05 December 2011
04 December 2011
Ulamak Umno ajak Cina debat Hukum Allah Taala
Saya suka baca komen dari pembaca Malaysiakini berhubung tajuk berita yang dipaparkan iaitu Penasihat agama: Hudud PAS bertentangan hukum Allah
Yang peliknya kenapa Ulamak Umno ni tak ajak berdebat dengan Ulamak PAS?
Yang peliknya kenapa Ulamak Umno ni tak ajak berdebat dengan Ulamak PAS?
Antara komen menarik ialah
Abih tu Yang Selari dengan Islam tu yg Mana Satu? UMNO? Pemimpin UMNO lah yg selari dgn ISLAM? Sebelum Bercakap Cermin dulu Cara Berpakaiann Bini Pemimpin UMNO.. Abih tu Dulu Sape yg Hina Hudud. Siapa yg Saman Hudud di Mahkamah? Siapa yg Pecat Mufti pasal Tangkap anak VVIP Minum Arak dan Tangkap Peserrta Ratu Cantik? Sape yg Bunuh Ulama Ibrahim Libya? Siapa yang tarik Bantua SAR? Sape yg Jadi CEO Syarikat Arak? Siapa yg Lulus Lesen Judi? Bukan tu semua kerja Pemimpin UMNO? Kalau Nak Debat BAB Hudud.. Ajak Pemimpin PAS.. Bukan Debat Dgn Cina la Bingai...

Ipoh Mali · Pengulas Tertinggi
Mari kita Tengok Puak Sekular dan Wahhabi UMNO Spin Bab Hudud
1.- Bab Umur Mukallaf - Ini hal Teknikal - Ini Bukan Hukum Hudud2.- Boleh Liwat Isteri - Jahatnya UMNO spin Isu, Liwat Isteri takde dalam Hudud.. Tapi Ade Dalam Takzir, kalau takde dlm Hudud bukan makna boleh Liwat Isteri, Kalau mcm tu baik Ckp Sekali Boleh Liwat Binatang.3.- Bab Hudud bukan Hanya untuk Islam, Kewajipan Hudud kalau wajib semua, aawat UMNO tolak.. Sokong je la.. .
Tinggalkan Umno sertai PAS
Tindakan Umno yang mahu kepimpinan parti itu mengadakan sumpah bai'ah bagi mengelakkan tindakan khianat dan sabotaj oleh ahli sendiri, membuktikan mereka mengakui cara yang digunakan PAS.
Ahli Parlimen PAS Baling, Datuk Taib Azamuddin Md. Taib berkata, Umno yang sebelum ini mengecam amalan PAS mengadakan sumpah bai'ah bagi mengelakkan ahlinya lompat parti akhirnya terpaksa meniru cara tersebut.
"Kalau ini (sumpah bai'ah) lahir daripada hati dan keikhlasan orang Umno, ini menunjukkan apa yang dilakukan PAS selama ini yang dipandang serong oleh Umno telah diakui kebenarannya.
"Usia Umno yang sudah terlalu lama menunjukkan ia sudah jauh ketinggalan. Hakikat sebenarnya ialah apa yang dilakukan oleh Umno itu sebenarnya mengakui pendekatan yang dilakukan oleh PAS.
"Oleh sebab itu, daripada dia meniru (PAS) baik dia menyertai PAS terus," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Sewaktu perbahasan usul di Perhimpunan Agung Umno semalam, perwakilan Umno Terengganu, Komaruldin Omar mencadangkan diadakan sumpah bai'ah dengan merujuk kepada tindakan PAS dan dipersetujui para perwakilan yang lain.
Taib yang juga bekas imam besar Masjid Negara bagaimanapun berkata, sumpah bai'ah hanya terpakai untuk perkara bertujuan kebaikan dan kebenaran, bukan untuk tujuan kebatilan.
Tegasnya, Umno sebagai parti yang tidak meletakkan Islam sebagai dasar tidak wajar mengadakan sumpah bai'ah.
"Bai'ah boleh berlaku di atas sesuatu perkara untuk tujuan kebenaran...kalau bai'ah untuk tujuan kebatilan, bai'ah itu menjadi satu kemungkaran dan tidak termasuk dalam erti kata bai'ah yang sebenar.
"Jadi kalau Umno masih tidak meletakkan Islam sebagai dasar, maka bai'ah itu tidak ada gunanya Jadi tak perlulah orang Islam tertipu dan terpedaya dengan keadaan ini," katanya yang merupakan bekas imam Masjid Negara.
Tambahnya, tindakan Umno itu juga menunjukkan parti itu sudah berada dalam keadaan lemah dan terpaksa menggunakan apa sahaja cara untuk dijadikan 'tongkat' bagi meneruskan pemerintahannya.
"Inilah salah satu bukti yang boleh dilihat oleh masyarakat...dari segi spiritnya, politik Umno sudah memang terkapai-kapai...jadi apa sahaja yang dia rasa dia boleh capai untuk jadikan tongkat nak selamatkan parti, dia akan guna.
"Takkanlah masyarakat nak terima orang yang pakai tongkat untuk memerintah?" katanya.
Sementara itu, menyentuh dakwaan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau berani dan sudah empat kali bersumpah berbanding Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang enggan bersumpah, Taib berkata, Najib masih belum keluar daripada kejahilannya.
"Kalau itu yang Najib mainkan, maksudnya dia masih belum keluar daripada kejahilan dia...walaupun nasihat dan pandangan telah diberi oleh para ulama dan mufti tapi kalau dia main lagi isu itu maksudnya dia orang yang tak sudi keluar daripada kejahilan," katanya.
Najib sebelum ini bersumpah laknat bahawa beliau tidak mengenali dan tidak terlibat dalam pembunuhan wanita Monggolia, Altantuyaa Sharibuu.

02 December 2011
Mengembalikan semangat luntur Umno
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meniupkan semboyan kepada seluruh ahli dan kepimpinan UMNO dengan menegaskan masa dan waktunya sudah tiba untuk mereka turun bertempur di gelanggang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Mengungkapkan demikian pada akhir Ucapan Dasar Presiden, Najib berkata, dalam sistem demokrasi, tidak ada tempat kedua sebaliknya UMNO wajib menjadi juara.
Menurut beliau, biar berdepan apa pun dugaan, orang UMNO mesti terus berdamping dengan rakyat.
“Ayuh, rapatkan saf, nyalakan jamung, gigitlah kuat-kuat perjuangan ini dengan geraham kita.
“Palulah genderang perang, palulah ia tabuh-tabuhan dan tiupkanlah semboyan. Masanya sudah hampir, waktunya sudah tiba. Bingkaslah orang-orang UMNO, kita turun ke medan bakti,” kata beliau.
Dalam ucapan selama sejam itu, Najib berkata, parti akan menempah tragedi jika ia masih gagal memahami dan menghayati faktor-faktor yang menjadi ‘game changer’ atau peneraju cara baru kepada landskap politik nasional.
Pada masa sama, parti berdepan risiko jika tidak pula mengambil langkah merangka semula gerakan terancang.
“Apakah yang dimaksudkan dengan game changer ini? Pertamanya ialah realiti baru. Jika UMNO tidak memahami realiti baru lanskap politik nasional, bagaimana UMNO dan BN mahu berjaya?
“Keduanya, media baru. Mahu tidak mahu, suka tidak suka, UMNO harus menguasai media baru kerana hari ini, detik ini, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan.
“Ia berupaya mendatarkan “the playing field” atau ia turut boleh menjadikan satu pertarungan itu tidak setara,” kata beliau.
Memenuhi maksud dan menjiwai realiti baru juga, kata beliau, UMNO tidak boleh hanya sekadar hebat bertempur dalam pertarungan lalu.
“Kita semestinya juga menjadi juara dalam berperang di medan laga terkini,” katanya.
Ketiga, kata Najib, UMNO juga harus menghayati pemikiran baru yang ada di kalangan semua segmen pengundi bagi menarik sokongan mereka.
Kata beliau: “UMNO tidak boleh bersikap atau sekalipun dilihat sebagai bersikap angkuh lagi sombong. Jika tidak, para pengundi dan rakyat akan benci dan menjauhi kita.”
01 December 2011
Pulak dah
Ancaman politik kepada UMNO bukanlah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun musuh sebenar yang perlu ditentang adalah DAP.
Pemangku Ketua Wanita Bahagian Tun Razak, Zaleha Najmuddin ketika membahaskan usul politik mengatakan, DAP merupakan parti yang menjadi ahli sosialis antarabangsa yang berfahaman komunis.
"Kita semua tahu bahawa mereka ini secara terang-terangan menolak Islam. Mereka mempunyai strategi di mana sentimen perkauman bangsa mereka lebih bersatu dalam memperjuangkan parti mereka.
"Jika orang Cina bersatu dan menyokong DAP, apa pula strategi orang Melayu yang kini telah berpecah antara PKR, Pas dan UMNO," katanya ketika membahaskan usul politik sempena Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent Posts : Dr Siti Mariah
Popular Posts
-
Sekadar mklumat; 1. Yg mengizinkn bible berbahasa melayu d bawa masuk ke malaysia dr indonesia ialah BN melalui Idris Jala yg beragama kris...
-
Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lesta...
-
Umno dan Utusan Malaysia ;- Ibarat aur dengan tebing Ibarat isi dengan kuku Ibarat irama dengan lagu Mereka tidak boleh dipisahkan, sali...
-
Akhbar media perdana khususnya Utusan Malaysia dan The Star terus-menerus memalukan gendang pertembungan antara golongan ulama dengan profes...
-
Pasti ramai yang tidak sabar untuk melihat gambar sekitar majlis pernikahan Ustaz Don Daniyal dan Husna yang telah berlangsung kelmarin. Ter...