22 August 2013

Perginya Seorang Pejuang

Hari ini 22 Ogos 2013, ketika ummat Islam masih lagi meraikan syawal, seorang lagi pejuang Islam di Kota Raja iaitu Tn Haji Jupri bin Haji Said atau lebih dikenali dengan nama Hj Aman meninggalkan kita buat selama-lamanya.

Berita pemergiannya diterima seawal  jam 8.00 pagi di Hospital KPJ Shah Alam setelah beliau dikejarkan ke hospital tersebut kerana mengadu sakit bahagian belakang badan malam tadi. Sebelum ini beliau pernah dirawat di hospital beberapa kali kerana keuzuran akibat tua. 

Tn Haji Jupri yang dilahirkan pada 25 Jun 1932 telah dijemput oleh Allah SWT menghadap-Nya ketika usianya menjangkau 81 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 10 orang anak. Almarhum adalah di antara pengasas Parti Islam SeMalaysia (PAS) di Kg Jalan kebun pada tahun 80an. Namun penglibatan beliau dalam PAS sebenarnya lebih lama lagi bersama adik beradiknya semenjak tahun 60an lagi. Abang-abangnya Almarhum Tn Guru Haji Ali Said dan Almarhum Tn Hj. Shamsuri Said adalah di antara pengiat PAS yang banyak jasanya kepada perjuangan dan kesedaran Islam masyarakat Kg Jalan Kebun bersama rakan-rakan seangkatan dengannya.

Saya mengenali secara rapat dengan almarhum pada tahun 1986 ketika saya masih lagi bersekolah dalam tingkatan 5. Pada ketika itu PAS cawangan Jalan Kebun telahpun wujud. Saya terlibat dengan program-program pentarbiyahan yang diadakan di markaz PAS Jalan Kebun yang didirikan bersebelahan dengan rumah abangnya Tn Hj Shamsuri.

Almarhum Tn Haji Jupri yang saya kenali memang seorang yang sangat hebat sifat peribadinya. Beliau adalah seorang yang berilmu, kental imannya dan tegas dalam perkara yang berkaitan soal akidah dan amalan Islam. Apatah lagi dalam soal perjuangan Islam yang beliau dokongi. Beliau gigih, berani dan sabar dalam menghadapi rintangan perjuangan walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada pemimpin dan penduduk  kampung. Beliau dan ahli keluarganya sudah lali dengan cacian dan fitnah yang dilemparkan oleh mereka yang membenci kepada kebenaran Islam yang dibawanya.

Hubungannya sesama ahli PAS juga amat erat. Beliau menghormati sesiapa sahaja ahli-ahli PAS tidak mengira umur dan kedudukan. Bahkan beliau bersifat terbuka, boleh menerima pandangan dan menyantuni saya seperti rakan-rakan dewasa yang lain walaupun usia saya terlalu muda ketika itu.

Sifat dermawannya juga amat teserlah. Buktinya, markaz PAS Jalan Kebun yang tesergam indah sekarangpun adalah di antara sumbangan-sumbangan besar daripadanya. Ketika PASTI Nurul Hidayah ditubuhkan pada tahun 1989, beliau adalah di antara individu yang banyak membantu dari sudut pandangan nasihat dan sumber kewangan. Sifat kepemurahan beliau mengingatkan saya kepada Almarhum Ustaz hj Hambari Hj Noor yang saya kenali di Bukit Naga. Mereka adalah pejuang kembar yang dilahirkan oleh Allah SWT untuk pejuang generasi hari ini mengambil iktibar daripada keikhlasan, kegigihan dan pengorbanan mereka.

Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati Almarhum Tn Haji Jupri bin Haji Said dan mengumpulkannya bersama para mujahid di sepanjang zaman. Amin
….
Catatan Azman bin Mohd Mah Husin
Sekretariat Ahli Parlimen Kota Raja

Selangor sahut cabaran Pusat

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau dan kerajaan negeri Selangor menerima cabaran Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili bagi mencari penyelesaian isu projek loji rawatan air Langat 2 dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.    

Abdul Khalid berkata beliau sudah memulakan mesyuarat dan menghantar pegawai kerajaan negeri untuk bertemu rakan sejawatan masing-masing di kementerian berkenaan bagi menentukan terma serta topik perbincangan bagi mesyuarat berkenaan.    

Kelmarin, Ongkili berkata pihaknya mencadangkan agar projek Langat 2, yang akan dibina bagi proses rawatan air mentah dari Pahang, perlu diteruskan namun kerajaan Persekutuan dan negeri perlu mencapai persetujuan bersama berhubung rundingan penyusunan semula industri air Selangor.    

"Kini terserah kepada Kementerian berkenaan," kata Abdul Khalid dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri semalam.

19 August 2013

BN Kedah kejam

Kerajaan Barisan Nasional (BN) Kedah sehingga sekarang gagal menyelesaikan gaji kakitangan Insaniah Holding Sdn. Bhd. yang telah tertunggak hampir empat bulan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pada sidang media menjelaskan tindakan tersebut umpama mendera 268 orang kakitangan yang terpaksa berdepan dengan kesulitan kerana tidak mendapat gaji.

Menurut beliau lagi, Kerajaan Kedah sepatutnya lebih perihatin dan mengambil tindakan segera untuk menyelesai tunggakan gaji yang memasuki bulan keempat.

"Saya kesal dengan tindakan kerajaan BN Kedah yang sehingga sekarang gagal menyelesaikan tunggakan empat bulan gaji kepada 268 kakitangan Insaniah Holding.

"Ini merupakan satu penderaan kepada mereka, yang mana kebanyakkan mereka terpaksa berhadapan dengan tunggakan hutang, apatah lagi pada Hari Raya lepas mereka menyambut dalam keadaan kewangan yang tidak mencukupi," jelasnya di Pejabat Agung PAS pagi ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang berdiam diri tanpa memberitahu jawatan mereka yang berada di dalam Kuin.

"Kita juga ingin mengetahui pendirian kerajaan negeri mengenai kedudukan jawatan kakitangan mereka di dalam Kuin.

"Ini perlu dijelaskan bukannya berdiam diri, kalau mereka hendak dipecat ia perlu diberitahu tetapi perlu diingat pemecatan mereka mestilah mengikut kontrak perjanjian bukan dengan cara membeku gaji mereka," sambung beliau lagi.

Jelasnya lagi, tindakan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mengatakan Insaniah Holding tidak mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri adalah amat mendukacitakan.

"Macam mana Mukhriz boleh kata Insaniah Holding tidak ada kaitan dengan kerajaan negeri, sedangkan ia merupakan anak syarikat kepada Kuin yang merupakan syarikat kepada kerajaan negeri."Ini jelas terkandung dalam minit mesyuarat Lembaga Pengarah Kuin pada 29 Mei 2009 yang meluluskan penubuhan Insaniah Holding.

"Saya tak tahu dari mana maklumat beliau dapat, sebagai Menteri Besar beliau perlu lebih perihatin dan mengkaji dalam soal ini," sambung beliau lagi.

Mahfuz menegaskan kerajaan negeri perlu menyelesaikan segera pembayaran tunggakan gaji kakitangan serta lebih prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh mereka.Katanya lagi, jika ingin melakukan rombakan segalanya perlu mengikut perjanjian kontrak yang telah dipersetujui.

17 August 2013

Realiti : Pengundi muda bersama BN

Reality : Kejutan PRU13: lebih ramai golongan muda Melayu sokong BN

Apa yang dijangkakan: Pakatan Rakyat (PR) menang mudah undi pengundi kali pertama dan golongan muda dalam Pilihan Raya 2013. Apa yang tidak dijangkakan: Barisan Nasional (BN) mendapat lebih undi Melayu dalam kategori ini.

Menjelang pilihan raya umum ke 13 (PRU13), tanggapannya adalah PR akan mendapat sokongan besar pengundi kali pertama dan pengundi muda kerana fokus mereka kepada pelbagai isu termasuk rasuah yang akan menjadi tarikan kepada pengundi muda.

Pembangkang juga mempunyai ahli politik muda seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar dan Liew Chin Tong yang mendapat sokongan daripada golongan muda Malaysia.

Tetapi, menurut Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian, ini tidak berlaku. Beliau mendapati majoriti pengundi kali pertama dan pengundi muda Melayu menyokong BN dalam PRU13, mencadangkan pembangkang tidak melakukan banyak untuk meyakinkan golongan muda Melayu, masa depan mereka cerah bersama PAS, PKR dan DAP.

Menurut Ibrahim, segmen ini akan menjadi lebih besar dalam pilihan raya akan datang kerana kadar kelahiran yang tinggi di kalangan Melayu.

Melihat perubahan terhadap populasi, pengundi Melayu akan menjadi terbesar dalam kategori pengundi baru dalam pilihan raya akan datang, menghampiri dua pertiga atau 64.17 % daripada pengundi baru yang mendaftar dalam tahun ini.

Jadi, PR perlu terus memperbaiki kedudukannya dalam isu hak Melayu dan gandingkan bersama penekanan kepada penciptaan peluang pekerjaan dan kekayaan.

Corak pengundian pengundi muda dan pengundi kali pertama dikumpulkan oleh Merdeka Center sebagai sebahagian daripada kajian pilihan raya umum baru-baru ini.

Terdapat lima saluran mengundi dan setiap daripadanya mewakili kumpulan umur pengundi.

Menurut badan tinjauan bebas itu, berdasarkan daftar pemilih digunakan semasa hari mengundi, terdapat lebih kurang 2.7 juta dan kebanyakan pengundi baru berada di kerusi campuran dan bandar.

Daripada lima saluran mengundi, kumpulan termuda adalah di bawah 30an dan 64.17% daripadanya terdiri daripada Melayu.

Peratusan keluar mengundi bagi semua kaum dalam kategori ini adalah 83.22%. Daripada keseluruhannya, hanya 52.96% mengundi PR.

Tetapi pengundi lebih tua daripada kumpulan ini condong menyokong pembangkang. Dalam kumpulan umur 31-40 tahun, 54.25% menyokong PR.

Komposisi etnik dalam kumpulan ini adalah 53.12% Melayu, 29.28% Cina, 7.61% India dan 10% lain-lain. Peratusan keluar mengundi hampir sama dengan kumpulan pengundi muda iaitu 83.47%.

“Pakatan Rakyat tidak mempunyai jalan lain tetapi mendekati Melayu, tangani ketakutan mereka mengenai kedudukan Melayu dan pada masa sama membentangkan pelan ekonomi yang komprehensif,” kata Ibrahim.

15 August 2013

Tanda kemenangan Islam

Mesir Berdarah tanda kemenangan Islam semakin hampir.

1. Mesir diishtihar DARURAT selama sebulan bermula jam 4ptg smlam.

2. Jeneral sang pengkhianat talibarut zionis fremason Abdul Fatah As-Sisi mengarahkan tentera TEMBAK semua penyokong Dr Morsi.

3. Sehingga kini hampir 3 RIBU org telah MATI SYAHID & lebih 10 ribu org yg tercedera, termasuk dari klgn kanak2, warga tua, ibu2, & wanita2.

4. Semua yg dibunuh adalah rakyat yg tidak bersenjata.

5. Ambulan & bantuan perubatan DIHALANG dari memasuki kwsn himpunan & TIDAK DIBENARKAN memberi bantuan kpd mangsa.

6. Jurukamera turut ditembak dari udara menggunakan helikopter tentera.

7. Dr Morsi terus ditahan di suatu tempat yg dirahsiakan. Tiada siapa yg tahu lokasi sebenar beliau dikurung.

8. Tentera telah MUSNAHKAN semua pusat pengumpulan makanan & pusat perubatan para penyokong Dr Morsi.

9. Kerajaan HARAM Mesir TUTUP SEMUA rundingan. Mereka akn terus BUNUH mana2 rakyat yg menyokong Dr Morsi.

10. Lebih ramai rakyat Mesir sedang mula bergerak dari daerah & kampung masing menuju medan perang utk menyokong Dr Morsi & mempertahankan Kerajaan Islam yg dipimpin Ikhwan Muslimin.

Moga Allah SWT meLAKNAT & HANCURKAN kerajaan HARAM Mesir!

Sesungguhnya KEMENANGAN ISLAM sangat hampir!!! Wangian darah syuhada' bertebaran di sana.Bergembiralah mrk disisi Allah kerna dipilih utk mati syahid.

05 August 2013

Future PM

Di sebalik kemeriahan umat Islam menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Fitri yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi, ahli-ahli UMNO juga sibuk dengan pemilihan parti yang akan diadakan pada 5 Oktober depan.

Sementara ada cawangan-cawangan UMNO dalam fasa mengadakan persidangan tahunan masing-masing dan memilih pemimpin di peringkat bahagian selepas itu, tumpuan sebenarnya tetap terarah kepada pemilihan pemimpin di peringkat pusat. 

Berbagai nama sedang dijaja untuk dinaikkan pangkat, dikekalkan kedudukan dan tidak kurang juga ada beberapa nama yang lain mahu disingkirkan. Coffee house, lobi hotel, kopitiam dan restoran mamak mula menjadi tempat mengatur untuk menaik dan menjatuhkan pemimpin.

Walaupun jawatan Presiden dan Timbalan Presiden belum pasti sama ada akan dipertandingkan atau tidak dan desakan kedua-dua jawatan itu tidak dipertandingkan terus kedengaran di sana sini, Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin masih lagi membisu mengenai jawatan yang bakal ditandinginya.

Ini menjadikan kedudukan dua jawatan tertinggi itu terus menjadi teka-teki, meskipun pada hakikatnya ramai yang sangsi akan keupayaan Muhyiddin untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.

Dari segi keupayaan, kemampuan dan wibawa sebagai pemimpin, Muhyiddin tidak ada kurangnya berbanding Najib, cuma masalah utama yang membelenggu Muhyiddin ialah sikapnya yang tidak kenal orang, sedikit sombong dan tidak ramai penyokong setia.

Penyokong dan pengikut Muhyiddin sering datang silih berganti mengikut keadaan dan penyokongnya yang benar-benar setia pula hanya boleh dibilang dengan jari.

Perjalanan politik Muhyiddin selama ini hampir 70 peratus ditentukan oleh nasib semata-mata, bukan kerana kesetiaan penyokong terhadapnya.

Beliau pernah menang dan kalah jawatan Naib Presiden UMNO. Beliau juga pernah hampir keseorangan dan ditinggalkan ramai kawan-kawan politiknya.

Tetapi nasib sentiasa menyebelahinya. Jika tidak kerana tindakannya mendesak Pak Lah berundur awal dan Ali Rustam pula dibenarkan bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO pada 2009 dulu, kedudukannya hari ini mungkin bukan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Setelah empat tahun menjadi Timbalan Perdana Menteri, kedudukan penyokongnya tidak juga bertambah dengan mendadak. Masih ramai ahli dan pemimpin UMNO yang menganggapnya sebagai sombong.

Berbanding ketika Pak Lah menjadi Timbalan Perdana Menteri, ghairah ahli UMNO terhadap bekas Perdana Menteri itu jauh lebih tinggi berbanding Muhyiddin.

Semuanya kerana sikap dan sifat semulajadinya. Beliau jarang tersenyum dan lebih sering mempamerkan wajah masamnya sehingga dilihat tidak mempunyai kemesraan dengan orangramai.

Beliau juga selalu tidak kenal dengan orang walaupun orang itu pernah ditemuinya sebelum ini.

Satu-satunya nasib yang mungkin menyebelahinya sekali lagi ialah jika Mahathir dan Daim menyebelahinya. Tetapi sehingga ini keadaan itu ternampak sukar kerana Mahathir dan Daim, walaupun mengkritik dan tidak setuju dengan banyak perkara mengenai Najib, namun masih lagi menyokong kepimpinannya sebagai Perdana Menteri.

Kebarangkalian yang hampir pasti setakat ini ialah Muhyiddin tidak mempunyai cukup keberanian dan kekuatan untuk mencabar Najib walaupun mungkin nafsu dan ghairahnya mahu menetap di Seri Perdana sentiasa ada.

Beliau mungkin memilih untuk terus kekal sebagai Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri saja.

Tengku Razaleigh yang disebut oleh banyak pihak mungkin mencabar Najib, juga turut belum memberi kata putusnya sehingga ini. Dalam masa yang sama, ada juga pihak lain mencadangkan agar Ku Li bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam pemilihan kali ini kerana peluangnya dianggap lebih baik lagi bagi jawatan itu.

Dengan keadaan ini, jawatan yang paling menjadi tumpuan setakat ini ialah Naib Presiden UMNO. Sementara Zahid Hamidi dilaporkan oleh media sebelum ini bahawa beliau, Hishammudin dan Shafie Apdal hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden dan tidak membenarkan diri masing-masing bergerak ke atas atau ke bawah, perebutan jawatan itu nampaknya tetap menjadi tumpuan beberapa pemimpin UMNO yang lain.

Antara yang dilaporkan berminat ialah Pengerusi Felda, Isa Samad, bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan Salleh Tun Said Keruak. Beberapa pemimpin UMNO yang lain seperti Menteri Besar Johor, Khaled Nordin, Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob, turut disebut-sebut akan turut menyertai persaingan Naib Presiden UMNO kali ini.

Meskipun di antara ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi dikatakan berada di kedudukan paling selesa untuk mengekalkan jawatannya berikutan kemesraannya yang tinggi dengan orang-orang UMNO, sikapnya yang pemurah dan suka menolong sesiapa saja yang datang menemuinya.

Perubahan jawatannya dari Menteri Pertahanan kepada Menteri Dalam Negeri yang kemudian diiringi dengan pendirian terbukanya terhadap pengekalan Akta Hasutan dan Undang-undang Darurat, telah melonjakkan lagi sokongan terhadapnya daripada kalangan akar umbi UMNO.

Kebijaksanaan Zahid menunjukkan dirinya lebih pro Melayu dalam pelbagai isu yang muncul kebelakangan ini turut menambahkan lagi cahayata terang di hujung terowong perjalanan politik Ahli Parlimen Bagan Datoh itu berbanding lain-lain pesaingnya.

Bagaimanapun, kedudukan Hishammuddin tidak boleh dipandang mudah untuk menyaingi Zahid Hamidi. Beliau bukan saja mempunyai ramai penyokong dan pengikut setia tetapi kedudukannya sebagai anak bekas Perdana Menteri dan sepupu kepada Najib, turut memberi kelebihan kepadanya.

Lebih-lebih lagi, dalam tempoh masa hanya dua bulan saja lagi sebelum tarikh pemilihan pada 5 Oktober depan, sudah ada tukang-tukang kempen yang menjaja cerita tentang perlunya Hishammuddin terus dikekalkan bagi jawatan Naib Presiden UNNO kerana beliau dikatakan bakal PM masa depan Malaysia selepas ini.

Kedudukan Muhyiddin yang lebih berusia daripada Najib dijadikan sandaran untuk menonjolkan Hishammuddin lebih layak sebagai pengganti. Di kalangan Naib Presiden yang lain, walaupun Zahid lebih popular tetapi beliau juga dikatakan lebih berusia daripada Najib. Shafie Apdal pula, kerana beliau datang dari Sabah, peluangnya untuk menjadi pemimpin pelapis negara dikatakan hampir tipis.

Ini menjadikan Hishammuddin dikatakan satu-satunya pelapis terbaik untuk menggantikan Najib. Beliau lebih muda daripada Najib, sekarang memegang dua portfolio kementerian iaitu Pertahanan dan Pengangkutan yang menggambarkan signal jelas daripada Najib ke arah itu, selain darahnya sebagai sepupu Najib dan anak bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn dianggap sebagai kelebihan juga.

Menjelang hari-hari terakhir kempen, adalah dipercayai kempen mewar-warkan Hishammuddin sebagai calon bakal Perdana Menteri akan lebih jelas kedengaran lagi, walaupun terdapat juga sesetengah kalangan dalam UMNO yang tidak menggemari beliau dan mahukan beliau diketepikan kali ini.

Namun dengan beberapa kelebihan memihak kepada Hishammuddin, selain beliau juga memiliki kekuatan penyokong dan sumber kewangan yang kukuh, menyingkirkan beliau tidaklah semudah yang dijangka.

Apatah lagi terdapat juga kecenderungan untuk menjadikan pemilihan UMNO kali ini sebagai proses memilih pemimpin pelapis bagi menghadapi pilihanraya umum ke 14 nanti. Dan di sinilah Hishammuddin mengambil peluang untuk menonjolkan dirinya.

Tetapi jika Mukhriz Mahathir juga menyertai pertandingan Naib Presiden kali ini, bermakna bertambah seorang lagi anak bekas Perdana Menteri sedang meneroka laluan untuk berada di barisan utama kepimpinan UMNO. Dengan Najib sudah mencapai kedudukan klimaksnya, Hishammuddin dan Mukhriz seperti sedang dipersiapkan untuk mengambil alih baton yang seterusnya dalam UMNO dan negara. - http://shahbudindotcom.blogspot.com

02 August 2013

Catatan : Cara orang Cina dan Melayu berfikir

Sekadar catatan:-

Ini adalah sedikit kisah untuk renungan manusia sebangsa dengan kita. Terpana dengan kisah-kisah hidup yang jadi teladan bagi yg berfikir

Kisah 1:

Seorang cina kaya beli 10 bungkus nasi untuk seekor kucingnya setiap hari. Apa ada dalam fikiran kita? Sayang kucing? Kucing makan banyak?

Jawapan cina, "Saya beli banyak sebab kawan saya baru buka kedai makan. Bagi duit mesti tak mau. Jadi, ini saja cara saya untuk membantu dia."

Kisah 2:

Seorang melayu pergi membeli kedai cina yang buruk, hanya untuk melihat anak tuan kedai yg cantik. Satu hari gadis itu tiada, rupanya sudah pergi sambung pengajian di England . Apa ada dalam fikiran kita? Kedai buruk tapi duit banyak? Bergadai tanah atau meminjam dari orang ?

Jawapan cina , "Saya dari keluarga Lim, bila anak saya nak pergi belajar, semua Lim yang kaya akan bantu Lim yang miskin. Tak perlu bayar balik, bila Lim miskin sudah jadi kaya, Lim kaya yang baru itu akan bantu Lim miskin yang lain pula."

Kisah 3:

Pihak masjid mahu mengubahsuai masjid, bajet hanya 20 ribu. Dicari kontraktor melayu . Apa dalam fikiran kontraktor melayu? Sebut harga hanya 20 ribu katanya . Pihak masjid mencuba pula dengan kontraktor cina. Terkejut nazir dan imam kerana sebut harganya hanya 12 ribu.

Jawapan cina," Tempat ini kan dibuat untuk orang sembahyang, tak boleh la ambil mahal nanti tuhan marah."

Bangsa kita ni, Kalau ada kawan buka kedai, tak malu meminta diskaun? Saudara mara ingin sambung belajar tidak dibantu apa yang patut dan harus, malah dihina jika miskin. Membina masjid pun mahu mengaut untung lebih tak fikir pasal pahala yang menunggu?

Malangnya, kisah di atas adalah kisah benar dan biasa kita dengar. Tak percaya ? Mungkin anda masih perlu lebih teroka dunia kehidupan sekeliling kita. ...wallahuaklam.

Gambar berlatar belakangkan masjid Kampung Teluk Menegun sekadar hiasan.

01 August 2013

Soi Lek kata Noh Omar sudah gila

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menyelar Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kerana menggesa pihak berkuasa menyiasat pendedah maklumat dalam kontroversi "kantin bilik persalinan" bawah Akta Hasutan.

"Beliau sudah gila... Inilah apa yang kita panggil penyalahgunaan Akta Hasutan," katanya kepadaMalaysiakini.

Chua sebaliknya berkata, pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah yang sepatutnya didakwa menghasut kerana memberitahu pelajar untuk balik ke kampung halaman nenek moyang mereka.

Berhubung insiden di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Chua berkata, ibu bapa cuma bimbangkan anak mereka tidak dilayan dengan baik.Justeru, katanya, ibu bapa patut dilibatkan bersama dalam perbincangan bagi mencari penyelesaian yang baik.

"Pengetua Sri Pristana dan juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) patut mendekati ibu bapa. Amat dikesalkan apabila pemimpin kanan Umno seperti Noh boleh mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini