30 October 2008

KEPUTUSAN PRU 12 MEROBAH SENARIO POLITIK TANAH AIR

Pilihan Raya Umum ke-12 iktiraf kuasa rakyat - Musa Aman
Ahmad Tajdid
Thu | Oct 30, 08 | 8:23:24 am MYT

KOTA KINABALU, 30 Okt (Hrkh) - Keputusan Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac lalu telah merobah senario politik tanah air apabila kuasa rakyat diiktiraf sebagai kuasa penentu dalam pembentukan kerajaan.



Keadaan ini didorong oleh perubahan sikap dan tuntutan rakyat masa kini yang tidak sama dengan sikap dan tuntutan rakyat era lalu, kata Ketua Menteri Sabah, Dato' Seri Panglima Musa Aman dalam perutusannya pada majlis perasmian Seminar Politik Malaysia anjuran UiTM Sabah dan Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (inQKA), UiTM Shah Alam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Dato' Masidi Manjun.

Negeri Sabah, ujarnya turut merasa bahang tsunami politik yang melanda negara khususnya di Semenanjung.

Bagaimanapun beliau melahirkan perasaan bangga kerana BN Sabah masih mengekalkan 'kemenangan besar' dan terus memerintah negeri itu.

Sambil menyifatkan Seminar Politik Malaysia itu diadakan tepat pada masanya ekoran perkembangan semasa yang berlaku pasca pilihan raya umum Mac lalu, beliau berharap resolusi seminar itu kelak dapat dimanfaatkan oleh kerajaan BN Sabah bagi merangka strategi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Musa turut menyeru kepimpinan politik negara agar bersikap lebih matang dalam menangani isu-isu perkauman dan agama kerana rakyat sudah semakin matang dalam berpolitik dan menilai keupayaan kerajaan setiap masa.

Menurutnya, politik negara perlu dilihat dalam perspektif yang lebih luas bagi memenuhi keperluan dan tuntutan semasa.

Sehubungan itu, kerajaan katanya perlu bertindak pantas memenuhi kehendak rakyat jika mahu terus kekal berkuasa.

"Pandangan yang dibangkitkan beberapa dekad lalu mungkin tidak sesuai digunakan sekarang, dan saya percaya melalui seminar ini banyak idea akan dihasilkan kerana ia disertai oleh ramai ahli akademik," ujarnya.

Seminar tiga hari bertemakan "Landskap Politik Malaysia Pasca Pilihan Raya Ke-12" itu berlangsung di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, dekat sini.

Seramai lebih 200 peserta seluruh negara dan 89 kertas kerja dibentangkan dalam seminar itu.

Majlis perasmian turut dihadiri Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa UiTM, Prof Dr Mustafa Mohd Zain, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato' Ismail Wadin dan Penolong Naib Canselor InQKA, Prof Madya Dr Shireen Haron. - mks. _

29 October 2008

APA KOMEN ANDA

POKOK BUNGA PUN TAHU MERAJUK

'
Nyza Ayob
Mon | Oct 27, 08 | 12:29:49 pm MYT

"Nak datang ke rumah saya? Saya sekarang ni dah ada dua buah rumah. Satu di Sungai Buloh dan satu lagi di Taman Sentosa Perdana 2, di Kota Raja.







"Rumah di Taman Sentosa itu dah jadi rumah kedua saya. Tapi kalau datang ke rumah saya di Sungai Buloh, Nyza boleh tengok sendiri pokok-pokok bunga saya yang sudah layu," itulah antara jawapan Dr Siti Mariah Mahmud, sambil diselangi ketawa sewaktu penulis menyatakan ingin mengunjungi rumahnya.

Mungkin ada sesuatu yang menggelikan hatinya mengenai pokok-pokok bunga kesayangannya sehingga beliau menghamburkan ketawa.

Memandangkan beliau juga akan bermalam di Taman Sentosa kerana mempunyai program di sekitar kawasannya, pada sebelah malamnya, penulis membuat keputusan untuk mengunjungi rumah keduanya itu.

"Sebenarnya rumah saya itu, bangunan rumah kedai. Di tingkat bawah, Pusat Khidmat Masyarakat. Oleh kerana jika tiada sidang Parlimen, hampir seluruh masa saya berada di Kota Raja, jadi saya mengambil keputusan untuk menjadikan bahagian atas sebagai rumah saya. Nanti bolehlah lihat sendiri bagaimana rumah saya yang masih serba tidak lengkap itu," kata Ahli Parlimen Kota Raja itu dengan ramah.

Mungkin itu antara senario baru yang ingin dikongsikan bersama pembaca, menunjukkan perbezaan komitmen antara ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan wakil rakyat Umno-BN. Kunjungan penulis, bersama wartawan English Section, Saadon Aksah dan jurugambar Wan Zahari Salleh disambut oleh pegawai khas Dr Mariah, Mohd Azmi Jusoh serta kerani pentadbir Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja, Krishnaveni Perumal.

Dr Mariah yang tiba tidak lama selepas itu, menjemput kami naik ke rumahnya.

"Jemputlah. Inilah rumah kedua saya. Apabila program saya sampai larut malam, saya tidak sempat pulang ke Sungai Buloh. Sebab itu saya jadikan bahagian atas ini sebagai rumah. Maaflah kosong sahaja, belum sempat beli perabut lagi," katanya.

Di satu sudut di rumahnya itu, terdapat pelbagai jenis baju yang disangkut dan disusun rapi. Terdapat juga kotak-kotak yang berisi majalah dan buku-buku. Jelas Dr Mariah, barang-barang tersebut dijual sewaktu 'Jumbo Sale'. Hasil jualan tersebut akan digunakan untuk tujuan amal.

Katanya, kebanyakan barang-barang tersebut didermakan oleh saudara mara dan orang perseorangan. Malah Dr Mariah dan anak-anaknya juga turut mendermakan pakaian mereka untuk tujuan amal itu.

Menceritakan tentang minatnya membelai tanaman-tanaman bunga, jelas Dr Mariah peluang tersebut semakin sukar dipenuhi sejak bergelar Ahli Parlimen enam bulan yang lalu.

"Di depan rumah saya tu memang penuh dengan pelbagai jenis bunga. Tapi terkejutnya saya, bila saya lihat semalam pokok-pokok bunga saya semuanya sudah layu. Rupanya pokok bunga pun tahu merajuk. Entah bila saya berpeluang membelai dan menyiram kembali bunga-bunga saya itu," katanya sambil ketawa.

Jelas Dr Mariah, rakyat kini menjadi satu tanggungjawab baru yang menjadi sebahagian besar daripada amanahnya dalam kehidupan selain tanggungjawab sebagai isteri dan ibu yang masih diteruskan.

Sehubungan itu katanya, situasi baru selama enam bulan menjadi Ahli Parlimen harus diharunginya dengan tabah. Tambah Dr Mariah, di saat beliau dipilih oleh masyarakat sebagai Ahli Parlimen, beliau bernasib baik kerana lima daripada enam orang anaknya telah dewasa. Jadi tumpuannya kini dapat diberikan kepada masyarakat yang memerlukan khidmatnya.

"Bagaimanapun jika anak saya yang bongsu pulang dari asrama, saya akan pulang ke Sungai Buloh dan meluangkan masa untuknya. Dan saya tidak lupa memasak makanan kegemarannya," katanya sambil tersenyum.

Sungguhpun sentiasa dihambat dengan waktu, salah satu sikap Dr Mariah ialah beliau lebih suka menjamah makanan di rumah.

"Suami saya juga sering datang ke sini. Beliau pun lebih suka makan hasil tangan saya. Saya bersyukur, suami amat memahami tugas baru saya. Walaupun masakannya ringkas, tetapi saya dan suami lebih berpuas hati. Sejak anak-anak masih kecil saya tidak membiasakan anak-anak dengan makanan di luar. Sungguhpun 'simple' dan cuma satu atau dua jenis lauk, kebersihannya lebih terjamin. Sehingga kini anak-anak saya pun sudah terbiasa dengan masakan di rumah," katanya sambil membancuh minuman untuk kami. Sikap Dr Mariah itu turut diakui oleh pekerja-pekerjanya, Veni, Siti Esah Bakar dan Faridah Saman yang dilantik sebagi penyelaras program ibu tunggal.

"Jangan tidak percaya, kadang-kadang Dr yang masak untuk kami. Kami pun apa lagi, jadi tukang makanlah," pembantunya yang mesra dengan panggilan Kak Esah menyampuk perbualan kami.

Malah Kak Esah juga kadang-kadang menjadi peneman Dr Mariah sewaktu beliau bermalam di rumah keduanya itu.

Jelas Dr Mariah, sejak enam bulan yang lalu, beliau bersama pekerja-pekerjanya di Pusat Khidmat Masyarakat itu bagaikan satu keluarga.

Kemesraan di kalangan mereka terserlah hari itu sewaktu Dr Mariah mempelawa pekerja-pekerjanya minum pagi.

"Selain menanam bunga, minat saya yang tidak dapat saya tinggalkan ialah membaca. Saya memang banyak koleksi buku daripada pelbagai jenis. Jika dahulu saya boleh membaca sebuah buku daripada awal hingga akhir, kini saya cuma berkesempatan 'fast reading'.

"Cuma sekarang ini, sebuah buku yang saya perlu baca daripada awal ialah 'Malaysian Indian'. Buku ini penting untuk saya menyelami serta memahami budaya serta kehidupan masyarakat India di Malaysia," katanya yang menganggap buku tersebut amat bermanfaat baginya yang menjadi Ahli Parlimen di kawasan yang hampir majoritinya berbangsa India. - mns_

28 October 2008

CERAMAH TUAN GURU NIK AZIZ


Tarikh : 31-10-2008 @ Jumaat Jam : 8-00 mlm Tempat : Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat Palimen Kota Raja, Taman Sentosa 2, Belakang Balai Polis.


Sekretariat Parlimen Kota Raja

ingin mengambil kesempatan dan meminta tolong kepada semua Rakyat Malaysia khusus nya yang berada disekitar Kota Raja agar dapat membantu kami dalam menjayakan program diatas.

Matlamat program ini adalah untuk mengucapkan jutaan terima kasih dari TGNA & YB Dr Siti Mariah kepada seluruh rakyat bukan Islam yang telah memberi undi terbesar hingga mencatat sejarah baru di Kota Raja.

Adalah menjadi hasrat kami selain dari belasan ribu penyokong Pakatan Rakyat yang bakal hadir nanti, kami menetapkan target utk non muslim khususnya org India yg mesti hadir dalam program ini mestilah melebihi 3000 org dan mereka akan menjadi tetamu khas kepada TGNA.

Untuk menjadikan perkara ini realiti seluruh Jentera PRU PAS Kota Raja yang lalu khususnya setiap Cawangan melalui Ketua masing-masing hendaklah digerakkan dgn maksimum bagi menarik seramai mungkin org India khususnya hadir kemajlis ini. Pergi kesetiap rumah meraka di DUN Sri Andalas dan DUN Sri Muda untuk mengajak merekahadir dan sediakan pengangkutan sebagai satu kemudahan utk mereka.

Kami di Sekretariat Parlimen Kota Raja yakin jika semua ahli dan penyokong PAS dpt bergerak secara bersepadu Insa Allah program ini akan mencatat kejayaan yang besar seperti mana besarnya kemenangan kita pada PRU 12 yang lalu.

27 October 2008

KONVOI DAN RIADAH



ANAK-ANAK MUDA KOTA RAJA MULA MENDEKATI PAS

Usaha Kelab Penyokong PAS dan Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja

bagi mengumpulkan anak-anak muda dalam aktiviti Konvoi dan Riadah telah berhasil mengumpulkan kira-kita 100 orang anak muda dari Kota Raja.


Program ini diketuai oleh Sdr Praba. Sebelum berlepas ke Teluk Batik mereka semua menerima sumbangan wang saku yang diberikan oleh YB Dr. Mariah.

Dalam ucapan kepada anak-anak muda tersebut YB Dr Mariah menanyakan kepada anak-anak muda tersebut perkara-perkara yang mereka minati supaya Pusat Khidmat Masyarakat dapat menyusun program jangka panjang utk mereka yang akan diketuai oleh Sdr Hj Hakim Kari, Ketua Pemuda PAS Kota Raja.

Selain itu YB Dr. Siti Mariah juga menasihatkan anak-anak muda tersebut supaya dapat menjaga akhlak mereka sepanjang masa dan bagi yang beragama Islam agar tidak meninggalkan sembahyang.


Dalam ikrar anak-anak muda tersebut mereka berikrar agar menjadi pemuda yang baik dan menerima dengan hati terbuka nasihat dari YB.


HAPPY DEEPAVALI



YB Dr. Siti Mariah Mahmud & PAS Kota Raja

Mengucapkan Selamat Meraikan Deepavali kepada seluruh rakyat keturunan Hindu yang tinggal di Kota Raja dan Seluruh Malaysia.

Kami ingin melahirkan simpati kepada rakan-rakan yang beragama Hindu kerana kerana sambutan pada kali ini terpaksa disambut dalam suasana bercampur baur kerana ada diantara keluarga terutama yang ditahan dilokap Polis tidak dapat bersama-sama membuat persediaan sempena Deepavali kali ini.

Semoga anda semua bergembira.

26 October 2008

RANG DAFTAR PEMILIH TAMBAHAN SUKU TAHUNAN KE 3 ~ 2008

SEGERA

Rang Daftar Pemilih Tambahan suku ke Tiga bagi tahun 2008 akan di pamerkan mulai 28 Oktober – 2 November 2008. Gerakerja Semakan, Tuntutan dan Bantahan perlu dilakukan dalam tempoh pameran tersebut (7 hari).

Sila rujuk lampiran bagi tambahan pemilih daerah mengundi dalam Parlimen Kota Raja dan semak serta seterusnya buat Bantahan atau Tuntutan bagi data-data yang meragukan cthnya:-

a. Perubahan lokaliti/sempadan (penamahan, pengurangan atau pemindahan)

b. Pertambahan atau pengurangan secara tidak munasabah.

c. Pastikan tiada nama ahli dan penyokong dikeluarkan dalam rang daftar tersebut.

Sila rujuk procedure tuntutan & bantahan yang dilampirankan

Walaubagaimanapun pecahan Daerah Mengundi terkini bagi Parlimen Kota Raja adalah spt berikut:-

No. DUN Bil Daerah Mengundi

N49 Sri Andalas 16 &
N50 Sri Muda 17
Jumlah: 33

P111-Kota
2066K View as HTML Download
PROCEDUR
21K View as HTML Download

25 October 2008

TUAN GURU DATO' NIK AZIZ BIN NIK MAT - MAJLIS BERSAMA RAKYAT KOTA RAJA


MAJLIS BERSAMA RAKYAT KOTA RAJA

Bersama YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz Bin Nik Mat
(Mursidul Am PAS / Datuk Menteri Besar Negeri Kelantan)

YB Dr. Siti Mariah Mahmud
(Ahli Parlimen Kota Raja)

YB Dr. A. Xavier Jayakumar
(Exco Negeri Selangor / ADUN Sri Andalas)

YB Suhaimi Bin Shafie
(ADUN Sri Muda)


TARIKH : 31 OCTOBER 2008 (JUMAAT) MASA : 08:00 MALAM
TEMPAT : PERKARANGAN PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT
PARLIMEN KOTA RAJA
(BELAKANG BALAI POLIS TMN SENTOSA, KLANG, SELANGOR)

ANJURAN BERSAMA:
PUSAT KHIDMAT MASYARAKAT PARLIMEN KOTA RAJA
KELAB PENYOKONG PAS KOTA RAJA


****SEMUA DI JEMPUT HADIR****


INFORMASI : 603-51619000 (PEJABAT)
013-3610603 (Sdr. Razif -Sekretariat)

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini