06 April 2013

Panglima Perang Umno


Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai ketua kempen de facto BN menjelang PRU ke 13 ini. - Gambar fail.
Inilah wajah panglima perang Umno untuk PRU13

Sepuluh tahun selepas bersara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa teman Kabinet lamanya muncul semula kebelakangan ini sebagai wajah dalam kempen Barisan Nasional (BN) bertujuan untuk kekal berkuasa pada Pilihan Raya 2013.

Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam BN sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit.
Menjelang pilihan raya yang semakin dekat, wajah Dr Mahathir dilihat lebih ketara daripada pemimpin lain dalam parti kerajaan - selain Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang merentasi seluruh negara memberikan penerangan tentang formula perkongsian kuasa bertujuan menghidupkan sokongan kepada Najib khususnya.
Bekas perdana menteri tersebut telah bekerja keras sejak beberapa minggu ini terutamanya dalam memberikan sokongan kepada Najib, anak kepada bekas mentornya Tun Razak Hussein, kaedah yang berbeza sama sekali semasa yang tidak pernah dilakukannya semasa dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikannya pada Oktober 2003.

03 April 2013

Kuantan Lumpuh. ...mana Najib?

 Orang ramai di seluruh bandar ini dan kawasan sekitarnya merungut dan kecewa dengan masalah terputus bekalan air yang semakin kerap melanda sekarang ini.

Walau pun isu ini sudah berkali-kali diwar-warkan, namun nampaknya situasi yang melanda kini semakin teruk malah lebih memburukkan.

Berbagai aktiviti terjejas gara-gara masalah air yang melanda.

Malah, tidak kurang juga yang kecewa kerana semenjak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) masalah air di Pahang semakin kritikal dan cukup membimbangkan.

Difahamkan, kawasan yang terjejas ialah seluruh Jalan Kuantan By Pass dari Lapangan Terbang sehingga seluruh Indera Mahkota termasuk Pandan, Permatang Badak, Bukit Rangin, Seluruh Jalan Gambang dari Kemunting sehingga simpang Gambang termasuk Tanah Putih,Batu 3,Sg. Isap.

Permatang Badak,Taman Tas, Seri Mahkota,Jaya Gading,Sri Damai,Kem Batu 10, Sri Fajar, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Seluruh Jalan Sungai Lembing dari Indera Mahkota sehingga Bukit Bakong termasuk Kg. Pandan, Taman Impianku,Bukit Kuin, Batu Sawar. Seluruh Kawasan Galing, Air Putih, Bukit Sekilau, Jalan Hj. Ahmad sebahagian Bukit Ubi dan Jalan Lim Hoe Lek.  

Turut terlibat ialah seluruh Jalan Pekan sehingga Kg.Ubai termasuk Inderapura, Indera sempurna, Tanjung Lumpur, Peramu, Sg.Soi, Berjaya Permai dan sekitarnya.


PAS tanding 76 kerusi Parlimen

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menganggap agihan  kerusi antara PAS dengan parti-parti komponen Pakatan Rakyat telah selesai dan "kalau ada pun telalu kecil sangat yang melibatkan masalah teknikal".

Sehubungan itu, katanya, PAS akan bertanding 76 kerusi parlimen - bertambah 10 kerusi berbanding pilihan umum lalu dan 237 kerusi DUN.

Hadi menyatakan demikian ketika menjawab soalan dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat parti itu pagi ini untuk mengumumkan calon-calon kerusi Parlimen.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang hadir dalam sidang media itu turut mencelah ada "dua atau tiga" kerusi DUN berkurangan berbanding pilihan raya lalu.

Abdul Hadi juga berkata parti itu juga akan meletakkan calon dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan lebih 20 calon dari Dewan Muslimat.

Ahli parlimen Marang itu juga berkata calon parti juga akan bertanding di kawasan yang dianggap kerusi dengan pengundi campuran dan menegaskan PAS berjaya memecahkan benteng perkauman sehingga pengundi Cina boleh menolak calon komponen BN.

"Dan (mereka) mengundi calon PAS dan PKR yang bukan Cina dan India dan dalam keadaan fanatik Umno menyokong calon MCA, MIC dan Gerakan," katanya.  

Sementara itu dalam sidang media itu juga, Abdul Hadi turut mengumumkan kemasukan bekas Duta Besar Arab Saudi dan Iran Datuk Adnan Othman ke dalam parti itu.

Adnan juga pernah berkhidmat secara kontrak sebagai pesuruhjaya tinggi Cranberra, Australia pada 2001.

01 April 2013

Gelang Patah bakal jadi kubur siapa?

Penasihat DAP Lim Kit Siang mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertanding di kawasan Parlimen Gelang Patah untuk membolehkan rakyat Johor memilih sama ada untuk menguburkan kerjaya politik beliau atau masa depan bekas perdana menteri tersebut.

Cabaran itu disuarakannya bagi menjawab kenyataan Mahathir di negeri tersebut pada malam tadi, yang menggesa agar rakyat Johor menjadikan pilihan raya umum kali ini sebagai medan untuk menguburkan kerjaya politiknya.Lim (kanan) berkata, beliau juga mencabar demikian memandangkan Mahathir belum benar-benar bersara dari politik.

"Malah, beliau lebih kuat berbanding pada masa lain dari belakang tabir kuasa, dan lebih sibuk berbanding semasa beliau menjadi perdana menteri selama 22 tahun, dengan kenyataan harian untuk menyusun atur kepimpinan Umno dan BN.

"Mahathir menggulingkan Tun Abdullah (Ahmad Badawi) sebagai perdana menteri dalam pilihan raya umum 2008 dan mengancam secara terbuka untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri sekiranya gagal meraih keputusan pilihan raya

lebih baik berbanding Abdullah.

"Tidak berlebihan jika dikatakan bahawa Mahathir sebenarnya perdana menteri sebenar, orang yang paling digeruni Najib kerana Mahathir adalah orang yang masih boleh menentukan masa depan politik Najib," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam ucapan pada malam tadi, Mahathir (kiri) turut meminta rakyat Malaysia memastikan karier politik penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ditamatkan menerusi peti undi pada PRU13 kelak.

"Lim Kit Siang mahu datang (bertanding) di sini. Saya minta rakyat negeri Johor, semua kaum bergabung tenaga untuk pastikan negeri Johor menjadi 'kubur' kepada Lim Kit Siang.

"Kita perlu memastikan dia (Lim) kalah di Johor.

Mahathir merayu-rayu. ..drama biasa che det

Apa lagi yang boleh diharapkan oleh PM DS Najib dan BN Johor melainkan menggunakan Che Det untuk merayu-rayu hingga mendayu-dayu agar rakyat Johor disaran tidak membenarkan sama sekali calon Pakatan Rakyat (PR) menang sama ada kerusi Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rekod dan prestasi Johor sebagai 'deposit tetap' Barisan Nasional (BN) perlu dikekalkan.

"Melalui apa yang media laporkan, mereka (pembangkang) mahu bertanding di Johor. Jadi saya mahu tidak ada calon dari parti lawan dibenarkan menang di Johor.

"Kekalkan rekod Johor, prestasi Johor sebagai 'fixed deposit' BN," katanya semasa berucap pada program Bicara Perdana BersamaPemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.

Pada kali ini, dua pemimpin kanan PR iaitu Lim Kit Siang dan Salahuddin Ayub masing-masing Penasihat DAP dan Naib Presiden Pas akan bertanding di Johor.

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini