10 December 2011

Amanat Presiden & Ucaptama TGNA dalam Ijtimak Tarbawi Pilihanraya.

Hari ini sehari suntuk berada di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, Kuala Lumpur untuk menghadiri Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya yang dianjurkan oleh Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat dengan kerjasama Lajnah Politik PAS Pusat.

Wakil Kota Raja agak ramai pada kali termasuk YDP En Jaafar Samsuddin, YB Dr Siti Mariah Mahmud, Hj Hakim Kari, Tuan Syed Malek, Pn Rosnah Wahab, Pn Syamsinar, Pn Hajjah Halimah, Hj Daud, Ust Jeffery Isa, Ustaz Yusof Abdullah, Tn Imran Satiman & Isteri dan saya sendiri.

Majlis dimulai dengan Kertas Kerja yang disampaikan oleh Ustaz Idris Ahmad selaku Pengarah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat yang bertajuk "Peranan Tarbiyah kepada Petugas Pilihanraya".

Antara Objektifnya ialah 

  • bagi menanam kesedaran bahawa dengan tarbiyah, PAS berjaya melahirkan amilin yang bertungkus lumus ketika pilihanraya.
  • Supaya petugas tidak mengetepikan peranan tarbiyah walau pun ketika pilihanraya
  • Menanamkan kefahaman bahawa tarbiyah ruhiah sangat penting terutama sebagai pra syarat memperolehi bantuan Allah
Selepas itu tiba giliran pembentang kertas kerja kedua iaitu Dato' Paduka Ustaz Haji Abd Halim bin Abd Rahman yang bertajuk "Jihat dan Penghayatannya, Bertekad Memenangi PRU 13"


Tajuk ini mendapat respon yang sungguh baik dari peserta hingga masa rehat tengahari terlewat hampir 45 minit, tanpa seorang pun peserta berganjak keluar.

Selepas Solat Zuhor, program bersambung dengan Amanat Presiden yang bertajuk "Kesepadauan Fikrah dan Amal Jamaie dalam menghadapi PRU 13"

Pada mulanya kami menjangkakan ramai yang akan pulang tetapi andaian itu meleset dimana dewan penuh sesak melebihi anggaran awal penganjur yang menyediakan persiapan untuk 1000 peserta tetapi peserta yang didaftarkan ialah seramai 1198 orang.

Diantara intipati Amanat Presiden berhubung tajuk diatas ialah :-

  • Kesepaduan fikrah bermaksud keselarasan pemikiran dalam memahami ilmu dakwah, jihad, siasah dan ilmu-ilmu lain yang berkaitan perjuangan dan disertai dengan sikap terbuka dalam menerima perbezaan serta kesediaan untuk menghayati pendirian yang ditetapkan oleh jamaah.
  • Kesepaduan fikrah dalam konteks pilihanraya menjurus kepada kesungguhan para amilin PAS dalam mendokong seutuhnya manhaj dan pendekatan PAS dalam gerak kerja pilihan raya di semeua peringakat serta mengetepikan pendirian sendiri yang berbeza demi membina ledakan kekuatan jamaah yang seunggulnya dalam medan jihad berpilihan raya.
  • Kesepaduan Fikrah merupakan kekuatan asasi yang sebati dengan gerakan Islam yang menjadikan tarbiyah sebagai agenda penting. Tanpa program-program Tarbiyah, kesepaduan fikrah sukar untuk dicapai. Ahli-ahli yang culas dalam mengikuti program tarbiyah biasanya menjadi individu yang sukar menghayati kesepaduan fikrah.
  • Kesepaduan fikrah tidak bermakna menolak kepelbagaian cara berfikir dalam jamaah. Kepelbagaian cara fikir adalah lumrah dalam masyarakat manusia. Ia sesuatu yang tidak mampu dicantas oleh sesiapa. Namun kepelbagaian ini perlu diselaraskan apabila seseorang itu menyertai jamaah.
Kesimpulan TGHH menginagtkan bahawa kemenangan boleh berlaku sekiranya seluruh jentera dapat melengkapi diri dengan syarat kemenangan,


Dari Ibnu Abbas RA dan Nabi SAW bersabda yang bermaksud " Sebaik-baik sahabat ialah 4 orang, sebaik-baik pasukan ialah 400 anggota, sebaik-baik bala tentera 4000, dan tidak dapat dikalahkan jumlah seramai 12000 kerana bilangannya dianggap sedikit"

Menunjukkan bahawa 12000 anggota petrugas tidak boleh dikalahkan, sekiranya kita memenuhi kekuatan rohani dengan keimanan, ketaqwaan dan kesatuan fikrah dengan tarbiyah yang disertakan dengan pengurusan, penyusunan dan strategi yang baik.

Perkara penting yang perlu difahami ialah :-

  1. Bersedia memahami manhaj tarbiyah PAS & melaksanakannya mengiku perancangan LT&P.
  2. Bersedia menyelaras pemikiran dengan pendirian parti dan pendekatannya walau pun berbeza dengan pandangan peribadi, kerana parti melaksanakan keputusan mengikut strategi yang diputuskan.
  3. Memelihara adap berbeza pendapat dalam jamaah, tanpa adap menyebabkan perpecahan dan berdosa.
  4. Tidak terjebak dalam tindakan sendiri yang merugikan parti, semata-mata ingin menonjol diri, menjadikan tidak ikhlas dan memberi ruang kepada musuh.
  5. Berpegang teguh kepada Baiah yang mewajibkan wala' kepada Allah & Rasul secara mutlak dan wala' kepada pemimpin dalam perkara bukan maksiat.
Diakhir program kami semua berbaiah yang diketuai oleh Ust Idris Ahmad dan pulang mendapat sijil Baiah.


Seterusnya sila baca tulisan Hazayani Zakaria dalam Harakahdaily sebentar tadi berhubung Ucaptama TGNA yang bertajuk Pilihan raya orang Islam setiap hari


Perjuangan PAS bukan semata-mata menentang Umno BN, tetapi yang lebih utama menentang ajaran sekular yang didukung parti itu.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, akibat memperjuangkan sekular, orang Umno tidak diingatkan mengenai kewajipan melawan hawa nafsu dan menolak pujuk rayu syaitan.

"Perjuangan PAS bukan perjuangan menentang Umno semata-mata tapi yang lebih besar mengajar manusia mengikat hawa nafsu.

"Pilihan raya bukan hanya lima tahun sekali, tapi orang Islam melakukan pilihan raya setiap hari, sepanjang masa.

"Umno tidak pernah didengarkan oleh pemimpin mereka untuk menjauhkan diri dari syaitan," kata beliau sewaktu menyampaikan ucaptama di Ijtimak Tarbawi Pilihan Raya di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar, hari ini.

Tok Guru Nik Aziz juga menegaskan, golongan sekular secara tidak sedar sudah menolak separuh daripada ajaran Islam apabila tidak mengutamakan perjuangan melawan syaitan.

"Mengelak diri daripada pujuk rayu syaitan tidak ada dalam ajaran sekular.

"Syaitan, neraka, tak ada dalam pengajian sekular. Oleh yang demikian pada orang yang sudah menjadi sekular, 50 peratus daripada pengajian Islam sudah hilang.

"Pengajian Islam termasuk perkara ghaib iaitu syurga, neraka, dosa, pahala, padang mahsyar. Semua ini tak ada dalam sekular, jadi tak pernah sebut, bila tak pernah sebut mereka lupa," kata beliau di hadapan kira-kira 1,000 ahli yang hadir.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu juga, untuk memastikan manusia selamat di akhirat kelak, mereka wajib mengikut ajaran Islam yang sebenar, tanpa bercampur dengan ajaran barat yang lain.

"Sekular tak bawa manusia ke syurga. Yang hanya membawa manusia ke syurga ialah Islam.

"Umno atau golongan sekular kalau kita andaikan, seperti bas ekspres dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur. Tapi berhenti di Gua Musang, terliur tengok buah-buahan banyak, maka berhenti di situ sahaja, tak sampai ke Kuala Lumpur.

"Samalah dengan Umno, nak ke syurga tapi tersekat separuh jalan kerana terpedaya dengan segala pembangunan dan kekayaan di dunia," katanya.

Perjuangan PAS adalah jihad

Sementara itu, Tok Guru Nik Aziz mengingatkan ahli agar memanfaatkan sistem pilihan raya yang ada untuk memenangkan PAS agar dapat berjihad menegakkan Islam.

Ini kerana tegasnya, tanpa kuasa amat sukar untuk PAS membanteras segala kemungkaran di muka bumi, khususnya yang dilakukan orang Islam sendiri.

"Tanpa kuasa, kita boleh menyatakan haramnya judi, arak, hiburan melampau batas dan sebagainya, namun ia hanya akan terbatas di mimbar masjid dan helaian kitab sahaja tanpa ditegakkan dalan sistem pemerintahan," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar istilah jihad yang digunakan Umno dalam perhimpunan agungnya baru-baru ini.

Beliau berkata, iistilah jihad itu berasal daripada Al-Quran dan hanya sesuai digunakan untuk tujuan menegakkan Islam.

Justeru, beliau mempersoal jihad yang dimaksudkan Umno sedangkan parti itu terpalit dengan salah guna kuasa dan rasuah.

"Jihad ini istilah Al-Quran. Kerana apa mereka curi perkataan jihad dan tafsir mengikut kefahaman sendiri?

"Mereka sifatkan jihad untuk mempertahankan orang Melayu. Islam bukan untuk orang Melayu, bukan untuk Arab, bukan untuk Cina tapi untuk manusia," katanya.

09 December 2011

Live TV3 : Orang United Malays No Otak makan taik


Biasanya budak belum mumayiz atau orang tua nyanyuk yang suka main dengan taik ni. Dari segi paras rupa dengan kedut dan janggut putih memang sah orang-orang tua nyanyuk ni dari kumpulan United Malays No Otak.

Tambah melengkapkan sifat nyanyuk mereka, tidak cukup dengan mengusung taik ke sana ke mari, akhirnya taik-taik yang mereka bawa terpaksa dimakan sendiri kerana tiada pihak yang mahu menerimanya.

Lihat video bukti bagaimana mereka memotong dan memakan taik-taik yang mereka bawa uwek! Tak cukup dengan itu, mereka ajak pula orang ramai makan taik bersama-sama mereka!

08 December 2011

Kamal 'Ataturk' versi 2011

Kamal Saidin ..demi Islam .... anda patut bantu jika ada keperluan untuk penambahbaikan dalam enekmen hudud & qisas yang dikemukakan oleh Kerajaan Kelantan & Terengganu dan bukan nya mencerita kelemahannya serta memberitahu nya dikalangan orang kafir. Ini hukum Allah bukan hukum manusia. Anda pula dijamin bahawa anda bebas membuat teguran yang membina tetapi anda memilih memburuk burukkan hukum Allah Taala kepada bukan Islam. Apa kah jenis anda?

Jika anda anak jantan anda sepatutnya bersemuka dengan TGNA dan TGHH untuk berhujjah tentang hukum tersebut atau jika anda rasa mereka bukan tandingan, carilah orang PAS yang setaraf dengan anda seperti Ketua Urusan Ulamak peringkat Kawasan atau Cawangan.

Anda jangan hanya jadi champion dikalangan masyarkat kafir yang tak tau apa-apa dan anda tidak sepatutnya melahirkan "Kamal Artartuk versi Umno" di Malaysia tercinta ini. Baca perangai beliau di sini


Seterusnya baca tulisan Ustaz Saiful Bahri menulis didalam blognya .... Sikap Penasihat agama MB Terengganu yang diimport dari pendang, Kedah iaitu Kamal Saidin yang mengkritik serta membuat lawak bodoh terhadap enakmen hudud & qisas yang dikemukakan oleh Kerajaan Kelantan & enakmen yang telah diluluskan oleh Kerajaan Terengganu pada tahun 2001 iaitu dizaman pemerintahan Pas tetapi bersikap membisu terhadap penyikiran syariat islam dari perundangan Malaysia sekian lama.

Perbuatan tidak bermaruah yang diadakan dihadapan majlis yang dianjurkan oleh sekutu Parti BN iaitu MCA. 

Dimanakah maruah Umno-BN dengan ketokohan ulama cap ayam seperti ini?

Mereka sepatutnya mendidik dan menberi penjelasan baik terhadap keindahan dan hikmah peraturan dan undang-undang Islam kepada masyarakat khususnya golongan non-muslim tetapi mengambil kesempatan untuk menakutkan bukan Islam dengan pelaksanaan syariat Islam bahkan mencari ruang-ruang untuk menonjolkan kekurangan demi politik dangkal Umno-BN.

Adakah Kamal Saidin ingin mewarisi perangai Kamal Ataturk yang pernah mengkhianati Khilafah Islamiyyah Turki pada tahun 1924 yang membawa kejatuhan dan kehancuran sistem Khilafah Islamiyyah didunia Islam? 

Antara jenayah yang dilakukan oleh Kamal Ataturk terhadap Islam disenaraikan dibawah tetapi cuba bandingkan dengan tindakan pemimpin Umno-BN….

Apa bezanya? teruskan klik : http://ustsaifulbahri.blogspot

Baca juga


ILMAM JAWAB 



Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir (ILMAM), Malaysia, menasihatkan Penasihat Agama Menteri Besar Terengganu, Mohd Kamal Sadin, supaya kembali menuntut ilmu Allah yang sangat luas sebelum memberi nasihat yang menyesatkan akibat nafsu serakah politik.

Kenyataan Mohd Kamal Sadin, seperti mana dilaporkan di dalam media, di dalam forum di ibu pejabat MCA yang mengkritik Enakmen Hudud Kelantan 1993 adalah kenyataan tidak bertanggungjawab dan mengelirukan.

Sebagai contoh, takrifan mukallaf sebagai seorang yang berusia lebih 18 tahun, kononnya adalah undang-undang British dan Eropah, menonjolkan kejahilannya di dalam perselisihan pandangan para ulamak mazhab. Mazhab Hanafi, sebagai contoh, meletakkan umur 18 tahun sebagai umur baligh, manakala Mazhab Maliki meletakkan umur 18 tahun sebegai umur baligh selepas dilihat sifat-sifat yang lain.

Oleh kerana itulah ulamak memutuskan, sesiapa yang tidak mengetahui kepelbagaian pandangan, bukanlah seorang yang alim, apatah lagi menjadi penasihat agama seorang menteri besar.

Begitu juga kenyataannya berkenaan meliwat isteri yang kononnya dibenarkan dalam undang-undang berkenaan. Liwat isteri memang tidak dikategorikan sebagai kesalahan yang membawa hukuman hudud oleh rata-rata ulamak, namun ia sama sekali tidak dibenarkan.

Perlu diingat bukanlah segala perilaku yang tidak dihukum di dalam kategori hudud itu dibolehkan. Terdapat 1001 lagi perilaku haram yang tidak termasuk kategori hudud tetapi boleh dijatuhi hukuman takzir. Kenyataan tidak bertanggungjawab berbaur fitnah oleh Mohd Kamal perlu ditarik balik.

ILMAM turut menyeru Mohd Kamal, Fathul Bari serta seluruh yang menggelarkan diri mereka sebagai ilmuan di dalam UMNO supaya duduk secara serius dan membentangkan apakah set undang-undang yang benar-benar bertepatan dengan Al-Quran dan Hadis, kemudian mendesak kerajaan supaya memberi penerangan dan pendidikan berkenaannya supaya masyarakat lebih memahami dan tidaklah dikaburkan lagi kerana permainan politik.

ILMAM juga mendesak mereka supaya memberikan penerangan yang lebih jelas berkenaan hudud dan seluruh undang-undang Islam supaya tidak dihina dan terus dihina oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek, seperti mana yang dilaporkan dalam media.

Penghinaan seperti mengatakan hukuman Islam, kejam, tidak adil kepada wanita, serta menyebabkan kemusnahan diri, menunjukkan kejahilan yang melampau oleh Presiden salah satu parti komponen BN tersebut, serta menampakkan tuduhan yang kedangkalan hujah tanpa fakta ilmiah.

06 December 2011

Zaid oh Zaid

Presiden parti KITA, Datuk Zaid Ibrahim berkata parti itu tidak akan menawarkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya tindakan itu menjejaskan peluang pembangkang.

NONE
Zaid dalam satu kenyataan hari ini juga mengumumkan bahawa KITA akan memberikan sokongan mutlak kepada pembangkang dalam apa juga cara untuk memastikan "kemenangan rakyat."

KITA mengambil pendirian itu setelah mengambil kira kenyataan daripada pemimpin Umno terhadap parti pembangkang sejak kebelakangan ini yang didakwa memberi petanda buruk ke atas trend politik nasional, katanya.

"Untuk menunjukkan solidariti kita dengan pembangkang, dan penolakan kita terhadap idea fasis dan autoritarian, KITA ingin menyatakan semula bahawa kita akan terus menyokong pembangkang dengan harapan untuk perubahan sebenar," katanya.

Antara kenyataan yang paling keras menghentam pembangkang disuarakan daripada timbalan presiden Umno sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Malaysia akan menjadi negara republik sekiranya pembangkang menang pilihan raya.

Zaid menyifatkan kenyataan Muhyiddin di perhimpunan agung Umno minggu lalu itu sebagai "berbahaya dan tidak bertanggungjawab."


Mengulas lanjut, Zaid berkata kenyataan itu juga dikesali dan amat membimbangkannya kerana ia hanya akan melebarkan lagi jurang di antara kelompok kaum.

"DAP telah dilabel sebagai parti rasis dan orang Melayu di dalam pembangkang disifatkan sebagai pak turut golongan Cina.

"Nampaknya pemimpin kita hari ini mahu memang pilihan raya umum dengan apa jua cara, dan mereka hanya mementingkan kedudukan dan kuasa sendiri berbanding kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya.

Bekas menteri kabinet itu juga berkata, serangan ke atas DAP hanya akan merenggangkan masyarakat Cina tetapi tidak akan menyakiti golongan berkenaan yang mampu berdikari.

Sebaliknya, orang Melayulah yang akan menderita kerana Umno hanya hanya menawarkan retorik liar seperti itu, katanya lagi.

05 December 2011

"Kuda PAS" & "Lembu Umno"

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang secara sindiran mendakwa adalah lebih baik PAS 'diperkuda' berbanding Umno yang 'diperlembu'.
Berucap pada majlis Rapat Rakyat di Stadium Malawati di sini, malam ini beliau menjelaskan, kuda diguna untuk berjuang tetapi lembu hanya untuk disembelih.

"Sudah tiba masanya buat perubahan, jangan peduli dengan tohmahan PAS diperkuda DAP, DAP diperkuda PAS.


"Umno diperlembukan. Lebih baik diperkuda dari diperlembu kerana kuda diguna untuk perjuangan tetapi lembu untuk disembelih," katanya disambut sorakan gemuruh kira-kira 10,000 hadirin.

Ucapan sinis tersebut sebagai membidas tuduhan pimpinan Umno khususnya Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa Perhimpunan Agung Umno bahawa PAS diperkuda oleh DAP.
Menjelaskan tuduhan itu, Presiden PAS itu berkata, kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP dibuat atas dasar bersama mahu membawa keadilan dan menentang kezaliman.


Beliau yang juga ahli Parlimen Marang berkata, ianya juga atas dasar mahu membina hubungan antara kaum yang lebih kuat yang gagal dibuat Umno BN sepanjang lebih lima dekad merdeka.


Kegagalan itu kerana Umno masih menggunakan sistem penjajah iaitu melaga-lagakan pelbagai kaum dan pada masa yang sama menolak Islam.

"Kegagalan ini kerana Umno mendahulukan Melayu dan membelakangkan Islam.


"Perjuangan mereka pula untuk menyelamatkan diri pemimpin dengan mengapi-apikan perkauman, bukan mahu menyelamatkan negara," katanya lagi.

Turut hadir dan berucap pada program malam ini adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan pimpinan PR Selangor termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim...baca lagi Biarlah PAS 'diperkuda' dari Umno 'diperlembu'

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini