30 June 2012

ADUN Kemelah : Cerdik tapi bxdxh

Mengatakan Hudud yang ingin dilaksanakan diKelantan sebagai Hudud PAS menunjukkan ADUN ini seorang yang tidak cerdik serta bongkak dan bercakap sesuka hati tanpa membaca serta merujuk draf perlaksanan Hudud yang disediakan oleh kerajaan Kelantan.. Apa pun tahniah jugalah kepada beliau diatas inisiatif berani mencadangkan perlaksanaannya di Johor.

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Johor mengambil langkah berani apabila mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia.

Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat membangkitkan cadangan itu 20 Jun lalu pada mesyuarat pertama penggal persidangan kelima Dewan Negeri Johor ke-12.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Ayub berkata beliau mahu melihat Johor mendahului negeri lain melaksanakan hukum hudud "sebenar" -- yang menurutnya berbeza dengan hudud PAS.

Patut tonton

29 June 2012

Pendidikan menjadi keutamaan

Sumbangan RM 170 ribu kepada Sekolah Menengah Islam (SMI) dan Sekolah Rendah Islam (SRI) Ibnu Khaldun dari Selangor memberi makna besar bagi pembangunan kedua-dua sekolah berteraskan Islam itu.
Pengerusinya, Hamdan Mokhtar berkata, pihaknya berbesar hati menerima bantuan pendidikan itu buat pertama kali dan dana tersebut boleh digunakan untuk mengembangkan lagi sekolah itu.
Hamdan mensasarkan pertambahan pelajar di kedua-dua sekolah itu sebanyak 400 hingga 500 orang bagi menjadikan populasi keseluruah lebih kurang 1,500 pelajar.
“Dengan peruntukan ini kita akan merancang pembangunan dengan penuh teliti untuk memanfaatkannya demi kepentingan anak-anak kita yang belajar di kedua-dua sekolah ini.
“Kita merancang membina 48 bilik kelas tambahan, kantin, dewan makan dan surau.
Ia bersesuaian dengan usia sekolah yang sudah lebih 20 tahun,” katanya selepas majlis Penyampaian Sumbangan Kerajaan Negeri Selangor Kepada Sekolah-Sekolah DUN Sri Muda di SMI Ibnu Khaldun di sini hari ini.
Dalam majlis itu, SMI dan SRI Ibnu Khaldun masing-masing menerima sumbangan RM 100 ribu dan RM 70 ribu yang disampaikan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei.
Shuhaimi turut menghulurkan sumbangan sama kepada 16 sekolah lain iaitu 14 Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dengan jumlah keseluruhan RM 446 ribu.
Kesemua sekolah itu masing-masing menerima sumbangan dari RM 5 ribu hingga RM 100 ribu.
Shuhaimi berkata, bantuan itu adalah sebahagian dari dana RM 9 juta yang disediakan bagi pembangunan pendidikan di seluruh Selangor.
“Peruntukan RM 446 ribu disalurkan bagi 16 SAR dan dua SJKC bagi DUN Sri Muda bagi Fasa Pertama tahun ini.
Kita akan terus memberikan bantuan ini kepada semua sekolah yang lain dalam Fasa Kedua nanti yang dijangka akan bermula pada Julai depan.
“Kita berharap sekolah yang belum menerima bantuan ini mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya, ” katanya.

28 June 2012

Talak 3 untuk Umno & BN Selangor

Sah .....

Tak boleh reverse lagi .....

Pengundi yang memberikan undi kepada PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya ke 12 @ 8hb Mac 2008 yang lalu telah menjatuhkan talak 3 kepada Umno dan Barisan Nasional diKota Raja dan Selangor.

Dengan ini hancurlah harapan Umno untuk kembali berkuasa di Selangor, setelah menjadi teman sejati dan tidur sebantal selama lebih 50 tahun akhir keputusan untuk berpisah talak 1 pada Mac 2008 dianggap satu keputusan yang bijak dan betul oleh para pengundi dan sebagai tanda puasa hati mereka kata kita wajar jatuhkan talak 3 terus pada UBN supaya peluang untuk kembali berkuasa dimatikan terus.

Bagi Kota Raja, khusus DUN Sri Muda dan sebelumnya di DUN Sri Andalas yang mengadakan Himpunan Hijau pada malam semalam, semangat serta komitmen para petugas untuk menghadapi PRU13 telah sampai ketahap gear 4. Kami semua komitted untuk bartahan seterusnya memecut ke gear 5 pada pembubaran Parlimen nanti.



Dengan itu jika anda melihat ada orang gila talak, meroyan, serta putus wayar kerana perkara ini maka anggaplah itu perkara lumrah dan biarkan mereka menjadi siluncai yang terjun dengan labu-labunya... keh keh keh. ..... layan lagi kat sini http://www.facebook.com/media/set/? set=a.466956833332067.117954.100000532638313&type=1


26 June 2012

Dah makan cili banyak sangat, tentu lah pedas rasanya...

Khatib yang didakwa mendoakan supaya kerajaan digulingkan dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang ketika menyampaikan khutbah di sebuah masjid di Pulau Pinang jumaat lalu, menegaskan doanya itu ditujukan kepada pemimpin zalim dan rasuah.

Katanya, doa yang beliau baca itu adalah umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana parti atau kerajaan.

Menurutnya, ia hanya ditujukan kepada pemimpin zalim dan amal rasuah.

“Saya tak sebut pun nak jatuhkan kerajaan BN (Barisan Nasional) atau PR (Pakatan Rakyat). Kenapa individu berkenaan perlu terasa hati?

“Saya hanya berdoa, tujukan pada pemimpin yang zalim, yang rasuah supaya dikalahkan (dalam pilihan raya).

Sepatutnya tak timbul sebarang isu, sebab saya tak sebut atau tujukan pada kerajaan pun,” katanya sebagaimana dilaporkan oleh Sinar Harian.

Khatib itu menjadi guru sekolah di kawasan utara sebelum bertukar ke negeri lain baru-baru ini, bersetuju bercakap dengan Sinar Harian dengan syarat, namanya tidak disiarkan 'atas faktor tertentu'.

Beliau kesal dengan cerita mengenai perkara itu yang disifatkan sebagai putar belit pihak tidak bertanggungjawab. 

Beliau memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap media jika nama dan tempat beliau bertugas disiarkan.

Beliau tampil memberi penjelasan selepas Umno Pulau Pinang kelmarin meminta Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang menyiasat seorang khatib yang dikatakan mendoakan Kerajaan Pusat digulingkan dalam PRU akan datang.

Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir dilaporkan Bernama sebagai berkata, tindakan khatib itu boleh disifatkan sebagai menghasut dan memecahbelahkan umat Islam.

25 June 2012

Senjata PAS lawan Umno

PAS Pulau Pinang malam tadi melancarkan buku bertajuk "50 sebab kenapa Umno wajib ditolak" sebagai 'senjata' terbaru membalas kritikan Umno-Barisan Nasional (BN) terhadap parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Buku yang diterbitkan Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang itu memaparkan pelbagai kesalahan dan penyelewengan yang kononnya dilakukan oleh Umno-BN sepanjang pentabdir negara.

Buku tersebut dilancarkan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Datuk Saleh Man semasa program Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Pulau Pinang di padang Haji Ahmad Badawi di sini malam tadi.

Buku setebal 26 muka surat itu menjelaskan tentang beberapa perkara penting termasuk 'Umno Suka Buat Fitnah', 'Umno Gagal Membela Nasib Melayu', 'Jenayah Umno Terhadap Islam', 'Siapa Kata Umno Pejuang Melayu?', 'Jenayah Umno terhadap Orang Melayu' dan 'Umno Sinonim Dengan Rasuah dan Penyelewengan'.

Pra-kata buku tersebut mengatakan penerbitan buku itu dalam usaha memberikan maklumat kepada seluruh rakyat khususnya di Pulau Pinang untuk menolak Umno-BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Hakikatnya bukan hanya 50 sahaja sebab untuk menolak Umno-BN, bahkan ribuan lagi sebab dan alasan boleh disenaraikan.

"Namun sebagai maklumat awal dan membantu asas pertimbangan apabila melakukan pilihan kelak, 50 sebab ini sudah lebih daripada cukup untuk teraju Putrajaya ditukarkan kepada pemerintahan yang lebih adil, cekap dan efisien.

"Percayalah negara tidak akan hancur hanya kerana kekalahan Umno. Tetapi negara boleh bankrup kalau Umno terus memberikan mandat," kata buku tersebut.

Antara pemimpin tertinggi PAS yang hadir sama dalam program itu adalah Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Mazlan Aliman, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat (DHPP) Hu Pang Chaw dan barisan kepimpinan PAS yang lain.

Kira-kira 5,000 penyokong kuat parti hadir bagi menjayakan program itu.

Program tersebut diadakan sebagai langkah persediaan untuk  meningkatkan daya juang jentera PAS di negeri ini bagi memperoleh lebih banyak kerusi pada PRU13.

24 June 2012

Hijau ke Putrajaya JPrD Sri Andalas


Saya ingin mengambil kesempatan ini bersama-sama dengan YB Dr Siti Mariah Mahmud, YDP PAS Kawasan Kota Raja serta Setiausaha JPrK dan seluruh jawatankuasa JPrK Kota Raja mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pengarah JPrD Sri Andalas Tuan Hj Mohd Termizi bin Ismail keatas program sempena Lawatan kerja JPrK bersama YB ke Markas Andalas semalam.

Saya ingin mengulangi apa yang YB katakan semalam bahawa kena setkan dalam minda semua pejuang PAS Kota Raja bahawa kita hendak menang dan mara menuju Putrajaya.

Ini penting supaya selepas minda ini di setkan dalam kepala dan pemikiran kita, selepas itu kita akn fokus untuk dalam keadaan apa sekali pun hatta menempuh apa juga cabaran dan kesusahan untuk merealisasi sasaran yang telah ditetapkan.

Selain itu Dr Mariah juga mengingatkan kita bahawa perjuangan ini memerlukan komitmen serta pengorbanan yang tidak berbelah bagi.

Dalam ucapannya YDP mengingatkan semua ansorullah supaya meningkatkan sokongan orang Melay kepada PAS kerana PAS adalah parti yang kuat dan tahan lasak dan selayaknyanya menggantikan Umno atau "PAS Ganti Umno"

Akhirnya sekali lagi saya menyeru supaya asas kekuatan seperti berikut ada dalam setiap JPrD dan JPrU bagi memastikan Kota Raja tetap menjadi Kota yang kukuh dan ampuh untuk mempertahankan kemenangan PAS serta tidak mampu diganggu gugat oleh Umno dan Barisan Nasional.

Orang kuat JPrK and JPrD
Khusyuk mendengar taklimat dari Pengarah JPrD Tn Hj Termizi

DHPP akan bekerja mati-matian untuk memastikan YB Dr Mariah
menang besar dalam PRU akan datang - ucap Mr Ramu wakil DHPP
Sementara itu ucapan wakil DHPP cukup menarik dimana mereka berkata bahawa masyarakat bukan Islam di negara ini terutama kaum Cina dan India selesa dengan PAS kerana perjuangan parti itu adalah parti untuk semua kaum, bukan berasaskan perkauman dan meletakkan agama sebagai aqidah perjuangan
Setiausaha Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kota Raja, En Ramu berkata ia tidak sama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang semakin ditolak oleh rakyat kerana perjuangan parti itu berbaur perkauman serta bersifat ‘rasis’.

“Kenapa orang bukan Islam kini boleh berada bersama di pentas PAS. Kita (bukan Islam) lebih selesa dengan PAS kerana perjuangan PAS berasaskan agama sebagai aqidah perjuangan.

“Umno perkauman dan mereka semakin hari semakin ditolak oleh rakyat. Perjuangan parti Umno berbaur perkauman dan ada sifat ‘rasis’ yang kita (rakyat) tidak setuju,” jelasnya beliau lagi.

Menurutnya, masyarakat bukan Islam di Kota Raja dan negara ini juga percaya hanya Islam yang dapat mempertahankan hak untuk semua kaum.

En Ramu menyarankan agar rakyat memilih pemimpin berwibawa serta parti yang tidak terlibat dengan amalan rasuah.

Katanya, pengamal rasuah dan penerima rasuah adalah berdosa disisi Tuhan dan akan dihumbang ke dalam api neraka kelak.

“Kita (bukan Islam) sangat percaya Islam dapat pertahankan hak untuk kaum.  Kita nak undi pemimpin berwibawa. Pemimpin dan parti yang tidak rasuah.

“Kita nak bersama dengan orang yang baik. Sebab itu, orang Cina dan India sekarang tidak takut lagi kepada PAS sebagai parti Islam,” ujarnya.










Catatan : Pengarah JPrK Kota Raja

20 June 2012

Cepat

gambar hiasan sahaja

PUTRAJAYA 20 Jun - Kira-kira tiga juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih, masih berpeluang mengundi sekiranya mendaftar sebelum 30 Jun ini, andai pilihan raya umum (PRU) ke-13 diadakan selepas Ogos.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Jun adalah detik paling sesuai untuk mereka mendaftar sebelum senarai pemilih diwartakan pada Ogos depan.

"Bulan ini adalah bulan terakhir suku tahun 2/2012 dan selepas itu nama-nama tersebut akan dipamerkan pada bulan berikutnya iaitu Julai selama dua minggu.

Jika tiada sebarang bantahan, senarai daftar pemilih berkenaan boleh diwartakan," katanya kepada Bernama di sini.

Dalam setahun ada empat suku tahun iaitu suku tahun pertama (Januari-Mac), suku kedua (April-Jun), suku ketiga (Julai-September) dan suku keempat (Oktober-Disember), kini SPR dalam proses menerima permohonan pendaftaran pemilih bagi suku tahun kedua.

Sehingga suku 1/2012, seramai 12.9 juta yang sudah mendaftar, daripada jumlah itu pengundi Melayu (6,782,990), Cina (3,871,277), India (938,946), bumiputera Sabah (618,277), bumiputera Sarawak (519,563), Orang Asli (69,510) dan lain-lain (11,2027). - BERNAMA

Debatkini BN vs PR

Penalis Hebat
Saya menerima undangan untuk menjadi panelis dalam Debatkini sejak sebulan yang lalu. Saya agak teruja tetapi pada waktu yang sama berdebar kerana terpaksa berhadapan dengan Abdul Rahman Dahlan (gambar kiri) dari UMNO dan Gan Peng Siew dari MCA. Rahman Dahlan hebat berdebat di Parlimen dalam banyak isu dan agak "nakal" ketika mematahkan hujah di Parlimen dengan pendekatan sinisnya. Gan Peng Siew sebagai salah seorang Naib Presiden MCA juga dilihat sebagai tokoh muda MCA dan saya diberi penghormatan untuk berdebat dengannya secara maya dalam I Pidato tempoh hari. Debat itu berlarutan dua minggu tentang isu-isu masa depan negara. Saya berseloroh dengannya ketika bertemu dalam forum tersebut, "Hari ini kita bertemu mata bertentangan mata". Seorang lagi panelis ialah Sivarasa Rasiah yang sememangnya saya kenal sejak beliau terlibat dalam alam politik 10 tahun yang lalu.
Teruja dan Bimbang
Malaysiakini harus diberi pujian kerana membudayakan perdebatan dalam suasana terbuka kerana memberi peluang kepada yang hadir untuk membuat penilaian hujah kedua belah pihak secara objektif. Tajuk yang dipaparkan untuk didebatkan ialah "Adakah DemokrasiMalaysia ke Arah Lebih Baik" (terjemahan). Ia sememangnya tajuk yang besar dan kami hanya diberi 10 minit untuk memulakan hujah dan kemudian lima minit untuk menjawab soalan-soalan sebelum diberi peluang untuk menutup hujah dalam masa lima minit juga. Jadi seorang bercakap hanya dalam masa 20 minit. Saya terpaksa "kedekut" dengan hujah dan terpaksa menjimatkannya ke arah penghujahan ringkas tepat dan padat. Bukan mudah berbuat demikian dalam topik sebesar ini, apatah lagi hadirin datang dengan satu harapan untuk mendengar sesi yang bertenaga dan hidup. Saya harus akur antara keterujaan dan kebimbangan, saya menikmati suasana kebebasan berhujah dan berdebat berhadapan dengan UMNO dan MCA. Peluang ini tidak akan saya nikmati tanpa usaha Malaysiakini pada 19 Jun baru-baru ini di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor.
Memulakan Hujah
Saya berjanji pada diri untuk menjadi panelis yang berbicara secara objektif tanpa mengheret diri dalam kitaran salah siapa? Saya mahu hadirin berfikir dan membuat penilian secara objektif tentang persoalan demokrasi di Malaysia. Saya terpaksa menurunkan komponen-komponen yang boleh diukur menjadi sebab mundur atau majunya demokrasi di Malaysia. Saya memilih lima komponen yang dibuat kajian untuk mendapat penemuan Indeks Demokrasi di seluruh dunia. Komponen tersebut ialah, Proses Pilihanraya, Pluralisma Politik, Hak Sivil, Fungsi Kerajaan dan Partisipasi Politik. Sahabat saya Sivarasa tertumpu kepada proses pilihanraya dan menghujahkan bahawa aspek ini skor pemerintah hari ini berada pada tahap yang rendah. Saya menumpukan persoalan fungsi kerajaan yang saya kaitkan dengan isu Federalisma kerana pencerobohan ketara pemerintahan pusat kepada negeri-negeri dikuasai PR telah mengheret kerajaan BN kepada tidak menghormati keputusan rakyat. Penubuhan JKKKP menunjukkan kerajaan pusat BN tidak menghormati kuasa negeri yang diberikan kuasa untuk membentuk JKKK. Selain itu percanggahan tugas masing-masing menjadikan rakyat di akar umbi sebagai mangsa politik pencerobohan ini. Royalti Minyak di Terengganu dan Kelantan adalah contoh pencerobohan ini sedangkan hak royalti adalah termaktub dalam perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri disaksikan oleh Kerajaan Pusat. Bagaimana kita mahu berbicara tentang demokrasi jikalau hak perjanjian pun gagal kita penuhi? Hujah awal ini amat sukar ditolak oleh sahabat panelis UMNO dan MCA dan ia telah membuka ruang suasana awal perdebatan di mana mereka berada dalam keadaan defensive
Negara Teokratik
MCA dalam penghujahan awalnya telah membuka ruang perdebatan dengan mengaitkan usaha PAS menubuhkan sebuah negara teokratik yang katanya adalah cita-cita PAS sejak dulu hingga kini.  Teokratik yang dimaksudkan ialah Islamic State.  Sebahagian besar ucapannya didedikasikan kepada saya untuk dibuat penjelasan kepada orang ramai.  Saya faham mengapa MCA beria-ia benar membawa ide teokratik ini.  Bagi MCA inilah hujah terbaik yang mereka ada untuk menyisihkan PAS dari sokongan masyarakat Cina dan golongan Liberal.  Saya menjawab bahawa PAS komited dengan proses secara demokratik dalam usahanya untuk berpolitik.  Lagipun PAS bergerak dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan dan tidak sekali-kali membelakangkan lunas demokrasi baik sebagai pemerintah negeri mahupun sebagai pembangkang di Federal.  Bagaimana teokratik dikaitkan dengan PAS sedangkan cara berpolitiknya ialah dengan menggunakan cara demokrasi.  Teokratik dan Demokrasi adalah dua alam yang berbeza, malangnya MCA kurang mengerti perbezaan kedua-duanya.
Hudud?
Saya juga diminta menjelaskan usaha PAS untuk melakukan hudud.  Saya menjawab bahawa hudud bukan isu politik, ia mempunyai jangkauan pemahaman dalam konteks syariah yang bukan hanya melihat persoalan hukuman dan denda tetapi membentuk sebuah masyarakat yang berbudayakan tingkahlaku dan akhlaq yang baik.  Ia melibatkan tanggungjawab kerajaan untuk memelihara kemaslahatan manusia dari sudut ekonomi, sosial dan fizikal.  Walaupun demikian apa sahaja yang diperkatakan tentang hudud "ala PAS" tiada siapa yang memungkiri ianya dilakukan secara demokratik melalui institusi Perundangan Negeri (DUN) dan tidak berlaku melalui pintu belakang.  Saya bertanya kembali kepada Senator Gan (gambar kiri), "Adakah anda memahami apa itu hudud yang sebenanya?  Ataukah MCA menggunakan isu hudud untuk kepentingan politik mereka?"
Penyerahan Kuasa dan Demokrasi
Satu soalan nakal yang ditujukan kepada UMNO ialah apakah UMNO akan menyerahkan kuasa secara aman jika PR menang dalam PRU nanti?  Rahman Dahlan menjawab, pastinya UMNO akan berbuat demikian kerana menghormati pilihan rakyat.  Namun jawapannya disambut dengan suara sinis oleh orang ramai seolah-olah tidak berapa yakin dengan jawapannya setelah menyaksikan apa yang berlaku di Perak dan di negeri-negeri lain di mana UMNO terus menerus "menyerang" dengan media yang sarat dengan sikap berpihak ke atas negeri negeri PR.  Hujahan UMNO juga melambangkan mentaliti feudalisma yang mengisyaratkan bahawa setiap sesuatu itu ditentukan oleh tuan-tuan politik (political masters).  Dia menamakan proses pendemokrasian ala BN itu berlaku secara evolusi dan rakyat harus terima proses ini kerana katanya masyarakat ramai belum bersedia.
Sivarasa Rasiah menamakan proses ini sebagai "babies step" atau langkah bayi kerana terlalu lambat.  Saya menolak hujah masyarakat belum bersedia dengan mengatakan bahawa hakikatnya proses pendemokrasian di Malaysia lambat kerana kerajaan bimbang kuasanya akan hilang dan itulah ciri-ciri lembabnya pendemokrasian hampir di seluruh negara-negara Asia Tenggara.  Soalnya ialah bukan untuk kekal berkuasa tetapi soalnya ialah apakah peranan kuasa untuk memastikan pendemokrasian berjalan dengan lancar dan berkesan?

Aura Debat
Debat sememangnya mengundang tekanan tetapi mengawal keadaan adalah ciri perdebatan yang sihat.  Saya berpeluang untuk merasakan aura hadirin melalui respons mereka terhadap hujah yang diberi.  Sekali lagi BN berada pada garis defensif dan terpaksa bersikap konservatif dalam mempertahankan apa yang ada, manakala kami dari PR lebih selesa untuk keluar dari kepompong konservatif kerana agenda kami bertandakan Reformis.  Kebanyakan yang hadir berkongsi garisan reformis ini lalu hujahan PR lebih dekat di hati mereka dari UMNO dan MCA.  Sepanjang debat Rahman sering mengulangi seolah dia bersendirian kerana tidak mendapat sokongan para hadirin dalam hujahannya, begitu juga MCA.
Saya tidak merasakan bahawa Malaysiakini adalah platform pembangkang, begitu juga saya tidak merasakan bahawa yang hadir semua bersetuju dengan hujah kami.  Bagi sesetengah, sikap PAS tentang sesuatu isu khusus mungkin belum terjawab tetapi saya lebih senang memfokuskan tujuan utama debat ini, iaitu persoalan demokrasi dan masa depannya. 
Saya juga tidak bertujuan untuk mengatakan bahawa semua parti PR maksum dari kelemahan dan kekurangan.  Agenda reform juga perlu berlaku dalam semua parti untuk menyambut kedatangan lanskap politik baru.  Berusaha untuk menawarkan polisi yang lebih baik dari PR untuk rakyat adalah keutamaan sebagaimana keperluan untuk menjadikan parti masing-masing layak menyambut perubahan itu juga tidak kurang pentingnya.  Malam itu sungguh panas walaupun biliknya berhawa dingin, apa pun tahniah Malaysiakini, teruskan usaha anda dalam membentuk budaya politik yang lebih berhemah dan bertamadun.

19 June 2012

Under Protest

APA dah jadi dengan blog pro Umno ni : http://aku-tak-peduli.blogspot.com/ .... perang besar nampak. Ini lah dasar perjuangan yang tidak ikhlas. Anda semua tentu mahir mencari jawapan kepada masaalah ini.

15 June 2012

Petua untuk melumpuhkan Umno Bahagian

Kita berikrar untuk bekerja keras bagi memastikan Umno dan Barisan Nasional di tumbangkan dalam PRU13 akan datang.

Kita mahu semua Parlimen dan DUN yang kita menang terus mengekalkkan kemenangan seterusnya merampas beberapa lagi kerusi BN semaksimum mungkin.

Kita mahu kekalkan kemenangan disemua negeri Pakatan Rakyat seperti Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan merampas semula Perak dan Terangganu.

Kita mahu menawan beberapa negeri yang berpotensi besar bakal jadi milik Pakatan Rakyat iaitu Negeri Sembilan dan Perlis.

Kita bakal menjadi underdog untuk merampas beberapa  puluh kerusi di lain-lain negeri untuk mara menukar kepimpinna di Putrajaya.

Anda jangan hanya berminpi dan berangan-angan tanpa buat kerja.

Kami bukan yang terbaik.

Tapi kami amat yakin dengan usaha keras kami mampu mepertahankan kemenangan majoriti 20,751 undi yang kami perolehi pada Mac 2008.

Seluruh Jentera Pilihnaraya kami berkerja siang malam untuk melumpuhkan gerakan Umno di Kota Raja. Akhirnya yang ada pada mereka adalah samseng kampung dusun.

Ini adalah sebahagian dari rahsia yang ingin kami kongsikan dengan seluruh JPrK di selangor dll.

Anak Muda dengan kreativitinya
Program Penerangan di perkukuatkan
Kerjasama dengan PKR begitu ampuh
Puasa dan Munajat kepada Allah
Jentera DHPP diperkuatkan
Program kecil / modal sikit impak besar


MS : Najib tanggung dosa

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu bertanggungjawab atas dosa umat Islam yang mahu menunaikan fardu haji sekiranya jika benar pilihan raya umum diadakan pada waktu itu.

NONE
Mohamad berkata, tarikh pilihan raya yang masih menjadi teka-teki menimbulkan keresahan umat Islam keseluruhannya yang mahu melakukan persediaan untuk mengerjakan haji.

"Teka-teki ini menyebabkan orang yang hendak menunaikan haji, mungkin tangguh atau tidak. Mungkin yang dapat tahun ini akan tangguh. Najiblah, akan memikul dosa ini semua.

"Jadi perdana menteri bertanggungjawab di atas dosa orang-orang Islam yang hendak menunaikan haji, tetapi menjadi teka teki dan persediaan dan sebagainya, kegelisahan kaum keluarga dan seluruh umat Islam di Malaysia," katanya.

Mohamad menjawab soalan kartunis Zunar dalam wawancaranya bersama saluran dalam talian Radio Bangsar Utama (RABU) di Kuala Lumpur malam tadi.

12 June 2012

Wibawa Majlis Fatwa tercalar ....


Selepas hampir sebulan dimainkan media Umno kononnya Bersih 3.0 difatwakan haram, tiba-tiba hari ini Parlimen diberitahu kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan tempoh hari bukan fatwa, sebaliknya adalah nasihat.

Penjelasan itu dinyatakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim (gambar) di Dewan Rakyat petang ini.

Beliau berkata demikian sebagai jawapan balas kepada ucapan penangguhan oleh Ahli Parlimen Kuala Kedah Ahmad Kassim yang mendakwa fatwa tersebut membawa kekeliruan kepada rakyat.

Ahmad dalam ucapannya juga mendakwa fatwa pengharaman Bersih 3.0 itu juga bertentangan dengan konsep amar makruf nahi mungkar.

Beliau juga turut membawa pandangan ulamak antarabangsa seperti Dr. Wahbah Az Zuhaili dan Dr.Yusuf Al Qaradawi yang berpandangan sebaliknya.

Pada 6 Mei lalu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang, memutuskan tindakan individu yang menyertai demonstrasi yang menghasilkan natijah tidak baik termasuk Bersih 3.0 adalah haram.

Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, perbuatan itu juga haram sekiranya ia mempunyai niat untuk menjatuhkan sebuah negara yang sah dari segi undang-undang.

Rimau 2 ... Singa 0

Tahniah Harimau Malaya .... malam ini permainan pasukan Harimau amat menarik lebih-lebih lagi dari Syakir Ali & Shafik.Rahim yang menjaringkan gol Harimau setakat ini.

Malaysia baru sahaja menjaringkan gol kedua melalui ketua pasukan Syafik Rahim.

Baru saja Shafee Sali dimasukkankan sebagai pemain gantian.

Terus berjuang HARIMAU MALAYA

Beza HIJAU dan BIRU


Himpunan hijau anjuran PAS adalah siri ijtimak yang diadakan sejak lebih tiga puluh tahun di peringkat nasional, negeri dan kawasan.  Di peringkat nasional dianjurkan tidak secara tahunan, tetapi mengikut masa yang dikira sesuai bagi mengumpulkan ahli di seluruh negara.

Setiap himpunan mempunyai tema bagi memperkasakan aqidah perjuangan PAS dan membangkitkan semangat ahli serta penyokong.

PAS tidak terikut-ikut atau terpengaruh dengan pihak lain, termasuk yang menganjurkan beberapa himpunan gelombang biru yang dikatakan menghimpun berjuta peserta.

Bahkan ternyata perbezaan yang jauh laksana langit dan bumi, seperti berbezanya warna hijau dan biru itu. Aturcara dan pengisiannya juga sangat tidak sama.

Ahli dan penyokong PAS sahaja dikerah datang dari seluruh pelusuk negara. Mereka datang mengikut arahan pemimpin dengan kenderaan dan cara masing-masing dengan duit sendiri.

Mereka yang datang menyertai gelombang biru lain caranya. Kalau tidak ada habuan yang nampak dimata dan seronok didengar, mereka tidak bersedia pun untuk datang.

Himpunan hijau dihitung sendiri oleh mereka yang datang dan menyaksikannya. Gelombang biru memerlukan tambah nilai dengan berbagai cara penggambaran melalui sudut yang ramai peserta, bukannya semua sudut dan disolek melalui penyiaran  melalui media yang dikuasai sepenuhnya.

Setiap ahli dan penyokong PAS yang datang ke himpunan hijau mengharapkan pahala daripada Allah. Duit dan tenaga terpaksa dikorbankan kerana yakin adanya pahala, walau apapun orang mengata.

Mereka yang menyertai gelombang biru sila nyatakan, adakah mereka juga mahukan pahala?

Himpunan hijau didahulukan dengan pesanan supaya para pimpinan disemua peringkat supaya berjuang dengan sifat taqwa dan ikhlas menegakkan Islam tepat dengan petunjuk Al Quran dan ajaran Rasulullah S.A.W. dengan akhlak yang mulia dan hanya percaya kepada janji Allah dunia dan akhirat.

Kalau ditunjuk-tunjuk zahir sahaja tiada fadilatnya dan cabut lari, tanpa  dilihat habuannya dengan mata kasar dan tidak diketahui bila masa mencapainya, sehingga ternganga, tiba-tiba diminta menghulurkan derma pula, tetapi yakin dan percaya kepada janji Allah.

Gelombang biru dipenuhi ucapan janji kebendaan dan kemewahan melempah ruah. Diminta menunggu bila hendak ditaburkan. Akan diberi apabila ditadah tangan, disuap sebaik sahaja dinganga dan ada yang datang dijemput untuk mengambil atau dibawa bergolek datang ke rumah  atau menadah poket untuk diisi. Semuanya sudah siap dengan angka berbilion ringgit.
Kemuncak himpunan hijau dimulakan dengan sembahyang Maghrib berjamaah, sembahayang hajat secara bermunajat mengadu dan merayu kepada Allah dan sembahayang isya berjamaah.

Selepasnya mendengar ceramah para pemimpin PAS dan tokoh masyarakat daripada berbagai bidang yang baru menyertai PAS. Diselangi pula dengan laungan takbir, sama ada menyubur semangat atau dibenci syaitan yang tidak suka dengan laungan takbir. Seterusnya diakhiri dengan doa yang dipimpin oleh Mursyid Am.

Ada pun kemuncah gelombang biru ialah pesta hiburan oleh kumpulan K- pop atau sewaktu dengannya. Walau pun melangkah waktu sembahayang fardu, kerana agama hak masing-masing tidak bercampur dengan politik.  Diikuti pula nyanyian bergema bersama sorak surai terlalu gembira, disertakan dengan tari-menari kerana terlalu gembira.

PAS mengerahkan ahli bagi himpunan hijau supaya bersiap sedia menghadapi pilihanraya umum, walau pun belum diumumkan. Kerja pilihanraya mesti dilakukan daripada sekarang. Bersiap sedia menghadapi piliharaya dengan cabaran banyak penipuan yang nyata dan tersembunyi.

Gelombang biru dianjurkan untuk menabur umpan terlebih dahulu secara janji kalau menang dan  sewaktu pilihanraya juga sudah dapat upah.

Para pemimpin dalam keadaan teragak-agak menentukan tarikh pilihanraya kerana mereka yang datang belum tentu mengundi Barisan Nasiaonal.

Penganjur tetap dibayangi kebimbangan  gelombang berlalu dengan meninggalkan mata kail sahaja dan umpannya hilang entah ke mana.

Demikianlah perbezaan mukadimah dan pengisian diantara Himpunan Hijau anjuran PAS dan gelombang Biru anjuran Umno.

Himpunan hijau membuktikan bahawa hampir sejuta ahli PAS sedia mengikut arahan para pemimpinnya diseluruh negara, bukan sahaja berhimpun, bahkan bekerja dengan pendekatan terkini bersama Pakatan Rakyat.

Kerahan dibuat hanya kepada ahli-ahli Pas sahaja, kerana kita tidak mahu diramaikan oleh bukan ahli PAS, termasuk kalangan parti-parti pakatan rakyat. Sekurang-kurangnya menyatakan PAS boleh ganti Umno dan Gagasan Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional.

Maka PAS menyeru secara khusus kepada umat Islam, kebanyakannya adalah berbangsa Melayu, bahawa parti kebangsaan Melayu yang bernama Umno sudah habis tempoh tugasnya dan perlu direhatkan, seperti parti–parti lain diseluruh dunia yang mengamalkan demokrasi.

Bukan sahaja telah berlalu lebih lima puluh tahun sejak merdeka menjadi tulang belakang kepimpinan negara, tetapi menjadi parti yang leka dan melekakan rakyat dengan hiburan dan janji kemewahan demi terus menang walau pun menipu rakyat tanpa menyelesaikan masalah yang telah berlalu.


Dihinggapi pula masalah baru dan masalah yang akan datang. Walau pun sudah ada kalangan pemimpinnya yang berani berkata :”Melayu Mudah Lupa!”.

Himpunan hijau menghimpunkan ahli dan penyokong Pas daripada berbagai bangsa yang menganut Islam dan kalangan bukan Islam yang mendukung perjuangan politik Islam melalui Dewan Himpunan, dengan Islam memimpin umat manusia majmuk menegalkan keadilan kepada semua.

Pas bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat termasuk kalangan bukan Islam dan bukan Melayu tetap menerima hakikat wujudnya masyarakat majmuk  berpaksikan resolusi bersama bertunjangkan apa yang ditetapkan dalam perlembagaan.

Islam Agama Persekutuan dan hak yang adil kepada berbagai agama yang dianut oleh rakyat.

Hak istimewa bumiputera dan layanan adil terhadap pelbagai kaum yang juga menjadi rakyat.

Bahasa kebangsaan menjadi bahasa rasmi dan mengiktiraf adanya bahasa ibunda masing-masing.

Raja berperlembagaan yang berhak juga memerhati sekiranya ada kesilapan bukannya simbol tanpa kuasa.

Pendekatan yang menyatukan rakyat melalui asas tersebut dengan betul dan seksama dan bukannya mengapikan semangat fanatik perkauman, apatah lagi dijadikan senjata untuk melagakan rakyat bagi mengekalkan kuasa secara zalim.

PAS  mendukung konsep negara berkebajikan yang diterapkan dalam buku jingga. Berhasrat melahirkan kepimpinan negara yang menunaikan amanah, bukannya mendapat kuasa yang menjadi peluang kepada segelintir manusia dan menghiburkan rakyat supaya leka mudah ditipu.

Pakatan Rakyat akan menyerahkan kepada rakyat menjadi hakim yang adil pada setiap pilihanraya yang benar-benar menjadi hak rakyat dan kerajaan Pakatan Rakyat boleh diturunkan kalau bersalah bukannya secara menipu.

Himpunan hijau adalah latihan kepada ahli Pas bahawa mereka datang berhimpun tanpa paksaan dan habuan. mereka datang sebagai rakyat yang memahami haknya yang sebenar, bukan rakyat yang diajar sentiasa berbohong dengan mengampu para pemimpin yang sentiasa menyuap umpan yang mengenyangkan perut  dan membodohkan akal.

Himpunan hijau adalah menyatakan perjuangan Pas untuk semua rakyat, kerana Islam itu adalah rahmat Allah kepada seluruh alam.

10 June 2012

Umno Kelantan tidak mantop dan bermasaalah.

Veteran Umno, yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, amalan 'cah keting' atau sabotaj perlu dihapuskan di kalangan pemimpin dan anggota Umno di semua peringkat di Negeri Kelantan.
"Pengalaman budaya 'cah keting' di dalam parti menjadi penghalang utama Umno mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Kelantan daripada Pas sejak 20 tahun lepas," katanya.
Budaya yang kekal  segar bugar dikalangan pimpinan Umno hingga kini bakal meranapkan impian Umno Kelantan.
Rayuan demi rayuan oleh pimpinan tertinggi peringkat Negeri dan Pusat termasuk dari DS Najib bahawa ahli-ahli Umno di Kelantan diminta supaya  jangan mensabotaj calon yang dipilih bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, jika mahu melihat Barisan Nasional (BN) merampas Kelantan daripada Pas menunjukkan betapa kucar kacirnya persiapan Umno Kelantan untuk menghadapi PRU13 sehingga membuatkan Najib masih memilih tarikh dan bulan yang disimpulkan tiada bulan yang selamat untuk UBN bagi menghadapi PRU kali ini.

Cabar-mencabar antara DSAI dan TSMY

"Saya nak tanya siapa bayar sewa rumah dia tatkala dia jadi menteri di Kuala Lumpur.

"Saya tahu sebab masa itu saya bos dia , saya timbalan perdana menteri.

"Jawab la...nak lawan sangat," kata DSAI dalam nada mencabar.

DSAI berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah Merdeka Rakyat di Stadium Kajang di sini malam tadi.

Menurut DSAI, selepas menjadi menteri besar Johor, Muhyiddin dilantik menjadi menteri dan ketika itulah sewa rumahnya dibayar oleh orang lain.

DSAI membuat cabaran itu bagi menjawab gesaan Muhyiddin semalam yang mahu Anwar menjelaskan dakwaan yang dihadapinya 13 tahun lalu kononnya mempunyai aset dan wang tunai bernilai RM3 bilion.

DSAI turut mengulangi kesediaanya untuk sedia mendedahkan akaun banknya dengan syarat Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri sedia berbuat perkara sama.

"Muhyiddin Yasin, kamu nak siasat saya tiada masalah.

"Ok, cek akaun kamu, dan cek akaun saya," kata DSAI lagi.

09 June 2012

Sultan Johor

Pukulan maut untuk YB dan Menteri Umno yang bersusun paku kereta tepi, depan dan belakang rumah masing-masing .... harga jangan cakaplah.

Raja berjiwa rakyat memang akan pakai kereta macam rakyat. Walau pun mungkin sesekali baginda akan guna kereta tapi ianya menunjukkan rendah dan baiknya budi pekerti baginda.

Labih manis nanti jika Tuanku pandu sendiri melawat rakyat marhaen.

Al Sultan amat bangga dengan kereta yang dibeli

06 June 2012

Noh Omar dah "buta ........"

Sikap Noh Omar yang mempertikai usaha Kerajaan Negeri membersihkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) di Selangor disifatkan sebagai ‘buta demokrasi’ oleh Faekah Husin.
Noh yang menjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan kenyataan dengan menuduh Kerajaan Negeri menyalahguna kuasa apabila melancarkan program ‘Selangorku Bersih’ bagi membersihkan daftar pemilih SPR yang menyaksikan penambahan luar biasa pengundi.
“Ini membuktikan Ahli Parlimen Tanjong Karang itu buta demokrasi kerana tidak menghormati hak rakyat negara ini untuk mendapat pilihan raya yang adil dan bebas,” kata Faekah yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor.
Faekah berkata, selepas tsunami politik pada 2008, telah berlaku banyak perubahan terhadap senario politik negara termasuklah di Negeri Selangor.
Antaranya peningkatan luar biasa jumlah pengundi baharu yang apabila dilihat dengan mata kasar agak tidak seimbang dengan jumlah penduduk terutama di kawasan-kawasan tertentu.
“Lebih mengejutkan ialah apabila SPR mengumumkan terdapat pengundi baharu di Selangor seramai 600,000 orang,” ujar Faekah dalam kenyataan media.
Tambah Faekah, meskipun Kerajaan Selangor menganggap daftar pemilih yang dikeluarkan SPR seharusnya sahih dan betul, namun lonjakan pengundi baharu agak membuka mata.
Justeru, sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang sah, maka adalah menjadi tanggung jawab Kerajaan Selangor untuk memastikan bahawa nama-nama yang tertera dalam daftar tersebut benar-benar rakyat yang bermastautin di negeri ni.
“Program Selangorku Bersih dilancarkan untuk maksud tersebut; membantu SPR dalam memastikan Selangor mempunyai daftar pemilih yang bersih sekali gus menolak sebarang andaian negatif terhadap SPR di atas lonjakan pengundi tersebut.
“Kita gerakkan semua JKKK, Ketua Kampung dan Penghulu untuk memeriksa senarai pengundi baharu di seluruh Selangor untuk memastikan nama-nama yang didaftarkan ini benar-benar wujud dan bukannya pengundi hantu seperti yang didakwa banyak pihak,” kata Faekah.
Tegas Faekah, tindakan Noh menghasut rakyat Selangor untuk tidak melayan JKKK, ketua kampung dan penghulu ketika menjalankan pemeriksaan adalah tindakan yang benar-benar mengecewakan.
“Seorang Menteri kanan boleh bertindak dan mengeluarkan kata-kata yang berniat jahat demi menghalang proses demokrasi.
“JKKK, ketua kampung dan penghulu adalah individu yang dilantik Kerajaan Negeri secara sah dan mereka ini mempunyai hak untuk menjaga keselamatan kampung dari anasir-anasir luar termasuklah pengundi-pengundi yang tidak sepatutnya berada di Selangor,” katanya.
Jelas Faekah, Noh sepatutnya menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan satu pilihan raya yang bersih, adil dan telus.
Ketakutan Noh ini seolah-olah mengiyakan kegusaran rakyat Selangor selama ini bahawa terdapat unsur-unsur pengkhianatan oleh kerajaan BN, SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam daftar pemilih.
Hal ini dijelaskan lagi apabila Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar turut bersetuju dengan kenyataan jahat Noh tersebut.
“Ironinya, niat Kerajaan Selangor membuat gerakan mengesan para pengundi di seluruh negeri Selangor telah pun dimaklumkan kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof. Wan Ahmad juga turut hadir dalam perjumpaan dua bulan yang lalu.
“Pada ketika itu Pengerusi SPR langsung tidak memberi reaksi negatif terhadap hasrat Kerajaan Selangor tersebut,” kata Faekah.

05 June 2012

Ayah Pin yang bayar WWW15 untuk Menteri tu

Dah tak nak mengaku apa lagi maka terdapatlah spekulasi yang mengatakan mungkinkah Ayah Pin dari Kerajaan Langit  yang membayarnya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata beliau sendiri tidak pasti siapa yang membayar sejumlah RM24,200 bagi pendaftaran “WWW 15” yang dimenanginya dalam bidaan baru-baru ini yang menimbulkan kontroversi kenapa beliau membidanya untuk kereta rasmi beliau.
Apabila disoal hari ini oleh pemberita siapa ... Read More

01 June 2012

Candid dari Stadium Darul Aman

Waala pada arahan pimpinan : merupakan senjata paling ampuh PAS yang tidak mungkin dapat ditandingi oleh mana-mana ahli Umno dan Barisan Nasional.

Mereka akan berusaha dengan apa saja asalkan matlamat untuk ke AS dapat dicapai. Mereka tidak mintak duit dari sesiapa untuk pergi kesana. Semuanya pergi dengan rela hati.

Habislah Umno kali ini.

















Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini