24 December 2011

Pusingan U, pulut, santan & "hinalah Hasan Ali"

Hari ini sipengkhianat, membuat kejutan dijalan raya yang sedang traffic jam dengan secara tiba-tiba membuat pusingan U. Sayang nya beliau tersalah sign board.

Fikirnya ia boleh mereda kemarahan pemandu-pemandu ketika itu, sebalik nya meleset kerana pemanduan tidak berhemah beliau menyebabkan damage yang lebih besar kerana berlaku kemalangan jalan raya dikiri kanan jalan dan perjalanan menuju matlamat menjadi tergendala.

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Lalu Hassan Ali pun berkata dengan menggunakan ayat-ayat yang merudumkan peribadinya sebagai seorang yang zuhud, bertaqwa dan beriman serta tunduk patuh pada kehendak Allah yang maha esa lalu melahirkan sifat-sifat kebencian Allah iaitu riak, sombong & takbur terhambur dari mulutnya pada sidang media dan bual bicara di TV3 pada hari berikutnya.

Sebahagian dari kesombongan, keangkuhan dan kebodohan HA terhambur dalam ayat ini :- 

‘‘Saya tidak kisah sama ada UMNO, persatuan peladang atau persatuan nelayan jika pihak-pihak ini memperjuangkan Islam, Melayu dan raja-raja Melayu saya akan sokong.

‘‘Jika UMNO bawa agenda itu, tetapi saya ketepikan mereka, hinalah Hasan Ali. Hasan Ali tidak ada objektif.
‘‘Dalam hal ini, saya mesti objektif, saya mesti menggunakan keintelektualan saya dan saya tidak harus mengorbankan keintelektualan saya,’’

Sementara itu sebentar tadi Hasan Ali mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.
Ekoran itu pada sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti.

“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

“Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

“Saya sebagai ahli dan pimpinan, saya menyetujui apa yang dikemukakan dan pada masa sama saya melihat pengisian Negara Berkebajikan sama seperti negara Islam yang dikemukakan parti sebelum ini.

Bila HA berkata “Kemungkinan besar sama apa yang ada dalam konteks negara Islam dengan Negara Berkebajikan,” menunjukkan bahawa beliau tidak membaca kedua-dua dokumen tersebut bagi membuktikan kepada umum bahawa HA bukanlah cerdik sangat seperti mana yang beliau canang tentang kehebatan beliau. 2 hari lepas saya tulis dalam FB 

‎"Hasan Mohamed Ali boleh tegur kepimpinan, tapi bila menyerang seperti umno, guna media umno pulak tu, dia sudah melampaui batas, ngapa tak tegur dlm mesyuarat PAS Pusat? bukan kah dia AJK pusat yg dipilih ahli dlm muktamar? Konsep Negara Berkebajikan pun xfaham. Cuba ambil dokumen Negara Berkebajikan & dokumen Negara Islam ... tunjukkn dimana tersasarnya. Dia tolAk dato presiden sebenarnya. Dato Presiden BUKAN ulamak ke? Ketua Penerangan BUKAN ulamak ke? Majlis syura BUKAN ulamak ker? PENGKHIANAT"

(nota : tulisan ini  dari pengundi Parlimen Kota Raja dan tiada kaitan dengan YB Dr Siti Mariah)

3 comments:

  1. Bila ilmu dan iman hanya setebal kulit bawang, jangan cuba nak jadi jaguh. Tapi bila ilmu dan iman telah menebal, insan ini pula tak mahu jadi jaguh lantaran takut kepada Allah. Hasan oh Hasan, amat mengecewakan!!!!

    ReplyDelete
  2. Dulu masa mengikuti kursus motivasi beliau, beliau ada menyebut kepada kami ie "2 lebih baik dpd 1, 3 lebih baik dpd 2 dan begitulah seterusnya"

    Tapi....
    Apa dah jadi sekarang.....
    Beliau seolah2 hanya mahu pendapatnya sahaja diterima oleh parti. Beliau tidak percaya kepada keputusan majoriti.

    Macam ni ka yang nak dikatakan pakar motivasi.
    ROTI BASI ada laaaaaa

    ReplyDelete
  3. Saya antara pimpinan PAS Selangor yang kurang senang semasa HA memimpin Pas Selangor. Saya bertindak meletak jawatan dan tawaquf demi mahu melihat jemaah tetap bergerak ke depan.

    saya tidak pernah serang HA kerana bagi saya, ini hanya perbezaan pandangan....

    Saya ditohmah sebagai perancang menjatuhkan beliau sedangkan saya mendiamkan diri demi kesatuan jemaah.

    Apa pun yang terjadi, jadikanlah ia sebagai iktibar kepada semua.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini