03 April 2011

Mesyuarat Agung Tahunan ke 9 PAS Kawasan Kota Raja

Pagi ini bertempat di Dewan Hamzah, Majlis Perbandaran Klang sedang berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Kota Raja.

Majlis pagi ini diresmikan oleh YB Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar. dan pada ketika ini sedang menyampaikan ucapan perasmian.

Turut hadir di majlis pada pagi ini ialah YB Dr Xavier Jayakumar, Ketua Cabang PKR Kota Raja merangkap ADUN Sri Andalas dan EXCO Kerajaan Negeri Selangor, YB Dr Siti Mariah Mahmud Ahli Parlimen Kota Raja dan pimpinan PAS Kawasan termasuk YDP En Jaafar Samsudin, TYP, NYDP dan tidak ketinggalan juga Pengerusi DHPP Selangor dan Kota Raja Sdr Letchumanan, Setiausaha DHPP Selangor Sdr Depakaran, Penolong Setiausaha DHPP Selangor Sdr Radha dan juga Ketua Wanita DHPP Selangor dan Kota Raja Pn Veni.

Sementara itu semua perwakilan dan Pemerhati dari semua 25  Cawangan di Kota Raja turut hadir. Selain itu 9 Cawangan yang dalam proses pendaftaran menghantar pemerhati dalam mesyuarat ini.

02 April 2011

Program YB Dr Siti Mariah Mahmud di Seksyen 27 & 28, Shah Alam

Hari ini 2 April 2011, Dr Mariah telah turun padang bersama dengan sekretariat parlimen Kota Raja, YDP PAS Kota Raja, MBSA and MPP.

Bermula dengan sarapan pagi dan lawatan ke Surau Nurul Hidayah atau juga dikenali dengan Surau Azmi.
Diikuti dengan lawatan ke rumah salah seorang ahli kariah Al Munawwarah di seksyen 27 yang baru kematian nendanya.
Dr Mariah sempat membacakan surah yasin dan berdoa untuk almarhumah. Program seterusnya adalah lawatan ke kawasan rumah pangsa di seksyen 28.
Dr Mariah sedang mendengar permasalahaan rakyat di kawasan perumahan rumah pangsa seksyen 28.
Dr Mariah mengambil kesempatan mendengar pandangan dan keluhan penduduk disini. Dr Mariah kemudian melawat program MES dia Bazar Rakyat di Seksyen 28 juga malah beliau sempat untuk memberi ucapan kepada pengunjung yang hadir.

Ku Li sependapat dengan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 2 Apr: Vateran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah turut menyelar pihak yang menggunakan video lucah sebagai senjata politik menyerang pihak lawan.

Mengulas isu yang sedang memangsakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tengku Razaeligh yang lebih dikenali 'Ku Li' berkata, tindakan tersebut bukan sahaja keji dan jijik malah ianya bukan budaya Melayu apatah lagi ianya bercanggah dengan ajaran Islam.

"Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik' kata Ku Li.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau dalam temubual dengan TV Selangor.

Bagaimanapun, beliau yang juga mantan Naib Presiden Umno, yakin cubaan untuk memburukkan Anwar dengan taktik itu tidak akan berhasil memandangkan kaedah hampir sama diguna terhadap Ketua Umum PKR itu pada tahun 1998, namun gagal.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap video itu juga katanya sebenarnya mengamalkan 'politik longkang' dan telah tersalah langkah kerana orang Melayu Islam tidak boleh menerima tuduhan sebegitu apatah lagi ianya didedahkan dengan penuh persoalan yang tidak dijawab.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah," kata beliau.

"Saya rasa (video seks) ini salah langkah. Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," tegas beliau.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar membuat pengumuman mengejutkan apabila mengisytiharkan video itu adalah tulen namun tidak mengulas sama ada pelakunya dikenal pasti.

Beliau berkata hasil siasatan sudah di fasa terakhir dan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat

Komik Lucah : Cerita Panas Khalid Samad

Apa kah Pejabat Umno Bahagian Shah Alam terlibat dalam pengedaran komik lucah berwarna? Nantikan perjelasan isu ini dalam Ceramah isu-isu Semasa oleh Khalid Samad bersama 'Cikgu Mala' di Pentas Siri Jelajah Cikgu Mala di Taman Setia, Jalan Johan Setia, 41200 Klang Selangor jam 9.00 malam ini.

Shah Alam: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad mendakwa pengedaran komik ‘Kisah Juara Raja Lawak’ yang memaparkan karikatur lucah mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didalangi Umno Bahagian Shah Alam.

Komik setebal 16 muka surat itu mengandungi karikatur dan gambar teknik ‘super impose’ lucah berwarna selain jalan cerita menggambarkan Anwar yang diselubungi skandal seks termasuk mengaitkan dengan bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Khalid berkata, beliau menerima aduan daripada pihak pengurusan sebuah kilang percetakan di Seksyen 23 di sini apabila timbunan komik tersebut dijumpai minggu lalu dikilang tersebut yang diletakkan oleh individu tidak dikenali.

Khalid mendakwa, beliau didatangi pihak pengurusan tersebut membuat aduan menyatakan kebimbangan kerana komik itu sudah mula diedarkan kepada pekerja kilangnya oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Penyebaran komik lucah ini merupakan satu corak politik yang kotor dan lebih menjijikkan lagi, saya dapat maklumat ia didalangi Pemuda Umno Bahagian Shah Alam,” katanya kepada pemberita dipejabatnya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Khalid menggesa Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Md Zin tampil mengutuk sekaligus menafikan dakwaan yang dilemparkannya.

“Kalau Umno punya maruah dan prinsip, mereka kena buat kutukan dan tolak dakwaan ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan membuat laporan polis tentang perkara ini di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Seksyen 11 esok.

“Saya akan buat laporan polis dan serahkan komik itu yang dianggap sebagai bahan lucah,” katanya.

Pada 29 Mac lalu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis terhadap komik yang sama di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Dalam laporannya, Nurul Izzah mendakwa pengedaran komik itu berniat jahat bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

Khalid gesa Eskay ditahan

Sementara itu, Khalid turut menggesa agar individu ‘Datuk Trio’, Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan dan didakwa kerana mengaku memiliki dan mengedar bahan lucah.

Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video itu telah disahkan ketulenannya oleh pakar tempatan, namun Khalid berkata aspek itu tidak boleh mensabitkan Anwar sebagai individu didalam video itu.

Katanya, polis banyak memberikan kelonggaran dan keistimewaan berbanding kes pengedaran video lucah yang membabitkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek tiga tahun lalu.

“Polis memberi amaran sesiapa yang melihat dan mengedarkan video lucah Soi Lek akan dikenakan undang-undang, dan ini berbeza dengan kes yang dihadapi Anwar sekarang.

“Walaupun video in tulen, Eskay kena buktikan bersama saksi yang beliau hadir membawa Anwar ke hotel tersebut,” katanya. -FMT

01 April 2011

Pengumuman Ceramah


Esok 2 hb April 2011 Ceramah oleh YB Tn Hj Ir Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam akan berganding dengan Cikgu Mala di Pentas Siri Jelajah Cikgu Mala "Ikon Baru PAS"

Majlis akan bermula tepat jam 9.00 malam akan di adakan di Taman Setia Jalan Johan Setia, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.

SEMUA RAKYAT MALAYSIA DIJEMPUT HADIR

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini