06 April 2013

Panglima Perang Umno


Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat sebagai ketua kempen de facto BN menjelang PRU ke 13 ini. - Gambar fail.
Inilah wajah panglima perang Umno untuk PRU13

Sepuluh tahun selepas bersara, Tun Dr Mahathir Mohamad dan beberapa teman Kabinet lamanya muncul semula kebelakangan ini sebagai wajah dalam kempen Barisan Nasional (BN) bertujuan untuk kekal berkuasa pada Pilihan Raya 2013.

Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam BN sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit.
Menjelang pilihan raya yang semakin dekat, wajah Dr Mahathir dilihat lebih ketara daripada pemimpin lain dalam parti kerajaan - selain Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin - yang merentasi seluruh negara memberikan penerangan tentang formula perkongsian kuasa bertujuan menghidupkan sokongan kepada Najib khususnya.
Bekas perdana menteri tersebut telah bekerja keras sejak beberapa minggu ini terutamanya dalam memberikan sokongan kepada Najib, anak kepada bekas mentornya Tun Razak Hussein, kaedah yang berbeza sama sekali semasa yang tidak pernah dilakukannya semasa dibawah pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikannya pada Oktober 2003.

2 comments:

  1. sembahyang hajat demo, Tun sihat tersenyum, Nik Ajis dah kena dukong, bawak bawak la bertaubat, tidak pun belajar Islam sebenar sebelum terlambat,Habis semua orang dok kata nik ajis boleh ampun dosa manusia

    ReplyDelete
  2. Kota raja = mic andalas =mic,kawasan melayu, takpe saya bagi pas, calit drs.

    ReplyDelete

Recent Posts : Dr Siti Mariah

Popular Posts

Artikal pilihan hari ini