30 October 2012

90% bantahan RDPT diterima SPR


Lebih 90 peratus daripada bantahan terhadap daftar pemilih yang dibuat oleh PAS Selangor telah diterima oleh perbicaraan awam yang ditubuhkan oleh SPR.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor merangkap YDP Kota Raja,  Jaffar Shamsuddin berkata, bantahan ini diterima kerana terbukti pengundi yang dibantah itu bukan pemastautin tetap di alamat yang didaftarkan dalam daftar pemilih.

Jaffar berkata, ini adalah isu utama yang berlaku di Selangor sekarang di mana terdapat ramai yang bukan pemestautin tetap (bukan penduduk tempatan) yang didaftarkan dalam daftar pemilih yang ada.

Selain itu, Jaffar memberikan enam lagi isu yang dihadapi pihaknya menjelang pilihan raya umum akan datang untuk membolehkan pilihan raya yang bersih dan adil berlaku.


Kini kita dalam fasa Rang Daftar Pemilihan Tambahan RDPT suku tahun 3/2012 yang akan berakhir pada 6 Nov 2012 nanti. Diharap Jentera Pilihanraya disemua peringkat dapat memastikan semakan dilakukan secara teliti sepuya nama-nama pengundi yang benar-benar ragu hendaklah dibantah kepada SPR.

Melepaskan seorang pengundi Hantu bermakna memberi satu peluru hidup kepada Umno dan Barisan Nasional.

BN tumbang dengan Formula 82+20+16

Bekas Timbalan Menteri Persekutuan Datuk Yahya Lampong meletakkan keyakinan yang sangat kuat bahawa BN akan gagal mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang.

Menurutnya, daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen di seluruh negara, beliau menjangkakan 118 kerusi akan dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 kali ini dan 104 kerusi sahaja akan diperoleh BN.

Beliau yang telah keluar BN dan mengumumkan menyertai PKR baru-baru ini berkata, asas pengiraannya adalah dengan formula (82 + 20 + 16 = 118)

82 katanya adalah jumlah kerusi yang telah dimenangi oleh gabungan PAS,PKR dan DAP pada PRU12, 2008 yang lalu dan dijangka jumlah itu akan kekal pada PRU akan datang.

20 pula adalah jumlah kerusi parlimen yang majoritinya adalah pengundi Cina dan India yang dimenangi BN dalam PRU12 yang sudah tentu pada jangkaannya akan menolak BN pada PRU akan datang.

Asas kekalahan BN itu juga jelasnya, turut disandarkan pada keyakinan bahawa lebih separuh kerusi parlimen Sabah - selama ini menjadi 'tempat berpaut' BN untuk mengekalkan kuasa termasuk pada PRU12 lalu - akan 'swing' kepada Pakatan Rakyat.

Kata Yahya, sekurang-kurangnya 16 dari 25 kawasan parlimen di Sabah bakal dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU13 akan datang.

Kawasan itu masing-masing adalah 13 kerusi dari kawasan majoriti pengundi Kadazan, Dusun, Murut (KDM) dan Cina (KDM-C) dan tiga lagi dari kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam.

Tiga kawasan campuran KDM-C dengan pengundi Islam adalah di Beaufort, Papar dan Kota Belud.

Di Papar dan Kota Belud katanya, jumlah peratusan pengundi KDM-C adalah 40 peratus dan hanya memerlukan sekurang-kurangnya 15 peratus sahaja lagi sokongan pengundi Islam bagi memenangi kedua-dua parlimen tersebut.

Bagi Beaufort pula, parlimen itu diyakini akan dimenangi Pakatan Rakyat apabila bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas Ketua Umno Beaufort, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin disebut-sebut bertanding di situ.

Lajim juga adalah timbalan menteri perumahan dan kerajaan tempatan.Dan jika benar jangkaan Yahya ini berlaku, bermakna Pakatan Rakyat sudah boleh menguasai Putrajaya dengan 118 kerusi tidak termasuk kerusi perlimen dari Sarawak.

"Pakatan hanya memerlukan 112 kerusi untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

"Justeru, Pakatan Rakyat sudah berupaya membentuk kerajaan dengan sokongan rakyat Semenanjung dan Sabah. Maka kawasan parlimen Sarawak adalah Bonus," katanya.

29 October 2012

WOW hebatnya Ku Nan SUA Umno ni...

Dia punya pswar. ... mak oi. ... hebat betul. ... boleh dia kata dia ada dokumen senarai nama semua calun Pakatan Rakyat yang akan bertanding dalam PRU nanti.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendedahkan bahawa parti itu sudah mengetahui calon-calon yang akan dinamakan oleh komponen Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umumke-13 (PRU13).

Malah ujar beliau,"tiap-tiap dokumen mereka pun kita ada.”

“Siapa calon mereka pun kita tahu, tapi kita diam sahaja lah.“Hari ini baru saya sebut," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas menerima penyerahan buku 100 Wira Negara daripada Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak).

Tengku Adnan berkata demikian apabila diajukan soalan berhubung satu dokumen Barisan Nasional (BN) yang didakwa terlepas ke tangan komponen PR Pulau Pinang. 

“Kita juga ada dokumen daripada puak pembangkang. Tapi kita tidak buat bising tak macam mereka.

Mereka buat bising.“Kalau ada mereka akan cerita, kita pun tahu apa yang ia (pembangkang) laksanakan tetapi kita diam sahaja,” kata Tengku Adnan.

Menurut Tengku Adnan lagi, dokumen yang didakwa bocor itu hanya mengandungi butiran tentang kesiapsiagaan parti dalam menghadapi pilihan raya umum. 

Bagaimanapun, beliau mengingatkan agar barisan kepimpinan di semua peringkat agar menyimpan dengan sebaiknya dokumen yang diberikan dan menganggapnya rahsia supaya tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya sudah tulis surat kepada 13 parti komponen Barisan Nasional supaya mereka berhati-hati dan anggap setiap dokumen yang diedarkan sebagai rahsia,” ujar Tengku Adnan lagi. 

28 October 2012

Umnolah yang jatuhkan Melayu - Mat Sabu

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di beberapa kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) berjaya menambah bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berbanding jika kerusi itu dimenangi Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, ini suatu bukti nyata kemampuan PR untuk menambah suara orang Melayu/Islam di Parlimen berbanding BN.

"Ramai orang tidak sedar perkara ini kerana terpengaruh dengan propaganda Umno kononnya hanya parti itu yang memperjuangkan Melayu dan agama Islam. Kita (PR) tak bagi propaganda kosong tetapi kita bagi bukti.

Apabila Dr Siti Mariah Mahmud (Pas) menang di Kota Raja, siapa yang dia kalahkan? SA Vigneswaran daripada BN.

Apabila Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad (PKR) menang di Hulu Selangor, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) G Palanivel daripada BN.

Apabila Fuziah Salleh (PKR) menang di Parlimen Kuantan, siapa yang dia kalahkan? (Datuk) Fu Ah Kiow daripada BN.

"Bagaimanapun kata Mat Sabu, apabila BN menewaskan PR pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Hulu Selangor menerusi P Kamalanathan yang mengalahkan Datuk Zaid Ibrahim (PKR), bilangan Ahli Parlimen Melayu/Islam di Dewan Rakyat berkurangan.

“Parti mana yang menyebabkan suara Melayu semakin terhakis di Parlimen?

Ini menunjukkan Umno hanya menggunakan isu Melayu sebagai propaganda untuk menarik sokongan, bukan untuk membela orang Melayu seperti apa yang mereka uar-uarkan.

"Ini kerana mereka hanya bercakap tetapi tidak buat sedangkan PR buat dan ada bukti," katanya.

Mat Sabu berkata, apa yang berlaku di Kelantan yang 97 peratus penduduknya orang Melayu, ditindas dengan bermacam-macam cara hanya kerana negeri itu diperintah oleh Pas.

"Kalau betul nak bela Melayu, kena bantulah, bukan ditindas sejak sekian lama," katanya dalam ceramah bertajuk 'Selamatkan Malaysia”' anjuran Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjong Karang di sini, semalam

Mat Sabu turut menyentuh isu royalti minyak yang sepatutnya diterima oleh rakyat Kelantan tidak diberi sebagaimana perjanjian yang pernah dibuat, malah hasil minyak tersebut didaratkan di Songkhla, Thailand.

"Inikah yang dikatakan hendak membela nasib Melayu? Rakyat harus bersama Pas dan PR menumbangkan BN dalam PRU akan datang terutamanya di Parlimen Tanjong Karang untuk bantu kemenangan di Putrajaya,” katanya.

26 October 2012

TOLONG JANGAN GELAK : Korban Kak Ijat

Baca betul-betul ... ish tak berapa nak kena ni ... banyak benda tak kena

Tiada Perjuangan tanpa Pengorbanan

1.0 PENDAHULUAN


Perjuangan dan Pengorbanan tidak boleh dipisahkan kerana ia amat berkait rapat dan saling memerlukan diantara satu sama lain. Tiada perjuangan tanpa pengorbanan dan sesuatu pengorbanan adalah mustahil tanpa wujudnya proses perjuangan.


2.0 KONSEP PERJUANGAN ( JIHAD ) DAN PENGORBANAN


2.1 Pengertian Jihad dan Pengorbanan


Menurut Ibn Abbas : Jihad bermaksud menggunakan kemampuan yang ada pada jalan dakwah /jihad dan tidak takut kepada celaan orang lain pada jalan Allah.


Manakala menurut Dr. Said Ramadhan al-Buti : Jihad ialah berusaha meninggikan kalimah Allah, membentuk sebuah masyarakat Islam, menggunakan usaha melalui peperangan sebahagian daripadanya. Adapun matlamatnya ialah membentuk masyarakat Islam dan mendirikan negara Islam.


Oleh itu, jihad menurut pengertian khas ialah berperang fi sabilillah. Adapun maknanya secara umum ialah ; kehidupan kita umumnya bermula daripada peringkat awal sehinggalah pengakhiran kehidupan seseorang itu adalah jihad.


Pengorbanan menurut Imam Hasan al-Banna ialah menggunakan (mewakafkan) diri , harta, waktu dan kehidupan untuk mencapai matlamat. Tiada jihad tanpa disertai pengorbanan.


2.2 Skop jihad Amat Luas


Konsep jihad dan pengorbanan menjadi lebih jelas lagi apabila baginda Rasulullah saw memberikan skop gambarannya di dalam sebuah hadith bermaksud :


"Ditanya kepada Rasulullah saw tentang seorang lelaki yang berperang kerana mahu dikenali sebagai pahlawan, seorang lagi berperang untuk dikenali sebagai seorang yang berjasa mempertahankan bangsa / kabilahnya dan yang seterusnya untuk menunjukkan kehebatannya (riya`), yang mana satukah dikira sebagai berjuang fisabilillah? Maka Rasul saw menjawab: Barangsiapa yang berperang semata-mata untuk meninggikan kalimah Allah (Islam) maka mereka adalah fi sabilillah” (Bukhari/Muslim)


2.3 Keistimewaan Jihad dan Pengorbanan


Ia menjadi lebih istimewa lagi apabila Allah swt menjanjikan ganjaran terbesar untuk mereka yang dikategorikan sebagai mujahid yang berkorban di jalan Allah, firmanNya bermaksud :


"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?”

(3: 142)


3.0 JIHAD ADALAH JALAN DAN SYIAR DAKWAH ISLAMIYAH


3.1 Jihad Merupakan medan Dakwah


Rasulullah telah memberikan garis panduan yang amat jelas tentang Jihad dan ia merupakan merangkumi skop yang amat luas iaitu mengeksploitasi apa sahaja yang digunakan bertujuan untuk meninggikan agama ALLAH / ISLAM selagi ia dibenarkan syarak, Rasulullah saw menjelaskan ;


”Kuda yang ditambat untuk berperang fisabilillah (tuannya akan memperolehi) kebaikan sehingga hari kiamat samada ganjaran pahala (syahid) ataupun harta rampasan perang (ghanimah - kemenangan)”

(Bukhari/Muslim)


3.2 Jihad adalah Kewajipan Berterusan Sehingga Hari Kiamat

Imam Hasan al-Banna menyatakan di dalam Risalahnya : Ia adalah kewajipan yang berterusan sehingga hari kiamat seperti maksud hadith Rasulullah saw ”Barangsiapa yang mati sedangkan dia tidak berperang (fisabilillah) atau tiada niat untuk berperang fisabilillah maka matinya adalah (seperti) mati jahiliyah”. Adapun martabat yang paling rendah ialah (jihad melalui) engkar dengan hati , manakala yang paling tinggi ialah berperang fisabilillah.”


”Di antara cara berjihad ialah melalui jihad lisan (nasihat), jihad melalui pena dan tangan (kuasa). Begitu juga dengan berkata benar terhadap pemerintah yang zalim. Sesungguhnya dakwah tidak akan hidup tanpa jihad.”


4.0 JIHAD MEMBAWA KEMULIAAN


4.1 Jihad Menjadi Sebab Musabbab diberikan Hidayah oleh Allah


Hidayah tidak datang bergolek, bahkan ia perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh , Firman Allah swt bermaksud:


” Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”

(29:69)


4.2 Mencapai Ketinggian dan Kemuliaan disisi Allah adalah Melalui Jihad


Allah swt telah mebuat satu analogi bahawa mereka yang berusaha / bekerja untuk Allah sentiasa mendapat keuntungan di sisiNya. FirmanNya :


” Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar;”

(4:95)


Rasulullah saw juga menjanjikan berita gembira untuk mereka yang berjihad yang tidak diberikan selain daripada pejuang-pejuang yang berkorban demi menegakkan syariat Allah ;


”Tidaklah cedera (luka) seseorang itu fisabilillah dan Allah maha mengetahuinya (keikhlasan/ perjuangannya fisabilillah) kecuali datang ia pada hari kiamat dalam keadaan darah yang masih mengalir, warna darah masih berwarna merah tetapi baunya seperti bau kasturi (tidak hanyir”.)

(Bukhari/Muslim)

5.0 METODOLOGI / CARA PEMBINAAN RUH JIHAD SEPANJANG SEJARAH PERJUANGAN ISLAM


5.1 Pembinaan akidah yang mantap seperti diperingkat makkiyah (13 tahun di Mekah – proses penanaman dan pembinaan akidah)


5.2 Hendaklah Mempunyai Sensitiviti dan Keperihatinan Terhadap Ummah Sabda Rasulullah saw:


”Barangsiapa yang tidak mengambil / mempunyai sensitiviti terhadap saudaranya Muslim yang lain bukanlah dari kalangan mereka (Umatku-Muslim)”

(Bukhari/Muslim)


5.3 J ihad Adalah satu Fardhu/Kewajipan (Fardhu Kifayah dan Fardhu Ain. )


Menurut Imam Hasan al-Banna : ”Alhi-ahli ilmu yang terdiri daripada mujtahidin, muqallidin, salaf dan khalaf telah sepakat (ijma’) mengatakan jihad adalah fardhu Kifayah untuk mengembangkan dakwah dan fardhu Ain untuk menangkis serangan kuffar”.


5.4 Metodologi Rasulullah saw :


Qudwah yang baik daripada Rasulullah saw sendiri dengan mempersiapkan bekalan ruhiyah pejuang yang paling ampuh iaitu solat Tahajud yang hampir tidak pernah ditinggalkannya tanpa sebarang sebab.


Selain daripada itu, baginda saw sendiri turun ke medan jihad dan bersungguh-sungguh di dalam usaha tersebut. Baginda saw telah membuktikan kesunguhannya dengan memegang jawatan / tugas sebagai ;


Khalifah – menteri – tenaga pendidik – tuan guru – mufti – muazzin – Imam - yang Arif / Hakim – Komander perang - Akauntan – Penguatkuasa – Pembuat alatan peperangan – Mata-mata – Penterjemah – Penjaga Perbendaharaan – Peniaga -Mancari Kayu api – Dermawan - Ahli psikologi – Pendakwah – Bomoh - Ketua keluarga dan banyak lagi.


Baginda juga merupakan seorang pemimpin yang mempunyai manhaj dan pendekatan yang bijaksana di dalam membina modal insan / jati diri para sahabat sebagai ”Generasi al-Quran yang Unik” . Di antaranya melalui pendekatan :


Mengislah diri dan jiwa di samping menjernihkan akal dan membina kekuatan fizikal – menfokuskan kepada kawalan hati sebagai raja bagi kerajaan badan dan agensi-agensi pelaksanaannya . Membina ketahanan jiwa daripada segala pancaroba dan halangan.


Berhijrah ke tempat yang lebih baik yang sesuai untuk penyuburan dan perkembangan Iman dan Islam.


Bertindak tegas terhadap musuh yang berusaha menghancurkan Islam dan memerangi serta menggangu-gugat kedaulatan Islam.


5.5 Hanya Jihad berupaya Membebaskan dan Mempertahankan Islam dan Ummah daripada belenggu musuh.


Beberapa coretan sejarah telah membuktikan bahawa Islam tidak berjaya dimusnahkan bahkan ia tidak berani diusik oleh musuh apabila semangat jihad masih membara di dalam sanubari umat Islam. Diantaranya seperti :

·          Peperangan yang berlaku di zaman Rasulullah dan para Sahabat.
·          Kejatuhan tentera Monggol yang ganas di dalam peperangan ”Ain Jalut”.
·          Kejayaan Salahuddin al-Ayyubi Membebaskan Masjidil Aqsa daripada tangan pihak salib (kristian).
·          Golongan Kolonial gagal menduduki tanah Palestin di akhir zaman pemerintahan Uthmaniyah walaupun kerajaan pada waktu itu amat lemah.
·          Peperangan dengan Mesir - Isreal – berjaya mengambil kembali suez dan sinai daripada Israel.
·          Pencerobohan Afghanistan oleh Soviet Union.
·          Pencabulan kemanusiaan oleh Israel yang lengkap dengan senjata moden tidak berupaya menghapuskan Palestin yang bersenjatakan batu dan Hizbullah di Lubnan yang berbekal ”Katyusha”.
·          Pengakuan king Richard (Raja British) : “Pihak Salib telah melakukan kesilapan besar dengan melancarkan peperangan terhadap orang Islam yang mana keadaan mereka (orang Islam) cintakan mati (syahid) sedangkan kita (tentera salib) berperang dengan mereka dalam keadaan amat takut kepada kematian.”.


5.6 Wajib Mengembalikan Khilafah Islamiyah di bumi ini.

Tugas manusia adalah sebagai khilafah Allah secara umumnya iaitu untuk menguruskan kehidupan mereka di dunia ini menurut syariat yang telah ditetapkan Allah swt iaitu syariat Islam di dalam semua aspek kehidupan sama ada politik, ekonomi mahupun sosial.


Manakala menurut pengertian khalifah yang lebih khusus ialah menjadi khalifah kepada Rasulullah saw. Ia bermaksud menjadi pengganti Rasulullah saw di dalam menguruskan urusan pentadbiran seperti mana yang dilakukan oleh baginda saw dulu sebagai perdana menteri, ketua hakim negara, ketua komander turus angkatan tentera, ketua audit negara, ketua pencegah kemungkaran dan rasuah, pengurus, imam, ketua keluarga dan lain-lain lagi.


Menurut al-Mawardi, khalifah bermaksud ; “memelihara agama dan menguruskan dunia (kehidupan) dengan agama."


Oleh itu menjadi kewajipan, kepada setiap muslim untuk memastikan al-Quran dapat dipraktikkan di dalam semua aspek kehidupan sebagai mana yang telah dipelopori oleh Rasulullah saw di (negara Islam) Madinah 14 kurun yang lepas.


Di samping itu, kaedah fiqh juga menyatakan tentang kewajipan (jihad) menegakkan khilafah islamiyah berterusan sehinggalah terbentuknya kerajaan Islam. Kaedah tersebut berbunyi :


"ãÇ áÇ íÊã ÇáæÇÌÈ ÅáÇ Èå Ýåæ æÇÌÈ"


6.0 TIADA JIHAD TANPA PENGORBANAN


6.1 Janji Allah Adalah Benar : Jihad adalah perniagaan yang paling menguntungkan apabila bermodalkan (pengorbanan) jiwa dan harta di jalan Allah.


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga.”

(9: 111)



6.2 Terdapat banyak contoh pengorbanan yang dilakukan oleh para sahabat dan salaf al-soleh serta mereka yang ikhlas dan benar janji mereka di dalam mempertahankan Islam seperti : Abu Bakar , Umar, Uthman dan Ali .


Mereka yang dijamin masuk Syurga seperti ; Talhah bin Ubaidillah, Zubair al-Awwam, Saad bin Abi Waqqas, Said bin Zaid, Abd Rahman bin Auf, Abi Ubaidah al-Jarrah dan lain-lain.


Imam-Imam muktabar seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafei, Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Nawawi, Imam Izzudin Abd Salam dan lain-lain.,


Pemimpin dan pejuang-pejuang yang telah membuktikan kebenaran janjinya mempertahankan Islam seperti Salahudin al-Ayyubi, Hasan al-Banna, Sayyid Qutb, Syeikh Ahmad Yasin , Zainab al-Ghazali dan ramai lagi.


6.3 Sentiasa berusaha menggunakan segala kekuatan dan kepakaran yang ada untuk mempertahankan dan menjaga maruah Islam sepanjang masa sama ada membantu dan memberi nilai tambah kepada perjuangan Islam wadah perjuangannya seperti beriltizam dengan jemaah dan bekerja ke arah matlamatnya yang murni itu.


7.0 PENUTUP


Sesungguhnya kejayaan Islam itu bergantung kepada sejauh mana pendokong dan pekerja (amilin) berusaha untuk memartabatkan Islam. Bagi pihak Allah swt, sentiasa bersedia untuk menurunkan kemenangan seperti di dalam peristiwa Badar al-Kubra, Cuma persoalan yang perlu dilontarkan ialah sejauh mana kita telah bekerja ke arahnya atau pun kita masih belum berbuat apa-apa.

Wassalam.

25 October 2012

TGNA terharu terhadap Anthony Loke

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat berterima kasih kepada pemimpin DAP Anthony Loke kerana membelanya daripada tuduhan pemimpin MCA bahawa beliau membenarkan merogol wanita bukan Islam.

Menteri besar Kelantan itu juga menegaskan, tindakan Loke yang berkobar-kobar sehingga menepuk meja dalam parlimen itu menggambarkan keberanian anggota parlimen Rasah itu.

"DAP berani bidas MCA, tetapi Umno takut. Tak boleh harap kepada Umno untuk jaga Islam, jaga Melayu pun tak ke mana," kata Nik Aziz.

Perkara itu dinyatakan dalam surat daripada setiausaha politiknya Wan Nik Wan Yussof kepada Loke hari ini yang turut memberitahu Nik Aziz amat terharu dengan tindakan Loke itu.

Umno sudah "hanyut" : Fathul Bari sanggah Dr. Asri

"Kenapa bila diajak berdialog tak mahu datang?

" Ini persoalan dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya mempertikaikan komentar beliau bersabit dakwaan wujud tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno sebagai hanyut.

"Padahal idea berhubung peranan ulama menasihati pemimpin ini idea beliau. Bila dijemput dan beliau tidak datang, itu salah satu tanda beliau sudah hanyut," kata Dr Asri kepada Sinar Harian Online.

Malah tambah Asri, komentar berhubung terdapatnya tokoh ulama dalam Umno terbabit politik wang dibangkitkan terlebih dahulu oleh panelis dari Umno sendiri.

"Kenapa beliau tidak berani tampil. Yang sebut berkenaan politik wang itu ialah wakil daripada Umno sendiri.

"Itulah masalahnya apabila beliau tidak ada di situ. Wakil Umno yang sebut, dalam Umno kalau tak ada wang, tak boleh bergerak. Saya dan seorang lagi panel hanya mengulas.

"Sinar Harian sudah jemput, datanglah. Bukannya bising di media, di Facebook, di Twitter," tegas Asri.

Dalam Wacana Sinar ke-15 yang membawakan tajuk 'Peranan Ulama Menasihati Pemimpin', Dr Asri menyifatkan segelintir tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut" antara lainnya kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Menurut beliau, berdasarkan pengalaman sebelum ini menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai parti itu tidak berperanan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Malah dakwanya "masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut.

"Semalam, kenyataan Asri itu kemudiannya dibidas oleh Fathul Bari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia sambil menekankan adalah "tidak adil" untuk menjatuhkan hukuman dan melabel ulama yang menyertai Umno sebagai "hanyut."

"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul Bari.

Asri kemudiannya dengan nada sinis mempersoalkan apakah Fathul Bari merasakan pandangan beliau itu merujuk kepada dirinya.

"Adakah beliau merasakan ulama itu merujuk kepada beliau? Ini berlaku apabila beliau merasakan diri beliau sebagai ulama.

Walhal bukan menjadi tradisi golongan ilmuan Islam mendabik dada diri sebagai ulama," selar Asri.

DAP MCA bersatu : satu teori untuk melemahkan PR

Bacalah komen manusia hipokrit dan suka mencelah tengah dan mengambil kesempatan ini.

Ianya merupakan satu teori mengarut dan bertujuan untuk melumpuhkan kekuatan PR dan menghilang sokongan Melayu kepada DAP dan PR.

Teori ini diguna kan bagi menutup kesilapan dan ketidak mampuan Umno menangani keceluparan dan kebiadapan Chua Soi Lek dan Senator Eng Sai Kee dalam isu hudud serta TGNA.

Umno pasti kecundang dalam isu ini dan menyedari hal tersebut simamat ini digunakan oleh umno untuk menimbulkan kegelisahan dikalangan orang Melayu dengan harapan Melayu akan kembali bersatu dengan teori "bodoh dan tak masuk akal dari Presiden Jati ini.

Hassan Ali dalam isu hanya menjadi "budak suruhan Umno"

Bagi sesetengah orang melayu teori ini memang logik bagi mereka.

Adalah menjadi tanggung jawab bagi semua jentera parti untuk memberi penerangan kepada rakyat jelata tentang pembojongsn Hassan Ali ini yang selepas ini pasti mendapat sokongan kuat dari media arus perdana umno.

PAS Kota Raja mengambil langkah awal dengan membawa penceramah DAP kekawasan Melayu bagi menafikan teori Umno ini di Ceramah di Jalan Kebun semalam.

Malaysikini melapurkan Hasan Ali mengesyaki terdapat semacam wujudnya persefahaman di antara MCA dan DAP, khususnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU13). 

Hasan mendakwa, MCA sebuah parti yang didokong masyarakat Cina dikatakan hanya mampu meraih undi nominal di kalangan masyarakat tersebut dan mungkin merasakan lebih logikal untuk membawa keseluruhan sokongan masyarakat Cina kepada DAP. 

Beliau mengesyaki ianya dilakukan bagi menentukan DAP menjadi wakil mutlak masyarakat Cina dalam memperjuangkan tuntutan-tuntutan yang sekian lama dibuat oleh masyarakat Cina

"Hati kecil saya juga membisikkan bahawa masyarakat Cina seolah-olah mempunyai satu “grand design” merentasi fahaman dan aliran politik.

 "Fahaman dan aliran politik yang kelihatan berbeza dan bertentangan secara luaran tidak lebih daripada wayang lakonan sahaja," kata Hasan yang juga presiden NGO Jalur Tiga (JATI) dalam satu kenyataan malam ini. 

"Mereka mempunyai agenda besar. Sebahagian daripada agenda besar DAP sekali lagi ditimbulkan baru-baru ini. Inti agenda besar DAP itu bukan merupakan satu rahsia lagi," katanya yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor.

Dalam dua tiga hari ini, tegas Hasan, timbul semula isu Negara Islam dan pelaksanaan hudud. Isu ini, tambah Hasan, seperti biasa menyemarakkan semula suasana politik bertepatan dengan bertambah hampirnya PRU13. 

Dalam episod terbaru ini, Hasan mendakwa, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek dengan secara tiba-tiba menjadi orang pertama yang menekan butang jentera menentang pelaksanaan Negara Islam dan hudud di negara ini. 

Menurutnya, penentangannya terhadap Negara Islam dan hudud menerima tindakbalas yang sengit daripada pimpinan Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan PAS. "Secara jujurnya saya tidak melihat ada perkara yang baru dari segi hujah-hujah yang dikemukakan sama ada dari pihak MCA, DAP dan juga dua lagi parti komponen Pakatan Rakyat itu. 

"Hanya hati kecil saya sahaja tampil membisikkan bahawa terdapat beberapa andaian yang boleh digunakan untuk mengatakan bahawa buat sekian kalinya MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik," katanya sambil menambah bahawa isu yang selama ini dimainkan oleh MCA dan DAP menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu-Islam. 

"Isu ini juga menarik sokongan masyarakat Cina kepada MCA dan DAP disebabkan apa yang dilontarkan selari dengan kehendak, kemahuan dan tuntutan masyarakat keturunan Cina," tegasnya. 

Sehubungan itu, Hasan bertanya, kalau masyarakat keturunan Cina mempunyai agenda besar, maka bagaimana pula masyarakat Melayu-Islam yang menjadi warga peribumi negara ini. 

"Setakat yang saya ketahui serta pengalaman berada di barisan tertinggi pimpinan parti PAS khasnya, hubungan di antara parti-parti politik Melayu Islam hampir berada di tahap berkerat rotan berpatah arang," katanya.

Hasan mendakwa, kenyataan yang selama ini keluar dari mulut pimpinan PAS dan PKR, terutamanya yang menyentuh persoalan penyatuan masyarakat Melayu Islam, menceritakan segala-galanya. 

"Saya ingin membawa bisikan hati kecil saya ini kepada pengetahuan barisan pimpinan masyarakat Melayu-Islam. Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berdendam kesumat? 

"Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik berkerat rotan berpatah arang? Wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang didorong oleh sifat sombong, angkuh dan bongkak? 

"Akhirnya, wajarkah kita terus berpolitik dengan politik yang menggerhanakan nasib umat dan generasi pengganti yang akan datang?" tambahnya.




24 October 2012

UFB - UMNO Gagal Memahamkan Chua Soi Lek..??

Work smart

Semua sapu. .. cuma belum buka perniagaan dalam kubur sahaja



Datuk Bung Mokthar Radin (BN-Kinabatangan) hari ini menjadikan jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebagai sasaran kritikannya kerana didakwa memonopoli semua jenis perniagaan.

Syed Mokhtar akan menjadikan syarikat yang dirintisnya untuk menjalankan apa saya perniagaan yang wujud di dunia ini, dakwanya.

Jutawan itu menjalankan perniagaan di laut, di darat dan juga di udara, katanya ketika dalam satu sesi perbahasan di Dewan Rakyat.

Malah, Syed Mokhtar juga akan menjalankan perniagaan di kubur jika beliau boleh berbuat demikian, kata Bung Mokhtar lagi.

22 October 2012

Perlukah seorang PM berkata begini?



Bagi sebuah negara yang aman damai. .. hayati demokrasi yang dilaungkan. ... bukan menghasut rakyat. ...
Oh Malaysia tanah air ku. .. apa nak jadi berulang-ulang kali seorang Jeneral tanpa Askar ini mengulang ngulangi ayat ayat sebegini.

DS Najib. .... terimalah hakikat masa untuk Umno berada dalam hati nurani rakyat Malaysia bakal berakhir. ... turunlah tahta dengan rela hati. ... jangan rosakkan demokrasi negara hanya kerana inginkan kuasa yang telah terhakis.

Cintailah Malaysia. .. tanah air kita. ..

20 October 2012

Memalukan : tidak tahu fakta ... cakap semua auta

Klik link : http://drsitimariah.blogspot.com/2012/10/menjawab-auta-tv3




Simple majority dalam tangan

KOTA BHARU: Berdasar kepada kaji selidik sebelum pergolakan Umno Sabah melanda, Pakatan Rakyat mensasarkan menguasai sekurang-kurang 105 kawasan parlimen, yakni kekurangan 7 lagi kerusi bagi membentuk majoriti mudah. 

Namun kata Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli situasi itu tiba-tiba berubah selepas tsunami politik berlaku dalam Umno Sabah dengan menyaksikan beberapa wakil rakyat meninggalkan parti itu. 

Hujah tersebut disokong pula penganalisis politik Sarawak, Dr Jeniri Amir yang mengandaikan sekurang-kurang 10 kerusi di Sabah dan Sarawak sudah berada dalam tangan Pakatan Rakyat seandainya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru. 

Rafizi berkata, berdasar kepada perkiraan Dr Jeniri yang mempunyai kepakaran perkembangan politik di Sabah dan Sarawak bermakna Pakatan sudah mengatasi BN dengan kelebihan sekurang-kurangnya 8 kerusi. 

“Perkiraan ini dibuat bukan secara sekadar syok sendiri sebaliknya ada asas berdasar kepada beberapa petunjuk termasuk kajian beberapa badan penyelidik dan perkembangan semasa yang berlaku

“Kalaulah andaian itu hanya sekadar syok sendiri, sudah tentu sejak dua bulan lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan. 

“Namun Perdana Menteri masih lagi teragak-agak kemungkinan besar laporan daripada perisik Umno dan kerajaan masih memberi isyarat negetif,” katanya pada Wacana Perdana anjuran Urusetia Peneranan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi. 

18 October 2012

Minta penyokong dan pemimpin UMNO bersabar dan tidak berkecil hati

KOTA BHARU - Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa semalam dengan beraninya mengeluarkan kenyataan bahawa DAP lebih baik daripada Umno.

Husam pada hari terakhir persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan di sini, semasa penggulungan mengungkit penentangan terhadap Akta Darurat 1978 kepada Kelantan yang dibawa oleh seorang menteri kemudiannya disokong MCA.

"DAP dengan MCA ini, 100 kali lebih baik... pada 1978, dibentangkan Akta Darurat, dibawa menteri Umno dan kemudiannya disokong oleh MCA.

"Siapa yang menentang akta ini dan ada dalam rekod hansard. Satu-satunya yang menentang akta ini ialah Lim Kit Siang, padahal ketika itu Pas dan DAP tidak ada hubungan," katanya.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor menegaskan, itu bermakna mereka memegang prinsip demokrasi, tetapi Umno yang kata parti tersebut satu bangsa dengan Pas, padahal Umno yang ‘makan’ Pas dulu.

"Lepas itu dia (Umno) kata kenapa Pas boleh baik dengan DAP, sebab DAP perangai lebih baik daripada kamu," katanya.

Jawapan Husam tersebut mendapat sokongan daripada Adun Pas yang lain dan disambut dengan gelak tawa.

Dalam masa sama, Mohd Adhan Kechik (BN-Bukit Bunga) ketika itu dalam nada sinis menyatakan pada sidang Dun supaya kenyataan Husam itu mendapat liputan meluas oleh media di seluruh negara

"Kerajaan Negeri menyatakan DAP lebih baik daripada Umno. Saya berharap saudara dapat menjadi Menteri Besar Kelantan, kerana anda adalah pejuang Islam sebenar," katanya semalam.

Mohd Adhan Kechik turut mempersoalkan hubungan Pas dengan DAP dengan mengaitkan kenyataan salah seorang pemimpin tersebut yang menentang hukum hudud.

Husam menjelaskan, pemimpin tersebut bukan beragama Islam.Baru-baru ini, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan kerjasama Pas dan DAP menerusi Pakatan Rakyat dalam menghadapi pilihan raya.

Perkara itu turut ditekankan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas itu.

16 October 2012

DAP tak rela dilaga-lagakan dengan PAS

DAP mengulangi pendiriannya tidak pernah mengambil sikap anti-Islam kerana dasar yang terjalin sejak bekerjasama dengan Pas membuktikan perjuangan mereka adalah berdasarkan semangat yang berteraskan pada undang-undang negara.

Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw berkata, walaupun ada pihak mempertikaikan kerjasama yang Pas dan DAP, perkara itu tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka terus bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Saya rasa tidak timbul soal Pas juga menganggap yang DAP anti-Islam kerana kami sendiri menghormati agama Islam mempunyai nilai suci dan sejagat dan kami tidak pernah menentang nilai-nilai ini," katanya lagi.

Isu DAP anti-Islam semula semalam susulan tulisan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan yang antara lain mendakwa  bahawa MCA sebagai anti-Islam.

Ekoran kenyataan itu, MCA pula membalas dengan mencabar Nasrudin harus menjawab persoalan "adakah Pas juga mengganggap DAP sebagai anti-Islam?

"Demikian persoalan dibangkitkan oleh Setiausaha Agung komponen Barisan Nasional itu, Datuk Seri Kong Cho Ha.

"Saya rasa tidak timbul soal berlaku kesukaran untuk bekerjasama dengan Pas. Saya juga yakin yang Pas tidak pernah berfikir yang DAP anti-Islam.

"Pas sendiri bersetuju bahawa perjuangan parti antara DAP dan Pas adalah  mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuann," tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kepong itu turut berkata, Pakatan Rakyat (PR) mengamalkan dasar dan semangat yang sentiasa berteraskan kepada undang-undang negara.

"Semangat kemuliaan hati ini sentiasa wujud antara Pas dan DAP jadi janganlah cuba melaga-lagakan DAP dan Pas pula," ujarnya.

Tambah beliau, setiap keputusan yang diambil dalam PR, mereka akan memastikan pimpinan semua parti dalam perikatan itu membincangkan perkara-perkara pokok secara adil dan telus.

15 October 2012

Lagu Anwar Khas Untuk Najib

Bonus 1.5 bulan untuk kakitangan awam Kelantan


Kelantan hari ini mengumumkan membayar bonus satu bulan setengah gaji kepada semua kakitangan awam negeri, di mana setengah bulan gaji dibayar Ogos lalu.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan perkara itu ketika membentang Bajet Kelantan 2013.

Teks belanjawannya dibaca Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa.

Menteri Besar berkata, baki selebihnya akan dibayar pada bulan Disember ini dan Januari 2013.

Katanya juga budaya Kerja Berprestasi Tinggi yang berpegang Ubuddiyyah, Masuliyyah dan Itqan membolehkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) memperolehi empat bintang dalam penilaian “Star Rating” dan menduduki tangga ke empat daripada 13 pejabat SUK di negara ini pada 2011.

Manakala dalam bidang ICT Pejabat SUK juga mencapai taraf lima bintang bagi persembahan Portal Rasmi Kerajaan Negeri dua tahun berturut-turut.

Kerajaan negeri juga melalui bahagian ICT mewujudkan RTV Kelantan membabitkan kos sejumlah RM257,000 bagi menyalur maklumat kerajaan kepada orang ramai.

Menteri Besar juga berkata, bagi memberi keselesaan kepada anggota perkhidmatan awam peruntukan sebanyak RM42.5 juta disediakan bagi membina bangunan Blok 8 dan ia kini sedang giat dijalankan dan dijangka siap tempoh tiga tahun.

Mengenai pencapaian dalam bidang pendidikan katanya, kecemerlangan pelajar di bawah kelolaan Yik memberangsangkan, di mana pada 2011 seramai 379 pelajar berjaya mendapat keputusan 9A dalam PMR, 1,384 mendapat pangkat Mumtaz dalam Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMU).

Manakala tiga pelajar mendapat 12A, 49 orang (11A) dan 43 (10A) dalam peperiksaan SPM pada 2011.

Pada 2012 Yik mengurus seramai 364 pelajar menyambung pengajian ke luar negara iaitu Mesir, Jordan, Kuwait, Maghribi dan Arab Saudi.

“Kerajaan juga menyediakan RM2 juta kepada Yayasan Kelantan Darulnaim bagi meneruskan kesinambungan menyalurkan penajaan dan bantuan kepada anak-anak Kelantan,” katanya.

Kuliah agama Ust DS Najib bab Munafik

Dalam mengejar ranking dan populariti untuk cuba bertahan dalam pru akan datang, DS Najib berkuliah agama pula di Sabah dalam bab Munafik.

1 lagi peluru makan tuan.

Jom kita baca petika dari Utusex :-

KUDAT 14 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan pembangkang boleh dianggap sebagai sebuah kerajaan munafik kerana tidak menunaikan segala janji yang dibuat kepada rakyat.

Tegas beliau, terdapat tiga ciri orang munafik seperti yang disabdakan oleh Nabi Muhamad SAW iaitu tidak bercakap benar, memungkiri janji dan apabila diberikan amanah dikhianati.

Beliau berkata, berbeza dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah memungkiri janji, sebab itulah ungkapan Janji Ditepati digunakan secara meluas oleh parti itu.

"Pepatah Melayu ada menyebut, binatang dipegang pada talinya, manusia pula dipegang pada janjinya. Janji dan jaminan BN dibuat berdasarkan pada kemampuan kita.

"Janji yang dibuat tetapi tidak ditepati bukan sahaja akan dilaknat oleh Tuhan tetapi turut akan dihukum oleh rakyat," katanya pada majlis Jelajah Janji Ditepati di sini hari ini.

14 October 2012

Harapan terakhir Barisan Nasional


Populariti Barisan Nasional yang gagal diangkat oleh Media Perdana milik Umno dan Barisan Nasional kini mula beralih arah kepada media baru pula.
Umno yang dilihat semakin ketinggalan khususnya sokongan dari pengundi muda dan medium class yang mewakili 30% dari jumlah pengundi dalam PRU akan datang dilihat berubah arah dengan mengharapkan "cybertroopers" untuk membantu mereka menang dalam PRU akan datang.
Sementara bagi pihak PAS, PKR dan DAP pula mendapati tugas semakin mudah kerana pengunaan media baru sudah lama bermula dan akan sampai kekemuncaknya bagi mengatasi dan menyaingi cybertroopers Umno menjelang pembubaran Parlimen nanti.
Pelbagai peluru termasuk "bom jangka" masih tersimpan kemas dan belum digunakan bagi menyerang Umno dalam PRU nanti.
Sementara itu kandungan oleh “cybertroopers” Barisan Nasional (BN) dan seluruh platform media sosial akan menentukan kejayaan parti pemerintah dalam pilihan raya umum akan datang, kata ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah.
Kata timbalan menteri yang popular itu, BN telah menerima pelajaran penting sewaktu pilihan raya umum 2008 selepas kalah teruk ekoran kegagalan mereka menguasai dunia siber yang ketika itu lebih dikuasai parti yang akhirnya membentuk Pakatan Rakyat (PR).

“Kita tiada di sana (dunia siber) pada 2008 ... kita handicap. Kita tewas pada masa itu, sebab itu kita hilang pengundi muda.
“Tapi kini BN telah bersedia, kita mempunyai pasukan blogger dan media baru yang dikenali sebagai “BNcybertroopers”, bezanya sekarang adalah isi kandungan media itu,” kata Ahli Parlimen Temerloh itu..
BN hilang majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dan hilang empat negeri kepada PR sebelum Perak jatuh kembali ke pangkuan mereka pada tahun 2009. Sebahagian daripada kekalahan itu telah dikaitkan dengan BN meninggalkan laman web media sosial pada tahun 2008 apabila bilangan pengundi celik internet semakin bertambah.
Beliau juga menegaskan, kehadiran unit media baru BN dan PR kini mempunyai kekuatan yang setara, namun perbezaannya hanyalah daripada isi kandungan blog dan laman web mereka.
“Kita sama kuat ... tapi isi kandungan itu yang akan menentukan pilihan pengundi.
“Kalau mereka (pengundi) rasa isi kandungan kita bagus, mereka pilih kita, tapi kalau PR bagus, mereka akan pilih PR,” katanya dan menambah, BN kini mula menyedari pengaruh yang dimainkan media sosial sangat besar untuk menjadi penentu dalam pilihan raya umum.
Menurut Saifuddin, berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Pensyarah Sains Politik dan Kajian Politik Malaysia dari Universiti Teknologi MARA Malaysia (UiTM), Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin sebelum ini menunjukkan orang muda yang mengambil tahu berkenaan politik tanah air, 90 peratus daripada mereka mendapatkan maklumat daripada media media baru.
Manakala 60 peratus memperolehi maklumat daripada media alternatif, 25 peratus daripada media arus perdana seperti televisyen, dan hanya 15 peratus yang menggunakan akhbar untuk mendapatkan maklumat berkenaan politik.
Situasi itu jelas Saifuddin membuktikan kandungan media alternatif yang lebih meyakinkan dan lebih bersifat “memujuk” akan membolehkan parti politik meraih undi dan sokongan mereka.
Dengan jumlah pengundi muda dan kelas pertengahan meliputi 30 peratus daripada daftar pengundi, mereka merupakan penentu kepada kemenangan sesebuah parti politik yang bertanding dalam pilihan raya umum.
There was an error in this gadget

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini