21 April 2011

Tahniah Raja Petra!

Kalau belum baca Akaun Bersumpah tersebut carilah di internet (google) jangan jadi katak bawah tempurung seperti penyokong dan pemimpin BN yang tahu angguk sahaja tanpat berfikir panjang.

By Changing our Mindset
Beberapa minggu lepas Raja Petra (RPK) memulakan serangan ke atas Deepak in Malaysia-today.net. Memang menarik perhatian ramai apabila isu yg sudah 3 tahun dilupakan oleh Melayu yang mudah lupa ini dibangkitkan semula. Sebagai pembaca tetap saya tertanya-tanya "apa agenda RPK kali ini? Kenapa sekarang?" Tapi saya yakin RPK ada agendanya tersendiri. Kita semua tahu siapa dia Deepak mengikut cerita RPK. Itu sahaja yang kita tahu tidak lebih daripada apa yang RPK telah bocorkan kepada sebahagian rakyat kerana sebahagian lagi rakyat tidak berminat untuk tahu dan rela hidung mereka ditarik ke hulu ke hilir sedangkan Allah anugerahkan akal (bukan otak) untuk berfikir.

Sedarkah kita, apabila Deepak sudah 'tak boleh tahan' beliau terpaksa keluar dari persembunyiannya untuk membela dirinya kerana bisnesnya mula terjejas. Sejak 3 tahun lepas semua orang kenal nama Deepak tapi tak tahu betapa hensemnya mamat saudagar karpet ini. Kini selepas Deepak muncul membela diri, satu Malaya sudah kenal dan tahu rupa Deepak. Kalau jalan-jalan kat KL terserempak Deepak, orang sudah boleh mengumpat " itulah Deepak yang dituduh bayar Bala tu!". Faham sekarang? Akibat daripada serangan RPK terhadap Deepak, kini beliau telah dikenali umum dan tidak boleh lagi bersembunyi dan hidup low-profile. RPK sudah menang 1-0 mengalahkan Deepak!

TV3

Bila temubual RPK di TV3 disiarkan ramai penyokong PR menjerit mengatakan RPK sudah berpaling tadah. Alangkah singkatnya akal mereka. Kalau hendak berjuang kena cerdik dan gunakan akal bukan ikut kata hati seperti pemimpin dan penyokong BN yang minda mereka sudah tertutup akibat termakan budi yagn tak seberapa.
Dulu bila ada katak melompat ke BN, kita kata biarkan mereka lompat kita tak perlu orang seperti ini di dalam parti. Tapi bila kini penyokong PR sendiri menjerit kata RPK dah berpaling tadah rasanya perlukah orang yang singkat akal seperti ini di dalam parti? Atau mungkin penyokong PR ini sendiri tidak pernah membaca Akuan Bersumpah yang dibuat 3 tahun lepas? Cuma menyokong membabi buat kerana taksub dengan Anwar Ibrahim? Jika benar, alangkah sedihnya! Kalau belum baca Akaun Bersumpah tersebut carilah di internet (google) jangan jadi katak bawah tempurung seperti penyokong dan pemimpin BN yang tahu angguk sahaja tanpat berfikir panjang.


Saya percaya terdapat beratus ribu lagi penyokong PR yang belum pernah membaca Buku Jingga PR. Apatah lagi mengetahui apa dia janji-janji PR dalam Program 100 Hari Pakatan Rakyat. Macam mana nak berjuang kalau dasar perjuangan pun tak ingin nak ambil tahu? Samalah taraf kita dengan penyokong-penyokong BN yang main angguk saja asal dapat habuan. Jika kita mahu mengubah kerajaan, kita sendiri perlu berubah! Jika kita mahu merubah Malaysia menjadi lebih baik, kita sendiri perlu lebih dulu berubah! Jangan sekadar berjanji AKAN berubah seperti yang tertera dia poster-poster BN, kerana rakyat dah lali dengan janji-janji manismu BN!. Takkan kita nak PR setaraf dengan BN? Kita perlu jadi lebih baik! Jadi berubah sekarang!

Jika pun kita ada ramai strategis dalam PR tapi strategi ini tidak dilaksanakan oleh akar umbi maka hasilnya kekal di takuk lama. Sedarkah anda RPK konsisten dalam artikel-artikelnya. Seorang teman berkata kepada saya selepas RPK muncul di TV3, "Apalah Raja Petra tu, dulu kata lain, sekarang kata lain". Saya jawab,"Kau baca tak Akaun Bersumpah tu? Sama je apa yang dicakapkan di TV3 dengan apa yang ditulis dalam Akuan Bersumpah tu dulu". Kawan saya bertanya, " Ye ke?". Beliau seorang yang non-partisan.

Apa yang ingin saya buktikan disini adalah, ramai sekadar mengikut dan menyokong, mendengar cerita orang dan percaya, tetapi tidak rajin menyelidik mana yang benar mana yang palsu. Kita lebih suka melayan Facebook untuk seronok-seronok daripada meluang masa di internet untuk mencari fakta yang boleh membantu kita memperbaiki negara kita Malaysia. Inilah yang terjadi kepada penyokong-penyokong BN, mereka disuapkan oleh berita palsu atau pun berat sebelah dan mereka menilai tanpa fakta yang cukup. Mereka percaya 100% apa yang media arus perdana sampaikan. Kenapa? Kerana mereka malas menyelidik! Berdasar fakta yang sedikit ini mereka mula berceramah tanpa mengetahui bahawa apa yang mereka jeritkan itu adalah telur separuh masak!

1 comment:

  1. Do you need a loan to pay off your bill or in need of financial help with a loan you can contact us now for a loan if you are serious in getting it surely we will help you out via Email {urgentloan22@gmail.com}

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini