01 August 2009

Muktamad : 438 ditahan polis


Muktamad sejumlah 438 orang awam ditangkap polis dalam himpunan mansuh ISA yang berakhir lewat petang tadi. Mereka terdiri dari pimpinan politik, NGO, orang awam termasuk wanita dan warga emas.

Dengan jumlah anggota polis yang terlalu ramai serta dilengkapi dengan pelbagai peralatan moden seperti bedilan meriam air, asap dan hayunan belantan ..... apalah yang mampu dilakukan oleh pihak yang menyokong GMI. Mereka hanya mampu dengan cuma berarak tapi akhirnya lari lintang pukang kerana tidak tahan dengan bedilan air dan gas oleh FRU.

Harapan kita agar semua tahanan dapat dibebaskan secepat mungkin.

Himpunan GMI berakhir dgn kejayaan


Sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat.

Turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. De

Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.

Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.

Anwar menyifatkan Himpunan MANSUH ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis.

Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.

Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah di bawa ke IPD Cheras. Para peguam kini sedang berusaha untuk menyelesai dan membebaskan ke semua tahanan tersebut.

Tak boleh tahan

Tak cukup dengan bedilan meriam air beracun, akhirnya GAS pemedih mata pula ditembak kearah penunjuk perasaan. Tak boleh tahan kena angkat tangan bila mata dah pedih. Kesian melihat anak kecil yang menangis kerana kepedihan mata kesan tembakan tersebut.

Lari lintang pukang



Kira-kira jam 3 ptg tadi di Jalan TAR meriam air Polis memulakan operasi menyebabkan suasana menjadi kelam kabut dan orang ramai lari lintang pukang menyelamatkan diri dari kepedihan mata dan kegatalan badan. Ada member supply 'garam' dapatlah juga bertahan.

KL Panas, Najib ke KB

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kelantan hari ini untuk merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Baharu.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat sini pagi tadi, disambut oleh Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Mustapa Mohamed.

Hebat Tok Guru ..... sambut tetamu tak kira siapa. Moga-moga TGNA dapat bisikkan pada PM supaya pulangkan royalti minyak kepada Kelantan dan PM terbuka pintu hati lalu mengangguk kepala tanda setuju. Itulah nama berbail-baik antara kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini