31 May 2011

“One in a Million”


Tak perlu kita selalu idamkan kereta yang mahal-mahal, tapi kalau kita kreatif, dengan manila kad dan card board cukup untuk kita hasilkan Ferrari atau Mercedes idaman kita dan apabila kita memandu kereta buatan kita sendiri adalah lebih unik dan orang melayu kata “One in a Million
Favorite lepas nie nak pegi belakang super market, nak kutip card board
Mesti susah nak jaga sebab kena berus hari-hari.. kalau tak bau busuk.. haha
Alahai comeinye kereta jiran aku
Ni bawak kejar budak2 sonok gak nie… ahahha
Fuyoooo… tunggu nak keluar sayap, pasni leh terbang
Yang ini, kalau pegang kena samak… hahah
Kucing lagi.. mmg banyak betul kucing..
Kucing dari padangan depan… heheh
Ni kalau berhenti dekat lampu isyarat mesti di pandang kagum.. nak beli lah van nie.. haha
Kalau suka jangan lupa like .. share dengan kawan2.. hehehe

30 May 2011

Sokong apa Mat Sabu kata

Exclusive : 5 kali Umno pujuk TGNA

Usaha memujuk PAS bekerjasama dengan Umno dilihat berterusan apabila Datuk Nik Aziz Nik Mat mendakwa beliau didatangi wakil Umno sebanyak lima kali untuk tujuan itu dalam masa terdekat.
NONE
Menurut ahli parlimen Pasir Puteh Muhammad Husain, Nik Aziz mendedahkan perkara itu ketika bertemu dengan anak-anak Kelantan di Lembah Klang di Dengkil petang semalam.

"Ya, betul, beliau sebut (ada) lima kali pertemuan. Ia berlaku dalam masa terdekat, (ia) mengenai isu kerjasama PAS dengan Umno," katanya yang hadir dalam majlis di dewan orang ramai di situ.

Menteri besar Kelantan itu bagaimanapun didakwa tidak memperincikan individu itu sebaliknya hanya menyebutnya sebagai "berpangkat datuk" dan "pesara kerajaan".

Muhammad juga berkata, Nik Aziz ada memberitahu, PAS ditawarkan tiga jawatan menteri sekiranya membentuk kerajaan perpaduan dengan parti Islam itu.

Bagaimanapun menurut Muhammad, Nik Aziz menolak mentah-mentah pujukan itu kerana PAS sudah membuat perjanjian dengan DAP dan PKR.

Muhamad juga menjelaskan, mursyidul am PAS itu memberitahu, usaha itu berlaku sejak April lalu apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kembali menjaja isu kerjasama kedua-dua parti Melayu itu.

Difahamkan, majlis itu dihadiri kira-kira 500 orang. Turut serta Setiausa Agung PKR Saifuddin Nasution dan dua anggota parlimen, termasuk Abdul Aziz Abdul Kadir (Ketereh), Abdullah Sani (Kuala Langat).

Sementara itu, beberapa pihak yang hadir dalam majlis minum petang itu mengesahkan ucapan Nik Aziz itu dan ada daripada mereka yang difahamkan terkejut dengan pendedahan itu.

Sementara itu, sumber yang dekat Nik Aziz mengakui terdapat beberapa pertemuan, termasuk di rumahnya di Pulau Melaka diadakan sejak awal tahun ini

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat memastikan butiran spesifik berhubung masa dan tarikh ia berlangsung.

29 May 2011

Najib umpama burung tiong

Saya postingkan email dari sahabat saya Sdr Nor Ikhsan dari kampung Jawa, Klang. Saya tak edit satu pun.

Salam 4all,
Semalam 28hb Mei, cukup hebat Najib berkata-kata macam Burung Tiong didepan 'budak2 sekolah' kat Putrajaya di Program HIMPUNAN SEJUTA BELIA

Nampak dalam TV macam ramai tapi taklah sampe sejuta.

Mungkin 20 hingga 30 ribu orang ada kot (malaysiakini kata 8k aje). Ape nak heran..melalui Sekolah dan Guru Besar (Pahang, Trengganu dan lain2 negeri offer kepada pelajar musim cuti sekolah ni berjalan-jalan (rombongan ke KL) bas,makan, duit semua ditanggung. Kalau tak nak memang bodo la..
 
Berbangga sangat dia, puji nak bagai nak rak kpd Menteri Belia Sabri Chik. sebab dapat buat himpunan gergasi...konon.

Kita semua faham, yang datang seluruh 1Malaysia tu...semuanya budak sekolah Ting 3 hingga 5.

Masa sekolah dulu kan macam tu....

Dalam speech cerita pasal politik..antara Kerajaan BN dan Pembangkang. (sebab telecast) dan yg menonton berjuta rakyat Malaysia biarpun di Himpunan tu ramai budak sekolah yang tak paham ape Najib katakan.(budak2 ni pun Blur)

Tapi, mesej sebenar yang nak disampaikan depan berjuta orang sebab telecast (siaran secara langsung) Semenanjung, Sabah dan Sarawak

Dia cerita pasal penunjuk perasaan di Mesir, bagaimana rakyat yang seumpama Himpunan Sejuta terdiri dari belia boleh tumbangkan kerajaan.

Statement ini yang saya faham, kiranya Pembangkang menang PRU13 ini nanti dia akan buat begitu dan gunakan belia 1juta ini untuk memberontak....

Itu yang tersirat dalam minda dia....tapi...sudah jadi berlawanan...PR yang patut buat sebab BN yang memerintah...Tp. PR takkan buat macam tu melainkan terpaksa.

Yang saya tak tahan nak mendengarnya...Najib buat FITNAH...Pembangkang akan LELONG PUTRAJAYA

Saya sendiri tak pernah dengar PR berkata demikian...nak Tawan Putrajaya adelah,

Wow... dia cuba meraih simpati undi dan memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dengan statement tersebut.

Rakyat Malaysia umumnya akan tertanya-tanya....PR nak lelong Putrajaya. Bangsat betul PR ni rupanya.

Memang dia bijak gunakan cara JIJIK dan KOTOR agar Rakyat semua membenci PR.

Kesimpulannya: Tindakan PANTAS KADAR SEGERA mesti diambil oleh PR untuk menangkis semula statement Najib.

Saya amat pasti akan timbul ISU BESAR dalam perkara ini.

Adalah wajar bagi PR menangani ISU ini.

Yang pastinya PRU13 semakin hampir.

28 May 2011

Ketirisan BN

UMNO, PERKASA & Persidangan Badut-Badut Sedunia


Kata Pak Berahim: Siapa badut sebenar, Nazri?

Presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA Ibrahim Ali mahu rakyat, khususnya masyarakat Melayu Islam menentukan siapa 'badut' sebenarnya? Ibrahim merujuk kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz yang dua hari lalu melabelkan beliau sebagai seorang badut dan ucapannya yang berapi-api hanya merupakan retorik dan bersifat kosong.
Disini saya ingin menyarankan sesiapa sahaja yang merasakan dirinya atau orang lain Badut, boleh lah menyertai persidangan Badut-Badut sedunia di Sarawak. Boleh dibincangkan dalam conference ini siapa sebenarnya Badut walau kita tahu sapa sebenarnya Badut.

Badut-badut yang lain pasti gembira kerana ada dikalangan pemimpin Malaysia dari kalangan Badut yang menyertai persidangan Badut-Badut Sedunia ini nanti.

Cuma dikhuatiri, pemimpin dari kalangan Badut ini tidak sempat untuk menyertai persidangan Badut kerana ia akan diadakan pada 2013. Manalah tahu, kekalau Badut-badut ini telah melarikan diri kerana kalah didalam PRU 13.

Untuk pengetahuan UMNO semua, most of the middle class Malaysians regardless of races feels that BN MP's are Clowns. Please tell your minister that they should join the conference.

Sarawak to host world clown convention

25 May 2011

Kita Hadiahkan 29 ribu euro ... jika DS Rosmah ........?

PARIS - Karima (25), seorang muslimah yang tinggal di Trappes, Perancis tetap ingin memakai jilbabnya. Jika pihak polis menyuruhnya melepaskan jilbab, dia akan melepasnya sebentar. Setelah polis pergi dan tidak melihatnya lagi, maka ia akan mengenakan jilbabnya kembali.

Namun jika ia tidak berhasil melakukannya, ia lebih memilih untuk tinggal di rumah atau pergi meninggalkan Perancis daripada harus keluar tanpa menggunakan jilbab. "Saya pernah ditawarkan untuk melepas jilbab dan akan dihadiahi 29 ribu euro, tapi saya menolak,” ucap Karima yang ketika itu sedang berbelanja di salah satu pusat beli-belah sebelah barat daya Paris.

Sejak 11 April 2011 lalu, Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy mengesahkan undang-undang baru yang melarang muslimah di Perancis untuk menggunakan burqa, jilbab dan sejenisnya. Masyarakat muslim Perancis menganggap ini sebagai penghinaan untuk Islam dan melanggar hak asasi dan kebebasan agama.

Pemerintah Perancis melarang perempuan memakai jilbab untuk menyembunyikan wajah mereka di tempat umum, bahkan di jalanan. Ia menghukum mereka yang menentang dengan hukuman denda sebanyak 150 euro. Bagi mereka yang menyuruh seorang wanita mengenakan jilbab, hukumannya adalah penjara dan denda sebanyak 30 ribu euro.
 
Dunia sudah nak kiamat. Kalau bertelanjang itu dianggap hak asasi tetapi kalau berjilbab itu dianggap jenayah. Bahkan kalau ibu-bapa atau suami menyuruh tanggungannya memakai jilbab itu lagi besar jenayah. Tetapi yang herannya bagi para muslimat yang istiqamah, ibadah tersebut terlalu mahal harganya dan tidak terbayar dengan harga duniawi. Mereka tetap memilih untuk berjilbab meskipun didenda. Inilah kekadang mengherankan banyak wanita di Eropah. Bahkan bagi setengah pejuang wanita barat, mereka menganggap itu sebagai penindasan dan diskriminasi terhadap wanita dan mereka cuba untuk menghalangnya tetapi mereka lupa itulah sebenarnya yang dituntut oleh wanita muslim. Ia merasai nikmatnya tersendiri. Inilah akhirnya menjadi penyebab ramai pula wanita memeluk Islam di Perancis. Perasaan ingin tahu menyebabkan mereka selongkar maklumat, mereka mengetahui hikmahnya dan akhirnya mereka memilih untuk memeluk Islam. 
 
Yang heran dinegara kita. Takde siapa pun nak bayar kalau membuang jilbab tetapi mereka yang mendakwa pengamal islam contoh ini membuang jilbab bahkan berbangga dengan rambut sarang tebuan masing-masing. Kalaulah isteri PM memakai jilbab dan menutup kepalanya, alangkah lebih elok dan menjadi contoh buat umat Islam di Malaysia. Atau kalau Rosmah meminta RM29 ribu sekalipun, rakyat Malaysia sanggup mengutip derma bagi menyerahkan kepada beliau agar menutup aurat dan tertutup satu daripada lubang mungkar. Yelah!!! Nak harapkan suaminya sendiri, sememangnya beliau tak mampu!!!.... catatan : Ustaz Saiful Bahri

23 May 2011

Umno Jaga Melayu Ibarat Serigala Jaga Kambing

Ust Deris kata "Umno menjaga Melayu seperti serigala menjaga kambing"

Apa pasal pulak Ust kata lagu tu .... hangpa bacalah seterusnya disini

Jangan tunggu pilihanraya

Jika Pakatan rakyat ingin terus memerintah Selangor dan menawan Putrajaya, mulakanlah program turun padang dan penerangan kesetiap daerah Mengundi dan Lokaliti. Anda jangan berkempen macam UBN yang hanya turun padang 5 tahuin sekali menjelang PRU dan selepas itu tidak nampak batang hidung kerana sibuk mengumpul duit dan kekayaan sendiri.

Korbankanlah masa, harta, tenaga, buah fikiran dan wang ringgit untuk perjuangan ini, Ingat janji kita semasa mengisi borang PAS "kita adalah Nahnu Ansorullah"

Putra Height - Dewan Pemuda PAS Kota Raja yang diketuai oleh Sdr Zainal Said telah mengadakan program Daftar Pemilih, Skuad buku jingga dan MES di sekitar Putra Height dan Bukit Lanchung.


Majlis yang bermula jam 8.00 pagi telah berjaya mengumpul lebih 30 petugas untuk melakukan kerja-kerja diatas.




 Setiausaha Pemuda, Sdr Zubir
 Setiauasaha JPrK sibuk mencatat sesuatu
 Petugas khusuk  mendengar ucapan dari YDP Kota Raja
 Tak pe lah - naluri wanita - kira posting terbaik lah nie.
 Tahniah muslimat yang selalu berada dibarisan hadapan da;am kerja-kerja seperti ini.
 Selain memberi penerangan kesetiap rumah yang dikunjungi, skuad ini juga mengedarkan risalah buku jingga, MES dan akbar Selangor Kini.





 Bersedia nak bergerak




Menariknya program ini ialah kesanggupan Yang Di Pertua PAS Kawasan En Jaafar Samsuddin, Setiausaha PAS Kawasan, Setiausaha JPrK dan  Ketua Pemuda mengetuai Skuad turun padang ini dengan hati yang terbuka, berlapang dada dan penuh bertanggung jawab.

Kira-kira jam 11.00 pagi YB Dr Siti Mariah Mahmud serta suami Ybhg Dr Hakim menyertai skuad ini selepas beliau selesai melakukan kerja-kerja gotong royong di Taman Sentosa.

Berita mengenai Dr Mariah dalam kempen ini. sila klik  sini... 

Kaunter Daftar Pemilih juga dibuka hingga jam 9.00 malam. Setelah bertugas dikaunter ini hingga kemalam seorang bekas pemimpin PAS Kawasan Kota Raja, Sdr Azmi Awang telah sudi menjemput kami untuk makan malam dirumahnya iaitu Ketua Pemuda, Setiausaha Pemuda, Sdr shamsul Bharin, Sdr Mohd  Iqbal dan penulis

Puad: Pakatan psy-war puts Umno in peril

Umno could be in peril if it fails to curb the psychological attacks mounted by the opposition, said party supreme council member, Dr Mohd Puad Zarkashi.

He said the opposition’s approach was dangerous as it could influence the minds of the young who did not fully understand the history of this country and who were thinking too much about material things and freedom.

“Their thinking could be affected by negative perceptions. For example, the 1Malaysia concept is a good thing and is perceived negatively by certain quarters who could influence those with little understanding of the concept in a negative way.

“The psychological attacks are also carried out in a hit-and-run manner, by not admitting to it afterwards because they (opposition) want the people to be angry with Umno so as to weaken Malay power,” he said after opening the Umno Kota Raja division delegates’ meeting, here, today. Read the rest of this entry »

22 May 2011

Tanah Runtuh : Dari lensa Mazidul Akmal

http://www.mazidulakmal.com/  Jam 6 petang, hujan turun mencurah curah, tiada tempat berteduh kecuali di bawah pokok di tepi jalan. Saya berasa bimbang jika barangan elektronik, antaranya Samsung Galaxy Tap dan kamera digital terkena air. Mujur beg galas Crumpler saya tidak ditembusi air. Lihat gambar saya rakamkan di lokasi kejadian tanah runtuh menimpa bangunan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat, Kajang, Selangor.


6.09 petang, mangsa mengalami kecederaan parah di kaki digegaskan ke hospital.


Pakaian basah dan tubuh menggigil kesejukan akibat berada di dalam hujan lebih 1 jam. Jam 6.45 ketika hujan mula reda, tiba-tiba puluhan pekerja penyelamat berlari turun dari belakang bangunan dibina di lereng bukit kerana berlaku pergerakan tanah. Lensa kamera saya berkabus namun 3 gambar berikut sempat saya rakamkan.


Sebelum gambar dirakamkan, 2 mangsa dikeluarkan dari bawah runtuhan, maut. Hairan bagaimana bangunan separuh siap itu mendapat kelulusan didirikan di cerun bukit. Lokasi rumah runtuh, di bahagian atas belakang bangunan terbabit dan tidak kelihatan di dalam gambar kerana pihak media tidak dibenarkan mendekati kawasan bencana.


Di surau berhampiran, 2 mayat ditemui awal, sempurna dikafankan. Tidak ramai orang berada di lokasi terbabit kerana majoriti menumpukan perhatian terhadap usaha menyelamatkan mangsa masih tertimbus.


Saya difahamkan, seorang daripada mangsa, Mohd Zaim Azahari, berusia 14 tahun. Adiknya, Mohd Azed, 8 tahun dilaporkan turut terkorban. Saya sempat menemui bapa dan ibu  mangsa, Azahari Mat Selek dan Noreha Ariffin di surau terbabit sebelum mayat dihantar ke Hospital Kajang.


Azahari, warden manakala Noreha, tukang masak di asrama Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa terbabit.

Saya percayai kanak-kanak bertudung merah di bawah, adik Mohd Zaim, terselamat ketika bangunan runtuh. Saya terpandang air mata jernih masih mengalir di pipinya sewaktuanak kecil itu melangkah keluar dari surau. Biarpun berusia mentah, saya yakin dia faham, abang dan adiknya kini sudah tiada lagi di dunia ini.


Beberapa pemimpin negara dan negeri Selangor berada di lokasi termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 


Wartawan 999, Hazlin Hussain tiba di lokasi, membawa bersama 2 tuala untuk saya dan jurukamera. 

"Tadi ternampak kereta abang, bling! bling! Hazard light terpasang. Lyn jalan kaki 50 minit sebab kena parking jauh," ujarnya.

Spontan saya teringat, sewaktu memandu menuju ke lokasi kejadian, saya memberikan lalauan kepada kenderaan Bomba dan Penyelamat berikut.


Bertujuan mengelakkan kesesakan jalan raya, saya memasang hazard light dan kemudian mengikuti rapat kenderaan terbabit sebelum memakir kereta di tepi jalan. Jalan masuk ke lokasi kejadian ditutup pihak berkuasa untuk mengawal lalu lintas, berikutan itu saya berjalan kaki kira-kira 25 minit ke tempat bencana berlaku


Saya tidak sempat makan tengah hari, mujur anggota Bomba dan Penyelamat bermurah hati menghulurkan kami 2 bungkusan nasi berlauk ayam.


2 bungkus nasi dikongsi bertiga manakala tuala digunakan untuk mengelap dan mengeringkan badan basah kuyup.


Saya beredar dari lokasi kejadian pada jam 12.30 malam dan kemudian mendapati enjin kereta gagal dihidupkan.

Lebih 7 jam hazard light terpasang, bateri habis. Mujur saya bertemu anggota Malaysian Armateur Radio Emergency Service, MARES berkebetulan berada di lokasi sama.


Menggunakan jumper cable, enjin kereta saya berjaya dihidupkan. Terima kasih kepada Azman Zainal Abidin (berjaket hijau) dan semua rakan MARES sudi membantu.

Dilaporkan pada jam 5 pagi tadi, 17 mayat remaja lelaki berjaya dikeluarkan dan sebilangan jenazah di hantar ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Takziah kepada semua keluarga mangsa berhadapan kesedihan tidak diduga.

Saya percaya siasatan terperinci dan telus berhubung punca sebenar menyebabkan kejadian tanah runtuh akan dilakukan pihak berwajib. Mahu atau tidak, pasti ada pihak bakal terpaksa menjawab mengenai status kelulusan membenarkan bangunan dibina dicerun bukit.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini