31 August 2009

Hadiah sempena Merdeka?

Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter. Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Jika benar pengumumkan kenaikan itu dijangka pada petang ini, maka ianya merupakan hadiah hari kemerdekaan ke 52 yang paling bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia. Ianya juga merupakan angpau paling malang untuk umat Islam dan rakyat yang akan bercuti sempena sambutan Eidul Fitri pada tahun ini.

Paling ditakuti dan mengerikan rakyat ialah dalam keadaan susah untuk mendapatkan gula sekarang, kenaikkan harga minyak ini akan menyebabkan kenaikkan seluruh harga barang keperluan yang tidak dapat dikawal lagi selepas ini. Peniaga macam biasa akan mengambil peluang ini manakala permintaan Pak Menteri langsung tidak dilayan.

Jangan ulangi kesilapan yang lalu bila petrol dinaikkan secara mendadak ke Rm2.80 akhirnya rakyat menderita hingga kesaat ini.

Beberapa portal berita seperti Malaysia-instinct.com telah pun mula memaparkan mengenai peningkatan harga minyak itu sejak semalam.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini