22 July 2009

Maqasid Syariah


Jemaah sekalian,

Pada 13 Julai 2009 (Isnin) yang lepas saya telah berpeluang menghadiri satu seminar bertajuk Seminar Maqasid Syariah/SMS Peringkat Kebangsaan di bandar Kota Bahru, Kelantan anjuran Jabatan Al-Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra/KIAS dgn kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan/JAHEIK. Seminar julung kali ini telah diadakan di Hotel Grand River View dan dihadiri oleh golongan sasar seminar dari seluruh pelusuk negara dengan anggaran seramai 400 orang.

Seminar yang bertemakan "Ke Arah Negara Sejahtera Lagi Berkat" berkisar mengenai ilmu maqasid syariah-aplikasi serta cabaran di dlm pentadbiran negara.

Perasmian seminar tersebut telah disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan. Disini saya ingin memetik ucapan Tuan Guru dari dalam Buku Cenderahati yang berbunyi:-

"Maqasid Syariah atau Objektif Syariat Islam dalam penentuan segala hukum syarak yang melibatkan persoalan ibadat, muamalat, munakahat, jenayah, politik dan pemerintahan adalah untuk memelihara kemaslahatan manusia di dunia dan di akhirat.

Dlm menghadapi pelbagai persoalan semasa khasnya yg menyentuh aspek pendidikan, sosial, ekonomi, kebudayaan, politik, perundangan dan hubungan antarabangsa Islam, para sarjana hukum perlu membuat penyelesaian berasaskan kefahaman yang mendalam berhubung Maqasid Syariah. Kegagalan memahami dan mengembangkan ilmu Maqasid Syariah ini merupakan faktor terpenting yang menyebabkan timbulnya kekeliruan dan penolakan masyarakat umum terhadap pelaksanaan syariat Islam dalam sistem pemerintahan negara dewasa ini".

Tambah beliau lagi dalam ucapan perasmian, "Alangkah baiknya jika seminar seperti ini didedahkan kepada kami 50 tahun dahulu".

Sebanyak 5 Kertas Kerja telah dibentangkan oleh para ilmuan yang memang pakar dalam bidang masing-masing. Ringkasan kertas kerja tersebut adalah:-
i)Kertas Kerja 1: Maqasid Syariah Sebagai Roh Dalam Pentadbiran Negara
oleh Dr Abdul Basit Abdul Rahman/Pensyarah Jabatan Al-Syariah(KIAS)

ii)Kertas Kerja 2: Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Kewangan & Ekonomi Negara
oleh Prof Madya Dato' Dr Hailani Muji Tahir/Pensyarah Fakulti Pengajian
Islam, UKM

iii) Kertas Kerja 3: Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Masyarakat Majmuk di Malaysia
oleh Prof Madya Dr Shukeri Mohamad/Pensyarah Akedemi Pengajian
Islam Nilam Puri, UM

iv) Kertas Kerja 4: Maqasid Syariah & Penafsiran Perlembagaan Malaysia
oleh Prof Dr Abdul Aziz/Pensyarah Kuliah Undang-Undang Ahmad
Ibrahim, UIA

v) Kertas Kerja 5: Maqasid Syariah Sebagai Dasar Membangun Bersama Islam: Satu
Pengalaman Kerajaan Negeri Kelantan
oleh YB Dato' Mohd Amar Abdullah/EXCO Kerajaan Negeri Kelantan

Nota: sila rujuk lampiran untuk kelima-lima kertas kerja tersebut

Antara yang ditekankan dlm maqasid syariah mestilah ianya menjaga maslahah yg 5 iaitu:-

1)Agama
2)Nyawa
3)Akal
4)Keturunan
5)Harta-benda

Nota: disusun mengikut keutamaan dan maslahan agama menjadi perkara utama

Segala penghukuman perlulah sampai sehingga kepada unsur mendidik, mencegah dan seumpamanya.

Byk pendedahan yang kami belajar dan merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Antaranya ialah semasa solat zuhur selesai sahaja rehat makan tengahari, kami bertiga ke surau hotel (biasalah tidak besar mana cuma ada tmpt solat dan tmpt wuduk). Kami hari tu solat jamak & qasar sekali dgn berimamkan Tn Hj Md Termizi. Dalam rakaat ke-2 tiba2 perasaan ada jemaah baru join. Selesai shj solat zuhur kami nak sambung solat Asar baru perasan yg jemaah tadi rupa2nya Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz !!

Kami selesai dulu. Masa pakai kasut tak nampak pun pengawal peribadi yg jaga Tuan Guru cuma pekerja hotel adalah sorang tunggu di pintu masuk surau. Ingat nak ambil kesempatan bersalam tapi tak perasan Tuan Guru dah beredar, laju pulak tu jalannya.

Apabila selesai shj seminar disebelah petangnya kami sempat bersiar-siar ke Pasar Siti Khadijah (jln kaki aje dari hotel). Sempat beli dodol dan makan durian sekali.

Kami solat berjemaah Maghrib di Masjid Muhammadi dan sambung dengan jamak Isyak dgn berimamkan Tn Hj Termizi. Perasan juga ada jemaah lain ikut sekali dan bila selesai solat, bersembang dengan mereka, rupanya jemaah dari Kedah nak ke Manik Urai untuk bantu kempen pilihanraya. Hebat jemaah Kedah (Kota Raja pun ape kurangnye !).

Selepas tu kami terus nak ke airport sbb flight jam 9:55mlm (naik Fire Fly). Allah permudahkan sungguh krn ada seorang jemaah yang bantu kami hantar ke airport. Jemaah tersebut pernah bekerja diPort Klang dan kerjanya bawa kapal laut dalam sebagai nelayan=> org ni hebat sbb pasang 3 orang bini !! (Kelantan tu salah soranglah).

Lps ambil boarding pass sempat kami makan diwarung dpn airport Pengkalan Chepa. Saya makan Nasi Goreng Pataya yang lain lain makan Nasi Goreng jenis apa tak ingat dah. Harga biasa saja dan berpatutan.

Jam 9:25mlm boarding n bertolak jam 9:55mlm dan akhirnya sampai di Subang Airport sekitar jam 11mlm.

Itulah serba-sedikit cerite kami bertiga.

Namun yg penting saya nak kongsikan bersama ialah demi untuk mengeluarkan kita semua dari kejahilan terutama apabila bercakap berkenaan dengan Maqasid Syariah. Program sehari begini mana mungkin dapat memberi kefahaman sepenuhnya namun sekurang-kurangnya pendedahan awal kearah pentadbiran Malaysia yang "Baldatun Thayyibatun Wa Rabbun Ghafur" kami telah lalui.

Satu ungkapan dlm kertas kerja yg agak menarik perhatian saya ialah "Syariat didaulatkan, kemaslahan rakyat diutamakan" saya nukilkan disini sebagi penutup tulisan saya.

Sekian & mudah-mudahan ada manafaat.
Syed
Tmn Sri Andalas, Klang

p/s: -yg hadir saya, Tn Hj Md Ali & Tn Hj Md Termizi
-kami ada jumpe Tok Mufti Selangor jugak hadir

5 attachmentsDownload all attachments
Kertas Kerja 1 Maqasid Syariah Sebagai Roh Dalam Pentadbiran Negara.pdfKertas Kerja 1 Maqasid Syariah Sebagai Roh Dalam Pentadbiran Negara.pdf
1915K View Download
Kertas Kerja 2 Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Ekonomi,Kewangan dan Ekonomi Negara.pdfKertas Kerja 2 Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Ekonomi,Kewangan dan Ekonomi Negara.pdf
2342K View Download
Kertas Kerja 3 Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Masyarakat Majmuk di Malaysia.pdfKertas Kerja 3 Maqasid Syariah Dalam Pengurusan Masyarakat Majmuk di Malaysia.pdf
1670K View Download
Kertas Kerja 4 Maqasid Syariah Dan Penafsiran Perlembagaan Malaysia.pdfKertas Kerja 4 Maqasid Syariah Dan Penafsiran Perlembagaan Malaysia.pdf
781K View Download
Kertas Kerja 5 Maqasid Syariah Sebagai Dasar Membangun Bersama Islam.pdfKertas Kerja 5 Maqasid Syariah Sebagai Dasar Membangun Bersama Islam.pdf
616K View Download

4 comments:

  1. Seronok pi belajar jauh-jauh. Mudah-mudah dapat byk pahala..

    ReplyDelete
  2. sy xleh tgk semua kertas kerja kt atas ni..bleh pm gmail sy..
    waqee310@gmail.com
    ingin wt rujukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam awk... awk dh dpt krtas kje kelima2??? kalau dpt.. blh tolong emailkan kat sy tak? Aisyayusra@ymail.com

      Delete
  3. blh tlg emailkan tak 5 krtas kje ni..... Aisyayusra@ymail.com.... harap dpt bantu

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini