23 June 2008
06 June 2008
Dr Mariah buta warna dalam membantu rakyat

Written by Salmiyah Harun
Friday, 18 April 2008
Majoriti kemenangannya cukup besar, 20,751 undi. Dengan komposisi pengundi Melayu di kawasan Parlimen P111 Kota Raja, Selangor, yang tidak sampai 50 peratus, AJK PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud sememangnya memikul satu amanah berat, mewakili suara rakyat pelbagai kaum (47.8 peratus Melayu, 23.2 peratus Cina dan 28.3 peratus India). Ikuti wawancara SALMIYAH HARUN dengan Dr Mariah ketika beliau mengunjungi Harakah baru-baru ini.
HARAKAH: Setelah mendapat mandat besar rakyat, apa komitmen Dr terhadap masyarakat di Kota Raja?
DR MARIAH: Aduan pertama saya terima adalah berhubung kakitangan Kemas yang mendapat arahan mengeluarkan barang kerana dibimbangi premis mereka akan disita. Saya memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku. Masalah timbul kerana pihak Umno memainkan isu ini. Saya juga sudah turun di kawasan yang dilanda banjir. Kita turut dapat laporan penyelewengan seperti kecurian pasir. Setengah kontraktor pula mendakwa bagaimana mereka dianiaya, seperti pada awalnya mereka diberi projek tetapi dikenakan 10 peratus syer bahkan ada yang dikenakan syer hingga 90 peratus. Jika enggan kontrak mereka ditamatkan.
Peratusan kaum India di Kota Raja agak besar, bagaimanapun Dr mendekati mereka?
Baru-baru ini saya dijemput ke kuil-kuil dan mendengar masalah mereka, antaranya permohonan tanah. Saya tersentuh hati, apabila sekumpulan penduduk India minta kerajaan menutup penjualan arak. Mereka langsung tidak mahu arak. Ada peniaga-peniaga yang menjual arak (samsu) bahkan mereka boleh tunjuk kilang-kilang haram yang wujud. Malah mereka juga mendesak saya menjadikan Parlimen Kota Raja sepertimana Kelantan. Saya terkejut.
Mereka juga menyarankan penjualan nombor ekor dihadkan kepada seminggu sekali. Saya tidak sangka mereka boleh berkata begitu. Malah mereka juga mendakwa penguat kuasa tidak menjalankan tugas sebaiknya. Saya terpaksa terangkan kepada mereka bahawa ada perkara dikendalikan di bawah Kerajaan Pusat dan ada yang di bawah Kerajaan Negeri.
Bagaimana dengan kaum Cina?
Bagi saya orang Cina tidak ada masalah sangat sebab ramai di kalangan mereka golongan pertengahan. Mereka menyatakan untuk mendapatkan hak sama rata sebagai rakyat Malaysia. Sementara yang berpendapatan rendah prihatin dengan isu keselamatan.
Keutamaan Dr sebagai wakil rakyat?
saya perlu meneliti masalah utama yang dihadapi rakyat, misalnya masalah banjir yang belum dapat diselesaikan. Di sini kami mempunyai tiga PBT, Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan dua majlis daerah. Memang ada masalah berbangkit.
Apa yang rakyat faham, mereka bayar duit untuk cukai tanah dan pintu. Jadi mereka pergi ke MPK dan MBSA dengan harapan PBT boleh menyelesaikan masalah jalan, banjir, parit dan sampah. Tetapi sebenarnya banyak pertindihan kuasa. Kita kena rombak pertindihan kuasa ini supaya senang untuk menyelesaikan masalah. Banyak penyelarasan yang perlu dibuat. Sekarang kita dalam proses mewujudkan Pusat Khidmat Parlimen Kota Raja. Kita sudah dapat tempatnya, di Taman Sentosa. Insya-Allah sebulan lagi kita mula beroperasi.
Rakyat boleh menyalurkan aduan. Walaupun saya ahli Parlimen pembangkang namun alhamdulillah Selangor di bawah Pakatan Rakyat. Jadi masalah-masalah seperti tanah yang boleh diselesaikan di peringkat negeri, kita akan permudahkan. Jika diberi peruntukan saya akan gunakan sebaiknya untuk bantu rakyat.
Ada masalah tentang pendidikan agama di Kota Raja?
Boleh dikatakan semua penempatan Melayu ada sekolah agama seperti Sekolah Agama Rakyat. Cuma ia diwujudkan di kawasan yang mana penduduknya berpendapatan rendah dan tidak mampu bayar yuran sekolah. Jadi saya bercadang membawa hal ini kepada Lembaga Zakat Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor untuk memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan agama.
Saya juga mencadangkan kepada Exco Agama supaya mewujudkan kelas pengajian seperti Halaqah sebagaimana dilaksanakan di Kelantan, bahkan saya sudah dapat permintaan khususnya kepada ibu-ibu tunggal. Kebanyakan anak-anak di sini hanya mendapat pendidikan asas fardu ain. Kita kena lebarkan skop pendidikan agama. Saya akan cuba carikan bantuan bagi menjayakan pendidikan agama secara menyeluruh. Kalau ada bantuan Pusat Zakat, kita akan laksanakan.
Peratusan pengundi di Kota Raja agak seimbang di antara Melayu dan bukan Melayu. Ini tentunya satu cabaran buat Dr.
Satu perkara sahaja saya katakan kepada penduduk di kawasan saya, "I'm colour blind". Sesiapa yang datang kepada saya, yang memang patut dan perlu dibantu saya akan bantu, saya tidak kira agama ataupun bangsa. Malah bila saya berkempen baru-baru ini, bagi saya mereka semua sama, rakyat Malaysia. Mereka sebenarnya banyak membantu saya semasa berkempen. Malah mereka juga meminta saya untuk membawa Tok Guru Nik Aziz, sebab mereka nak bersalam dengan Tok Guru. Mereka juga menyatakan mereka percaya kepada PAS.
Pengharapan Dr terhadap kepimpinan baru kerajaan Selangor?
Saya mempunyai kepercayaan yang tinggi kepada Tan Sri Khalid Ibrahim. Kita dah ikuti dari dulu dan beliau adalah seorang yang kuat bekerja dan pendengar yang baik. Dan beliau seorang yang sangat terbuka dan berwawasan. Dan insya-Allah kami akan memberi segala sokongan dan akan membantunya untuk mengurus tadbir negeri ini. Rakyat kini berani membuat perubahan, jadi kalau kita tidak kotakan janji, mereka tidak takut untuk membuat perubahan lagi.
PAS dan KeADILan perlu mengambil peluang ini dan manfaatkan sebaiknya untuk membuktikan ketelusan kita. Kita bukan sahaja memerintah tetapi mencari peluang memerdekakan rakyat dalam erti kata sebenar. Kita mahukan rakyat bebas berfikir dan tidak merasa takut atau hormat kita berlebih-lebih. Kita tidak mahu. Kita tidak mahu ada jurang. Dan kita nak rakyat faham yang berkhidmat itu adalah wakil rakyat. Rakyat yang menentukan apa yang mereka mahu. Dan kita kena ikut rentak rakyat.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Posts : Dr Siti Mariah
Popular Posts
-
Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kris...
-
Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lesta...
-
Umno dan Utusan Malaysia ;- Ibarat aur dengan tebing Ibarat isi dengan kuku Ibarat irama dengan lagu Mereka tidak boleh dipisahkan, sali...
-
Akhbar media perdana khususnya Utusan Malaysia dan The Star terus-menerus memalukan gendang pertembungan antara golongan ulama dengan profes...
-
Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat gambar sekitar majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Husna yang telah berlangsung kelmarin. Ter...