11 July 2009

Gotong Royong

Sempena upacara Pecah Tanah pembinaan kompleks Dewan Serbaguna dan Surau di Rumah Anak-Anak Yatim Al Munirah, Jalan Johan Setia, Klang pada minggu depan 18.7.2009 oleh YAB Tuan Guru Datuk Nik Aziz bin Nik Mat Menteri Besar Kelantan merangkap Mursidur Am PAS satu majlis gotong royong diadakan pada pagi ini diperkarangan Kompleks tersebut.

Sesiapa yang berkelapangan dijemput hadir..... informasi Tn Hj Termizi : 019-2609273

10 July 2009

Bengkel PMR 2009 Parlimen Kota Raja

1.0 PENDAHULUAN

Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) Kota Raja melangkah setapak kehadapan dengan menganjurkan Bengkel PMR 2009 buat kali pertma khusus kepada para pelajar sekitar Kota Raja yang bakal menghadapi PMR pada awal bulan Oktober 2009. LPN pada kali ini mengambil pendekatan untuk mengadakan bengkel PMR dengan hanya menumpukan kepada 2 matapelajaran teras pada peringkat awal ini iaitu Sains dan Matematik. Diharapkan bengkel pada kali ini berjalan lancar sejajar dengan matlamat dan objektif yang digariskan oleh pihak penganjur.

2.0 MATLAMAT

Menyiapkan diri para pelajar bagi menghadapi peperiksaan PMR disamping menitikberatkan aspek modal insan dalam diri mereka.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendedahkan para pelajar kepada teknik menjawab soalan peperiksaan

3.2 Memperkenalkan teknik pembelajaran yang berkesan

3.3 Menitik beratkan pembelajaran secara berkumpulan

4.0 TEMA

Menjana Generasi Yang Berilmu

5.0 TARIKH PROGRAM

15 Ogos 2009 (Sabtu) bertempat di Dewan Annex, Pejabat SUK

6.0 SASARAN

Para pelajar tingkatan 3 sekitar Parlimen Kota Raja

Informasi : Sdr Imran Satiman 012-3872046, Sdr. Ahmad Nizam 019-2248061, Sdr Syed A.Malek 012-3858801

09 July 2009

Siapa kata Kelantan miskin?

Dengan hanya memakan 2 pinggan Nasi Ayam dan 2 gelas air sirap di Manek Urai dan selepas itu dikenakan bayaran RM15.00, siapa lagi yang berani kata Kelantan negeri miskin. Makanan ini setaraf dengan harga makanan di bandaraya maju seperti Tokyo dan Seoul.

Kuala Lumpur pun tak macam ni. Tapi ada juga yang lebih murah dari KL. Makan durian 5 biji RM10.00 sahaja, isi baik pulak tu, nasib baik tercampur durian kunyit. Dalam keadaan makanan mahal pun orang tidak kisah dan terus bertumpu ke Manek Urai. Hebat Kelantan dibawah naungan Tok Guru Nik Aziz.

Ust Nasa akan mula kempen di Manek Urai Sabtu ini

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa akan hadir berkempen pada pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, sabtu ini.

Beliau berkata, ketiadaannya di Manek Urai ketika ini tiada kena mengena dengan kontroversi yang didakwa sejak hari penamaan calon, sebaliknya beliau sakit usus selama seminggu sehingga tidak selesa menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan kecil.

“Sebelum ini saya ada datang beberapa kali ke hospital untuk membuat rawatan tetapi sejak seminggu ini saya berasa sangat tidak selesa dan membuat keputusan untuk jalani pembedahan.

“Saya akan berehat dalam masa dua hari ini dan akan pergi ke Manek Urai Sabtu ini. InsyaAllah saya akan memberi ceramah bergantung kepada tentatif program yang disediakan. Nasharudin selamat menjalani pembedahan usus jam 11 pagi tadi, setelah dimasukkan ke bilik pembedahan pada jam 10 pagi hari yang sama.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini