01 May 2010

Presiden PAS lancar Dewan Himpunan Penyokong PAS


Presiden PAS lancar Dewan Himpunan Penyokong PAS
Ditulis oleh Harakah   
TUESDAY, 11 Mei 2010 06:41

KUALA LUMPUR, 11 Mei - Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan merasmikan pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS, 23 Mei ini di Pejabat Tanah Klang.
Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mempunyai keahlian seramai 20, 000 orang merupakan pengukuhan Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan sejak tahun 2005.

Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional, Dr. Mujahid Yusuf, dengan pengukuhan tersebut, ahli-ahli sayap PAS itu boleh menyertai Muktamar PAS dan mengikuti muktamar di peringkat negeri.
Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, selain Presiden PAS, pimpinan PAS yang lain turut dijemput menyertai majlis bersejarah itu.
"Pelancaran Dewan Himpunan PAS ini akan mencipta sejarah dalam PAS bagi membuktikan PAS kini semakin mendapat sokongan bukan ISlam. Dengan pelancaran tersebut juga, ahli Kelab Penyokong PAS secara langsung akan menjadi sebahagian sayap PAS," katanya.
Mujahid berkata, majlis tersebut juga akan diserikan dengan persembahan pelbagai kaum.

Dalam perkembangan berkaitan, Mujahid meminta setiap Pesuruhjaya PAS Negeri memastikan negeri menghantar wakilnya bagi menjayakan majlis yang gilang gemilang itu.

 UPDATE : 10.05.2010 @ 3.20pm

PETA TUNJUK ARAH KELOKASI DEWAN SERBAGUNA MAJLIS DAERAH KLANG, JALAN KOTA RAJA, 41902 KLANG, SELANGOR D.E
Keterangan lanjut : 013-3610603 (AJK Panitia)
*******************************************************************************
UPDATE : 08.05.10 : Pertanyaan dari Ahli Kelab Penyokong PAS

Yang Berhormat,

Sila berikan kepada saya alamat Pejabat Majlis Daerah Klang Selangor.

1) Bolehkah saya hadir di perlancaran itu memandangkan bahawa saya hanya serahkan borang keahlian saya pada bulan Mac tahun ini kepada YB Mujahid.

Sila sms maklumat kepada saya. 

Sekian, dimaklum dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih atas jawapan dari pihak tuan.

Yang Benar,

Selena Tay
Ahli Kelab Penyokong PAS, Kawasan Parlimen Titiwangsa 

JAWAPAN 
To : Salena  Tay, 

Terima kasih kerana bertanya, untuk maklumat semua Ahli Kelab Penyokong PAS dari semua Kawasan di seluruh negara adalah dijemput hadir kemajlis pelancaran ini. 

Kelonggaran juga diberikan kepada semua Ahli samada sudah berdaftar atau sebaliknya, kehadiran anda amatlah dialu-alukan. Jika sekira tuan/puan tidak mendapat surat jemputan pun tuan/puan masih layak menyertai, jemputan melalui Weblog ini sudah memadai.

Alamat : Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang Jalan Kota, 41902 Klang, Selangor Tel: 013-3610603 (Tunjuk arah : sila buka google maps dan search alamat diatas)

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

UPDATE : 7.5.10 : CONFIRM >>> T-SHIRT PERCUMA PELANCARAN DHPP untuk semua peserta yang terdiri dari Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Berita menarik lagi terkini ialah tentang pemberian T-Shirt PERCUMA kepada Ahli DHPP yang hadir ke pelancaran majlis ini. Perkara ini di sahkan oleh Sdr Sujak Ibrahim selaku AJK yang menyediakan T-Shirt tersebut. Beliau memberitahu telah mendapat pengesahan dari YB Dr Siti Mariah yang dipertanggung jawabkan untuk mencari dana bagi menyediakan T-Shirt tersebut. 

Terima kasih kepada semua penaja-penaja yang memberi sumbangan untuk menyediakan T-Shirt tersebut.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

UPDATE : 6.5.10 : Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Panitia Pelancaran DHPP kali ke 5
  • Tarikh : Isnin @ 10hb Mei 2010
  • Tempat : Pejabat BPPNS, Wordwide Shah Alam
  • Masa   : 8.30 malam
  • Images for kelab penyokong pas
  • http://www.google.com.my/search?q=kelab+penyokong+pas&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a  
Kuala Lumpur 1 Mei 2010 - Kelab Penyokong PAS selepas ini dikenali Dewan Himpunan Penyokong PAS mulai 23 hb Mei 2010 nanti, ia adalah sebahagian dari usaha susulan parti sebagai satu pengiktirafan tertinggi terhadap sokongan bukan Islam terhadap Parti PAS

Masyarakat di seluruh dunia dan Malaysia sedang menunggu dengan penuh debaran dan penuh perhatian akan kelahiran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) ini dengan penuh debaran dan seribu pertanyaan bagaimana keajaiban boleh berlaku dimana puluhan ribu masyarakat non-muslim di seluruh negara boleh bersetuju untuk masuk kesebuah Parti Islam Se Malaysia (PAS)

Bagi yang terlibat menjayakan Pelancaran Dewan ini "You are part of history making". 

Orang kuat disebalik pelancaran ini ialah Penasihat Program, YB Dr Mujahid, Pengarah Program, YB Dr Halimah Ali, Pengurus Event, YB Dr Siti Mariah Mahmud, Setiausaha, Pn Hajjah Kamariah Naris, Bendahari, YB Dr Ahmad Yunus Khairi, YB M. Zainuddin Mohd Yusof, YB Firdaus Jaafar, AJK Lajnah Perpaduan Nasional BPPNS (selaku tuan rumah), AJK LPN PAS Pusat, AJK LPN DMPP, AJK LPN DPPP, KPP, En Hu Pang Chow, En. Balasubramaniam,  LPN PAS Kota Raja, Klang dan Shah Alam..

PAS pusat telah meluluskan perlembagaan khusus bagi sayap baru itu dengan Majlis Pelancaran akan dilakukan oleh YB Dato Seri Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS bertempat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Tanah Klang bermula jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang.

Kira-kira 1000 orang jemputan akan hadir dalam majlis yang penuh gilang gemilang dan bersejarah ini. Para Perwakilan terdiri dari semua Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, semua Ahli Parlimen dan ADUN PAS, Pimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri-Negeri, Pimpinan PAS Kawasan serta Perwakilan LPN dan KPP Negeri dan Kawasan. Surat-surat jemputan kepada para perwakilan akan dikeluarkan oleh AJK Panitia Pelancaran Pn Hajjah Kamariah merangkap Setiausaha LPN PAS Pusat.
AJK Panitia Pelancaran DHPP bermesyuarat di Pejabat PAS pusat di Pengerusikan oleh Pengarah Program YB Dr Halimah Ali, turut hadir YB Dr, Siti Mariah, Dr Ahmad Yunus, YB Zainudin, Hu Pan Chow, Balasubramaniam, Vincent Lee serta AJK LPN BPPNS.
Kelab Penyokong PAS terdiri daripada lebih 20,000 ahli daripada kaum India, Cina, Siam dan Iban. Ia ditubuhkan pada tahun 2004.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusuf Rawa memberitahu, usaha mengiktiraf ‘kehadiran’ penyokong bukan Islam dalam bentuk “dewan” akan membolehkan mereka menjadi pemerhati khas dalam muktamar.

Mujahid berkata, perlembagaan induk membolehkan parti itu mewujudkan jawatankuasa atau dewan baru tanpa melibatkan pindaan pada perlembagaan induk PAS.

“Ini langkah awal untuk mengiktiraf penyokong-penyokong bukan Islam dalam PAS. Malah ini juga langkah susulan mengiktiraf selepas Kelab Penyokong PAS diwujudkan,” katanya.

Draf perlembagaan Dewan Himpunan Penyokong PAS, kata beliau, telah tiga kali dibincangkan di peringkat jawatankuasa pusat PAS dan telah diterima untuk diguna pakai.

Draf itu membolehkan Dewan Himpunan Penyokong PAS ditubuhkan di peringkat pusat, negeri dan kawasan.

“Tetapi tiada Dewan Himpunan Penyokong PAS peringkat cawangan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai ketiadaan hak mengundi, Mujahid yang juga anggota jawatankuasa pusat PAS berkata, peruntukan itu memerlukan pindaan pada perlembagaan induk parti yang kelulusan Pendaftar Pertubuhan juga akan mengambil masa yang lama.

Bagaimanapun apabila usaha terbaru ini diterima ramai langkah meminda perlembagaan induk akan dilakukan dalam jangka panjang, tambah beliau.

AHLI JAWATANKUASA PANITIA PELANCARAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS
* Penaung & Perasmi : YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS.
* Penasihat               : YB Dr Mujahid Yusuff Rawa
* Pengarah Program   : YB Dr Halimah Ali
*Timbalan Pengarah   : En Khairul Faizi Ahmad Kamal, En Hu Pan Chow, En  Balasubramaniam, En M. Shahriezan.
* Setiausaha              : Pn Hajjah Kamariah bt Naris
* Penolong S/U          : En Muslim Ismail
* Bendahari              : YB Dr Ahmad Yunus Khairi
* Pendaftaran          : AJK LPN DMPP & AJK LPN DPPP
* Tugas-tugas khas    : En B. Balendran
* Jemputan              : Pn Hajjah Kamariah & En Muslim
* Protokol                : YB Zainudin Yusof & YB Firdaus Jaafar
* Event Manager       : YB Dr Siti Mariah Mahmud
* Banner, Bunting 
  & Backdrop            : En Razif Maslan (Kota Raja)
* T-Shirt Koporat      : En Sujak (Kapar) & En. Razif (Kota Raja)
  dan Imej
* Montaj & Gimik Pelancaran : En Shamsul & Adly Zahari
* Cenderahati          : Dr Hamzah Jaafar
* Unit IT & Video      : En Sujak, En Zul, En Shamsul Bharin
* Persiapan Tempat  : En Razif Maslan (Kota Raja)
* Pengerusi Majlis     : En. Prasad Hanif
* Persembahan         : Citrawarna 3 budaya : LPN Shah Alam
* Jamuan                 : Pagi : En Azmi (Kota Raja), Tengahari : Jasni, LPN Klang
* Jasamu dikenang    : YB Dr Mujahid
* Sidang Akhbar        : YB Salehuddin Ayob

Disediakan oleh : En.Razif Maslan, Sekretariat Parlimen Kota Raja, merangkap AJK Panitia Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini