Kebelakangan ini persekitaran Pakatan Rakyat agak bergelora dan tidak mesra dengan pelbagai isu yang ditimbulkan sesama sendiri. Ini tidak baik untuk diteruskan dan Sekretariat Pakatan Rakyat serta Majlis Presiden kena duduk berbincang mencari kaedah terbaik untuk menghentikan semua ini bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap PR.
Pelbagai isu yang ditimbulkan bermula dengan Muktamar Tahunan PAS kali ke 55 yang lalu, masaalah di Penang, Selangor dan Kedah adalah rentetan permasaalahan dalaman parti dan PR yang sepatutnya diselesaikan dalam komuniti kita sendiri.
Tapi itu nampaknya tidak berlaku, sebalik pimpinan parti lebih selesa menggunakan media termasuk media umno/BN untuk menyarakan pandangan masing-masing dan yang menghentam antara satu sama lain. Ada juga pemimpin yang seakan kemaruk untuk mendapat publisiti murahan yang akhirnya merugikan parti dan Pakatan Rakyat.
Terbaru kita tidak boleh faham bagaimana ADUN PR Selangor boleh berbalah pelbagai isu yang sama sekali tidak menguntung parti kita tetapi mendapat kredit untuk parti lawan. Saya masih ingat ketika Almarhum Dato' Fadhil Nor menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat pada tahun 1999, beliau akan memanggil setiap setiap ahli Parlimen untuk berbincang strategi sebelum masuk ke dewan Rakyat untuk bersidang. Ketika itu kita dapat melihat kesatuan parti-parti pembangkang begitu terserlah.
Hari ini sebaik sahaja kita memerintah, pimpinan yang ada tidak pernah dan akan mempraktikkan kebaikan yang pernah dibuat oleh pimpinan terdahulu sebalik tergopoh-gopoh menunjukkan taring dan kepandaian ditempat yang salah.
Berubah wahai pimpinan semua kerana kesannya baru kita terima semalam selepas dari 5 PRK sebelum ini kita mendapat tambahan undi, tidak terkejut bila semalam kita cuma menang 65 undi, inilah iktibar yang perlu kita ambil.

No comments:
Post a Comment