01 December 2011

Pulak dah

Ancaman politik kepada UMNO bukanlah Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim namun musuh sebenar yang perlu ditentang adalah DAP.

Pemangku Ketua Wanita Bahagian Tun Razak, Zaleha Najmuddin ketika membahaskan usul politik mengatakan, DAP merupakan parti yang menjadi ahli sosialis antarabangsa yang berfahaman komunis.

"Kita semua tahu bahawa mereka ini secara terang-terangan menolak Islam. Mereka mempunyai strategi di mana sentimen perkauman bangsa mereka lebih bersatu dalam memperjuangkan parti mereka.

"Jika orang Cina bersatu dan menyokong DAP, apa pula strategi orang Melayu yang kini telah berpecah antara PKR, Pas dan UMNO," katanya ketika membahaskan usul politik sempena Perhimpunan Agung Wanita UMNO Malaysia 2011.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini