31 May 2013

En Khir Toyo kata dia "dikambing hitamkan"

Bekas menteri besar Selangor, Dr Khir Mohd Toyo mendakwa beliau dijadikan contoh untuk menunjukkan kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telus dan mahu membanteras rasuah.

Dalam tulisan di blognya hari ini, Khir - yang dikekalkan hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Rayuan semalam - berkata beliau sudah "putus harapan" dan pesimis sekalipun merancang untuk merayu kesnya di Mahkamah Persekutuan.

"Saya sudah tidak peduli lagi jika keputusan telah dibuat untuk memenjarakan saya sebagai ikon untuk menunjukkan kerajaan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ini telus dan mahu membanteras rasuah. Biarlah luncai terjun dengan labu-labunya," tulis Khir dalam blognya.

Semalam Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan bersalah terhadap Dr Mohd Khir bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.

"Semalam, peguam saya, Datuk Seri Shafee Abdullah bangun mengemukakan pertanyaan kepada tiga orang panel hakim hari ini, 'Apakah benchmark atau tanda aras untuk menyatakan pembelian ini merupakan satu pembalasan yang tidak mencukupi.'

"Pertanyaaan ini bukan sahaja tidak dijawab oleh Hakim Mahkamah Tinggi tetapi juga oleh tiga panel hakim Mahkamah Rayuan. Ini bermakna saya tidak mungkin mendapat sebarang perbicaraan yang munasabah pada akal logik," katanya.

29 May 2013

Selepas Daim...Zam pula kondem DS Najib

Dalam tulisan di blognya, zamkata.blogspot.com semalam, beliau berkata usaha Najib untuk menonjolkan diri sebagai pemimpin popular menyebabkan perdana menteri itu dilihat sebagai seorang yang meniru orang lain dan bukannya seorang pemimpin.

Katanya, beliau juga melihat Umno dalam keadaan "panik" apabila timbul cadangan untuk menjadikan BN sebagai sebuah parti tunggal.

"Sesuatu cadangan yang serius patut dikemukakan dalam keadaan tenang bukan dalam keadaan masih ribut. Tidakkah ini menunjukan pemimpin-pemimpin UMNO berada dalam keadaan panik.

"Jika mahu uji pandangan akar umbi pun bukanlah masa sekarang ini," tulis Zainuddin yang juga pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu.

Beliau mengkritik pengedaran kain rentang 'I love PM' pada kempen pilihan raya umum ke-13 yang menurutnya mungkin diilhamkan oleh penasihat Najib.

Katanya, tindakan tersebut hanyalah untuk menunjukkan kepada Najib bahawa pengerusi BN itu telah mendapat sokongan khususnya daripada masyarakat Cina di Malaysia.

Sikap yang ditunjukkan oleh golongan pengundi berkenaan dalam pilihan raya umum lalu adalah sebaliknya.

Dalam tulisan itu, Zainuddin berkata Najib ditonjolkan sebagai pemimpin yang hidup seperti rakyat biasaa dan sanggup makan dan minum bersama rakyat antaranya di gerai, kafe dan gerai mamak.

"Penasihatnya berfikir bahawa gambar ini akan menunjukan Najib yang elitis dari keluarga bangsawan hidup seperti rakyat biasa tetapi kepada rakyat adalah 'luar biasa' kerana tidak pernah mereka terserempak dengan Najib di tempat-tempat begini.

"Lebih luar biasa apabila diiringi oleh pengawal dan pembantu peribadi. Nampaklah kepura-puraan," kata Zainuddin.

27 May 2013

PRU13 : Penasihat PM wajar dipecat

Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya 5 Mei kerana kesilapan strategi digunakan oleh penasihat Datuk Seri Najib Razak dan pergaduhan dalaman parti, kata bekas menteri Umno Tun Daim Zainuddin.
Menjelang pilihan raya, pemerhati mendapati Najib telah menggunakan populariti peribadinya untuk membantu BN mendapatkan semula majoriti dua pertiga di Parlimen — mereka hilang pada 2008, yang mana Daim mengatakan sebagai pendekatan salah.
“Betul, anda perlu tanya BN. Tetapi pada pandangan saya, ia adalah strategi salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah pilihan raya Parlimen dan bukannya pilihan raya presiden.
“Penasihat PM kena dipecat. Jika anda menyamakan undi untuk BN sama dengan undi untuk dia, kelemahan keputusan BN berkait dengan dia juga,” kata Daim dipetik dari transkrip temuramah dengan China Press, yang disiarkan dalam blog wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.
“Saya sentiasa mengingatkan kepada mereka, angka besar menghadiri ceramah BN tidak diterjemahkan kepada undi. Jangan cuba melawan angka dia (Anwar) dengan angka lebih besar hadirin yang kamu dapat. Biar Anwar jadi penghibur (meminjam istilah Financial Times). Kita bukan penghibur, kita tak tahu macam mana nak menyanyi, menari dan buat lawak. Memilih kerajaan adalah urusan serius, jadi tinggalkan strategi pelawak ini dan jangan main permainannya.”
Daim juga menyalahkan kegagalan BN untuk menang majoriti dua pertiga mengenai salah peruntukan sumber dalam usaha untuk menguasai kerusi bandar serta kerusi majoriti Cina.
“Jika saya tahu, sudah tentu BN tahu yang kawasan majoriti Cina sudah kalah. Kenapa buang masa dan wang? Sebagai strategi, anda seharusnya tumpukan di kawasan yang BN kalah dengan tipis pada 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, contohnya Pandan, mengapa ambil mudah?”
“Mari terima hakikat tiada tempat dalam dunia ini mudah untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Pengundi bandar di seluruh dunia adalah anti kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Tapi tetap banyak masa dan wang dibazirkan di kawasan bandar dimana keputusannya hampir pasti,” kata beliau kemudian.
Daim diminta untuk memberi komen tentang Pulau Pinang, dimana NGO politik Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang yang berbelanja banyak menyediakan makan malam percuma dan konsert dengan bintang besar beberapa minggu menjelang hari mengundi.
“Orang-orang ini adalah amatur. Mereka adalah orang gila. Mereka fikir mereka pandai dan buang duit merata. Lebih baik beri kepada kebajikan.
“Kenapa BN benarkan acara bodoh seperti ini? Rakyat rasa diperbodohkan kerana mereka tahu anda fikir mereka boleh dibeli dengan wang, konsert dan makan malam. Jadi mereka datang untuk bersantai, makan free dan dihiburkan. Ini adalah pilihan raya. Ini perkara serius. Biarkan Anwar jadi penghibur.
Di Pulau Pinang, BN hanya menang 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas Pakatan Rakyat (PR) menang besar apabila mendapat 30 kerusi DUN.
Dalam respon kepada soalan lain, beliau mengatakan BN seharusnya memberikan tumpuan untuk memperjuangkan isu yang dekat dengan hati rakyat seperti rasuah, pentadbiran baik, keselamatan, pendidikan, inflasi, miskin kota dan graduan muda.
“Kerajaan sebaliknya memfokuskan tentang memberi bantuan. Anda beri makan malam sekali, rakyat akan berterima kasih. Beri mereka lima kali mereka fikir anda mahu membeli undi,” katanya.
Daim mengatakan kekalahan BN di Selangor disebabkan oleh pergaduhan dalaman, mengatakan ini disebabkan gabungan itu memilih calon yang salah dalam pilihan raya 5 Mei.
BN menang 12 daripada 56 kerusi DUN di Selangor, kurang daripada 20 kerusi yang mereka perolehi semasa 2008, akan tetapi mempertahankan lima daripada 22 kerusi Parlimen.
Beliau juga menyalahkan keputusan Selangor kepada pengarah pilihan raya negeri Datuk Seri Mohd Zin Mohamed yang beliau katakana telah tidak menghiraukan tindak balas dari bawah dengan memberikan jaminan kepada Daim kemenangan BN di kerusi di sana.
“Saya rasa Zain adalah pilihan yang salah. Dia digugurkan dari Kabinet oleh Najib kerana jelas dia tidak memikirkan beliau berkebolehan dan kemudian lantik dia sebagai setiausaha Umno Selangor. Saya tidak faham logik Najib,” kata Daim membangkitkan Ketua Pemuda Umno Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali telah melawan Mohd Zin dan ramai pemimpin Umno bahagian dikatakan berkempen menentangnya.
“Apabila anda bertanya kepada saya dalam wawancara lepas, saya kata terdapat masalah kesilapan calon. Ketua bahagian tidak gembira. Di kalangan (ahli) Umno sabotaj di mana-mana. Saya beritahu Zain senarai kerusi DUN bermasalah. Zain kata ya terdapat masalah tetapi BN boleh menang. Semua kerusi yang berada ditangan saya, BN kalah.
“Dengan calon salah yang tidak turun ke bawah, tidak menghiraukan ketua bahagian, tidak melawat ahli dan pengundi, anda tidak boleh menang,” kata Daim.
Daim mengaitkan pandangannya dengan bagaimana BN kalah di kerusi DUN Bukit Selambau dalam Parlimen Merbok, Kedah dimana dikatakan terdapat pergaduhan dalam BN berhubung dengan pemilihan calon.
“Mereka masih lagi bergaduh tentang kerusi DUN itu walaupun sehari sebelum pengundian. Saya kata kepada mereka mereka gila. Hanya undi BN. Beritahu mereka mereka hanya tinggal separuh hari untuk berkempen dan mesti dilihat bersatu.
“Mereka kalah dengan 500 undi kerana mereka tutup pondok panas mereka menjelang 4 petang, yakin mereka sudah menang. Saya SMS anda pada tengah hari bahawa BN telah menang Merbok akan tetapi masyarakat India di sana perlu bergaduh sehingga saat akhir mengenai calon dan kita kalah. Kita adalah musuh kita paling bahaya.”

Muhyiddin bukan selepas Najib

Jika anda ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin, anda pasti tidak dapat bersenyum mulai semalam. Itulah kata-kata sumber Umno kepada Harakahdaily tengah malam semalam.

Sumber Umno menghubungi Harakahdaily ekoran kenyataan Tun Dr Mahathir bahawa Umno-BN akan mengekalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai ketuanya kerana tiada calon lain yang lebih berwibawa.Mahathir dipetik berkata di satu forum di Jepun semalam dengan nada sebegini:  “Saya berasa parti akan menyokong beliau (Najib) kerana kurang alternatif.”

“Ini memberi tamparan kepada Muhyiddin yang merasakan selama ini beliau adalah 'Prime Minister material' di mata Mahathir.

Kini, Muhyiddin bakal terasa bahang kerana nyawa politiknya telah dipotong separuh oleh Mahathir,” kata sumber Umno kepada Harakahdaily.

Sumber Umno yang menelefon dari Jepun berkata beliau juga agak terkejut dengan kenyataan Mahathir.

Sepatutnya Mahathir apabila melihat Khairy Jamaluddin dalam kabinet akan terus timbul rasa nak cantas Najib. Tapi kenyataan yang merugikan Muhyiddin itu cukup pelik.

Secara tidak langsung, ini menghantar mesej kepada keseluruhan Umno bahawa Muhyiddin tidak sesuai jadi timbalan kerana tidak layak mengganti Najib, sekiranya berlaku apa-apa pada Najib,” kata beliau lagi.

Minggu lepas, sumber Umno itu berkata Muhyiddin tiada cara untuk menyelamatkan diri selain mencabar Najib sebagai Presiden Umno dalam pemilihan parti akan datang.

Ini kerana katanya, jika Muhyiddin memilih untuk mempertahankan jawatan, sudah pasti ada orang yang mencabarnya seperti bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan juga Pengerusi Felda Datuk Seri Isa Samad.

"Muhyiddin kini keseorangan di atas. Mahathir pula seolah-olah sudah menikamnya. Seperti yang saya kata, Muhyiddin terpaksa cabar Najib untuk menyelamatkan diri,” kata sumber Umno itu.

Harakahdaily sempat bertanya kepada sumber Umno apakah mungkin Najib dan Muhyiddin bersama-sama mengisytiharkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

“Boleh kalau mereka boleh puaskan hati semua warlord dan kini saya percaya antara Najib dan Muhyiddin pun tak dapat satukan semua warlord. 

"Najib sudah pasti akan cuba umum jawatan Presiden tidak perlu dipertandingkan, tapi timbalan, susah nak halang orang mencabar Muhyiddin sebab ramai calon yang layak mencabarnya, tidak seperti Najib,” kata beliau sebelum menamatkan perbualan.

25 May 2013

Umno berada dijalan mati

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal menandakan Umno kini sudah berada di jalan mati.

Menurutnya, sambutan baik Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yasin terhadap cadangan itu membuktikan BN mengakui bahawa perjuangan berasaskan bangsa yang selama ini diperjuangkan oleh komponen parti itu sudah tidak relevan lagi di Malaysia.

"PAS sejak dahulu lagi sering menegaskan, perjuangan berasaskan bangsa tidak akan ke mana.

Akan sampai di satu jalan mati, Umno akan terpaksa berpatah balik semula ke belakang," kata bekas menteri besar Kelantan itu dalam satu kenyataan melalui laman facebooknya hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:Saya membaca kenyataan Timbalan Presiden UMNO hari ini yang dilaporkan menyambut baik cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal. Menurutnya cadangan ini adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan.

Menurut laporan, kenyataan ini dikeluarkan oleh beliau sewaktu berada Phuket dalam satu lawatan kerja di sana.

Pada saya, ini menandakan bahawa UMNO sendiri mula sedar perjuangan berasaskan bangsa sudah tidak relevan lagi di Malaysia.

Sekalipun UMNO menang di kebanyakan kerusi yang ditandingi, tetapi kemerosotan Barisan Nasional di parlimen membuktikan bahawa UMNO hanya disokong oleh orang-orang Melayu yang berada di luar bandar.

Golongan inilah yang masih termakan umpan UMNO sehingga tertelan dengan mata kail.

PAS sejak dahulu lagi sering menegaskan, perjuangan berasaskan bangsa tidak akan ke mana.

Akan sampai di satu jalan mati, UMNO akan terpaksa berpatah balik semula ke belakang.

Di dalam syurga dan neraka kelak, penghuninya tidak ditentukan atas nama bangsa.

Rasulullah SAW di dalam bulan Rajab ini diisrakkan oleh Allah SWT ke langit dan baginda telah diperlihatkan syurga dan neraka.

Carilah di dalam hadis berkenaan kisah ini, tersuakah kita dengan kalimah bangsa sebagai faktor penghuni syurga atau neraka?

Sedikitpun tidak, tetapi UMNO berkokok membela Melayu bagaikan itulah segala-galanya bagi UMNO tanpa menyedari bahawa tempikan seperti itulah yang menjadi punca pemecah belah masyarakat.

Saya bukan anti Melayu, tetapi saya anti perjuangan hipokrit UMNO yang banyak menipu dalam segala hal. Dalam nampak bersungguh membela Melayu, Melayu Kelantan ditindas lebih dua dekad hanya kerana memilih PAS di dalam pilihanraya.

Royalti dinafikan, projek lebuhraya dicabut, peruntukan perumahan entah kemana dan banyak lagi senarai kezaliman UMNO kepada Melayu Kelantan. Sebab itu jika UMNO menjerit bela Melayu, pada saya itu maknanya UMNO sedang berbohong.

Jika dikatakan UMNO bela Islam, itu juga satu pembohongan. Betapa banyak karat jahiliyyah yang UMNO tinggalkan di Kelantan terpaksa dibersihkan oleh PAS apabila mengambil alih pentadbiran pada tahun 1990?

Adakah itu bukti UMNO bela Islam. Begitu juga dengan demokrasi, pun dinafikan oleh UMNO. Ketelusan di dalam pilihanraya, kebebasan bersuara dan akses kepada media yang sepatutnya menjadi inti utama kepada demokrasi pun tidak wujud di Malaysia.

Lantas, jika Melayu pun tidak dibela, Islam pun ditolak dan demokrasi pun dinafikan, apa lagi yang ada pada UMNO?

Cukup-cukuplah membohongi rakyat.

Sekian.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS)

23 May 2013

Political animal in the jungle

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Datuk Seri Noh Omar tidak perlu untuk menyuruh rakyat yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihan raya negara ini "duduk di dalam hutan" kerana sememangnya Malaysia sudah pun seperti berada dalam hutan.

Menurutnya, negara ini sebenarnya sedang ditadbir menggunakan undang-undang rimba, sehingga membenarkan segala penipuan pilihan raya berlaku secara berleluasa.

"Rakyat bukan nak masuk hutan sebab mereka rasa memang duduk dalam hutan dah apabila negara ditadbir guna undang-undang rimba, "political animal in the jungle"," kata beliau lagi.

22 May 2013

Menteri tidak sah

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, upacara mengangkat sumpah dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri baru-baru ini tidak sah dan terbatal.

Menurutnya, walaupun kelima-lima mereka telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong minggu lalu, ianya tidak sah kerana kelima-lima mereka perlu mengangkat sumpah sebagai Senator terlebih dahulu sebelum mengangkat sumpah sebagai Menteri atau Timbalan Menteri.

“Sepanjang 56 tahun Malaysia merdeka, ini merupakan kali pertama saya melihat situasi sebegini kerana ini merupakan kesalahan besar membabitkan perlembagaan. Mengapa ia berlaku sekarang?

“Ini kerana sehingga kini kelima-lima mereka belum lagi mengangkat sumpah sebagai Senator untuk membolehkan mereka dilantik sebagai Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet baru Najib,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, sehingga kini, Datuk Seri Najib masih lagi membisu mengenai pelantikan dua Menteri iaitu Datuk Paul Low Seng Kwan dan Datuk Seri Abdul Wahid Omar serta tiga Timbalan Menteri iaitu Waytha Moorthy, Datuk Dr J Loga Bala Mohan dan Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Najib sepatutnya mendedahkan siapa yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap kesalahan yang memalukan Yang di-Pertuan Agong ini sehingga menjadikan Malaysia bahan ketawa di kalangan komuniti diplomatik dan antarabangsa.  jika saya salah sila bidas.

“Jika dua Menteri dan tiga Timbalan Menteri itu tidak juga mengangkat sumpah sebagai Senator, ini bermakna pelantikan mereka boleh dianggap tidak sah dan boleh dicabar,” katanya.

21 May 2013

Zahid terus dibidas

Walaupun dilihat berkobar-kobar untuk menjalankan tanggungjawab di kementerian yang baru, beliau nampaknya terus dihentam dari pelbagai sudut.

Kali ini disifatkan pula mengamalkan politik rimba serta politik primitif yang telah ketinggalan zaman.

Demikian gambaran Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Rakyat merasa bimbang negara menuju kemusnahan jika dipimpin oleh pemimpin seperti ini," ujarnya dalam satu kenyataan media.

Nasrudin yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat berkata tindak tanduk Ahmad Zahid yang mengeluarkan kenyataan beremosi mencerminkan Kabinet seangkatannya sebagai tidak cerdik, tidak matang dan tidak berfikiran jauh.

"Baru seminggu dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid sudah mula menunjukkan taring jantan dan kuasa besarnya sebagai pemimpin kerajaan.

"Kenyataan Zahid itu bersifat dendam, emosi tidak bertempat dan kurang cerdik.

"Dengan angkuh dan bongkak beliau menyarankan agar mereka yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia supaya meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari," katanya yang dipetik dari akaun Facebooknya semalam.

Nasrudin berkata demikian mengulas kenyataan Naib Presiden Umno yang menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya yang digemari.

Beliau yang dipetik menyarankan Ahmad Zahid supaya belajar daripada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, biarpun masih mentah bergelar menteri namun mempunyai akal yang panjang.

"Beliau tidak melatah dan bersikap dendam terhadap musuh politiknya sebaliknya bersikap ‘gentle’ dengan mendamaikan, bukan menjarakkan jurang politik.

"Inilah politik baru yang diinginkan oleh rakyat dan bersikap terbuka dalam sesuatu perkara, bukan menghukum membabi buta," tegasnya.

Katanya Ahmad Zahid sepatutnya berterima kasih kepada rakyat kerana rakyat masih sayangkan negara dan bersikap patriotik hingga sanggup berhimpun untuk menuntut sistem pilihan raya yang adil, bersih dan telus.

"Rakyat tidak mahu sistem pilihan raya berlangsung dengan penipuan, penyelewengan dan kecurigaan. Ia akan memberi kesan terhadap kerajaan dan pemimpin negara yang dipilih.

"Rakyat tidak mahu pemimpin yang menipu, korup, zalim dan ditolak oleh rakyat sebagai pemimpin mereka.

"Rakyat merasa bimbang negara menuju kemusnahan jika dipimpin oleh pemimpin seperti ini," katanya.

19 May 2013

Air Asia Bankrap?

Seminggu lagi bankraplah Air Asia X sebab bejuta juta ahli veteran Umno akan boikot syarikat penerbangan tu. Rupanya ini penerbangan resmi ahli kelab vateran Umno?

Jutaan wang colection dari cukai syarikat tersebut akan hilang dari kantung kerajaan persekutuan.

Umno memang hebat sebab Persatuan Veteran Umno mengeluarkan arahan kepada anggotanya supaya memboikot perkhidmatan penerbangan tambang murah AirAsia dan AirAsia X berikut kenyataan seorang pegawai tinggi syarikat AirAsia X yang didakwa mencerca akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Kih kih kih.... Minta laluan....nak termuntah.

TSKI sahkan kouta 4:3:3 untuk exco Selangor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan, agihan kerusi Exco untuk Selangor adalah PAS 4, PKR 3 dan DAP 3.

Beliau mengesahkan perkara ini melalui twitternya malam tadi.

"Agihan kerusi Exco: PAS 4, PKR 3 dan DAP 3. Senarai nama dihantar kepada Tuanku DYMM Sultan Selangor pada Jumaat lepas," tulis Khalid dalam Twitternya.

Semalam Harakahdaily menyiarkan berita PAS Selangor telah menghantar empat nama untuk dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Abdul Rani Osman berharap keempat-empat nama yang dikemukakan itu dipilih sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor penggal kedua ini.

Namun beliau enggan untuk mengesahkan senarai empat wakil rakyat PAS itu untuk mengelakkan adanya perkara sebalinya berlaku.

"Kita kemukakan empat nama, dan tidak semestinya keempat-empat itu terpilih menjadi exco. Dan kemungkinan juga satu nama untuk jawatan Speaker dan tiga lagi untuk exco. Ianya terserah dan terpulang kepada Sultan," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

Khalid mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar untuk penggal kedua pada 14 Mei lalu turut mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dikekalkan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor.

“Pengalaman beliau dijangka terus main peranan penting dalam pentadbiran negeri,” ujarnya.Sehingga semalam, hanya DAP sahaja yang mengesahkan Adun Sungai Pinang dan Seri Kembangan, Teng Chang Khim dan Ean Yong Hian Wah mewakili parti itu sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

DAP dijangka akan mengekalkan kerusi Speaker kerana parti itu juga menang jumlah bilangan kerusi DUN yang sama dengan PAS.  

Jika ini berlaku bermakna ketiga-tiga parti Pakatan mendapat ekuiti yang sama dalam kerajaan negeri Selangor dengan PKR mendapat kerusi MB manakala DAP mendapat kerusi Speaker Dewan Undangan Negeri.

Pada PRU13, DAP dan PAS masing-masing memenangi 15 kerusi Dun sementara PKR pula 14.

Muhyiddin bakal tersungkur ditangan perwakilan Umno

Di pemilihan Umno akan datang, sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih untuk tidak mengambil risiko untuk mencabar Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan mempertahankan jawatannya, itu adalah penamat kareer politik buat beliau.

“Kedudukan Najib sekarang hanya seorang saja yang mampu mencabarnya iaitu Muhyiddin. Tapi di tempat Muhyiddin, ramai calon yang bakal mencabarnya contohnya (bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd) Ali Rustam, (Pengerusi Felda Tan Sri) Isa Samad dan juga (Naib Presiden Umno Datuk Seri) Hishamuddin Hussein dan (Naib Presiden Umno, Datuk Seri) Shafie Apdal,” kata sumber Umno.

Jika Muhyiddin memilih untuk mempertahankan jawatan, kata sumber Umno itu, itu adalah langkah membunuh kareer politik beliau sendiri.

"Apakah Najib dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor) akan membantu Muhyiddin mempertahankan jawatan ataupun memilih satu timbalan yang baru yang boleh dijinakkan sehingga sampai Pilihanraya Umum ke 14? Muhyiddin tahu jawapan itu dengan jelas,” tambah beliau lagi.

Hujah beliau, nak atau tidak, Muhyiddin terpaksa mencabar Najib untuk menyelamatkan kareer politiknya dalam Umno.

"Muhyiddin rasanya boleh menggunakan Perkasa untuk memanjang hayat politik beliau. Perkasa kini melenting pada Najib apabila mereka disisihkan daripada kabinet tapi Hindraf pula diberi masuk.

 "Bila Perkasa melenting, tahulah kita apa perasaan dan pandangan Tun (Dr Mahathir). Kabinet yang diputuskan Najib kini menyebabkan sekurang-kurangnya tiga anak panah kini menghala ke beliau – satu dari Sabah/Sarawak, satu Tun dan satu Perkasa,” kata beliau.

Ketika ditanya mengapa beliau merasakan Muhyiddin tidak dapat mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Umno jika dicabar oleh Ali Rustam dan Isa Samad, beliau menjawab “paip air Muhyiddin tak cukup kuat.

"Jangan lupa kali ini 146,500 perwakilan akan mengundi. Ali Rustam sudah mencipta rekod di Malaysia dengan membuat kenduri kahwin anaknya RM600,000 untuk 60,000 orang.

Isa Samad pula ada Felda. Muhyiddin ada apa?” kata beliau dengan berseloroh.

“Di PRU13, BR1M RM500 senjata berkesan. Agak-agaknya apakah nilai BR1M untuk pemilihan Umno kali ini? Gabungan paip air siapa lebih besar akan menang perlawanan kali ini,” tambah beliau lagi.

Seramai 146,500 perwakilan Umno daripada 161 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan Umno pada akhir tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan parti pada 2009.

Kalau sebelum ini hanya perwakilan ke PWTC sahaja yang akan mengundi untuk jawatan tertinggi Umno, kali semua perwakilan dalam mesyuarat bahagian juga mengundi.

Menteri meliwat dan gesaan bodoh

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa gesaan agar rakyat yang tidak gembira dengan sistem pilihan raya supaya berpindah keluar dari negara ini adalah satu kenyataan sombong yang menghina rakyat.

"Kamu ingat negara ini bapa kamu punya? Ini cara menghina rakyat," kata Anwar dalam pidatonya di perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat edisi Negeri Sembilan malam tadi yang dibanjiri kira-kira 30,000 orang.

Beliau mengulas kenyataan itu yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam rencananya yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Mei 2013.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini turut membidas tulisan itu yang disifatkannya sebagai tidak masuk akal.

Menurutnya, kenyataan Zahid itu mewakili pandangan peribadi Zahid dan bukan seluruh jemaah menteri.

Menegaskan gesaan tersebut sebagai 'bodoh', Anwar dalam pidatonya turut membidas rencana tulisan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan tentang undi popular yang disiarkan akhbar sama, sehari selepas tulisan Zahid Hamidi diterbitkan.

Menurut Anwar, tindakan Ahmad menggunakan perkataan 'liwat' dalam tulisannya untuk membincangkan undi popular, adalah lucah dan tidak menghormati kebijaksanaan rakyat.

"Seorang lagi menteri Umno kata (pembangkang) jangan 'meliwat' fikiran rakyat."(Ini) cara yg paling lucah untuk menghina fikiran rakyat," kata Anwar.

Ahmad Maslan dalam tulisannya mengingatkan pembangkang yang harus faham undang-undang negara ini dan tidak harus 'meliwat' pengetahuan dan akal sendiri apabila mendakwa layak memerintah berdasarkan peratusan undi popular yang diperoleh mereka.

Menurutnya, undang-undang Malaysia menetapkan pemenang pilihan raya adalah berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi, dan bukan jumlah undi popular.

17 May 2013

Zahid : Tiada lagi kebabasan bersuara di Malaysia

Penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terkejut apabila Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang baru dilantik menjadi Menteri Dalam Negeri meminta rakyat yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia berhijrah ke negara lain yang menjalankan pilihan raya mengikut sistem yang digemari. 

“Mengapa DS Zahid boleh mengeluarkan kenyataan sebegini?” tanya beliau di dalam Facebooknya. 

Beliau juga mempersoalkan apakah salah jika rakyat mempersoalkan pelaksanaan sistem pilihan raya yang ada dan apakah perlembagaan negara kita menghalangnya. 

“Setahu saya, Perkara 10 Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bebas mengeluarkan pendapat, berhimpun dan berpersatuan,” jelasnya. 

Tambahnya, tidak ada satu klausa pun dalam perlembagaan yang membenarkan menteri untuk memberitahu rakyatnya supaya berhijrah ke negara lain hanya kerana berbeza pendapat dalam politik. 

“Jika kita akui negara kita adalah negara demokrasi, maka berdemokrasilah secara jujur,” ujarnya. 

Sebagai menteri, kata beliau Zahid sepatutnya membangkitkan kasih sayang dan semangat patriotik rakyat kepada negara, bukannya mengeluarkan kenyataan sebegitu. 

Sebagai menteri, kata Mohammad Agus, Zahid sepatutnya menggunakan masa untuk merancang mengatasi masalah keselamatan, jenayah, social ills dalam negara daripada menyerang rakyat yang mempunyai perbezaan politik dengan parti kerajaan.

“Saya mohon kita semua hentikan kenyataan sebegini hanya kerana kita mempunyai perbezaan politik. Ini adalah tanah air kita bersama. 

“Saya yakin, sebagai rakyat, kita semua mahu terus menyumbang bakti kepada negara kita ini mengikut keupayaan masing-masing, biarpun dalam bentuk yang berbeza. Malaysia adalah negara kita bersama,” katanya.

Menteri jangan racism

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengecam keras Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana mengeluarkan kenyataan sesiapa yang enggan menerima sistem pilihanraya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang  menjalankan pilihanraya mengikut kaedah yang digemari.

Kenyataan itu tambahnya, amat rasis dan tidak sewajarnya keluar daripada mulut seorang menteri yang baru dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri.

"Baru semalam dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi telah bertindak di luar batasan. Kenyataan itu bagaikan kebudak-budakan.

 “Sebagai menteri yang baru dilantik harus bersikap matang tidak melukai hati masyarakat Cina terutamanya yang juga merupakan rakyat sah di Malaysia," ujarnya semasa merasmikan program Fakta Sebenar Pakatan Rakyat Menang Undi Popular PRU13 di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) malam tadi.

Justeru, Lim yang juga Setiausaha Agung DAP mempersoalkan siapa rasis sebenarnya, adakah masyarakat Cina yang dikatakan membawa 'tsunami Cina' atau kepimpinan BN.

Kebangkitan rakyat pada PRU13 baru- baru ini, ujarnya bukan tsunami Cina tetapi satu gelombang rakyat yang menuntut sistem PRU agar lebih telus, adil dan tidak menipu.

"Bila berlaku kebangkitan rakyat khususnya orang Cina, kenapa kepimpinan BN naik angin seolah takutkan bayang-bayang.  

Maka, sebab itu selepas sahaja Pakatan Rakyat mencapai peningkatan politik mereka terus tabur berbagai kenyataan berbaur perkauman," jelasnya.

Turut menjadi ahli panel pada majlis itu ialah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Meng dan mantan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad manakala pengerusi Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil khir Johari.

16 May 2013

video hot : Husam Musa mengamuk

Perkasa di bakul sampahkan oleh Najib

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyifatkan pembentukan kabinet baharu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semalam sebagai bukti bahawa perjuangan akidah dan bangsa bukanlah merupakan agenda utama UMNO dan Barisan Nasional. 

Ini terbukti apabila berisan kabinet tersebut tidak banyak mengetengahkan individu-individu yang dilihat vokal dalam isu akidah dan bangsa Melayu.

Dari sudut akidah sebagai contoh, Datuk Seri Najib jelas mengambil risiko dengan melantik Datuk Mary Yap Kain Ching sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi.

Beliau yang merupakan Pengerusi Majlis Persekutuan Sekolah Mubaligh Kristian Malaysia ( Federation of Councils of Christian Mission Schools Malaysia) adalah merupakan antara tokoh yang memperjuangan status sekolah mubaligh agar disamakan dengan sekolah kebangsaan.

Hasil perjuangan beliau juga, sebanyak RM100 juta diagihkan kepada sekolah mubaligh di bawah Bajet 2013.

DPPNK ingin mempersoalkan apakah agenda Datuk Seri Najib membawa masuk individu sebegini di dalam Kementeria Pelajaran jika tidak untuk memperkasakan lagi sekolah-sekolah mubaligh dan dalam masa yang sama tiada tokoh yang akan memperjuangkan sekolah agama rakyat?

Tidakkah ini juga merupakan tindakan berisiko untuk silibus pengajian murid-murid di sekolah kebangsaan yang pastinya akan turut menerima kesan ialah anak-anak kita semua?

Demikian juga tindakan Datuk Seri Najib membawa masuk Pengerusi Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu (Hindraf) P. Waythamoorthy ke dalam kabinet sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mengenepikan suara-suara badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan bangsa Melayu turut dianggap sebagai umpan untuk menarik kembali undi bukan Melayu kepada Barisan Nasional. 

Dalam hal ini, DPPNK ingin sekali mengetahui sikap badan-badan bukan kerajaan seperti PERKASA dan JATI yang jelas hanya dibakul sampahkan dalam pembentukan kabinet ini.

14 May 2013

Lawan Dr Mariah letak jawatan SUA MIC

Setiausaha agung MIC S Murugesan hari ini melepaskan jawatan tersebut, susulan ekoran kegagalannya untuk merampas kerusi parlimen Kota Raja dari PAS dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Katanya, beliau akan bercuti untuk seketika dan akan kembali untuk berkhidmat dalam parti itu sebagai anggota jawatankuasa pusat dan pengerusi cawangan.

Murugesan berkata, beliau telah memaklumkan rancangannya itu kepada presiden parti, Datuk Seri G Pananivel sebelum ini dan mengulangi janji itu pada minggu lalu.

Beliau mengumumkan perkara itu selepas memberi masa beberapa hari kepada presiden untuk mencari penggantinya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri G Palanivel kerana memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat sebagai setiausaha agung...,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

MP PAS Dr Siti Mariah Mahmud mengekalkan kerusi Kota Raja dalam pilihan raya tersebut dengan majoriti 29,395 undi.

Murugesan mendapat 29,711 undi berbanding 59,106 undi yang diperolehi Siti Mariah. Dua lagi pencabarnya merupakan calon Bebas.

13 May 2013

Pecat Mohd Noor dari SPRM

Naib Presiden PKR N Surendran menuntut supaya bekas hakim mahkamah rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah dipecat daripada jawatankuasa pengaduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran kenyataannya yang dianggap bersifat perkauman semalam.

Surendran, anggota Parlimen baru Padang Serai berkata, Mohd Noor tidak sesuai memegang jawatan yang memerlukan kepercayaan awam.

"Kerajaan BN harus segera memecat Mohd Noor Abdullah daripada kedudukan yang memerlukan kepercayaan awam. "Kenyataan Mohd Noor membuatkannya tidak layak untuk memegang sebarang kedudukan yang perlunya kepercayaan awam," katanya.

Surendran berkata, kenyataan Mohd Noor harus disiasat bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, berhubung kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Mohd Noor antara lainnya menyeru golongan Melayu agar bertindak lebih agresif untuk mempertahankan hak serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha merampas kuasa politik.

Moga TGNA setuju permintaan TGHH

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kekal memegang jawatan Pesuruhjaya PAS negeri Kelantan seperti mana biasa.

Bercakap kepada Harakahdaily Tuan Guru Abdul Hadi berkata, hasrat itu disampaikannya kepada bekas Menteri Besar Kelantan itu pada pertemuan dengan TG Nik Aziz sendiri di JKR 10, pagi tadi.

Menurut Abdul Hadi, perjuangan PAS khususnya di Kelantan masih memerlukan idea serta pandangan dari Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang yang mempunyai ilmu agama.

Pertemuan secara tertutup itu turut dihadiri isteri Tuan Guru Abdul Hadi, Toh Puan Seri Zainab.

Sehubungan itu katanya, Tuan Guru Nik Aziz yang kini sudah melepaskan jawatan mneteri besar, dinasihatkan menggunakan ruang masa yang ada untuk menjaga kesihatan.

"Kena banyak rehat. InsyaAllah kerana perjuangan Islam ini memerlukan orang sepertinya.

Dua hari lalu Tuan Guru Nik Aziz menyatakan hasrat bersedia untuk melepaskan jawatan pesuruhjaya PAS negeri kerana berpendapat lebih wajar jawatan tersebut dipimpin menteri besar.

12 May 2013

Hentikanlah ucapan menghasut

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya tersebut hari ini, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu itu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.

"Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi," katanya, mengulas keputusan pilihan raya tersebut. 

Dakwaan mengenai pengkhianatan orang Cina itu mula timbul apabila keputusan pilihan raya umum 5 Mei menunjukkan BN hanya mampu menguasai 133 kerusi parlimen, berbanding 140 dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Bagaimanapun, Umno yang banyak bertanding di kerusi majoriti Melayu berjaya memperolehi sembilan lagi kerusi, berbanding hanya 79 kerusi pada 2008, walau parti BN yang bertanding di kerusi majoriti Cina – MCA dan Gerakan – kalah teruk dalam pilihan raya kali ini, 

Di sisi Pakatan Rakyat pula, ramai calon Melayu menangdi kerusi campuran, malah turut menewaskan calon pencabar dari kaum Cina.

Dalam ucapan selanjutnya, Mohd Noor mempertegaskan amaran bahawa orang Melayu akan membalas dendam sekiranya dikhianati."...Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu.

Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah," katanya.

Beliau turut menganjurkan agar penyusunan masyarakat itu turut melibatkan pewartaaan kawasan rizab Melayu di kawasan bandar bagi membolehkan kaum Melayu membangun dan menguruskan perniagaan bersama kaum Cina.

"Perlembagaan menyatakan tanah rizab Melayu dah diisytihar selepas merdeka kekal sampai bila-bila. Lepas merdeka, menteri besar dan exco boleh isytiharkan kawasan-kawasan Melayu dan beri jaminan perlembagaan apa kita boleh buat.

“Tanah rizab hendaklah diisytihar di kawasan bandar supaya orang Melayu boleh berniaga di kawasan bandar yang sebelum ini dimiliki oleh orang Cina.

"Istilah cantiknya ialah menyusun semula masyarakat. Tapi istilah kasar ialah (membolehkan) orang Melayu berhijrah supaya gedung-gedung yang kita lihat dibandar sama-sama dimiliki, bukan melihat sahaja,” katanya.

Berucap dalam seminar yang dihadiri kira-kira 300 peserta itu, Mohd Noor mencadangkan agar penyusunan semula masyarakat itu dijalankan dalam tempoh 10 tahun.

Katanya, walaupun setelah 56 tahun merdeka, kekayaan orang Melayu masih lagi tidak mencapai sehingga 20 peratus di negara ini.

"Sudah 56 tahun berlalu, kita masih memiliki tidak sampai 20 peratus kekayaan negara ini.

"Susunlah strategi supaya dalam masa 10 tahun ini, Yang Dipertuan Agong mengarahkan badan berkuasa untuk jamin supaya kekayaan negeri ini dimiliki kita sebanyak 67 peratus.

"Orang Melayu harus kenal siapa sekutu kita, siapa saudara-mara kita,” katanya lagi.Turut hadir menjadi ahli panel ialah bekas pro-canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Abdul Rahmad Arshad serta timbalan presiden PAS Datuk Nasharuddin Mat Isa.

Sementara itu, Pengerusi DAP Karpal Singh dalam satu kenyataan medianya petang ini meminta supaya pihak polis menyiasat berhubung kenyataan Mohd Noor yang disifatkannya berbaur hasutan. 

Menurut Karpal, dengan bahasa yang digunakan sangat provokatif, beliau mendakwa kenyataan Mohd Noor itu bertujuan untuk menghasut. 

"Saya agak terkejut dengan kenyataan berbaur hasutan yang dibuat oleh bekas hakim mahkamah rayuan, Mohd Noor Abdullah yang mempunyai elemen hasutan. Tidak syak lagi, Mohd Noor telah gunakan bahasa yang sangat provokatif," katanya.

Kedah dapat PJ baru

PAS melantik Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar (gambar) sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik mengetuai jawatankuasa post mortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Marzuki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 petang tadi.

Dalam PRU 13, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun kalah di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Ustaz Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diebetis.

Mahfuz dalam PRU 13 menang kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Ustaz Azizan kekal di Dun Sungai Limau.

Namun begitu, PAS hilang lima Parlimen di Kedah iaitu Jerai, Pendang, Sik, Baling dan Padang Terap di samping kehilangan negeri Kedah.

Post morterm dipercayai dibuat bagi mengenalpasti punca sebenar kekalahan PAS di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan yang berlaku.

09 May 2013

Whats wrong with Azmin?

Selangor kini kubu Pakatan


PENCAPAIAN kemenangan Pakatan Rakyat di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dengan memperolehi lebih dua pertiga majoriti bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) merupakan satu pencapaian terbaik Pakatan Rakyat Selangor.

Dengan memperolehi kerusi sebanyak 44 kerusi Dun jika dibandingkan Barisan Nasional (BN) yang hanya memperolehi 12 kerusi sahaja turut menyaksikan BN yang mempunyai masa depan yang gelap di negeri tersebut.

Pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) tahun 2008, Pakatan hanya memperolehi 36 kerusi sahaja dan BN mendapat 20 kerusi, menunjukkan peningkatan kerusi Pakatan Rakyat sebanyak lapan kerusi.

BN Selangor yang sebelum ini menggunakan slogan 'Sayangi Selangor, Yakini BN' dan pelbagai tawaran dalam manifesto mereka tetap gagal menarik perhatian pengundi Selangor, apatah lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang memegang jawatan sebagai Pengerusi BN Negeri Selangor turut gagal menjadi penyumbang undi kepada BN pada PRU13 yang lepas.

Kejayaan lebih dua pertiga majoriti yang di perolehi Pakatan Rakyat menunjukkan Selangor mampu mengikut jejak Kelantan yang mampu bertahan selama 23 tahun walaupun pelbagai serangan dilakukan BN untuk merampas negeri itu.

Sebelum ini, iaitu semasa pilihanraya tahun 2004 negara menyaksikan perbezaan kerusi dun di Kelantan hanya satu kerusi sahaja namun semangat muafakat dan kesetian kepada parti, PAS Kelantan mampu memerintah dengan baik sehingga tibanya PRU12.


(Dr Rani Othman, Pesuruhjaya PAS Selangor)

Senario ini perlu ditekankan di Selangor, jika negeri ini mahu menjadi salah satu kubu kuat Pakatan Rakyat untuk pilihanraya-pilihanraya yang akan datang dengan membuat penelitian serta gerak kerja baru untuk mempertahankan kerusi yang dimenangi serta menembusi kubu kuat BN.

Walaupun mendapat lebih dua pertiga majoriti, terdapat beberapa kerusi Parlimen dan Dun gagal dipertahankan oleh Pakatan Rakyat. Misalnya Dun Bukit Melawati menyaksikan kekalahan calon PKR, Manikavasagam Sundaram dengan majoriti 806 undi.

PAS yang menebus kekalahan di Dun Sabak melalui calonya Sallehen Mukhyi dengan jumlah majoriti sebanyak 399 undi, pada 2008 beliau yang juga bertanding di kawasan tesebut telah kalah kepada BN sebanyak 117 undi majoriti sahaja.

Sementara itu, DAP yang juga menunjukkan peningkatan sokongan dengan mengambil kembali kerusi di Dun Kuala Kubu Baharu apabila Lee Kee Hiong yang terpaksa bertembung lima penjuru dan mengalahkan calon BN sebanyak 1,702 undi.

Walaupun Selangor menyaksikan pertembungan yang yang ramai melibatkan calon Bebas sama ada peringkat Parlimen mahupun Dun, namun ia tidak memberi kesan kepada kemaraan Pakatan Rakyat untuk terus menguasai negeri itu bagi melaksanakan janji-janji manifesto sebelum ini.

Mungkin belum masanya untuk Pakatan Rakyat menebusi Parlimen Tanjung Karang, apabila keputusan kali ini menyaksikan BN terus menguasai kedua-dua dun yang berada di bawah parlimen itu, Pakatan Rakyat Selangor perlu mencari satu formula baru untuk menarik lebih ramai pengundi untuk menyokong parti itu nanti.

Melalui tinjauan yang dibuat sebelum berlangsungnya PRU13, faktor pengundi Melayu di Parlimen Tanjung Karang memainkan peranan utama kepada kemenangan sesebuah parti itu, dengan penguasaan 73.32 peratus, manakala kaum Cina hanya 16.61 peratus dan India 9.80 peratus dan lain-lain 0.27 peratus.


(Tan Sri Khalid Ibrahim, pemacu kejayaan Pakatan di Selangor)

Formula khusus perlu diketengahkan oleh Pakatan Rakyat Selangor untuk kaum Melayu di Parlimen Tanjung Karang jika parti itu mahu menembusi kubu kuat BN.

Berita mengejutkan apabila Parlimen Kuala Selangor gagal dipertahankan oleh calon PAS, Dr Dzulkefly Ahmad yang tewas kepada calon BN dengan majoriti yang kecil jika dibandingkan undi rosak iaitu 460. Ini kerana Dr Dzulkefly merupakan individu yang disenangi oleh seluruh penduduk Kuala Selangor dan senang didekati. 

Situasi kenapa undi rosak sebanyak 934 undi lebih tinggi dari undi majoriti perlu dikaji oleh seluruh jentera parti bagi mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

PAS mengorak langkah dengan bergaya apabila kubu kuat BN di Dun Templer ditembusi dengan jumlah majoriti yang besar iaitu 7,467 undi. Pada PRU 2008 kerusi tersebut dimenangi BN dengan majoriti sebanyak 613 undi dan pada 2004 PAS melalui calonnya Dr Mohd Hatta Md Ramli juga turut kalah dengan majoriti cukup besar iaitu 7,625 undi.

Untuk PRU13 PAS berjaya menembus kekalahan mereka dengan merampas kerusi tersebut dengan menang bergaya.

Penguasaan PAS terus merebak di Dun Dusun Tua apabila Razaly Hassan mengalahkan calon BN, Ismail Sani dengan jumlah majoriti 4,071 undi, Dun Seri Serdang juga menunjukkan keputusan mengejut apabila memperolehi majoriti 16,251 undi. Pada PRU 2008 PAS kalah di Seri Serdang dengan majoriti hanya 45 undi sahaja.

Konflik pertindihan kerusi di Dun Semenyih dan Kota Damansara memberi kerugian yang besar kepada Pakatan Rakyat yang memberi kemenangan percuma kepada BN.

Sepatutnya isu ini dapat diselesaikan lebih awal dan setiap parti perlu bertolak ansur agar ia dapat memberi kelebihan kepada Pakatan Rakyat.

Undi yang diperolehi oleh kedua-dua calon PKR dan PSM di Semenyih telah melebihi undi yang diperolehi BN begitu juga di Kota Damansara, namun kecuaian kedua-dua parti yang turut meletakkan calon menyebabkan Pakatan Rakyat Selangor kehilangan dua kerusi yang cukup berharga.

Pada PRU12, Dun Sementa kecoh apabila calon PKR tidak bertanding di kawasan tersebut sehingga memberi kemenangan percuma kepada BN, namun PKR menutup kesilapan mereka setelah Dr Daroyah Alwi menang di kerusi tersebut.

Mohamed Hanipa Maidin (gambar) menewaskan orang kuat BN Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed di Parlimen Sepang, walaupun beliau turun sebagai calon 'underdog' dan menumpaskan Mohd Zin di kawasan yang beliau menangi sebelum ini.

Kehilangan Dr Dzulkefly di Parlimen dan digantikan dengan Mohamed Hanipa walaupun dalam bidang berlainan setidak-tidaknya memberi kelebihan kepada PAS untuk berhujah dalam konteks yang lain.

Apa yang pasti kekuatan Pakatan Rakyat menguasai Dewan Undangan Negeri pada persidangan kali ini akan memberikan kekuatan baru untuk membawa Selangor ke arah yang terbaik, rakyat mengharapkan wakil-wakil yang dipilih dapat berhujah dengan lebih berkesan kerana dasar kejayaan sebuah kerajaan itu terletak kepada kepimpinan mereka yang dipilih.

Pada PRU13, Negeri Selangor menyaksikan jumlah pengundi seramai 2,048,828 orang dengan pecahan kaum Melayu 50.21 peratus, Cina 34.06 peratus, India 14.39 peratus dan lain-lain sebanyak 1.34 peratus.

PAS yang bertanding sebanyak 21 kerusi berjaya memperolehi 15 kerusi (2008 - 8 kerusi dimenangi), PKR bertanding 21 kerusi memperolehi 14 kerusi (2008 - 15 kerusi dimenangi) dan DAP pula bertanding sebanyak 15 kerusi berjaya memenangi kesemua kerusi yang mereka bertanding iaitu 15 kerusi (2008 - 13 kerusi dimenangi).

08 May 2013

Kata orang tua.. "kamu orang muda yang tak pandai bersyukur"

Kata orang tua...

Kamu orang muda, tak pandai bersyukur. Kamu lahir dalam kesenangan. Nikmat dari titik peluh kami dahulu.

Kami melawan penjajah untuk merdeka. Berperang dengan Jepun untuk pertahan tanah air. Berperang dengan Cina pada 13 Mei untuk pertahankan Raja Melayu.

Pertahankan hak bumiputera. Sanggupkah kamu serahkan negara ini kepada pendatang Cina?

Anak muda jawap...

Kalian orang tua sudah selesa. Kalian sudah ada sebidang tanah. Kalian sudah ada sebuah rumah. Kalian sudah ada kerja, gaji dan pencen. Dahulu, kalian mengaji percuma. Kami, belum habis mengaji sudah berhutang. Habis belajar, belum tentu ada kerja. Kalau bekerja, belum tentu boleh miliki kereta, rumah, dan tanah. Mahu makan sekali sehari pun susah.

Ya, benar. Jepun sudah pulang. Inggeris sudah berundur. Namun kami dijajah oleh bangsa sendiri. Melayu korup dan khianat. Membiar bangsa sendiri hidup melarat. Dahulu, meski dijajah, kamu masih boleh memiliki rumah sendiri. Kini, meski merdeka, kami hanya mampu menyewa.

Dahulu, demi mempertahankan tanah air, kita menghalau Joseph, Donald, Mizuno, Kozumi. Kini kita hanya berdiam diri ketika tanah kita dirampas oleh Mahmud, Muhammad dan Abdullah.

Kamu pinta kami berwaspada dengan Cina dan India? Tapi kamu import Indon, Myanmar dan Bangla? Kamu minta kami waspada dengan Cina, tapi mereka lebih prihatin tentang nasib kami berbanding Melayu, bangsa sendiri. Kamu minta kami berwaspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang merompak tanah kita. Kamu pinta kami waspada dengan Cina, tapi Melayu itu yang berdusta.

Saya masih ingat. Ketika anak Melayu bawah umur dirogol oleh pembesar Melayu, Cina yang dikutuk hari ini bangkit membela. Beliau (LGE) akhirnya dihukum penjara.

Kamu kata, Cina mahu hancurkan kita. Tapi yang dibina Melayu, roboh dan runtuh belaka. Kamu kata, Cina mahu kita binasa, tapi Melayulah yang merompak harta negara, merampas Royalti dari negeri yang mempunyai penduduk Melayu paling ramai.

Kamu kata, DAP benci Islam, tapi peruntukkan Islam dilipatganda berjuta-juta. Kamu dakwa UMNO bela Islam, tapi roboh masjid, tutup sekolah agama, sekat dakwah, batal biasiswa agama.

Kamu kata DAP rasis, ultra cina dan benci Islam, tapi Zairil Khir itu Melayu, Islam dan anak pemimpin UMNO. Lalu kami tanya, mana calon Cina dari UMNO? Mana calon Melayu dari MCA?

Kamu kata, Cina itu musuh kita. Saya tanya, jiran rumah kita siapa? Bermusuh dengan jiran bukan ajaran agama.

Kamu kata, mesti bantu Melayu kerana Cina semuanya kaya. Kami tanya, Ah Chong, penjaja sayur yang mengayuh basikal itu berbangsa apa?

Kamu kata, berpakat dengan Cina DAP haram. Kami tanya, MCA dan Chua Soi Lek itu Melayu?

Bila kami hormati Cina, kamu kata kami lupa asal usul. Yang kami ingat, kami berasal dari negara Malaysia yang berbilang bangsa, Cina, India Kadazan, Murut dan sebagainya.

Kamu kata, hanya BN yang boleh memerintah. Kami kata, Penang lebih cemerlang di bawah DAP, Selangor lebih maju di bawah PKR.

Malaysia apa yang kamu gambarkan kepada kami?

Kami inginkan Malaysia yang lebih damai. Warganya aman tanpa mengira bangsa dan keturunan. Kami tidak perlu memaki dan mengutuk Cina untuk membela Melayu. Kami anak Malaysia!

Semoga rakan-rakan Cina dan India saya tabah dalam menghadapi segelintir ultra Melayu yang nakal.

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini