16 August 2009

Pengiktirafan tertinggi untuk KPP

PAS merancang mengemukakan lebih ramai calon bukan Islam, khususnya anggota Kelab Penyokong PAS (KPP), dalam pilihanraya umum akan datang - perkembangan yang akan membuka dampak menarik di kalangan pengundi pelbagai kaum di negara ini.

20,000 orang Cina dan India yang bukan Islam menjadi ahli KPP di seluruh negara dan parti itu juga sedang menyemak perlembagaannya untuk membolehkan mereka menjadi ahli PAS.

Setiausaha Agong PAS Mustafa Ali berkata pada pilihan raya umum lalu perkara ini tidak diputuskan lagi walaupun ada permintaan bertubi-tubi daripada bukan Islam.

"Pada pilihan raya umum akan datang PAS bercadang membenarkan ahli KPP yang diamanahkan bertanding menggunakan lambang bulan purnama. Walaupun ia masih dalam perancangan, namun saya yakin ia akan menjadi kenyataan," beliau dipetik berkata.

Tahun lalu, seorang ahli KPP ingin bertanding atas tiket PAS di Johor tetapi gagal, sebaliknya setelah perundingan, anggota itu dibenarkan menggunakan lambang PKR.

Permintaan bukan Islam untuk menjadi calon PAS, menunjukkan sokongan mereka terhadap parti itu ekoran rasa tidak percaya terhadap Umno dan BN.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini