30 April 2012

Che Det melalut, buat anak beranak hang menyampah je

Kesian Che Det, masa hang jd PM dulu banyak jugak aku respek kat hang .... salah satu nya berkaitan Nasional Car walau pun kini dah nampak serabut sejak Syed Mokhtar Al Buhary memonopoli segala benda ni.

Hari ni hang lagi melalut selepas hang kata orang-orang dalam parti hang punyalah busuk ... sampai ke usus .... tak hairanlah kepala dan cara berfikir hang pun bau busuk jugak Tun.


Pelik jugak bila hang kata, Bantahan BERSIH 3.0 Sabtu lalu - perhimpunan awam terbesar sejak gerakan Reformasi tahun 1999 - berhasrat untuk menumbangkan kerajaan. Awat melalut sakan hang ni Tun.

Hang kata lagi bahawa, pembangkang tahu bahawa melalui proses pilihan raya, rakyat tidak akan memberikan mereka kuasa untuk membentuk kerajaan. Mereng otak hang ni.

Satu-satu caranya, hang kata, ialah melalui kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan dan menaikkan diri mereka sebagai rejim baru. Sedap mulut tak berinsuran ni bercakap.

Hang boleh kata apa sajalah Tun sebab cara berfikir hang pun dah melalut dan berbau busuk sebab berada disamping orang-orang yang busuk hingga ke usus tu.

Aku nak kata kat hang .... Aku ada bukti kukuh bahawa hang memang melalut sebab anak pompuan hang pun tak setuju dengan hang ....

Aku tengah cari orang untuk interview anakanda Hang Dato Marina binti Tun Dr Mahathir bagi statement ... apa pasal dia turut ikut untuk tumbang kerajaan.... akai ada ka????

Ini bukan kali pertama Marina ikut Bersih

Respon kepada blogger "amenoworld" berkaitan konspirasi serangan Dataran Merdeka



Diatas merupakan rakaman penuh peristiwa di Dataran Merdeka yang berlangsungnya demonstrasi Duduk Dan Bantah. Kelihatan jelas sekitar minit 4:30 dimana Dato Seri Anwar Ibrahim memberi arahan kepada peserta untuk belok ke kanan iaitu kearah Jalan Tunku Abdul Rahman.Sementara itu Dato Seri Anwar Ibrahim juga meminta YB Azmin Ali turun berunding dengan pasukan Polis agar membenarkan peserta masuk ke Dataran Merdeka.

Amat memalukan apabila melihat pihak tidak bertanggungjawab terus memutar belit fakta memfitnah kononnya Dato Seri Anwar Ibrahim dan YB Azmin Ali memberi arahan kepada peserta untuk merempuh masuk kedalam kawasan Dataran Merdeka dan menjadi punca kekacauan. Dalam rakaman ini juga jelas ada suara peserta yang mengesahkan bahawa arahan kedua tokoh tersebut untuk berundur ke Jalan Tunku Abdul Rahman manakala suara Chegubard amat jelas memberi arahan yang sama menggunakan pembesar suara.


Rakaman dari angle yang berlainan sudah tentu memberi gambaran yang tidak sama dengan situasi sebenar yang berlaku, sesuatu yang perlu diambil kira sebelum membuat sebarang pertuduhan jika niat itu Bersih berdasar rakaman yang dibuat entah oleh sesiapa.

29 April 2012

Unit Amal perlu lantik Bekas SB & Polis sebagai penasihat

Bersih 3.0 dan cara Unit Amal PAS yang diiktiraf oleh semua anggota dan penyokong PR sebagai yang Unit paling terlatih untuk menjaga keselamatan pemimpin dan Bersih 3.0 semalam walau pun dilihat sangat berjaya dan tetapi masih perlu memperbaiki bagi menangani provokasi jika benar ia dilakukan.

Bagi pihak yang melakukan provokasi (jika ada) memang telah berjaya melakukan tugasan mereka dengan cemerlang dengan mendapat 5 bintang.


Ini keadaannya ditempat paling hampir dengan Dataran Merdeka. Bagi penyokong PAS yang taat dengan arahan pimpinan, menjadi kewajipan bagi setiap ahli untuk tidak membantah setiap arahan yang diberi kerana niat sudah dipasang awal-awal bahawa " Kita bukannya ingin menawan Dataran Merdeka - tetapi cuba berada ditempat paling hampir dengan DM "

Bagi penyokong tulin PAS ialah, Target sudah tercapai dan dengan yang demikian dan kita STOP ditempat seperti yang tertera digambar. dengan yang demikian Polis tidak akan ada alasan untuk bertindak menembak dengan meriam air dan gas pemedih mata kepada ratusan ribu yang hadir semalam.

Sayangnya Unit Amal gagal mengenali serta mencegah bila (jika benar) beberapa orang yang memecah masuk laluan ke Dataran merdeka sehingga Polis bertindak kerana kawasan tersebut merupakan kawasan larangan (termasuk telah mendapat perintah mahkamah) sebelum Bersih 3.0 semalam.


Bermula malam tadi sehingga kehari ini tanpa putus FB dan Blog pro-PR mempertikai gambar-gambar ini dengan aksi luarbiasa, pakaiannya dan tindakannya. Antaranya baca tulisan greenboc.

Sibaju Merah membiarkan aksi terlampau sibaju hitam ini ..... why ?????????????

Sesuatu yang perlu dititik beratkan oleh si baju merah ..... jangan mudah percaya dengan tindakan luar biasa oleh sesorang ...... 

Kesimpulannya ... tulisan ini bukan menghentam  si baju merah tetapi kerana banyak jasa dan tenaga telah dicurahkan kerana berada dibarisan hadapan ... anda semualah yang paling tegar dan paling bertanggung jawab dan amanah dalam menjalankan tugas .... cuma tidak salah untuk mempelajari Ilmu Menipu ... sebab orang PAS ni jenis orang baik-baik dan selalu anggap orang lain pun baik .


Wallahuaklam .... ini bukan tulisan YB ye.

Saksikan Kreativiti Anak Muda Cina pada Bersih 3.0

Bersih bukan milik kaum melayu sahaja. ...bersih milik mereka yang telah sedar kekotoran yg dilakukan oleh BN.....lihat bagaimana remaja cina sedar lebih awal kerana mereka mengikuti media yg telus dan sumber yang jelas bukan drp tv3. .utusan dan sama waktu dgn nya...

Anda saksikan gambar-gambar dibawah betapa kreatifnya anak-anak muda berbangsa Cina semasa Bersih semalam di Jalan Sultan.

Mereka menyanyi Rasa Sayang Sayang Hei dengan begitu meriah sekali.

Sokongan ini menambah pasti kita mampu pergi lebih jauh meninggalkan UBN dalam PRU akan datang.









Sekretariat Parlimen Kota Raja tumpang tuiee

28 April 2012

Live Bersih 3.0 - bhgn 6 : Candid dari Petaling Street










Live Bersih 3-0 : Candid jam 9.30 pagi : Polis tambah ramai

Belakang centre Market



Masjid Jamek
Simpang Jalan TAR



Live Bersih 3.0 - Bhgn 4 : 7.57 am, Pemantau udara & darat dah tiba

Bermula jam 7.57 minit pagi tadi sehingga sekarang pemantau unit udara PDRM mula berkeliaran di ruang udara KL, satu perkara yang lumrah.

Ingat kita bukan nak tawan Dataran Merdeka .... cuma nak duduk dekat sahaja ... semua arahan Polis setakat ini dipatuhi.

Klik berita-berita terkini sebentar tadi :  klik sini dan sini

Live Bersih 3.0 - Bhgn 3 : Gelagat King of the Bersih 1.0, 2.0 & 3.0

Ini dia Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu yang tiba kira-kira jam 2.30 pagi tadi di Dataran Merdeka.

Beliau mendapat gelaran King of the Bersih 1.0, 2.0 and 3.0 .... JOM turun KL bersama Abg Mat dan lain=lain termasuk Tok Guru NA, Tuan Guru Presiden, DSAI, LKS dll









Live Bersih 3.0 - Bhgn 2 : Polis lebih mesra

Balik dari dataran pukul 4am, mengantuk betul .... 

Update gambar hak malam tadi, ramai juga yang datang termasuk abang Mat Sabu sampai kira-kira jam 2.30 pagi tadi disambut dengan tepukan gemuruh oleh hadirin.

King of the Bersih 1, 2 & 3
Bermula malam tadi sambutan dari kaum Tionghua amat luar biasa
Berbanding dengan Bersih 2-0, secara keseluruhan nya kali ini nampaknya Polis lebih mesra dan bertindak secara amat profesional terhadap pengunjung DM malam tadi.

Rasanya ianya akan beterusan hingga pagi ini .... tiada sebab untuk rakyat Malaysia hadir ke KL hari ini beramai-ramai.








Orang Kota Raja


Orang Kota Raja
There was an error in this gadget

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini