07 May 2009

Malam jasamu dikenang

Assalamualaikum

PAS Kampung Jawa akan menganjurkan program 'Malam Jasa mu di kenang' yang akan diadakan pada tarikh 10hb Mei 2009 bersamaan hari Ahad yang akan diadakan di Markas PAS Kampung Jawa, Jalan Kota Raja, Kampung Jawa Klang, berhadapan Masjid Tok Dagang Kampung Jawa.

Menurut Ustaz Shukur yang merupakan Ketua Cawangan PAS Kampung Jawa merangkap Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Kota Raja, majlis ini diadakan bagi meraikan seorang pemimpin yang terulung di Kampung Jawa yang telah banyak berjasa kepada penduduk tempatan dan juga merupakan Mantan YDP PAS Kawasan Kota Raja.

Majlis yang gilang gemilang ini akan menjemput Profesor Datuk Hj Hashim Yahya, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan sebagai penceramah Undangan. Disamping itu makan malam istimewa juga disediakan yang diuruskan oleh masajie.

SEMUA RAKYAT MALAYSIA DIJEMPUT HADIR

Hari Hitam Sidang Dun Perak


Kumpulan polis berpakaian biasa keluar dari bangunan Dewan Negeri Perak.


Sivakumar diheret seperti kambing lagaknya. Ini lah tamadun UMNO/BN


Suasana tegang di kerusi Speaker

05 May 2009

Imam dipecat selepas seru kerajaan berlaku adil, telus

Imam dipecat selepas seru kerajaan berlaku adil, telus

kemaskini 5.49pm Seorang imam di Bukit Damansara dipecat setelah menyampaikan khutbah Jumaat yang menyeru kepada "pemerintahan adil, telus dan cara yang betul" pada Februari lalu.Shamsul Firdaus menerima surat pemberhentian kerja semalam setelah mengambilnya di pejabat pos berdekatan.Dalam surat bertarikh 30 April, imam itu ditamatkan perkhidmatannya mulai 1 Mei kerana majikan berhak berbuat demikian menurut Seksyen 12 (1) Akta Pekerjaan.Tiada alasan pemecatan dinyatakan dalam surat tersebut yang ditandatangani pengerusi Masjid Saidina Omar Alkhattab, katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Alahai ada lagi kes-kes macam ini. Dah lama gak tak dengar semenjak PR menerajui selangor. Adalah amat malang sekali perkara ini berlaku. Semoga Allah membuka hati mereka yang membenci akan kebenaran. InsyaAllah, Allah akan membuka pintu rezeki yang lebih luas kepada Imam Shamsul Firdaus dan peluang yang lebih untuk bergerak dimedan dakwah.

03 May 2009

Karnival Mesra Perpaduan Rakyat Taman Setia DUN Sri Muda


Persatuan Penduduk Taman Setia dengan Kerjasama ADUN Sri Muda, Pejabat Parlimen Kota Raja dan Ahli Majlis MPK Zon 50 akan menganjurkan Karnival ini selama 2 hari bermula pada hari Sabtu 16hb Mei hingga 17 hb Mi 2009.

Menurut En. Adam Abd Karim selaku Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Setia merangkap Pengarah Program, majlis ini akan di resmikan oleh YAB Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor pada 17..2009 tepat jam 9.30 pagi.

Selain itu Karnival ini juga memberi peluang kepada semua peniaga-peniaga untuk mempromosikan barangan masing-masing termasuklah dari peniaga-peniaga kecil dan juga besar.

Bagi memeriahkan majlis pada malam sabtu pula akan diadakan persemhan konsert kesenian Islam yang akan dijayakan oleh Mel (bekas vokalis kumpulan Wings)mdan juga artis Nasyid.

Semua Rakyat Malaysia di jemput hadir : Infomasi : En Adam 012-2633305

01 May 2009

No 2, asalkan bernaung dibawah MSU, siapa pun OK

PAS telah memperkenalkan dasar kepimpinan Ulama sejak tahun 80an ketika Almarhum Pak Yusuf Rawa menjadi Presiden. Dasar tersebut telah mewujudkan sebuah institusi yang dinamakan sebagai Majlis Syura Ulama di samping memperkasakan Dewan Ulama Pas. Timbul tanggapan hari ini bahawa jawatan Timbalan Presiden haruslah dipegang oleh mereka yang mempunyai title ulama atau ustaz.

Adakah kepimpinan ulama itu bermaksud Presiden dan Timbalan Presiden itu mestilah ulama ataupun kepimpinan Pas merujuk kepada ulama atau syarak?

Penulis tetap mempertahankan bahawa kerusi Timbalan Presiden hendaklah diisi oleh seorang pejuang telah diuji dalam perjuangan menegakkan yang maaruf dan menentang kemungkaran dengan syarat kepimpinannya hendaklah sentiasa bernaung di bawah Majlis Syura Ulama. Ulama itu tidak semestinya seorang pemimpin tetapi pemimpin itu mestilah sentiasa merujuk kepada Ulama. Penulis ada alasan dan hujah.

Semangat Kepimpinan Ulama

Semangat ini perlu diterjemahkan melalui perjuangan yang berani dan kecekalan dalam menerima ujian dan juga tawaran. Istiqamah amat penting dalam perjuangan yang mendokong kepimpinan Ulama. Kita tidak mahu tragedi seperti Ustaz Nakhaei Ahmad yang bertaraf Ulama namun tidak tahan ujian dan tawaran.Timbalan Presiden Adalah Presiden.

Ketika ketiadaan atau keuzuran Presiden, Timbalan Presiden adalah Presiden. Atas semangat kepimpinan Ulama maka pemangkunya ketika sebarang kemungkinan perlulah merujuk kepada Majlis Syura Ulama agar semangat kepimpinan ulama itu sentiasa segar.

Kemampuan Ilmu Syarak

Presiden atau Timbalan Presiden mesti seorang yang berkemampuan tinggi menyelesaikan masalah jamaah atau masalah umat berdasarkan peraturan syarak. Mampu merujuk masalah yang rumit dan halus di bawah naungan Majlis Syura Ulama. Hanya Majlis Syura Ulama yang mampu melakukan itu semua.

Pas Adalah Gerakan Islam

Pas bukan sekadar sebuah parti politik tetapi adalah gerakan Islam. Kemampuan pemimpin tertingginya membawa Pas menghayati ruh sebuah gerakan Islam sangat diperlukan. Sesiapa sahaja mampu memimpin sebuah parti politik tetapi tidak semua orang berupaya memimpin sebuah gerakan Islam. Pemimpin yang telah teruji ketahanannya dalam mempertahankan survival gerakan Islam layak menjadi Timbalan Presiden.

Tiada Cacatnya Timbalan Presiden bukan Ulama

Semenjak sekian lama dua jawatan utama itu dipegang oleh ulama dengan gandingan Yusof Rawa Fadhil Noor, Fadhil Noor Abdul Hadi dan Abdul Hadi Nasharuddin, tidak timbul masalah besar. Kalau Timbalan Presiden sekarang bermasalah apa salahnya kita tukarkan beliau dengan mereka yang bukan Ulama selama dua tahun, kita boleh lihat dahulu kemampuannya untuk memimpin sebuah gerakan Islam.

Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan UlamaHanya pemimpin yang telah teruji dalam perjuangan ini dengan kesusahan, kepayahan dan kesukaran serta tawaran menarik tetapi terus kekal istiqamah sahaja yang layak menduduki kerusi itu.

Kita Perlu Berbeza Dengan Orang Lain

Parti sahabat kita atau parti saingan kita tidak meletakkan ulama sebagai tunggak. Kita tetap berbeza daripada parti lain kerana hierarki kepimpinan tertinggi kita adalah Ulama yang berada di dalam Majlis Syura Ulama. Sistem dalam Pas amat berbeza di mana Mursyidul Am adalah pemimpin nombor satu dalam parti.

Majlis Syura Ulama mestilah dipertahankan sebagai institusi yang tertinggi di dalam parti. Di samping itu Dewan Ulama sebuah lagi institusi dalam Pas juga wajib terkehadapan dalam mengolah isu-isu semasa dengan berlandaskan syara’.

Penulis berpandangan isu yang perlu di sini ialah kepimpinan dalam Pas perlulah diberikan kepada sesiapa sahaja samada mereka itu Ulama, profesional ataupun aktivis parti dengan syarat mereka itu adalah daripada yang terbukti mampu memimpin Pas membawa ke tahap yang lebih gemilang.

Jangan jadikan Ulama sebagai satu syarat untuk memimpin di dalam Pas. Kelak Pas akan berpecah teruk lantaran sikap bodoh sombong mana-mana individu yang mempergunakan title Ulama untuk melindungi kelemahan sendiri. Akhukum fil Islam

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini