12 July 2009

Diskaun 20% tol, kenyataan yang tidak releven.


Diskaun 20 peratus kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

Bertepuk tanganlah orang umno dengan pengumuman ini. Gembira benar mereka seolah-olah semua mereka yang bertepuk tangan tu membayar 100 kali tol sebulan. Bengap Umno ni.

Saya tinggal di Klang dan berulang alik bekerja di Sg Buloh sejak 12 tahun yang lalu. Kerja kilang. Dalam seminggu saya bekerja selama 5 hari, dalam sebulan adalah dalam 22 hari saya menggunkan lebuh raya bertol. Ada jalan tidak bertol, tapi dalam keadaan umur hampir setengah abad ni saya sudah tidak mampu untuk melalui sejumlah 22 traffic light untuk ketempat kerja dan 22 traffic light untuk pulang kerumah. Mahu tak mahu saya gunakan juga lebuhraya bertol. Untuk berjimat sebanyak 40 sen sehari saya terpaksa keluar rumah setiap hari selepas selesai subuh, tak boleh lewat dari 6.15 pagi kerana saya perlu sampai dan keluar tol sebelum jam 7.00 pagi baru dapat rebet tengah malam 10%.

Dalam kemerosotan ekonomi ketika ini overtime pun tak de, nak ronda-ronda makan angin bersama keluarga dihari minggu kalau boleh di elakan memang di elakkan. Duduk rumah atau pergi rumah adik beradik sekitar klang sajalah.

Tak pernah dalam 12 tahun ni saya gunakan tol sebanyak 80 kali paling banyak pun 22 X 2 = 44 kali + jalan-jalan 10 kali = 54 kali. Dengan itu saya tak layak dapat potongan diskaun 20%.

Kalau ada orang pergi office 30 hari sebulan pun belum tentu layak terima diskaun ini, tak percaya kira sendiri.

Apa punya bangang lah orang yang tepuk tangan dan orang bergembira mengumumkannya didada-dala akhbar pada hari ini. Berapa keratlah orang yang layak terima diskaun ini.

2 comments:

  1. Kilang motor, naik motor je le nampaknya..dah mmg bengap pun..tu dia wat "1 M"..

    ReplyDelete
  2. Kita tak boleh tahan naik motor, dah cuba dah, masaalah pinggang

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini