Syed Abd Malek .... Kota Raja
11 August 2009
MB Selangor dan PeBT
Pd Ahad lepas (9/8) saya berpeluang menghadiri majlis taklimat tersebut di Sheraton Hotel Subang Jaya.
Sebelah paginya sesi taklimat mengenai Garis Panduan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) oleh Pn Zaraurah/UPEN manakala sebelah petang sesi amanat dari YAB Menteri Besar serta sesi bergambar.
Antara ucapan YAB Menteri Besar adalah beliau mengingatkan tentang program kerajaaan negeri, Merakyatkan Ekonomi Selangor /MES perlu difahami dan diterima kemudahannya dan ganjaran kepada rakyat Selangor.
Keduanya beliau memperkenalkan konsep "Kawal Selia Kendiri" atau "Self Regulation" kepada masyarakat termasuk golongan muda atau belia. Belia merupakan pemimpin yang menentukan persekitaran. Beliau mengambil contoh mengenai sikap membuang sampah yang tidak mengikut peraturan seperti membuang sampanh melalui tingkap (bagi rumah apartment). Jika semu penduduk apartment bersikap demikian sudah tentu ianya akan mendatangkan masalah kerana tingkap seolah-olah sudah menjadi tong sampah !.
Sikap begini perlu diubah kerana "environment invited people to act", justerus masyarakat perlu didik dengan konsep ini, "Self Regulation". Kesedaran perlu ada pada diri kita sendiri bagi menjadikan kawasan persekitaran tempat tinggal menjadi aman dan bersih.
Kita tidak boleh menyalahkan orang lain jika sampah ditempat kita tidak terurus dengan baik kerana semua itu terjadi dari sikap buruk penduduk itu sendiri.
YAB juga menekakkan tentang kepentingan golongan belia sebagai penggerak/pemangkin/ catalyst kepada persekitaran.
Adalah diharapkan dengan perlantikan Pengerusi PeBT setiap Zon mengikut PBT masing-masing akan dapat memacukan lagi semua gerak kerja atau program khususnya yang berkaitan dengan belia mengikut PBT masing-masing.
Sila rujuk lampiran untuk sesi bergambar dengan YAB Menteri Besar serta EXCO yang berkaitan dengan Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan.
Syed Abd Malek .... Kota Raja
Syed Abd Malek .... Kota Raja
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Recent Posts : Dr Siti Mariah
Popular Posts
-
Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kris...
-
Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lesta...
-
Umno dan Utusan Malaysia ;- Ibarat aur dengan tebing Ibarat isi dengan kuku Ibarat irama dengan lagu Mereka tidak boleh dipisahkan, sali...
-
Akhbar media perdana khususnya Utusan Malaysia dan The Star terus-menerus memalukan gendang pertembungan antara golongan ulama dengan profes...
-
Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat gambar sekitar majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Husna yang telah berlangsung kelmarin. Ter...
TAHNIAH Sdr. Zainal Ketua DPPKR, Sdr Imran Satiman Timbalan DPPKR, Sdr Mahmud Naib DPPKR,,,,
ReplyDeleteHebat Pemuda Kota Raja, termasuk bekas seorang Pemuda nya yang dah melanglah ke petua.... siapa nama nya ye?
He.. he.. yg mantan tu skg dh nak jd YAB...! Jangan mare Tn Hj Hakim !
ReplyDelete