
Tahniah pada semua.

Seorang peguam, Puspawati Rosman, dari Pusat Bantuan Guaman ditahan di luar pusat tersebut di Jalan Jalan Tun Perak, dekat Masjid Jamek.
Dipercaya Puspawati (kiri) ditahan kerana mengedar risalah mennjelaskan hak mereka yang ditahan.
Tangkapan bermula awal pagi tadi. Cuma hingga kini kita tidak mendapat perkhabaran tentang penyokong ISA yang diketuai oleh seekor katak dari Pasir Mas adakah tangkapan dibuat dikalangan mereka? Atau mereka tidak keluar untuk berdemo.


Antara jalan yang ditutup sejak 8 pagi termasuk laluan di kedua-
dua hala Lebuhraya Seremban-Sungai Besi, Jalan Kelapa Gading, Jalan Mahameru, Dataran Merdeka, Jalan Travers dan jalan-jalan berhampiran Istana Negara.
Polis telah ditempatkan di lokasi strategik bagi mengawal lalu lintas.