16 November 2011

Pengumuman Ceramah YB Teresa Kok


Esok 17hb Nov 2011 bertempat di Balai Masyarakat Seksyen 9, Putra Height akan diadakan Ceramah (dialog tu ada pihak yg minta tulis) oleh,

1. YB Teresa Kok
2. Yb Shuhaimi Shafie
3. YB Abdullah Sanai
4. Saudari Aiman Athirah Al Jundi

Ceramah ini ada lah anjuran Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Raja. Mewakili pihak penganjur, kami menjemput orang ramai untuk hadir beramai-ramai ke majlis ini.

15 November 2011

Rapat Umum

DSAI memberitahu bagi menjalinkan hubungan baik antara rakyat dan pemimpin Pakatan Rakyat satu Himpunan Rapat Umum Pakatan akan diadakan pada 4 Disember nanti di Stadium Melawati Shah Alam.

"Kita akan lancarkan satu program pada 4 Disember oleh pimpinan Pakatan Rakyat di Stadium Melawati," jelas Anwar.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menjelaskan program yang dijadualkan pada 4 Disember itu adalah untuk mewujudkan suasana mesra rakyat dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

"Selain himpunan tersebut kita juga telah berbincang dengan Sekteriat Pakatan Rakyat agar menyusun jadual di setiap peringkat negeri untuk kita membawa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat turun ke bawah," jelasnya

Mahfuz juga menjelaskan ia bukan sahaja melibatkan ceramah-ceramah umum tetapi juga mendekati rakyat secara terus untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka di seluruh negara.

12 November 2011

Gerak Gempur : Khidmat Kebajikan PAS Kota Raja


Esok 13 hb November 2011, Program anjuran Pemuda PAS Kota Raja akan membuat gerak gempur di Taman Sri Lembanyung & Kawasan berhampiran. Program akan bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Sementara HelWa Muslimat PAS Kota Raja pula dengan kekuatan jentera seramai 20 orang akan mengadakan gerak gempur dan khidmat kebajikan di Taman Desawan.

YB, YDP & JPrK akan turut hadir dalam program ini.

Ini adalah sebahagian daripada agenda Kota Raja untuk menuju ke Putrajaya bersama-sama 60 Parlimen PAS dan Pakatan Rakyat yang lain. Lori dah siap bro .....

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini