi dan beliau bertindak mengikut kepentingan Umno-BN dan tidak prosesional dari segi itu.

“Ini merupakan sebab mengapa beliau dipilih oleh kerajaan persekutuan…ini juga menunjukkan kerajaan persekutuan tidak menghormati kehendak rakyat Selangor yang telah memilih Pakatan Rakyat,” ujar beliau.

Tambah Khalid, Kerajaan Persekutuan sepatutnya memberikan keutamaan kepada calon yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor.

Tahniah Malaysia ... AWAS!!!! layanan buruk di Jakarta.



Syabas diucapkan kepada K. Rajagobal, penolongnya Tan Cheng Hoe dan Faozi Mukhlas serta pengurusan tapi paling penting semua pemain negara. Kemenangan 3-0 satu keputusan emphatic dan seharusnya kita menjulang Piala Suzuki AFF buat kali pertama...nampaknya di tanah asing (tidak kira Jakarta atau gelanggang neutral).

Namun bak kata seorang kawan, majlis ini belum selesai.

Di Stadium Utama Gelora (gelanggang olahraga) Bung Karno di Senayan, gelora menanti pasukan negara. Mereka akan berdepan pelbagai cabaran.

Juga alasan laser yang dipancarkan ke wajah Markus sekadar mainan psikologi mereka. Entah penyokong kita ke tidak! Lihat video di bawah, wajah Sharbinee Allawee Ramli! Bukti bahawa Indonesia suka benar main tipu dan tidak sporting. Sanggupkah Indonesia melihat Malaysia menjulang piala di Jakarta? Sedangkan mereka sudah tiga kali, nak masuk empat ni, menggigit jari?


Penonton Indonesia tidak berdisiplin dan kurang ajar, tontoni video di dibawah, tanya pengadil tersohor kita, Subkhiddin Mohd Salleh, suasana di Stadion Utama Gelora Bung Karno...


Jika mengharapkan layanan mereka seistimewa layanan Malaysia terhadap penonton Indonesia di Stadium Bukit Jalil, anda akan hanya menggigit jari, Indonesia tidak akan memberi layanan istimewa itu kepada kita. 

Kita negara sopan...terlalu baik...lain kali bagi dekat fans Indonesia 200 keping tiket cukup...bagi peluang kepada orang kita sendiri menonton di stadium.

25 December 2010

TGNA to TPM : Jangan nak jadi gangster

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata resolusi 100 hari yang dikemukakan pembangkang pada konvensyen mereka lepas hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.

"Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara...tunggulah dulu...jangan nak jadi gangster," katanya kepada pemberita selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan (PUTIK) di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin semalam yang mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.

Sehubungan itu, menteri besar Kelantan itu meminta kerajaan BN menunggu sehingga pakatan pembangkang menerajui negara untuk melaksanakan resolusi itu.

Resolusi itu mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Nik Abdul Aziz berkata apa yang penting dalam mentadbir negara ialah memerintah untuk rakyat dan menjamin kesejahteraan mereka.

Beliau juga berkata PAS akan melaksanakan pentadbiran Islam mengikut acuannya seperti yang ditetapkan di dalam Islam..... Bernama

24 December 2010

Khir Toyo : Lepas kena ni macam tak puas hati je

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo menimbulkan persoalan sama ada penjelasan kerajaan, terutama berhubung kenaikan kos sara hidup berjaya menyakinkan rakyat.

NONE"Jadi, ketika kita boleh menjelaskan untung rugi, logik dan rasional setiap tindakan namun yang jarang ditanya apakah keputusan dan penjelasan kerajaan mampu meyakinkan rakyat yang akhirnya akan diterjemahkan ke dalam peti undi dengan memberi undi kepada BN?

"Sungguhpun kita boleh mendakwa banyak janji Pakatan di Selangor belum tertunai namun saya percaya ia akan mula dilaksanakan menjelang pilihan raya akan datang bagi menggula-gulakan pengundi," katanya.

Menulis di blognya semalam, Dr Mohd Khir juga berkata, kenaikan kos sara hidup yang kian menjadi-jadi sejak wujudnya makmal rasionalisasi subsidi boleh menjadikan sebahagian besar rakyat menerima sahaja apa yang ditawarkan oleh Pakatan.

"Saya percaya jentera kerajaan terutamanya menteri 'jaga makmal' boleh memberi penjelasan yang logik, rasional dan sangat akademik kepada rakyat bagi menjustifikasikan kenaikan harga barang, petrol dan pengenaan pelbagai cukai termasuk kemungkinan pelaksanaan (cukai) GST.

"Saya juga percaya kerajaan mempunyai kebolehan untuk menjelaskan mengapa menteri 'jaga letrik' mengumumkan kerajaan bersetuju kenaikan tarif letrik tapi masa belum sesuai.

"Tentulah kerajaan juga mampu menjelaskan mengapa Tenaga Nasional Berhad bercakap soal kekurangan untung (bukan rugi) jika tarif tidak dinaikkan seolah-olah TNB ini berniaga menggunakan duit sendiri bukannya duit rakyat," katanya dengan nada menyindir.

Beliau menimbulkan perkara itu selepas menyuaraka kebimbangannya terhadap janji terbaru Pakatan melalui "Buku Jingga" yang dikeluarkan semasa konvensyennya sebelum ini.

Katanya, walaupun sebahagian janji tersebut tidak realistik, namun boleh mempengaruhi undi rakyat, terutamanya kenaikan gaji guru sebanyak RM 500.

"BN hanya ada satu pilihan, memuaskan hati golongan majoriti yang berpendapatan rendah dan sederhana yang menjadi isu 'bread and butter' sebagai tanda aras kepuasan mereka.

"Sepatutnya KPI kerajaan hari ini ialah kepuasan hati majoriti rakyat bukan untung rugi perniagaan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), hebat dan gahnya jenama transformasi ekonomi atau berapa ratus juta yang boleh dikutip oleh saman ekor," katanya.

22 December 2010

Mengapa UMNO di tuduh menipu & berlakon.

Siapa yang terasa simpati dengan parti nama Inggeris ni bila terlalu ramai dan bertubi-tubi menuduh mereka sebuah parti yang menipu rakyat dan berlakon baik kepada rakyat dalam bab-bab membela agama ni?

Umno yang sudah berkuasa semenjak lebih 50 tahun telah diaibkan dengan ungkapan dan kata-kata ini. Anihnya tak ramai pula yang membela mereka dikalngan orang agama mereka sendiri bila tuduhan-tuduhan begini ditujukan kepada mereka.

Mengapa bila Umno bercakap mengenai agama tak ramai yang percaya bahawa umno sedang serious sebenarnya tetapi senyum sinis dapat dilihat bahawa dalam hati kecil masing-masing tetap menyatakan bahawa Umno cuma berlakon sahaja.

Sampai bila Umno akan dilebelkan begini? Jika Umno seteruk ini adakah masa depan mereka selepas ini?

Pemimpin Umno BN digesa agar jangan sesekali suka berlakon kononnya membela agama kepada rakyat dalam setiap perkara yang berlaku yang ada kaitan dengan agama.

"Rakyat kini semakin cerdik menilai mana intan dan permata," tegas Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang, Mohamad Abd Rahman selepas balik daripada Baiah (Majlis Mengangkat Sumpah) sebagai Penyelaras Dun Taman Templer di Shah Alam, semalam.

Beliau yang juga Penyelaras Dun Taman Templer mengulas demonstrasi Umno kononnya membantah kemungkinan Surau Al-Hidayah dirobohkan.

Katanya, demonstrasi tersebut adalah satu provokasi yang didalangi oleh Umno BN yang mencari populariti murahan untuk menghasut rakyat supaya membenci pengurusan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor kononnya tidak prihatin tentang masalah agama islam.

Tambahnya, Umno BN membuat provokasi demonstrasi bantahan dengan mewar-warkan kepada rakyat terutamanya penduduk sekitar Rawang seolah-olah berlaku kelemahan dan ketidakcekapan kerajaan negeri sekarang menyebabkan satu-satunya tanah orang Melayu di Pekan Rawang jatuh ke tangan syarikat swasta.

“Kita bukan sekadar mempertahankan tanah tetapi lebih dari itu yang kita pertahankan adalah Islam.

"Kenyataan tersebut adalah tidak berasas langsung, kerana yang menggadainya maruah orang Melayu dan Islam adalah Umno BN. Demonstrasi yang dibuat adalah memakan diri. Sekarang daripada rakyat tidak tahu, ia sebenarnya telah memecahkan tembelang mereka sendiri,” katanya.

Beliau menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin bahawa kerajaan negeri langsung tidak terlibat dengan pelan pembangunan tapak seperti mana yang dituduh oleh Umno yang mengadakan demonstrasi kelmarin.

"Tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki oleh SAP Holdings Sdn Bhd yang akan menjalankan projek tersebut bersama syarikat swasta, Mahumas Sdn Bhd dan rekod menunjukkan SAP Holding Sdn Bhd bukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor semenjak 2002 lagi,” jelasnya.

Sebenarnya, jelas beliau bukan setakat Surau Al-Hidayah sahaja yang PAS sentuh tetapi ada beberapa isu lain berkaitan dengan tanah dan agama Islam di Rawang.

“PAS Selayang akan cuba bongkarkan dan sedang mengumpul bukti termasuk tergadainya sebahagian tanah Masjid Nurul Iman yang untuk pembinaan jalan oleh Mahumas, tanah surau dan rezab kubur di Taman Rawang Perdana yang sudah digezetkan telah bertukar statusnya. Semuanya itu berlaku semasa Umno BN memerintah,” jelasnya.

Tambahnya, mungkin tidak ramai penduduk sekitar Rawang yang tahu sejarah Surau Al-Hidayah di Kg Melayu, Rawang termasuk bagaimana berlakunya kronologi surau tersebut.

Oleh itu, pihaknya meminta agar rakyat dan penduduk sekitar Rawang tidak cepat melatah dan mudah percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Umno BN dan diminta merujuk kepada Nazir dan Jawatankuasa Pentadbir Masjid Nurul Iman Rawang sebagai penaung untuk semua surau-surau di dalam pentabirannya.

Beliau juga Penasihat Pemuafakatan Nazir-Nazir Masjid Selayang mengajak rakyat membuka minda dan mengingati setiap peristiwa yang telah berlaku dalam aspek menjaga rumah ibadah seperti surau dan masjid bukan cara seperti yang diamalkan oleh Umno.

Mohamad juga menggesa agar rakyat berfikir dan menilai dengan sebijak-bijaknya kerana sepanjang Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah tidak pernah berlaku lagi peristiwa meroboh masjid atau surau.

Ini, katanya jelas terbukti, hampir 3 tahun PR memerintah, masjid dan surau sentiasa diimarahkan oleh rakyat.
Tambahnya, amat berbeza semasa zaman pemerintahan kerajaan Umno BN di mana surau dan masjid tidak mendapat sambutan rakyat kerana tiada pengurusan yang tulus dan majlis ilmu tidak dijalankan secara sempurna.

“Rumah ibadah boleh dikatakan seperti kubur yang sunyi kerana tiada majlis-majlis ilmu dan zikrullah semasa di bawah pengurusan Umno BN,” ujarnya.

20 December 2010

Gambar-gambar yang menyayat hati



Jumlah mangsa yang maut dalam nahas bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi meningkat kepada 27 orang.



Ketika nahas, bas itu membawa 37 orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga rakyat tempatan. Timbalan Ketua Polis, Perak Datuk Zakaria Yusof, berkata bas dua tingkat milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah itu membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.









 

Lepas 1 satu : 10 Oktorber 2010 : Rembau N9









Sani Express

sani ekspress 11

sani ekspress 22

sani ekspress  33

sani ekspress 44

sani ekspress 55

sani ekspress 6


30.10.2010 Genting Sempah










Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini