Hari ini ada lah hari kedua bagi kedua-dua parti yang bertanding iaitu PAS dan Umno menempuhi pertandingan yang sengit di bulan Ramadhan al Mubarak. Sekali pun berpuasa petugas jentera PAS terutama muslimat terus gigih merayu undi dari rumah kerumah bagi memastikan kemenangan berpihak kepada kita. Syabas dan Tahniah kepada semua petugas yang terus istiqamah dalam perjuangan ini.
Setelah enam hari berkempen, saya optimis dan penuh yakin berkat usaha dan penat lelah petugas-petugas dari pimpinan sehingga petugas biasa, saya meramalkan kedudukan dan sentimen sebenar 20,290 pengundi di Permatang Pasir akan memenangkan PAS sebagaimana PRU 12 yang lalu. Walau bagaimana pun sebagaimana biasa pengundi atas pagar (kerana ahli parti PR tidak cukup untuk memenangkan PR/PAS) dan pengundi Cina yang merupakan 25.85% atau 5,400 undi akan menjadi 'key player' dalam pertempuran ini.
DUN Permatang Pasir mempunyai 20,290 pengundi dan satu undi pos, dengan 72.36% pengundi Melayu, 25.85% Cina, 1.63% India dan 0.16% lain-lain.
Membandingkan pertambahan undi pada 2004 dan 2008, jentera parti harus mengatur beberapa strategi untuk mengekalkan sokongan, terutama dari kaum Cina. Perbandingan ini, menunjukkan beberapa kawasan sokongan kaum Cina bertambah dalam dua pilihanraya umum lalu.
Oleh sebab yang demikian kerjasama yang dipraktikan dengan DAP (bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan lain-lain) adalah satu strategi yang paling tepat dilakukan oleh PAS/PR dalam kempen PRK ini. Ianya begitu menjadi kerana kita perlu meteruskan momentum pengundi Cina ini dimana bermula pada 2004, sebagai contoh di Kampung Cross Street, PAS menang dengan majoriti 562, dan pada 2008, majoriti bertambah kepada 1,148 undi - bertambah 36%.
Manakala di Sama Gagah, pada 2004, PAS kalah, dengan majoriti 70 undi, tetapi pada 2008, PAS menang dengan majoriti 946 undi - bertambah 22.59%. Kampung Cross Street dan Sama Gagah masing-masing mempunyai 2,179 dan 2,774 pengundi.
Di atas kertas, Permatang Pasir yang diwakili oleh Allahyarham Dato'Hamdan merupakan kubu kuat PAS sejak 1999 lagi. Allyarham tidak pernah tumbang walau pun pada tahun 2004 dimana PAS kalah teruk disemua tempat yang ditandingi.
No comments:
Post a Comment