28 February 2012

Jui Meng kata kita semua adik beradik

Chua Jui Meng berkata, isu perkauman tidak perlu dipanjangkan kerana semua manusia merupakan adik-beradik yang berketurunan dari Adam dan Hawa.
Justeru, beliau berkata, undi Melayu berpecah cuma kerana perbezaan fikiran, prinsip dan idelaisme bukan kerana kaum.
"Kita semua turun dari satu pasangan yang sama iaitu Adam dan Hawa. Semua Melayu, Cina, India ialah adik-beradik. Soalan Melayu, Cina dan India berpecah tak relevan lagi.
"Oleh itu, apa yang manusia hendak? Mereka mahukan kerajaan yang tidak haprak dan rasuah, yang tidak salah guna kuasa. Tetapi ada yang mahu kekalkan regim yang lama ini hingga menyebabkan negara kita hampir muflis," katanya.
Dengan merujuk kepada pilihan raya umum dalam waktu terdekat, kata bekas Menteri Kesihatan ini, perubahan kepimpinan negara perlu dilakukan
Jelasnya, ia perlu dilakukan dengan memilih pemimpin yang adil yang berpandukan pada al-Quran dan Hadis berbanding bercakap mengenai politik 'asobiyah' (perkauman).
"Jangan kita asyik berbincang mengenai Melayu nak bersatu padu. Itu politik 'asobiyah'. Kita perlu berubah kepada siapa lebih adil dan lebih berpandukan pada al-Quran dan Hadis. Bukan bercakap mengenai Melayu jangan berpecah," ujarnya

26 February 2012

Menariknya PM Najib & TPM Muhyiddin hari ni

Hijau jugak Najib & Muhyiddin hari ni ......

Memecah Tembelang Kerajaan UBN

KLANG, 26 Feb: Program bicara intelek guru sekolah berasrama penuh yang diadakan dekat sini baru-baru ini disifatkan sebagai program untuk menyelamatkan Umno.


(Kisas yang banyak melahirkan pemimpin dan ilmuan negara menjadi medan fitnah Pakatan Rakyat)

Ia penuh dengan fitnah dan pertuduhan terhadap pihak Pakatan Rakyat dan sangat dikesali oleh guru-guru yang menyertainya.

Antara tuduhannya adalah DAP mahu menjadikan negara ini republik dan mahu menukar agama Kristian menjadi agama rasmi negara.

Yang mengejutkan, penyataan seumpama ini bukannya datang dari ahli politik tetapi dari pegawai polis Bukit Aman.

Menurut seorang guru yang ditemui Harakahdaily dekat ini, rata-rata guru peserta program ini kesal dan meluat dengan tuduhan yang dibuat oleh penceramahnya.

Program yang berlangsung pada Sabtu 25 Februari itu berlangsung di Kolej Islam Sultan Alam Shah,  Klang.

Ia mensasarkan guru-guru dari sekolah berasrama penuh Zon Tengah di bawah anjuran Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan. 

Sekolah yang terlibat adalah Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya, Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Sekolah Menengah Sains Alam Shah, SM Sains Selangor, Sekolah Seri Puteri, kolej islam sultan alam shah, SMAP Kajang, SBPI Gombak, SBPI Sabak Bernam, SBPI Rawang, SM Sains Hulu Selangor, SM Sains Kuala Selangor dan SM Sains Banting.

Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan perasmian program serta pembentangan sesi 1 bertajuk dasar-dasar baru KPM oleh Tuan Haji Khalil bin Mohamed, KPP Sektor Pengurusan Akademik, Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan.

Pada jam 11.00 pagi, Profesor Dr Shamsul Abadi bin Mamat, BTN Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan syarahan dengan tajuk “Negaraku Tercinta”. 

Ceramah yang memakan masa hampir 2 jam, dengan membawa konsep ketamadunan dan jurang ketamadunan.

Beliau menjelaskan negara Malaysia ketinggalan dari negara lain dan memerlukan tempoh 50 tahun dan keatas untuk setanding dengan negara-negara maju yang lain. 

Apa yang mengejutkan peserta ialah beliau meminta guru untuk memilih kepimpinan negara yang ada hari ini dan membuat perumpamaan dengan negara-negara Asia Barat yang telah menumbangkan pemimpin mereka dan menyebabkan negara huru-hara dan tiada kestabilan. 

Kesan yang sama akan berlaku jika rakyat menukar kerajaan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat dan melambatkan negara setanding dengan Negara maju yang lain.

Pada jam 2.30 petang, sesi ke-3, ACP Abdul Rahman bin Khalil, dari PDRM Bukit Aman dengan tajuk Menangani Isu Disiplin, Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Sekolah (Isu-isu Semasa). 

Apa yang memeranjatkan seolah-olah bukan isu keselamatan di sekolah yang dibincangkan tapi lebih kepada isu keselamatan Umno/Barisan nasional.

Antara yang isu yang disebut ialah DAP dan Lim Guan Eng. 

Antara tuduhan yang dibuat adalah agenda DAP ialah pembentukan Malaysia sebagai negara republik dan jadikan Kristian agama rasmi negara. 

Isu ekstrimis agama menggunakan Al-Quran dan Hadis mengelirukan rakyat, BERSIH, Mahasiswa, Murtad, Isu Kepala Babi dan ancaman perkauman turut diperkatakan.

Isu BERSIH dipaparkan dengan kepimpinan PAS dan PKR yang terlibat langsung telah menimbulkan kekakacauan dan persis krisis di Timur Tengah. 

Dalam isu murtad dinyatakan seorang pelajar dari Sekolah Agama Yahya Petra, Kelantan (maklumat dari Kelantan, nama sekolah ini tiada di Kelantan) telah murtad dan lari ke Sarawak dan beliau mengeluarkan kenyataan menghina Rasulullah SAW.

Rata-rata guru tidak berpuas hati kerana seolah-olah penceramah menyimpang dari tajuk ceramah dan objektif program. 

Guru hadir atas nama bicara intelek untuk kecemerlangan sekolah tetapi program lebih menjurus kepada agenda politik menyelamatkan UMNO/BN. 

Hanya sesi 1 sahaja menjurus kepada objektif program, kata guru berkenaan.

25 February 2012

Catatan Memori Ayah

Aku membelek barang peninggalan ayah. Dompet ayah ku simpan didalam poket seluar bimbang direbut kembali oleh anak ayah yang ke 11 daripada 12 adik beradik kami. Aku ingin menyimpannya sebagai antara barangan kenangan paling berharga buat diriku. Baju-baju ayah tersusun rapi didalam almari. Banyaknya baju pemberian anak menantu tetapi semasa hayat ayah masih juga mengenakan kemeja lama lagi lusuh. Ayah masih menggunakan kain pelikat yang dah hampir reput walaupun berpuluh hadiah kain pelikat baru yang tersimpan tidak digunakan sehingga boleh difaraidkan kepada anak menantu malah kepada sahabat ayah. Ayah seorang yang amat penjimat. Mungkin kerana dek susahnya kehidupan keluarga kami semasa ayah mula-mula menjadi peserta peneroka felda. Berjimatnya ayah sehingga kami terpaksa berlapar kerana tiada makanan dirumah walau ayah ada simpanan dibank. “Esoklah ayah menoreh dan dapat duit nanti ayah akan beli makanan” pesan ayah kepada kami sekeluarga.

Namun ayah sebenarnya paling tidak lokek untuk berbelanja bila anaknya bersekolah berasrama dan menjejakkan kaki kemenara gading. Pada waktu beginilah tiba-tiba ayah menjadi pemurah. Rupanya kedekut ayah kerana menyimpan untuk anak-anaknya belajar. Betapa susahnya ayah membanting tulang untuk mengumpul wang dan betapa ayah lebih rela mengikat perut dan menyimpan wang untuk persekolahan anak-anak. Kerana itu aku amat sedih bila ayah menyerahkan wang sebanyak RM2000 untuk perbelanjaan dimenara gading. Satu jumlah yang cukup besar ketika itu.

Ayah telah diduga dengan penyakit yang sukar diubati. Sakit ayah ditanggung selama berbelas tahun. Sudah puas berubat dengan doktor pakar dan  perubatan alternatif tanpa membuahkan hasil sehingga ayah dijemput oleh penciptanya pada tanggal 19 feb 2012. Kasihannya ayah, bertahun-tahun ayah menderita penyakit disamping karenah membesarkan 12 orang anak. Pengorbanan ayah cukup besar sehinggakan nabi pernah berpesan kepada seorang sahabat sebaik-baik amal adalah berbaik kepada kedua ibubapa. Pemergian ayah kutangisi semahu-mahunya kerana aku sangat kasihkan ayah dan sedihnya aku, tempoh peluang untuk berbakti semasa hayatnya telah tamat. Aku memandikan jenazah ayah, menyediakan kain dan mengapankan ayah. Aku cium dahi ayah semahu-mahunya sebelum aku menutup kain kapan ayah. Itulah ciuman terakhir dari anaknya. Doa ku untuk ayah selagi mampu akan kupanjatkan kehadrat Allah siang malam mengharapkan keampunannya. Alfatihah.

UMNO : "Shut Up Fool !!!"

Pemimpin Umno dinasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan berkaitan isu bai’ah calon-calon PAS.

Ketua Pemuda PAS Perak, Ustaz Zawawi Hasan berkata,  Umno itu sendiri telah ingkar dengan perintah Allah dan mempertikainya.

“Umno janganlah bersifat bermuka-muka tentang isu agama kerana mereka sudah terang-terangan menentang Islam,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Jika tidak mengetahui tentang isu agama seperti bai’ah, beliau menyarankan pemimpin Umno ‘menutup mulut’.

“Jika bercakap apa yang ada di dalam Al-Quran, setakat hari ini berapa ramaikah pemimpin Umno telah ingkar dengan perintah Allah, malah telah mempertikaikannya.

“Sebenarnya dasar Umno telah tersasar jauh daripada Islam bahkan amat menyesatkan di dalam memastikan kedaulatan Islam itu sendiri,” ujarnya.

Tambahnya, Pemuda PAS menyarankan agar pemimpin Umno tidak perlu sibuk mempertikai bai’ah PAS dan melabelkan bai’ah PAS bercanggah dengan Islam.

“Adalah lebih baik Umno melihat sendiri kepimpinannya, untuk memastikan Islam dimartabatkan di Malaysia khasnya,” tegasnya.

24 February 2012

DSAI didapati bersalah.

DSAI didapati bersalah dan punca kemarahan Pemuda Umno Sembrong ... segera dinafikan oleh Hishamuddin bahawa tempat kejadiaan tidak berlaku di Sembrong ... " Batu 14 bukan dalam Parlimen Sembrong" katanya.

Seorang anggota Pemuda Umno yang berada di barisan depan dalam demonstrasi depan pejabat PKR Ahad lalu mendakwa, keadaan pada malam itu menjadi kecoh apabila kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim terlanggar seorang peserta. "Itulah cerita sebenarnya" kata beliau.


Kah kah bodoh punya dakwaan pemuda Umno ni,  pemuda ini lah antara yang akan mewarisi kepimpinan Negara pada masa akan datang jika umno terus diberi mandat. Tapi jangan haraplah orang yang mengeluarkan dakwaan seperti ini boleh di8terima rakyat.

Dia ni cakap macam orang tak cukup akal.

Jom tengok gambar dari milosuam ni, kalau langgar mesti kat depankan ... tapi mengapa tepi yang kemik.



Bilakah Sultan Menjadi Bayangan Allah Di Bumi?

Minggu ini saya kembali ke Oxford, UK. Beberapa minggu berada di Malaysia. Di samping menyambut kedatangan ‘puteri baru’, banyak juga aktiviti yang sempat saya sertai. Bahang pilihanraya semakin kuat sehingga segala perkara berbau politik. Semalam semasa seminar ‘Islam and Europe’ di Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS), directornya Dr Farhan Nizami bersembang dengan kami dengan memberi pandangannya tentang Malaysia. Katanya, betapa dia tidak menyangka bahawa bangsa melayu yang kelihatan sopan santun itu apabila tiba kepada bab politik, mereka berpolitik habis-habisan. Saya senyum sahaja mendengar ulasannya.
Berkaitan fenomena piliharaya juga, beberapa hari lepas saya menerima begitu banyak soalan berhubung dengan ‘Raja adalah bayangan Allah di bumi’. Hadis ini katanya telah diwar-warkan oleh pihak tertentu dalam menjustifikasikan perjuangan tertentu. Saya dengar ada yang lebih lantang lagi dengan menyebut lafaz asal hadis itu ‘al-Sultan adalah bayangan Allah di bumi’ bagi merujuk sultan pilihannya. Ada pula yang seakan ingin menyuburkan feudalisme melayu dengan hadis tersebut. Saya bergurau dengan sesetengah pihak yang berminat menggunakan hadis itu dengan berkata: “Raja yang menjadi bayangan Allah itu Raja Jordan ke, atau Raja Saudi? Atau Raja Morocco? Oleh kerana terlalu umum, apakah boleh juga digunakan oleh Raja Siam?”
Sebenarnya, perkataan yang digunakan dalam hadis ‘al-Sultan’ bukan al-Malik (Raja). Jika ia difaham secara bahasa melayu, mungkin para sultan seperti Sultan Qabos di Oman atau Sultan Brunei tergambar semasa membaca hadis ini. Sudah pasti bukan Sultan Damsyik Jani dari ‘Negara Pasir Berdengung’ dalam filem Doremi arahan P.Ramlee.
Sebenarnya hadis tersebut mempunyai banyak riwayat. Ada yang palsu, ada yang sangat daif (daif jiddan), ada yang daif dan ada yang hasan ataupun mungkin boleh mendekati sahih. Antara lafaz yang palsu atau sekurang-kurang teramat daif:
السلطان ظل الله تعالى في الأرض فإن أحسنوا فلهم الأجر وعليكم الشكر وإن أساءوا فعليهم الإصر وعليكم الصبر لا يحملنكم إساءته على أن تخرجوا من طاعته فإن الذل في طاعة الله خير من خلود في النار لولاهم ما صلح الناس
(terjemahan) “al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika mereka berbuat baik bagi mereka pahala dan wajib ke atas kamu syukur. Jika mereka jahat, mereka mendapat dosa, wajib ke atas kamu sabar. Janganlah kejahatannya itu menyebabkan kamu keluar dari ketaatan. Ini kerana, sesungguhnya kehinaan dalam mentaati Allah (dengan mentaati sultan yang jahat) lebih baik dari kekal dalam neraka (kerana menentang sultan). Jika tidak kerana mereka, manusia tidak akan aman”. (hadis ini dihukum oleh al-Albani sebagai ‘terlalu daif’ dalam Silsilah al-Daifah/no. 1664)
Namun secara kesimpulan penilaian hadis, setakat lafaz “Al-Sultan bayangan Allah di bumi” adalah sahih disebabkan pelbagai riwayat. Adapun tambahan selepas lafaz tersebut ada yang hasan, daif, sangat daif dan palsu.
Ada juga riwayat dalam al-Jami’ al-Saghir oleh al-Sayuti (meninggal 911H) yang menyebut:
السلطان ظل الله في الأرض، فإذا دخل أحدكم بلدا ليس به سلطان فلا يقيمن به
“al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika seseorang kamu memasuki sesuatu negeri yang tiada sultan padanya, janganlah dia tinggal dalamnya”.
Saya bimbang menjelang musim berkempen ini akan ada yang menggunakan riwayat yang daif ini untuk melarang orang tinggal di negeri-negeri yang tiada sultan seperti Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Kemudian, di Negara Arab hanyalah Negara Oman yang boleh tinggal dalamnya sebab masih ada Sultan Qabos. Selainnya sudah tiada sultan. Indonesia pun tidak boleh tinggal dalamnya kerana sudah tiada sultan. Hanya Brunei yang sesuai. Jangan sampai begitu pulak tafsiran kita.
Apakah Maksud ‘al-Sultan’?
Perkataan al-Sultan bukanlah bermaksud pemerintah yang memakai gelaran ‘sultan’. Jika tidak sudah pasti al-Khulafa al-Rasyidin menggunakan gelaran sultan. Sultan bermaksud pihak yang berkuasa. Ertinya ia merangkumi semua mereka yang mempunyai kuasa pemerintahan tanpa mengira apapun gelarannya. Abu Bakr al-Siddiq naik memerintah selepas Rasulullah memakai gelaran ‘Khalifah Rasulillah’, kemudian pada zaman ‘Umar mula diperkenalkan gelaran ‘Amir al-Mukminin. Secara umumnya dipanggil keempat sahabat pemerintah itu dengan khalifah. Semasa Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah dikekalkan gelaran khalifah. Selepas itu beberapa dinasti seperti Ayyubiah, Mamalik dan ‘Uthamaniyyah memakai gelaran sultan. Mereka itu kebanyakannya bukan arab. Ada juga yang memakai al-Malik iaitu ‘raja’ dan sebagainya.
Maka hendaklah jelas, perkataan sultan dalam hadis merujuk kepada ulul amri iaitu mereka yang berkuasa memerintah. Jangan putarkan hadis untuk pemainan politik. Ertinya, secara literal dalam konteks Malaysia, Perdana Menteri juga zhillu Allah ataupun bayangan Allah di bumi. Demikian Presiden Mesir, Libya dan sebagainya. Kini kita wajar bertanya apakah maksud bayangan Allah? Apakah kita memahami seperti golongan literalis yang akan melihat sultan atau raja atau penguasa atau presiden sebagai benar-benar bayangan Allah yang kemudian mungkin dijustifikasikan segala tindakannya. Jika mereka itu berjudi di London ini sehingga tergadai balak dan minyak di negara mereka apakah itu bayangan Allah? Jika mereka kejam seperti Assad di Syria, atau mereka rasuah dan bermewahan dengan harta rakyat jelata, apakah mereka tetap dimuliakan sebab mereka bayangan Allah?
Bayangan Allah
Jika kita faham makna khalifah, ia bermaksud pengganti ataupun wakil. Apabila kita menyebut manusia khalifah Allah bermaksud manusia mengganti Allah di bumi. Ketika menafsirkan Surah al-Baqarah ayat 30 berhubung manusia sebagai khalifah Allah di bumi, al-Imam al-Baidawi berkata:
“Khalifah itu bermaksud (dari segi bahasa) sesiapa yang menggantikan tempat pihak yang lain atau menjadi penggantinya. Yang dimaksudkan dengan khalifah dalam ayat ini adalah Adam a.s. kerana beliau merupakan khalifah Allah di bumiNya. Demikian sekelian nabi yang Allah utuskan mereka sebagai pengganti (khalifah) bagi memakmurkan bumi, menguruskan manusia, menyempurnakan keperluan mereka dan melaksanakan perintah Allah ke atas mereka” (Al-Baidawi, Anwar al-Tanzil wa Asrar al-Takwil, 1/64).
Makna yang sama merujuk kepada sultan ataupun penguasa itu bayangan Allah di bumi. Bukan bermaksud kesucian penguasa sehingga tidak boleh dibahas dan dipertikaikan. Sama sekali tidak! Sebab betapa ramai manusia ini yang Allah tabalkan menjadi khalifah telah melakukan kerja yang sebaliknya. Apakah kita tetap mempertahankannya atas nama khalifah Allah?! Justeru al-Imam al-Munawi dalam Faidh al-Qadir ketika menafsir maksud: “Al-Sultan bayangan Allah di bumi” beliau berkata “kerana dia memelihara manusia dari keburukan seperti bayang memelihara dari panas matahari”. Ya! Demikianlah tugasan penguasa!
Dalam masa yang sama kita hendaklah sedar, bahawa berlebihan dalam menggunakan agama untuk kepentingan politik telah mengorbankan agama itu sendiri. Inilah yang berlaku di Barat yang diistilahkan sebagai secularism ataupun lebih mudah difahami sebagai ‘a movement towards the separation of religion and government’. Walaupun secularism itu mempunyai akar yang lama sejak zaman Greek dan Roman tetapi di Eropah ia subur dan diperjuangkan pada era Enlightenment akibat dari kesedaran rakyat tentang betapa buruk peranan agama dalam politik. Saya akan bahaskan nanti. Islam memandu politik supaya harmoni dan kudus. Islam bukan alat politik tetapi cahaya yang menerangi jalan politik yang dibina atas maslahah rakyat.
Sultan ataupun penguasa bayangan Tuhan boleh disalahtafsirkan seperti yang berlaku dalam sejarah politik pelbagai bangsa. Akibatnya, kerakusan penguasa mencengkam rakyat dan dihalalkan atas nama Tuhan. Jika hendak memahami maksud penguasa bayangan Tuhan dalam Islam, fahamilah ucapan Abu Bakr al-Siddiq apabila menjadi khalifah:
“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).
Inilah insan yang paling faham maksud sultan itu bayangan Allah di bumi. Jangan kita gadaikan Islam untuk suatu penafsiran nas yang akhirnya akan menimbulkan syak manusia terhadap Allah dan RasulNya.

20 February 2012

Diugut, diherdik, dipukul, diketuk, diterajang ... anda harap DSAI akan berhenti?

"Buntuttttt baliklah, usah berbohong... binatang, babi...," itulah antara kata-kata kesat yang terluah malam tadi. Seorang anak muda gemuk macam macam lembu Sharizat duduk di tembok melaung-laung kata-kata kesat dan jijik itu bersendirian. "Wang Umno bagi RM500 ambil, muka tak malu, babiiii..." balas pula seorang lagi rakannya yang agak kurus. Roman tubuhnya macam penagih dadah.

"Muka tidak malu, hai Anwar...kamu kena tahu negara ini semua Umno yang buat....Pakatan Rakyat boleh bagi apa, bagi jubur tahi bolehlah...," kata kawannya yang seorang lagi selepas mereka ketawa berdekeh-dekeh. Saat itu Anwar sudah pun selesai ceramah dan dibawa keluar ikut jalan belakang. Kumpulan liar itu sedang menunggu kereta Anwar untuk terus membelasahnya.

Yang memboceng motosikal mengibar bendera Umno dan bendera dacing sampai memaki hamun Anwar. Manakala ada yang membawa kayu melewa-lewa kayu ke atas menunjukkan akan keberanian mereka.

Pendeknya aksi malam tadi cukup jahat, cukup samseng sekali. Ia memberi tanda-tanda ada elemen kejahatan melampau dalam pilihan raya nanti. Saya bimbang kalau anak mudah liar itu dilindungi, tidak dikauseling, mungkin keganasan akan berlaku di Johor.

Saya fikir setengahnya memang diupah untuk membuat kacau itu. Ada yang memakai t-shit hitam tertulis Semberong 13 dengan gambar Hishamuddin terdampar di depannya.

Setiap titis darah yang mengalir ke bumi semalam akibat dipukul pemuda liar itu, Hismuddin kena bertanggungjawab. Sebagai menteri dia kena memberi tahu parlimen. Saya tidak mahu mempersoalkan di Mahsyar besok... untuk apa bercerita tentang hari akhirat kepada orang yang tidak yakin. Tetapi saya mahu tanya bagaimana Hishmuddin hendak menjawab kepada seluruh rakyat Malaysia dengan kejadian memalukan itu.... baca seterusnya Malam Celaka Di Semberong catatan MSO & Kereta Anwar dihentak dan dilontar batu


19 February 2012

Anwar terus mara

Moga terus diberi kekuatan oleh Allah Yang Maha Esa menghadapi fitnah & kezaliman yang tidak terjangkau dek akal kita. InsyaAllah, rakyat negara ini akan terus mendo’akan DSAI sekeluarga.
Semoga seluruh rakyat Malaysia mencontohi peribadi DSAI yang punya jiwa merdeka, berani menyatakan yang hak dan terus mempertahankan maruah & harga diri; walau dalam zaman gila ini.
Terus berjuang DSAI. Kami rakyat Malaysia sangat menghargai pengorbanan besar & perjuangan kental DSAI membebaskan tanahair tercinta daripada kerakusan para pemimpin.
Rintangan dan cabaran pemimpin rakyat - perjuangan tetap diteruskan walau
dalam keadaan penuh dengan gangguan oleh sang penguasa

Ihsan Malaysiakini

BN parti talam 2 muka

PAS menyifatkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hanya bermain 'politik hipokrit' apabila mendakwa setiap undi yang diberi kepada DAP akan memperkukuhkan PAS menguasai kerajaan negeri ataupun persekutuan.

Malah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, politik jenis itu bukan sahaja dimainkan MCA, namun juga oleh pemimpin Umno komponen BN yang lain.

"Bila MCA jumpa orang Cina dia kata undi DAP akan bagi kuasa pada PAS, bila Umno jumpa orang Melayu mereka canang kata undi PAS akan bagi kuasa kepada DAP.

"Saya nak kata bahawa ini adalah sikap hipokrit BN yang mesti ditolak rakyat," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kenyataan Chua di persidangan sehari "Cina Malaysia di Persimpangan Politik" anjuran bersama Institut Strategi dan Kepimpinan  Asia (ASLI) serta kumpulan pemikir MCA, Insap siang tadi.

Dalam ucapannya, Chua mendakwa setiap undian kepada DAP akan membuka jalan bagi PAS menjadi "taiko" dalam kerajan negeri dan persekutuan.

Beliau juga berhujah contoh "taiko" PAS itu boleh dilihat di Perak selepas PRU-13 di mana DAP memenangi 18 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tujuh dan PAS hanya enam, tetapi wakil PAS yang menjadi menteri besar.

Selain Perak, beliau juga mendakwa kononnya terbaru PAS sedang membuat tuntutan untuk kerusi menteri besar Johor sedangkan DAP berkelebihan kerusi di negeri itu.

Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, politik hipokrit yang dimainkan Umno, MCA dan komponen lain BN itu harus ditamatkan pada PRU-13 nanti.

Sehubungan itu, rakyat digesa menggunakan kuasa undi mereka menolak parti-parti yang bergelumang dengan politik hipokrit tersebut.

"PRU akan datang rakyat perlu humban politik hipokrit dan perkauman ini.

"Kita perlu pastikan tidak ada tempat untuk politik hipokrit dalam pembentukan Malaysia baru selepas PRU-13 nanti," katanya.

18 February 2012

DSAI semakin di geruni

Menjawab tulisan utusan, Kira-kira 200 orang yang mewakili pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan bantahan secara aman terhadap kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Endau di sini untuk berceramah pada hari ini..... ramainya yang bantah ... kalau asan ali... dia bilang orang ni seramai 2K (silap kiranya ni sebab tak sepandai orang ada phd)

Kumpulan tersebut yang terdiri daripada wakil Pergerakan Pemuda UMNO, MCA, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Mersing serta Persatuan Belia Endau mendakwa kehadiran Ketua Umum PKR itu hanya akan memecah-belahkan perpaduan penduduk di kawasan tersebut.... dah agak dah ... jangan sebut kumpulan (macam samseng pulak)

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Mersing, Youzaimi Yusuf berkata, penduduk di daerah ini menolak kehadiran Anwar kerana kehadirannya akan menimbulkan rasa kurang tenteram, selain ceramah beliau hanya akan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan.... DSAI akan beritahu from inside of Umno ... kalau dia cerita dan ulas kisah benar NFC pun pasti akan berlaku perpecahan undi dalam pru nanti ...itu sebenarnya yang mereka takut.

"Masyarakat di sini membantah kehadiran Anwar dan kita tidak sekali-kali akan terpedaya dengan janji manis yang ditaburkan kepada penduduk Mersing kerana kami sentiasa menyokong dan berdiri teguh bersama kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. ...... Hanya orang Umno yang membantah, kau ingat semua orang kat Endau tu sokong Najib ... hello bro ini negara demokrasilah.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia Endau, Musranizam Musa berharap golongan belia tidak terpedaya dengan agenda peribadi Anwar kerana ia hanya akan merosakkan keharmonian penduduk di kawasan itu.

"Kami mahu keamanan sedia ada di sini dikekalkan dan kehadiran Anwar pasti memecah-belahkan penduduk," katanya..... hello brother semua negeri Pakatan Rakyat aman je .... dan bila-bila pun Najib dan Ketua Pekasam serta beras jati boleh berceramah ... ikutlah cara kami ... lebih bertamadun.

United Munafikun National Organisasion

Semalam penulis menunaikan solat jumaat di Masjid MK Bandar Baru Sungai Buloh, Waktu tu masih awal dan Pak Imam masjid menyampaikan tazkirah dan ada menyebut perkataan United Munafikun National Organisasion.

Dikisahkan juga didalam tazkirah tersebut akan ciri-ciri orang munafik, diantaranya yg masih saya ingat ialah :-

Iman tidak tetap dan tidak teguh..imannya berubah ubah mengikut keadaan,sangat mudah terikut ikut dengan dan terpengaruh dengan persekitaran.Hidup umpama lalang.


Tindakan sentiasa berubah...seumpama pelakun hebat, didalam tempat beribadah dia akan mengikut orang beribadah,apabila tidak dilihat orang dia mengikut kata hatinya yang sebenarnya menolak kebaikkan.

Tidak tetap kata kata....didepan orang mukmin,mengaku beriman dan memuji islam,di belakang pula dia mengutuk islam
.
Mengharap kebaikannya sentiasa dibalas oleh orang lain..mengharap kebaikkan yang di buatnya mendapat balasan seperti wang ringgit atau pangkat mahupun harta benda.

Jiwanya tidak tenteram...sentiasa resah kerana terpaksa bersikap pura pura dihadapan orang ramai.Resah kerana tidak dapat mengikut kata hatinya yang menolak kebenaran.

Dunia adalah matlamat hidup dan tujuan utama.Cintanya pada kebendaan,pada kedunian melebihi cintanya pada ALLAH SWT

Semalam keluar berita bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang buat demo disalah sebuah masjid disana. Tak kisahlah dia nak berdemo, itu hak dia. Ramai betul yang ikut dia ... kalau ikut perkiraan Dr PHD Asan Ali dalam 5K.

Tup-tup hari ni semua bloggers PR dah tangkap siapa malaun disebelah mamat bengong tu. Ish pelik betul takkan lah tak ada yang bau taik. Kan ke dia yang makan kek taik suatu haru dulu.

Munafik betul kau ni En Mohamed Ghani Jiman..... Inilah contoh manusia kelahiran United Manafikun National Organisation @ UMNO.

mamat baju kuning tu ....
posisi bergambar pun same je

17 February 2012

Najib cukup takut Sharizat mendedahkan yang tak sepatutnya

"Nah.. begitu juga dengan Najib. 

Najib juga tidak berani untuk bertindak ke atas Sharizat. 

Apa yang membimbangkan ialah takut Shariat juga akan terlatah mulut mendedahkan apa-apa yang dia tahu yang dilakukan oleh isterinya Rosmah Mansor. 

Khabarnya Sharizat ada maklumat hebat mengenai Rosmah Mansor yang belum terungkap. Maklumat dan rahsia inilah yang digenggam oleh Sharizat.


Apakah kerana bimbang rahsia Rosmah didedah Sharizat maka Najib jadi terpaksa kompromi dengan Sharizat? 

Dari sini fahamlah kita kenapa Najib sebagai ketua tidak boleh bertindak ke atas anak buahnya kerana dia sendiri juga ada masalah lebih besar dari ditanggung anak buah itu."

Sepenuhnya di sini  ikhsan : FSS

United Malay No Otak : Gelaran untuk Ahmad Maslan yang setaraf .....

Sikap, perangai dan pemikiran Mamat ni betul-betul mewarisi generasi pemijak kepala lembu. 
Memang sikap orang Umno begini agaknya, tidak kira pengikut, pemimpin peringkat Cawangan, Bahagian dan Tertinggi, sama sahaja, jenis otai bingai.

Menteri NGOK Ahmad Maslan ini perangai dan mentaliti sebiji macam, Umno Pulau Pinang yang menghadiahkan kek taik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang tahun lepas ... yang selepas itu memakan sendiri taik tersebut kotaraja.blogspot.com-orang-united-malays-no-otak

Umno taik - makan taik sendiri
  • Bergurukan orang bersopan hadiah kan penyapu
  • Pijak kepala lembu
  • dan makan taik
Akhirnya lahirlah seorang Menteri brand Umno yang bernama Ahmad Maslan, seorang yang
  • Tiada akal budi
  • Tidak bertamadun
  • Pengamal undang-undang rimba dsbnya
Ahmad Maslan melahirkan dan bertanggung jawab keatas
  • Samseng Shah Alam kencing banner
  • Samseng Jalan Kebun ganggu ceramah ABU & Hindraf
  • Samseng Kampung Idaman ganggu ceramah Pentas suara anak muda
Ahmad Maslan kini adalah seorang yang sudah dijangkit sindrom takut dan desperate sehingga hilang akal?

Ahmad Maslan menggali sendiri kubur 1 Malaysia yang akan ditalkinkan pada PRU 13 nanti.

16 February 2012

Dulu kawan Umno - kini kawan baru PAS

  • Umno tak boleh jelous
  • Umno tak wajar marah
  • Umno jangan pula nak memburuk-buruk bekas menteri ni
  • Umno kena redho, selain bekas menteri ni, ramai lagi orang umno yang berkawan dengan PAS.
  • Teruk sangat ke perangai pemimpin Umno
  • Busuk sangatkah Umno (mahathir kata sampai keusus)
  • Sengkek benar umno sekarang
Banyak cerita tak baik tentang umno ... bukan orang lain cerita ... orang umno sendiri yang bagi tahu. Umno kini memang tak selesa dengan bekas menteri ni.

Tambahan pula bila dia rapat dengan kawan-kawan dalam PR, banyaklah cerita tak baik tentang umno akan dikhabarkan. Sakitnya mata dan telingan Umno, Tuhan saje yang tahu .... kita tak pe sebab dah lali.





Dok sibuk cerita sana sini - tau ke ape benda Ponggal tu?

Saya rujuk berita ini : Anwar Gadai Akidah Kerana Undi.

Saya belajar sikit-sikt dengan rakan-rakan India beragama Hindu dalam Diskusi Bulanan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kota Raja. Dibawah ni adalah penerangan yg diberi. Kawan-kawan India tu kata Ponggal bukan perayaan agama - Wallahuaklam.


Perkataan 'pongal' adalah bermaksud 'masa menuai' dan ia menandakan masa untuk mereka menuai hasil tanaman mereka di masa lalu.

Di pagi hari pada pesta Pongal biasanya kaum wanita akan mengemas rumah dan menghiasi rumah dengan 'kolams'. Kolams ialah hiasan lantai yang diperbuat dari beras yang diwarnakan. Biasanya kolams ini dibuat di depan pintu rumah, sebagai tanda selamat dan rahmat supaya isi rumah mendapat kesejahteraan.

Pada hari pertama, perayaan itu dipanggil Bhogi bagi menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India. Pada hari itu, seluruh rumah dibersihkan dan barang-barang lusuh dibuang dan dibakar bagi menyingkirkan anasir-anasir buruk.

Pada hari kedua, beras yang dituai akan digunakan untuk memasak Ponggal sehingga ia melimpah keluar dari periuk. Perbuatan membiarkan masakan itu melimpah dikenali sebagai Ponggal dalam bahasa Tamil. Surya Ponggal juga memberi penghormatan kepada tenaga matahari dan bermulanya hari pertama bulan Thai dalam kalendar Tamil.

Panjang lagi ceritanya - hangpa tanya sendirilah kawan-kawan India, jangan main belasah sahaja kalau tak faham.

14 February 2012

Noh Omar sudah tidak berguna lagi

Apa dah jadi dengan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Noh Omar, Beliau kini umpama melukut ditepi gantang, langsung tidak berguna disisi Najib.
Sebaliknya Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed naik setakuk lagi dan kini dilantik sebagai Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor berkuatkuasa serta-merta.
Setiausaha BN Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN Selangor, mengumumkan pelantikan itu pada satu mesyuarat tertutup BN Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra, Khamis lepas.

Semakin pendeklah hayat Umno

11 February 2012

Menjelang Pembubaran Parlimen : PR masih selesa untuk menumbangkan BN

Seperti PRU 12 yang lalu, ramalan tentang kelemahan BN dan tumbangnya beberapa negeri ketangan Pakatan Rakyat memang sudah diramalkan oleh Tun Daim sebelum PRU tersebut.

Seperti biasa keangkuhan pemimpin Umno memudahkan kerja-kerja kita untuk menambah lagi beberapa negeri agar jatuh ketangan PR dan meninggalkan beberapa negeri untuk dijaga oleh BN. Dalam masa yang sama kita terus memacu menuju Putrajaya.

Agak malang bagi Umno dan BN yang cuba meraih hati pengundi dengan menggunakan apa juga cara, namun cara hidup orang-orang Umno sendiri yang sudah terbiasa terlibat dengan pelbagai gejala tidak sihat seperti sabotaj, rasuah, gila kuasa dan sebagainya menyebabkan parti ini masih terkial-kial untuk berhadapan dengan pengadilan rakyat pada PRU akan datang. 

Disiplin ahli dan pemimpin parti yang teruk merupakan bonus untuk PAS dan PR bagi mendominasi sokongan rakyat pada PRU akan datang.

Cuba mengaitkan beberapa individu dalam Pakatan Rakyat berperangai seperti mereka adalah satu usaha yang sia-sia kerana rakyat sudah menghidu taktik yang cuba dimainkan oleh UBN, kononnya antara mereka tiada beza.

Menyedari hakikat ini bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin menggesa anggota parti  komponen Barisan Nasional (BN) supaya bersatu padu dan bekerja keras untuk memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Bekas Bendahari Umno selama 17 tahun itu berkata kemenangan parti pembangkang pada pilihan raya umum lalu bukan kerana parti tersebut kuat tetapi kelemahan BN yang tidak bersatu padu.


Katanya dengan perpaduan, tidak mungkin parti akan kalah pada pilihan raya umum akan datang.


"Kalau ahli parti tidak ada disiplin, hancurlah parti, sebab itu pada pilihan raya 2008, banyak kerusi tumbang


Kata Daim lagi, BN akan dapat menentang pakatan pembangkang kerana parti sentiasa berjuang dengan polisi tertentu dan akan memperoleh kemenangan jika mendapat sokongan dan tiada unsur sabotaj. 


Beliau juga berkata isu rasuah, ekonomi, inflasi dan kepimpinan adalah antara perkara yang dijangka menjadi bahan untuk berkempen pada PRU-13.


"Golongan muda sekarang akan bertanya kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan yang tegas terhadap isu rasuah. Selain rasuah, ialah soal pembaziran.


Daim juga berkata kerajaan juga perlu mengambil berat berhubung soal inflasi yang boleh menjadi beban kepada rakyat kerana ia berkaitan dengan harga barangan, sesuatu yang GAGAL dilakukan oleh UBN.

10 February 2012

Mufti Harussani kata "Najib gadai akidah"

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan rasa terkilan dengan sikap Datuk Seri Najib Razak yang “menggadai akidah” apabila hadir dalam upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini.
Tegas Harussani, walaupun sudah ditegur setiap tahun namun perdana menteri itu seolah-olah tidak memandang berat akan kepentingan agama Islam dan akidah.
“Ini perbuatan syirik, saya tidak tahu mengapa jadi macam ini... sedangkan perayaan kaum lain kita tidak boleh sambut ini pula hadir di rumah ibadat mereka.
“Bagaimana boleh terlajak macam ini, sepatutnya perdana menteri wakilkan menteri beragama Hindu untuk menggantikan dirinya... sebab umat Islam tidak boleh terlibat dalam sambutan perayaan agama lain,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau menambah menteri hal ehwal agama Islam atau penasihat agama sepatutnya menasihatkan Najib agar tidak hadir dalam perayaan itu.
“Kita tidak boleh sambut (perayaan agama lain), mereka lakukan upacara keagamaan dan kita sebagai umat Islam tidak boleh hadir... itu upacara ibadat mereka.
“Sebagai perdana menteri, Najib sepatutnya sedar dan menghantar wakil. Saya sudah tegur perkara ini setiap tahun namun tidak dipedulikan,” katanya menambah Najib wajar mencontohi sikap perdana menteri terdahulu yang menghantar wakil masing-masing.
Pada 7 Februari lalu, Najib menghadiri sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves selain turut mengumumkan peruntukan awal berjumlah RM2 juta untuk membina pusat kebudayaan di kawasan itu.
Najib yang lengkap berpakaian Kurta berwarna kuning muda ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, mengakui gembira untuk turut sama memeriahkan Hari Thaipusam dan ini merupakan kali ketiga beliau mengunjungi Batu Caves sempena perayaan itu sejak 2010.
“Jangan gadai akidah kita, hukumnya syirik apabila kita hadir dalam perayaan mereka seperti kita merestui agama kaum lain... kita sepatutnya menjauhi perbuatan khufur yang boleh merosakkan akidah.
“Perkara ini serius kerana ia masalah akidah, saya wajib tegur... kalau tidak mahu dengar terpulang,” kata Harussani menambah tiada halangan sekiranya menghadiri majlis rumah terbuka tetapi bukan upacara keagamaan.

08 February 2012

kah kah "mamat ni nak bertanding semula di Gombak Setia"

Penulis terbaca nota kaki dari Astro Awani sekejap tadi bahawa YB yang sudah mendapat kad merah dan dibuang padang sedikit masa dulu telah mengumumkan bahawa dia tidak puas hati, marah dan akan mempertahankan DUN Gombak Setia.

Tak tau lah pulak dia nak bertanding atas tiket apa, sebab kalau nak bertanding atas tiket parti baru Kayu Jati atau Beras Jati mungkin tak sempat didaftar.

Pilihan yang dia ada cuma bertanding atas tiket Bebas - tapi rasa-rasa nya dia akan guna tiket BN.

He he he ini satu berita yang paling mengembirakan petugas-petugas PAS dan Pakatan Rakyat di Gombak Setia dan juga Parlimen Gombak.

Kerja akan menjadi lebih mudah jika PAS bertanding melawan dengan orang ni sebab semua kelemahannya yang melambak-lambak tu banyak disimpan oleh JPrD Gombak Setia. 

Tahap ke siapsiagaan JPrD dan semua JPrU Gombak Setia pun sudah mencapai hampir 80%

Mungkin masih terlalu awal tetapi tahniah kepada YDP Gombak.

07 February 2012

ai yo yo .... NAMBIKEI !!! ... a real horror story

"Kamu tolong saya, dan saya tolong kamu. Nambikei.
Kamu percaya saya dan saya percaya kamu,"

Yea, a real horror story

Celaka punya orang

Pembuat kain rentang ni 1 hal.

Boleh pulak orang sekeliling kelalang membiarkan penghinaan sebegini dahsyat dan membiarkan ianya tergantung disitu tanpa bertindak.

06 February 2012

Tahniah DHA (banyak sumbangan & jasanya kepada Islam & Masyarakat)

Parlimen Kota Raja ingin menyampaikan ucapan Tahniah kepada DHA.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Hassan Ahmad (bukan Datuk Hasan Ali) dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan sempena sambutan Maulidur Rasul di Masjid Putra di sini semalam.

Pemilihan itu membolehkan Hassan menerima wang tunai RM50,000, trofi, sijil dan hadiah iringan.

Hassan terpilih menerima anugerah tersebut sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam pelbagai aspek merangkumi pengajian Islam, sektor perbankan dan muamalat serta sumbangan kemasyarakatan.

Selain menjadi Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, beliau juga aktif dalam bidang penulisan dan setakat ini telah menghasilkan empat buah buku.

Hassan Ahmad ketika ditemui berkata, beliau amat terharu dengan penerimaan anugerah tersebut kerana tidak pernah menyangka akan diberi pengiktirafan tertinggi tersebut dan tidak langsung menunjukkan ciri-ciri membangga diri, takabur dan riak seperti Hasan yang satu lagi tu.

''Saya ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur majlis sambutan yang memilih saya sebagai penerima.

''Saya tidak menyangka akan menerima pengiktirafan ini kerana ramai lagi kawan-kawan yang berhak menerima anugerah ini," katanya kepada pemberita selepas menerima anugerah itu daripada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini