31 May 2012

PAS bukan pengkhianat

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menegaskan, pihaknya tidak akan mengkhianati perjanjian untuk bersama dengan dua rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) - perikatan yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Mac 2008.
Sehubungan itu kata beliau, pihaknya menerima perjanjian tersebut memandangkan PR memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan manakala Umno pula tidak menunjukkan sikap sedemikian.
Dalam soal ini, pemimpin veteran Pas ini menegaskan, tidak timbul isu parti Islam itu lebih kuat berbanding Umno dan BN sehingga kononnya menolak pelawaan parti lawan mereka untuk berunding aspek kerjasama politik.
"Soal Pas kuat atau Umno-BN lemah, itu bukan isunya. Kami tidak mahu mendabik dada, tetapi kita tidak akan mengkhianati perjanjian dengan komponen Pakatan Rakyat dan akan lawan BN menghadapi PRU ini.
"PR memperjuangkan keadilan, kesaksamaan dan Umno tidak menunjukkan sikap seperti itu," kata beliau dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian dan Sinar Harian Online, semalam.

Menjawab soalan mengapa Pas tidak pernah terlintas untuk dengan bekerjasama dengan Umno, Mustafa berkata, berdasarkan pengalaman terdahulu, Umno pada awalnya mempunyai hasrat yang jujur, tetapi hasrat pemimpin kini tidak lagi sedemikian.

Beliau turut berkongsi pengalaman Pas bersama BN awal 1970-an ketika era Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak.
"Pengalaman lalu, sesiapa yang bekerjasama dengan Umno akan dikawal dan selepas itu banyak berlakunya perbezaan pandangan. Peluang untuk kerjasama itu tidak berlaku kali ini, biarlah (bersama) PR menghadapi PRU kali ini, untuk 50 tahun akan datang, kita tidak tahu," kata beliau lagi.

Mustafa juga berkata, aspek bermuzakarah antara Pas dan Umno juga telah disalah tafsir oleh media.

"Bila disebut muzakarah untuk menerangkan tentang Islam, bukanlah bermaksud  kerjasama Umno dan Pas. Isu ini sudah lama, sejak dulu lagi.

"Kita sekarang ini berdepan dengan PRU, bukan lagi kerjasama politik antara Pas dengan Umno, sebaliknya Pas konsisten hanya dengan Pakatan," katanya.

30 May 2012

Propaganda BN

BN hanya ada ‘propoganda machine’ sahaja lagi. Untuk menunjukkan ‘kad kemajuan’ keatas kemampuan dan kecekapan mentadbir negara tidak ada lagi kredibilitinya. Malahan sekarang ini dan akan terus dialami BN ialah kehilangan sokongan rakyat dan komponen BN sedang menghadapi krisis kepimpinan yang paling serius dalam sejarah negara merdeka kita. Sindrom penafian yang diamalkan oleh pimpinan negara tentang keadaan krisis kepimpinan ini tidak langsung membawa apa-apa kemajuan terhadap sokongan rakyat ramai yang akan mengundi dalam PRU yang akan datang ini.

Najib dan kepimpinan negara memahami keadaan ini, dan itulah penyebab kenapa pilihanraya tidak sampai-sampai walaupun Najib telah mengambil alih kuasa sudah menjangkau empat tahun. Sampai kehari ini Najib belum lagi mendapatkan ‘endorsement’ kepimpinannya dari  mandat yang beliau sendiri perolehi.

Kepimpinan sekarang jauh lebih lemah dari kepimpinan Abdullah Badawi yang dulu dikatakan oleh Mahathir sebagai Perdana Menteri yang paling tidak berguna walaupun beliaulah (Mahathir) yang memilih dan melantik Abdullah untuk menjadi pengganti beliau. Apabila Mahathir tersedar yang beliau telah tersalah pilih penggantinya, beliau pula yang menyalahkan semua orang kecuali beliau sendiri.

Tidak mengapalah itu, kerana memang Mahathir tidak pernah membuat salah dan kekecohan politik negara kita sekarang adalah disebabkan oleh semua pihak kecuali beliau seorang. Itu memang sikap beliau dan tidak boleh hendak berbuat apa-apa lagi. Kalau dia tidak menyalahkan orang lain,beliau bukan Mahathir namanya.

Tidak usah dihiraukan beliau lagi kerana kita hendak mencari kebaikan untuk negara. Kalau kita ikutkan nasihat dan pandangan beliau kita tidak akan berjumpa penyelesaian terhadap kekalutan yang kita alami sekarang yang berputik dari kepimpinan beliau dahulu.

Kita tehakik apa yang sedang kita hadapi dengan pemikiran terbuka untuk menjadikan negara kita kembali kelandasan demokrasi yang sebenar yang pernah kita alami sebelum Mahathir mengambil alih kepimpinan negara kita ini dahulu. Bak kata P Ramlie, ‘barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merana badan’.

Sebahagian besar rakyat yang telah terbangun dari tidur merasakan peralihan serta pertukaran kepimpinan negara amat perlu dilakukan untuk keselamatan serta masa depan negara. Yang dewasa ingin menjamin yang segala institusi demokrasi perlu dan wajib dikembalikan kelandasan yang sebenarnya setelah badan kehakiman telah terlacur semasa pentadbiran Dr Mahathir.

Tidak siapa akan menerima pembohongan sejarah lagi. Badan kehakiman telah dikucar kacirkan oleh pihak eksekutif pimpinan Mahathir kerana kepentingan politik peribadi Mahathir dan konco-konconya pada tahun 1988 dahulu. Sehingga ke hari ini badan kehakiman tidak kebah-kebah lagi dari persepsi buruk masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Isu terhadap badan perundangan seperti persepsi buruk terhadap ‘Attorney General’ tidak mungkin dapat dipulihkan selagi parti yang merosakkannya masih berkuasa lagi. ‘AG’ diperguna oleh pihak berkuasa eksekutif bukan untuk membersihkan salah laku mana-mana pihak tetapi beliau dipergunakan untuk menutup segala tindakan tidak bermoral oleh perasuah dan penjenayah negara dan rakyat.

Rakyat  kini merupakan rakyat bermaklumat dan mereka sekarang sudah nampak dengan jelas yang institusi kepolisan juga sedang dalam keadaan nazak dan jika semua institusi demokrasi di kuasai oleh pihak eksekutif yang rasuah dan penjenayah maka sudah pasti memang tidak ada lagi peluang untuk rakyat hidup dalam keadaan aman damai seperti yang pernah rakyat rasakan sebelum pemerintahan Mahathir Mohammad dahulu.

Kehilangan elemen pengasingan kuasa diantara tiga badan, Legislatif, Judiciary dan eksekutif merupakan situasi yang amat malang yang sedang dihadapi oleh rakyat yang cintakan keamanan dan keunggulan berdemokrasi kita. rata-rata rakyat yang selama ini bersabar dengan kerajaan BN untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan ini. Tetapi keadaan bertambah buruk dan semua pihak merasakan jika BN masih berkuasa maka tidak mungkin keadaan ini akan bertambah baik.

Hari demi hari kita seolah-olah tinggal dalam sebuah negara ‘police state’ yang zalim dan tidak bermoral kepimpinannya. UMNO tidak lagi berjuang untuk rakyat dan negara tetapi sebaliknya parti itu telah menjadi musuh kepada rakyat yang dahagakan kehidupan dalam sebuah negara persekutuan yang menghormati rakyat dan negeri-negeri yang terkandung dalam persekutuan kita ini.

Dalam keadaan terdesak dengan tekanan rakyat terhadap UMNO, parti itu tidak lagi dapat berbuat apa-apa tentang arus dan angin perubahan yang rakyat sedang lakukan sekarang ini. Sekarang sudah sampai ketahap pertembungan diantara rakyat dan UMNO. UMNO sedang menggunakan segala apa yang ada kepada mereka untuk mempertahankan gerakan perubahan dalam pemikiran rakyat kini.

Perubahan yang berlaku kini adalah perubahan pemikiran dan kita tidak nampak bagaimana UMNO boleh mengembalikan perasaan hormat dan sokongan terhadap parti itu. UMNO sedaya upaya cuba mengawal perasaan rakyat seperti mengawal seekor haiwan ternakan yang boleh dikandang dan disembelih mengikut kehendak dan nafsu pemimpin mereka.

UMNO telah terlupa yang mereka tadbir ini adalah perasaan rakyat yang sentiasa berubah dan mahukan kemajuan terhadap pemikiran dan tindakan mereka. UMNO sedang menggunakan segala kekuatan propaganda yang ada ditangan mereka untuk membentuk budaya mengangguk dan menurut perintah sahaja. Yang benar hendak diakui salah dan yang salah hendak dibudayakan sebagai perkara yang mesti diterima.

Moral sudah tidak menjadi perkara penting lagi kepada UMNO walaupun mengaku sebagai penjaga masa depan Islam dan Melayu. UMNO masih menggunakan tektik lama yang sudah lusuh untuk menyakinkan orang Melayu, tanpa UMNO orang Melayu akan hilang di dunia ini. Tetapi mereka tidak sedar yang dengan cara mereka mentadbir negara sekarang ini …Melayu akan hilang dunianya. Agama hanya menjadi tempelan kerana apa yang mereka lakukan sekarang semuanya bertentangan dengan kehendak agama yang mereka retorikan setiap masa dan waktu.

Mereka menakut-nakutkan orang Melayu jika UMNO tidak dapat menyambung kuasa Raja-Raja Melayu akan lenyap, tetapi apa yang mereka lakukan hari ini saling tidak tumpah serupa dengan cara Malayan Union memerintah untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu. Kita masih ingat bagaimana UMNO menghina Raja-Raja Melayu semasa krisis perlembagaan tahun 1993 dahulu.

Orang Melayu sedang cuba dibohongi yang ‘there will be no more Malays if UMNO is defeated’. Lima puluh empat tahun memerintah setiap kali bercakap isu Melayu tetapi Melayu tidak kemana juga. Yang mendapat habuan dan menjadi kaya raya yang tidak terperi ialah sebilangan kecil kroni-kroni yang membelasah kekayaan negara dan menjadi ‘proxy’  kepada pemimpin rakus dan rasuah yang tidak terperi.

Orang Melayu biasa dijadikannya hanya sebagai anjing buruan untuk memburu kumpulan dan pihak yang ingin melakukan perubahan. Anjing-anjing buruan ini dapatlah upah sedikit sebanyak untuk membayar upah menjadi kuda pelejang bagi pihak pimpinan rakus tadi.

Oleh kerana keadaan begitu serius maka UMNO dan BN sudah tidak lagi mempunyai modal untuk meyakinkan rakyat dan cara terakhir ialah dengan menggunakan ugutan dan ‘gangsterism’. Kerana apa mereka menggunakan cara kasar ini? Kerana propoganda BN sudah tidak lagi 'mangkuih' kerana rakyat tidak yakin lagi kepada BN dan UMNO.

Percayalah, apabila sudah sampai ke begini keadaannya ia hanya membuktikan yang usia BN dan UMNO itu tidak akan bertahan lama lagi. Tetapi itu tidak menjadi masalah kepada orang Melayu, kerana Melayu akan bertambah kuat selepas UMNO tiada memerintah. Selama ini UMNOlah yang membantutkan orang Melayu untuk maju kehadapan

28 May 2012

Program kebanggaan Tn Hj Najib

Kehadiran artis seksi dari Korea di program Hari Belia menunjukkan kerajaan kini ketandusan idea untuk menarik sokongan golongan muda sehingga sanggup menganjurkan "program maksiat," menurut Dewan Pemuda PAS.
NONE
Ketua penerangan sayap part itu, Riduan Mohd Nor berkata, persembahan oleh kumpulan artis "seksi" itu "tidak lebih daripada usaha untuk menyuburkan kemungkaran di kalangan generasi muda," katanya dalam satu kenyataan.

"Dengan menampilkan artis seksi sebagai hidangan masyarakat, kerajaan menganggap itu sebagai suatu perkara yang biasa dan tidak ada salahnya. 

"Mungkin inilah nilai wassatiyyah yang hendak diterapkan oleh perdana menteri," katanya sinis.

Program Hari Belia di Putrajaya yang diadakan sepanjang hujung minggu lalu antara lainnya menampilkan kumpulan Korea, U-Kiss, Dal Shabet dan Teen Top.

Umno tidak menghormati hak berpolitik & demokrasi

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Umno belajar menghormati hak berpolitik dan demokrasi yang dibenarkan di negara ini dengan berhenti melakukan provokasi dan keganasan.

Berucap di hadapan kira-kira 5,000 orang di perkarangan pejabat PAS Maran di sini malam tadi, Ketua Pembangkang di parlimen itu berkata, kini wujud senario baru di mana pihak Umno atau sekutunya cuba menimbulkan ketegangan dalam setiap program Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, kini seperti satu trend Umno sengaja mahu menimbulkan suasana kecoh sedangkan PR hanya menggunakan pentas ceramah bagi menjelaskan fitnah yang sudah ditabur melalui media rasmi kerajaan.

“Hormatilah budaya berpolitik dan prinsip berdemokrasi. Cuba fikir, kita sudah dihentam tiap-tiap malam dalam media yang dikawal kerajaan Umno, kita dibina dan dan dimaki hamun setiap hari, kenapa kita mahu memberi penjelasan di pentas seperti ini juga mahu diganggu? Kita minta Umno hormatilah adab berpolitik,” katanya.
Kurang 20 meter berhampiran ceramah tersebut, Umno turut mengadakan pesta karaoke Cina dengan menguatkan bunyi pembesar suara bagi tujuan mengganggu ceramah tersebut sehingga ke akhir.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kejadian buruk berlaku hasil kawalan ketat dan berdisiplin petugas-petugas Unit Amal.

Anwar turut menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengajar dan mengawal Umno dan sekutu-sekutunya menghormati undang-undang.

“Seorang pemimpin mesti memelihara undang-undang. Bayangkan dalam ceramah-ceramah kami akhir-akhir ini kami diganggu termasuk dibaling telur dan botol, beberapa minggu lalu kereta saya dirosakkan.

“Datuk Ambiga seorang warganegara profesional boleh diganggu sesuka hati oleh penyokong Umno dan dibiarkan saja tanpa sebarang tindakan. Sebab itu jika Najib tak mampu lagi memelihara undang-undang dan keamanan baiklah turun daripada jawatan kerana gagal memimpin,” tegasnya.

Mengenai pilihan raya umum (PRU) akan datang, Anwar menjelaskan rakyat perlu melihat kehidupan pemimpin-pemimpin Pakatan jika mahu membuat keputusan untuk mengundi parti mana untuk memerintah.

Beliau berkata, dapat dilihat contohnya bagaimana Tuan Guru Nik Aziz yang sudah 22 rahun menjadi Menteri Besar Kelantan tetapi beliau tidak mengambil kesempatan mengumpul kekayaan berbanding pemimpin Umno yang lain.



27 May 2012

Allahuakhbar

Perhatikan gambar betul ..... semua hangus dijilat api kecuali .........

Anda nilailah sendiri .... Allah sedang uji atau beri kafarah kepada tuan rumah .... Allah juga nak tunjukkan pada semua akan Kebesaran Nya ......

Ia berlaku di Taman Setia, Klang pagi tadi .... mungkin disebabkan litar pintas


TGNA : Mahathir suka mereka-reka cerita

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pihak pembangkang akan bertindak ganas sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, Pas tidak pernah membuat kacau dan menimbulkan keganasan tetapi sebenarnya tindakan-tindakan sedemikian dimulakan oleh pihak Umno dengan melakukan pelbagai provokasi sejak kebelakangan ini.
"Kenyataan ini terbalik. Pelbagai keganasan dilakukan oleh Umno termasuk  menimbulkan suasana panas dengan melakukan tindakan tidak bermoral di depan rumah Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S Ambiga.
"Apa ni? Tindakan mengadakan senaman 'tonggeng' itu bukan budaya Melayu. Kita orang yang beradab dan beretika... semua ini adalah budaya luar yang dibawa oleh Umno," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Kali ke-41 di Markas Dewan Ulama Labok di sini, hari ini.

24 May 2012

Akhbar paling tak guna

Utusan yang popular dengan gelaran Utusex dan juga Meloyer kan tekak adalah akhbar milik Umno yang tak laku dan saban tahun mengalami kerugian.
Akhbar ini terus hidup dengan ikhsan Kerajaan Barisan Nasional yang membiayai kos operasinya.
Akhbar ini bolehlah diibaratkan sebagai akhbar memfitnah no 1 negara dengan pelbagai fitnah dilakukan tanpa rasa tanggung jawab. Utusex atau Utusan Meloyer ini saban tahun disaman oleh ramai individu dan pemimpim parti politik yang tidak sealiran dengan UBN kerana sering menyebarkan berita fitnah. Sudah terlalu banyak kerugian yang ditanggung oleh akhbar ini kerana kebanyakan kes saman yang dibuat akan menyebabkan Utusex kalah dan terpaksa membayar ganti rugi puluhan ribu ringgit.
Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar RM60,000 sebagai ganti rugi kepada Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad kerana menerbitkan artikel bersifat memfitnah di akhbar itu dua tahun lepas.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus, Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Abdul Wahab Patail sebulat suara menolak rayuan Utusan Melayu selepas memutuskan notis rayuan syarikat itu tidak kukuh.
Mahkamah membenarkan  permohonan Khalid untuk membatalkan notis rayuan Utusan Melayu dengan alasan ia tidak kukuh kerana gagal mematuhi Seksyen 68(1)(a) Akta Mahkamah Kehakiman 1964. 
Seksyen itu menyatakan rayuan untuk tuntutan kurang daripada RM250,000, kebenaran mesti diperoleh daripada mahkamah untuk mengemukakan rayuan.
Hishamuddin juga memerintahkan Utusan Melayu membayar kos RM10,000.
Pada 14 Oktober 2011, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas membuat taksiran kerosakan yang dialami, memberi award itu kepada Khalid.
Pada 30 Sept tahun yang sama mahkamah membenarkan tuntutan saman Khalid dan memutuskan Khalid dapat membuktikan kesnya bahawa beliau telah difitnah dan dimalukan oleh defendan dalam artikel bertajuk 'Zulkifli bidas Pak Janggut'. 
Anggota Parlimen PAS itu menamakan Ketua Pengarang Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Datuk Aziz Ishak serta penerbit Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, sebagai pihak defendan.
Beliau mendakwa pada 11 Sept 2009, Aziz dengan niat jahat, membenarkan penyiaran dan pencetakan perkataan berbaur fitnah terhadapnya di muka depan Utusan Malaysia.
Defendan dalam pernyataan pembelaan mereka menyatakan penyiaran artikel berkenaan dibuat berdasarkan komentar Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkfli Noordin dalam blognya pada 9 Sept 2009.
Khalid diwakili peguam Azhana Mohd Khairudin manakala Utusan Melayu diwakili Mohana Kumar - BERNAMA

23 May 2012

Bersediakah Najib???

Tahniah kepada Sinar Harian kerana berjaya menganjurkan perdebatan di antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dan pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli.

Ketika debat berlangsung, tidak berlaku pergaduhan. Tidak ada yang terbunuh. Tiada kerusi terbang di dewan di mana perdebatan berlangsung walaupun penyokong kedua-dua pihak ada disitu.

Moderator yang dipilih oleh Sinar Harian, Dr Maszlee Malik, memainkan peranan beliau dengan baik. Adil kepada dua-dua pihak.

Ini adalah bukti Malaysia tidak mempunyai apa-apa masalah untuk berhadapan dengan demokrasi.
Patahlah hujah golongan ekstremis garis keras dalam Umno bahawa debat terbuka menyebabkan huru hara berlaku.

Sekarang tiada lagi alasan bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menolak pelawaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat.

Seperti yang dikatakan oleh Dr Maszlee Malik, rakyat Malaysia kini menantikan debat diantara PM dan Ketua Pembangkang.

Cabaran dilontarkan oleh moderator itu agar Najib dan Anwar berdebat. Sinar Harian bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada debat tersebut.

Debat bukan untuk menang-kalah

Mungkin ketakutan utama Najib dan pemimpin Barisan Nasional (BN) lain adalah kehebatan Anwar Ibrahim berpidato.

Memang benar kehebatan mantan timbalan perdana menteri itu dalam berpidato dan berkata-kata luar biasa.
Akan tetapi, perlu difahami bahawa tujuan utama berdebat bukan untuk menentukan siapa kalah dan siapa menang.

Tujuan utama perdebatan dilakukan adalah untuk memberikan input kepada rakyat mengenai dasar dan halatuju BN dan Pakatan Rakyat (PR).

Setelah debat berlaku di antara Najib dan Anwar, rakyat sudah boleh membuat pilihan sama ada mereka lebih yakin dengan BN atau PR.

22 May 2012

Saya tidak waras dan hilang akal ....



Ha ha ha .... ambik komer .... dekat seminggu 1 Melaya layan orang 3/4 dari kampung teman .... sebenornya orang ni wayar dia ada short circute ... tu yang mengaku hilang akey tu ... bukan apa teman nak ngabor kat orang kampung teman ... kalao ini ler roper orang ameno Perak ... usah ler dibagi chan langsung maser ngundi nanti.

20 May 2012

PAS alu-alukan Uthayakumar bertanding di Kota Raja

Selaku Pengarah JPrK saya amat gembira dengan berita P.Uthayakumar dari Hindraf mahu bertanding melawan pemenang majoriti tertinggi 20,751 undi Dr Siti Mariah. Saya kata kan kamu perlu teruskan hajat kamu, kerana itu yang kami mahukan kerana jika berbuat demikian kamu bakal kehilangan wang pertaruhan dan yang bagusnya akan membantu kami mengurangkan undi calun BN.

Bagi JPrK Kota Raja, sokongan akar umbi semua kaum termasuk kaum India kepada kami sudah solid dan semua penyundi dan penyokong kami merupakan orang yang setia dengan kami.

Kami tidak memerlukan sebarang penyelidikan atau kaji selidik yang dibuat oleh mana-mana parti politik atau NGO bagi mengenaspasti kekuatan dan kelemahan parti kami kerana kerja culaan Jentera kami adalah yang paling tepat dan terbaik dalam dunia.

Sehingga kini mengikut DPI (Daftar Pemilih Induk) 2011 yang dikeluarkan oleh SPR Parlimen Kota Raja yang mempunayi >97,000 pengundi berdaftar - Jentera kami telah mengenal pasti jumlah bakal pengundi kami dan BN dan sokongan kepada terlalu jauh kehadapan.

Najib yang sudah 4 kali datang ke Kota Raja serta Noh Omar faham benar bahawa mengikut kajian mereka pun, Kota Raja merupakan kawasan HITAM untuk UBN.

Semua platform yang dicadangkan oleh Hindaraf tidak diamalkan oleh PR dan anda menuju jalan mati.

Hindraf akan menawarkan ketuanya P Uthayakumar sebagai calon untuk pilihan raya akan datang.

Ketika dihubugi, Uthayakumar berkata beliau akan bertanding di dua kerusi – parlimen Kota Raja dan di DUN Sri Andalas.

Kawasan parlimen Kota Raja kini diwakili oleh Dr Siti Mariah Mahmud (PAS) manakala Sri Andalas oleh Dr Xavier Jayakumar (PKR).

"Jika saya menang, saya akan menjadi calon Hindraf pertama di parlimen dan DUN Selangor," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Katanya, beliau menawarkan platform untuk peluang sama rata, peluang naik taraf dan penghapusan rasisme oleh kerajaan dan sektor swasata.

BREAKING NEWS Hindraf's P Uthayakumar will be contesting in the Pakatan Rakyat held Kota Raja parliament seat and Sri Andalas state seat.


BREAKING NEWS Hindraf's P Uthayakumar will be contesting in the Pakatan Rakyat held Kota Raja parliament seat and Sri Andalas state seat.

parti Melayu kuno

perkasa tibai umno red shirt in merlimau malacca ambiga event car type punctured
Kira penulis boleh kata respek jugaklah kepada Ahli Majlis Perbandaran Melaka yang banyak idea kreatif sehingga menjadikan Melaka destinasi pelancungan yang menarik. Ini semua kerana kreatifanya pemikiran mereka.

Tapi dalam masa yang sama ramai jugak pemimpin dan penyokong sebuah parti Melayu kuno yang berotak udang disana yang bolehlah diibaratkan sebagai negeri maju .... pemikiran rakyat mundur macam sebelum zaman Hang Jebat.

Dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP menjadi mangsa apabila acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga dihadiri sekumpulan pemarah yang tidak berpuas hati.

ADUN Ayer Keroh Khoo Poay Tiong berkata kumpulan pengacau itu menyerangnya dan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew apabila mereka meninggalkan tempat acara itu.

"Batu dan telur mengenai kereta kami. Cermin depan anggota kami turut pecah," katanya.

Salah satu daripada tayar kenderaan Tey juga dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihentam kumpulan itu.

Beliau membuat laporan polis di balai polis Merlimau.

From the Bottom of my Butt

Pencacai UMNO sejak akhir-akhir ini terlampau kebudak-budakkan dari segi tindakan mereka dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan rakyat. Pencacai terbaru yang sudah berumur separuh abad nampaknya sanggup melakukan senaman bontot di hadapan rumah pengerusi bersama bersih Ambiga.
Tindakan mereka ini sebenarnya mengambarkan tahap pemikiran kelas ketiga pencacai UMNO. Malangnya mereka yang seperti inilah yang mendokongi UMNO sekarang. Apakah perasaan anak-anak mereka apabila melihat ayah mereka melakukan senaman bontot. Pastinya memalukan mereka. Jika tidak, itulah waris anak Malaya yang turut memiliki tahap pemikiran kelas ketiga yang pasti tidak mampu berdaya saing tanpa sokongan


Melihat siri demo sebelum ini yang di outsource kepada pencacai UMNO, benarlah kata Mahathir, sudah tidak ada orang-orang yang bijak dalam UMNO.

19 May 2012

JOM Zamhuri : bogelkan Umno

Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya.

Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Ini peluang terbaik untuk Pakatan Rakyat untuk membogelkan kejahatan Umno dan Barisan Nasional. Ada banyak cerita keburukkan Umno yang akan beliau beritahu selepas ini, kita sama-sama tunggu episod seterusnya tentang kejahatan Umno. 

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

"Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan.

"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sementara itu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.

Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

"Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.

"Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.

  

Dendam Harussani kepada PAS

“Tuduhan Tok Guru Nik Aziz bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.

“Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua masuk Pas.. tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.

“Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah jugak..yang datang membeli banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.

“Kebetulan satu ketika seorang ketua UMNO di kampong itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya.



Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya diboikot sehingga tutup kedai dan kembali memotong getah semula “..sampai begitu mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.

17 May 2012

Umno mereka-reka cerita

Blogger pro Umno-BN hanya membuang masa dengan cerita rekaan mereka kerana segala usaha bagi melemahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak berkesan sama sekali.
Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata usaha blogger pro Umno-BN itu adalah sia-sia dan tidak memberi kesan langsung terhadap keutuhan parti itu bagi menempuh pilihanraya umum ke 13 (PRU13) nanti.
“Ia hanyalah usaha yang dibuat sekumpulan blogger kecil pro Umno-BN bagi mewujudkan satu keadaan yang memihak kepada Umno-BN tetapi malangnya tidak berlaku.
“Kita tidak terkesan langsung dengan segala usaha yang dibuat mereka,” begitu kata Shuhaimi kepada TVSelangor ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media berhubung penafian Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam.
Beliau dituduh meminta wang RM10 juta daripada bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo supaya keluar dari PKR selepas PRU12 2008 seperti didakwa blogger pro Umno-BN.
Tuduhan itu dipaparkan di dalam sebuah artikel blog yang mengatakan Manikavasagam bertemu Dr Mohamad Khir pada akhir 2008 untuk meminta wang tersebut.
Shuhaimi yang juga ADUN Sri Muda berkata tiada apa yang perlu dilakukan PKR bagi membetulkan keadaan berikutan segalanya berjalan seperti sedia kala.
Katanya, PKR tidak akan melayan sebarang usaha sebegitu kerana ianya hanya membuang masa dan tenaga.
“Tiada apa yang perlu kita lakukan bagi menanganinya kerana ia tidak memberi kesan.
“Ia dilihat usaha bagi melemahkan parti menjelang berlangsungnya PRU ke 13 nanti. Usaha untuk melaga-lagakan pemimpin dan ahli di dalam PKR.
“Bagaimanapun ia tidak menjejaskan kita dan tiada apa yang menggugatkan keutuhan kita,” katanya.

16 May 2012

Muzakarah Umno PAS


KUALA LUMPUR, 16 Mei — PAS hari ini menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan Umno bagi membincangkan isu yang timbul dalam kalangan umat Islam dengan lebih menyeluruh dan bukannya sekadar pandangan sebelah pihak.
Kenyataan itu dikeluarkan Mursyidul Am parti Islam tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyifatkan situasi semasa dilihat keadaan yang amat sesuai untuk mengadakan muzakarah terbabit.
“Isu muzakarah ini berlaku sejak pimpinan PAS diketuai oleh Datuk Asri Musa lagi, tapi sampai sekarang isu itu tidak pernah selesai. Hanya sibuk sahaja sebut fasal muzakarah tapi tidak pernah buat.
“Jadi dalam keadaan sekarang ini paling sesuai membincangkan tentang isu kenapa ada orang hendak tolak Islam,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darul Naim hari ini.
Dipetik Harakah Online, Menteri Besar Kelantan itu menambah, muzakarah adalah fitrah manusia yang seringkali kerap berlaku bagi menrungkai sesuatu perkara.
“Bertengkar juga dinamakan muzakarah ketika kita kecil. Bertengkar dan berbalah itu sama sahaja, ertinya masing-masing mahu berhujah.
“Soal muzakarah memang PAS sudah lama hendak bermuzakarah dengan Umno, atau sesiapa sahaja. Saya ingat sejak saya baru balik belajar dari Mesir lagi.
“Tetapi sampai sekarang tak jadi. Saya memang setuju muzakarah sebab itu sudah menjadi fitrah manusia,” ujarnya lagi.
Dipetik Sinar Harian Online sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya juga menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan PAS berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu.
Bagaimanapun, beliau meletakkan garis panduan supaya muzakarah itu mencapai objektifnya dalam usaha menegakkan syiar Islam.
Beliau turut menegaskan perbincangan itu mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukannya berlandaskan emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat baginda.
Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman pula menyifatkan perbincangan sesama Islam adalah satu perkara yang baik bagi kekuatan dan kepentingan ummah.
Sehubungan itu, beliau menyarankan muzakarah itu wajar diadakan bersama Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan supaya ia lebih telus dantidak cenderung kepada mana-mana pihak.
Bagaimanapun, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula tidak merasakan adanya keperluan untuk bermuzakarah dengan PAS kerana jelasnya, parti Islam itu sudah tergelincir daripada matlamat asal perjuangan mereka.

15 May 2012

Lembu oh Lembu

Laporan portal berita mengenai tindakan sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah Pengerusi Bersama Bersih Datuk S Ambiga dekat ibu negara pagi tadi janganlah sampai dilihat seperti lembu-lembu sedang meragut rumput.

Apa tidaknya, gambar yang disiarkan di dalam portal Malaysiakini jelas menunjukkan kepala mereka lebih rendah daripada punggung.

Nah, kalau begitu sudah tentu sekali bukan bentuk manusia dalam keadaan normal melainkan makhluk berkaki empat, lebih-lebih lagi sewaktu meragut rumput atau memakan makanan.

Malaysiakini juga melaporkan bahawa tindakan itu tidak dikongsi, malah dikritik rakan-rakan mereka dalam pasukan keselamatan.

Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara. 

Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.

PRU 13 : Tempuh kempen lebih panjang kali ini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar tidak menolak kemungkinan memanjangkan tempoh berkempen untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) melebihi 10 hari.
Beliau berkata, ini berasaskan kepada komitmen SPR untuk mengadakan minimum tempoh berkempen bagi sesebuah PRU selama 10 hari, yang mana jauh lebih tinggi daripada tempoh tujuh hari yang ditetapkan sebelum ini.
Bersih 2.0 menuntut agar kempen pilihan raya dilanjutkan sehingga 21 hari.
Di bawah Akta Pilihan Raya, tempoh minimum kempen ialah tujuh hari dan lazimnya diperuntukkan 10 hingga 13 hari.
"Berkemungkinan SPR akan memberi tempoh berkempen selama 15, 16 atau 17 hari.
"Namun begitu, segalanya akan diputuskan oleh SPR apabila satu mesyuarat khas bagi menetapkan tempoh rasmi berkempen diadakan selepas pembubaran Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri," katanya ketika ditemu ramah dalam program 'Dalam Radar' terbitan Bernama Radio24 semalam.

14 May 2012

membaca mimpi Umno Kelantan


Orang Asli antara pengundi di kubu BN di Kelantan Selatan
Barisan Nasional Kelantan merasakan mereka berpeluang untuk menubuhkan kerajaan baru di Kelantan pada pilihanraya negeri kelak. Berdasarkan pengamatan saya, BN Kelantan kelihatan berpeluang untuk dipilih di 18 kerusi Dewan Undangan Negeri.
18 kerusi tersebut ialah,
  • N1 Pengkalan Kubur
  • N04 Wakaf Bharu
  • N22 Jelawat
  • N23 Melor
  • N25 Kok Lanas
  • N29 Selising
  • N31 Semerak
  • N35 Kemuning
  • N36 Bukit Bunga
  • N37 Ayer Lanas
  • N38 Kuala Balah
  • N39 Mengkebang
  • N40 Guchil
  • N41 Manek Urai
  • N42 Dabong
  • N43 Nenggiri
  • N44 Paloh
  • N45 Galas
10 daripada kerusi ini berada di kawasan Kelantan Selatan dan dibawah Parlimen Gua Musang, Parlimen Kuala Krai dan Parlimen Jeli.
Kesemua 18 kerusi ini melainkan N35 Kemuning dimenangi oleh Barisan Nasional pada PRN 2004. BN kemudiannya tewas 11 daripada kerusi-kerusi DUN tersebut di dalam PRN2008.
Bagi menubuhkan Kerajaan Negeri, BN perlu menang sekurang-kurangya 23 kerusi daripada 45 kerusi dalam DUN Kelantan.
Untuk itu BN perlu memenangi setidak-tidaknya 5 lagi kerusi daripada 10 kerusi yang mampu diusahakan oleh mereka. Kerusi-kerusi tersebut ialah,
  • N11 Tendong
  • N12 Pengkalan Pasir
  • N15 Gual Periok
  • N16 Bukit Tuku
  • N21 Perupok
  • N24 Kadok
  • N27 Gual Ipoh
  • N32 Gaal
  • N33 Pulai Chondong
  • N34 Temangan
Kerusi berikut dari senarai di atas diwakili oleh BN dalam PRN 2004,
  • N11 Tendong
  • N15 Gual Periok
  • N16 Bukit Tuku
  • N27 Gual Ipoh
BN Kelantan juga telah memenangi kerusi N12 Pengkalan Pasir di dalam pilihanraya kecil 2005. Walaupun tewas di dalam PRN 2008 dimana diperingkat nasional tercatat sebagai prestasi terburuk BN dalam semenjak 1974, BN Kelantan sebaliknya mencatat penerimaan undi yang lebih baik di 8 daripada 10 kerusi DUN ini dalam PRN2008.

Calon adalah antara faktor utama untuk menentukan untung nasib BN dalam PRN kali ini.
Oleh yang demikian, jika dibandingkan prestasi terburuk PAS di Kelantan dalam PRN2004 dan prestasi terburuk BN, BN Kelantan tetap mencatat keputusan pungutan undi lebih baik di kerusi-kerusi tersebut berbanding PAS.
PAS Kelantan pula bersandarkan kepada 17 kerusi selamat mereka untuk mempertahankan Kerajaan Negeri yang diwakili mereka. Kerusi-kerusi tersebut ialah,
  • N2 Kelaboran
  • N3 Pasir Pekan
  • N5 Kijang
  • N6 Chempaka
  • N7 Panchor
  • N8 Tanjong Mas
  • N9 Kota Lama
  • N10 Bunut Payong
  • N13 Chetok
  • N14 Meranti
  • N17 Salor
  • N18 Pasir Tumboh
  • N19 Demit
  • N20 Tawang
  • N26 Bukit Panau
  • N28 Kemahang
  • N30 Limbongan
Kebanyakan kerusi ini terletak di 3 Parlimen iaitu Parlimen Kota Bharu, Parlimen Kubang Kerian dan Parlimen Pengkalan Chepa. Kerusi-kerusi DUN tersebut sudah menjadi kerusi tradisi bagi PAS sehinggakan sudah hampir mustahil untuk mereka kehilangan kerusi ini, melainkan jika mereka kehilangan tampuk pemerintahan mereka di Negeri Kelantan terlebih dahulu.

Sallehuddin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian untuk 2 penggal kini akan kembali ke Johor. PAS akan utamakan calon tempatan.
PRN akan datang bakal menyaksikan pertembungan jentera veteran berpengalaman luas PAS dengan jentera muda BN yang diketuai oleh beberapa hulubalang berpengalaman luas.
Jika bersandarkan kepada arus perubahan pada hari ini, BN mempunyai peluang cerah untuk mencatatkan keputusan yang baik berbanding PRN2008. Tetapi apakah mereka mampu mendapatkan keputusan yang lebih baik dari PRN2004 bila mereka memenangi 21 kerusi?
Sebenarnya sejak kebelakangan ini politik Malaysia dipekakkan oleh kebingitan suara pembangkang yang amat kuat sekali. Bagaimanapun kebisingan bukan bermakna ia datang dari kelompok yang ramai. Namun ia tetap boleh membawa kesan negatif terhadap kewarasan dan perhitungan seseorang individu.
Walaupun jentera BN Kelantan kebelakangan ini kelihatan memberangsangkan tetapi juga berpotensi menempa bahaya. Dengan semangat yang kuat, jentera yang kurang berdisiplin akan bertukar menjadi ‘aggah’ atau angkuh. Bibit-bibit keangkuhan itu sudah mula bercambah di dalam media baru terutamanya Facebook dan Twitter milik individu-individu tertentu yang rapat dengan UMNO Kelantan.
Fitnah dan dakwaan tidak berasas di angkat seperti firman Illahi. Menewaskan PAS di Kelantan seperti satu kewajipan menumpaskan tentera Jahiliyah dalam Perang Badar. Slogan dilaungkan seperti didalam Perang Salib.
UMNO Kelantan sendiri perlu berhati-hati didalam penggunaan perkataan-perkataan untuk mengisi majlis, program dan terbitan bercetak mereka. Mereka harus sedar Negeri Kelantan bukan untuk diperintah atau ditawan. PRN akan datang sekadar menentukan parti mana yang dipilih untuk mentadbir Kerajaan Negeri.
Kalimah perintah dan tadbir, tukar dan ubah, tawan dan dipilih mempunyai perbezaan yang ketara. Melihat tekanan kuat dari BN, PAS Kelantan akan berlembut dan bertanya kepada kepimpinan UMNO dan rakyat, Kelantan ini diperintah oleh kepimpinan Islam, kenapa nak dikacau? Sudah tentu orang-orang muda dalam BN Kelantan mempunyai seribu satu jawapan yang menusuk kalbu, tetapi apakah itu jawapan kepada persoalan PAS?

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini