05 August 2009

Arak

4 Ogos 2009, Jam 4.30 petang, rombongan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPNS) ke pejabat Exco YB Ronnie Liu bagi menyerahkan satu memorandum membantah tindakan exco itu berhubung isu arak yang sedang panas diperkatakan ketika ini. Rombongan seramai sekitar 15 orang terdiri daripada beberapa exco DPPNS dan wakil Pemuda beberapa Kawasan disambut sendiri oleh Ronnie Liu di pejabatnya.

Wakil rombongan DPNS telah menyerahkan sendiri memorandum kepada Ronnie Liu yang isi kandungannya telah diperjelaskan satu persatu kepada beliau berhubung pendirian DPNS dalam isu berkaitan.

Sesi soal jawab dan penjelasan daripada kedua-dua belah pihak kadangkalanya agak panas kerana masing-masing mempertahankan tindakan yang dibuat lebih-lebih lagi yang berkaitan soal perlaksanaan undang-undang dan sentiviti ummat Islam.

Benarkah Ronnie mengarahkan anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras yang dirampas daripada sebuah kedai serbaneka?

Atau ada dalang disebalik apa yang berlaku.

Menurut Ronnie, kerajaan negeri masih dalam proses untuk menentukan garis panduan dalam hal penjualan minuman keras. Namun sehingga garis panduan itu disediakan, undang-undang yang sedia ada digunakan dalam soal yang berkaitan.

Apakah semua ini satu lagi rentetan konspirasi UMNO terhadap Ronnie Liu dan PAKATAN RAKYAT.

Tunggu kenyataan penuh hari ini!!

1 comment:

  1. Rase mcm cam aje yg berdiri 3 dr kanan!. Hebat org Jln Kebun nie,
    pemuda murobbitin semua

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini