Tahniah kepada PAS/PR kerana memenangi PRK ini dan Takziah kepada Umno/BN. Pada keseluruhannya dapat diperhatikan secara jelas bahawa pengundi Permatang Pasir memang bijak dan tidak mudah terpedaya dengan janji-janji Umno/BN walau pun dijanjikan sebagai anak emas jika memilih BN pada PRK siang tadi.
Mereka sudah lali dengan janji-janji manis Umno/BN pada setiap kali pilihanraya. Pengundi yang bijak seperti di Permatang Pasir akan menyedarkan Umno bahawa taktik yang diperkenalkan di Manek Urai kononnya amat berjaya tidak laku disini.
Selain itu faktor pengundi Cina yang solid memilih PAS sebagai wadah perjuangan mereka seperti posting saya sebelum ini benar-benar menjadi kenyataan. Umno/BN akan terus hilang punca jika keadaan ini berkekalan hingga PRU 13 nanti.
Tindak tanduk SPRM kebelakangan ini yang menekan semua pimpinan dan kerajaan Pakatan Rakyat pada waktu kebelakangan ini antara punca kebencian rakyat kepada Umno/BN. Kerajaan BN harus berubah dengan memberikan kerajaan PR ruang untuk menunjukkan kemampuan mereka memerintah supaya rakyat dapat melihat kemampuan mereka dan membuat pertimbangan yang sewajarnya pada PRU 13 akan datang.
Kegopohan demi kegopohan Umno/BN dalam menyerang PR amat tidak disenangi oleh rakyat, yang akhirnya rakyat memberi signal yang jelas 'hentikan semua ini'
Sementara itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kecewa dengan sikap pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir yang tidak mahukan perubahan.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir menunjukkan pengundi terlalu selesa dengan keadaan mereka ketika ini sehingga tidak mahukan pembangunan.
No comments:
Post a Comment