09 July 2009

Ust Nasa akan mula kempen di Manek Urai Sabtu ini

Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa akan hadir berkempen pada pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, sabtu ini.

Beliau berkata, ketiadaannya di Manek Urai ketika ini tiada kena mengena dengan kontroversi yang didakwa sejak hari penamaan calon, sebaliknya beliau sakit usus selama seminggu sehingga tidak selesa menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan kecil.

“Sebelum ini saya ada datang beberapa kali ke hospital untuk membuat rawatan tetapi sejak seminggu ini saya berasa sangat tidak selesa dan membuat keputusan untuk jalani pembedahan.

“Saya akan berehat dalam masa dua hari ini dan akan pergi ke Manek Urai Sabtu ini. InsyaAllah saya akan memberi ceramah bergantung kepada tentatif program yang disediakan. Nasharudin selamat menjalani pembedahan usus jam 11 pagi tadi, setelah dimasukkan ke bilik pembedahan pada jam 10 pagi hari yang sama.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini