Selepas kenyataan seumpama penagih ganja yang lalok, baca sini, ini lagi satu cerita mengenai Ahmad Maslan tulisan Dato Ariff Sabri @ SAKMONGKOL AK47
Inilah kenyataan yang paling dangkal yang saya dengar dari Ahmad Maslan, ketua penerangan UMNO. Nampak sangat dia malas membaca- kerana kalau dia membaca dan faham apa yang dibaca, dia tidak mengeluarkan kenyataan yang bingung macam ini. Helo brader- semua orang dah tahu hal ini.
Lihat sahaja keputusan pemilu 2008. Jumlah pengundi Melayu semua nya 5.7 juta. Calun UMNO mendapat 2.38 juta undi. Katakan lah 380 juta pengundi tersebut adalah pengundi bukan Melayu. Itu bermakna, dari 5.7 juta pengundi Melayu, calun UMNO hanya mendapat 2 juta undi. Jika ahli UMNO sahaja sudah ada 3 juta lebih, maka itu bermakna, 1 juta lebih ahli UMNO tidak mengundi calun UMNO sama ada kerana mereka tidak mendaftar diri atau enggan mengundi calun UMNO.
UMNO tidak lagi boleh mendakwa mereka mewakili suara dan aspirasi bangsa Melayu. UMNO dah hilang monopoli.Bolehkah orang Melayu yang merupakan 65% penduduk Malaysia, hilang dominance mereka? Matematik mana Ahmad Maslan pelajari?
Ertinya, Ahmad Maslan tidak perlu mengulangi kelemahan UMNO. Dia lebih perlu menjawab mengapa rakyat meluat melihat UMNO. Sekurang kurang nya, presiden UMNO lebih teliti dalam observasi nya. Orang dah kenal sangat sifat sifat orang UMNO yang ek- baju linen, kereta besar, cermin mata hitam dan lain lain lagi- petanda2 luaran. Dan orang tahu , kebanyakan pemimpin UMNO seperti Ahmad Maslan adalah- tin kosong. Seterusnya baca di sini
No comments:
Post a Comment