29 November 2011

Ahmad Maslan & kedangkalannya

Selepas kenyataan seumpama penagih ganja yang lalok, baca sini, ini lagi satu cerita mengenai Ahmad Maslan tulisan Dato Ariff Sabri @ SAKMONGKOL AK47

Inilah kenyataan yang paling dangkal yang saya dengar dari Ahmad Maslan, ketua penerangan UMNO. Nampak sangat dia malas membaca- kerana kalau dia membaca dan faham apa yang dibaca, dia tidak mengeluarkan kenyataan yang bingung macam ini. Helo brader- semua orang dah tahu hal ini.

Lihat sahaja keputusan pemilu 2008. Jumlah pengundi Melayu semua nya 5.7 juta. Calun UMNO mendapat 2.38 juta undi. Katakan lah 380 juta pengundi tersebut adalah pengundi bukan Melayu. Itu bermakna, dari 5.7 juta pengundi Melayu, calun UMNO hanya mendapat 2 juta undi. Jika ahli UMNO sahaja sudah ada 3 juta lebih, maka itu bermakna, 1 juta lebih ahli UMNO tidak mengundi calun UMNO sama ada kerana mereka tidak mendaftar diri atau enggan mengundi calun UMNO.

UMNO tidak lagi boleh mendakwa mereka mewakili suara dan aspirasi bangsa Melayu. UMNO dah hilang monopoli.Bolehkah orang Melayu yang merupakan 65% penduduk Malaysia, hilang dominance mereka? Matematik mana Ahmad Maslan pelajari?

Ertinya, Ahmad Maslan tidak perlu mengulangi kelemahan UMNO. Dia lebih perlu menjawab mengapa rakyat meluat melihat UMNO. Sekurang kurang nya, presiden UMNO lebih teliti dalam observasi nya. Orang dah kenal sangat sifat sifat orang UMNO yang ek- baju linen, kereta besar, cermin mata hitam dan lain lain lagi- petanda2 luaran. Dan orang tahu , kebanyakan pemimpin UMNO seperti Ahmad Maslan adalah- tin kosong. Seterusnya baca di sini

Ketua Penerangan Umno cakap macam 'orang lalok'


Orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, dkwa Ketua Penerangan Umno hari ini.
Datuk Ahmad Maslan berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.
“Jika wujud Parlimen tergantung macam di Australia, katakan 112 kerusi bagi kerajaan berbanding 110 bagi pembangkang, keadaan paling buruk akan berlaku.
“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan,” kata beliau pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.
Bercakap pada forum “Agenda Melayu pasca pilihan raya”, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini mendakwa DAP tidak menghormati institusi diraja dan juga bahasa kebangsaan.
“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad.
“Saya risau mengapa PAS boleh berkawan dengan DAP (tapi) menentang kerjasama dengan Umno. Bukankah lebih baik jika PAS menyertai BN, dengan itu kita akan ada 160 kerusi persekutuan,” katanya lagi.
PAS dengan gandingan DAP dan PKR memperoleh 82 kerusi Parlimen tiga tahun lalu.
Umno berulang kali sejak 2008 menggesa PAS meninggalkan PR dan membentuk kerjasama politik dengan Umno. PAS menegaskan ia akan kekal bersama PR.
Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata bahawa Umno sentiasa menghulurkan tangan kepada PAS tetapi parti Islam itu sentiasa menolak pelawaan.
Dengan menekankan bahawa ancaman Melayu akan hilang kuasa memang benar akan berlaku, Ahamd mendakwa komuniti Cina secara perlahan-lahan menguasai arena politik dan ekonomi.
Ini kerana kaum Cina sedang mendahului proses pendaftaran pemilih.
“Orang muda Cina lebih 21 tahun sudah pun mendaftar sebagai pengundi. Bagaimana dengan orang Melayu? Sesetengah mereka berusia 31 tahun dan belum mendaftar lagi.
“Kita tidak lagi pegang kuasa. Lihat di Selangor, siapa Exco Kerajaan Negeri? Ronnie Liu, Xavier, Elizabeth, Teresa Kok, ini adalah agenda DAP, Kristianisasi,” katanya lagi.
Ahmad berkata orang Melayu memerlukan pelan 10 langkah jika mereka perlu kekal dominan.
Umno memulakan perhimpunan agung tahunan hari ini, yang dilihat sebagai terakhir sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-13.
Barisan Nasional (BN), yang parti terasnya Umno, kehilangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008.. M.I

Pindaan undang-undang yang mencetus kontroversi

  • Peguam-peguam di seluruh negara yang berada di bawah naungan Majlis Peguam Malaysia berhimpun di bangunan Parlimen Kuala Lumpur bagi meluahkan bantahan terhadap penggubalan Akta Perhimpunan Aman 2011. [GALERI FOTO], berita selanjutnya disini







Kerajaan akan meminda rang undang-undang perhimpunan aman yang mencetus kontroversi kerana didakwa bertujuan menyekat kebebasan rakyat.

Usul pindaan berkenaan akan dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz ketika perbahasan di peringkat jawatankuasa Dewan Rakyat hari ini.

Usul pindaan berkenaan melibatkan Fasal 9(1) untuk meminda tempoh yang ditetapkan kepada penganjur untuk memberikan notis mengadakan perhimpunan kepada polis daripada 30 kepada sepuluh hari.

Fasal 12(1) rang undang-undang tersebut turut dipinda untuk memendekkan tempoh untuk polis memaklumkan kepada pihak berkepentingan berhubung perhimpunan tersebut – daripada daripada 48 jam kepada 24 jam.

Tempoh untuk pihak berkepentingan membuat bantahan kepada polis ke atas notis perhimpunan berkenaan pula dipendekkan daripada lima hari kepada 24 jam, menurut usul pindaan ke atas Fasal 12(2).

Selain itu, tempoh untuk polis memberikan respons ke atas bantahan berkenaan juga dipendekkan daripada 12 hari kepada lima hari, menurut pindaan ke atas Fasal 14.

Pindaan ke atas Fasal 16 pula memendekkan tempoh rayuan yang dikenakan ke atas penganjur perhimpunan untuk membuat rayuan kepada menteri.

Rayuan berkenaan adalah berhubung sekatan dan syarat perhimpunan oleh polis yang turut melibatkan tarikh, masa, tempat dan cara perhimpunan.

Kerajaan bagaimanapun tidak meminda kuasa yang luas dalam rang undang-undang berkenaan yang mencetus bantahan keras pelbagai pihak kerana mengharamkan semua bentuk demonstrasi jalanan... M.K

Lagi Menang Lagi Banyak Halangan

28 November 2011

Umno sudah kuat dan angkuh : undi Cina & India tidak diperlukan lagi



ICT & IT ....ayuh gunakan kebijaksanaan masing-masing - gunakan Video ini untuk sebaran di Kota Raja

BERITA 2 : Reformasi - Umno tiru PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Umno mesti terus melakukan reformasi, khususnya setelah memegang kuasa begitu lama atau menghadapi apa dinamakan oleh pihak Barat sebagai Arab Spring atau Musim Bunga Arab.

"Apabila kita berkuasa sebegitu lama, kita rasa kita kebal dari segi politik, kita mungkin berfikir bahawa tidak kira apa yang berlaku, kita akan tetap berkuasa.

NONE
"Biarpun Umno boleh berbangga dengan pelbagai pencapaiannya sebelum ini, tetapi sebagai sebuah parti politik, ia perlu prihatin dengan perubahan dalam landskap politik hari ini yang berbeza.


"Dunia telah berubah dalam banyak cara dan hari ini kita berdepan dengan cabaran-cabaran baru, dan Umno sebagai sebuah parti politik, kita sendiri perlu melakukan perubahan secara berterusan, malahan kita perlu melakukan pembaharuan dan mentransformasi diri kita supaya kita dapat dilihat sebagai sebuah parti yang dinamik, dan itulah cabaran terbesar bagi sebuah parti yang telah berkuasa terlalu lama," semasa merasmikan forum antarabangsa "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global" sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.

Sambil merujuk Arab Spring yang melanda di negara-negara di Asia Barat, Najib mengulangi mesejnya bahawa Umno perlu menukar atau akan ditukar.

"Ini adalah hakikat. Lihatlah apa yang berlaku dalam konteks Spring Arab. Di Afrika Utara, empat rejim telah ditukar."

Najib berkata selepas melalui banyak era, daripada perjuangan bagi mencapai kemerdekaan, menentang pemberontakan komunis, membawa pembangunan dan perindustrian, Umno kini menuju ke fasa lebih menarik kerana ini akan menjadi fasa terakhir terhadap apa yang disifatkan sebagai benar-benar menarik dan menyatukan semua rakyat Malaysia.

"Semasa perdana menteri sebelum saya Tun Dr Mahathir (Mohamad) mengumumkan wawasan bagi negara pada 1993, Wawasan 2020, ia menggembirakan negara. Sama seperti ketika Presiden Kennedy kata, mari kita hantar orang ke bulan. Ia telah menggegarkan seluruh negara Amerika Syarikat.

NONE
Presiden Umno itu berkata ini juga akan memastikan wawasan negara untuk muncul sebagai negara maju pada 2020 dapat diteruskan.

"Kita sudah memulakan perjalanan ini - (melaksanakan) transformasi ekonomi, politik dan sosial...Umno akan menerajui transformasi negara bersama-sama dengan rakan-rakan kita dalam BN, dan kita akan meneruskan perjalanan ini menuju Wawasan 2020.

"Tetapi kita berdepan sedikit cabaran di hadapan kita. Kita perlu melalui jambatan pilihan raya umum akan datang. Saya sentiasa menekankan bahawa ianya bukan tidak penting untuk dipilih semula, sebenarnya amat penting untuk dipilih semula. Untuk kita menjayakan transformasi sebenar, kita perlu dipilih semula," katanya.

27 November 2011

Menjelang PRU13 : Pengkhianat dalam PKR perlu dibersihkan

pkr congress 2011 271111 anwar speech 01Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran kepada "pengkhianat" dalam parti yang perlu dibersihkan menjelang pilihan raya umum akan datang.

Katanya, langkah itu penting memandangkan pilihan raya umum ke-13 merupakan penentu kepada PKR dan juga lanskap politik negara.

Anwar juga berkata proses berkenaan juga penting memandangkan parti itu kini sudah dua kali ganda lebih kuat berbanding ketika memasuki gelanggang pilihan raya 2008.

"Dari awal saya kata kita akan saksikan pengkhianatan. Setiap pilihan raya kecil (ada wakil rakyat PKR) lompat. Dekat pilihan raya umum lagilah, harga kian naik," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR Kelapan di Pulai, Johor.

Memetik ucapan setiausaha agung, Saifuddin Nasution sebelumnya, Anwar berkata Nabi Muhammad SAW sendiri tidak akan memaafkan pengkhianat walau tetap memaafkan orang kafir Quraisy yang diperanginya sebelum itu.

Anwar membangkitkan perkara itu dalam latar kongres yang kali pertama diadakan di Johor – kawasan yang tidak pernah dimimpikan untuk dijelajahi PKR pada pilihan raya 2008, katanya.

Namun, dengan keterbatasan pengaruh itu, PKR dan Pakatan Rakyat tetap berjaya menawan lima negeri pada 2008, katanya yang turut memberi amaran kepada golongan yang mahu mencari peluang dalam parti.

"Kalau khianat, terajang awal-awal. Jangan tolak ansur dengan pengkhianat. Kekuatan Umno hanya beli orang sebab dia ada wang. Wang apa? Wang rasuah. Kalau (semangat) kuat tak ada apa yang dapat patahkan kita.

"Kalau PKR kekal mantap, tiga parti ini (PAS-PKR-DAP) tetap bersatu, kita akan tawan Putrajaya," katanya lagi disambut tepukan para perwakilan.

Anwar bagaimanapun mengakui bahawa tindakan seorang demi seorang wakil rakyatnya yang berpaling tadah sebelum ini merupakan kesilapannya sendiri kerana salah memilih calon.

Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran kepada anggota jentera partinya yang kelihatan terlalu  "lumayan" selepas memenangi pilihan raya 2008.

"Saya setuju, ada percubaan untuk meronyeh dan merosak cita-cita ini. Ada ahli majlis nampak terlalu lumayan. Ini buka ruang untuk kita tegur.

"Saya beri ingatan, setuju dengan lontaran setiausaha agung, jangan andaikan kerana mahu ke Putrajaya kita sanggup bertolak ansur di kalangan jentera," katanya lagi.

Malah, beliau turut memberi amaran untuk tidak memberi peluang lagi kepada "orang yang tak layak" dan yang tidak menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Terdahulu, setiausaha agung Saifuddin Nasution dalam ucapannya dengan berang menempelak wakil rakyat tertentu parti itu yang tidak dapat menghadirkan diri ke program berkenaan.

"Saya kecil hati sebab ada wakil rakyat yang tak dapat datang. Kita tak boleh jadi wakil rakyat, ahli parlimen atau apa sekalipun tanpa platform parti.

"Ada 365 hari setahun, bloklah tiga hari untuk kongres. Apa alasan tak dapat datang? Tak ada duit?

"Kalau PKR nak mulakan budaya baru, mulakan sekarang. Tak ada tempat untuk oportunis dalam parti," katanya lagi.

3-2, Harimau Muda : Apa dah jadi

Mendahului 2 - 0 kini tinggal 4 minit sudah ketinggalan 3 - 2 ( dalam masa 6 minit Bahrin menjaringkan 3 gol)

Harimau Muda dalam keadaan amat tertekan

TGHH menulis tentang Politik Haji dan ........ ?

PARA jemaah haji yang baru pulang, masih tersemat dalam ingatan mereka laungan talbiyah yang berkumandang di Tanah Suci, bermaksud: “Ya Tuhanku!, ya Tuhanku! tiada sekutu bagimu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan kerajaan menjadi milikmu.” Diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada sesiapa yang memakai pakaian ihram untuk haji dan umrah, menggantikan ucapan syirik oleh kaum jahiliah yang menunaikan haji sebelum menganut Islam.
Lafaz bagi menyahut seruan Nabi Ibrahim a.s., sebutan bahasa al-Quran Ibrahim; atau Abraham mengikut sebutan penganut agama lain. Ibrahim diberi penghormatan kerana perjuangannya mengajak Maharaja Namrud dan rakyat kepada ajaran yang benar daripada Allah iaitu Islam sehinggalah beliau dihalau.
Perjuangan ini disambung oleh para Rasul di kalangan Bani Israil dan Rasul akhir zaman Muhammad s.a.w. Menunjukkan bahawa perjuangan Islam yang sempurna tidak memisahkan politik daripada agama. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Pemimpin politik Bani Israil ialah para anbiya.” (Riwayat al-Bukhari)Ini menunjukkan juga bahawa amalan syirik bukan sahaja berlaku dalam perkara ibadat, bahkan berlaku dalam cara hidup yang melibatkan amalan politik.Musim haji menjadi salah satu medan perjuangan Rasulullah s.a.w.untuk berdakwah. Setelah para pemimpin musyrikin Makkah menolak Islam dan tawaran menegakkan negara yang adil untuk semua dan Rasulullah s.a.w. juga menolak tawaran mereka untuk melantiknya menjadi raja atau pemimpin serta tawaran harta kekayaan yang melimpah ruah. Diikuti dengan penentangan secara kekerasan terhadap Rasulullah s.a.w. dan orang-orang yang mengikutnya di Makkah. Para sahabat yang beriman diperintah bersabar menghadapi kezaliman, walaupun ada yang mati dibunuh.
Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkempen kepada pemimpin kabilah Arab yang berpengaruh supaya menerima Islam dan mengizinkan Islam ditegakkan dalam masyarakat dan negara. Allah berjanji bahawa kemenangan pada akhirnya kepada Islam. Firman Allah bermaksud: “Dan Kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu
Politik haji dan hijrahdan hendak menjadikan mereka para pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (memerintah bumi). (al-Qasas:5)
Kedatangan pemimpin kabilah Arab di musim haji dijadikan kesempatan mengajak mereka kepada Islam dan tawaran kemenangan daripada Allah. Rasulullah s.a.w.ditemani oleh sahabatnya yang setia, Abu Bakar r.a. memulakan pertemuan dengan pemimpin Bani ‘Amir yang ramai pengikut. Rasulullah s.a.w.mengajak mereka kepada Islam dan menerima supaya negeri mereka menjadi tempat berlindung bagi menegakkan Islam dan Allah menjanjikan kemenangan.
Apabila mereka mendengar janji kemenangan daripada Allah, mereka bertanya: “Apakah janji habuan harta dan kedudukan yang hendak diberi kepada kami apabila kemenangan dicapai, adakah kami akan menjadi ketua selepas kamu?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Akan diberi kepada kamu mengikut kehendak Allah, kerana Allah yang memiliki kerajaan, diberi kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.” Pemimpin Bani ‘Amir berkata; “Kalau itulah jawapannya, maka kami tidak bersedia, kerana janji begini hanya menempah kesusahan sahaja.”
Rasulullah s.a.w. meninggalkan khemah Bani ‘Amir dengan rasa sedih, kemudian mengunjungi khemah pemimpin Bani Syaiban. Apabila mengajak kepada Islam dan tawaran janji kemenangan daripada Allah, pemimpin Bani Syaiban bertanya: “Terangkan kepada kami, apa dia Islam?” Apabila Rasulullah s.a.w. menerangkan makna Islam dan membaca beberapa ayat al-Quran, pemimpin Bani Syaiban berkata: “Ini bukan ucapan penduduk bumi, apa yang dinyatakan ini benar, tetapi cabarannya besar kerana ditentang oleh musuh dari seluruh pelosok dunia. Kalau berdepan dengan kabilah-kabilah Arab kami bersedia, tetapi menghadapi Parsi (kuasa besar dunia) yang bersempadan dengan kami sangat berat, kami tidak mampu.” Seterusnya mereka berjanji untuk berfikir dahulu. Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa untuk bersama dengan Islam sekarang mestilah bersedia menghadapi cabaran daripada segenap penjuru dan mempersilakan mereka datang apabila mendengar kemenangan Islam.
Akhirnya Rasulullah s.a.w. menemui rombongan kabilah Aus dan Khazraj, penduduk Yathrib (nama asal Madinah) yang bermasyarakat majmuk dengan kaum Yahudi (Ahli Kitab) yang menceritakan berita kelahiran nabi akhir zaman yang dinanti-nanti. Apabila pemimpin Aus dan Khazraj ditemui oleh Rasulullah s.a.w., mereka terus menganut Islam dan mengadakan bai’ah (perjanjian setia) menyerahkan diri, harta dan tanah air mereka menjadi tempat hijrah. Maka berlakulah peristiwa hijrah yang terkenal.
Ketika bersedia untuk berhijrah Rasulullah s.a.w. meminta menantunya Ali bin Abi Talib r.a. menyerahkan barang-barang simpanan yang diamanahkan kepadanya oleh kalangan penduduk Makkah, (ahli sejarah ekonomi Islam menyatakan bahawa inilah muamalah bank yang pertama dalam sejarah manusia).
Rasulullah s.a.w. selamat keluar dari Makkah dengan menembusi kepungan musuh yang lengkap bersenjata untuk membunuhnya dengan pertolongan Allah secara mukjizat (luar biasa).Dalam perjalanan hijrah itu Rasulullah s.a.w.menggunakan pemandu, seorang bukan Islam yang tidak bermusuh dengannya bagi melalui jalan pintas yang tidak diketahui umum. Peristiwa ini menunjukkan ada kerjasama dengan bukan Islam yang bencikan kezaliman. Setelah berlakunya hijrah dengan sepenuhnya maka Rasulullah s.a.w. telah mempersaudarakan kalangan penganut Islam yang berhijrah, mereka yang dikenali dengan Muhajirin dengan penduduk tempatan yang menganut Islam yang dikenali dengan Ansar.
Seterusnya menerima kehadiran masyarakat majmuk bersama kalangan bukan Islam daripada kaum Yahudi, kaum Arab musyrikin dan diikuti oleh penganut Kristian yang tinggal di Najran. Satu perjanjian dimeterai, dikenali dengan Sahifah Madinah (Piagam Madinah). Yathrib ditukar nama kepada Madinah.
Projek pertama ialah mendirikan sebuah masjid, tempat berhimpun untuk beribadat, mendengar khutbah sekurang-kurangnya sekali seminggu, majlis ilmu, pusat arahan pentadbiran, mahkamah dan menerima rombongan dari luar, termasuk daripada kalangan bukan Islam.Projek kedua ialah pasar Madinah yang menjadi pusat perdagangan bagi seluruh rakyat semua kaum. Maka lahirlah sebuah negara dan masyarakat madani, mengambil sempena perkataan Madinah yang bererti bandar atau perkataan tamadun yang bermaksud keadaan masyarakat manusia yang berkembang kemajuan pemikiran dan kebendaan melalui ilmu, politik, ekonomi dan Islam pula menambahnya dengan akhlak yang berteraskan iman.
Islam telah memperkasakan manusia dengan iman dan ilmu, bukan sahaja menerima manusia yang menganut Islam tanpa paksaan, dalam masa yang sama menerima ilmu akal dan pengalaman daripada pelbagai kaum dengan membawa konsep tiada pemisahan antara perkara dunia dan akhirat, kerana du- nia adalah tempat manusia ber- amal untuk akhirat, sama ada beribadat atau memakmurkan dunia berpandu syariat Allah.
Haji dan Hijrah mencipta titik tolaknya amalan mengislamkan manusia dan negara yang menjadi mesej Rasulullah s.a.w., nabi akhir zaman yang menjadi Rasul ketika manusia seluruh dunia ditemukan dengan kemajuan perhubungan dan maklumat yang menemukan manusia seluruhnya dengan berbagai alat ciptaan yang canggih dengan meletakkan batas baik dan buruk, manfaat dan mudarat, adil dan zalim.
Firman Allah, bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.” (Al Anbia: 107)
Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”(Al Nisa’:58)
Di antara amanah yang paling besar dalam ajaran Islam ialah memilih pemimpin, sehingga para sahabat r.a.bermesyuarat ketika wafatnya Rasulullah s.a.w. dan menjadikannya lebih penting daripada menghadiri upacara mengkebumikan jasad Rasulullah s.a.w. Sebahagian besar para sahabat menghadiri mesyuarat dan hanya sedikit sahaja yang berada di tempat pengkebumiannya.
Imam al-Ghazali menegaskan: “Agama Islam adalah asas, pemerintahan (politik) adalah pengawas, tanpa asas menjadi runtuh dan tanpa pengawas menjadi sia-sia.”
Umat Islam menjadi lemah kerana lemah pegangan agamanya dan hukum Islam banyak yang menjadi sia-sia kerana politik dipisahkan daripada agama Islam atau Islam menjadi slogan tanpa kuasa politik yang beramal dengan seluruh syariatnya.
Pada zaman kelemahan umat Islam pula, sehingga tanah air dijajah, umat Islam dipecah dan diperintah, para ulama yang berkumpul di Makkah mengambil kesempatan musim haji mengajak jemaah haji yang datang daripada seluruh pelosok dunia supaya menentang penjajah di negeri masing-masing dan mendidik anak-anak mereka dengan ilmu Islam yang sempurna supaya Islam ditegakkan semula bagi meneruskan perjuangan Rasulullah s.a.w.
Beginilah hubungan haji dengan urusan umat, sehingga seorang pemikir orientalis menegaskan bahawa Islam tidak boleh dihapuskan selagi masih ada al-Quran dan Makkah.

25 November 2011

Azmin kata Umno sudah tua

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata pihaknya sudah bersedia untuk menerajui Malaysia — menggantikan Umno — kerana parti teras BN itu bukan sahaja sudah hilang idealisme perjuangan tetapi juga muflis nilai dan moral bagi mempertahankan hak rakyat.
Berucap merasmikan serentak Kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita partinya di sini, Azmin menyenaraikan bahawa “Umno sekarang sudah tua yang antidemokrasi, antiintelektual, antihak asasi manusia, antipekerja, sarat dengan politik fitnah dan membudayakan rasuah.”
“Umno hari ini anti-Melayu, mereka telah membunuh ciri-ciri Melayu yang dianjurkan Islam dan mempertahankan perjuangan kuku besi dan mencabuli hak asasi manusia.PKR, komponen Pakatan Rakyat mengadakan kongres tahunannya di Johor, kubu kuat Umno-BN di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat.
“Transformasi politik Umno telah gagal dan tidak mempunyai iltizam politik, kemenangan Pakatan Rakyat adalah kemenangan untuk rakyat menolak Umno,” katanya sewaktu ucapan tersebut.
Menurut Azmin lagi, ruang demokrasi di negara ini semakin disempitkan oleh Umno melalui beberapa peruntukan dan undang-undang yang dibuat parti itu yang secara jelas memperlihatkan transformasi politik yang dicanangkan Perdana Menteri Najib Razak menunjukkan kegagalan.
“Pemansuhan ISA adalah satu penipuan Umno apabila 13 orang di Sabah ditahan di bawah akta tersebut, lebih malang lagi, apabila akta baru yang menggantikan ISA tetap mengguna pakai elemen tanpa bicara yang bertentangan dengan ‘fundamental liberties’.
“Akta Perhimpunan Aman juga bertentangan dengan hak dan ruang berhimpun untuk rakyat dan sistem demokrasi negara diburukkan lagi dengan isu AUKU-UKM4 yang mana kerajaan secara jelas meremehkan isu ini,” kataya lagi.
Justeru, jelasnya, Pakatan Rakyat dan PKR akan melaksanakan transformasi dan reformasi dalam memperbaiki sitem pendidikan negara berikutan pendidikan merupakan teras kepada pembangunan demokrasi.
“Pendidikan yang bebas daripada pengaruh politik akan membolehkan perkembangan ilmu berlangsung dengan baik,” katanya lagi.
Menyentuh perihal pilihan raya yang dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat, Azmin mengingatkan setiap sayap parti itu agar menggerakkan kekuatan mereka supaya berterusan kepada momentum yang sedia ada.
“Setiap sayap parti memainkan peranan penting bagi menjamin kemenangan parti. Kemenangan Pakatan Rakyat dan PKR adalah kemenangan untuk rakyat.
“Kemenangan Pakatan Rakyat dan PKR adalah kekuatan rakyat menolak kebobrokan dan menentang kezaliman Umno,” katanya.
Menurutnya, generasi muda berperanan penting memastikan perubahan dapat dilaksanakan dalam pentadbiran negara.
Perkembangan di seluruh dunia jelasnya, menyaksikan kebangkitan generasi muda meggerakkan perubahan dalam negara tersebut.
“Generasi muda perlu memastikan tekad untuk menerajui perubahan yang bakal berlaku, kita melihat generasi muda mempelopori gerakan perubahan yang berlaku di seluruh dunia, sebagai contoh, di Britain dan kebangkitan Arab Spring.
“Ini merupakan cermin anak muda yang menuntut supaya peranan mereka melakukan perubahan diiktiraf oleh kerajaan, dan melakukan perubahan terhadap negara yang zalim dan kejam terhadap rakyatnya,” katanya lagi.

24 November 2011

Kenyataan DSAI

Pakatan Rakyat menyokong  pemansuhan tiga proklamasi darurat tetapi perkara ini adalah hanya satu perkara kecil yang seharusnya telah dilaksanakan lama dulu. Proklamasi-proklamasi yang terbabit termasuk:
(i) Proklamasi Darurat 1966 [P.U.(A)339A/1966] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 14 September 1966 di Sarawak bertujuan untuk membolehkan Kerajaan menyelesaikan pertikaian politik di Sarawak;
 
(ii) Proklamasi Darurat 1969 [P.U.(A)145/1969] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969 berikutan dengan rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ; dan
 
(iii) Proklamasi Darurat 1977 [P.U.(A)358/1977] iaitu Proklamasi Darurat yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 8 November 1977 di Kelantan bertujuan untuk menyelesaikan pertikaian politik di negeri Kelantan;
2. Kita gembira kerana YAB Perdana Menteri menerima cadangan-cadangan Pakatan Rakyat, khususnya setelah Rang Undang-Undang Pemansuhan Darurat yang dicadang Pakatan Rakyat ditolak Speaker Dewan Rakyat pada April 2011. Tambahan lagi, pendirian PM diwakili oleh Menteri Datuk Seri Nazri Aziz begitu berbeza pada 16 Mac 2011 apabila dalam jawapan parlimen beliau menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai tentang kesediaan memansuhkan serta merta pengisytiharan darurat:
“Pada pandangan kerajaan, Proklamasi Darurat pada tahun 1969 masih wajar dikekalkan atas sebab yang berikut:
(a) adalah wajar bagi kerajaan untuk mengekalkan Proklamasi Darurat pada tahun 1969 kerana jika tidak, undang-undang yang telah diperbuat semasa Proklamasi Darurat sedang berkuat kuasa akan terhenti berkuat kuasa mengikut Fasal (7) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dan ini akan menimbulkan kesukaran kepada kerajaan untuk mengawal jenayah untuk isu-isu yang melibatkan ketenteraman awam; dan
(b) kemungkinan terdapat keperluan supaya undang-undang diperbuat dengan segera oleh YDPA semasa Parlimen tidak bersidang bagi menangani masalah berhubung dengan keselamatan Negara antaranya yang melibatkan ancaman pengganas serta keselamatan dan ketenteraman awam yang tidak diliputi di dalam undang-undang sedia ada.
Pun begitu, kami alu-alukan pemansuhan ini kerana menandakan suara rakyat tidak dapat dihadang oleh kerajaan lagi. Pemansuhan ini seharusnya membawa kepada kebebasan demokrasi yang lebih baik di Malaysia tetapi malangnya pemerintah tidak mengotakan janji mereka dengan memperkenalkan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman yang menyekat kebebasan rakyat dan sekaligus melanggar Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
3. Pembangkang telah lama membawa usul untuk memansuhkan proklamasi darurat sejak lama dulu iaitu sejak 1979, malahan Pakatan Rakyat telah membawa usul untuk memperkenalkan Akta Pemansuhan Darurat untuk dibentangkan di Dewan Rakyat pada Mac lepas tetapi yang melibatkan pemansuhan kesemua proklamasi darurat dan beberapa undang-undang serta peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh kerajaan apabila diperkenalkan Proklamasi Darurat ini.
4. Pengenalan Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 sebenarnya merupakan tindakan untuk menghadkan pergerakan ahl-ahli Parlimen Pakatan Rakyat dalam memberi penjelasan kepada rakyat mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan salahguna kuasa, rasuah dan salah pengurusan oleh pihak pemerintah.
5. Peruntukan di dalam Undang-Undang Perhimpuan Aman yang mana menetapkan denda sehingga RM20,000 jika didapati bersalah membolehkan kerajaan mengheret ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat ke muka pengadilan jika melakukan ceramah, penjelasan dan perhimpunan yang merupakan salah satu cara untuk Pakatan Rakyat terus memberi penjelasan kepada rakyat.
6. Undang-Undang Perhimpunan Aman ini merupakan satu cara untuk menghalang Pakatan Rakyat untuk memberi penjelasan kepada rakyat secara berterusan mengenai perkara yang berbangkit kerana permohonan untuk mengadakan perhimpunan yang merujuk kepada ceramah dan sesi dialog dengan rakyat memerlukan kelulusan 30 hari sebelum perhimpunan itu diadakan.
ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Jom bantu GB

Ini adalah posting terakhir dari rakan bloger kita GB semalam, kita semua amat memerlukan beliau dan dalam masa yang sama beliau dalam kesusahan, mari sama-sama kita bantu beliau.

http://greenboc.blogspot.com/2011/11/pengumuman-penting-ii.html

Merujuk kepada posting GB sebelum ini, jumlah sumbangan yg GB terima drp rakan2 setakat ini ialah RM220. Masih jauh dpd kos utk memperbaiki peralatan yg rosak yg mencecah hampir RM2,000. (mcm nk kena beli baru nmpknya).

Jika sesiapa yg sudi sumbangkan laptop atau komputer dan modem pun GB terima. Email GB di greenboc@gmail.com

GB ucapkan terima kasih kpd yg sudi mmbantu dan semuga Allah jua yg membalas budi baik penyumbang semua. Begitu jg kpd yg memberikan kata2 semangat.

- patah sayap ku tetap cuba terbang jua. Doakan GB.

23 November 2011

Harimau Muda dah kena 2 biji

1. HM, tahniah dapat mempertahan pingat emas sukan SEA.

2. Malam tu terus balik KL, kerajaan sponsor Air Asia.

3. Presiden FAM bagi seorang RM 30,000.00

4. Semua rakyat Malaysia tumpang gembira baik budak kecil lelaki, perempuan hingga kepada makcik dan nenek semuanya tertumpu ke TV bila tengok HM main.

5. Malam ni sekali lagi turun bertarung bertemu Syria di Bukit Jalil ... mula-mula OK, macam nak menang, akhirnya kena 2 biji.

6. Mungkinkah standard HM hanya kuat pada peringkat Asean sahaja?

7. Masih ada ruang untuk memperbaiki kelemahan ... mari terus sokong HM.

19 November 2011

Calun-calun pilihan Umno & Barisan Nasional pada PRU 13 nanti

Bagi Umno dan Barisan Nasional, untuk menang dalam PRU 13 nanti, kewibawaan calon yang boleh membawa kemenangan pada pilihan raya umum adalah lebih penting daripada tahap kesihatan mereka, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu hari ini.

Beliau berkata, walaupun tahap kesihatan boleh diambil kira sebagai kriteria pemilihan calon, apa yang lebih penting ialah mereka perlu berwibawa dan mendapat sokongan pengundi.

Seseorang calon yang mempunyai masalah kesihatan tetapi berwibawa dan masih boleh berkhidmat dengan sempurna tidak seharusnya diketepikan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup program wacana ilmuan negara (Winner) peringkat Parlimen Kangar bertajuk “Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen: Kesungguhan Kerajaan Membentuk Pilihan Raya Yang Telus” di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perlis di sini. - Bernama

Komen : bijak MB ni dan bersedialah untuk lebih banyak lagi Pilihanraya Kecil selepas Pilihanraya Umum nanti.

Respon seorang kawan



18 November 2011

ish Mat Kopiah ni .... dosa tau ...

Veteran PKR Dr Syed Husin Ali mendakwa, beliau pernah diberitahu bahawa Naib Presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Zulkifli Noordin pernah meminta RM60,000 untuk mengosongkan kerusinya bagi membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Dr Syed Husin berkata, ia berlaku apabila Anwar pada mulanya dirancangkan parti bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu yang disandang Zulkilfi, ketika itu masih bersama PKR.

"Aku diberitahu mula-mula Zulkifli bersetuju berundur dengan syarat beliau dibayar oleh parti, khabarnya sebanyak RM60,000, walaupun aku tidak dapat memastikan jumlah sebenar," dedahnya dalam memoirnya yang baru dilancarkan.

Tempoh sekatan Anwar bertanding tamat pada 14 April 2008. Anwar kemudiannya bertanding di kerusi Permatang Pauh yang dikosongkan Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga isterinya.

Buku Memoir Perjuangan Politik juga mendedahkan, selepas Umno menarik balik kes kegagalan menyerahkan laporan perbelanjaan dalam pilihan raya sebelumnya, Zulkifli kemudiannya menukar fikiran.

"Tidak dapatlah Anwar bertanding di Bandar Baru Kulim," tulis bekas timbalan presiden PKR itu.

Zulkifli, kini anggota parlimen bebas, kemudian sering memburukkan parti dan Anwar dalam tulisan blog yang mendapat liputan meluas, yang kemudian mengheretnya ke jawatankuasa disiplin PKR, dakwa Dr Syed Husin.

"Akhirnya beliau disingkirkan daripada parti. Tohmahan dan fitnah beliau semakin meningkat," coret Dr Syed Husin.

"Terutama sekali selepas beliau dan seorang lagi yang keluar parti, Datuk Zahrin (Hashim), dibawa oleh PM Najib ke Amerika Syarikat. Mengikut Zulkifli mereka berbincang tiap-tiap tiap-tiap malam dengan PM."

Malaysiakini telah menghubungi Zulkifli dan masih menunggu komennya berhubung dakwaan itu.

17 November 2011

Dicelah populariti DS Najib

Semalam heboh berita populariti DS Najib naik mendadak. Berita ini pula dikeluarkan selepas beliau pulang dari menunaikan fardhu haji pada tahun ini.

Dalam masa yang sama populariti pemimpin PR jatuh mendadak, diantaranya ialah DSAI, TGNA & LGE.

Dicelah-celah kegembiraan gerombolan mereka tup tup keluar pulak berita ini.

16 November 2011

Penjelasan permainan Daftar Pemilih oleh Pengarah JPrN

AHMAD LUTFI OTHMAN dan SAIDAH HAIRAN dengan Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Selangor

Jaafar Samsudin, di pejabat Harakah, 2 Nov lalu. Lebih dikenali sebagai Cikgu Jaafar, beliau banyak menyentuh isu daftar pemilih yang cukup kritikal di Selangor. Mengapa BN mempunyai keyakinan tinggi untuk menawan negeri termaju ini?

HARAKAH: Selangor menjadi negeri tumpuan Umno dan Pengerusi Perhubungan Negeri, Najib Razak. Bagi BN, negeri termaju ini mesti dirampas semula, dengan apa cara sekalipun. Justeru, ramai bimbang pelbagai penipuan dan tipuhelah akan dilakukan, termasuk jalan pintasnya dengan memanipulasikan senarai daftar pemilih. Kepada cikgu, apakah  kekhuatiran orang ramai itu berasas? 

JAAFAR: Kekhuatiran itu ramai memang berasas. Ini dapat dikesan daripada rang daftar yang kita semak dan bantah sejak suku tahun 2010 hingga suku tahun ketiga 2011. Kita bantah berdasarkan semakan kita kerana timbul keraguan.


Pertama, pertambahan bakal pemilih  begitu banyak. Begitu juga dengan pendaftaran tukar alamat. Begitu ramai pemilih yang didaftarkan, tukar alamat masuk ke Selangor.
Pertukaran tukar alamat masuk itu perkara janggal dan tidak pernah berlaku sebesar itu sebelum ini. Maknanya, ada gerakan besar-besaran dibuat oleh pihak tertentu. Mereka masukkan pengundi yang berasal dari Sabah dan Sarawak khususnya di kawasan  Parlimen dan Dun yang dimenangi Pakatan Rakyat.
Misalnya, di Parlimen Kota Raja, bagi suku tahun kedua sebanyak 7,000 pengundi masuk. Di Parlimen Shah Alam, 5,000 dan di Parlimen Kapar, juga  5000. Dun yang paling besar menerima penambahan ialah Bangi,  3,000.

Sebelum ini, kebanyakannya kurang  1,000. Ini menunjukkan proses pendaftaran dibuat begitu hebat. Saya semak, ada unsur pendaftaran luar biasa dan mungkin berlaku penyelewengan.

Pengundi bukan bermastautin di Parlimen dan Dun berkenaan. Kita bantah 1,600 dan kita berjaya 1,400. Bagi suku tahun kedua, kita bantah 1,400, dan kita berjaya 1350. Hanya 50 orang yang kita bantah  ditolak SPR. Ramai yang dibantah itu tidak datang semasa bantahan. Kita mengemukakan bukti yang cukup.

Saya nampak kerjasama SPR dalam soal bantahan semakin baik. Tapi bukan bermakna kita cukup puas hati atau berasa sudah selamat ... proses ini mesti berterusan. Ia juga memberikan latihan dan kepekaan kepada jentera pendaftaran pilihan raya PAS kita baik

Cuba jelaskan bagaimana proses semakan dan bantahan?
Untuk suku tahun pertama yang berakhir Mac, proses bantahan pada April. Tempoh bantahan hanya seminggu. Tempoh ini tidak mencukupi. Kita tidak berkemampuan melakukan bantahan yang lebih banyak dalam waktu singkat.

Berapa banyak bantahan dapat dibuat?
Saya agak dalam 20 peratus yang masih kita tidak dapat bantah. Ia terutama yang babitkan kad pengenalan menggunakan kod 71. Iaitu mereka belum ditentukan negeri lahirnya. Kalau dilahirkan di Amerika atau England ada kod-kod tertentu. Tapi awal dulu JPN menggunakan kod yang sama, 71. Sekarang JPN menggunakan kod 71 ini untuk ambil jalan mudah atau ada perkara yang disorokkan.


Kalau kita semak di JPN kita dapati ia juga babitkan kad pengenalan merah. Jumlahnya agak ramai. Dalam suku tahun kedua, sebanyak 17,000 seluruh Selangor.

Dalam 17,000 itu dapat kita buktikan mempunyai kad pengenalan warna merah atau bukan warganegara. Ia tidak boleh didaftarkan. Bukan semua kod 71 kita bantah, tapi hanya yang timbul keraguan.


Adakah ada bukti bahawa semua itu merupakan perancangan Umno?
Apabila kita bantah, ada kalanya nampak orang belakang mereka adalah pimpinan Umno. Dalam bantahan suku tahun dulu, mereka dibawa beramai-ramai, malah jawapan yang diberikan adalah sama. Ada juga  yang mengakui bahawa mereka tidak pernah mendaftar.
Contohnya, soalan  di mana mereka didaftarkan, jawapannya sama. Begitu juga dengan bukti-bukti lain, yang menunjukkan memang mereka diatur oleh pihak lain untuk menekan kita. Banyak juga kos yang perlu dikeluarkan. Kita sudah belanjakan untuk suku tahun kedua sekitar RM42,000,  yang kita kalah kes.
Beberapa kawasan 100 peratus kita menang. Hulu Langat, 100 peratus menang. Kota Raja, 98 peratus menang iaitu sebanyak 243. Hanya tiga pemilih ditolak.

Tentunya proses semakan dan bantahan yang rumit dan memakan belanja besar itu tidak dapat menghalang usaha licik Umno untuk merampas Selangor?

Ya, kita masih lagi bimbang ... tapi kita kena lakukan proses itu secara berterusan, sekurang-kurangnya untuk mengingatkan pihak berkuasa. Umno-BN juga akan lebih berhati-hati kerana  tahu mereka diperhatikan. Kita harus pastikan dokumen sempurna ketika menyemak. Akibat bantahan kita, pendaftaran untuk suku tahun ketiga agak berkurangan.

Bagaimana pula dengan undi pos, yang juga dilihat seperti simpanan tetap buat BN?

SPR membuat pengakuan secara rasmi dengan PAS Selangor bahawa undi pos ditolak sebanyak 3,000. Ini kerana undi pos dibuat untuk menukar status pengundi awam di kalangan isteri polis. Sedangkan isteri polis tidak layak untuk mengundi pos. Dia undi biasa tapi ditukarkan dan dibuat suku tahun kedua dan ketiga. Sebanyak 3,200 untuk Selangor dan semua ditolak.
Undi pos dipanggil pengundi tidak hadir. Sesiapa boleh mengundi bagi pihak mereka.
Dalam konteks Selangor, apakah masalah undi pos ini membimbangkan?

Di Selangor, ada beberapa kawasan yang kritikan kerana undi pos, misalnya di Hulu Langat sebanyak 7,000. Dulu hanya 3,500,  naik sekali ganda. Tahun 2008, majoriti kita menang kerusi berkenaan  lebih kurang 1,700. Apabila undi pos  naik 7,000, rasanya kerusi Hulu Langat dalam keadaan cemas.

Undi pos kita boleh bantah bila terdapat pengundi byang tidak layak, pada bila-bila masa, sepanjang tahun. Ia bertambah mungkin disebabkan kewujudan kem yang baru atau penambahan anggota.
Ada sahaja polis dan tentera yang bersara setiap masa, kita dibenarkan kemukakan dokumen dan kita minta SPR keluarkan senarai dan padamkan nama mereka, yang bukan lagi polis dan tentera.


Seharusnya proses membersihkan nama itu tugas SPR, kan?

Ya, tetapi mereka kata sukar untuk kemaskini. Dan kita mesti ingat, undi pos ini sering menjadi faktor untuk  memenangkan pihak lawan. Jumlah undi pos tidak perlu besar, sehinga 10,000, untuk menjejaskan kemenangan kita, cukup dengan 1,000 undi.



Misalnya, di kerusi Dun Morib, keputusan undi biasa menunjukkan PAS menang dengan majoriti 400. Apabila dibawa undi pos sebanyak 640, BN pula menang dengan majoriti 400 lebih.

Undi pos ada di Dun Paya Jaras, Morib, Dusun Tua dan Gombak Setia. Sekarang ini undi pos banyak di Parlimen Shah Alam, 700, sedangkan  asalnya 20 orang sahaja. Di Kota Raja hanya lapan.


Ia juga satu perencanaan untuk mengalahkan kita?
Ada keraguan, khususnya di Paya Jaras, Shah Alam, Hulu Langat, undi pos meningkat. Undi pos jika dikendalikan seperti sekarang memang satuancaman. Ini kekuatan atau senjata parti lawan mereka untuk merampas  kerusi kita.
Di Hulu Langat kemasukan sehingga 3,000 undi pos. Kita jangka kedudukan kita tidak selamat.
Kita mengakui pengakuan BN boleh merampas Selangor, atau menyatakan Selangor dalam genggaman, ada asasnya. Ini dilaungkan pemimpin BN di hadapan jentera mereka sendiri. Misalnya, dalam himpunan guru-guru Kemas, pemimpin BN yakin Selangor dapat dirampas.
Memang kempen dari rumah ke rumah yang dibuat secara agresif oleh guru Kemas boleh mempengaruhi. Betapa cantik jentera BN, sebab mereka ada 'skrip'. Dari segi ini mereka lebih berdisiplin dan sistematik.


Jentera pilihan raya BN paling utama ialah Kemas. Di setiap Parlimen ada guru Kemas sekitare 30 orang. Seluruh Selangor, melebihi 600 yang menggerakkan jentera perayu dan kempen.
Skrip mereka boleh mempengaruhi rakyat. Kita sudah ada sejarah bagaimana segelintir orang ramai terpengaruh dengan kes Anwar Ibrahim dulu. Walaupun ia dusta, tetapi jika diulang-ulang terutama di kawasan luar bandar, ia mungkin dapat mempengaruhi.



Itu menunjukkan jentera kempen kita juga lemah, ya?
Saya pernah bertanya pengundi di Dun Selat Kelang; ada pengundi warga emas percaya kerajaan kita lemah dan tidak tolong rakyat. Walaupun ia tidak benar, tetapi guru Kemas sering melaungkan perkara ini, dan ada yang percaya. Salah atau benar cerita lain.
Memang kita di pihak yang benar dan kuat, tapi bagaimana kita sampaikan kebenaran dan maklumat itu kepada rakyat. Ini sangat kurang. Sebab itu saya tidak percaya orang Melayu tidak sokong PAS; ia berpunca kelemahan jentera parti.

Bagus kempen PAS Ganti Umno,  tapi kita kena menyediakan sistem yang canggih bahawa orang Melayu mesti menggantikan Umno dengan PAS. Cadangan saya, pertama kuatkan jentera parti. Kedua, kuatkan jentera pilihan raya dan ketiga kuatkan jentera penerangan.

Penerangan ini cukup penting. Kekuatan jentera BN terutama di kampung, pada penerangan,  iaitu guru-guru Kemas. Kalau penerangan kita dilipatgandakan, rakyat akan dapat maklumat dan kefahaman.


Dengan kemasukan pengundi luar yang ramai ke Selangor, ditambah kecurigaan terhadap pemegang kad pengenalan merah dan kod 71, serta kemungkinan mengundi lebih daripada sekali, selain undi pos, apakah taktik jahat BN untuk rampas Selangor dapat kita sekat? Tarikh pilihan raya pula semakin dekat.

Kita akan berjumpa  SPR di Putrajaya, 20 Nov dan bawa bahan-bahan bukti. Akan kami timbulkan beberapa kelemahan besar terutama daftar pemilih dan Pendaftar Pilihan raya Parti Politik (PP-PP) yang diberhentikan SPR tanpa pengetahuan kita. Sedangkan mereka jalankan kerja yang baik.


Cikgu berpuas hari  gerakerja pilihan raya PAS Selangor?
Umumnya belum memuaskan. Pertama pendaftaran tidak memuaskan, penerangan tidak menyeluruh dan berkesan, manakala  penculaan lemah. Penculaan ini satu daripada kelemahan yang ditegur Presiden PAS. Banyak kerusi Dun PAS yang begitu lemah  pendaftaran pemilih baru.

Hanya aspek  kebajikan memuaskan tapi  kena lipatgandakan usaha. Program seperti merakyatkan ekonomi Selangor dan  Jom Shopping menarik perhatian. Ada warga emas menangis dengan layanan petugas kita.
There was an error in this gadget

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini