31 December 2011

DHA

Cara dan tindakan Exco kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali diiktiraf oleh portal berita antarabangsa, Yahoo! sebagai antara tokoh paling panas bagi tahun 2011.
Dalam 10 tangga teratas, beliau menduduki tangga ke 6 dan merupakan dua individu, bersama bekas perdana menteri Itali Silvio Berlusconi, yang dinamakan sebagai berita politik terhangat 2011, manakala lapan yang lain ialah insiden, peristiwa kontroversi ataupun janji-janji pemimpin.
Dalam huraiannya, Yahoo! Malaysia menyifatkan Hasan sebagai seorang yang boleh menulis manual atau cara untuk “membuat musuh dan menyakitkan hati orang”.

“Ini adalah orang yang menyakitkan hati banyak pihak, dan beliau layak menduduki tempat ini berdasarkan tindak-tanduknya sendiri,” tambah laporan itu.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu turut disebut sebagai individu yang sering menjadi berita muka depan akhbar pada 2011, terutamanya dalam isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor ke gereja Methodist Damansara Utama dan penggunaan kuasa solar talking-Bible untuk memurtadkan orang Islam.
“Beliau mengakhiri tahun 2011 dengan bergaduh dengan pemimpin PAS kerana ingin mewujudkan kembali isu perpaduan antara PAS dan Umno, dan memastikan bahawa beliau memasuki tahun baru ini tanpa dilupakan orang awam,” tambah laporan itu lagi.
Dalam carta Yahoo!, isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan menduduki tangga ke 10, diikuti dengan video seks merupai Datuk Seri Anwar Ibrahim di tangga ke 9.
Mengenai skandal video tersebut, Yahoo! berkata walaupun para penyokong Anwar menyatakan bahawa isu tersebut tidak merosakkan nama baik ketua umumnya, namun persoalan yang lebih besar perlu dijawab ialah adalah isu tersebut telah mengoyahkan keyakinan dan kepercayaan kepada para pengikut yang dekat dengan Anwar yang diibaratkan sebagai “God-sent leader”.
Tangga ke 8 pula diduduki oleh peristiwa Amerika Syarikat berundur daripada Iraq, diikuti kematian Kim Jong-iI di tangga ke 7, Perhimpunan Agong Umno di tangga ke 5 dan diikuti skandal seks Silvio Berlusconi di tangga ke 4.
Tiga tangga teratas pula diduduki janji reformasi Datuk Seri Najib Razak di tangga ke 3, penahanan enam aktivis PSM di bawah ordinan darurat di tangga ke 2, dan kebangkitan Arab menduduki tempat pertama.
Mengenai janji-janji Najib, Yahoo! melaporkan bahawa perhimpunan Bersih 2.0 telah meninggal kesan yang mendalam kepada kerajaan pimpinan Najib yang telah bertindak keras terhadap perhimpunan tersebut, walaupun Barisan Nasional enggan mengakui sepenuhnya.
“Buktinya ialah pengumuman Najib pada Hari Malaysia, di mana beliau mengumumkan beberapa reformasi termasuklah pemansuhan kepada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa deklarasi darurat.
“Namun begitu, ia masih tidak cukup untuk para pengkritiknya, yang mendakwa perdana menteri hanya melakukan usaha yang minimal yang gagal menyelesaikan masalah sebenar yang dihadapi negara,” kata laporan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini