24 April 2013

TGHH. ..PM hanya untuk orang Islam

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi pendiriannya bahawa jawatan Perdana Menteri hanya layak dipegang oleh orang beragama Islam.

Menegaskan demikian ketika berceramah di Kuala Berang di sini lewat malam tadi, Abdul Hadi berkata bagaimanapun soal menteri, tidak kira individu itu Islam atau tidak, masih boleh menjadi menteri seandainya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti.

"Memerintah negeri (bukan Islam) boleh dengan orang Islam, syaratnya, nombor satu, Perdana Menteri adalah orang Islam, yang jaga dasar negara mestilah orang Islam di negara Islam. Kalau bukan Islam, suruh dia masuk agama (Islam).

"Tetapi (contohnya) kalau (jawatan) Menteri Kerja Raya, kalau dia bukan Islam tapi dia mahir bab jalan raya boleh buat bangunan, kita lantik dia.Tapi kalau nak lantik dia jadi Menteri Jaga Masjid memang tidak boleh," katanya.

23 April 2013

Semua rakyat meluat dengan Zul Nordin kecuali Najib dan Rosmah

Ciuman dari anggota masyarakat India tidak memadai untuk menyelamatkan calon BN untuk kerusi parlimen Shah Alam, Zulkifli Noordin, atau menjadi penawar kepada perasaan “amat meluat” di kalangan warga berkenaan, kata ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jarang sekali kita mendapat ahli politik seperti ini, penuh dengan ketaksuban kaum, merendah-rendahkan agama dan kepercayaan lain,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Anwar juga tertanya-tanya mengapakah pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak meletakkan Zulkifli sebagai calon di kawasan tersebut.

Sedangkan, masyarakat India kini “sangat meluat” dengan Zulkifli yang merupakan naib presiden PERKASA itu, katanya.Sentimen itu tidak boleh ditawarkan dengan hanya satu ciuman, kata Anwar lagi.

Zulkifli pada hari penamaan calon Sabtu lalu dirakam dalam keadaan beliau dirangkul erat dan dikucup oleh seorang lelaki, yang merupakan seorang penyokong dari BN dari kelompok masyarakat India.

Najib menguar-uarkan kucupan tersebut sebagai tanda bahawa masyarakat India sudahpun menerima Zulkifli yang sebelum ini mencetus kontroversi berhubung kenyataannya berhubung dewa Hindu.

22 April 2013

Derita Umno makin berganda

"Saya masuk PAS bukan hendak jadi calon atau merebut jawatan dalam PAS," kata Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib ketika mengumumkan penyertaannya kepada PAS hari ini.

Atas dasar itulah, katanya, majlis penyerahan borang memohon menjadi ahli PAS hari ini dibuat selepas penamaan calon PRU 13. 

Muhamad hari ini menyerahkan permohonan menjadi ahli PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan diperhatikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din, Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu dan naib-naib Presiden PAS.


19 April 2013

Silap BN jadikan PR semakin rapat

Pengerusi DAP, Karpal Singh mengesahkan kesemua calon parti itu akan menggunakan logo PAS di Semenanjung dan logo PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum ke 13 ini.

Keputusan ini dibuat selepas tamat tempoh jam 3 petang yang diberikan oleh DAP kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk menarik balik surat mereka dua hari lalu. 

Pada 17 April, ROS telah menghantar surat kepada DAP memaklumkan barisan kepimpinan DAP yang ada sekarang tidak diiktiraf oleh pihak berkuasa ke atas semua pertubuhan berdaftar itu. 

Ia dibuat 48 jam menjelang hari penamaan calon pilihan raya umum ke 13 yang akan berlangsung esok. 

Dalam mesyuarat DAP bersama Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, datuk Saifudin Nasution Ismail lewat petang semalam, keputusan telah dicapai agar semua calon DAP di Semenanjung menggunakan logo PAS manakala di Sabah dan Sarawak menggunakan logo PKR. 

Malam tadi, mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP membuat keputusan untuk memberikan waktu kepada ROS agar menarik balik surat itu sebelum jam 3 petang hari ini. 

Selepas waktu itu berlalu, DAP mengambil keputusan untuk melaksankan plan yang dipersetujui bersama rakan Pakatan itu. 

"Dengan tidak mengiktiraf kepimpinan DAP yang dipilih oleh perwakilan pada 15 Disember 2012 lalu, saya tidak mempunyai kuasa sebagai Setiausaha Agung untuk mengeluarkan sebarang surat kuasa kepada calon-calon DAP untuk menggunakan simbol roket," kata Lim Guang Eng, Setiausaha Agung DAP dalam kenyataannya yang dikeluarkan selepas mesyuarat tergempar DAP semalam. 

Sejak petang semalam lagi, kakitangan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut sibuk menyiapkan surat kuasa untuk membolehkan calon DAP menggunakan logo PAS.

 Surat yang akan diserahkan kepada semua calon DAP itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. 

Penganalisis politik dari Singapore Management University, Dr Brigate Welsh (gambar kiri atas) berkata, tiga kesilapan besar telah dibuat oleh BN sehingga menyebabkan hubungan parti-parti Pakatan Rakyat semakin rapat. 

Tindakan ROS ke atas DAP, video lucah Setiausaha Agung PAS dan pemilihan Zulkifli Nordin sebagai calon BN dinamakan sebagai sebab-sebab itu oleh Brigate dalam tulisannya di Malaysiakini.

18 April 2013

Siapa dalang disebalik ROS tak iktiraf kepimpinan DAP menjelang 2 hari penamaan calon

Dua hari menjelang penamaan calon pilihan raya umum ke 13, Pendaftar Pertubuhan (ROS) menghantar surat kepada DAP hari ini memaklumkan barisan kepimpinan parti itu tidak diiktiraf. 

Surat yang dikatakan bertarikh semalam, 17 April itu dikatakan diterima oleh DAP hari ini.Lim Guan Eng ketika ditemui media enggan memberikan sebarang ulasan sekarang melainkan selepas mesyuarat mengenainya diadakan.

DAP dijangka membuat mesyuarat tergempar bagi membincangkan implikasi dari surat ROS itu. 

Sebelum ini, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, DAP akan menggunakan simbol PAS atau PKR jika pendaftaran membuat sebarang tindakan sehingga simbol DAP tidak boleh digunakan dalam pilihan raya ini. 

PAS pula telah menyambut dengan berkata, pihaknya sedia mempertimbangkan permintaan dari DAP itu. Begitu juga PKR. 

Semasa kongresnya di Pulau Pinang Disember tahun lepas, DAP mengaku kesilapan telah berlaku dalam menentukan barisan kepimpinannya ekoran tersalah kira dalam komputer. 

Hindraf adalah khadam politik BN

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dijangka akan menghadiri acara bersama Hindraf hari ini untuk menyatakan sokongan ke atas rangka tindakan untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India Malaysia yang dibentuk oleh kumpulan pendesak tersebut.

Penasihat Hindraf N Ganesan ketika dihubungi berkata Najib akan menghadiri majlis berkenaan dan menandatangani satu perjanjian.

“Kita sahkan rangka tindakan itu akan disokong oleh BN. Najib dijangka menghadiri majlis itu di Dewan SJK(T) Vivekananda, Brickfields, Kuala Lumpur, pada jam 6 petang ini,” katanya.Pengerusi Hindfraf P Waythamoorthy juga akan hadir, katanya.

Apa nak takut 6hb dah kerajaan baru

Ceramah 'Tawan Putrajaya 2013' malam tadi menyaksikan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengambil peluang bercerita pengalamannya bertemu dan menyantuni masyarakat Putrajaya.

Memulakan ceramahnya malam tadi, calon PAS yang akan bertanding bagi kerusi Parlimen Putrajaya itu menarik perhatian lebih 10,000 hadirin dengan bertanyakan "Are you ready for Putrajaya?" sebanyak tiga kali dan dijawab "yes" oleh para hadirin.

Kemudian beliau bertanya pula "Are you ready for BN?", lalu disambut laungan "No" oleh orang ramai yang hadir.

"Kalau begini, menanglah. Siapa kata (Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) tidak boleh dikalahkan," katanya sinis disambut tepukan gemuruh hadirin.

"Saya datang ke Putrajaya ini untuk bersahabat. Bila saya pergi ke kafetaria, ke surau, ke foodcourt, saya rasa semangat saya memuncak sekali.

"Mereka (kakitangan kerajaan) datang bersalam dengan saya, malah mintak nak ambil gambar dengan saya.

"Saya tanya boleh ke ambil gambar dengan saya ni, nanti saudara-saudari kena tindakan? Mereka jawab apa nak takut, 6 haribulan (Mei) dah kerajaan baru," ceritanya disambut laungan takbir hadirin.

Menurut Husam, beliau juga akan membawa Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz menjadi imam solat Jumaat di Masjid Putra jika beliau ditakdirkan menang di parlimen itu pada pengundian 5 Mei nanti.

"Mungkin dua minggu lagi Tok Guru (Nik Aziz) jadi imam, live tv1, tv2, tv3 sampai chanel 20. Minggu kedua Tuan Guru Haji Hadi (Awang), minggu ketiga Datuk Seri Anwar Ibrahim minggu keempat saya sendiri dan lain-lain.

"Kita nak Putrajaya bukan sebab nak kuasa semata-mata, tapi kita nak buat kebaikan, nak bawa sinar ketakwaan bagi melahirkan kemakmuran," katanya lagi.

Beliau juga berkata, jika Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara, beliau akan mengesyorkan agar dibina satu sekolah Maahad Tahfiz Sains di Putrajaya seperti di Kelantan yang telah berjaya melahirkan tenaga profesional dan pada masa yang sama hafiz al-Quran.

Pada ceramah itu juga, Husam turut menceritakan perancangannya bagi mengatasi masalah perumahan di Putrajaya termasuklah masalah harga rumah yang tinggi, bilangan rumah yang tidak cukup dan keluasan rumah yang tidak selesa yang sangat mendesak kepada masyarakat di sini.

Ceramah yang diadakan di padang bola sepak di Desa Pinggiran Putra di sini turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Antara sebab Zul di pilih di Shah Alam

Sebab utama Zul dipilih ialah kerana Umno Selangor tiada calon yang berkelayakan dan berkaliber untuk bertanding bertemu Khalid Samad di Parlimen Shah Alam.

Tapi alasan paling tak masuk akal dan paling lucu dalam sejarah politik Malaysia ialah kononnya Zulkifli Noordin sebagai calon BN di Shah Alam, yang disifatkannya sebagai orang yang berprinsip.

"Beliau calon boleh menang," kata Nazri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, beliau selalu menggemari personaliti Zulkifli dengan menyifatkan naib presiden PERKASA itu sebagai penceramah yang baik, ahli politik yang baik, orang yang berprinsip dan orang yang dapat menarik undi kepada BN.

Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan Zulkifli sebagai "calon rakan BN" untuk bertanding melawan penyandang kerusi Shah Alam dari PAS Khalid Samad - tindakan yang mengejutkan ramai pihak.

17 April 2013

Che Det dan Shahrizat boleh didakwa dibawah akta hasutan

Bekas ketua polis negara Musa Hassan menggesa ahli politik berhenti menakutkan orang ramai dengan membuat kenyataan tentang kemungkinan berlakunya ketegangan dan rusuhan kaum jika terdapat pertukaran kerajaan dalam pilihan raya umum.

Bercakap dalam forum berhubung peralihan kuasa yang aman dan lancar di sebuah hotel di Kuala Lumpur semalam, Musa mengulas kenyataan terbaru oleh Ketua Wanita Umno Shahrizat Jalil dan bekas perdana menteri Dr Dr Mahathir Mohamad.

Shahrizat sebelum ini dilapor membangkitkan peristiwa 13 Mei 1969 dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Tahunan Umno pada November tahun lalu. 

Sementara Mahathir pula baru-baru ini menulis di blog bahawa pemimpin popular DAP Lim Kit Siang boleh merenggangkan Melayu dan Cina dalam kempennya untuk mendapatkan Gelang Patah.

"Sebagai pemimpin, mereka patut menasihatkan rakyat bertenang dalam memilih kerajaan pilihan hati mereka," kata Musa, yang dilihat lantang menyuarakan pendapatnya selepas bersara.

"Bagi saya, (kenyataan) itu hampir seperti menghasut," tambahnya.

16 April 2013

Komponen Boikot kempen BN

MCA Wangsa Maju bersama kira-kira 120 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Wangsa Maju memutuskan memboikot Barisan Nasional (BN) sepanjang kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berikutan Datuk Yew Teong Look tidak dicalonkan di kerusi Parlimen Wangsa Maju.

Perkara tersebut disuarakan selepas mesyuarat tergempar bersama MCA dan wakil-wakil NGO Wangsa Maju setelah mengetahui Teong Look tidak dicalonkan, semalam.

Ketua Bilik Gerakan Pilihan Raya MCA, Lim Choong Hong berkata, 120 NGO seluruh Wangsa Maju telah sepakat bersama MCA akan memboikot pilihan raya kali ini.

Menurutnya, suara rakyat di akar umbi di Wangsa Maju langsung tidak didengar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah NGO menghantar memorandum kepada Najib supaya Teong Look dicalonkan.

Malah MCA akan mengadakan bantahan bersiri kepada pucuk pimpinan MCA bagi mengutuk tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang tidak mempertahankan kerusi Wangsa Maju.

Saya percaya undi masyarakat Cina di Wangsa Maju akan beralih kepada parti pembangkang dan BN akan kalah teruk PRU13 sebagai tanda protes kepada keputusan ini,” katanya.

Sementara itu, Teong Look berkata, beliau telah bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada BN dan tidak henti-henti berkhidmat menjaga kebajikan rakyat hampir lima tahun.

“Saya telah membelanjakan RM2.5 juta tanpa bantuan parti komponen yang lain untuk penduduk di Wangsa Maju tetapi kerja keras tidak dinilai oleh pucuk pimpinan BN.

10 April 2013

Kempen Umno BN tidak bermoral


Kumpulan bekas-bekas pesuruhjaya Suhakam (Proham) berpandangan penggunaan harta kerajaan untuk kepentingan politik perlu dihentikan oleh kerajaan sementara.

Menurut mereka, adalah menjadi tanggungjawab moral bagi parti politik untuk tidak menggunakan harta kerajaan biarpun tiada undang-undang jelas yang menghalang penggunaan tersebut.

"Amalan kontemporari di Malaysia menunjukkan bahawa ramai ahli politik yang menyalahgunakan sumber awam untuk mempromosikan agenda politik mereka dan parti-parti politik mereka.

"Amalan ini mesti berhenti untuk memastikan bahawa sumber-sumber awam yang digunakan untuk kebaikan bersama semua rakyat tanpa mengira anutan politik," kata Proham dalam satu kenyataan yang ditandatangani bersama oleh Pengerusi, Tan Sri Simon Sipaun dan setiausaha agung Datuk Dr Denison Jayasooria.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini pula menegaskan tindakan kerajaan sementara yang menggunakan harta awam dan kerajaan tidak melanggar undang-undang selagi belum masuk tempoh berkempen yang sebenar.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, kerajaan sementara hanya tidak boleh menggunakan harta atau aset kerajaan bermula tarikh penamaan calon 20 April ini hinggalah hari mengundi pada 5 Mei.

Ia bermakna semua ahli politik masih ada 10 hari lagi untuk berkempen secara bebas sebelum terikat dengan undang-undang waktu kempen sebenar.

Semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mempertahan tindakan BN menggunakan khidmat Jabatan Penerangan ketika majlis perasmian pusat operasi pilihan raya BN kawasan parlimen Batu di Kuala Lumpur Ahad lalu.

Beliau berpendapat, BN yang masih dianggap sebagai kerajaan sementara pada masa ini boleh berbuat demikian selagi tempoh kempen pilihan raya belum bermula.

Bagaimanapun banyak pihak melihat tindakan BN menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan politik mereka itu satu tindakan tidak wajar.


09 April 2013

PAS bertanding di 22 kerusi DUN diPerak

PAS Perak telah mengumumkan akan bertanding 22 kerusi Dun pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) ini.Perkara tersebut diumumkan oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien dalam satu program di Markas PAS Kg Permatang, Pasir Panjang, Manjung, dekat sini.

Katanya, satu pertambahan kerusi telah diperoleh apabila Dun Changkat Jering yang sebelum ini ditandingi PKR telah diserahkan PAS.“PAS akan bertanding 22 kerusi pada PRU13 ini, pertambahan satu kerusi daripada pilihanraya yang lalu.

Dun Lintang yang Dulunya milik PKR diberikan kepada PAS bertukar secara sepakat dengan Dun Kenering,” katanya ketika berucap dihadapan ribuan hadirin.

Hadir sama ialah pimpinan PAS Perak dan seluruh jentera di semua kawasan.

Ustaz Abu Bakar turut mengumumkan beberapa calon yang akan bertanding pada PRU13 ini termasuklah AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad yang kembali ke parlimen Bukit Gantang.

Mantan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin pula diamanahkan bertanding di Dun Changkat Jering dan calon Dewan Muslimat, Hajjah Rohawati Abidin menggantikan Nizar di Dun Pasir Panjang.

Sementara itu, Jurutera, Kapten (B) Ir Mazlan Othman diumum bertanding di Dun Lintang.Jelasnya, calon-calon lain akan diumumkan secara serentak bersama Pakatan Rakyat dalam satu majlis besar yang akan diberitahu kelak,” jelas beliau lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, dalam satu program di Taman Bungai Raya, Kuala Kangsar, Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar telah mengumumkan Drs Khalil Idham Lim bertanding di parlimen Kuala Kangsar.

Dalam PRU12 yang lalu, PAS berjaya memenangi 6 kerusi Dun iaitu Pasir Panjang, Changkat Jong, Gunong Semanggol, Titi Serong dan Selinsing.

DAP telah memenangi semua 18 Dun yang ditandingi manakan PKR menang 7 kerusi.Dengan kemenangan itu,Pakatan Rakyat telah berjaya menubuhkan kerajaan baru dan Sultan Perak memperkenan Dato’ Seri Nizar Jamaluddin daripada PAS sebagai Menteri Besar.

Namun kerajaan Pakatan Rakyat hanya bertahan 11 bulan setelah BN menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat itu secara zalim dan tidak bertamadun.

Mat Sabu di Pendang...HM di Putrajaya

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengumumkan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Pendang, manakala Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.  

Selain itu, dua lagi Naib Presiden PAS iaitu Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub masing-masing akan bertanding di Parlimen Pokok Sena, Kedah dan Pulai, Johor.  

Pengumuman calon-calon tersebut dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada satu sidang media di Pusat Media PAS di Pejabat Agung parti itu sebentar tadi.  

"Saya sendiri saya tak boleh umum, biar negeri yang umum," katanya dalam nada berseloroh.   Ketika ditanya tentang kerusi yang akan ditandingi Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Tuan Guru Abdul Hadi dalam nada bergurau berkata "dia bertanding seluruh Malaysia".  

Mohamad Sabu kemudian mencelah dengan mengumumkan bahawa presiden PAS itu akan mempertahankan Parlimen Marang yang diwakilinya.  

Pada sidang media sama, Kerabat Diraja Terengganu, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad turut diumum sebagai calon PAS bagi Parlimen Kuala Terengganu manakala bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari pula di Larut, Perak.

Selain itu, Wan Aishah Wan Arifin juga turut diumum sebagai calon bagi Parlimen Jempol Negeri Sembilan.

06 April 2013

Panglima Perang Umno


Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai ketua kempen de facto BN menjelang PRU ke 13 ini. - Gambar fail.
Inilah wajah panglima perang Umno untuk PRU13

Sepuluh tahun selepas bersara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa teman Kabinet lamanya muncul semula kebelakangan ini sebagai wajah dalam kempen Barisan Nasional (BN) bertujuan untuk kekal berkuasa pada Pilihan Raya 2013.

Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam BN sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit.
Menjelang pilihan raya yang semakin dekat, wajah Dr Mahathir dilihat lebih ketara daripada pemimpin lain dalam parti kerajaan - selain Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang merentasi seluruh negara memberikan penerangan tentang formula perkongsian kuasa bertujuan menghidupkan sokongan kepada Najib khususnya.
Bekas perdana menteri tersebut telah bekerja keras sejak beberapa minggu ini terutamanya dalam memberikan sokongan kepada Najib, anak kepada bekas mentornya Tun Razak Hussein, kaedah yang berbeza sama sekali semasa yang tidak pernah dilakukannya semasa dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikannya pada Oktober 2003.

03 April 2013

Kuantan Lumpuh. ...mana Najib?

 Orang ramai di seluruh bandar ini dan kawasan sekitarnya merungut dan kecewa dengan masalah terputus bekalan air yang semakin kerap melanda sekarang ini.

Walau pun isu ini sudah berkali-kali diwar-warkan, namun nampaknya situasi yang melanda kini semakin teruk malah lebih memburukkan.

Berbagai aktiviti terjejas gara-gara masalah air yang melanda.

Malah, tidak kurang juga yang kecewa kerana semenjak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) masalah air di Pahang semakin kritikal dan cukup membimbangkan.

Difahamkan, kawasan yang terjejas ialah seluruh Jalan Kuantan By Pass dari Lapangan Terbang sehingga seluruh Indera Mahkota termasuk Pandan, Permatang Badak, Bukit Rangin, Seluruh Jalan Gambang dari Kemunting sehingga simpang Gambang termasuk Tanah Putih,Batu 3,Sg. Isap.

Permatang Badak,Taman Tas, Seri Mahkota,Jaya Gading,Sri Damai,Kem Batu 10, Sri Fajar, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Seluruh Jalan Sungai Lembing dari Indera Mahkota sehingga Bukit Bakong termasuk Kg. Pandan, Taman Impianku,Bukit Kuin, Batu Sawar. Seluruh Kawasan Galing, Air Putih, Bukit Sekilau, Jalan Hj. Ahmad sebahagian Bukit Ubi dan Jalan Lim Hoe Lek.  

Turut terlibat ialah seluruh Jalan Pekan sehingga Kg.Ubai termasuk Inderapura, Indera sempurna, Tanjung Lumpur, Peramu, Sg.Soi, Berjaya Permai dan sekitarnya.


PAS tanding 76 kerusi Parlimen

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap agihan  kerusi antara PAS dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah selesai dan "kalau ada pun telalu kecil sangat yang melibatkan masalah teknikal".

Sehubungan itu, katanya, PAS akan bertanding 76 kerusi parlimen - bertambah 10 kerusi berbanding pilihan umum lalu dan 237 kerusi DUN.

Hadi menyatakan demikian ketika menjawab soalan dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti itu pagi ini untuk mengumumkan calon-calon kerusi Parlimen.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir dalam sidang media itu turut mencelah ada "dua atau tiga" kerusi DUN berkurangan berbanding pilihan raya lalu.

Abdul Hadi juga berkata parti itu juga akan meletakkan calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan lebih 20 calon dari Dewan Muslimat.

Ahli parlimen Marang itu juga berkata calon parti juga akan bertanding di kawasan yang dianggap kerusi dengan pengundi campuran dan menegaskan PAS berjaya memecahkan benteng perkauman sehingga pengundi Cina boleh menolak calon komponen BN.

"Dan (mereka) mengundi calon PAS dan PKR yang bukan Cina dan India dan dalam keadaan fanatik Umno menyokong calon MCA, MIC dan Gerakan," katanya.  

Sementara itu dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi turut mengumumkan kemasukan bekas Duta Besar Arab Saudi dan Iran Datuk Adnan Othman ke dalam parti itu.

Adnan juga pernah berkhidmat secara kontrak sebagai pesuruhjaya tinggi Cranberra, Australia pada 2001.

01 April 2013

Gelang Patah bakal jadi kubur siapa?

Penasihat DAP Lim Kit Siang mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah untuk membolehkan rakyat Johor memilih sama ada untuk menguburkan kerjaya politik beliau atau masa depan bekas perdana menteri tersebut.

Cabaran itu disuarakannya bagi menjawab kenyataan Mahathir di negeri tersebut pada malam tadi, yang menggesa agar rakyat Johor menjadikan pilihan raya umum kali ini sebagai medan untuk menguburkan kerjaya politiknya.Lim (kanan) berkata, beliau juga mencabar demikian memandangkan Mahathir belum benar-benar bersara dari politik.

"Malah, beliau lebih kuat berbanding pada masa lain dari belakang tabir kuasa, dan lebih sibuk berbanding semasa beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun, dengan kenyataan harian untuk menyusun atur kepimpinan Umno dan BN.

"Mahathir menggulingkan Tun Abdullah (Ahmad Badawi) sebagai perdana menteri dalam pilihan raya umum 2008 dan mengancam secara terbuka untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri sekiranya gagal meraih keputusan pilihan raya

lebih baik berbanding Abdullah.

"Tidak berlebihan jika dikatakan bahawa Mahathir sebenarnya perdana menteri sebenar, orang yang paling digeruni Najib kerana Mahathir adalah orang yang masih boleh menentukan masa depan politik Najib," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam ucapan pada malam tadi, Mahathir (kiri) turut meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.

"Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi 'kubur' kepada Lim Kit Siang.

"Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor.

Mahathir merayu-rayu. ..drama biasa che det

Apa lagi yang boleh diharapkan oleh PM DS Najib dan BN Johor melainkan menggunakan Che Det untuk merayu-rayu hingga mendayu-dayu agar rakyat Johor disaran tidak membenarkan sama sekali calon Pakatan Rakyat (PR) menang sama ada kerusi Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rekod dan prestasi Johor sebagai 'deposit tetap' Barisan Nasional (BN) perlu dikekalkan.

"Melalui apa yang media laporkan, mereka (pembangkang) mahu bertanding di Johor. Jadi saya mahu tidak ada calon dari parti lawan dibenarkan menang di Johor.

"Kekalkan rekod Johor, prestasi Johor sebagai 'fixed deposit' BN," katanya semasa berucap pada program Bicara Perdana BersamaPemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.

Pada kali ini, dua pemimpin kanan PR iaitu Lim Kit Siang dan Salahuddin Ayub masing-masing Penasihat DAP dan Naib Presiden Pas akan bertanding di Johor.

There was an error in this gadget

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini