21 August 2009

Hari pertama Tarawikh : Masjid & Surau penuh sesak

Melebihi sembahyang Jumaat dan Hari Raya. Itulah gambaran malam pertama tarawikh di Masjid dan Surau sekitar Lembah Klang pada malam ini.

Ditempat tinggal saya di Taman Setia, AJK surau bekerja keras menambah ruang sembahyang diruang parking motor dan ruang memasak dibahagian dapur surau.

Seperti mana biasa malam ini kami menunaikan solat sunat tarawikh 20 rakaat + 3 witir, bila masuk 8, OK nampaknya tak banyak yang berganjak pulang. harap-harap suasana ini akan berkekalan.

Bermula malam esok sejak belasan tahun yang lalu Surau Al Ikhwan Taman Setia akan meneruskan Tazkirah Ramadhan, antara pentazkirahnya ialah, 1 Ramadhan (AF Ust Dr Sahibuddin Muhaimin), 2 Ramadhan (AF Ust Samsuddin Abu Bakar) + Kuliah Subuh (AF Ust Zawawi Yusof), 3 Ramadhan (AF Ust Halim Din), 4 Ramadhan (AF Ust Ridzuan Md Nor), 5 Ramadhan (AF Ust Abd Rashid Abd Rahman), 6 Ramdhan (AF Ust Fadhil Ismail), 7 Ramadhan (AF Ust Mohd Nasir Zakaria), 8 Ramadhan (AF Ust Uda Kassim).

Jadual seterusnya akan dimaklumkan selepas 8 Ramadhan nanti.

2 comments:

  1. tuan, waktu tazkirah masa mana:-
    i)slp Mghb
    ii)slps 8 Tarawikh
    iii) ?

    ReplyDelete
  2. Waktu tazkirah selepas Tarawikh 8 rakaat + witir 3 rakaat... ikut jam lebih kurang mula jam 9.40mlm.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini