10 December 2011

Amanat Presiden & Ucaptama TGNA dalam Ijtimak Tarbawi Pilihanraya.

Hari ini sehari suntuk berada di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Kuala Lumpur untuk menghadiri Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Politik PAS Pusat.

Wakil Kota Raja agak ramai pada kali termasuk YDP En Jaafar Samsuddin, YB Dr Siti Mariah Mahmud, Hj Hakim Kari, Tuan Syed Malek, Pn Rosnah Wahab, Pn Syamsinar, Pn Hajjah Halimah, Hj Daud, Ust Jeffery Isa, Ustaz Yusof Abdullah, Tn Imran Satiman & Isteri dan saya sendiri.

Majlis dimulai dengan Kertas Kerja yang disampaikan oleh Ustaz Idris Ahmad selaku Pengarah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat yang bertajuk "Peranan Tarbiyah kepada Petugas Pilihanraya".

Antara Objektifnya ialah 

  • bagi menanam kesedaran bahawa dengan tarbiyah, PAS berjaya melahirkan amilin yang bertungkus lumus ketika pilihanraya.
  • Supaya petugas tidak mengetepikan peranan tarbiyah walau pun ketika pilihanraya
  • Menanamkan kefahaman bahawa tarbiyah ruhiah sangat penting terutama sebagai pra syarat memperolehi bantuan Allah
Selepas itu tiba giliran pembentang kertas kerja kedua iaitu Dato' Paduka Ustaz Haji Abd Halim bin Abd Rahman yang bertajuk "Jihat dan Penghayatannya, Bertekad Memenangi PRU 13"


Tajuk ini mendapat respon yang sungguh baik dari peserta hingga masa rehat tengahari terlewat hampir 45 minit, tanpa seorang pun peserta berganjak keluar.

Selepas Solat Zuhor, program bersambung dengan Amanat Presiden yang bertajuk "Kesepadauan Fikrah dan Amal Jamaie dalam menghadapi PRU 13"

Pada mulanya kami menjangkakan ramai yang akan pulang tetapi andaian itu meleset dimana dewan penuh sesak melebihi anggaran awal penganjur yang menyediakan persiapan untuk 1000 peserta tetapi peserta yang didaftarkan ialah seramai 1198 orang.

Diantara intipati Amanat Presiden berhubung tajuk diatas ialah :-

  • Kesepaduan fikrah bermaksud keselarasan pemikiran dalam memahami ilmu dakwah, jihad, siasah dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan perjuangan dan disertai dengan sikap terbuka dalam menerima perbezaan serta kesediaan untuk menghayati pendirian yang ditetapkan oleh jamaah.
  • Kesepaduan fikrah dalam konteks pilihanraya menjurus kepada kesungguhan para amilin PAS dalam mendokong seutuhnya manhaj dan pendekatan PAS dalam gerak kerja pilihan raya di semeua peringakat serta mengetepikan pendirian sendiri yang berbeza demi membina ledakan kekuatan jamaah yang seunggulnya dalam medan jihad berpilihan raya.
  • Kesepaduan Fikrah merupakan kekuatan asasi yang sebati dengan gerakan Islam yang menjadikan tarbiyah sebagai agenda penting. Tanpa program-program Tarbiyah, kesepaduan fikrah sukar untuk dicapai. Ahli-ahli yang culas dalam mengikuti program tarbiyah biasanya menjadi individu yang sukar menghayati kesepaduan fikrah.
  • Kesepaduan fikrah tidak bermakna menolak kepelbagaian cara berfikir dalam jamaah. Kepelbagaian cara fikir adalah lumrah dalam masyarakat manusia. Ia sesuatu yang tidak mampu dicantas oleh sesiapa. Namun kepelbagaian ini perlu diselaraskan apabila seseorang itu menyertai jamaah.
Kesimpulan TGHH menginagtkan bahawa kemenangan boleh berlaku sekiranya seluruh jentera dapat melengkapi diri dengan syarat kemenangan,


Dari Ibnu Abbas RA dan Nabi SAW bersabda yang bermaksud " Sebaik-baik sahabat ialah 4 orang, sebaik-baik pasukan ialah 400 anggota, sebaik-baik bala tentera 4000, dan tidak dapat dikalahkan jumlah seramai 12000 kerana bilangannya dianggap sedikit"

Menunjukkan bahawa 12000 anggota petrugas tidak boleh dikalahkan, sekiranya kita memenuhi kekuatan rohani dengan keimanan, ketaqwaan dan kesatuan fikrah dengan tarbiyah yang disertakan dengan pengurusan, penyusunan dan strategi yang baik.

Perkara penting yang perlu difahami ialah :-

  1. Bersedia memahami manhaj tarbiyah PAS & melaksanakannya mengiku perancangan LT&P.
  2. Bersedia menyelaras pemikiran dengan pendirian parti dan pendekatannya walau pun berbeza dengan pandangan peribadi, kerana parti melaksanakan keputusan mengikut strategi yang diputuskan.
  3. Memelihara adap berbeza pendapat dalam jamaah, tanpa adap menyebabkan perpecahan dan berdosa.
  4. Tidak terjebak dalam tindakan sendiri yang merugikan parti, semata-mata ingin menonjol diri, menjadikan tidak ikhlas dan memberi ruang kepada musuh.
  5. Berpegang teguh kepada Baiah yang mewajibkan wala' kepada Allah & Rasul secara mutlak dan wala' kepada pemimpin dalam perkara bukan maksiat.
Diakhir program kami semua berbaiah yang diketuai oleh Ust Idris Ahmad dan pulang mendapat sijil Baiah.


Seterusnya sila baca tulisan Hazayani Zakaria dalam Harakahdaily sebentar tadi berhubung Ucaptama TGNA yang bertajuk Pilihan raya orang Islam setiap hari


Perjuangan PAS bukan semata-mata menentang Umno BN, tetapi yang lebih utama menentang ajaran sekular yang didukung parti itu.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, akibat memperjuangkan sekular, orang Umno tidak diingatkan mengenai kewajipan melawan hawa nafsu dan menolak pujuk rayu syaitan.

"Perjuangan PAS bukan perjuangan menentang Umno semata-mata tapi yang lebih besar mengajar manusia mengikat hawa nafsu.

"Pilihan raya bukan hanya lima tahun sekali, tapi orang Islam melakukan pilihan raya setiap hari, sepanjang masa.

"Umno tidak pernah didengarkan oleh pemimpin mereka untuk menjauhkan diri dari syaitan," kata beliau sewaktu menyampaikan ucaptama di Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, hari ini.

Tok Guru Nik Aziz juga menegaskan, golongan sekular secara tidak sedar sudah menolak separuh daripada ajaran Islam apabila tidak mengutamakan perjuangan melawan syaitan.

"Mengelak diri daripada pujuk rayu syaitan tidak ada dalam ajaran sekular.

"Syaitan, neraka, tak ada dalam pengajian sekular. Oleh yang demikian pada orang yang sudah menjadi sekular, 50 peratus daripada pengajian Islam sudah hilang.

"Pengajian Islam termasuk perkara ghaib iaitu syurga, neraka, dosa, pahala, padang mahsyar. Semua ini tak ada dalam sekular, jadi tak pernah sebut, bila tak pernah sebut mereka lupa," kata beliau di hadapan kira-kira 1,000 ahli yang hadir.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu juga, untuk memastikan manusia selamat di akhirat kelak, mereka wajib mengikut ajaran Islam yang sebenar, tanpa bercampur dengan ajaran barat yang lain.

"Sekular tak bawa manusia ke syurga. Yang hanya membawa manusia ke syurga ialah Islam.

"Umno atau golongan sekular kalau kita andaikan, seperti bas ekspres dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Tapi berhenti di Gua Musang, terliur tengok buah-buahan banyak, maka berhenti di situ sahaja, tak sampai ke Kuala Lumpur.

"Samalah dengan Umno, nak ke syurga tapi tersekat separuh jalan kerana terpedaya dengan segala pembangunan dan kekayaan di dunia," katanya.

Perjuangan PAS adalah jihad

Sementara itu, Tok Guru Nik Aziz mengingatkan ahli agar memanfaatkan sistem pilihan raya yang ada untuk memenangkan PAS agar dapat berjihad menegakkan Islam.

Ini kerana tegasnya, tanpa kuasa amat sukar untuk PAS membanteras segala kemungkaran di muka bumi, khususnya yang dilakukan orang Islam sendiri.

"Tanpa kuasa, kita boleh menyatakan haramnya judi, arak, hiburan melampau batas dan sebagainya, namun ia hanya akan terbatas di mimbar masjid dan helaian kitab sahaja tanpa ditegakkan dalan sistem pemerintahan," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar istilah jihad yang digunakan Umno dalam perhimpunan agungnya baru-baru ini.

Beliau berkata, iistilah jihad itu berasal daripada Al-Quran dan hanya sesuai digunakan untuk tujuan menegakkan Islam.

Justeru, beliau mempersoal jihad yang dimaksudkan Umno sedangkan parti itu terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah.

"Jihad ini istilah Al-Quran. Kerana apa mereka curi perkataan jihad dan tafsir mengikut kefahaman sendiri?

"Mereka sifatkan jihad untuk mempertahankan orang Melayu. Islam bukan untuk orang Melayu, bukan untuk Arab, bukan untuk Cina tapi untuk manusia," katanya.

1 comment:

  1. mudah2an kita semua istiqamah dlm jemaah& perjuangan

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini