30 June 2011

Umno menjadi semakin lemah dan tidak bermaya

1.Tekanan terhadap Bersih bertambah hebat. Usaha untuk menggagalkan perhimpunan itu dengan paksaan awal dan tindakan pre-emptive dengan tangkapan terhadap mereka yang memakai baju T Bersih dan asalkan berbaju kuning. 

2. Ketua Polis Negara juga berkata bukan saja setakat baju T tetapi kasut dengan bus juga tidak boleh melambangkan perjuangan untuk menuntut demokrasi secara adil dan saksama.

3. Seronok membaca komen-komen dari pembaca malaysiakini yang membelasah SPR berkenaan isu-isu yang berkaitan Bersih. Bersih mendapat liputan luar biasa di negara kita pada ketika ini.

4. Terbaru Omar Din seorang guru silat tersohor negara juga mengambil kesempatan untuk mempopularkan diri dengan memberikan amaran jika Bersih teruskan juga rally itu jangan salahkan beliau jika anak-anak silat beliau akan bertindak kasar terhadap rakyat yang memperjuangkan keadilan. Sebelum ini Perkasa dan Pemuda Umno juga telah menggertak akan mengadakan rally itu jika bersih tidak membatalkannya.

5. Pemimpin-pemimpin UMNO juga dilihat sebagai tidak bermaya dan terpaksa menggunakan Ibrahim Ali dan Perkasa untuk bercakap bagi pihak UMNO dan kini Omar Din pula menjadi jurucakap mereka. 

6. Akhirnya Umno sudah jadi semakin lemah dan tidak bermaya dan UMNO juga sudah kehilangan hidayah dalam menghadapi rancangan perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih pada 9 Julai nanti. Umno kini bukan lagi  jadi pemayung tetapi terpaksa dipayungkan pleh pihak tertentu untuk terus bernyawa.

7. Timbalan Pengerusi SPR sendiri mengakui bahawa parti Pakatan Rakyat sekarang sudah menjadi begitu kuat dan mempunyai keyakinan untuk menakluki Putrajaya.

26 June 2011

Berkuburkah Umno selepas ini?

Dalam keadaan biasa payah benar kita akan mendengar perkataan mengambil alih pemerintahan dari pemimpin DAP/Pakatan Rakyat ini. 
 
Ayat paling popular darinya ialah kita mahu menafikan majoriti 2/3 UBN, supaya pembangkat jadi kuat dan menjadi check and balanle di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.
 
Suatu ketika dulu mantan menteri kewangan yang begitu popular Tun Daim Zainuddin pernah mengeluarkan kenyataan seperti ini dan nyata dalam PRU 12 ianya menjadi kenyataan hingga menjadikan UBN begitu takut dan gentar serta fobia untuk menghadapi setiap gerak kerja Pakatan Rakyat termasuk himpunan bersih pada 9 Julai ini.
 
Rakyat yang mahukan Islam, Keadilan dan Demokrasi yang sebenarnya pasti menyokong kenyataan LKS ini dan membantu merialisasikan impian seluruh rakyat Malaysia ini
 
Selain mengekalkan empat negeri yang dikuasainya sekarang dan memenangi semula Perak, Pakatan Rakyat mensasarkan untuk menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, Pakatan telah menetapkan tiga sasarannya dalam pilihan raya umum akan datang, iaitu:

1. Mengekalkan penguasaannya di Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Kelantan;

2. Memenangi semula negeri Perak yang didakwanya dirampas dari tangan Pakatan secara haram; dan

3. Menubuhkan kerajaan di enam lagi negeri - Negri Sembilan, Johor, Malaka, Pahang, Terengganu dan Perlis.

NONELim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur menegaskan demikian ketika berucap di majlis makan malam DAP Teluk Intan semalam.

Beliau menyifatkan pilihan raya umum ke-13 amat penting kerana ia bukan sahaja bakal menyaksikan perebutan hebat di semua 11 negeri di Semenanjung Malaysia, tetapi juga penguasaan Putrajaya.

Lim mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyedari perkara itu, menyebabkan beliau teragak-agak untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang akan datang.

Sehubungan itu, Lim meramalkan pilihan raya umum mungkin diadakan sama ada hujung tahun ini atau tahun depan.

Beliau juga berkata, pilihan raya umum kali ini merupakan yang pertama dalam sejarah yang bakal menyaksikan persaingan 'hidup mati' BN dan Umno.

Selama ini, kata Lim, Umno dan kerajaan BN mengekal kuasanya dengan mudah sehinggalah tercetusnya tsunama politik pada pilihan raya umum 2008 di mana ia mengalami kekalahan teruk dan hilang penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

"Umno dan BN akan berdepan dengan persaingan 'hidup matinya' dalam pilihan raya umum ke-13 - bukan setakat sama ada ia boleh memperolehi semula majoriti dua pertiga, tetapi juga sama ada ia dapat mengekalkan kuasa atau bakal menjadi pembangkang," kata Lim.

25 June 2011

Pengumuman : Mobilisasi Bersih 2.0

Bagi Pphak Penganjur : Dewan Pemuda PAS Kota Raja menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk hadir ke majlis ini. & tolong sebarkan.


20 June 2011

Tangkap orang tak siuman ni


Rakyat nak tanya pada Umno dan Barisan Nasional ... siapa yang membela Brahim Ali hingga gemuk dan otak mereng cakap sesuka hati aje ni?

Amaran yang disuarakan presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali supaya masyarakat Cina menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan kenyataan "perkauman, menghasut dan berbahaya," kata ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Khairy juga berkata tindakan perlu dikenakan ke atas Ibrahim kerana amaran tersebut jelas merupakan satu ancaman kepada negara.

Sana sini mesti buat lapuran polis supaya orang tak siuman ini dikenakan siasatan dibawah Akta Hasutan 1949.

Kenyataan terkini SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersedia mengadakan pertemuan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) dengan syarat gabungan tersebut membatalkan perhimpunannya pada 9 Julai ini, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

"Kita bincang tetapi dengan syarat begitulah, tetapi jika nak mengadakan demonstrasi dan jumpa kita hanya sebagai "rubber stamp" atau alasan sahaja, tidak ada maknalah.

"Pada saya, demonstrasi itu tidak menyelesaikan sebarang masalah. Pindaan undang-undang tidak akan terjadi dengan sendirinya kerana demonstrasi, atau permohonan mereka akan diterima, tidak mungkin," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan kumpulan itu yang tetap mahu mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini

Kumpulan itu menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Abdul Aziz berkata jika benar kumpulan itu memperjuangkan demokrasi, ia boleh terus berbincang dengan SPR dan mengemukakan permohonan dengan cara baik.

"Ini bukan caranya, jangan guna SPR sebagai kambing hitam. Ini kata SPR tidak demokrasi, tidak bersih, membantu dan menyokong kerajaan. Tetapi buktinya (keputusan) pilihan raya umum dan pilihan raya kecil tidak begitu.

"Jika pengundi suka pembangkang, menang pembangkang, banyak buktinya. Jadi, apa sebenarnya tujuannya? Saya fikir kami berlaku adil dan saksama," katanya.

Pengerusi SPR itu menjelaskan pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreenevasandan dan ahli-ahlinya pada penghujung tahun lalu dan mereka menerima dengan baik penjelasan SPR berhubung perkara-perkara yang dibangkitkan.

Katanya lapan perkara itu juga telah diperjelaskan oleh beliau di media sebelum ini yang antaranya memerlukan pindaan undang-undang dilakukan terlebih dahulu.

"Mereka (Bersih) mahu berjumpa saya sekali lagi pada Mac atau April lalu, tapi pada masa itu, kita (SPR) sibuk dengan beberapa pilihan raya kecil dan pilihan raya negeri Sarawak.

"Jadi, saya kata tak boleh kerana saya sibuk sangat, dan mencadangkan mungkin lain kali. Lepas itu, senyap dan tiba-tiba dengar nak buat perhimpunan," katanya.

Abdul Aziz berkata beliau berpendapat kumpulan itu mempunyai agenda lain dan bukan hanya membabitkan isu ketelusan SPR.

"Saya fikir kumpulan ini bukan bukan seperti pertubuhan bukan kerajaan yang sepatutnya, saya fikir kumpulan itu telah dipengaruhi oleh parti politik (tertentu).

"Mereka tidak lagi berkecuali, tidak lagi bebas, ia dipengaruhi oleh sesuatu kumpulan, tanpa sokongan kumpulan-kumpulan itu, Bersih tidak ada apa-apa," katanya.
Sistem biometrik

Sementara itu, Aziz berkata, SPR bercadang menggunakan sistem biometrik yang membolehkan proses pengesahan pengundi dilakukan secara elektronik, pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, SPR akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menggunakan sistem tersebut yang kini diguna pakai terhadap warga asing.

"KDN dah pakai sekarang untuk warga asing yang nak masuk ke dalam negara kita. Kaedah yang sama akan digunakan, kali ini kita akan guna pada pengundi," katanya.

Beliau mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal, iaitu satu daripada lapan perkara yang dituntut BERSIH.

Jabatan Imigresen kini menggunakan sistem biometrik di pintu-pintu masuk di seluruh negara, sebagai kaedah untuk menangani jenayah antarabangsa dan kebanjiran pendatang asing tanpa izin di negara ini.

Abdul Aziz berkata melalui penggunaan sistem biometrik, sebelum kertas undi dikeluarkan, langkah pertama yang akan dilakukan ialah membuat pengesahan terhadap kad pengenalan untuk membuktikan ia dokumen asli.

"Kemudian, pemegang kad pengenalan itu perlu meletakkan jarinya di situ, dan maklumat yang keluar pada skrin sama dengan kad pengenalan yang dibawa," katanya.

Sebaik sahaja disahkan, katanya SPR akan memeriksa sama ada nama pembawa kad pengenalan itu disenaraikan dalam daftar pemilih sebelum mengeluarkan kertas undi.

Abdul Aziz berkata selepas mengundi, individu berkenaan tidak boleh pergi ke tempat lain dengan membawa kad pengenalan yang sama untuk mengundi bagi kali kedua.

Beliau berkata sistem biometrik merupakan penyelesaian terbaik berbanding dengan penggunaan dakwat kekal seperti di India dan Indonesia.

Katanya SPR tidak akan menggunakan dakwat kekal kerana sehingga kini, tiada laporan atau petisyen yang menunjukkan terdapat pengundi yang mengundi dua kali di negara ini.

"Penggunaan dakwat kekal itu juga tidak akan menyelesaikan masalah orang mengundi dua kali yang ditohmah selama ini, yang tidak benar sama sekali," katanya.


18 June 2011

Promosi besar-besaran BERSIH 2.0 oleh Menteri Penerangan dan Media Arus Perdana Umno

Tanpa bukti yang kukuh Rais Yatim sengaja membuat tuduhan liar terhadap Bersih berkaitan terhadap serangan keatas berpuluh laman web kerajaan yg digodam baru-baru ini, 

Ini merupakan taktik bagi Umno dan Barisan Nasional untuk memburukkn imej Bersih yang bersungguh-sungguh berjuang bagi memastikan sistem pilihanraya yang adil tanpa sebarang campurtangan dari mana-mana pihak sama parti pemerintah mahu pun pembangkang dapat dicapai dalam Pilihanraya Umum ke13 akan datang. 

Keadaan ini menunjukkan keapada kita semua bahawa sememangnya kini BN semakin terdesak hasil kesilapan taktik oleh Umno melalui Perkasa dan pihak Polis serta Media Arus Perdana yang memberi liputan yang luar biasa dan keterlaluan hingga menyebabkan BERSIH mendapat liputan dan publisiti percuma diseluruh negara. 

Bayangkan dalan keadaan biasa untuk mempromosi BERSIH seperti yang terhidang ini sudah tentu diluar kemampuan penganjurnya. Tapi dengan menangguk diair keruh kini anggaran peserta boleh bertambah setengah kali ganda dari anggaran awal dan tidak mustahil mampu menghimpun kan setengah juta rakyat yang akan memenuhi setiap pelusok ruang diKuala Lumpur.

Sementara itu Hishamudin Husein telah memberikan amaran yang pihak Polis mempunyai kuasa untuk menangkap sesiapa di bawah ISA jika mahu. 

Itu semua orang tahu yang Polis ada kuasa untuk menangkap sesiapa di bawah ISA asalkan Menteri dalam Negeri menandatangani surat kuasa untuk menangkap sesiapa di bawah akta ISA itu. 

Persoalannya adakah semua pihak akan di tangkap atau hanya pemimpin Bersih sahaja yang akan ditangkap?

Bagi aktivis PAS, ramai ahli parti yang memang sudah lali dengan tangkapan yang dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri. Bukan seorang dua pemimpin parti itu diperosok kedalam tahanan. Yang selalunya selamat dan mempunyai ‘immunity’ dari tangkapan pihak Polis ini hanyalah pihak UMNO dan BN sahaja.

UMNO boleh melakukan apa sahaja kerana parti itu tetap mendapat perlindungan. 
Pemimpin-pemimpin UMNO yang rasuah sentiasa mendapat perlindungan OSA. Itulah sebabnya perjanjian-perjanjian pihak agensi kerajaaan dengan ‘concessionaire’ lebuhraya dan perjanjian diaantara IPP dengan TNB dilindungi oleh OSA. Ramai orang tahu yang perlakuan rasuah sangat besar di belakang OSA ini.

Tulisan ini ada respon kepada kenyataan Rais Yatim dalam Malaysiakini sebentar tadi

Serangan siber ke atas laman web kerajaan dan agensinya oleh kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Anonymous dipercayai ada kaitan dengan penganjuran perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim.

17 June 2011

Bersih 2 : Penjelasan Timb. Presiden PAS

Ahmad Danial   
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menggesa polis Malaysia supaya segera berubah dan kembali kepada peranan sebenar sebagaimana polis di negara lain termasuk Eropah dan Indonesia.

"Sikap pihak polis di Malaysia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sikap polis di negara lain dengan mengambil contoh di indonesia, di mana ketua polis Jakarta di sana akan membenarkan mana-mana pihak mengadakan demonstrasi aman dan para demonstran akan dilindungi dan perjalanan demonstrasi itu dikawal pihak polis.

Beliau berkata demikian pada ceramah pelancaran Bersih 2.0 peringkat negeri Melaka di Dataran Hamas, Kompleks PAS Jasin di sini malam tadi.

Begitu juga, katanya di negara-negara Eropah yang mana hampir setiap minggu rakyatnya termasuk pelajar-pelajar akan mengadakan himpunan aman dan pihak polis memberikan kebenaran dan mengawal keadaan sehingga tamat himpunan tersebut.

Baginya, kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang dilaporkan berkata, pihak polis akan membuat tangkapan terhadap mana-mana mereka yang menyertai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti sebagai suatu fenomena pelik di sebuah negara demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

"Pihak polis memang ada kuasa, mereka boleh buat apa sahaja pada rakyat, kita bukan melawan pihak polis dan tiada niat untuk melawan, tetapi kita hanya melawan sistem pilihanraya yang kotor," ujarnya.

Beliau berkata, penganjur himpunan aman Bersih 2.0 tidak akan gentar dengan ugutan dan amaran pihak polis yang jelas tidak peka kepada hasrat dan kehendak rakyat yang mahukan pilihan raya yang telus, bersih dan adil.

Menurutnya, PAS sendiri akan mengarahkan seluruh ahlinya supaya hadir pada himpunan aman tersebut di mana kira-kira 300,000 ahli PAS dijangka akan mengambil bahagian pada 9 Julai ini.
 

16 June 2011

TGNA + DSAI + LKS


Bersedia semua, Insa Allah pada 23hb Julai 2011 bertempat di Stadium Kota Raja Bandar Klang akan berlangsung Majlis Makan Malam Sempena Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Kota Raja.

Majlis ini yang akan menghimpun puluhan ribu rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat bagi meneruskan kemenangan dalam PRU 13 nanti.

Menanti mereka dalam majlis yang gilang gemilang ini ialah YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan merangkap Mursidur Am PAS, YB Dato Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang merangkap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat dan YB Tuan Lim Kit Siang, Penasihat DAP.

Sila dapatkan tiket awal dengan menghubungi PIC diatas.

15 June 2011

Syabas!!!

"Biar 1000 laporan polis yang mereka lakukan, mereka tidak mungkin mampu memadam semangat anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini justeru keadilan dan ketelusan tersebut juga menjadi  sebahagian daripada tuntutan Islam" 

Antara tulisan Nasruddin Tantawi dalam blognya sebentar tadi merujuk kepada lapuran Polis yang dibuat oleh Perkasa & NGO yang didalangi oleh Umno.

Diakhir tulisan beliau menulis "Saya mengharapkan anak - anak muda tidak terpengaruh dengan taktik kerajaan Barisan Nasional dan proksi - proksi mereka yang cuba  mengugut untuk membatalkan BERSIH 02 justeru itulah yang akan meletakkan Barisan Nasional terus selesa menghadapi pilihanraya umum ke 13 secara berat sebelah dan tidak telus. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh warganya akan terus berada di saf hadapan memimpin kebangkitan anak muda bersama rakan - rakan dari Angkatan Muda Keadilan dan DAPsy"
 
Parlimen Kota Raja mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Dewan Pemuda PAS Pusat dan Selamat Berjuang, kami dan seluruh ahli PAS & Pakatan Rakyat akan menyokong dan bersama-sama turun padang pada hari dan waktu yang ditetapkan nanti ...baca seterusnya disini

13 June 2011

Mimpi ngeri berpanjangan buat Umno Selangor

PKR Selangor senantiasa meraikan pembaharuan rakan parti dalam Pakatan Rakyat demi keutuhan kesepakatan yang telah pun dicapai sebelum ini.


Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata pembaharuan adalah perlu dibuat dalam memastikan tanggungjawab yang diberi oleh rakyat menjadi satu amanah yang tidak akan dikhianati.

PKR Selangor sendiri, katanya sudah beberapa kali berubah kepimpinan pasca 2008 dan akan terus berubah demi rakyat.

Sehubungan itu, ujarnya PKR Selangor merakamkan ucapan tahniah kepada Dr Abd Rani Osman kerana telah dilantik memikul amanah sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang telah banyak menabur jasa kepada Pakatan Rakyat terutama semasa menghadapi PRU 12 yang lepas.

“Kecekapan Dr Hasan Ali menangani beberapa isu sensitif membuktikan beliau seorang pemimpin yang berwibawa dan berjiwa besar.

“Kepadanya PKR Selangor kalungkan penghargaan atas khidmat cemerlang dan jasa yang telah ditaburkan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambahnya, PKR Selangor percaya perlantikan Dr Abd Rani bakal memberikan satu 'mimpi ngeri berpanjangan' kepada seteru politik bersama iaitu, Umno Selangor.

“Sudah pasti mimpi ngeri ini berulangan hampir setiap malam kepada kepimpinan Umno hingga ke PRU 13 akan datang,” katanya yang juga Adun Sri Muda.

Tambahnya, perlantikan itu juga memberi impak yang sangat besar kepada rakan dalam Pakatan Rakyat Selangor kerana hubungan baik beliau dengan pemimpin PKR Selangor dan barisan hadapan kepimpinan DAP Selangor.

Katanya, komitmen beliau dalam kesepaduan Pakatan Rakyat turut dilihat dalam kesudian beliau hadir ratusan ceramah kempen 'JELAS- Tawan Malaysia!' anjuran PKR Selangor dan gerak kerja kempen lain sebelum ini.

Menurutnya, rombakan kepimpinan baru di dalam PAS Pusat mahupun PAS negeri merupakan kehendak akar umbi dan pembaharuan itu merupakan satu 'berita buruk' untuk Umno Selangor yang satu ketika 'gila talak' menghulur tangan 'perpaduan' yang keikhlasan sebenar mereka sudah dimaklumi rakyat.

“Perubahan ini bererti nothah penamat sudah dimeterai,” katanya.

Beliau menambah, PKR Selangor akan sentiasa menjaga amanah, hubungan perpaduan dan sokongan tidak berbelah bagi pada kepimpinan baru PAS Selangor agar hasrat bersama membenamkan Umno Selangor tercapai.

“Pada PKR Selangor, siapa juga yang di pilih, mereka adalah pemimpin yang sangat komited dalam agenda memertabatkan hak rakyat.

“Ia sama sekali tidak akan mengubah 'rasa' dalam Pakatan Rakyat, bahawa UmnoBN adalah seteru politik yang mesti dihapuskan, ditanam dan dikuburkan segera kerana 'bau yang ada sudah tidak tertahan!” katanya

12 June 2011

Meneruskan kerja-kerja meng TKO kan UBN

Tahniah kepada DPPKR Kota Raja yang secara Istiqamah meneruskan aktiviti meng TKO kan Umno dan Barisan Nasional dalam PRU ke 13 nanti.

Seperti mendapat Tonik Cap Gajah dan kekuatan baru hasil dari keputusan Pemilihan Muktamar PAS kali ke 57 yang melantik barisan kepimpinan pasca pilihanraya yang diketuai oleh orang No 2 parti Ybhg Tuan Hj Mohamad Sabu, PAS Kawasan Kota Raja terus mengorak langkah untuk menjarakkan lagi Barisan Nasional yang ditunjangi oleh Umno agar tidak berupaya mengejar PAS dan Pakatan Rakyat yang telah jauh kedepan dari segi usaha dan memikat hati pengundi bagi meneruskan kemenangan dan kecemerlangan di Kota raja ini.

Kota Raja yang mempunyai ketiga-tiga Wakil Rakyat yang cemerlang dari segi usaha dan gerak kerja amat sukar untuk ditandingi oleh UBN. Anda boleh melihat sendiri kesungguhan YB Shuhaimi, ADUN Sri Muda dan Dr Mariah yang keliling desa, kampung dan taman menemui dan memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik demi merealisasikan 'keadilan untuk semua' yang menjadi nadi kepada perjuangan PAS, Keadilan dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Hari ini Dewan Pemuda PAS yang diketuai oleh Sdr Zainal Said dengan dibantu oleh ARO PAS Kota Raja dan Unit Pendaftar Pemilih (UPP) Jentera Pihanraya PAS (JPrK) Kota Raja telah menjalan kempen daftar pemilih di Giant Kemuning Utama. Program yang bermula jam 10.00 pagi tadi akan berakhir kira-kira jam 9.00 malam nanti. Pada ketika ini masih ramai pengunjung yang datng ke kaunter kami bagi tujuan membuat semakan atau mendaftar sebagai pemilih baru. Respon dari setiap pengunjung yang datang memberikan pukulan TKO kepada UBN Selangor dan tidak mustahil untuk satu lagi tsunami dengan menakluki Putrajaya.

Bermula dengan Parlimen Kota Raja yang terus respon dan menunjukkan betapa wala'nya pimpinan Dewan Pemuda Kawasan dalam menyahut seruan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dato Abd Halim Abd Rahman dan Dato Seri Presiden dan pimpinan PAS Pusat yang mahukan dewan Pemuda aktif dalam mendaftar pemilih baru yang masih berbaki 3.8 juta orang lagi yang belum didaftarkan, adalah diharapkan Dewan Pemuda PAS Pusat dan Negeri serta Kawasan-Kawasan mencontohi apa yang dilakukan di Kota Raja ini.

Gerak kerja Daftar Pemilih anjuran DPP Kota Raja di Giant Kemuning Utama
Abg Mat bersama isteri tersayang Kak Normah dimajlis walimatul urus TYDP PAS Kota Raja Tn Hj Norhalim Sirome di Taman Setia, Johan Setia malam tadi turut hadir ialah YB Shuhaimi Shafiee, YB Dr. Rani, Dato Bandar MBSA serta Ahli-Ahli Majlis MBSA dan MPK serta kepimpinan masyarakat dan Parti. Tidak ketinggalan juga ialah ahli-ahli DHPP Kota Raja yang diketuai oleh Sdr Letchumanan yang juga Setiausaha Agung Kehormat DHPP PAS Pusat.

AJK PAS Kawasan Ust Yusof mengucapkan tahniah kepada Abg Mat kerana dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS dalam Muktamar baru-baru ini.

Penulis adalah Ketua UPP Jentera Pilihanraya PAS (JPrK) kota Raja

SPR sudah sedia Najib bila lagi?

Sementara pelbagai pihak membuat spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa termasuk sebelum Ramadan ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun memulakan persiapan awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya sudah memulakan persiapan sejak awal bulan lalu memandangkan Negara sudah memasuki tahun keempat mandat semasa.

“Lazimnya, apabila kita masuk tahun keempat selepas pilihan raya sebelum ini, persiapan akan mula dibuat, bila tahun keempat kita membuat persiapan awal... SPR menggunakan itu sebagai petunjuk,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Wan Ahmad berkata tempoh tiga tahun untuk mengadakan pilihan raya kecil sudah pun berlalu dan kini masuk tahun keempat yang membolehkan suruhanjaya mengadakan persiapan menghadapi pilihan raya.

“Kami buat macam-macam persiapan... persiapan awal seperti soal logistik, menentukan pusat-pusat mengundi, keperluan cetakan buku panduan, banyak persiapan kita buat.

“Persiapan lain seperti latihan bagi pekerja dan pegawai pilihan raya akan dilakukan kira-kira satu dua bulan sebelum (pilihan raya),”katanya.

Mandat semasa kerajaan pusat akan berakhir pada penghujung April 2013 manakala kerajaan-kerajaan negeri antara akhir April dan Mei 2013.Ketika ditanya sama ada SPR bersedia untuk mengadakan pilihan raya jika Parlimen dibubarkan dalam waktu terdekat termasuk bulan depan, Wan Ahmad berkata, pihaknya tidak risau dengan mana-mana tarikh.

“Sebab kami bersedia untuk mengadakan pilihan raya bila-bila masa...bila tarikh pembubaran tidak menjadi keutamaan,” katanya lagi.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa SPR akan menghentikan proses pendaftaran pemilih bulan ini bagi menghadapi pilihan raya umum, Wan Ahmad berkata, dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali.

“Mana ada, tidak. Itu tak betul. Siapa punya kerja itu?” kata beliau dengan merujuk kepada peraturan yang mewajibkan proses pendaftaran pemilih dijalankan sepanjang tahun tidak kira musim pilihan raya ataupun sebaliknya.

Daftar pemilih akan diwartakan setiap tiga bulan sekali

11 June 2011

SKKM melampaui hak asasi manusia

Laman web perkongsian fail terkemuka Pirate Bay (TPB) menyuarakan perasaan tidak senangnya terhadap sekatan internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kami sedih apabila Malaysia melampaui hak asasi manusia sekali lagi," kata wakil laman itu Winston Bay kepada Malaysiakini.

Beliau menegaskan kembali tentang penetapan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa internet merupakan sebahagian hak asasi manusia.

Bagaimanapun, tambahnya, dalam masa yang sama Malaysia menutup akses terhadapnya.

Bay juga berhujah, TPB sebagai "pertukaran budaya paling besar dalam sejarah manusia" dan tidak dapat dihentikan oleh "kerajaan yang korup" dan "ketololannya".

"Orang ramai sudah tentu mampu menggunakan TPB walau apa pun caranya, seperti di negara lain yang tidak menyekatnya, trafik akhirnya tetap meningkat.

"Ia menunjukkan bahawa tidak ada tolak ansur dengan kerajaan yang korup dan internet mampu mengelakkan ketololan itu," kata Bay.

SKMM semalam menjelaskan menyekat beberapa laman sesawang akhir-akhir ini bukan satu bentuk penapisan, sebaliknya tindakan pematuhan undang-undang Malaysia.

Kenyataan itu menyebut, SKMM menerima permintaan daripada Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987.

Selain ThePirateBay.org, turut disekat MegaUpload.com, FileServe.com dan DepositFiles.com.

Tak ingin nak tiru Najib

PAS tidak akan meniru Barisan Nasional (BN) melaksanakan program kebajikan pada rakyat yang di dalamnya mengandungi unsur rasuah, penyelewengan dan penipuan.

Najib yang menyaran PAS agar tidak meniru Umno untuk mewujudkan negara berkebajikan kerana perkara itu telah dilaksanakan oleh kerajaan BN adalah satu kesilapan yang besar kerana Negara Berkebajikan yang disarankan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasar muktamar baru-baru ini mempunyai agenda tersendiri dan jauh daripada anasir buruk sepertimana yang dilakukan kerajaan Umno Barisan Nasional pimpinan Najib.

Siapa yang nak tiru siapa. PAS tidak seinci pun akan meniru langkah BN melakukan program kebajikan kepada rakyat kerana usaha itu sering terdapat penyelewengan, penipuan atau kepentingan kroni.  

Bagi PAS semua itu akan ditentang habis-habisan dan bagaimana pula Najib kata kita nak tiru BN?

Sebaliknya ini antara Negara Berkebajikan yang akan dilaksanakan oleh PAS. 

08 June 2011

DS Najib ketinggalan zaman

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu melahirkan rasa kasihan terhadap kenyataan Perdana Menteri Najib Razak yang ketinggalan zaman.

Najib dalam laporan media dari Astana, Kazakhstan menyifatkan Ucapan Dasar Presiden PAS bertemakan Membangun Negara Berkebajikan hanya untuk hadapi PRU13.

Mohamad dalam jawapan balas berkata, konsep Negara Berkebajikan telah diwujudkan sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi ketika Baginda mentadbir Madinah sebagai sebuah Negara Islam.

"PAS perjuangkan dasar Negara Berkebajikan yang didirikan oleh Baginda Nabi sejak zaman Madinah lagi dan bukan hanya untuk PRU13 sahaja.

"Nampak sangat Najib tidak tahu di dalam hal ini, saya kasihan, lebih baik beliau diam sahaja dalam perkara yang beliau tidak tahu.

"Sebaik beliau bercakap, rakyat tahu bahawa perdana menteri tidak tahu tentang perkara ini," jelasnya menzahirkan rasa kasihan pada Najib.

Mohamad memenangi jawatan kedua utama dalam PAS sempena Muktamar Tahunan ke 57 yang berlangsung di Taman Melewar dari 3 hingga 5 Jun baru lalu.

Bercakap lebih lanjut, Mohamad berkata, Negara Berkebajikan itu disebut juga di dalam Al-Quran sebagai baldatun Toyyibatun wa Rabbul-Ghafur iaitu Negara yang baik yang mendapat pengampunan Tuhan.

Mengulas perkara sama, Timbalan Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Zainal Abidin Kidam berkata, itulah tahap pemikiran sebenar Najib dalam situasi tidak disediakan info berkaitan Negara Berkebajikan.

Najib disifatkannya sebagai tidak bersedia dengan soalan wartawan dan tidak mempunyai maklumat tentang ucapan dasar Presiden PAS tetapi tetap ingin menjawabnya.

"Sewajarnya beliau menjawab sebagai seorang negarawan dengan hujah kuat dan bukannya menolak ucapan dasar yang penuh ilmiah dengan hanya mengatakan 'itu modal PRU13' sahaja.

"Berikanlah komitmen sebagai seorang pemimpin negara, apakah yang telah, sedang dan akan diberikan kepada rakyat bagi mengatasi dan lebih baik dari konsep Negara Berkebajikan itu," tegasnya.

Bercakap kepada HarakahDaily dalam satu pertemuan dengannya, Prof Zainal berkata, rakyat boleh menilai antara gagasan besar Presiden PAS dengan jawapan cetek Najib.

Sementara itu heboh diperkatakan di dalam perbincangan maya tentang lawatan Najib ke Kazakhstan yang mempunyai agenda keluarga.

Dikatakan beliau mengambil kesempatan lawatan itu untuk merisik bakal tunang anaknya yang disebutkan sebagai anak pembesar bekas negara komunis itu.

PAS menerusi AJKnya, Dr Dzulkifley Ahmad menyatakan bantahan terhadap lawatan negara yang disifatkan mempunyai agenda keluarga.

07 June 2011

Must Read Article: BN Only Talks, But PAS Transforms

PAS’ biggest step towards change is probably the election of Mohamad Sabu as its new deputy president, making this the first time a non-ulama has taken that position since the party adopted the Kepimpinan Ulama (Leadership by the Ulama) policy in 1985. Mat Sabu is well-regarded by the non-Malays. He is a powerful orator and he is expected to be an effective counter to Umno’s attempts at brainwashing the Malays with irresponsible propagandizing. His inclusion in PAS’ top leadership will be an asset to Pakatan Rakyat as the coalition braces for the next general election.
By Kee Thuan Chye, Malaysian Digest
Read More Here

06 June 2011

Salah Fakta


PUCHONG, 6 JUN – Laporan akhbar Sinar Harian dan Utusan Malaysia yang mendakwa kononnya 64 ahli Melayu DAP keluar parti untuk menyertai UMNO adalah tidak benar sama sekali.

“Bagaimana boleh mereka kata 64 ahli keluar parti sedangkan ahli-ahli DAP yang ada di Lembah Kinrara hanya 60 orang sahaja,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara Teresa Kok.
Beliau yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaaan DAP kesal dan hairan dengan mainan media yang melaporkan fakta salah.
“Kita akan menemui kesemua 60 ahli DAP di kawasan ini untuk mengetahui sama ada mereka benar-benar mahu keluar parti atau masih kekal dengan DAP,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Sementara itu, Pengerusi DAP Cawangan Lembah Kinrara Azhar Shapawi berkata hanya beberapa ahli sahaja yang mengikut bekas pengerusi cawangan Harun Abdul Wahab yang menyertai UMNO.
“Saya terkejut apabila nama saya dikaitkan sedangkan kami langsung tidak dimaklumkan tentang penyertaan kami ke dalam UMNO dan perkara ini tidak pernah dibincangkan sama sekali,” katanya.
Pada 31 Mei lalu akhbar Sinar Harian dan Utusan Malaysia melaporkan seramai 64 ahli DAP keluar menyertai UMNO di mana Harun dipetik sebagai berkata beliau keluar DAP kerana “…apa jenis peruntukan dan projek pun tak pernah dapat. Dengan rela hati saya keluar DAP dan berjuang demi kepentingan orang Melayu.”
Azhar yang baru dilantik memegang jawatan itu, kesal dengan kenyataan Harun yang mengutuk Teresa Kok yang didakwanya tidak pernah melawat kawasan sedangkan Exco Kanan Kerajaan Selangor itu kerap mengadakan program bersama penduduk kampung Lembah Kinrara.
Jelas beliau lagi, pelbagai program telah dianjurkan oleh Teresa untuk penduduk di sini antaranya Bantuan Skim Mikrokredit untuk peniaga kecil yang mana Harun sendiri turut mendapat bantuan tersebut.

Selain itu, Teresa juga menganjurkan program untuk penduduk Kg Lembah Kinrara termasuk:
1. Majlis berbuka puasa di Kg Lembah Kinrara
2. Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sumbangan kepada warga emas dan orang-orang miskin
3. Sumbangan buku latihan sekolah (600 naskah buku) sempena program ‘Back to School’
4. Seminar keusahawanan untuk orang Melayu dari Kg Lembah Kinrara dan Puchong di Bukit Jalil Golf Club
5. Tuisyen percuma kepada pelajar SPM di Lembah Kinrara
6. Sumbangan kepada ibu-ibu tunggal sempena Hari Ibu.

Azhar tetap akan memperkuatkan lagi DAP dengan mempelawa seramai mungkin Melayu menyertai parti dalam masa terdekat ini.
“Kami ahli Melayu DAP sangat berterima kasih kepada segala bantuan dan keprihatinan Teresa Kok dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh selama ini,” katanya.
Beliau yang mewakili ahli DAP di sini berkeras dengan pendirian menolak politik kotor UMNO yang suka mempermainkan isu kaum dan agama sehingga merosakkan masyarakat di negara ini.
Azhar turut menyampaikan borang keahlian baru kepada Teresa membuktikan lagi kepercayaan penduduk dengan perjuangan DAP selama ini.
“Kami sokong perjuangan DAP yang menjaga kepentingan semua kaum dan kami akan terus bersama dengan DAP,” katanya.

Abg Mat diterima kawan & lawan

Tahniah buat Mohamad Sabu oleh Dato Ariff Sabri

Sekalung tahniah kepada sahabat saya Mohamad Sabu kerana diberi mandat sebagai Timbalan Presiden oleh parti PAS dalam pemilihan parti itu semalam. Pemilihan beliau merupakan satu lonjakan kepada karier politik beliau secara peribadi dan diharap mampu membantu pucuk pimpinan PAS  dan jemaah kepimpinan parti untuk menjadikan parti itu sebagai sebuah badan siasah yang berjaya untuk menyatukan Melayu serta Islam keseluruhannya.

Lebih-lebih lagi PAS juga wajar menjadi sebuah parti yang ‘magnanimous’ agar diterima sebagai parti yang mampu untuk menjadi wadah perjuangan jika sistem yang di amalkan pada hari ini gagal untuk menyempurnakan segala apa yang sepatutnya diperjuangkan. Sebagai sebuah parti alternatif kepada parti pemerintah pada hari ini PAS wajar bersedia untuk memikul tanggungjawab kepada rakyat jika apa-apa berlaku kepada yang sedang memerintah pada hari ini.

Sebagai sebuah parti Islam saya berpendapat PAS benar-benar menjadikan Islam sebagai addin dan bukan semata-mata sebuah parti yang memberikan tumpuan kepada ibadah fardhu ain semata-mata tetapi sebaliknya mengimbangi gerakan dan pentadbiran yang selari dengan kehendak agama kita iaitu, Islam sebagai dijadikan sebagai addin (atau cara hidup) dalam erti kata yang sebenarnya.

Yang dimaksudkan cara hidup itu ialah untuk melibatkan kepimpinan dan rakyat untuk maju di dalam segala bidang seperti bidang industri dan perdagangan, sosial, politik serta kemasyarakatan dengan pentadbiran kerajaan yang ‘vibrant’ mengikut kehendak masa dan zamannya.

PAS merupakan parti yang memperjuangkan Islam dan Islam itu adalah ‘universal’ dam relevan disepanjang zaman. Islam bukan agama yang orthodox dan statik. Islam itu adalah ‘vibrant’, ‘forward looking’ dan ianya tidak akan luntur dimamah zaman.

Dengan kehadziran Mohamad Sabu saya secara peribadi berharap yang PAS akan menghilangkan imej orthodox seperti yang dimomokkan oleh pihak lawan sebagai parti yang tidak progressif. PAS jika benar-benar berjuang di atas landasan yang benar, ianya akan menjadi parti yang akan mendapat sokongan dari semua bangsa di negara ini.

Islam yang baik ialah Islam yang boleh menjadi pemimpin manusia sejagat atau setidak-tidaknya bagi negara yang mempunyai jumlah penduduk yang secara relatifnya adalah kecil jika dibandingkan dengan negara-negara yang lain.

PAS mempunyai asas untuk mencapai kebaikan ini. Jika ada sedikit sebayak kelemahan orang ramai berharap PAS akan dapat memperbaiki kelemahan-kelemahan tersebut dan menjadi parti yang memperjuangkan  keseimbangan di antara perjuangan fardhu ain dan kifayah.

Saya berharap Mohamad Sabu akan dapat membantu membawa keseimbangan ini.

05 June 2011

PRU 13 : Keputusan Pemilihan buat Najib dalam dilema


CERITA 1 : KEPUTUSAN PEMILIHAN PAS & TARIKH PRU 13

Berkaitan bila tarikh pengumuman pilihanraya Umum ke 13 akan dibuat oleh Najib, rasanya Najib dah mula pening lalat dengan keputusan pemilihan PAS semalam.

Beliau menanti dengan penuh minat keputusan pemilihan semalam dan akhir nya terpaksa menelan pahit keputusan tersebut bila mana kebijaksanaan perwakilan yang telah memilih pemimpin atau kabinet yang diwar-warkan sangat maantap bagi mengahdapi PRU 13.

Kini Najib benar-benar dalam dilema mengenai tarikh PRU 13.

Kesempatan ini mesti digunakan sepenuhnya oleh barisan kepimpinan PAS Pusat, Negeri, Kawasan dan Cawangan.

Keputusan rasmi sudah diumumkan semalam. Kepimpinan baru Pas kini mengorak langkah untuk mengotakan janji terutama dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang dijangkakan tidak berapa lama lagi.

Ramai penganalisis dan dikalangan PAS sendiri merasakan inilah barisan kepimpinan terbaik gagi menghadapi Umno dan Barisan Nasional dalam PRU akan datang, Ia nya mantap dari setiap sudut.

Apa yang saya perhatikan yang paling banyak mengulas tentang kepimpinan baru PAS bukannya pimpinan Pas atau Pakatan Rakyat tetapi majoritinya pemimpin Umno.

Seperti dijangka semua akhbar milik Umno/BN memberikan layanan 'istimewa' kepada barisan kepimpinan baru Pas. Tapi macam biasa lah mereka musuh kita dulu kini dan selamanya. Tajuk-tajuk akhbar pun dah cukup memastikan kita berpecah belah. Bagi bloggers pro-umno mereka macam orang hilang wang pulak, lantak kau lah.  

Menurut TITM yang mengulas keoutusan ini, bukan namanya Umno kalau mereka menyokong Pas. 

Manakala TGNA semasa ceramah malam tadi berkata, Umno tidak tidur lena dengan kabinet baru Pas terutama dengan kemenangan Abang Mat.

Tidak kisahlah siapa yang menang, kerana bagi yang menang mereka WAJIB bekerja keras bagi memastikan harapan perwkilan dan ahli PAS bahawan mesti ditunaikan. Kalau ia ini barisan jitu bagi menghadapi PRU 13, pastikan anda melakukan yang terbaik untuk meneruskan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Bagi yang kalah pula, ini cuma pertandingan macam adik beradik, anda kena realistik dan mesti sudah bersedia dengan apa juga keputusan dalam pemilihan ini. Ruang untuk anda bekerja dan berbakti kepada parti sentiasa terbuka luas. Tunjukkan lah contoh tauladan yang baik buat para Ansorullah yang lain bahawa anda akan terus Istiqamah meneruskan perjuangan sekali pun tidak memenangi jawatan yang ditandingi.

Kepada ahli parti macam kita pula, wala' lah kepada arahan pucuk pimpinan parti kerana sekuat dan sehebat mana pun pemimpin atasan kita, kejayaan hanya akan diperolehi apabila kita semua bersatu padu bejuang bersama mereka.

CERITA 2 ; APA KATA UMNO

UMNO's worse nightmares are now becoming a reality. PAS is transforming itself into a credible and viable alternative. If it links up with likeminded people from other parties and the combined forces are led by someone with stature, they will form the next government. 

Will PAS implode? It will only if it has the UMNO culture. What differentiates PAS from UMNO is the existence of an eternal idealism. To see the application of more Islamic content in the running of the country wherever and whenever they are applicable. 

The recent victory of the Erdogan (bahasa Umno untuk pecah belahkan PAS) faction in PAS is also a reflection that PAS has succeeded in attracting more libertarian members into the party. 

The change in leadership character in PAS can only be possible as a result of a change in the character of the men and women who have become PAS members. If they have enlisted into the PAS army, then UMNO has lost people of this caliber from its ranks.

What will happen to UMNO? Very soon, UMNO members will consist of the riff-raffs and contract hungry divisional leaders and class F contractors. UMNO will continue to be dominated by leaders and followers who make high pitched noises when they can't get something out of the MRT and Pudu Jail redevelopment projects. 

Pas is showing it's ready to take the bull by its horns. It shines where UMNO leadership falters. PAS doesn't fear leadership transformation. UMNO shows it .... Read more here

03 June 2011

KUU kena pastikan ulamak turun padang, bukan sekadar duduk di masjid sahaja

Perwakilan Dewan Ulama PAS dari Kelantan menegur perwakilan ulama yang lain agar lebih ke depan dalam masyarakat dan tidak hanya melakukan kerja "berpada-pada" antaranya sekadar duduk di masjid sahaja.


Sedangkan Mansor Daud, beliau menggesa ulama agar mencontohi ulama terdahulu dan guru pondok dahulu yang terlibat secara langsung dalam masyarakat.

"Mereka mempunyai kedudukan tinggi (dalam masyarakat), mereka ada kehebatan, bukan sahaja dihormati tetapi juga digeruni. Kalau berpada-pada sekadar di masjid, kita tidak menuju ke hadapan.

"Ulama mesti terlibat dalam pilihan raya, bukan sahaja sebagai ketua urusan ulama. Ulama mesti menjadi pengarah pilihan raya, mesti mengetahui unit-unit dalam jentera pilihan raya," katanya.

Beliau juga mencadangkan supaya ulama mengetuai rombongan membuat aduan kepada pihak bertanggngjawab sekiranya wujudnya pengundi hantu.

"Rasa-rasanya jika ulama mengetuainya, hantu pun takut kepada ulama... Jadi ulama kena 'sengoti'(bersungguh-sungguh)," katanya sewaktu membahaskan usul peranan ulama dalam pilihan raya umum ke-13.

Tumpang jentera orang lain

Sementara itu, perwakilan Pulau Pinang turut mencadangkan jawatankuasa penerangan supaya menyediakan isu, tema atau tajuk isu semasa yang boleh digunakan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mereka boleh memuatkan isu-isu, ayat, tema yang boleh dimanfaatkan daripada laman web (untuk digunakan) di seluruh negara dan jentera penerangan lain di seluruh negera," katanya membahaskan usul itu.

Perwakilan Pulau Pinang juga turut menggesakan kepada pewakilan ulama yang lain memainkan peranan penting untuk memanaskan jentera pilihan raya dewan tersebut.

Menurutnya, memandangkan paluan gendang pilihan raya semakin kuat, tetapi masih terdapat di kalangan jentara yang "masih tidur".

Menjawab persoalan tersebut, pengarah pilihan raya sayap itu Datuk Hussin Awang berkata beliau mencadangkan supaya mewujudkan jentera pilihanraya ulama 
sehingga ke peringkat Majlis Tindakan DUN (MTD) atau Unit Peti Undi (UPU).

Katanya penubuhan tersebut terpulang kepada kawasan PAS berdasarkan kepada kemampuan dan keadaan di kawasan masing-masing.

"Sehingga hari ini, saya tidak dapat pastikan apakah jentera pilihan raya wujud atau MTD masing-masing. Pada pengamatan saya dalam beberapa pilihan raya kecil, secara tidak langsung organisasi ini masing belum wujud di peringkat MTD atau masih belum tersusun.

"Jika tidak mula daripada sekarang, hanya bergerak sebagai identiti ulama, maka ulama hanya menumpang kepada jentera orang lain," katanya dalam menyampaikan ucapan penggulungan usul tersebut.-Malaysiakini

02 June 2011

PR sudah sedia tapi Najib takut

BIAR pun Harakah edisi cetak keluaran Isnin lepas menggunakan tajuk ‘PRU Julai’, namun Perdana Menteri nampaknya masih teragak-agak. Kenaikan tarif elektrik menjadi bebanan baru buat Datuk Seri Najib Razak.
Kenaikan sebanyak 7.12 peratus atau 2.23 sen bagi kilowat jam (kwj) menyebabkan bil sebelumnya tentu bertambah lagi. Cuma bil elektrik tidak berubah apabila rumah tidak ada penghuni.
Paling minima disebut RM20 bagi pengguaan elektrik 91.7 kwj. Itu pun hanya terpakai setakat 31 Disember depan. Selepas itu mungkin kerajaan akan mengkaji balik kadar terbabit.
Namun, pada pengumuman 31 Mei lalu, kerajaan tidak menyebut kajian akan dibuat dalam tempoh setiap enam bulan, seperti didakwa banyak pihak sebelum ini.
Aneh juga berdasar iklan disiar media 1 Jun lalu, TNB menyifatkan sumber tenaga boleh baharu seperti hidro, biomass dan solar disifatkan tidak berdaya saing.
TNB juga menyebut sumber tenaga konvensional iaitu penjanaan elektrik berskala besar lebih berdaya saing.
Nampak sangatlah tenaga boleh baru yang mampu menjimatkan wang rakyat bukan pilihan utama kerajaan BN. Betullah seperti didakwa bekas akauntan Petronas, Mohd Rafizi Ramli kewujudan penjana tenaga bebas (IPP) hanya projek menguntungkan kroni.
Dan apabila kroni laba tentunya untung akan mengalir juga kepada pemimpin politik.
Maka tidak hairanlah awal-awal lagi Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan meminta jangan dipolitikkan kenaikan tarif baru.
Nada itu samalah seperti acap kali diulang-ulang sebelum ini. Menteri tidak mahu harga barangan dinaikkan, sedangkan harga bahan api bertambah. Ini seperti cerita pak pandir.
Teori lama itu tidak mampu diguna pakai lagi. Apa yang rakyat hendak tahu  Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan pemilik IPP.
Malangnya Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin awal-awal lagi memberitahu kerajaan tidak boleh memaksa didedahkan kepada umum PPA yang dimeterai.
PPA ditandatangani antara beberapa IPP dan TNB. "Siapa kita untuk beritahu mereka supaya mendedahkannya” kata Peter kepada kepada sebuah laman berita baru-baru ini.
PPA ialah kontrak undang-undang antara pengeluar dan pembeli tenaga. Sekarang perjanjian itu diklasifikasi di bawah Akta Rahsia Rasmi.
Rafizi ketika berceramah di Kampung Kubur Kuda di Kota Bharu malam Sabtu lalu mendedahkan kewujudan IPP berpangkal kisah di sebalik gangguan bekalan elektrik di seluruh negara pada 1996.
Ketika itu gangguan disebabkan sistem penghantaran (transmission line) terjadi tripping. Hanya berasas masalah teknikal tiba-tiba Tun Dr Mahathir Mohamad mencetus idea besar melahirkan IPP.
Ani Arope jadi mangsa
Alasan diberi Dr Mahathir kerana TNB tidak mampu membekal elektrik mencukupi.
Pengerusi TNB yang cukup dikenali ketika itu, Tan Sri Ani Arope dijadikan mangsa. Beliau dihentam Perdana Menteri, akhirnya meletak jawatan.
Rafizi juga mendakwa TNB menjadi mangsa apabila dipaksa membeli tenaga dibekal IPP dengan harga mahal. Kesannya kerajaan terpaksa menanggung subsidi antara RM19 hingga RM21 bilion.
“Kerajaan memilih untuk menghukum pengguna dan pemilik industri tanpa menghiraukan keuntungan dikecapi IPP,” katanya.
Sedangkan harga gas di Malaysia 1 Jun lalu masih murah berbanding di negara ASEAN lain. Di negara kita ialah RM13.70 mmBtu, sedangkan di Thailand (RM18.23 per mmBtu), Singapura (RM43.32) dan Indonesia (RM21.04).
Berpandu kepada kedudukan harga gas tersebut Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM) menyifatkan kenaikan tarif elektrik tidak adil.
Pengguna dipaksa menanggung bebanan akibat kegagalan pengeluar tenaga membekalkan tenaga yang murah.
Presiden FMM, Mustafa Mansur dalam kenyataannya berkata, walaupun pengurangan subsidi gas sebanyak RM3 bagi setiap mmBtu, harga gas di Malaysia masih jauh lebih rendah berbanding negara lain di rantau ini.
Hairannya biar pun harga gas lebih tinggi di Thailand, namun bagi voltage rendah, sederhana dan tinggi, tarif elektriknya lebih rendah. Bagaimanapun tarif elektrik komersil di Thailand hanya 0.4 peratus lebih tinggi daripada RM37.85 kw/j di Malaysia.
Berasas kepada perkiraan itu ramai mendakwa IPP meraih keuntungan lumayan daripada kontrak yang cuba dirahsiakan kerajaan.
IPP menikmati subsidi gas sedangkan sebahagian besar mereka disenaraikan orang paling kaya di Malaysia. Dalam senarai billionaire 2011 ada nama mereka. Malangnya kerajaan BN masih bermurah hati sedekahkan subsidi kepada billionaire.
Berpangkal kepada kemelut yang dicipta Najib 1 Jun lalu, maka petanda pilihan raya umum ke-13 kini menjadi semakin samar.
Umno belum tempah poster
Hujah itu disokong pula dengan dakwaan sumber, ibu pejabat Umno di PWTC belum lagi menempah material kempen daripada luar negara sebagaimana lazim dilakukan.
Kata sumber itu biasanya segala peralatan kempen termasuk poster ditempah dari China. Andaian itu ada asasnya.
Sebaliknya seorang pegawai jabatan pusat pula memberitahu ada arahan daripada ibu pejabat supaya jabatannya mendekati kelompok penduduk.
”Perjumpaan dengan mereka perlu diadakan bagi mengetahui apa yang kehendaki daripada kerajaan,” ujar pegawai terbabit.
Pegawai lain pula memberitahu penjawat awam yang berminat bertugas sebagai pembantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari mengundi sudah disenaraikan.
Tindak tanduk tersebut seperti menggambarkan SPR sudah bersiap sedia menghadapi pengisytiharan PRU-13 pada bila-bila masa. Cuma Najib sahaja nampak gelabah.
Malah agenda setting Umno memperkudakan Utusan sudah rapat ke siling.
Utusan hari ini benar-benar mempraktikkan teori yang digunapakai bekas Menteri Penerangan Itali zaman Hitler iaitu Joseff Goeble.
Joseff menyebut ”kerajaan hendaklah berbohong kepda rakyat dan pembohongan itu hendaklah diulang-ulang supaya rakyat percaya. Jangan sama sekali rakyat tahu kebenaran. Kebenaran adalah musuh negara.”
Inilah yang sedang berlaku di hadapan kita sekarang. Video seks adalah bukti Umno menggunapakai teori Hitler bagi menghalang kebangkitan Pakatan Rakyat.
Biar pun Wata Hawari disingkir, Umno lupa masih ramai lagi refomis journalist berada di bawah bumbung Utusan Melayu.
Sekarang siapa yang terjerat dalam isu tarif baru elektrik. Dendam rakyat pastinya akan dizahirkan pada kertas undi. Bubarlah parlimen sekarang kalau Najib berani.

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini