31 July 2011

Bertindak Segera : tips perkongsian bersama

Anda yang berhimpun dan menyokong Bersih 2.0 9 Julai lalu mesti meneruskan usaha untuk menjadikan Pilihanraya di Malaysia ini Bersih, Telus dan Adil.

Anda hanya mempunyai bebearapa jam sahaja lagi untuk melakukan semakan RDPT suku tahun 2/2011 sebelum tarikh bantahan bermula esok dan lusa.

Sebagai panduan disaat terakhir ini kami kongsikan salah satu cara mengesan pengundi HANTU yang kami gunakan,

Sila layari

http://www.jpn.gov.my/semakic/​display.php 

untuk menyemak status kad pengenalan pengundi


Jika tiada data yang dikeluarkan melalui sisten JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) pastikan bantahan dibuat dengan mengisi borang 'C' dan print untuk simpanan bagi digunakan sebagai bukti kukuh kita semasa di panggil dalam sessi siatan awam SPR kelak.

Kami doakan anda menjadi orang yang terpuji dengan melakukan kerja-kerja ini ... wallahuaklam


Yang dibenci rakyat ada pada Umno

Oleh Aspan Alias
Isu perkauman elok dihentikan sebelum terlambat. Mengendung isu perkauman tidak berhenti-henti sangat menjemukan kerana rakyat hendak hidup dengan aman dan damai. Isu ini hanya diperbesarkan oleh mereka yang lemah sokongan dan menggunakan isu ini sebagai cara untuk mendapatkan sokongan dari kaumnya sendiri.
Mahu tidak mahu kita mesti akui yang semua rakyat ada hak untuk bersuara. Bagi saya kerajaan patut mengambil tindakan dengan undang-undang terhadap sesiapa yang melaungkan sentimen perkauman yang terlalu menebal. Kita terpaksa menerima yang semua kaum adalah rakyat Malaysia. Mereka berhak untuk bersuara tentang nasib masa depan mereka.
Masa depan sesebuah negara itu ditentukan oleh rakyatnya sendiri. Pemimpin tidak boleh menekan dan memaksa sesiapa pun untuk memberikan sokongan secara terus menerus kerana pemimpin itu sendiri telah dipilih oleh rakyat buat satu masa yang ditetapkan dan di negara kita mereka dipilih selama 5 tahun sahaja.
Dalam hal negara kita BN telah diberikan mandat sebegitu lama, tetapi keyakinan rakyat yang berterusan itu telah di salah guna oleh mereka dan mereka sudah menganggap yang hak untuk memerintah itu hanya ada kepada BN semata-mata. Dalam usaha mengekalkan mandat itu BN telah melangkaui batas-batas demokrasi yang sebenarnya.
BN khususnya UMNO tidak lagi percaya kepada sikap toleransi dan etika demokrasi yang sebenarnya dan sikap ini lama kelamaan menjadikan rakyat yang mempunyai walaupun sedikit pemikiran menjadi bosan. Rakyat sudah mula jemu dengan isu-isu yang diketengahkan terhadap parti-parti halal yang juga mempunyai hak untuk menawarkan untuk mendapatkan mandat dari rakyat.
Maka sekarang ini parti-parti yang berteriak tentang isu rasis ini dengan secara beransur-ansur dipinggirkan oleh rakyat berbilang kaum di negara ini. UMNO terutamanya masih dengan retorik usangnya kerana masih bercakap sesama sendiri betapa pentingnya UMNO itu untuk dikekalkan kerana UMNO sahajalah yang boleh menjamin masa depan negara dan orang Melayu.

30 July 2011

Awas!!!! Penipu kami akan bogelkan anda

Jabatan IT Kota Raja dah 3 malam habis kerja lebih jam 3 pagi,

Ada mamat siketua tu nasib baikm bujang trang tang tang

Pengarah JPrD Sri Muda memang layak dapat anugerah 'penangkap HANTU terbilang'

Pengarah JPrD dan AJK Andalas pun tak kurang ligatnya, siap pakai bomoh tangkap HANTU dari Indon lagi.

Kami dah sorting, kami dah periksa, bukan sekali tapi berulang kali ... kami dah jumpa bakal HANTU dan orang bertindih-tindih (apa ke jenisnya nama bertindih-tindih ni)

Kota Raja kini diserang HANTU ciptaan UmPorNO

Kami dah buat gerak gempur cari HANTU-HANTU tu

Dah memang HANTU bila kami datang memang tak ada

Rumah HANTU yang duduk manusia Internasional ... mana nak jadi

Bukti sudah kukuh ada ditangan, borang C sedang diisi.

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada semua termasuk SPR

Buka laluan luas-luas, sediakan kurma awal-awal kat pejabat ... takut tak sempat balik berbuka dirumah

Kami nak datang ramai-ramai ... jumpa anda disana pada 1 dan 2 Ramadhan 1432H nanti.

Ikhlas dari : JPrK Kota Raja

28 July 2011

TV9 pecat Ust Zamri

Sah rancangan ‘Adik & al-Quran’ di TV9 dihentikan pihak atasan sambil hosnya, Ustaz Zamri dipecat serta merta.

Dilaporkan, semuanya gara-gara kelibat gambar Ustaz Zamri terlibat dengan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tersebar meluas di internet. Ini semua kerja-kerja blogger barua Umno-BN yang dengki dengan pengikut Pakatan Rakyat (PR). Mereka lebih senang bertindak sebagai batu api agar Ustaz Zamri terus dipecat. Memang bacul!

Perkara itu disahkan oleh penerbit eksekutif TV9, Ezzah Aziz Fawzy. Beliau berkata, arahan pemecatan Ustaz Zamri dan menghentikan program berkenaan dikeluarkan oleh pihak atasan Prime Works atas sebab tertentu.

“Pihak produksi telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Makluman dalam bentuk arahan ini sudah pasti ada sebab yang kukuh mengapa ia tidak dapat diteruskan, cuma ia tidak boleh diuar-uarkan kepada umum.

Gambar Ustaz Zamri menyertai Himpunan BERSIH 2.0 disebar meluas di internet oleh puak hasad dengki dan tidak boleh menerima kenyataan.
“Program Adik & al Quran sebelum ini mendapat sambutan menggalakkan antara program yang mendapat rating tertinggi di kalangan penonton, tetapi stesen TV lebih mementingkan isu sensitiviti dan perlu memberi penekanan kepadanya,” katanya dipetik dari Sinar Harian.

Apa mahu cakap lagi. Itulah situasi yang perlu dilalui rakyat Malaysia di sebuah negara yang dicengkam oleh pemimpin yang tidak boleh menerima kenyataan orang tidak menyokong mereka. Ustaz Zamri merupakan mangsa kerakusan pemimpin Umno-BN yang tidak boleh menerima kenyataan.

TV9 bakal menanggung akibatnya daripada penonton hasil diperalat oleh pemimpin Umno-BN yang cuba menyekat kebebasan hak memilih dan menyokong sesiapa yang dimahukan. Bagi mereka, hanya penyokong Umno-BN sahaja yang boleh hidup aman di negara ini, selain dari itu harus dipulaukan.

Dilihat, keadaan itu bukan menguntungkan TV9 atau kerajaan jumud BN, bahkan rakyat pasti akan menghukum mereka yang rakus itu dalam pilihanraya umum akan datang.

Tiada beza dengan apa yang pernah dihadapi oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya yang dipulau oleh musyrikin Quraish kerana memeluk Islam dan meninggalkan agama nenek moyang mereka. Namun Islam tetap utuh dan semakin dijulang tinggi.

Semuanya kerana bimbang pengaruh pemimpin sedia ada hilang. Pangkat pun jatuh. Inilah situasi serupa yang cuba digunakan oleh pemimpin Umno-BN terhadap musuh politiknya.

Iklan - Ahlan Wahsahlan Ramadan

27 July 2011

Dulu Umno, Pekida & Pekasa ... kini MCA pula

Ingatkan PEKIDA, PEKASA sahaja yang rasis. Sebelum Bersih 2.0 baru-baru ni pun dah ingat K.Lumpur akan memandikan darah. Yelah!!! Para ahli silat pun nak mengamuk jugak kalau Bersih 2.0 diteruskan. 

Ibrahim Ali, jangan cakaplah… pengalaman beliau ketika Mageran di Kelantan sudah diketahui umum.

Takut sangat ke kalau Umno hilang kuasa. Sehingga MCA pun percaya dengan khurafat Umno ini. Kalau Umno-BN kalah, negara jadi huru-hara. 

Pembangkang pernah memerintah negeri Terengganu pada tahun 1959 dan 1999. Takde pulak huru-haranya. Pas memerintah Kelantan sejak 20 tahun dulu dan sehingga kini, takde pulak huru-haranya. Dan kini PR memerintah P.Pinang, Kedah dan Selangor. Mana ada huru-haranya? Yang huru-hara dinegeri tersebut adalah Umno dan kompenan BN. Pas menerima kekalahan meskipun 12 kali pilihanraya umum diperingkat parlimen. 

Taklah pulak Pas nak mengamuk. Meskipun ditipu dalam pilihanraya tetapi Pas masih lagi bersabar menghadapi kerenah SPR dalam setiap kali PRU. Pelbagai fitnah yang dilemparkan oleh parti pemerintah sehingga kini.

Kalau Pas boleh menghadapi kekalahan, apakah Umno-BN tak boleh terima ke kalau kalah dalam Pru-13 nanti untuk pertama kali. Siapa yang nak huru-harakan negara?. 

Takkanlah apabila PR memerintah mereka nak huru-harakan Negara. Tentulah mereka nak pastikan agar Negara ini aman dan lebih aman daripada Umno-BN memerintah kecualilah bagi mereka yang kalah, merekalah yang nak lihat seolah-olah apabila PR memerintah, nescaya berlakulah huru-hara?

Adakah Umno-BN tidak percaya kepada pihak polis dan keselamatan Negara yang sudah ditarbiyyah melebihi 50 tahun sejak merdeka oleh Umno-BN untuk menjaga negara. Yang pelik tu, MCA yang menyuarakan bahawa negara akan menjadi huru-hara jika PR memerintah. Sedangkan selama ini yang membikin huru-hara adalah Umno-BN. 

Semasa berlakunya peristiwa 13 Mei, yang memerintah adalah Umno. Yang menghunus keris adalah pemimpin Umno. Manakala Pas yang mentadbir Kelantan tiada berlaku kekacauan.Hakikatnya yang dikapak adalah Samad Gul, yang dibunuh di Lubuk Merbau, diMemali adalah orang Pas. Si pembunuh adalah Umno dan pimpinan yang mengeluarkan arahan. Yang di ISA adalah pimpinan Pas dan DAP. Yang dipenjara dan ditumbuk adalah DS Anwar Ibrahim. Tetapi yang difitnah adalah Pas dan PR.

Inilah politik lempar batu sembunyi tangan. Kata pepatah arab “ .. dia pukul aku, dia yang menangis”. nampaknya api fitnah dibakar lagi...


Berkaitan : Pentadbiran Negara akan menjadi huru hara dan perbalahan politik terus merebak jika Pakatan Rakyat (PAS,DAP, PKR) dibenarkan memerintah negara ini.

“Keadaan ekonomi dan kesejahteraan rakyat akan turut terjejas,” kata wakil parti MCA Terengganu, Encik Yeo Sin Soon ketika berucap di Konvensyen Barisan Nasional (BN).

...... Ust Saiful Bahri blogspot

25 July 2011

Lawak Antarabangsa Oleh Ibrahim Ali

Pengundi hantu: Pengakuan SPR bukti dakwaan Pakatan benar, kata PAS

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Dewan Pemuda PAS pusat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat pusingan-U apabila secara rasmi mengakui wujudnya pengundi hantu dalam daftar pilihan raya.
Exco Dewan Pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat berkata pengakuan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar membuktikan segala dakwaan Pakatan Rakyat dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) selama ini adalah benar.
Bersih 2.0 dalam tuntutannya juga meminta agar SPR membersihkan daftar undi bersama tujuh tuntutan lain termasuk mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.
Wan Ahmad semalam dilaporkan berkata, pihaknya tidak pernah menafikan kewujudan “klon” dalam daftar pemilih.

Kajian: Kos hidup naik, BN boleh rasa tempias di PRU

PENDOKONG PAKATAN RAKYAT - Jadikan ini sebagai senjata untuk mempunahkan Barisan Nasional. Rakyat makin tertekan dengan kenaikan kos hidup. Apakah kita hanya berusaha seadanya sahaja.. Tidak..kita mesti berusaha lebih lagi untuk menolong rakyat jelata.

FROM AROUND THE BLOGS

KUALA LUMPUR, 25 Julai — Peningkatan kos hidup dilihat akan menyulitkan Barisan Nasional (BN) dalam menarik sokongan pada pilihan raya umum ke-13 khususnya di kalangan pengundi kawasan bandar yang berhadapan dengan kesan pendapatan kekal tidak berubah sedangkan paras inflasi pula mengalami kenaikan.
Pugutan suara di kalangan 100 warga kota oleh The Malaysian Insider baru-baru ini menunjukkan 44 peratus menuding jari ke arah kerajaan berhubung kenaikan kos berbanding 41 peratus mengaitkan dengan faktor global dan hanya lima peratus mempersalahkan golongan peniaga.
Minggu lalu, Putrajaya mengumumkan bahawa kadar inflasi Malaysia mengalami peningkatan sebanyak 3.5 peratus pada Jun berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Kadar inflasi pada Mei 2011 adalah 3.3 peratus, masih rendah daripada paras lima peratus yang boleh diterima oleh kerajaan.

24 July 2011

Panji Panji Perjuangan sudah di kibarkan

Malam semalam bertempat di Stadium Kota Raja telah berlangsung majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PAS Kota Raja.

Turut berpidato ialah YB Dato Nik Amar bin Nik Abdullah, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, YB Lim Kit Siang, Penasihat DAP merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, YB Dr Xavier Jayakumar, Exco Kerajaan Selangor merangkap ADUN Sri Andalas, YB Shuhaimi Shafiee, ADUN Sri Muda, YB Dr Siti Mariah Mahmud serta En Jaafar Shamsuddin YDP PAS Kota Raja merangkap Pengarah Pilihanraya Selangor.
Pada majlis yang penuh simbolik malam tadi, gimik pelancaran jentera pilihanraya PAS Kawasan Kota Raja di mana semua Pengarah yang di ketuai oleh Sdr Mohd Razif Maslan (Pengarah Pilihanraya PAS JPrK Kota Raja) serta Tn Hj Termizi Ismail (Pengarah JPrD Sri Andalas), Tn Hj Hakim Kari (Pengarah JPrD Sri Muda), Tn Ismail Zakaria (mewakili Ketua Pemuda PAS Kota Raja), Puan Rosnah Abd Wahab, Timbalan Pengarah 4 JPrK) dan En Letchumanan (Pengrah Pilihanraya DHPP Kota Raja) telah menerima Panji-Panji Perjuangan yang disampaikan oleh YB Dato Nik Amar yang mewakili YAB Menteri Besar Kelantan Dato Sri Bentara Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat yang tidak dapat hadir kerana kurang sihat.

Dengan tekad untuk mempertahankan Parlimen Kota Raja, DUN Sri Muda dan DUN Sri Andalas serta Selangor dan menawan Putrajaya, kami para Pengarah Jentera Pilihanraya bertekad dan berusaha bersungguh bersama rakan-rakan seperjuangan didalam JPrK, JPrD dan JPrU yang merupakan petugas akar umbi dilapangan untuk memulakan gerakan ini bagi memastikan UBN berkubur di Kota Raja dan menambah majoriti 20,672  undi kemenangan oleh YB kepada 30,000 Insa Allah dengan izin Allah SWT.

Selaku Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan, besarlah harapan saya agar semua pihak yang terdiri dari pimpinan, ahli dan penyokong PAS dan Pakatan rakyat terus berusaha memenangi hati rakyat dengan mendekati mereka dan membantu apa yang patut supaya PAS dan Pakatan Rakyat sentiasa berada dihati mereka sehingga ke hari mengundi kelak.

Perbanyakkan lah aktiviti Turun Padang bertemu ahli parti dan rakyat bagi menerangkan mengapa kita wajib mengundi PAS & Pakatan Rakyat dan menolak UBN. Selain itu semua Bilik Gerakan mesti diaktifkan dasi semasa kesemasa.

Bagi Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) suku tahun 2/2011 dijangkan akan dikeluarkan pada minggu ini. Diharap semua JPrU bagi setiap Daerah Mengundi sudah menyediakan barisan petugas yang mahir bagi menyemak serta membuat bantahan jika RDPT tersebut menyelewang. Kita MESTI check kerja SPR kerana terdapat banyak kecuaian yang tak sepatutnya mereka lakukan.

Kita juga menolak sepenuhnya cadangan untuk mengunakan machine biometrik seperti yang dicadangkan oleh SPR dan  kerajaan Najib bagi mengganti cadangan awal penggunaan dakwat kekal kerana pengundi tersebut masih boleh mengundi dua tempat Daerah Mengundi tanpa dapat dikesan kerana mereka orang sama dan IC yang sama.

Diharap semua Petugas PAS Kota Raja menjadi semakin bijak dalam menangani semua tipu helah ini supaya kemengan kita tidak dirobek dengan cara yang paling kotor.

Akhirnya suka saya mengingat semua petugas jentera pilihanraya bahawa PRU 13 ini dijangkan lebih sengit dan kita kan berhadapan saat-saat yang amat sukar kerana setahun yang lalu Najib telah memberi amaran bahawa dia dan Umno akan mempertahankan Putrajaya hingga ketitisan darah yang terakhir. Moga kita berjaya meningkatkan motivasi diri untuk berjuang menawan Putrajaya pada kali ini dengan tidak payah menumpahkan darah tetapi dengan sebatang pensil sahaja.... Takbir.

Terima kasih dan Tahniah  kepada DACS Kota Raja yang diketuai oleh Sdr Akif diatas kejayaan penganjuran Pelancaran ini.

Oleh
Mohd Razif bin Maslan
Pengarah Pilihanraya PAS (JPrK) Kota Raja

23 July 2011

Mat Rempit pertahan Kerajaan Kelantan

Ijtimak Pilihan Raya PAS Kelantan hari ini menyaksikan ikrar seramai 700 anak muda bagi mempertahankan Islam dan kerajaan negeri.

Ramai di kalangan ibu bapa kelihatan terharu di atas semangat anak-anak muda yang begitu lantang berikrar mempertahankan Islam di pentas utama.

Bacaan ikrar diketuai Presiden Minda Evolusi Rempit Anak Muda Kelantan (Merak), Azaizuree Ahmad di hadapan pemimpin PAS dan lebih 20,000 peserta ijtimak yang memenuhi pantai Geting, Pengkalan Kubur.

Dun Pengkalan Kubur dikuasai Umno sejak pilihan raya umum 2004. Pada pilihan raya umum 1990 kawasan itu diwakili calon Hamim, gabungan Angkatan Perpaduan Rakyat.

Anak muda dari pelbagai tempat yang bernaung di bawah Merak datang dengan motosikal menggegarkan kawasan perkelahan.

Mereka berjanji berusaha bersungguh-sungguh sebagai seorang anak muda bersama mengembelingkan perjuangan mempertahankan Islam di Kelantan.

Azaizuree berkata, mereka akan sentiasa bersama-sama memperkasakan kepimpinan Islam dan jemaahnya yang diketuai Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Selain itu sentiasa bersama ahli-ahli jemaah membangunkan Islam di Kelantan. Wahai pimpinan dan ibu bapa bahawa kami semua adalah sebahagian kamu, sebahagian jemaah PAS.

Kami sama-sama mahu mempertahankan agama suci Islam walau apa jua keadaan senang atau susah, bak kata pepatah membujur lalu melintang patah. Janji kami adalah benar, ikrar kami bukan palsu,” katanya diakhirnya dengan laugan takbir beramai-ramai.

Sebelum itu anggota Merak menerima sijil pelantikan team leader Minda Evolusi Rempit Anak Kelantan yang disampaikan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Gimik perasmian ijtimak dilangsungkan apabila Menteri Besar dipakaikan jaket khas oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Selain itu turut diadakan sumbangan kameja T kepada peserta gusti lengan terbuka Johor pada 23 Julai ini.

Kejohanan itu akan diadakan di Plaza Ansana Johor Bahru. Peserta terbabit termasuk Rosli Ibrahim, Zawawi Ariffin, Mohd Ropi Ibrahim dan Khusairin Siban.

Penyampaian t-shirt disampaikan anggota parlimen Tumpat, Dato’ Kamaruddin Jaaffar. Peserta Merak mengibarkan bendera Kelantan, Jalur Gemilang dan Bulan Purnama di motosikal masing-masing.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri, Wan Nik Wan Yusoff berharap setiap jentera termasuk di peringkat cawangan hendaklah meneliti apa yang disampaikan pemimpin pada ijtimak tersebut.

“Ia adalah sebagai panduan bagi menyusun gerak kerja pilihan raya yang bakal berlangsung tidak lama lagi,” ujarnya.

Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Mohd Amar Abdullah menyarankan setiap ahli dan pendokong PAS perlu membeli Harakah sebagai maklumat untuk dihadam oleh mereka.

“Jangan pula beli tetapi dijadikan tempat duduk sahaja. Hadir pada program ceramah sahaja tidak mampu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai tanpa ada mekanisme lain seperti maklumat yang ada dalam Harakah,” ujarnya. [Harakah]

Ceramah Perdana Pakatan Rakyat - Stadium Kota Raja, Klang

Kepada seluruh rakyat Malaysia amnya dan Kota Raja khasnya dijemput ke Stadium Kota Raja di Klang bagi memeriahkan Ceramah Perdana Pakatan Rakyat anjuran PAS Kawasan Kota Raja pada malam ini.

Penceramah Utama Tuan Guru Nik Abdul Aziz, YB Lim Kit Siang, YB Dr Mariah Mahmud, YB Dr Xavier Jayakumar. Datang lah beramai-ramai. Sila lah war-warkan kepada rakan-rakan taulan.

22 July 2011

Memalukan - Berita ini dilaporkan didalam Washington Post - Malaysia deport French lawyer fighting alleged corruption by shipmaker in submarine deal

Berani kerana benar takut kerana salah. Berani kerana KOTOR dan TAKUT kerana BERSIH.

KUALA LUMPUR, Malaysia — A French lawyer said Friday he is being deported from Malaysia, and the human rights group he represents accused the government of paranoia after he spoke about a pending corruption trial over a $1.2 billion submarine deal.
William Bourdon arrived in northern Penang state Thursday and spoke at a dinner about the French court case set for trial in September, said Cynthia Gabriel of the Malaysian rights group Suaram.

Baca sini.

21 July 2011

Ku Li nasihat Najib timbang 8 tuntutan Bersih 2.0

Ku Li nasihat Najib timbang 8 tuntutan Bersih 2.0

Posted on 07:08 by jebat

Ku Li atau nama sebenarnya Tengku Razaleigh Hamzah menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak terus bertindak dingin dengan protes rakyat pada 9 Julai lalu, sebaliknya bersedia untuk mempertimbang lapan tuntutan Bersih 2.0 demi memperbaiki sistem demokrasi negara. “Sebagai seorang demokrat yang melihat kepada keadaan ini dan UMNO sendiri juga menjanjikan supaya demokrasi dipertahankan dalam negara kita, wajar kita timbang semua tuntutan yang dibuat (oleh Bersih),” ujarnya semalam.

Veteran Umno itu turut menasihatkan Najib supaya tidak terus menggelarkan Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram kerana badan gabungan itu disertai oleh 62 badan bukan kerajaan yang sah berdaftar di bawah Pendaftar Petubuhan (ROS). Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata 8 tuntutan yang diperjuangkan oleh Bersih 2.0 adalah sesuatu yang tidak keterlaluan.

Justeru katanya, polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tidak wajar bertindakan keras ke atas mereka yang menyertai perhimpunan aman tersebut. "Tujuan (Bersih) supaya perjalanan pilihan raya dilakukan secara adil dan bersih, terbuka, supaya rakyat turun mengundi mana-mana calon pilihan mereka, dapat berbuat demikian tanpa ugutan, tanpa sebarang perasaan tak puas hati selepas itu. "Tuntutan yang dibuat oleh mereka ini...ialah supaya kempen pilihan raya dilanjutkan sedikit, bukan 7 hari. kalau 7-8 hari tak sempat orang-orang nak berkempen. "Saya boleh menerima pendapat ini. Misalnya kalau kita datang dari Kelantan nak tolong kempen di Sabah ataupun di pedalaman Sarawak, tak sempat nak balik, apatah lagi perjalanan sukar ke tempat-tempat yang dihajati untuk melawat.

"Jadi untuk berlaku adil supaya rakyat yang berada di kawasan seumpama itu mendengar penerangan daripada pihak yang menawar khidmat dalam pilihan raya berkesempatan mendengar penerangan penerangan mereka dengan memberi masa yang lebih lanjut. Kalau 7 hari tak sempat, macam mana nak kata adil?," ujar beliau. Dalam perkembangan yang sama, beliau yang juga bekas Menteri Kewangan merangkap bekas Naib Presiden Umno turut menyindir pentadbiran Najib supaya lebih peka pada peredaran masa dan perubahan teknologi. Beliau berkata tindakan kerajaan pusat yang diteraju oleh Barisan Nasional dan Umno menafikan hak parti pembangkang mendapat liputan media arus perdana akan hanya memakan diri pemerintah.

"Dulu zaman Tunku Abdul Rahman, samada pemerintah ataupun parti lawan, bergantung kepada jumlah kerusi yang kita bertanding dan jumlah undi yang diperolehi sebelum ini, kita diberi masa untuk bercakap. "Saya tak boleh cari sebab mengapa (pembangkang) tak boleh dibenarkan sekarang, sebab kalau tak dibenar pun mereka boleh guna internet, emel, facebook macam-macam. "Keadaan sudah berubah. Namun untuk nak berlaku adil kepada semua pihak, saya rasa elok diberi layanan yang sama kepada semua pihak yang menawar diri untuk bertanding dalam pilihan raya," tegas beliau.

penangdaily

Lawak nonton video Putar Alam di TV3

Sedang menonton wayang Putar Alam di TV3. Sangat lawak. 
 
Contohnya, video sebilangan demonstran berlari ke depan dituduh mahu merempuh FRU (walhal demonstran berlari kerana hendak mengelak gas pemedih mata di belakang mereka).

Video kedua (Mat Sabu dilanggar) lebih lawak, kerana angle motosikal & kereta polis hanya diambil bahagian bawah. Bahagian atas langsung tak kelihatan. Kah kah kah!

18 July 2011

Memahami Bersih

Saya telah menulis beberapa artikel mengenai Bersih dalam Bahasa Inggeris. Inginlah saya membuat suatu artikel dalam Bahasa Melayu pula supaya mudah mudahan isu sebenar nya dapat di fahami.

Semua orang mahukan PRU yang bersih. PM Najib pun besyarah berapi api sehingga merah padam dan bersembur air liur, dia tidak mahu menang dengan cara tipu dan muslihat. Kita mengalu ngalukan keberanian PM kita. Tabik! 

Sebab itu, 8 tuntutan yang di pelopori oleh Bersih, kita sokong. Kita bukan sokong siapa disebalik gerakan Bersih tersebut. Perkara yang di majukan itu kita sokong. Penglibatan parti pembangkang dalam gerakan Bersih jangan di jadikan alasan tuntutan tersebut tidak boleh di terima. Come on lah- takkan ini jawapan dari pengerusi SPR. Standard lah sikit Tan Sri. 

Tuntutan Bersih tidak perlu di takuti. Hanya orang yang mampu menang dengan cara kotor sahaja yang takutkan PRU yang bersih. 

Sebagai contoh: perimintaan untuk mendapat waktu siaran berkempen di udara adalah suatu yang munasabah. Sebab rakyat mahukan pimpinan dan kerajaan yang terbaik. Kita mahu mendengar buah fikiran oleh semua yang bertanding dalam PRU supaya kita boleh mengadili mereka dengan saksama. 

Kita amat suka, jika Ibrahim Ali misalnya, di beri peluang bercakap 15 minit di TV supaya semua yang berminat untuk mengundi Ibrahim dapat dengar kehandalan Ibrahim Ali. Sebagai seorang panglima tentu Ibrahim Ali tidak gentar untuk memperlihatkan kehandalan serta bakat nya. 

Pemimpin kerajaan pun dapat peluang yang sama. Dapat lah mereka menyampaikan dasar dan wawasan mereka. Dapat juga kita analisa standard pemimpin kita. Kita nak dengar anak Dr Mahathir bercakap. Hebat tak dia dari KJ contohnya? 

Berpandukan prestasi mereka mereka ini, PM pun senang nak lantik siapa kedalam kabinet. Bukankah objektif kita hari ini, ialah untuk memastikan pimpinan yang terbaik menerajui negara? Banyak faedah boleh di hasilkan jika kita mendapat pimpinan ber-standard tinggi. 

Semua tuduhan negatif kepada perserta perarakan bersih tempoh hari adalah sebahagian dari indoktrinasi dan brainwashing oleh media kerajaan. Yang demikian, janganlah kita terlalu susah hati. Sebab cara kerajaan menangani Bersih lebih banyak bodoh dari cerdiknya.

Almaklumlah, kebanyakan buah fikiran dan cara penyelesaian nya datang dari bekas wartawan yang sudah putus haidz yang sub-standard sebenarnya. Tapi oleh sebab mereka ada rakan rakan dan koneksi dalam pejabat PM, dapatlah mereka menjaja ilmu yang tak seberapa mereka itu.

Sebagai contoh: kalau lah benar cara menangani Bersih adalah seperti yang di karang oleh Jalil Hamid, maka standard nya amat menyedihkan. Sebab apabila di baca, kesan paling pantas dan lansung ialah mengalienasi sokongan dari golongan atas pagar dan mereka yang membaca antara baris tulisan. 
Orang akan meluat dan loya tekak dengan cara yang di anjurkan. Dia baca buku propaganda Bolshevik ke? Atau Propaganda for Dummies ke? agak nya target audiens Jalil Hamid ialah budak sekolah rendah. Darjah 1 hingga darjah 6.

Saya berharap orang orang kerajaan menyedari bahawa sekarang ini maklumat yang di sampaikan oleh media arus perdana- sama ada berbentuk audio visual atau citak, sukar hendak di percayai masyarakat. 

Ini kerana mereka melihat permainan spin dari pengamal media sub-standard yang terdiri dari bekas wartawan dan mereka yang menganggap diri mereka legenda dalam benak mereka sendiri. Jadi, orang yang sudah tamat tempoh hayat hidup (past shelf lives) akan di ambil semula berkerja di akhbar2 dan insitusi media yang lain. Dari tempat kerja mereka, mereka menjalankan penjajaan mereka meng-kondisi pemikiran rakyat. Fakta nya, apa yang mereka spin dan putar alam, sukar hendak di terima bulat2.
Negara kita ini ketandusan bakat ke? 

Baru baru ini, kita mendengar interview PM Najib dengan John Defterious. Dulu mamat ni kerja dengan CNN. Dia kemudian nya menubuhkan syarikat PR nya sendiri. Khidmat dan barangan yang di jaja nya ialah pembikinan feature interview – seperti yang di lakukan kepada PM kita. 

Apa yang dia jual ialah PR space yang berjuta Ringgit yang kemudian nya di jual kepada media penyiaran top top seperti CNN atau Chanel News Asia yang berpangkalan di Singapura. Maka rakyat Malaysia akan terlopong lah bila mendapat perkhabaran PM kita bercakap dengan CNN. Oleh kerana siaran tersebut di bayar oleh kerajaan dengan nilai jutaan Ringgit, kita pun boleh cakap apa sahaja. Skrip yang disediakan oleh Defterios tentulah sudah di persetujui terlebih dahaulu. 

Maka, apa yang terjadi sebenarnya? Yang terjadi ialah kita di sajikan dengan interview yang farcical yang berpihak berat sebelah. Penyiaran melalui CNN atau CNA di lihat sebagai memberikan respectability. Well, ianya suatu respectable farce. 

Kita pun sedia maklum, PM Najib menggaji ramai bekas wartawan yang sudah pun menopause. Pejabat PM tambahan pula full of characters yang melihat beberapa perkerja impot sebagai bakat yang maha handal. 
Memang benar lah seperti dalam cerita A Passage to India, dalam babak peguam mendakwa Dr Azeez, peguam Mat Salih tu berkata- it is an axiom, all over the world, colored people will look up to the Caucasians.

Mamat yang inferiority complex ni ramai kat Pejabat PM. Sebagai contoh, kalau diri sendiri tak berapa pandai dalam Bahasa Inggeris, maka si fulan dan si fulanah yang cakap English macam bertih akan di lihat sebagai manusia luar biasa. Perkerja mat salih apatah lagi. Kalau ada anak perempuan mahu di jadikan menantu. 

Kita tahu orang orang ini ply their trade kepada small minds yang memandang kepada Caucasians sebagai manusia luar biasa. Ini menyebabkan apa sahaja pakej PR yang di jual akan di beli dengan jutaan Ringgit. Kita semua tahu berapa juta kerajaan  membayar orang orang seperti APCO dan lain lain.

Saya rasa sudah tiba lah kita berjiwa besar dan menampakkan kepada dunia kita ada jati diri yang kental. Banyak mana lah pandai nya matlaon di APCO atau berapa pandai sangatlah orang seperti Alex Furguson yang menjadi perantaraan pelanggan dengan John Defterious. Kenapa kita harus membayar juaan Ringgit kepada mamat mamat ni hanya untuk menipu rakyat?

15 July 2011

Ratu Elizabeth II : Kuning sambut Najib

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke United Kingdom hari ini diberi sambutan 'hangat' oleh penunjuk perasaan yang berpakain serba kuning.

NONE
Mereka membidas tindakan kerajaan yang menekan ribuan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Puluhan penunjuk perasaan yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan juga asing berkumpul di Mansion House di London sejam sebelum ketibaan Najib yang dijadual mengakan pertemuan dengan tokoh perniagaan Britain.

Sambil membawa kain rentang dan sepanduk, penunjuk perasaan juga mendesak Najib supaya membebaskan segera enam tahanan Parti Sosialis (PSM). 
 
Mereka yang dinamakan sebagai "EO6" yang ditahan mengikut Ordinan Darurat. Di bawah akta itu, seseorang boleh ditahan untuk tempoh 60 hari dan dinafikan hak untuk dibicarakan.

Menurut portal Sarawak Report, konvoi Najib sempat melambai kepada penunjuk perasaan yang berlangsung dengan aman. Kehadiran polis adalah minimum dan mereka juga agak mesra.

najib visit united kingdom 150711 najib meet with queen elizabethNajib kini dalam lawatan rasmi lima hari ke London atas jemputan rasmi rakan sejawatannya.

Semalam, beliau dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor juga sempat menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham sebelum mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri David Cameron di No 10, Downing Street.


12 July 2011

Idola Najib

Apa yang dilakukan oleh Presiden Amerika Syarikat George W.Bush yang turun padang melihat sendiri kekejaman tentera bersekutu yang diketui oleh Amerika Syarikat 24 jam selepas serangan untuk melihat sendiri kekejaman dan kezaliman yang telah dilakukan terhadap rakyat tak berdosa.

DS Najib mengulangi peristiwa tersebut dengan melawat ke kawasan perhimpunan aman Bersih 2.0 di Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India sehari kemudian sama seperti Bush (yang menjadi Idolanya) yang turun ke Baghdad sehari selepas tentera Amerika Syarikat mengebom Iraq.

Persoalannya adakah DS Najib boleh menyelamatkan jawatan beliau dengan memperbaiki keburukan sedia ada dan kembali kepada gagasan 1Malaysia bersama Bersih yang merentasi bangsa, agama, geografi, jantina dan umur yang mahu Malaysia bersih dari pilihan raya, sistem politik atau urus tadbir negara?

Idea bernas Mat Sabu

PAS mendakwa pihak polis terlebih dahulu didoktrin soal perkauman berdasarkan corak tangkapan yang dilakukan pada perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, media milik Umno BN dari awal lagi memainkan peranan menggambarkan seolah-olah wujud sentimen perkauman di sebalik penganjuran perhimpunan ini.

"Peringatan kepada media, jangan api-apikan soal perkauman, soal kononnya DAP memperalatkan orang itu, orang itu memperalatkan orang ini, dan sebagainya.

"Kita nampak corak penangkapan pihak polis pun telah didoktrinkan soal perkauman. Sebab itulah pempimpin DAP tidak ditangkap walaupun depan mata polis.

"Ini nak menunjukkan yang ditangkap ini pemimpin PAS, PKR, dan kami menjadi alat kepada DAP dan orang lain, dan nak menggambarkan DAP memperalatkan PAS dan seagainya dan ini dimainkan dalam televisyen," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut mengenai perhimpunan yang berakhir dengan 1,667 tangkapan termasuk 10 pemimpin parti politik itu, beliau menyatakan rasa kesal dengan sikap polis yang menjaga kepentingan Umno BN, bukan menjaga keamanan dan keselamatan orang awam.

"Polis bukan jaga keselamatan rakyat tapi jaga Umno BN, mereka lebih bersifat agen kepada Umno.

"Polis hendaklah jaga keselamatan rakyat, bukan keselamatan Umno. Kalau Umno jatuh polis tak jatuh. Mereka tetap berkhidmat di bawah pemerintah baru tapi kalau polis dilihat jaga Umno, bila Umno jatuh, dengan ketua polis jatuh sekali," tegasnya.

Sambil mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad yang meninggal akibat menjadi mangsa kekejaman polis, beliau menyifatkan ianya sebagai korban awal dalam tuntutan demokrasi di Malaysia.

"Ini korban awal dalam tuntutan demokrasi dan kita harap tak ada korban lagi selepas ini. Semua pihak perlu belajar termasuk PDRM sendiri," ujarnya yang turut mengalami kecederaan di lutut selepas jatuh daripada motosikal akibat dilanggar dengan land rover polis.

Beliau terpaksa menjalani pembedahan Jumat ini kerana ligamennya koyak dan membatalkan segala program terdekat.

Sementara itu, beliau sekali lagi mengulangi pendirian PAS untuk meminta Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan sekali lagi jika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR0) tidak memenuhi lapan tuntutan mereka dalam masa terdekat.

"Kalau tak ada apa-apa menjelang pilihan raya akan datang, PAS akan mencadangkan kepada Bersih untuk membuat himpunan sekali lagi.

"Lapan tuntutan kita mesti dipenuhi. Selepas itu kalau BN nak menang, menanglah sebab kami tak ada masalah menerima kekalahan cuma yang kami tidak mahu ketidakadilan dan berlaku penipuan (dalam pilihan raya)," katanya.

Selain itu turut dicadangkan kepada Bersih 2.0 agar menjadikan hari Sabtu sebagai hari berpakaian kuning sebagai tanda tuntutan mereka terus diperjuangkan.

"PAS akan cadang kepada Bersih supaya dijadikan hari Sabtu hari memakai pakaian Bersih dan kuning untuk menyatakan perjuangan berterusan untuk mendapatkan pilihan raya adil dan bersih," katanya.

09 July 2011

My Favorite Video - A must see Video

Video ini ditujukan khas kepada para pejuang-pejuang hak dan keadilan di bumi Malaysia ini. Setakat pukul 11.27, semua tahanan berasal dari Kota Raja telah pun dibebaskan. Alhamdullilah.

Candid : Bedilan BOM menghujani kami bersama rahmat hujan

Hari dalam sejarah melakar satu lagi fenomena dimana ratusan rakyat marhaen daripada pelbagai lapisan dan kaum berganding bahu bersama menuntut perubahan didalam suasana politik Malaysia. Sungguh mengkagumkan rakyat berbilang kaum ini bersama-sama berarak bahkan ada yang menyanyikan lagu negaraku dengan penuh semangat cintakan tanah tumpah darahnya.

Walau pun rakyat berarak secara aman, mereka telah dihujani dengan bom asap yang memedihkan mata dan melemaskan, hampir pitam kami dibuatnya. Hujanan hujanan bom ini walau bagaimana pun tidak mematahkan semangat rakyat berbilang kaum ini. Ada juga remaja dari kaum india yang nampaknya begitu teruja dengan bom asap namun tanpa rasa takut, malah bom ini pula menjadi bahan ketawa mereka. Syabas diucapkan kepada remaja ini.

Lihatlah bukti kebangkitan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang amat ditakuti oleh sang penguasa. Uncle dan Untie dari kaum tiong hua yang diketemu juga dengan penuh semangat berarak menuntut perubahan.










Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini