01 August 2009

Krisis dalaman Umno belum selesai

Najib Tun Razak mengumumkan Umno akan bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir ekoran kematian penyandangnya dari PAS, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pagi ini.

Permatang Pasir - kerusi tunggal PAS di Pulau Pinang - adalah salah sebuah DUN dalam Parlimen Permatang Pauh yang diwakili oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebagaimana yang diketahui umum jentera Umno Permatang Pauh bermula PRU 8 Mac 2008 telah lama lumpuh akibat krisis dalamam yang berpanjangan diantara pimpinan mereka yang berebut kuasa. Hal ini tidak dapat disorok lagi walau pun pelbagai kenyataan dikeluarkan oleh pimpinan umno terutama oleh Pengerusi Perhubungan IMPORT Pulau Pinang Datuk Zahid Hamidi, Muhyiddin dan DS Najib sendiri.

Sekali pun konsep 1 Malaysia diperkenalkan dan pelbagai gula-gula diistiharkan oleh Najib kita berharap agar pengundi DUN Permatang Pasir terus istiqamah untukmemenangkan PAS di DUN mereka yang telah 3 penggal dimenangi oleh Parti Islam tersebut sebelum ini.

2 comments:

  1. Pika,

    terima kasih walau pun awak masih anak muda, tapi jiwa awak yang mahukan Islamik (PAS), Demokratik (DAP) dan Keadilan (PKR) amat dihargai dan disanjungi.

    Bertuah kepada kedua ibu bapa awak yang melahir awak kedunia ini.

    Salam untuk kedua mereka.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini